Anda di halaman 1dari 16

PROGRAM RESOURCE POOL SIBU

MODUL ANALISIS KESALAHAN BAHASA

TAHUN 2015

DISEDIAKAN OLEH
Cikgu Zulkarnain Farihin Abdullah
SMK Sacred Heart
Ketua Resource Pool Sibu
Bahasa Melayu STPM
terimakasihcikgu@gmail.com
SEMUA JAWAPAN ADALAH BERDASARKAN
PEMAHAMAN DAN KAJIAN SENDIRI MENELITI
DAN MENGKAJI SAOLAN
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2001
Sejak sedekad yang lalu, banyak lebuh raya telah dibina, di antaranya lebuh raya yang menghubungkan
utara dengan selatan, dan yang menghubungkan timur dengan barat di Semenanjung. Pembinaannya telah diluluskan
oleh syarikat-syarikat koporat dengan menelan berbillion ringgit. Pembinaan prasarana itu juga memanfaatkan
pengguna kerana dapat menghubungi antara satu tempat dengan tempat yang lain dengan lebih cepat.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1 Sejak sedekad yang lalu, Penggunaan tanda koma (,) selepas kata Sejak sedekad yang lalu, banyak
banyak lebuh raya telah dibina perlu digantikan dengan tanda lebuh raya telah dibina.
dibina, noktah (.)
2 di antaranya Kata sendi nama di tidak diperlukan antara
kerana kata antara sudah berfungsi
sebagai kata sendi nama.
3 antaranya lebuh raya Kata termasuklah perlu diselitkan antara antaranya termasuklah lebuh
kata sendi nama antaranya dengan raya
frasa lebuh raya untuk menyatakan
bahawa hanya lebuh raya yang
menghubungkan antara utara dengan
selatan dan yang menghubungkan timur
dan barat sahaja yang dibicarakan dalam
petikan antara sekian banyak lebuh raya
lain di Semenanjung.
4 berbillion Kesalahan ejaan kata berbillion. berbilion
5 berbilion Kata berbilion merupakan kata bilangan berbilion-bilion
himpunan yang membawa maksud
banyak bilion. Yang betul ialah berbilion-
bilion.
6 Pembinaan prasarana itu Kata penegas juga perlu digugurkan Pembinaan prasarana itu
juga memanfaatkan kerana ayat tersebut tidak memerlukan memanfaatkan pengguna
pengguna penegasan.
7 Pembinaan prasarana itu Frasa kerja memanfaatkan pengguna Pembinaan prasarana itu
memanfaatkan pengguna bermaksud menjadikan pengguna memberikan manfaat kepada
bermanfaat kepada semua. Dalam pengguna
konteks ayat, pengguna sepatutnya
beroleh manfaat
8 dapat menghubungi antara Kata sendi nama antara tidak diperlukan dapat menghubungi satu tempat
satu tempat dengan tempat selepas kata kerja transitif. Oleh itu, kata dengan tempat yang lain
yang lain sendi nama antara perlu digugurkan.
9 dapat menghubungi satu Kata kerja transitif aktif menghubungi dapat menghubungkan satu
tempat dengan tempat yang bermaksud membuat perhubungan tempat dengan tempat yang lain
lain dengan seseorang. Oleh itu,
penggunaannya tidak sesuai dalam
konteks ayat.
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2002
Universiti Panca Persada (UPP) adalah universiti berkembar yang terletak antara bandaraya pintar Cyberjaya
dengan Seremban. Kini, UPP mempunyai lebih kurang 11 000 orang pelajar di kedua buah kampus, yang dilengkapi
dengan infrastruktur teknologi maklumar yang bertaraf dunia. Pelajar dan kakitangannya menikmati aplikasi-aplikasi
teknologi tanpa wayar yang pelajar universiti lain tidak dapat nikmati, antaranya penggunaan kad pintar, pentadbiran
tanpa kertas, sistem pembelajaran multimedia, perpustakaan digital, dan sebagainya. Universiti ini telah mengadakan
kerjasama dan aktiviti-aktiviti usaha sama secara meluas dengan syarikat-syarikat tempatan dan multinasional.
Dengan adanya tenaga pengajar kelas pertama dan sokongan padu daripada kakitangan pentadbiran.
Sesungguhnya, UPP akan terus meneroka, menyelidik, dan menawarkan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada
pelajar.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

10 Universiti Panca Kata pemeri adalah digunakan untuk merangkaikan frasa Universiti Panca Persada
Persada (UPP) adalah nama dengan frasa sendi atau frasa adjektif. Untuk (UPP) ialah universiti
universiti berkembar merangkaikan frasa nama dengan frasa nama, kata pemeri berkembar
yang sesuai digunakan ialah kata ialah.
11 bandaraya Kata majmuk bandaraya bukan kata majmuk mantap yang bandar raya
ditulis bercantum.
12 yang terletak antara Dalam ayat ini, kata antara berfungsi sebagai kata arah. yang terletak di antara
bandar raya pintar Jadi, sebagai kata arah, kata antara mesti didahului dengan bandar raya pintar
kata sendi nama di.
13 UPP mempunyai lebih Kata kerja aktif transitif mempunyai mesti diikuti oleh objek. UPP mempunyai pelajar
kurang 11 000 pelajar Oleh itu, susunan ayatnya mesti diubah supaya kata kerja lebih kurang 11 000
aktif transitif mempunyai itu mempunyai objeknya.
14 UPP mempunyai lebih Kata bilangan 11 000 tergolong sebagai kata bilangan tentu UPP mempunyai pelajar 11
kurang 11 000 pelajar yang perlu disertai oleh penjodoh bilangan. Dalam hal ini, 000 orang
penjodoh bilangan yang sesuai ialah orang.
15 Di kedua buah kampus Kata bilangan kedua tergolong sebagai kata bilangan tingkat Di kedua-dua buah kampus
dan tidak sesuai digunakan pada ayat tersebut. Kata
bilangan yang sesuai ialah kata bilangan himpunan kedua-
dua
16 yang pelajar universiti Frasa pelajar universiti lain dalam ayat itu tergolong yang tidak dapat dinikmati
lain tidak dapat nikmati sebagai kata ganti nama diri ketiga. Struktur ayat pasif diri oleh pelajar universiti lain
ketiga yang betul menggunakan pola di + kata kerja + kata
ganti nama diri ketiga sedangkan ayat tersebut menyalahi
pola ini kerana menggunakan struktur ayat pasif diri pertama
dan kedua.
17 Universiti ini telah Bahagian predikat ayat ini ialah telah mengadakan Universiti ini telah
mengadakan kerjasama kerjasama dan aktiviti-aktiviti usaha sama dengan mengadakan kerjasama dan
dan aktiviti-aktiviti syarikat-syarikat tempatan dan multinasional. Frasa aktiviti-aktiviti usaha sama
usaha sama secara secara meluas ialah frasa keterangan yang menerangkan dengan syarikat-syarikat
meluas dengan cara kerjasama dan aktiviti-aktiviti usaha sama itu diadakan. tempatan dan multinasional
syarikat-syarikat Oleh itu, frasa keterangan itu hendaklah diletakkan di secara meluas.
tempatan dan belakang ayat yang menjadi predikat.
multinasional.
18 Dengan adanya tenaga Ayat 5 merupakan ayat tergantung kerana hanya terdiri Dengan adanya tenaga
pengajar kelas pertama daripada konsistuen keterangan sahaja. Untuk pengajar kelas pertama dan
dan solongan padu menyempurnakannya, ayat itu perlu digabungkan dengan solongan padu daripada
daripada kakitangan ayat yang berikutnya (Ayat 6) dengan menggugurkan kakitangan pentadbiran, UPP
pentadbiran. (Ayat 5) penanda wacana Sesungguhnya. akan terus meneroka,
menyelidik, dan
menawarkan pendidikan
berkualiti dan terbaik
kepada pelajar.
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2003
Pengangguran bukanlah masalah utama di negara ini seperti didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Sebenarnya,
isu yang mereka timbulkan itu berpunca daripada sikap sebahagian besar anak-anak muda yang terlalu memilih
pekerjaan. Golongan ini mengharapkan kepada pihak kerajaan menyediakan pekerjaan kepada mereka dengan
alasan bahawa mereka memiliki kelulusan. Jika demikian, mungkinkah pihak kerajaan dapat berbuat demikian kepada
setiap orang belia di negara ini?

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

19 Seperti didakwa oleh Selepas kata seperti perlu diikuti oleh kata pembenda Seperti yang didakwa oleh
pihak-pihak tertentu yang pihak-pihak tertentu

20 Isu yang mereka Dalam ayat pasif, kata ganti diri ketiga mereka Isu yang ditimbulkan oleh
timbulkan itu hendaklah hadir selepas kata kerja. mereka

21 sebahagian besar Kata nama selepas kata bilangan yang membawa sebahagian besar anak
anak-anak muda maksud jamak tidak perlu digandakan. muda

22 Golongan ini Kata kerja aktif transitif mengharapkan perlu diikuti Golongan ini
mengharapkan oleh objek atau penyambut dan tidak boleh diikuti oleh mengharapkan pihak
kepada pihak kata sendi nama. kerajaan
kerajaan

23 Setiap orang belia Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan selepas kata Setiap belia
nama bilangan pisahan setiap
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2004
Setiap orang pekerja syarikat Y begitu gembira setelah mendapat ganjaran daripada pihak majikan. Bagi kakitangan
yang belum menerimanya diminta menghubungi pihak pengurusan syarikat pada bila-bila masa. Ganjaran itu diberikan sebagai
tanda penghargaan pihak majikan kepada kakitangan syarikat yang telah bersama-sama memajukan syarikat tersebut. Walaupun
begitu, terdapat pihak tertentu yang mengatakan tindakan pihak pengurusan syarikat berkenaan adalah umpama ada udang di
sebalik batu. Beberapa orang kakitangan pula mengatakan yang pemberian itu tidak perlu dijadikan isu. Golongan ini ternyata
gembira dengan ganjaran tersebut dan melahirkan rasa kesyukuran kerana kesenangan yang mereka nikmati. Mereka juga berikrar
untuk memajukan syarikat itu di samping menggembleng tenaga untuk memperindahkan kawasan syarikat supaya kelihatan ceria.
Kini, kakitangan syarikat berkenaan sedang membuat persiapan terakhir menjayakan pamiran barangan syarikat yang akan diadakan
tidak lama lagi. Syarikat Y juga akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-12 pada akhir tahun ini.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

24 Setiap orang pekerja Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan selepas kata Setiap pekerja
nama bilangan pisahan setiap
25 Bagi kakitangan yang Ayat ini tidak sempurna kerana tidak mempunyai Bagi kakitangan yang
belum menerimanya subjek. belum menerimanya,
diminta mereka diminta
26 Beberapa orang Ayat ini tidak sesuai dipancangkan dengan kata Beberapa orang
kakitangan pula hubung pancangan relatif yang sebaliknya mesti kakitangan pula
menyatakan yang dihubungkan dengan kata hubung pancangan menyatakan bahawa ..
komplemen bahawa
27 kesenangan yang Kata kesenangan tidak menepati maksud ganjaran rezeki yang mereka
mereka nikmati. yang dinyatakan sebelumnya; kata yang sesuai ialah nikmati.
rezeki
28 Golongan ini ternyata Frasa mereka nikmati ialah frasa kerja pasif diri ketiga Golongan ini ternyata
gembira dengan kerana kata mereka merupakan kata ganti nama diri gembira dengan ganjaran
ganjaran tersebut dan ketiga. Struktur binaan frasa kerja pasif diri ketiga tersebut dan melahirkan
melahirkan rasa mestilah terbina daripada kata kerja berawalan di- dan rasa kesyukuran kerana
kesyukuran kerana diikuti oleh frasa sendi nama oleh serta frasa nama rezeki yang dinikmati oleh
rezeki yang mereka atau boleh juga terus diikuti oleh frasa sendi nama. mereka.
nikmati.
29 memperindahkan Sebagai adjektif, kata indah hanya menerima imbuhan memperindah
awalan mempeR- bukan imbuhan apitan mempeR--
kan
30 Mereka juga berikrar Klausa keterangan supaya kelihatan ceria tidak Mereka juga berikrar untuk
untuk memajukan mempunyai subjek memajukan syarikat itu di
syarikat itu di samping menggembleng
samping tenaga untuk
menggembleng memperindah kawasan
tenaga untuk syarikat supaya kawasan
memperindah itu kelihatan ceria.
kawasan syarikat
supaya kelihatan
ceria.
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2005
Malaysia perlu berusaha menjadikan konsep masyarakat berfikir sebagai suatu agenda penting dalam
pembangunan bangsa dan pembinaan negara. Masyarakat berfikir adalah asas penting bagi mencorakkan perubahan
masyarakat maju di abad ke-21. Kemajuan material dan ekonomi yang negara kita miliki sepatutnya merintis
perubahan yang lebih dinamis ke arah melahirkan masyarakat berfikir. Masyarakat berfikir ialah masyarakat yang
berwibawa, produktif, berfikiran jauh, optimistik pada perubahan, bersifat demokratik, dan dapat membina serta
mempertahankan nilai-nilai yang menjamin kesejahteraan anggota masyarakat. Masyarakat yang mempunyai tahap
berfikir yang rendah merupakan masyarakat yang tidak mempunyai daya kekuatan, daya ketahanan psikologi, dan tidak
dapat menentukan haluan perubahan untuk membangun, menghadapi cabaran, dan merintis kepada perubahan.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

31 Malaysia perlu Tidak ada kata hubung komplemen sedangkan ayat itu Malaysia perlu untuk
berusaha menjadikan ialah ayat majmuk komplemen berusaha menjadikan
konsep konsep

32 adalah asas penting Salah penggunaan kata pemeri adalah. Perkataan ialah asas penting
asas ialah kata nama. Kata pemeri yang mendahului
kata nama ialah ialah

33 di abad ke-21 Kesalahan penggunaan kata sendi nama di. Kata pada abad ke-21
sendi nama hanya untuk menunjukkan tempat dan
arah.

34 ekonomi yang negara Salah struktur ayat pasif diri ketiga, ayat pasif ini ekonomi yang dimiliki oleh
kita miliki seharusnya mematuhi struktur KN (objek) + KK negara kita
(dengan imbuhan di) + KN (Subjek)

35 optimistik pada Salah guna kata sendi nama pada. Kata sendi nama optimistik kepada
perubahan ini khusus untuk menunjukkan masa dan tempat. perubahan
Perubahan bukan merupakan masa atau tempat.

36 merintis kepada Perkataan merintis ialah kata kerja transitif yang merintis perubahan
perubahan memerlukan objek. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh
objek yang terdiri daripada kata nama, sedangkan
kepada bukan kata nama, tetapi kata sendi nama.
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2006
Kerajaan kini berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Sehubungan dengan itu, ibu bapa
seharusnya mendidik anak-anak agar menghormati kepada ibu bapa dan orang yang lebih tua daripada mereka. Di
sekolah pula, guru seharusnya memikirkan kaedah terbaik untuk melahirkan pelajar yang tidak bersikap anti-sosial.
Sikap pelajar yang mementingkan diri sendiri tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Manakala masalah kemerosotan
dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan mereka. Selain itu, punca tidak kurang
pentingnya dalam hal ini ialah pengaruh rakan sebaya. Kedua faktor tersebut perlu dipandang serius oleh semua pihak
untuk memastikan bahawa hasrat kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berbudi bahasa akan menjadi kenyataan.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

37 berusaha melahirkan Tidak menggunakan kata hubung keterangan antara berusaha untuk melahirkan
kedua-dua perkataan itu. Ayat itu ialah ayat majmuk
pancangan keterangan tujuan.

38 menghormati kepada menghormati ialah kata kerja aktif transitif yang menghormati ibu bapa
ibu bapa mesti diikuti objek yang terdiri daripada kata nama,
sedangkan kepada ialah kata sendi nama.

39 anti-sosial Tanda sempang tidak diperlukan untuk merangkaikan antisosial


imbuhan anti dengan kata nama am.

40 Manakala masalah manakala ialah kata hubung gabungan; tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,
kemerosotan digunakan dengan ayat sebelumnya atau perkataan manakala masalah
manakala itu digugurkan.
atau

Masalah kemerosotan
disiplin pelajar perlu
ditangani secara bijaksana.

41 punca tidak kurang Tidak menggunakan kata hubung pancangan relatif punca yang tidak kurang
penting yang untuk membentuk klausa pancangan relatif pentingnya
yang menjadi penerang kepada subjek.

42 Kedua faktor Perkataan kedua dalam ayat ini sebenarnya Kedua-dua faktor
bermaksud himpunan, bukan menunjukkan tempat
atau kedudukan ataupun urutan. Perkataan itu perlu
digandakan.
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2007
Baru-baru ini, satu pertunjukan kebudayaan pelbagai kaum telah diadakan di dewan orang ramai. Badan
bertanggungjawab untuk menganjurkan pertunjukan itu ialah Majlis Kebudayaan Kota. Pertunjukan dwitahunan itu
berkaya menarik minat pelancong asing, selain rakyat pelbagai kaum di negeri itu. Sepanjang pertunjukan itu diadakan,
beberapa adegan yang menarik dapat disaksikan. Kemunculan suatu lembaga di atas pentas ketika lampu dimalapkan
amat menyeramkan penonton, terutama kanak-kanak. Lembaga itu agak tinggi tetapi badannya bukan besar sangat.
Lembaga mirip manusia itu melontarkan sesuatu ke arah penonton yang mana berada berdekatan dengan pentas.
Ketika para penonton menjerit ketakutan, tiba-tiba lembaga itu hilang daripada pandangan. Demikianlah persembahan
yang kami dapat saksikan pada malam itu. Nah, hebat sungguh! komen seorang penonton yang berada di sebelah
saya.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

43 Badan Tidak ada kata hubung pancangan relatif di antara Badan yang
bertanggungjawab perkataan badan dengan perkataan bertanggunghawab
bertanggungjawab. Kata hubung relatif dalam konteks
itu perlu kerana ia berfungsi untuk membentuk klausa
penerang kepada subjek dalam ayat majmuk
pancangan relatif.

44 badannya bukan Kata nafi bukan tidak boleh digunakan di hadapan badannya tidak besar
besar sangat kata adjektif. sangat

45 penonton yang mana yang mana tidak boleh digunakan sebagai kata penonton yang berada
berada hubung pancangan. Ini sebenarnya merupakan
pengaruh bahasa Inggeris.

46 persembahan yang Binaan ayat ini tidak menepati binaan ayat pasif ganti persembahan yang dapat
kami dapat saksikan diri orang pertama. kami saksikan

47 Nah, hebat Nah bukan kata seru yang menunjukkan rasa Wah, hebat sungguh!
sungguh! kekaguman terhadap sesuatu.
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2008
Seorang polis inspektor yang baru dua bulan bertugas telah menceritakan keadaan di daerah itu kepada
pemberita. Beliau menyatakan bahawa banjir itu berpunca daripada sebuah empangan yang pecah akibat gempa bumi
yang berlaku di negara jiran. Untuk memudahkan orang ramai mengikuti perkembangan terkini, sebuah jawatankuasa
petugas telah dibentuk. Jawatankuasa tersebut dikehendaki bertugas setiap hari, sebaliknya pada hari Jumaat. Dalam
kesibukan orang ramai membantu pihak keselamatan menyelamatkan mangsa, terdapat sesetengah pihak yang
mengambil kesempatan mencuri barang-barang, terutamanya makanan dan pakaian. Pihak polis mensyaki bahawa
kegiatan tersebut dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Untuk mengawal keadaan di daerah itu
memerlukan sukarelawan yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, ekoran tertangkapnya beberapa penjenayah,
kegiatan mencuri dapat dikawal.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

48 polis inspektor Kesalahan hukum D-M. Unsur yang diterangkan iaitu inspektor polis
inspektor mesti mendahului unsur yang menerangkan
polis

49 sebaliknya pada hari Kesalahan penggunaan perkataan sebaliknya yang kecuali pada hari Jumaat
Jumaat membawa maksud pertentangan. Dalam konteks ayat
itu, maksud sebenarnya ialah melainkan

50 mengambil Tiada kata hubung keterangan dalam ayat majmuk mengambil kesempatan
kesempatan mencuri pancangan keterangan dengan mencuri

51 Untuk mengawal Ayat tergantung kerana tiada subjek. Untuk mengawal keadaan
keadaan di daerah itu di daerah itu
memerlukan mereka/pihak berkuasa
memerlukan

52 mensyaki Apabila perkataan yang terdiri daripada satu suku kata mengesyaki
menerima imbuhan me-, alomorf yang digunakan
ialah menge-

53 tertangkapnya Tidak mengunakan penjodoh bilangan selepas kata tertangkapnya beberapa


beberapa penjenayah bilangan tidak tentu beberapa orang penjenayah
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2009
Pengeluar mahupun pemborong perlu menimbangkan kepentingan minyak masak kepada pengguna dan
bukan sepatutnya menaikkan harga mintak masak atas pelbagai alasan setelah mereka memperoleh subsidi daripada
kerajaan semenjak bukan Januari yang lalu. Pengeluar mengaitkan kenaikan harga minyak masak dengan kenaikan
harga petrol, upah membungkus, dan harga plastik peket yang digunakan. Oleh kerana itu, harga sekilogram minyak
masak peket tersebut terpaksa dinaikkan kepada RM2.75 hingga RM3.00 sepeket berbanding dengan harga RM2.50
yang ditetapkan oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, kerajaan harus melipatgandakan usaha-usaha yang praktikal
dan berkesan untuk menangani masalah ini.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

54 Pengeluar mahupun Kata hubung berpasangan mahupun tidak digunakan Baik pengeluar mahupun
pemborong dengan pasangannya, iaitu baik pemborong

55 bukan sepatutnya Kesalahan penggunaan kata nafi bukan. Kata nafi tidak sepatutnya
menaikkan bukan adalah untuk menafikan frasa nama atau frasa menaikkan
sendi nama yang mengikutinya, sedangkan
sepatutnya ialah kata kerja.

56 plastik peket Kesalahan hukum D-M. Unsur yang diterangkan peket plastik
peket mesti mendahului unsur yang menerangkan
plastik

57 Oleh kerana itu Perkataan oleh harus diikuti oleh kata nama Oleh sebab itu
sedangkan kerana ialah kata hubung keterangan
sebab.

58 melipatgandakan Kata kerja melipatgandakan sudah membawa melipatgandakan usaha


usaha-usaha maksud jamak atau banyak, maka perkataan yang
mengikutinya tidak boleh digandakan.
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2010
Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah telah berbincang tentang usaha untuk meningkatkan
bilangan ahli-ahli persatuan tersebut. Selain melancarkan kempen kesedaran, pameran tentang pelbagai perkara yang
berkaitan dengan sejarah tanah air akan diadakan menjelang sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara tidak
lama lagi. Pada masa yang sama, mereka bersetuju membaik pulih kawasan tanah perkuburan, termasuk sebuah
bangunan peninggalan penjajah yang terletak di daerah itu. Pengabaian kawasan itu mungkin disebabkan saiznya yang
kecil. Sebenarnya, bukan saiznya yang penting tetapi nilai sejarahnya. Generasi terdahulu tetap mengingati yang
bangunan itu pernah menjadi tempat tentera Jepun menyeksa penduduk tempatan yang tidak mengikut telunjuk mereka.
Aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini juga dipercayai dapat menaikkan kesedaran orang ramai tentang nikmat
kemerdekaan. Pihak penganjur juga akan menghadiahkan pengunjung yang bertuah dengan pakej percutian.
Dengan usaha yang demikian, Persatuan Sejarah dilihat lebih "mesra orang ramai" dan mendorong mereka untuk
menjadi ahli.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

59 bilangan ahli-ahli Perkataan bilangan sudah menunjukkan maksud bilangan ahli...


jamak. Perkataan yang mengikutinya tidak perlu
digandakan

60 Pada masa yang Tiada kata hubung keterangan dalam ayat majmuk Pada masa yang sama,
sama, mereka keterangan mereka bersetuju
bersetuju membaik untuk membaik pulih...
pulih...

61 mengingati yang Penggunaan kata hubung relatif (yang) dalam ayat ...mengingati bahawa
bangunan itu komplemen. bangunan itu..

menghadiahkan menghadiahkan bermaksud memberikan sesuatu Menghadiahi pengunjung


62 pengunjung yang sebagai hadiah, sedangkan ayat itu bermaksud
bertuah... memberi seseorang hadiah.

me--i dalam ayat itu membawa maksud lokatif

63 Menaikan Pemilihan kata/diksi(menaikkan)tidak menepati Meningkatkan


kesedaran maksud ayat ,iaitu untuk menembahkan kesedaran.
kesedaran.

.
64 .dan mendorong Ayat tidak mempunyai subjek. ...dan hal/langkah ini
mereka untuk mendorong mereka untuk
menjadi ahli. menjadi ahli.
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2011

Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Selain bidang kurikulum,
kokurikulum juga penting sebagai agen pengimbang yang dapat mengenengahkan potensi, bakat, kepemimpinan, dan
minat pelajar. Kokurikulum adalah merupakan wadah yang paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, terutamanya dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan
emosi. Dengan adanya aktiviti sukan, aktiviti persatuan, dan aktiviti badan beruniform, kemahiran berkomunikasi, daya
kepemimpinan, dan penjanaan idea dapat ditingkatkan. Aktiviti kokurikulum juga dapat menjanakan kreativiti dan
memupuk kemahiran pelajar. Dengan itu, dapat menimba pelbagai ilmu tambahan. Oleh sebab itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia sentiasa memikirkan cara untuk memajukan lagi bidang kokurikulum kerana didapati semua
kegiatan ini memberikan manfaat kepada pelajar selain menjadi syarat untuk ke universiti.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

65 saling berkait rapat Unsur lewah, frasa "berkait rapat" sudah membawa saling berkait atau
maksud bersalingan, tidak perlu menggunakan berkait rapat
perkataan "saling".

66 mengenengahkan Kesalahan imbuhan. Kata dasar bagi perkataan Mengetengahkan


"mengetengahkan" ialah "ke tengah", bukan "ke
nengah". Jikapun berlaku perubahan pada huruf awal
kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s
dalam proses pengimbuhan, yang berubah hanyalah
bunyi pertama sahaja.

67 adalah merupakan Kesalahan kata pemeri. Kata pemeri "adalah" hanya merupakan wadah
wadah boleh digunakan sebelum kata sendi nama dan kata
adjektif sahaja, bukan kata kerja.

68 Dengan itu, dapat Kesalahan struktur ayat/ ayat tergantung/ ayat yang Dengan itu, pelajar dapat
menimba pelbagai tidak mempunyai subjek. menimba pelbagai ilmu
ilmu tambahan tambahan

69 memajukan lagi Kesalahan frasa kerja transitif. Kata kerja "memajukan" memajukan bidang
bidang kokurikulum ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek kokurikulum lag
(kata nama), bukan kata sendi nama.
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2013
Tujuan seminar itu adalah untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan sektor pertanian.
Kertas kerja-kertas kerja seminar pula dibentang oleh pakar dalam bidang tersebut. Sambutan pelbagai pihak
amat menggalakkan. Baru-baru ini, beberapa agensi swasta telah menawarkan kemudahan tertentu kepada
petani untuk memajukan bidang yang tanah mereka yang kebanyakannya terbiar. Walau bagaimanapun,
antara masalah yang dihadapi diceburi mereka. Peluang tersebut sewajarnya direbut oleh penduduk di luar
bandar, khususnya untuk memanfaatkan ialah kekurangan tenaga kerja, terutamanya daripada generasi muda.
Di kampung-kampung, golongan tua sahaja yang mengusahakan dengan bertungkus-lumus sedangkan
anak-anak muda lebih senang mencari rezeki di kilang-kilang. Kesimpulannya, usaha untuk mengubah cara
berfikir anggota masyarakat adalah sukar meskipun kita berada di era kemajuan.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

70 Kertas kerja-kertas Proses penggandaan kata majmuk, perkataan Kertas-kertas kerja


kerja pertama sahaja yang perlu digandakan.

71 mengusahakan Kata kerja transitif mengusahakan perlu diikuti mengusahakan ladang


dengan bertungkus- oleh kata nama sebagai objek. dengan bersungguh-
lumus sungguh

72 berada di era Kata sendi nama di merujuk kepada tempat, berada pada era
kemajuan bukan kepada masa dan waktu. kemajuan
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2013 ULANGAN


Sikap sesetengah pengguna kenderaan yang memandang rendah kepentingan beg udara sebagai
komponen keselamatan dilihat sama seperti melepaskan batuk di tangga. Mereka tidak mengguanakannya
dengan betul. Sama ada kita sedar atau tidak, antara peralatan keselamatan yang sewajarnya ada pada
kenderaan ialah beg udara. Beg udara merupakan alat yang berfungsi sebagai sokongan keselamatan dan
menjadi pelindung kepada pemandu daripada mengalami kecederaan yang serius, kesan hentakan yang kuat
semasa berlakunya kemalangan. Terdapat juga pengguna bersikap endah tak endah memandang rendah
terhadap peri pentingnya fungsi beg udara, khususnya dari segi aspek keselamatan. Persepsi ini harus diubah
bagi memastikan keselamatan mereka lebih terjamin ketika berada di jalan raya.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

73 memandang remeh Kesalahan tidak menggunakan kata sendi nama memandang remeh
kepentingan beg sebelum frasa nama kepentingan beg udara tentang kepentingan
udara beg udara

74 melepaskan batuk Kesalahan penggunaan peribahasa/peribahasa memandang dengan


di tangga yang tidak tepat sebelah mata

75 Terdapat juga Tidak menggunakan kata hubung gabungan dan Terdapat juga pengguna
pengguna bersikap dalam ayat majmuk gabungan. bersikap endah tak
endah tak endah endah dan memandang
memandang rendah rendah
atau

Tidak menggunakan kata hubung relatif yang Terdapat juga pengguna


dalam ayat majmuk pancangan relatif. bersikap endah tak
endah yang
memandang rendah
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2014
Setengah pemaju swasta ghairah membangunkan kawasan bukit untuk dijadikan tempat kediaman
kerana kedudukannya yang begitu menarik sekali. Pemaju swasta berlumba-lumba memajukan kawasan
bukit berdasarkan pada permintaan pembeli yang begitu tinggi. Namun begitu, di sebalik keghairahan itu,
alam semula jadi yang kita harus pelihara telah terjejas sehingga membawa bencana kepada kita. Akibatnya,
hakisan tanah berlaku kerana pemaju tidak menutup kawasan yang digondolkan dengan menanam pokok
semula.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

76 setengah Setengah ialah kata bilangan pecahan, bukan kata sesetengah


bilangan tak tentu. atau
setengah-setengah

77 begitu menarik Sekali ialah kata penguat darjah penghabisan menarik sekali
sekali yang tidak memerlukan kata penguat hadapan. atau
begitu menarik

78 berdasarkan pada Kata kerja tak transitif yang berapitan ber--kan berdasarkan permintaan
permintaan mesti diikuti pelengkap atau
berdasar pada
permintaan

79 kita harus pelihara Kesalahan struktur ayat pasif kata ganti nama diri harus kita pelihara
orang pertamatk
ANALISIS KESALAHAN BAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

STPM 2014 ULANGAN


Walaupun usaha untuk menggalakkan pelajar agar menyertai aktiviti kokurikulum sering pihak
sekolah tekankan, kerana mereka beranggapan aktiviti tersebut membuang masa. Mereka lebih berminat
dengan aktiviti yang tidak berfaedah, seperti melepak di pusat beli-belah. Mereka tidak sedar bahawa aktiviti
kokurikulum namun terdapat sebahagian besar pelajar tidak berminat untuk menyertainya. Pelajar kurang
meminati aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang serba boleh selain memupuk perpaduan dalam
kalangan pelajar. Dengan lain perkataan, aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah dalam
pembentukan jati diri pelajar.

BIL KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

80 pihak sekolah Tidak menepati struktur ayat pasif kata ganti nama ditekankan oleh pihak
tekankan diri ketiga sekolah

81 beranggapan aktiviti Tiada kata hubung komplemen dalam ayat beranggapan bahawa
tersebut komplemen yang menggunakan kata kerja tak aktiviti tersebut
transitif.

82 lain perkataan Kesalahan Hukum D-M, unsur yang diterangkan perkataan lain atau kata
perkataan harus mendahului unsur yang lain
menerangkan lain

Anda mungkin juga menyukai