Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN 2

Pelajar dikehendaki menulis contoh objektif 6 aras Taksonomi Bloom

Contoh objektif 6 aras Taksonomi Bloom berdasarkan:

I. Pengetahuan- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Menyenaraikan prinsip rekaan dalam seni.

II. Kefahaman- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Merumuskan apa yang diajar oleh guru.

III. Aplikasi- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Menyediakan bahan-bahan asas dalam menghasilkan sesebuah catan.

IV. Analisis- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Menghubungkait secara teori dan praktikal.

V. Sintesis- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Mereka cipta sesuatu produk/karya.

VI. Penilaian- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

Mengkritik karya-karya yang dihasilkan.


Pilih salah satu tajuk/sub tajuk dalam sukatan PSV. Tuliskan 5 objektif P&P bagi setiap

domain. Nyatakan ulasan anda tentang kepentingan setiap objektif yang dipilih.

1. Domain kognitif

2. Domain afektif

3. Domain psikomotor

Reka Bentuk Industri ( Penghasilan Produk )

1. Kognitif

Objektif:

a) Pengetahuan

Pelajar dapat menyatakan kepentingan bidang reka bentuk industri.

Ulasan: Setelah mendapat pendedahan oleh guru, pelajar mendapati bidang reka

bentuk industri adalah amat penting dalam memajukan ekonomi negara.

Pelajar dapat menyatakan kepentingan bidang tersebut kepada guru . Di sini

berlakunya penerapan nilai murni ke dalam diri pelajar iaitu sifat berani.

b) Kefahaman

Pelajar boleh menerangkan penggunaan alatan dan bahan dalam

penghasilan sesuatu produk reka bentuk industri.

Ulasan: Setelah pelajar boleh menerangkan penggunaan alatan dan bahan dalam

penghasilan sesuatu produk reka bentuk industri, secara automatik sudah tentu

para pelajar telah memahami cara penggunaannya.


c) Aplikasi

Pelajar dapat menggunakan alat dan bahan dengan betul dalam

penghasilan produk.

Ulasan: Produk yang dihasilkan akan kelihatan menarik jika pelajar dapat

mengaplikasikan penggunaan alat dan bahan dengan sebaik mungkin . Maka

produk yang dihasilkan menjadi lebih menarik melalui penggunaan alat dan

bahan denggan sempurna.

d) Analisis

Pelajar dapat melakarkan dengan terperinci rekaan produk.

Ulasan: Jika pelajar dapat melakarkan dengan terperinci sesebuah rekaan produk,

maka pelajar akan dapat menghasilkan produk industri yang dikehendaki

dengan baik sekali berdasarkn lakaran yang dihasilkan.

e) Sintesis

Pelajar boleh merumuskan dan menyokong sebab sesebuah produk itu

dihasilkan.

Ulasan: Jika pelajar dapat merumuskan dan menyokong sebab sesebuah produk itu

dihasilkan, maka pelajar tersebut boleh menghasilkan produk dengan baik. Ini

adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar.


2. Afektif

Objektif:

a) Menerima

Pelajar menjawab pertanyaan guru tenteng elemen penting dalam reka

bentuk industri.

Ulasan: Pelajar boleh menunjukkan penerimaan mereka dengan apa yang telah

diajar.

b) Memberi Maklumbalas

Pelajar boleh melaksanakan arahan yang diberikan oleh guru.

Ulasan: Pelajar dapat memberi maklumbalas dengan baik apabila melaksanakan

arahan yang diberikan oleh guru dengan baik.

c) Menilai

Pelajar boleh mencadangkan media atau alatan dan bahan yang sesuai

dalam penghasilan produk.

Ulasan: Cadangan yang disumbangkan pelajar boleh menjadikan seseorang pelajar

tersebut merasakan dirinya dihargai. Selain itu, pelajar akan menjadi lebih

berkeyakinan dan berani dalam membuat sesuatu keputusan dan

meluahkan pendapat.
d) Mengorganisasi

Pelajar boleh menyusun dan mengubahsuai reka bentuk dalam sesuatu

lakaran idea sesuatu produk.

Ulasan: Produk yang dihasilkan berfungsi dan menjadi lebih baik hasil daripada

penyusunan dan pengubahsuaian yang dilakukan.

e) Menghayati Nilai

Pelajar dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik dan

sempurna.

Ulasan: Dengan melaksanakan tugasan tersebut telah menggambarkan bahawa pelajar

tersebut mempunyai perwatakan yang baik kerana mengikut arahan yang

diberikan dengan sempurna.

3. Psikomotor

Objektif:

a) Persepsi

Pelajar mengenalpasti atau memerhati segala contoh produk reka bentuk

industri yang ditunjukkan oleh guru.


Ulasan: Tindakan pelajar tersebut menunjukkan kesungguhan pelajar dalam setiap

tindakan yang diambil dalam proses P&P.

b) Set

Pelajar menunjukkan kemahiran yang sedia ada dalam

mengaplikasikannya dalam penghasilan produk.

Ulasan: tahap asas kemahiran yang diperolehi dalam pembelajaran sebelum ini

dapat dilihat dan dinilai.

c) Respons Berpandu

Pelajar memberikan tindakbalas dengan melaksanakan aktiviti dengan

baik dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.

Ulasan: Pengembangan kemahiran dapat diberikan kepada pelajar berdasarkan

tugasan yang baru beserta penggunaan pengetahuan sedia ada.

d) Mekanisme

Pelajar dapat menggunakan kemahiran dalam mencantumkan bahagian-

bahagian dalam produk yang dihasilkan.

Ulasan: Ini akan mengasah lagi kemahiran sedia ada dalam diri para pelajar dalam

menghasilkan sebuah produk reka bentuk indusri yang berkualiti tinggi.


e) Respons Ketara Kompleks

Pelajar membaiki kesilapan yang dilakukan sebelumnya.

Ulasan: Hasil dari objektif tersebut akan memberikan kesempurnaan dan

pengekalan kemahiran kepada pelajar melalui proses pembaikan yang

dilakukan.

f) Adaptasi (Penyesuaian)

Pelajar mempelbagaikan fungsi yang terdapat pada produk yang direka.

Ulasan: Sifat kreatif akan lahir akan dalam diri pelajar apabila pelajar mencuba

sesuatu yang baru dan mengaplikasikannya dalam aktiviti harian.

g) Lakuan Tulen

Pelajar mencipta sesuatu produk dengan baik, kreatif, inovatif dan

berdasarkan idea sendiri.

Ulasan: Tahap kemahiran kendiri akan meningkat dalam diri pelajar. Selain itu,

keinginan untuk berubah menjadi lebih baik akan wujud dalam diri para

pelajar.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SENI VISUAL TAHUN 4

Rancangan Pengajaran Harian


Pendidikan Seni Visual

Tahun: 4 Anggerik
Tarikh: 19 April 2013
Bilangan Murid: 20 orang
Masa Interaksi Kelas: 8.30-9.30 pagi
Bidang Kegiatan: Membuat corak dan rekaan
Tajuk: Kad Hari Ibu
Masa: 1 Jam
Objektif:
(i)Di akhir pembelajaran,murid-murid mampu melatih diri supaya
memahirkan diri dengan kegiatan membuat corak dan rekaan supaya
lebih kemas dan menarik.
(ii)Di akhir pembelajaran,murid-murid mampu memahami dan
menghasilkan karya yang baik berdasarkan teknik geometri.
Penerapan Nilai:Kesabaran,tekun,kebersihan,kekemasan dan
kekreatifan.
Pengetahuan Sedia Ada:
(i)Murid-murid pernah melihat pelbagai jenis kad.
(ii)Kemahiran melukis,melipat dan menggunting.
(iii)Murid-murid mempunyai pengetahuan asas mengenai pembuatan kad.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:
(i)Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK)
(ii)Interpersonal dan Intrapersonal(TPK)
Kemahiran:
(i)Melukis
(ii)Menggunting
(iii)Melipat
Keperluan Bahan: Kertas lukisan,kertas warna,gam,gunting dan pensel

Bantuan Alat Mengajar: Papan putih,marker dan contoh hasil kerja guru
Hasil Pembelajaran:
(i)Murid dapat mengenali teknik gometrik bagi menghasilkan kad.
(ii)Memahami cara-cara untuk membuat corak dan rekaan pada
kad dengan menggunakan teknik geometri,lipatan dan guntingan.
(iii)Murid-murid mampu untuk menghasikan corak dan rekaan kad dengan
menggunakan teknik geometri.
Pelaksanaan
Langkah P&P Hasil Pembelajaran Strategi
Pengajaran
Set Induksi(5 min)
a)Guru memulakan a)Murid dapat -Muzik
sesi pembelajaran menyanyi mengikut
dengan menyanyikan nyanyian guru. -Melihat secara aktif
lagu Ibu Kaulah Ratu
Hatiku. b)Murid juga mampu
dalam mengenalpasti
b)Guru menerangkan bentuk-bentuk
bentuk-bentuk geometri.
geometri yang
terdapat pada kad.

Aktiviti 1 (10 min) Langkah 1


a)Guru menerangkan a)Murid dapat -Interpersonal
mengenai aktiviti yang menerangkan
akan dilakukan oleh mengenai aktiviti -Menghubungkait
murid-murid iaitu membuat corak dan
-Berbincang dan
membuat corak dan rekaan kad dengan
menyoal
rekaan kad dengan menggunakan teknik
menggunakan teknik geometri.
geometri serta
menunjukkan hasil b)Murid mampu untuk
karya yang telah siap. menyenaraikan alatan
dan bahan yang
b)Guru menerangkan diperlukan.
alat dan bahan yang
diperlukan untuk
melakukan aktiviti
tersebut.
Aktiviti 2 (15min) Langkah 2
a)Guru menunjukkan a)Murid mampu untuk -Kecerdasan ruang
demonstrasi untuk menceritakan langkah-
menghasilkan langkah bagi -Pemerhatian yang
kad dengan menghasilkan kad aktif
menggunakan teknik dengan menggunakan
geometri. teknik geometri yang
betul.
b) Murid-murid
diminta menghasilkan b)Murid mampu
kad hari ibu menghasilkan karya
berdasarkan corak dan yang lebih kemas.
rekaan tersendiri.

c)Guru meminta murid


untuk melipat dan
menggunting kertas
lukisan dan kertas
warna yang telah
dilukis dengan
pelbagai bentuk
geometri.

d) Guru meninjau
proses menggunting
kertas warna dan
kertas lukisan oleh
murid dan
memberikan
penekanan terhadap
aspek keselamatan.
Aktiviti 3 (15min) Langkah 3
a)Guru membimbing a)Murid telah mampu -Mendengar secara
murid-murid di dalam untuk menghasilkan aktif
proses menyiapkan kad hari ibu dengan
kad hari ibu dengan menggunakan teknik -Pemerhatian secara
menggunakan teknik geometri. aktif
geometri.
b)Murid dapat -Interpersonal
b)Murid-murid menjalankan aktiviti
-Intrapersonal
menampal kertas dengan lancar di
warna yang bawah penyeliaan
mempunyai bentuk guru.
geometri di atas kad.

c)Guru meminta murid


untuk memperkemas
kad supaya kelihatan
kemas dan menarik.

d)Guru memberikan
markah berdasarkan
kad hari ibu yang
telah dihasilkan oleh
murid-murid.
Sesi apresiasi dan TKP:
refleksi(10min) a)Murid-murid berasa -Interpersonal
a)Murid-murid diminta gembira dan berpuas -Intrapersonal
untuk mempamerkan hati dengan hasil kerja
hasil karya masing- masing-masing.
masing.

b)Sesi apresiasi dan b)Murid-murid mampu


refleksi hasil karya untuk menilai tahap
murid yang dihasilkan: keupayaan diri dan
-Baik rakan-rakan.
-Sederhana
c)Murid-murid diberi
-Kurang mencapai
peluang memberikan
tahap
pendapat mengenai
hasil kerja masing-
masing.
Penutup(5min)
a)Guru melaksanakan a)Murid-murid
sesi penutup dengan mendapat pengajaran
memberi penerapan mengenai nilai-nilai
nilai-nilai murni ke murni yang perlu
dalam diri murid- diterapkan di dalam
murid. kehidupan.

b)Guru memberikan b)Guru menyahut


motivasi kepada seruan kerajaan untuk
murid-murid untuk melahirkan modal
menjadikan karya insan yang berkualiti
yang dihasilkan tinggi.
sebagai batu loncatan
untuk masa depan
kelak.

Anda mungkin juga menyukai