Anda di halaman 1dari 2

Informasi terkini untuk penulisan tugasan bertulis

Panduan Tugasan Bertulis

1. Tajuk TUGASAN berdasarkan tema yang dipilih. Ada lima tema akan disediakan. Pelajar perlu
membuat kajian khusus untuk tema yang dipilih.

Tema:

1) Perkahwinan
2) Makanan
3) Politik
4) Pantang Larang
5) Pendidikan

Contoh 1:
Tema: Perkahwinan
Tajuk khusus: Perkahwinan dalam masyarakat Melayu keturunan Bugis

Contoh 2: Tema: Politik


Tajuk khusus: Sejarah penubuhan DAP dan perjuangannya sehingga kini

2. Penyelidikan perlu dibuat pada topik yang sudah dipilih.


3. Tugasan bertulis akan dinilai berdasarkan kriteria yang berikut: Pengenalan, Isi
Kandungan/Pengajaran yang dipelajari dari topik dan Kesimpulan
4. Isi kandungan tugasan perlu merangkumi Learning Outcome (LO):

Menerangkan peranan pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik dalam


memupuk perpaduan
LO 1
Contoh: Anda perlu mengaitkan bagaimana mengetahui tentang perkahwinan
masyarakat yang lain (Melayu keturunan Bugis) dapat memupuk perpaduan

Mengenal pasti cabaran pluralisasi budaya dan pelaksanaannya dalam konteks


permuafakatan sosial di Malaysia
LO 2 Contoh: Terangkan apakah cabaran yang dihadapi dalam memahami budaya lain
khususnya tentang perkahwinan masyarakat Melayu keturunan Bugis untuk
membentuk permuafakatan social di Malaysia?

Mengaplikasi kemahiran sosial dalam kalangan pelajar ke arah mewujudkan


masyarakat bersatu padu

Contoh: Anda perlu mengaitkan bagaimana mengetahui tentang perkahwinan


LO 3 masyarakat yang lain (Melayu keturunan Bugis) dapat memupuk perpaduan
dikalanagan pelajar. Aapakah sumbangan pelajar untuk membantu mewujudkan
masyarakat bersatu padu melalui pemahaman tentang budaya lain (khususnya
perkahwinan Melayu keturunan Bugis)
Menganalisis isu-isu dan cabaran dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
LO 4 Contoh: Apakah isu dan cabaran yang paling utama untuk memahami budaya
msayarakat yang lain dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

5. Markah
a. Pengenalan: 2 markah
b. LO1: 4 markah
c. LO2: 4 markah
d. LO3: 4 markah
e. LO4: 4 markah
f. Kesimpulan: 2 markah
6. Anda perlu menjalankan penyelidikan perpustakaan (library research) sebelum anda boleh
menulis tugasan ini. Anda boleh menggunakan buku, surat khabar, majalah dan sumber-
sumber Internet yang dipercayai
7. Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada kualiti yang dihantar.
8. Bilangan muka surat: Tidak lebih daripada 18-25 muka surat (tidak termasuk muka hadapan,
Isi kandungan dan rujukan).
9. Tugasan anda mesti mengandungi muka hadapan, Jadual Kandungan (Table of Content),
pengenalan, Isi kandungan/pengajaran dipelajari dari topic/gambar-gambar/petikan
suratkhabar/majalah, kesimpulan dan senarai rujukan.
10. Tugasan ditaip mengikut font (TIMES NEW ROMAN 12) Langkau 1.5 baris.
11. Tuliskan mukasurat (Page numbering) di setiap helaian.
12. Gunakan kertas A4.
13. Rujukan berdasarkan APA style.
14. Kerja anda akan ditolak serta-merta jika anda ditangkap plagiat dari kumpulan/kelas lain.
15. Sila serahkan tugasan pada minggu ke-6 (12 MAY 2015 sebelum 5.00 petang)
16. Sila lampirkan borang penilaian tugasan selepas halaman depan (front cover). Markah akan
ditolak sekiranya gagal untuk berbuat demikian.

Disediakan Oleh:

HR2017

Anda mungkin juga menyukai