Anda di halaman 1dari 2

Laporan Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke
Melaka Bandar Raya Bersejarah. Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru turut
serta dalam lawatan itu. Sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh
Cikgu Maznah. Kami diingatkan agar menjaga disiplin dan tingkah laku serta
mementingkan keselamatan.
Kami memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pagi. Dalam perjalanan, kami
begitu teruja melihat pembangunan negara. Bangunan-bangunan yang tinggi dan
tersergam indah di kiri kanan lebuh raya menyedarkan kami betapa pemimpin kita
sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyatnya.
Setibanya kami di Air Keroh, kami melawat ke Planetarium Negara. Sekali
lagi kami begitu kagum melihat kecanggihan sains dan teknologi. Kami dibawa
melawat oleh pegawai yang bertugas. Berbagai-bagai bahan dan infomarsi yang
kami peroleh di tempat ini. Kami juga diberi peluang menonton tayangan
interaktif tentang planet yang terdapat di ruang angkasa.
Selepas itu, kami pergi ke Zoo Melaka yang terletak tidak jauh dari situ.
Setiap orang pengunjung dikenakan bayaran RM8 untuk kanak-kanak dan RM10
untuk dewasa. Di sini, kami dapat melihat dan belajar tentang binatang-binatang
terutama binatang yang hampir pupus seperti beruang kola, harimau benggala,
seladang dan banyak lagi. Flora dan fauna di sini menyegarkan pemandangan. Kami
juga diberi pelung menaiki train dan dibawa ke seluruh kawasan zoo ini. Sekali
lagi kami insaf tatkala melihat keagungan dan kekayaan ciptaan Tuhan.
Selepas solat zuhur di Masjid al-Azim di Bukit Baru, kami dibawa ke
Taman Rempah Ratus untuk menaiki bot Melaka Cruise. Kami begitu teruja
kerana tidak pernah menaiki bot. Kami dibawa menyusuri sungai Melaka. Kami
dapat melihat pembangunan negeri bersejarah ini. Ketika di Medan Samudera
pula, kami berpeluang membeli cenderamata. Saya membeli beberapa helai baju-
t, pemegang kunci dan kipas untuk ibu dan adik-adik saya.
Kami bertolak pulang ke Shah Alam pada pukul 6.30 petang. Sesungguhnya,
banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami timba ketika menyertai lawatan
ini. Saya berharap agar dapat menyertai lawatan seperti ini pada masa yang akan
datang.
Laporan Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke
Melaka Bandar Raya Bersejarah. Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru turut
serta dalam lawatan itu. Sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh
Cikgu Maznah. Kami diingatkan agar menjaga disiplin dan tingkah laku serta
mementingkan keselamatan.
Kami memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pagi. Dalam perjalanan, kami begitu
teruja melihat pembangunan negara. Bangunan-bangunan yang tinggi dan
tersergam indah di kiri kanan lebuh raya menyedarkan kami betapa pemimpin kita
sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyatnya.
Setibanya kami di Air Keroh, kami melawat ke Planetarium Negara. Sekali
lagi kami begitu kagum melihat kecanggihan sains dan teknologi. Kami dibawa
melawat oleh pegawai yang bertugas. Berbagai-bagai bahan dan infomarsi yang
kami peroleh di tempat ini. Kami juga diberi peluang menonton tayangan
interaktif tentang planet yang terdapat di ruang angkasa.
Selepas itu, kami pergi ke Zoo Melaka yang terletak tidak jauh dari situ.
Setiap orang pengunjung dikenakan bayaran RM8 untuk kanak-kanak dan RM10
untuk dewasa. Di sini, kami dapat melihat dan belajar tentang binatang-binatang
terutama binatang yang hampir pupus seperti beruang kola, harimau benggala,
seladang dan banyak lagi. Flora dan fauna di sini menyegarkan pemandangan. Kami
juga diberi pelung menaiki train dan dibawa ke seluruh kawasan zoo ini. Sekali
lagi kami insaf tatkala melihat keagungan dan kekayaan ciptaan Tuhan.
Selepas solat zuhur di Masjid al-Azim di Bukit Baru, kami dibawa ke
Taman Rempah Ratus untuk menaiki bot Melaka Cruise. Kami begitu teruja
kerana tidak pernah menaiki bot. Kami dibawa menyusuri sungai Melaka. Kami
dapat melihat pembangunan negeri bersejarah ini. Ketika di Medan Samudera
pula, kami berpeluang membeli cenderamata. Saya membeli beberapa helai baju-
t, pemegang kunci dan kipas untuk ibu dan adik-adik saya.
Kami bertolak pulang ke Shah Alam pada pukul 6.30 petang. Sesungguhnya,
banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami timba ketika menyertai lawatan
ini. Saya berharap agar dapat menyertai lawatan seperti ini pada masa yang akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai