Anda di halaman 1dari 8

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ULASAN ARTIKEL

TAJUK ARTIKEL : SATU KAJIAN TENTANG PENGORBANAN WANITA DALAM


KESULTANAN MELAYU MELAKA, RELA ATAU TERPAKSA?

PENULIS ARTIKEL: DR. HARYATI HASAN

PENERBIT ARTIKEL: FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN UNIVERSITI


PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM,
PERAK.

E-MAIL PENULIS: haryatie@fsk.upsi.edu.my

NAMA PELAJAR: MOHAMAD FIRDAUS BIN MOHD ROZAKI

NO. MATRIK: D20171078663

E-MAIL: d078663@siswa.upsi.edu.my

NAMA PENSYARAH: PUAN FATINA BINTI ABU BAKAR


ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 SINOPSIS JURNAL

3.0 METODOLOGI KAJIAN ARTIKEL

4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAJIAN ARTIKEL

5.0 HASIL PENELITIAN BERDASARKAN FALSAFAH ILMU

6.0 PENUTUP

BIBLIOGRAFI
1.0 PENDAHULUAN

Artikel ini mengkaji tentang peranan atau pengorbanan wanita dalam Kesultanan Melayu

Melaka sama ada secara rela atau terpaksa. Artikel ini ditulis atau dikarang oleh Dr. Haryati

Hasan salah seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung

Malim, Perak. Tarikh artikel ini dipaparkan adalah pada April 2013 dengan kutipan 4,166

pembaca di laman sesawang ‘ResearchGate’. Artikel ini ditulis dalam bahasa melayu.

Ringkasan atau ulasan bagi keseluruhan kajian ini adalah merangkumi atau tertumpu kepada

sinopsis artikel ini iaitu ianya akan memperjelaskan perjalanan kisah tentang peranan

golongan wanita pada zaman kesultanan melayu Melaka. Manakala metodologi kajian artikel

ini pula, membincangkan kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji atau penulis artikel ini

semasa kajian dijalankan.

Selain itu, kelebihan dan kelemahan artikel ini turut dibincangkan bagi

memperjelaskan lagi kekurangan atau kelebihan yang ada pada artikel ini untuk menarik

minat pembaca dan juga memaparkan beberapa pengajaran yang terdapat dalam artikel ini.

Di samping itu, penyelidik akan mengulas tentang kefahaman penyelidik mengenai isu yang

dibangkitkan dengan rasional falsafah ilmu. Penyelidik juga akan meneliti dan mengulas

kisah-kisah yang diceritakan oleh penulis artikel ini serta akan menyatakan pendapat dan

rumusan akhir tentang artikel ini.


2.0 SINOPSIS

Secara umum dapat dilihat bahawa seseorang individu mempunyai pelbagai peranan yang

penting dalam kehidupannya. Namun begitu, Peranan wanita dalam masyarakat Melayu

Melaka bergantung kepada status atau pangkatnya dalam masyarakat tersebut. Dalam

masyarakat tradisional peranan wanita tidak begitu penting dan tidak dipandang tinggi. Hal

ini kerana pada masa ini, golongan wanita dianggap lemah dan menjadi mangsa kepentingan

diri orang lain. Artikel ini telah membincangkan peranan-peranan golongan wanita yang

menjadi alat-alat kepada kaum lelaki.

Peranan golongan wanita pada zaman ini dikatakan sebagai alat kepentingan politik.

Hal ini dapat diperjelaskan lagi dengan kisah Tun Kudu dijadikan ‘alat kepentingan politik’

kepada Sultan. Tun Kudu yang merupakan isteri kepada Sultan Muzaffar Syah telah

diceraikan untuk diperisterikan dengan Bendahara Seri Nara Diraja. Hal ini kerana baginda

ingin mendamaikan Bendahara tersebut dengan Paduka Raja Tun Perak iaitu abang Tun

Kudu. Tindakannya itu dikatakan merupakan satu tamparan hebat kepada kaum wanita.

Bukan itu sahaja, wanita pada masa ini juga turut dijadikan sebagai ‘alat menebus kesalahan’.

Hal ini dapat diterangkan melalui kisah Tun Teja iaitu tunangan kepada Sultan Pahang.

Beliau telah menjadi mangsa kerakusan Sultan Mahmud Syah yang berkeinginan untuk

memperisterikan beliau kerana rupanya yang cantik. Dalam usaha untuk mendapatkan Tun

Teja, baginda telah menawarkan ganjaran yang lumayan kepada sesiapa yang berjaya

melarikan Tun Teja. Maka muncullah Hang Nadim yang ingin menebus kesalahannya

terhadap Sultan dan memikul tanggungjawab untuk melarikan Tun Teja. Pada mulanya tidak

berjaya namun setelah menggunakan cara halus barulah beliau berjaya melarikan Tun Teja

tanpa kerelaannya.
Peranan yang terakhir adalah ‘wanita sebagai alat pemuas nafsu’ iaitu mereka dipaksa

untuk berkahwin bagi memuaskan nafsu kaum lelaki. Isteri Tun Ali iaitu Tun Fatimah turut

menjadi mangsa kerakusan seorang sultan. Sultan Mahmud Syah menggunakan kuasanya

membunuh Tun Ali dan merampas Tun Fatimah yang diidamnya itu. Tun Fatimah bukan

sahaja kehilangan suami namun beliau juga turut kehilangan ayahandanya. Hal ini telah

menyebabkan beliau sedih dan marah kerana dendam yang sukar untuk dibalas.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan suatu perancangan rapi dalam merumuskan sesuatu artikel.

Metodologi harus disusun sebaik mungkin bagi menjamin kelancaran menghuraikan

kandungan artikel ini. Dengan ini, setiap huraian isi artikel ini dapat dikupas dengan baik

melalui fakta daripada sumber-sumber yang telah dijadikan sebagai rujukan oleh penyelidik.

Penyelidik telah menggunakan kaedah pengumpulan maklumat melalui bahan buku,

dokumentari dan beberapa jurnal. Selain itu, kaedah penyusunan jalan cerita artikel ini

diambil melalui kisah-kisah adalah terperinci dan mudah difahami serta rumusan yang

dilakukan adalah berkait dengan situasi yang pernah berlaku pada masa dahulu iaitu secara

menyeluruh terhadap tajuk yang dibincangkan.

4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAJIAN

Kelebihan kajian artikel ini menekankan betapa golongan wanita perlu dihargai diatas

pengorbanannya sebagai tulang belakang kepada kaum lelaki dan pembangunan sesebuah

kerajaan. Terdapat banyak pengajaran yang boleh didapati dalam artikel ini. Penulis telah

menceritakan tiga kisah tentang wanita pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ini sehingga
menjadikan jalan cerita yang disampaikan menjadi begitu menarik untuk dihayati dan

dijadikan sebagai pengajaran kepada masyarakat masa kini. Fakta dan sumber yang

diperolehi juga turut dilampirkan dan dinyatakan oleh penulis agar memudahkan para

pengkaji yang lain. Bahasa yang digunakan juga turut mudah difahami oleh para pembaca

kerana menggunakan bahasa melayu.

Kelemahan kajian artikel ini adalah penyelidik sukar mendapatkan fakta yang tepat kerana

terlalu banyak fakta yang digunakan dan pendapat para pengkaji yang lain berbeza-beza. Hal

ini menyukarkan pengkaji untuk menghurai atau menerangkan kisah-kisah dahulu yang

kurang jelas kisahnya.

5.0 HASIL PENELITIAN BERDASARKAN FALSAFAH ILMU

Hasil penelitian artikel berdasarkan falsafah ilmu yang boleh dikaitkan adalah epistemologi

ilmu. Hal ini dapat dikaitkan kerana epistemologi adalah salah satu daripada cabang falsafah

yang membincangkan tentang hakikat ilmu, sumber ilmu, asal mula ilmu, ilmu sebagai

proses, batas-batas, sifat, metode dan kesahihan ilmu. Epistemologi membantu seseorang

melihat apa yang mungkin dan apa yang tidak mungkin menurut bidang-bidangnya. Ia juga

membimbing seseorang untuk menyemak apa yang mungkin diketahui dan harus diketahui

atau apa yang mungkin diketahui dan penting untuk diketahui atau apa yang sama sekali tidak

mungkin diketahui. Hal ini telah menerangkan bahawa penyelidik telah menggunakan ilmu

ini untuk mengetahui atau mengkaji apa yang tidak diketahui bagi mendapat jalan cerita yang

sahih dan benar.


6.0 PENUTUP

Konklusinya, melalui kajian ini yakni berkait dengan peranan golongan wanita pada zaman

Kesultanan Melayu Melaka telah memperjelaskan bahawa kedudukan wanita pada masa itu

hanyalah sebagai alat untuk kepentingan kaum lelaki iaitu dikatakan lemah dan tidak

dipandang tinggi peranannya. Penemuan atau ilmu pengetahuan baru yang saya perolehi

daripada artikel ini adalah pengajaran yang cuba disampaikan oleh penyelidik tentang

pentingnya menjaga martabat seorang wanita. Hal ini dapat dinyatakan bahawa kaum wanita

dahulu tidak bebas dan sentiasa terkongkong oleh nilai-nilai budaya, sosial dan agama. Taraf

dan kedudukan mereka adalah seperti pengikut yang hanya bergantung kepada kaum lelaki

dianggap sebagai pelindung mereka. Artikel ini cuba untuk membuka minda dan pandangan

manusia untuk meneliti betapa sukarnya kehidupan golongan wanita pada zaman Kesultanan

Melayu Melaka.
BIBLIOGRAFI

A Samad Ahmad (diselenggarakan). 1986. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cheah Boon Kheng. 1997. ‘Di Belakang Tabir: Tinjauan Sejarah Tentang Peranan Wanita

Melayu dalam Politik Istana’ dalam Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok EE, Alam

Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusoff Hashim.1992. The Malay Sultanate of Malacca Terj. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka..

Anda mungkin juga menyukai