Anda di halaman 1dari 9

KOMUNIKASI DAN INTERAKSI

TAJUK 6
DALAM BILIK DARJAH

Sinopsis

Tajuk dalam bab ini membincangkan amalan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam
luar bilik darjah. Ini merangkumi tajuk-tajuk seperti konsep komunikasi, model-model
komunikasi, kepentingan, gangguan dan halangan komunikasi serta cara-cara komunikasi
yang berkesan dalam bilik darjah. Bab ini turut menghuraikan tajuk- tajuk seperti konsep
interaksi, pola interaksi, kepentingan dan halangan dalam interaksi serta cara-cara
mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan konsep dan model komunikasi.

2. Mengaplikasi pelbagai pola interaksi dalam mewujudkan interaksi berkesan.

3. Menghuraikan kepentingan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran dan


pembelajaran.

4. Menghuraikan halangan dan gangguan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran


dan pembelajaran.

5. Menghuraikan cara mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam bilik
darjah.

Adakah anda tahu...


Perbezaan antara komunikasi dan interaksi.
Mengapakah penting bagi seseorang guru mempunyai kemahiran komunikasi
dan interaksi dalam bilik darjah?

108
6.1 Konsep Komunikasi dan Model Komunikasi

Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada


seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada
penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan
hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat.

Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan
lisan.Komunikasi lisan melibatkan proses pemindahan idea dan ditutur
menggunakan bahasa yang difahami.Manakala komunikasi bukan lisan ialah
penyampaian idea yang melibatkan pergerakan anggota badan seperti
menganggukkan kepala tanda setuju.Oleh itu, seorang guru perlu menguasai
kemahiran berkomunikasi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan berkesan serta mencapai objektifnya.

6.1.1 Model-Model Komunikasi

Terdapat empat jenis model komunikasi iaitu:

1. Model Claude Shannon dan Warren Weaver


2. Model Wilbur Schramm I
3. Model Wilbur Schramm II
4. Model Wilbur Schramm III

109
Mengikut Model Shannon & Weaver,proses komunikasi bermula dari sumber
maklumat yang disimpan dalam ingatan akan menghasilkan mesej melalui alat
pemancar seperti suara,kemudian melalui saluran dan sampai ke alat penerima atau
telinga setelah diproses oleh otak.

Berdasarkan model ini,keberkesanan penyampaian dan penerimaan sesuatu


maklumat bergantung kepada sumber-sumber gangguan yang menjadi penghalang.
Gangguan seperti kebisingan dan suara guru yang tidak jelas akan menyebabkan
maklumat yang ingin disampaikan gagal.

Dalam Model Schramm I, proses komunikasi bermula dengan rangsangan sebagai


sumber,kemudian dienkod untuk ditafsir dan diikuti dengan menghantar mesej dalam
bentuk isyarat.Selepas mesej diterima untuk didekod dengan serta merta dan
disalurkan ke destinasinya. Model ini menekankan proses menghantar dan menerima

110
mesej semasa proses komunikasi dan keberkesanan komunikasi di dalam bilik darjah
banyak bergantung kepada tepatnya sumber dienkod oleh guru dan didekod oleh
murid-muridnya.

Model Schramm II pula adalah lanjutan daripada Model Schramm I. Dalam Model
Schramm II, elemen yang penting ialah pengalaman penghantar dan
penerima.Mesej akan diterima dengan jelas sekiranya penghantar dan penerima
mempunyai pengalaman yang bertindih.Ini kerana rangsangan yang dikod dan mesej
yang didekod dipecahkan kodnya berdasarkan kepada pengalaman yang bertindih
pada kedua-dua pihak.

111
Dalam model ini, mereka yang terlibat dalam proses komunikasi ini akan bertukar-
tukar peranan mereka daripada pengenkod (penyampai),pengdekod(penerima) dan
pentafsir.Ini bermakna model ini amat mementingkan aktiviti perbincangan dan soal
jawab untuk mengintepretasi dan mentafsir mesej daripada pelbagai sumber.Ini
bermakna komunikasi jenis ini melibatkan interaksi dua hala.

REHAT & REFLEK


Sekarang, kita berhenti seketika untuk membuat refleksi...
Ingat kembali jenis model yang dibaca tadi .Model komunikasi manakah yang
anda rasa sesuai diamalkan dalam bilik darjah anda. Mengapa?

6.2 Pola Interaksi Dalam Bilik Darjah


Menurut Merriam Webster Online Distionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua
hala.Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau
bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.Di dalam
bilik darjah terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu:

1. Interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid.


2. Interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau
murid dengan murid
3. Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid dengan
murid dan murid dengan guru.

Perhubungan pengajaran dengan jenis interaksi dalam bilik darjah

Jenis Interaksi Ciri-ciri interaksi Pendekatan dan strategi


pengajaran

berpusatkan guru pengajaran berpusatkan


guru
G tiada interaksi antara
murid
memberi arahan
aktiviti pembelajaran pasif kaedah kelas
M M kaedah ekspositori
M
demonstrasi/tunjuk cara
Interaksi Sehala aktiviti bercerita

112
Jenis Interaksi Ciri-ciri interaksi Pendekatan dan strategi
pengajaran

hubungan yang mesra kaedah perbincangan


G antara guru dan murid
aktiviti soal jawab
penglibatan murid kaedah individu
M digalakkan
M
M
aktiviti pembelajaran aktif
Interaksi dua hala antara
guru dengan murid

hubungan yang mesra pengajaran berpusatkan


antara murid dengan murid murid
G
interaksi guru dan murid kaedah berkumpulan
sehala iaitu melalui
M kaedah projek
bimbingan atau arahan
M sahaja atau sebagai aktiviti bermain
fasilitator
aktiviti lakonan
M
M pembelajaran berpusatkan akitiviti sumbangsaran
murid
M
M
murid lebih kreatif
hubungan antara murid
lebih erat
Interaksi dua hala murid aktiviti pembelajaran aktif
dengan murid wujud semangat kerjasama
dan saling menolong

aktiviti pengajaran dan kaedah berkumpulan


pembelajaran sangat aktif
G kaedah projek
perhubungan antara guru aktiviti bermain
dengan murid dan murid
M dengan murid lebih erat aktiviti lakonan
M dan mesra akitiviti sumbangsaran

penglibatan guru dan murid aktiviti pemulihan


sangat aktif aktiviti pengayaan

M M

Interaksi pelbagai hala

113
Buatkan catatan atau nota-nota penting

Perbandingan pelbagai pola interaksi guru yang positif demi mewujudkan


interaksi berkesan dalam bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran & pembelajaran

Masa rehat. Bersama rakan-rakan sejawat, berbincang tentang aspek berikut:

Berdasarkan pengalaman anda mengajar di sekolah, kenal pasti halangan dan


gangguan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cadangkan
cara menangani gangguan komunikasi tersebut.

6.3 Kepentingan Komunikasi dan Interaksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Guru yang tiada
kemahiran komunikasi dan interaksi akan mewujudkan kelas yang tidak kondusif
menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi. Kepentingan komunikasi dan
interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran:
mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis
membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat dalam
pembelajarannya.
mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan murid
supaya pembelajaran lebih menyeronokkan
penglibatan murid yang lebih aktif dan berkesan

6.4 Halangan dan Gangguan Komunikasi dan Interaksi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran

(a) Suasana kelas yang bising. Kebisingan di dalam bilik darjah adalah faktor
utama mengurangkan keberkesanan proses komunikasi. Jika murid-murid di
dalam kelas tidak dikawal dengan baik,mereka akan membuat bising seperti
bercakap dengan kuat dan menjerit-jerit.Dalam situasi bising yang melampau,
guru akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengajaran dengan

114
jelas. Implikasinya murid turut sukar menerima proses pengajaran yang
disampaikan oleh guru.

(b) Guru yang kurang berpengalaman. Guru yang kurang berpengalaman


mungkin akan dipandang rendah oleh murid-muridnya. Malah murid-murid
tidak berkeyakinan dengan kebolehan guru apatah lagi jika guru itu mengajar
menggunakan kaedah yang lama dan sama sepanjang pengajarannya.
Murid-murid tidak akan memberi perhatian di dalam kelas. Ini akan
menjejaskan komunikasi yang wujud antara murid dan guru serta interaksi
yang mesra sukar dibina.

(c) Kepimpinan guru yang autokratik. Guru yang bersifat autokratik


menentukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid hanya
mengikut arahan dan tidak diberi peluang menyuarakan pendapat dan tidak
digalakkan bercakap atau berbincang sesama sendiri.Keadaan ini akan
menyebabkan murid merasa tidak seronok dan menyimpan perasaan benci
akan gurunya.Hubungan yang tidak mesra ini pasti menyukarkan komunikasi
dan interaksi dalam bilik darjah.

(d) Bilangan murid yang terlalu ramai.Bilangan murid yang terlalu ramai akan
menyebabkan kelas menjadi sempit dan tidak selesa. Murid-murid sukar
bergerak untuk melakukan aktiviti pembelajaran. Pengajaran guru kurang
efektif kerana banyak aktiviti sukar dilaksanakan dan hubungan yang mesra
juga sukar diwujudkan kerana kelas yang tidak kondusif.

6.5 Cara-cara Mewujudkan Komunikasi dan Interaksi yang Berkesan dalam Bilik
Darjah.

(a) Elakkan mengkritik atau melabel murid-murid dengan memberi nama yang
boleh menimbulkan rasa malu murid yang berkenaan. Perasaan rendah diri
menyebabkan murid mengasingkan diri dan enggan melibatkan diri dalam
aktiviti

(b) Guru sebagai model sentiasa menunjukkan sifat penyayang dan mengambil
tahu latar belakang murid-muridnya.

(c) Gunakan gaya kepimpinan demokratik dengan melayan idea dan cadangan
murid secara terbuka. Interaksi dua hala akan mewujudkan hubungan yang
mesra menyebabkan murid akan memberi perhatian kepada pengajarannya.

115
(d) Elakkan amalan kepimpinan autokratik yang hanya suka memberi arahan
yang mesti dipatuhi tanpa tolak ansur.

(e) Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan


gunakan teknik perbincangan dan penyoalan serta strategi berpusatkan
murid

(f) Bahan bantu belajar yang kreatif dan inovatif boleh menimbulkan minat murid
untuk belajar dengan melibatkan diri secara aktif.Pengajaran guru akan lebih
berkesan malah interaksi antara murid akan terbentuk.

Latihan

Antara jenis kepemimpinan Autokratik, Demokratik dan Laissez-faire, yang


manakah dianggap sesuai sekali diamalkan dalam bilik darjah. Sokong hujah
anda dengan contoh yang sesuai.

Rujukan

Arends, R. I. (2000). Learning to teach. (5th eEd.) Boston: McGraw Hill.

Bahagian Pendidikan Guru.(2007). Modul 2: Pedagogi 1. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Balson, Maurice. (1991). Understanding classroom behaviour. Australia: Australian Print


Group.

Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to practice.
NSW: Dcroom Helm.

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating positive learning


environment for all students. Mass: Allyn & Bacon.

Kyriacou, C. (1991). Essential teaching skills. Hemel Hempstead: Simon & Schuster.

Moore, K. D. (1995). Classroom teaching skills. (3rd ed.) New York: McGraw Hill

Slavin, R. E. (1991). Educational psychology. (3rd ed.) Boston: Allyn and Bacon.

Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

116

Anda mungkin juga menyukai