Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH PENGERUSI KELAB

Bismillahir-rahmanir-rahim
Terima kasih, saudari Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Mathna bt Saedin , GB SKMM
Yang Dihormati barisan Penolong2 kanan.
1.Pn Hasnah bt Hamid Pk Pentadbiran
2.En Samsulbahri b Talib Pk HEM
3.En Rashidi b Ramli PK Ko-Ko
Barisan guru yang dedikasi
Yang dikasihi anak murid sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat pagi.

Pertamanya, saya sebagai Pengerusi Kelab Guru SKMM mengucapkan


kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita
berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-sama meraikan
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, SK MAK MANDIN bagi Tahun 2017,
dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

menjadi contoh, mencurah ilmu,


tak kenal lelah, tak tahu jemu;
itulah cikgu, itulah guru,
besar jasanya sejak dahulu.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan
hari guru. Pada tahun ini perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah disambut di SK
MAK MANDIN pada hari ini. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk
mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Cikgu-cikgu yang dikasihi,

1
Pada bahu kita ini..
yang digelarkan cikgu
diletakkan seribu harapan
oleh ibu bapa yang datang
dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa
dengan harapan menggunung disandar jua.

Kita yang digelar Cikgu


dengan wajah girang terima
tanggungan yang bukan kepalang
harapan besar akan ditunaikan

Lalu anak-anak yang tiada dosanya


dicalit pelbagai warna-warni
dicampur-aduk dengan seribu ragam
di sekolah cikgu kata itu
di rumah ibu kata ini
di jalan kawan kata situ
di dalam bas abang kata sini
banyak kali jua TV kata sana
warna-warni itulah bercelaru di kepalanya
warna-warni itulah menjadi cikgu
kadang-kadang keliru dalam membantu
kadang-kadang membuatkan ayah membisu
dan kepala anak menjadi batu

Cikgu, pada bahu ini seorang cikgu


menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang
memilih warna yang semakin sukar diadunkan

2
dan selepas habis segalanya
jiwa raga, semangat nurani, malah diri
diberikan untuk mendidik anak bangsa
dan di hari kejayaan si ibu berkata:
Anak saya pintar dan rajin.
sebab itulah dia berjaya!

Dan di hari kegagalan si ibu pun berkata:


Cikgunya malas-malas belaka
tidak pandai mengajar.
lantas anak saya gagal!

Cikgu, Tak apalah cikgu


semua mereka itu anak-anak orang
cikgu hanya menumpang tuah kiranya
suatu masa nanti bangsa ini dapat bangun
berdiri megah dengan anak watan
dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak


mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi
kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan
penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan
peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang
sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang
ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru itu, amat wajar jika
Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan
istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita
memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan
penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

3
Anak-anak murid yang dikasihi,
Kerana anda jadi pelajar,
Jangan malas hendak belajar,

Hendak pandai menghargai masa,


Jangan dinanti esok lusa.

Jangan asyik berangan-angan,


Tekun gigih jadi pegangan.

Jika berusaha sambil lewa,


Tidak hairan kalau kecewa.

Masa itu emas dan wang,


Walau sedikit jangan dibuang.

Masa berlalu terlalu pantas,


Orang yang lalai akan dicantas.

Pesanan saya,
Kalau hendak tahu luasnya padang,
tanyalah belalang.
Kalau hendak tahu banyaknya teluk,
tanyalah siput.
Kalau hendak tahu luasnya kolam,
tanyalah katak.
Kalau hendak tahu dalamnya laut,
tanyalah yu.
Kalau hendak tahu luasnya langit,
tanyalah helang.
Kalau hendak tahu luasnya hutan,

4
tanyalah kijang.
Kalau hendak tahu kerasnya paku,
tanyalah tukul.
Kalau hendak tahu liatnya tangkai jering,
tanyalah galah.
Semua orang mempunyai pengetahuan,
Semua orang boleh menjadi guru.

Namun...kami semua di hadapan ini, mampu menjadi belalang, berupaya


menjadi kijang. Ada yang mampu menjadi 3R, hebat lakonannya seperti
Rosyam Noor, mersik suaranya seperti Ramli Sarip atau lincah geleceknya
seperti Ronaldo, serasi seperti kata Sasterwan negara Usman Awang:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga
pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam
mendidik anak bangsa?. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah
kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar
berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?.
Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang
sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita
seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri
kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan
sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit.

5
Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan
cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan
sangat disanjung tinggi.

Hidup tidak selalu indah,


tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

TERIMA KASIH CIKGU.

Anda mungkin juga menyukai