Anda di halaman 1dari 5

Maksud Interaksi

Interaksi ialah proses saling tindakan antara individu dengan pihak yang
lain atau alam sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Distionary,
interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini,
seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau
bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu
sama lain.

Jenis-Jenis Interaksi Dan Kepentingannya


Terdapat beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu:
• Interaksi sehala/interaksi tradisional
· Berkait rapat dengan pendekatan/teknik/kaedah/strategi yang digunakan oleh
guru di dalam pengajarannya.
· Contoh: Jika guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas,
kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam
bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti
pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.

• Ciri-ciri interaksi sehala:


I. Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.
II. Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid.
III. Murid-murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran secara aktif.
• Interaksi dua hala di antara guru dengan murid
• · Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau
kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi dua
hala.

• Ciri-ciri interaksi dua hala:

• I. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif.
• II. Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di
dalam bilik darjah.
• III. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.
• Interaksi dua hala di antara murid-murid
• Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan,
sumbangsaran dan sosio grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, interaksi antara murid-murid dapat memikirkan dengan lebih banyak lagi

• Ciri-ciri interaksi dua hala di antara murid dengan murid
• I. Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan dinamik.
• II. Perhubungan antara murid dengan murid dieratkan.
• III. Interaksi guru dengan murid dihadkan kepada mengikut arahan guru sahaja.
• IV. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.
• V. Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan saling
membantu dalam kalangan mereka.
• Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main
peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, uji kaji, kaedah penyelesaian
masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala
antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.

• · Ciri-ciri penting:
• I. Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid
dengan murid.
• II. Penyertaan aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
• III. Suasana yang kondusif untuk mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai