Anda di halaman 1dari 8

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN


TEMA DAN TAJUK
JUMLAH
MENGENALI SEJARAH
1.1 Pengenalan ilmu
1 2 2
sejarah
1.2 Pengertian sejarah
TEMA 8
mengikut pandangan 3 4 5 6 7 5
sejarawan
1.3 Menghuraikan
11
konsep masa silam dan 10 8 9 5
12
ruang dalam sejarah
12
MATA PELAJARAN: SEJARAH (1249/1)
TINGKATAN : 1
SOALAN PEPERIKSAAN SEJARAH TINGKATAN 1

SOALAN OBJEKTIF

1.Apakah yang dimaksudkan dengan sejarah? (Pengetahuan)

A.Sebuah cerita berkaitan masa hadapan.

B.Peristiwa yang berlaku pada masa lalu dalam kehidupan sesebuah masyarakat atau negara akan dikaji oleh sejarawan.

C.Peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan masyarakat sekarang.

D.Coretan hidup masyarakat terdahulu.

Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab,(syajaratun) yang bererti


pokok.Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah,riwayat,keturunan dan asal usul.

2.Menurut pengertian sejarah diatas, ia didefinisikan dalam bentuk bahasa? (Kefahaman)

A.Brazil

B.Ghana

C.Inggeris

D.Melayu
3.Apakah maksud sejarah yang diberikan oleh Herodotus? (Pengetahuan)

A.Catatan tentang sikap manusia masa lampau

B.Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu

C.Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya

D.Kisah perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat zaman dahulu

“Sejarah membicarakan tentang masyarakat atau perubahan yang berlaku


pada sifat masyarakat”.

4.Tokoh sejarawan yang manakah mengucapkan pengertian sejarah tersebut? (Kefahaman)

A.Mohd Yusuf Ibrahim

B.Ibn Khaldun

C.Herodatus

D.Chin Peng
5.Pilih padanan jawapan yang betul berkaitan dengan tokoh sejarawan dengan pengertian sejarah yang dikemukakannya. (Analisis)

I.Herodotus Penceritaan tentang tindakan manusia yang terpenting dan mengagumkan serta
sebab berlakunya sesuatu peristiwa.

II.Khoo Kay Kim Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia,peradaban dunia dan
perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.

III.Ibn Khaldun Suatu proses interaksi yang berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-
faktanya.Suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa
lampau.

IV.Muhd Yusof Sejarah ialah masa lalu itu sendiri.Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod
Ibrahim tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu

A.I dan II

B.I dan IV

C.II dan III

D.III dan IV
Gambar 1

6.Gambar 1 menunjukkan sebuah buku berjudul “Mukadimah” hasil karyawan Ibn Khaldun. Apakah penceritaan yang ditulis oleh beliau dalam
buku tersebut? (Sintesis)

A.Menceritakan tentang Perang Dunia Kedua

B.Berkaitan dengan transformasi masyarakat Melayu

C.Menceritakan dan mengupas perihal kehidupan manusia bermula zaman primitif hingga kehidupan di bandar

D.Merumuskan kisah kehidupan masyarakat zaman jahiliah


7.Kewujudan pakar-pakar sejarawan telah berjaya merungkai kisah-kisah sejarah yang telah berlaku pada masa lepas. Pada pandangan anda,
apakah yang akan terjadi sekiranya tiada pakar sejarawan yang mengkaji kisah-kisah sejarah terdahulu? (Penilaian)

A.Masyarakat hidup bahagia dan harmoni

B.Ekonomi negara akan terus meningkat

C.Sejarah dunia akan terus berkembang dan pesat

D.Sejarah terdahulu tidak diketahui dan manusia akan terus melakukan kesilapan lampau

8.Ruang dalam sejarah yang luas mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu,seperti politik,ekonomi dan
sosial.Sebagai contoh sejarah Malaysia dibahagikan kepada tema-tema tertentu oleh para sejarawan.Mengapakah sejarawan berbuat sedemikian?
(Kefahaman)

A.Memudahkan sejarawan melakukan penyelidikan sebelum membuat penulisan

B.Supaya fakta sejarah benar dan tepat

C.Mudah untuk dijual

D.Supaya tiada unsur plagiat


9.Pilih padanan yang betul diantara ruang masa dengan tahun . (Analisis)

A. Dekad-1000 tahun

B. Abad-100 tahun

C. Alaf-10 tahun

D. Masihi-1tahun

10. Konsep masa juga boleh diukur mengikut zaman,seperti Sebelum Masihi(SM) dan Masihi(M).Zaman Masihi bermula dengan kelahiran
Nabi? (Pengetahuan)

A.Muhammad SAW

B.Ibrahim AS

C.Isa AS

D.Daud AS
11.Pak Rahim merupakan seorang pesara tentera dan sekarang berumur 71 tahun. Berapakah bilangan dekad mengikut umurnya sekarang?
(Aplikasi)

A.5 dekad

B.9 dekad

C.10 dekad

D.7 dekad

12.Pilih urutan gambar mengikut susunan kronologi masa yang betul bermula pada era kerajaan Melaka hingga tahun pengisytiharan Malaysia.
(Aplikasi)

I.Kerajaan Melaka II.Pengisytiharan Malaysia III.Era Jepun IV.Kedatangan Portugis V.Perjanjian Kemerdekaan

A.I,IV,III,V,II

B.II,III,I,IV,V

C.I,IV,III,II,V

D.V,IV,III,II,I

Anda mungkin juga menyukai