Anda di halaman 1dari 21

Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari

2015

MODUL 1: 1.2
Standard 1.2 Kepentingan reka bentuk dan teknologi
kandungan:
Standard 1.2.1 Menyenaraikan kepentingan reka bentuk
pembelajaran: dan teknologi
1.2.2 Mengenalpasti peranan reka bentuk
1.2.3 Menerangkan etika reka bentuk
1.2.4 Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk

Masa: 180 minit

NOTA RUJUKAN

1.2.1 Menyenaraikan kepentingan reka bentuk dan teknologi

Reka bentuk dan teknologi amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Reka bentuk yang baik akan menjadikan kehidupan kita lebih mudah
dan selesa.

Antara kepentingan reka bentuk dan teknologi ialah:

1. Penyumbang kepada perkembangan teknologi moden


2. Penyumbang kepada pembangunan sosial, sains dan teknologi
3. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
4. Pengubahsuaian untuk memudahkan manusia
5. Memupuk nilai inovatif dan kreatif

1
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1.2.2 Mengenalpasti peranan reka bentuk

Reka bentuk yang dihasilkan memainkan peranan yang perlu menepati


tujuan dan keperluan yang dikehendaki. Sesuatu reka bentuk yang baik
perlu mempunyai fungsi utama dan fungsi sampingan. Contohnya
telefon bimbit.

Fungsi utama telefon bimbit ialah sebagai alat komunikasi,


namun telefon bimbit juga mempunyai fungsi sampingan seperti
kalkulator, kamera, merakamvideo dan sebagainya.

1.2.3 Menerangkan etika reka bentuk

Setiap pereka bentuk perlu mematuhi garis panduan reka bentuk yang
harus dipatuhi.

1. Tidak melakukan aktiviti plagiat


2. Menghasilkan produk yang selamat dan diyakini keberkesanannya
3. Menggunakan sumber yang mesra alam
4. Jujur dalam penentuan harga produk dan bahan
5. Produk yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua pihak

2
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1.2.4 Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk

Internet

Guru Arkitek
Pelukis
Jurutera
Kerjaya
Petani
Dalam Reka
Pereka
Bentuk
fesyen

Usahawan
Doktor
Tukang masak

Buku
Rujukan

Peta bulatan: Kerjaya dalam reka bentuk

3
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

1. Murid dapat menggunakan elemen dan prinsip yang


dipelajari ke dalam reka bentuk.

KEPERLUAN BAHAN

1. Contoh produk
2. Kertas Mahjong
3. Pen Marker
4. Blue tack
5. Gam
6. Gunting
7. Pensel/pen/ Warna Pensel

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD
2. Komputer

AKTIVITI

Mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid

Set Induksi Guru menunjukkan satu produk (printer) contoh hasil reka
bentuk dan teknologi. Guru mengemukakan beberapa
soalan berkaitan contoh tersebut

a) Senaraikan kepentingan produk tersebut?

Langkah 1 1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk


pelajaran hari ini.
2. Guru meminta setiap murid memilih satu produk reka
4
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

bentuk dan teknologi


3. Murid diminta menyenaraikan beberapa kepentingan
produk reka bentuk dan teknologi dalam kehidupan.
(10 minit)
4. Murid memberi rumusankepentingan reka bentuk dan
teknologi berdasarkan hasil perbincangan dengan
bimbingan guru.
Langkah 2 1. Guru dan murid berbincang mengenai fungsi
utamadan fungsi sampingan printer.
2. Guru meminta murid menyatakan fungsi utama dan
fungsi sampingan produk tersebut.
3. Guru dan murid bersama-sama membuat rumusan
hasil jawapan yang diperolehi.

Langkah 3 1. Guru menunjukkan dua jenis produk (contohnya botol


air). Setiap produk mempunyai fungsi yang sama.
Berdasarkan produk yang ditunjuk, senaraikan etika
reka bentuk dalam penghasilan produk tersebut.
2. Murid membuat perbincangan dalam kumpulan.
Setiap kumpulan diberi masa 15 minit.
3. Setiap kumpulan membentangkan jawapan.
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan etika reka
bentuk.

5
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Langkah 4 1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.


2. Guru memilih salah satu kerjaya dalam bidang reka
bentuk (Pereka fesyen pakaian).
3. Setiap kumpulan perlu memilih tema pakaian mengikut
kaum.
4. Setiap murid dalam kumpulan diminta membuat
lakaran rekaan pakaian. Kemudian lakaran tersebut
perlu digabungkan menjadi buku skrap.
5. Guru dan murid mengaitkan jawapan yang diberi
antara kerjaya dan produk yang dihasilkan dengan
reka bentuk.

Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran


yang telah dipelajari.

AKTIVITI 1

Mengenalpasti pengetahuan sediada

Langkah 1: Guru menunjukkan satu produk (printer) contoh hasil reka


bentuk dan teknologi.

Langkah 2: Setiap murid diminta mengenalpasti kepentingan produk


tersebut dalam kehidupan.

Langkah 3: Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk


membacakan kepentingan produk yang disenaraikan.

Langkah 4: Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

6
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

AKTIVITI 2

Mengenal pasti peranan reka bentuk

Langkah 1: Setiap murid memilih satu produk reka bentuk dan teknologi.

Murid dikehendaki mengenalpasti fungsi utama dan fungsi


sampingan produk tersebut.

Langkah 2: Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk


membacakan kepentingan produk yang disenaraikan.

Langkah 3: Guru membuat ulasan pada setiap pembentangan.

AKTIVITI 3

Menerangkan etika reka bentuk yang perlu dipatuhi

Kerja Berkumpulan
Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Langkah 1: Setiap kumpulan diberi maklumat berkaitan etika reka
bentuk

Langkah 2: Setiap kumpulan ditunjukkan dua botol air mineral yang


berlainan jenama. Dalam kumpulan, murid perlu
menyenaraikan etika reka bentuk berdasarkan produk yang
ditunjukkan.

Murid diberi tempoh selama 10 minit untuk perbincangan di


dalam kumpulan.

Langkah 3: Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil


perbincangan.
Langkah 4: Guru membuat ulasan pada setiap pembentangan.

7
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

AKTIVITI 4

Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi

Kerja Berkumpulan
Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Langkah 1: Setiap kumpulan diminta memilih satu kerjaya.

Langkah 2: Murid diminta membuat lakaran produkberdasarkan kerjaya


yang dipilih.

Pembentangan kumpulan murid merangkumi:

i. kerjaya

ii. produk yang dipilih

iii. kebaikan dan kelemahan produk dalam dunia reka


bentuk. (Contohnya rupa bentuk, saiz, kos, mesra alam
dan sebagainya).

Langkah 3: Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil


perbincangan.

Langkah 4: Guru membuat ulasan pada setiap pembentangan.

8
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

PENILAIAN 1

Syarikat Ani telah mengeluarkan produk tudung jenama X pada tahun


2013 dan telah dipatenkan. Pada tahun yang sama, syarikat Ani
mendapati syarikat Fadia telah mengeluarkan reka bentuk dan jenis
fabrik tudung yang sama. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh syarikat
Fadia dan senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh syarikat
Ani.

Syarikat Keluaran Produk Tahun keluaran

Syarikat Ani Jun 2013

Oktober 2013
Syarikat Fadia

Rujukan:
1. https://id.wikipedia.org/wiki/Paten
2. http://www.kpdnkk.gov.my/
3. Sumber imej : Google
9
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

MODUL 1 : 1.3
Standard 1.3 Invensi , Inovasi dan Reka bentuk
kandungan:
Standard 1.3.1 Takrif Invensi dan Inovasi
pembelajaran: 1.3.2 Aplikasi prinsip invensi, inovasi dan inovasi dalam
kerjaya reka bentuk

1.3.3 Meneroka invensi, inovasi dalam reka bentuk


terkini

Masa: 180 minit

1.3.1 Takrif Invensi dan Inovasi

Invensi adalah idea baru yang diilhamkan oleh pereka dalam mencipta
produk, konsep, ilmu, perkhidmatan (PROkip) atau proses yang baharu
yang belum pernah wujud sebelumnya.

Inovasi adalah sebagai proses pengubahsuaian dan penambahbaikkan


kepada produk sedia ada. Hal ini berlaku kerana setiap manusia
mempunyai kehendak yang berbeza mengikut perubahan teknologi,
ekonomi, perilaku sosial dan budaya dan iklim dunia. Contohnya inovasi
penggunaan telefon.

10
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1880 1995 2015


Kreativiti ialah penambahan dan pengubahsuaian yang dilakukan diluar
kebiasaan dari biasa yang akan menghasilkan PROkip yang unik dan
menarik.

Contoh produk : straw, klip kertas, belon

1.3.2 Aplikasi prinsip invensi, inovasi dan reka bentuk

Contoh Aplikasi: Perubahan Komputer

11
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1. Sumber invensi, inovasi dan reka bentuk boleh diperolehi berdasarkan


kepada pemerhatian, pandangan pengguna, pengalaman,
permasalahan dan pembacaan.
2. Memfokuskan kepada kehendak dan permasalahan pengguna
3. Menjadikan hasil PROkip lebih baik daripada sebelumnya dari segi
kecekapan, lebih mudah, kos, fungsi, penjimatan dan ancaman.
4. Mempelbagaikan PROkip agar dapat mencipta peluang baru dalam
kerjaya.

1.3.3 Meneroka invensi, inovasi dalam reka bentuk terkini

Meneroka invensi, inovasi dan reka bentuk berdasarkan kepada pemikiran


Einstein seperti aktiviti di bawah.

SITUASI AKTIVITI CADANGAN

Situasi 1 Anda diberi seutas tali kasut, dalam tempoh *Situasi ini juga
lima minit senaraikan fungsi untuk pelbagai boleh
kegunaan pada satu-satu masa. (seutas tali menggunakan
kasut untuk satu fungsi) daun, batang
mancis, batang
(#jika anda boleh menyenaraikan lebih aiskrim kayu,
daripada tiga puluh, bermakna tahap ranting kayu,kotak,
surat khabar,
pemikiran anda seperti Einstein)
sabun ketul dan
sebagainya.
Situasi 2 Senaraikan apa yang anda tidak boleh Mengikut
dilakukan dengan seutas tali kasut pada satu- kesesuaian.
satu masa dalam tempoh lima minit. (seutas
tali kasut untuk satu fungsi)

Jika anda boleh menyenaraikan lebih


daripada empat belas, bermakna tahap
pemikiran anda seperti Einstein

12
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Situasi 3 Melalui situasi 1, bangunkan satu produk Gunakan kreativiti


berdasarkan senarai yang boleh dilakukan untuk
menggunakan tali kasut membangunkan
produk

13
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID


1. Murid telah memahami dunia asas reka bentuk dan kepentingan
reka bentuk.

KEPERLUAN BAHAN

Contoh produk
1. Kertas Mahjong
2. Pen Marker
3. Blue tack
4. Gam
5. Gunting
6. Pensel/pen/ Warna Pensel

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD
2. Komputer

AKTIVITI

Invensi , inovasi dalam reka bentuk

Set Induksi Guru menunjukkan penyangkut baju jenis dawai


1. Apakah fungsi penyangkut baju jenis dawai ?
2. Apakah yang anda boleh lakukan pada penyangkut
baju jenis dawai selain fungsi menyangkut baju?
Berikan contoh

Langkah 1 1. Guru memilih murid secara rawak untuk menyenaraikan


jawapan
2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran
dan menunjukkan video penyangkut baju jenis dawai

14
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Langkah 2 1. Murid diberi dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberi dua


hingga tiga orang.
2. Setiap kumpulan diberi dua helai kertas mahjong.
3. Setiap ahli kumpulan perlu memilih satu bahan maujud /
model 3D
4. Lakaran bahan maujud / model yang dihasilkan perlu
mempunyai elemen nilai tambah dari produk sedia ada
yang berada di pasaran

Langkah 3 1. Murid perlu membentangkan lakaran yang dihasilkan


dengan mengaitkan topik yang dipelajari
2.
Item Invensi Inovasi Kreativiti
Masalah
Perbezaan
Fungsi
Implikasi

3. Murid diberi masa 10 minit untuk membentangkan

Langkah 4 4. Murid ditunjukkan seutas tali kasut


5. Setiap murid diberi seutas tali kasut, dalam tempoh lima
minit senaraikan fungsi untuk pelbagai kegunaan pada
satu-satu masa.

6. Murid menyenaraikan jawapan.

7. Guru memberitahu kepada murid (#jika murid boleh


menyenaraikan lebih daripada tiga puluh, bermakna
tahap pemikiran anda seperti Einstein

15
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Langkah 5 1. Senaraikan apa yang murid tidak boleh dilakukan pada


seutas tali kasut pada satu-satu masa dalam tempoh lima
minit.
2. Jika murid boleh menyenaraikan lebih daripada empat
belas, bermakna tahap pemikiran murid seperti Einstein

Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran


yang telah dipelajari.

AKTIVITI 1

Menyatakan pengetahuan sedia ada

Langkah 1: Guru menunjukkan penyangkut baju jenis dawai


3. Apakah fungsi penyangkut baju jenis dawai ?
4. Apakah yang anda boleh lakukan pada penyangkut
baju jenis dawai selain fungsi menyangkut baju?
Berikan contoh
Langkah 2: Guru memilih murid secara rawak untuk menyenaraikan
jawapan

Langkah 3 Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran


dengan menunjukkan video penyangkut baju jenis dawai

16
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

AKTIVITI 2

Menghasilkan lakaran menggunakan prinsip invensi, inovasi


dalam rekabentuk

Kerja berkumpulan
Arahan : Murid diberi dalam kumpulan
Langkah 1: Murid diberi dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberi dua
hingga tiga orang.
Langkah 2: Setiap kumpulan diberi sekeping kertas mahjong untuk
membuat lakaran
Setiap ahli kumpulan perlu memilih satu bahan maujud
Contoh : straw
Atau murid boleh membawa model dari rumah
Contoh : kereta mainan

Langkah 3: Lakaran bahan maujud / model yang dihasilkan perlu


mempunyai elemen nilai tambah dari produk sedia ada
yang berada di pasaran
*Elemen nilai tambah mestilah boleh berfungsi dan
bermanfaat.
Langkah 4: Murid perlu membentangkan lakaran di dalam kelas dan
melengkapkan jadual di bawah. Setiap kumpulan diberi
masa 10 minit

Item Invensi Inovasi Kreativiti


Masalah
Perbezaan
Fungsi
Implikasi
Langkah 6: Guru membuat ulasan bagi setiap pembentangan

17
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

AKTIVITI 3

Meneroka invensi, inovasi dalam reka bentuk

Arahan: Murid perlu menyenaraikan tanpa melihat jawapan murid lain

Murid diberi seutas tali kasut, dalam tempoh lima minit senaraikan fungsi
untuk pelbagai kegunaan pada satu-satu masa. (seutas tali kasut untuk satu
fungsi)- peta bulatan

(#jika murid boleh menyenaraikan lebih daripada tiga puluh, bermakna


tahap pemikiran murid seperti Einstein)
Senaraikan apa yang murid tidak boleh dilakukan pada seutas tali kasut
pada satu-satu masa dalam tempoh lima minit. (seutas tali kasut untuk satu
fungsi)- peta bulatan

Jika murid boleh menyenaraikan lebih daripada empat belas, bermakna


tahap pemikiran murid seperti Einstein

18
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

PENILAIAN

Pembentangan hasil kerja

Murid diminta menyediakan dan mengisi jadual di bawah

Contoh :

Item Invensi Inovasi Kreativiti

Masalah
untuk
minum

Perbezaan Straw dicipta Air disedut dari pelbagai Boleh diminum


Fungsi untuk kedudukan dan berfungsi secara
membolehkan sebagai sudu langsung dan
air disedut dibawa dalam
poket atau tas
tangan

Contoh Memudahkan Satu tarikan kepada pengguna, Tidak


Implikasi pengguna memudahkan pesakit atau orang memerlukan
untuk minum awam alat
tanpa tambahan ,
mengangkat ringan dan
bekas minuman kecil

19
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Rujukan :

1. https://www.youtube.com/watch?v=apaGuRZaey8
(Creative simple ideas using clothes hangers)

2. http://anuarena.blogspot.my/2010/12/idea-kreativiti-dan-inovasi.html

3. http://www.penggagas.com/7-pemikiran-albert-einstein-yang-patut-
menjadi-renungan-kita/

4. Sumber imej : Google

20
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

21

Anda mungkin juga menyukai