Anda di halaman 1dari 48

PENGENALAN SISTEM KAWALAN HIDRAULIK

Udara termampat jarang digunakan bagi kawalan berterusan pergerakan peranti yang mempunyai
jisim yang berkasar disebabkan oleh daya beban dari luar, kecuali untuk pengawal pneumatik
bertekanan rendah. Bagi kes sebegini sistem pengawal hidraulik biasanya lebih disukai. Dalam
bidang kejuruteraan,istilah hidraulik memerihal sistem bendalir yang menggunakan minyak.

SISTEM KAWALAN HIDRAULIK


Penggunaan meluas litar hidraulik dalam perkakas mesin, sistem kawalan pesawat udara dan
pengendalian yang serupa berlaku kerana faktor seperti kepositifan, kejituan, kebolehlenturan,
nisbah kuasa kuda berat yang tinggi permulaan cepat, menghenti dan balikan yang lancar dan
tepat dan kepermudahkendalian. Gabungan sistem elektronik dan hidraulik digunakan dengan
meluas kerana ia menggabungkan kebaikan kedua-dua kawalan elektronik dan kuasa hidraulik.

PENGGUNAAN SISTEM HIDRAULIK


i. Stering kuasa dan sistem brek pada kenderaan
ii. Mekanisma pemanduan kapal-kapal besar
iii. Sistem kawalan mesin
Sistem hidraulik digunakan secara meluas dalam industri kejuruteraan bagi perlatan seperti
mesin tekan, mesin pengangkat barang, mesin pencabut galas dan jengkaut seperti dalam Rajah
1.

Rajah 1 (a) : Mesin tekan Rajah 1 (b) : Alat pengangkat barang

Rajah 1 (c): Mesin pencabut galas Rajah 1 (d) : Jengkaut


Sifat-sifat bendalir Hidraulik

Sistem hidraulik menggunakan bendalir (minyak hidraulik) sebagai medium pemindahan


daya. Bendalir hidraulik mestilah mempunyai sifat-sifat tertentu iaitu :

i. Tidak mudah mampat


ii. Tidak menyerap udara
iii. Tidak mudah berubah sifat sekiranya peningkatan suhu berlaku dalam sistem.
iv. Tidak mudah terbakar.
v. Mampu bertindak sebagai pencegah karat (rust resistant)
vi. Sebagai pelincir komponen.
vii. Tidak bertindak balas dengan komponen dalam sistem, contohnya getah dan
sebagainya.

Sifat-sifat ini memastikan sistem hidraulik dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan untuk
memindahkan daya dari satu silinder ke silinder yang lain.

Tekanan Cecair Dalam Bekas Tertutup.

Daya yang bertindak ke atas sesuatu permukaan pada bekas tertutup akan menghasilkan
tekanan pada bendalir dalam bekas. Tekanan berkadar terus dengan daya yang dikenakan tetapi
berkadar songsang dengan luas permukaan bekas iaitu.

Tekanan ( P ) = Daya (F) / Keluasan (A)


Pemindahan Daya dalam Sistem Hidraulik

Jika satu bekas cecair, Rajah 2, yang mempunyai omboh berkeratan rentas A dikenakan
satu daya, daya tersebut boleh dipindahkan dan dihantar melalui tekanan cecair dalam bekas
tersebut ke permukaan omboh yang satu lagi (A). Formula nisbah pemindahan daya di bawah
boleh digunakan:

Nisbah pemindahan daya F1 ke F2:

F1

Tekanan, Pl =__

A1

F2

Tekanan, P2 =__

A2

Oleh sebab tekanan adalah sekata pad a semua titik dalam bekas, maka persamaan berikut boleh
digunakan:

P1 = P2

F1/A1 = F2/A2F1/F2 = A1/A2


Rajah 2: Pemindahan Daya

JENIS-JENIS MINYAK HIDRAULIK

Hidro Liquid

 meningkatkan perlindungan dari karat

 tahan lama kerana molekul tidak berubah

Hidro Liquid Pressure

 Dapat meningkatkan perlindungan terhadap pengaratan

Hydro Viscosity

 Meningkatkan tahap kelikatan


Prinsip pascal

Diperkenalkan oleh Blaise Pascal.


PRINSIP SYSTEM HIDRAULIK

Tekanan dipindahkan secara seragam:

PX = PY

P1 = P2

F1 / A1 = F2 / A2

P1 = Tekanan pada omboh kecil


P2 = Tekanan pada omboh besar
F1 = Daya masuk
F2 = Daya keluar
A1 = Luas omboh kecil
A2 = Luas omboh besar
GELEMBUNG UDARA

Satu sistem hidraulik tidak boleh mengandungi gelembung udara di mana-mana saluran paip
yang membawa cecair hidraulik. Jika gelembung udara wujud, maka daya yang dikenakan pada
omboh utama akan digunakan untuk memampatkan udara dalam gelembung dan bukan untuk
menggerakkan omboh yang kedua. Ini akan menjejaskan kecekapan sistem hidraulik itu.

SISTEM BREK HIDRAULIK

Rajah dibawah menunjukkan asas brek hidraulik yang terdiri daripada pedal brek, takungan
(reservor), silinder induk (master cylinder) yang dihubungkan kepada silinder roda (wheel
cylinder) dan brek caliper melalui saluran tiub keluli. Apabila pedal brek ditekan piston dalam
silinder induk akan tertolak. Ini akan menyebabkan cecair yang berada di hadapan piston akan
tertolak dan membentuk tekanan kepada seluruh sistem brek. Piston di silinder roda dan caliper
akan menolak pula lining / pad rapat pada gelendung (drum) / piring (disk).

CIRI CECAIR BREK HIDRAULIK

Cecair yang digunakan didalam sistem brek adalah cecair yang khas. Cecair yang sama juga
boleh digunakan untuk sistem klac hidraulik. Cecair yang digunakan untuk sistem brek hidraulik
mestilah mempunyai ciri-ciriseperti berikut. Ini bagi menjamin supaya sistem brek sentiasa
dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan.
1) Tidak melembutkan atau tidak mengembangkan bahagian-bahagian brek yang
diperbuat daripada getah.
2) Tidak mengaratkan bahagian brek yang diperbuat dari logam.
3) Tidak terpelowap (menjadi wap) apabila suhu didalam sistem brek menjadi tinggi.
Sekiranya ciri ini berlaku, cecair brek akan cepat habis.
4) Boleh mengalir pada suhu rendah atau takat beku(bawah 0 C)
5) Boleh bertindak sebagai bahan pelincir untuk bahagian-bahagian brek yang
bergerak.
6) Boleh tahan lama dengan mengekalkan ciri-ciri diatas.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM HIDRAULIK

Kebaikan Kekurangan
Bendalir hidraulik bertindak sebagai pelicin, Kuasa hidraulik tidak mudah terdapat
sebagai tambahan pembawa haba yang sesuai berbanding dengan kuasa elektrik

Penggerak hidraulik bersaiz kecil tetapi boleh Kos sistem hidraulik lebih tinggi berbanding
membina daya atau kilas yang besar sistem elektrik untuk fungsi yang serupa

Pengerak hidraulik mempunyai laju tindak Kebakaran dan bahaya letupan melainkan
balas yang lebih tinggi dengan mula, henti dan penggunaan bendalir api digunakan
balikan laju yang pantas
Penggerak hidraulik boleh dikendalikan dalam Minyak tercemar boleh menyebabkan sistem
keadaan berterusan, terputus-putus, membalik hidraulik tidak boleh berfungsi dengan baik
dan bertegun tanpa rosak
Laju jatuh apabila beban dikenakan adalah Sistem ini mudah menjadi serabut kerana
kecil memandangkan bocoran yang rendah kesukaran dalam menyenggara sistem
dalam penggerak hidraulik yang bebas dari kebocoran
SISTEM HIDRAULIK

KOMPONEN SISTEM HIDRAULIK

Sistem hidraulik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti di bawah bergantung
kepada fungsi komponen tersebut :-

Injap

Berfungsi untuk mengatur tekanan dalam litar dan mengawal arah aliran minyak.

Motor

Mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi pergerakan putaran.

Penapis

Menapis minyak hidraul dari kekotoran.

Pam

Mengedar kuantiti minyak hidraul ke seluruh sistem.

Silinder

Boleh mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi gerakan linar.

Penumpuk

Berfungsi untuk menyimpan tekanan sistem, menyerap getaran dan menstabilkan tekanan sistem.

Tangki

Menakung minyak hidraul dan menyejukkan minyak hidraulik

Tuil Beban
10N

Omboh Beban
Omboh bergera ditolak
Pelantak k

Minyak
(a) (b)
Rajah 1 : Asas Sistem Hidraulik

SILINDER

Injap kawalan aliran

Injap kawalan berarah

Penumpuk
Injap pelega

Injap sehala

Pam Motor

Penapis

Tangki

Rajah 2 : Menunjukkan litar asas hidraulik untuk menggerakkan silinder


PAM

Terdapat epat jenis pam dalam komponen hidraulik iaitu :

gear

omboh pam ram

skru

Rajah 3: Jenis-jenis motor hidraulik yang digunakan secara meluas.

PAM OMBOH

Tekanan operasi adalah 140 bar ataupun lebih. mempunyai tahap kecekapan yang tinggi
pada tekanan yang tinggi. terdapat dua jenis pam omboh iaitu pam jenis paksi dan jenis jejari.

Paksi bengkok Paksi plat kocak

Rajah 4 : Jenis Pam Omboh


PAM SKRU

Tahan lasak kerana bendalir yang digunakan bertindak sebagai pelindung kebocoran.
pam jenis ini memerlukan penapis minyak dan dipasangkan secara sesiri dengan dibahagian
keluaran. sesuai digunakan jika beban yang digunakan tidak berubah.

Putaran

Putaran

Keluaran Masukan

Rajah 5 : Pam Skru

PAM RAM

Mempunyai ram rotor yang bebas bergerak dan bersipi dengan perumah. bendalir akan
mengalir ke dalam ruang masukan apabila sarung rotor dan ram rotor manjadi besar.

sarung rotor

ram rotor

Rajah 6: Pam Ram


PAM GEAR

Menggunakan dua atau lebih pasangan gear dan ianya dipasang di dalam sebuah kotak
keluli yang mempunyai saluran masukan dan keluaran. Kedua-dua gear dalam satu pasangan
adalah sama saiz.

Rajah 7 : Pam Gear

INJAP

Injap di dalam sistem hidraulik berfungsi sama seperti injap di dalam sistem pneumatik. Kaedah
menggerakkan injap adalah seperti berikut;

• mekanikal
kaedah
• pnuematik
menggerakkan injap

• elektrikal

INJAP • tekanan
injap kawalan • arah
• aliran
Rajah 8 : Jenis Injap
Kaedah Menggerakkan Injap

Injap di dalam sistem hidraulik boleh digerakkan dengan berbagai cara seperti di bawah:-

 Mekanikal

Kaedah menggerakkan injap mekanikal pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara
kendalian mekanikal dan insani. Rajah 7.9 di bawah menunjukkan salah satu daripada jenis
kendalian injap secara mekanikal.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Rajah 9 : Kaedah Kendalian Mekanikal

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Rajah 10 : Kaedah Menggerakkan Injap Secara Insani


 Pneumatik

Rajah 11 di bawah menunjukkan kaedah menggerakkan injap secara pneumatik di mana aci
dikawal sepenuhnya oleh pneumatik.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998


Rajah 11 : Kaedah Menggerakkan Injap Secara Pneumatik

 Elektrikal

Rajah 12 di bawah menunjukkan kaedah menggerakkan injap secara elektrikal yang dikawal
oleh solenoid.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998


Rajah 12 : Kaedah Menggerakkan Injap Secara Elektrikal

INJAP KAWALAN

Injap kawalan terbahagi kepada tiga iaitu injap kawalan tekanan, arah dan aliran.

 Injap Kawalan Tekanan

Injap kawalan tekanan digunakan untuk menghadkan atau mengawal tekanan sistem. Ianya
mengurangkan tekanan beban sesebuah pam atau menetapkan tekanan minyak sebelum minyak
itu disalurkan ke dalam litar hidraulik. Injap Kawalann tekanan boleh dibahagikan kepada lima
jenis iaitu :-

 Injap pelega dan sehala

Rajah 13 : Injap pelega dan sehala


 Injap pengurang tekanan

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998


Rajah 14 : Injap pengurang tekanan

 Injap penjujukan tekanan

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Rajah 15 : Injap penjujukan tekanan

 Injap pemunggahan tekanan

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998


Rajah 16 : Injap pemunggahan tekanan
 Injap imbangan lawan.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Rajah 17 : Injap imbangan lawan

 Injap Kawalan Arah

Injap kawalan arah digunakan untuk meneruskan pengaliran minyak di dalam sistem hidraul. Ia
mempunyai pelbagai jenis seperti berikut:

 Injap rotor

 Injap gelendong (kili)

 Injap pusat terbuka dan pusat tertutup

 Injap kili sebadan dan kili cantuman

Keempat-empat injap ini menggunakan pelbagai elemen injap yang berlainan untuk meneruskan
pengaliran minyak.

 Injap sehala menggunakan sebuah poppet yang bergerak pada kedudukan


badan injap mengikut keadaan tekanan.

 Injap rotor menggunakan sebuah gelendong rotor yang boleh dipusing


untuk mengawal aliran minyak.

 Injap kili menggunakan sebuah kili gelongsor yang bergerak ke hadapan


dan ke belakang untuk mengawal aliran minyak.
 Injap Kawalan Arah Jenis Rotor

Ianya biasa digunakan sebagai injap pandu untuk meneruskan aliran ke injap lain. Injap
kawalan arah jenis putar menggunakan sebuah injap rotor yang mempunyai 4 hala keluaran dan
masukan minyak. Rotor ini mempunyai lubang yang boleh dihubungkan dengan lubang yang
berada di badan injap apabila rotor itu dipusingkan. Rotor ini digerakkan oleh sebuah tuil (lever)
secara hidraul ataupun secara elektrik.

Rajah 18, menunjukkan keadaan injap rotor di mana minyak dan pam memasuki ruang
masukan dan mengalir melalui injap tersebut ke sistem. Sementara minyak dari sistem akan
mengalir balik ke tangki melalui ruang keluaran. Ruang-ruang tersebut sebenarnya terletak di
dua tingkat yang berasingan. Injap rotor ini boleh diubahsuai untuk menggerakkan dua, tiga atau
empat hala. Ini dapat dicapai dengan mengubah kedudukan ruang saluran dengan menambah /
mengurangkan saluran minyak yang ada pada injap tersebut.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,


Rajah 7.18: Injap Kawalan Arah Jenis Rotor Oxford University, 1998
 Injap Kawalan Arah Jenis Kili

Injap ini adalah sebuah injap kawalan arah yang sebenar. Ianya digunakan sebagai injap
pengawal untuk mengarahkan minyak bagi memulakan aliran minyak atau memberhentikan
alirannya ke sistem.

Injap kili yang mempunyai 2, 4 dan 6 batas (landas) adalah yang umum dimana ianya
selalu digunakan dalam cantuman injap, iaitu selcum. Bagi injap yang mempunyai lebih dari
satu unit, setiap injap mengawal sebahagian daripada sistem hidraul.

Injap ini boleh dikawal secara manual, gelung elektrik atau tekanan hidraul yang
bertindak di penghujung kili itu. Alat penetap sentiasa digunakan untuk menentukan kedudukan
injap pada setiap operasi. neutral
neutral

Sumber:

Festo Didactic

Rajah 19 : Injap Kili

 Injap Pusat Terbuka dan Pusat Tertutup

Rajah 20 menunjukkan simbol injap pusat terbuka dan injap pusat tertutup. Injap ini
digunakan dalam sistem pusat terbuka , dimana pam akan bergerak secara berterusan walaupun
injap kawalan arah berada dalam kedudukan neutral. Minyak hidraulik akan mengalir dengan
berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki.
Dalam sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah berada dalam
keadaan neutral. Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari pam. Ianya akan
menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam minyak. Pam akan dimatikan dengan
memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan pam. Suis tersebut dikawal oleh tekanan
minyak.

(a) (b)

Rajah 20: Menunjukkan (a) Injap Pusat Terbuka dan (b) Injap Pusat Tertutup

 Injap Kili Sebadan Dan Cantuman

Dua atau lebih injap kili boleh digunakan dalam satu kumpulan injap untuk pengendalian
pelbagai fungsi. Pembinaan injap kili bergantung kepada bilangan cantuman injap dalam
operasi. Susunan untuk injap yang mempunyai 3 kedudukan boleh dibuat dengan banyak cara
seperti rajah di bawah.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998


Rajah 21: Injap Kili Jenis Cantuman Sebadan
Rajah 22 pula menunjukkan beberapa gelendung injap yang dipasang dalam satu bungkah.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Rajah 7.22 : Injap Kili Cantuman

 Injap Kawalan Aliran

Injap kawalan aliran boleh dilaraskan dengan cara berikut:

 Menghadkan aliran masuk atau keluar dari komponen yang mana


kelajuannya senang dilaras. Injap ini ialah jenis tiada pampasan.

 Mengalihkan arah aliran dari komponen yang mana kelajuannya senang


dilaras. Injap jenis ini biasanya berpampasan.

Injap kawalan aliran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu;

 Injap tak terpampas

Injap tak terpampas tidak akan terpengaruh pada perubahan tekanan. Apabila aliran masuk
berubah, maka aliran yang melalui injap juga berubah. Injap tak terpampas biasa digunakan
apabila kawalan aliran yang tepat tidak diperlukan. Contoh injap ini ialah injap jenis jarum dan
injap glob.
 Injap Kawalan Dan Injap Glob (Tak Terpampas)

Injap jenis ini biasa digunakan pada litar hidraul. Injap ini tidak peka kepada perubahan tekanan.
Ianya mudah dan boleh dilaraskan untuk mendapatkan nilai kadar alir yang dikehendaki.

 Injap Kawalan Aliran Jenis Jarum

Rajah 7.23 menunjukkan injap kawalan arah jenis jarum. Ianya merupakan suatu penghad
mudah. Apabila batang jarum dipusingkan ke bawah, aliran akan terhenti. Apabila batang jarum
dinaikkan ke atas dengan membuka skru, lubang orifis akan terbuka sedikit dan membenarkan
aliran melaluinya. Apabila skru dibuka sepenuhnya, aliran penuh akan terhasil.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Rajah 23 : Injap Kawalan Aliran Jenis Jarum

 Injap terpampas

Injap terpampas akan cuba mengekalkan kadar aliran walaupun aliran masuk ke injap berubah.
Injap ini akan melaraskan aliran sambil mengawal aliran masuk.
 Injap Kawalan Aliran Terpampas

Injap jenis ini beroperasi dengan konsep di mana saiz orifis yang sedia ada pada komponen
mengawal kejatuhan tekanan pada orifis, menyebabkan kadar alir menjadi tetap. Saiz lubang
orifis pada hujung kili telah dipadankan dengan pegas.

Rajah 24: Injap Kawalan Aliran Terpampas

Apabila aliran masuk yang melalui orifis bertambah, perbezaan tekanan di antara bahagian luar
dan dalam kili akan bertambah. Penambahan aliran akan menyebabkan kili bergerak ke kanan
dan menekan pegas.

 Pengatur Aliran Pirau (By-Pass)

Injap jenis ini biasa digunakan pasa sistem pusat terbuka. Dengan menggunakan injap jenis ini
minyak yang di keluarkan oleh pam akan digunakan untuk membuat kerja pada fungsi utama,
yang mana pada keadaan tertentu minyak akan dialirkan ke fungsi kedua atau dialirkan balik ke
tangki. Injap pengatur juga berfungsi menggunakan prinsip pegas dan orifis tetap untuk
mengawal aliran.
Rajah 25 :Injap Pengatur Aliran Pirau

PENGGERAK

Pada amnya, pergerakkan hidraulik digunakan untuk menjalankan tugas berat. Ianya
mengangkat beban di antara 200 – 600 tan pada jarak angkatan yang kecil iaitu 100 – 300 mm.
Kebanyakan jenis mesin dan penggerak ini digunakan dalam pengunaan mesin angkaT.

Penggerak terdiri daripada dua iaitu silinder dan motor.

silinder
1. piston
2.bilah

penggerak
(actuator)

motor
1. bilah
2. gear
3. skru
4. piston
SILINDER

Silinder hidraul digunakan untuk membuat sesuatu kerja dan menghubungkan kuasa hidraul
kepada kuasa mekanikal. Silinder bergerak sebagai lengan mekanikal yang digunakan untuk
mengangkat, menolak atau menggerak sebarang alat-alat pengerak. Silinder mengandungi
sebuah aci piston yang digunakan untuk menggerakkan piston yang dipasangkan kepada
penghujung aci itu. Piston digunakan untuk memerangkap minyak hidraul dalam silinder. Pada
umumnya penyendal hidraul telah dipasang di sekeliling piston di mana ianya bertindak sebagai
penyendal (prevent leakage).

Silinder hidraul boleh dibahagikan kepada dua jenis yang umum iaitu:

 Silinder jenis piston – yang memberikan tindakan linar (linear).

 Silinder jenis bilah – yang memberi tindakan pusingan.

Silinder jenis piston

Gambarajah 26 di bawah menunjukkan Silinder Jenis Piston.

Gambarajah 26 : Silinder Jenis Piston sehala dan dua hala


Silinder Jenis Piston boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

 Silinder tindakan sehala.

Gambarajah 27: Silinder Tindakan Sehala

Gambarajah 27 menunjukkan silinder tindakan sehala yang biasanya memberikan tindakan daya
pada satu hala sahaja. Tekanan minyak dimasukkan ke dalam ruang silinder untuk mengangkat
sesuatu beban.

 Silinder tindakan dua hala.

Silinder ini memberikan tindakan pada 2 hala iaitu ke hadapan dan ke belakang. Tekanan minyak
disalurkan kepada salah satu daripada ruang masukan silinder dan kemudiannya ke ruang
masukan yang lain.

Gerakan keluar omboh


Gerakan masuk omboh

Gambarajah 28: Silinder Tindakan Dua Hala

Silinder Jenis Bilah

Silinder jenis ini mengandungi sebuah silinder, aci dan bilah logam. Dua bilah logam digunakan
di mana satu kedudukan ditetapkan pada silinder dan satu lagi dipasang pada aci yang memutar
berulang-alik diantara sudut-sudut yang tertentu. Kesemua silinder jenis bilah adalah tindakan
dua hala.
MOTOR HIDRAULIK

Pada asasnya motor hidraulik mempunyai persamaan dengan pam hidraulik. Perbezaannya ialah
motor hidraulik menukarkan kuasa hidraulik kepada kuasa mekanikal. Binaan motor hidraulik
juga mempunyai persamaan dengan pam hidraulik.

Kelajuan motor hidraulik boleh diubah dengan mengubah kuantiti kadar aliran minyak
kepada motor. Arah pusingan aci motor boleh diubah dengan mengubah suhu masukan menjadi
keluaran dan salur keluaran menjadi masukan.

 Jenis-jenis Motor Hidraulik

Rajah 29 menunjukkan jenis-jenis motor hidraulik yang digunakan secara meluas.

MOTOR HIDRAULIK
BILAH

GEAR DALAM
MOTOR GEAR
HIDRAULIK
GEAR LUAR
SKRU

PAKSI
PISTON PISTON BENGKOK
PAKSI

PLAT
PISTON JEJARI
KOCAK

Rajah 29 : Menunjukkan Jenis-Jenis Motor Hidraulik


 Motor Bilah

Rajah 7.31 menunjukkan binaan motor bilah yang mempunyai persamaan dengan pam bilah.
Pegas digunakan untuk menekan keluar bilah ke arah gegelang sesondol semasa motor mula
berpusing atau berhenti dari berpusing.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998

Rajah 30 : Motor Jenis Bilah

 Motor Gear

Motor jenis gear digunakan secara meluas kerana ia mudah dan ekonomi. Pada kebiasaannya ia
digunakan untuk menggerakkan komponen yang kecil. Motor gear berpusing mengikut arah
pusingan jam atau sebaliknya. Ianya mempunyai anjakan tetap. Terdapat dua jenis motor gear
yang biasa digunakan iaitu motor gear luar dan motor gear dalam.

Rajah 31 menunjukkan keratan rentas motor gear dalam.


Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,

Oxford University, 1998


Rajah 31: Motor Gear.

 Motor Skru

Motor jenis skru terdiri daripada silinder dan omboh yang dielakkan dari berputar oleh rod
pandu. Omboh dan rod omboh yang dilengkapi dengan alur akan dipadankan bersama-sama
sepertimana skru dan nut. Rekabentuk motor jenis skru hanya dihadkan untuk penggunaan
tekanan rendah.

Sumber:

Pneumatic & Hydraulic,


Putaran
Oxford University, 1998

Keluaran Masukan

Rajah 32 : Motor Jenis Skru


 Motor Piston

Motor piston dikelaskan bergantung kepada susunan piston pada silinder dan aci keluaran motor.
Motor piston biasa digunakan kerana ia mempunyai kelajuan dan tekanan yang tinggi.

Rajah 33 menunjukkan dua jenis motor piston paksi iaitu jenis paksi bengkok dan jenis
plat kocak. Sementara motor piston jejari dikelaskan kepada jenis bersipi dimana piston akan
menolak aci bersipi untuk mendapatkan momen dan jenis berbilang lejang di mana piston akan
menolak sesendol berombak yang terdapat pada perumah rotor.

Sumber:

Festo Didactic

(a) (b)

Rajah 33 : Motor Piston (a) Paksi Jenis Plat Kocak Dan

(b) Paksi Bengkok


TANGKI

Setiap sistem hidraulik mestilah mempunyai tangki bendalir hidraulik tempat


menyimpan bendalir hidraulik. Rajah dibawah menunjukkan sebuah tangki cecair
hidraulik yang terdapat pada mesin larik CNC.

Rajah 34 : Tangki bendalir hidraulik

Rajah 35 : Bahagian utama tangki cecair hidraulik


PENAPIS

Rajah dibawah menunjukkan penapis dalam sistem hidraulik. Penapis berfungsi untuk
menghalang bendasing seperti habuk atau serpihan kecil keluli daripada masuk ke
dalam sistem hidraulik.
Penapisan cecair hidraulik amat penting bagi memastikan sistem hidraulik dapat
beroperasi dengan cekap serta menjamin hayat komponen. Bendasing yang terlepas masuk
ke dalam sistem hidraulik boleh menyebabkan liang laluan pada komponen tersumbat atau
menghakis bahagian dalaman komponen. Penapis dipasangkan pada saluran sedutan pam
dalam tangki cecair hidraulik.

Rajah 36 : Penapis dalam tangki


Rajah 37 : Penapis dalam aliran disambung pada paip sistem
OPEN CENTER SYSTEM

Rajah 2 : Litar Sistem Terbuka semasa neutral

Dalam system, bila control valve keadaan neutral, maka aliran bendalir yang dibekalkan
oleh pam akan kembali ketangki hidraulik semula. Pada ketika itu, pengaliran adalah pada tahap
maksimum manakala tekanan pada tahap sifar. Dalam litar sistem pusat terbuka , pam akan
bergerak berterusan walaupun injap kawalan arah berada dalam kedudukan neutral. Minyak
hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya
mengalir balik ke tangki. Rajah litar adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas.
CLOSE CENTER SYSTEM

Litar sistem pusat tertutup semasa neutral

Bila control valve dalam keadaan neutral maka saluran dari pam tertutup. Dengan demikian
maka tekanan dari pam control valve akan naik sampai tahap tertentu kemudian pam berhenti
membekalkan bendair ke sistem. apabila control valve neutral (tertutup ditengah) maka pam
akan neutral (tidak membekalkan bendalir).

Dalam hal ini bila control valve neutral maka pam akan membekalkan bendalir sampai
tekanan pada tahap yang telah di tentukan kemudian tekanan tersebut di berhentikan sekali agar
sistem tekanan kerja akan stabil.

Pada keadaan lain akan sama kejadiannya bila control valve di gerakkan dan piston
bergerak sampai akhir langkah piston hydraulic cylinder. Maka tekanan sistem akan naik dan
bila mencapai tahap yang sudah di tentukan maka bekalan ke pam akan dikurangkan atau
dihentikan bagi menjaga tekanan dalam sistem agar tetap pada tekanan maksimum sistem.
Masalah yang wujud dalam litar Hidraulik mudah dan cara-cara mengatasinya

Masalah litar system yang gagal berfungsi dengan sempurna berkemungkinan akan
berlaku. Masalah ini boleh diatasi dengan mengenal pasti punca-punca kegagalan system
beroperasi sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Masalah Punca/penyebab Penyelesaian


Tiada tekanan a) Pam rosak a) baiki pam
b) Injap sehala b) Injap sehala
dipasang terbalik. dipasang mengikut
c) Kebocoran paip dari arah laluan yang
pam betul.
c) Perbaiki kebocoran
Kejatuhan tekanan dalam a) hos bocor a) ganti dengan hos
sistem b) Sambungan hos ke baru.
komponen tidak b) Sambungan hos ke
sempurna komponen
c) Komponen bocor diketatkan
c) Komponen dibaiki
atau diganti baru
Magnitude tekanan yang a) injap pelaga terlaras a) laraskan semula
diperlukan tidak diperoleh rendah. injap
b) Pam rosak b) perbaiki pam.
KAEDAH KAWALAN DALAM ELEKTRO HIDRAULIK

Sistem elektro hiraulik merupakan gabungan daripada dua jenis kuasa dan tenaga
elektrikal dan hidraulik. Seperti yang sudah kita sedia maklum, tenaga hidraulik boleh
menghasilkan tenaga yang tinggi atau mengangkat benda-benda yang berat. Manakala tenaga
elektrik pula merupakan satu sumber tenaga yang sangat penting di dunia ini. dengan adanya
arus elektrik ini, pelbagai perkara kita dapat lakukan. Daripada sekecil-kecil perkara, hinggalah
ke sebesar-besar perkara. Tenaga elektrik juga adalah sejenis tenaga yang boleh mengawal atau
menghidupkan sistem elektro hidraulik ini dengan menggunakan komponen elektrik dan
elektronik.

Di dalam sistem hidraulik, tenaga elektrik dapat dimanfaatkan dengan cukup luas
terutamanya dalam sistem kawalannya. Dengan bergabungnya sistem hidraulik dan sistem
elektrik ini telah dapat memainkan peranan yang sangat penting di dalam sistem automatik di
industri dan meningkatkan tahap efisyen sesuatu produk.

Peranan komponen elektrik di dalam sistem hidraulik adalah sebagai pengesan atau
penangkap maklumat (sensing information) dan sebagai pemproses maklumat (processing
information). Sistem elektro hidraulik ini berkemampuan untuk memberi isyarat walaupun
dengan jarak yang jauh dan waktu yang diambil untuk memberi isyarat itu memakan masa yang
singkat. Contoh aplikasi dalam sistem elektro hidraulik ini ialah di dalam bidang pembungkusan,
pemakanan, pintu dan kawalan corong, menyusun komponen dan sebagainya.

Struktur kawalan elektro hidraulik terbahagi kepada dua iaitu litar kawalan dan litar
utama. Litar kawalan menggunakan kuasa elektrik dimana litar ini menggunakan komponen
elektrik dan elektronik. Litar kawalan ini juga akan mengawal sister elektro hidraulik. Litar
utama pula menggunakan kuasa hidraulik untuk mengangkat benda-benda yang berat atau
dengan kata lain untuk melakukan kerja-kerja mekanikal.
LITAR KAWALAN

Electrical Processing
Input Output
energy element

415v Ac
Sensor Lamp
240v Ac Timer
Limit switch Valve
110v Ac Counter
Push button Contactor
24v Dc Relay
Pressure switch Buzzer
12v Dc

Pada peringkat awalnya AC power supply disediakan. Namun, untuk kegunaan dalam
sistem elektro hidraulik ini DC power supply digunakan. Terdapat empat tahap untuk
mendapatkan DC power supply iaitu melalui transformer, rectifier (diode), filter (capacitor) dan
regulator. Keempat-empat tahap ini adalah proses yang perlu dilalui untuk menukarkan
Alternating Current kepada Direct Current.

Untuk mendapatkan sumber kuasa yang kecil (24v AC) daripada sumber kuasa yang
besar (240v AC) pengubah (transformer) digunakan. Pengubah ini berfungsi untuk menurunkan
kadar voltan di dalam power supply daripada 240v AC kepada 24v AC. Binaan asas pengubah
terdiri daripada sebuah teras yang dililit dengan dua belitan pengalir. Belitan-belitan ini masing-
masing mempunyai fungsi dan bilangan lilitan tertentu.

Setelah arus melalui pengubah, seterusnya arus akan melalui penerus (rectifier). Penerus
ini berfungsi di dalam power supply sebagai penukar arus ulang alik kepada arus terus. Empat
diod akan digunakan yang disusun secara selari bagi menghasilkan penyambungan diod yang
dikenali sebagai penerus tetimbang titi ‘bridge rectifier’. Penerus bagi litar ini akan memotong
atau menghapuskan kitaran negatif atau kuasa negatif bagi arus ulang alik dengan kata lain
melenyapkan separuh kuasa dari kuasa yang boleh digunakan. Walaupun arus yang dihasilkan
oleh penerus ini adalah arus terus, tetapi ia masih lagi tidak stabil dan memerlukan litar
tambahan bagi menghasilkan arus yang mempunyai kuasa yang ideal serta ditahap optimum.

Seterusnya arus terus yang dihasilkan oleh penerus akan ditapis oleh penapis (filter) bagi
menghasilkan gelombang arus terus yang lebih baik dengan kata lain, penapis ini berfungsi
sebagai penapis gangguan arus terus di dalam power supply. Kapasitor dan perintang digunakan
di dalam litar ini.
Akhir sekali sebelum arus itu boleh digunakan, ianya perlu melalui pengatur voltan
(voltage regulator). Ianya berfungsi untuk menetapkan keluaran bekalan kuasa sepertimana yang
dikehendaki. Pada kebiasaannya bahagian ini menggunakan IC chip yang khas yang mempunyai
tiga kaki.

LITAR UTAMA
Elektrik motor

pam

a) Hydraulic Power Pack- pergerakan yang sekata di dalam sistem hidraulik


digunakan oleh elektrik motor. Ia mengepam minyak dari tangki dan mengedar isipadu dengan
tekanan yang cukup

b) Directional Control Valve- untuk mengawal arah pengaliran minyak. Pengaliran


ini akan melalui tangki yang dipanggil ‘port’.
c) Operating Cylinder- minyak dimasukkan ke silinder pengendalian ini dengan
pertolongan pam. Dengan minyak omboh (piston), pergerakan akan dapat bergerak dengan tepat.

CONTOH APLIKASI DALAM SISTEM KAWALAN HIDRAULIK DAN ELEKTRO


HIDRAULIK

SISTEM KAWALAN HIDRAULIK

1. kren-untuk mengangkat beban berat untuk tujuan industri atau pembinaan


2. backhoe-sejenis peralatan menggali atau penggali

3. excavator- mesin yang berkuasa untuk menggali tanah, menggerakkan sesuatu yang berat

SISTEM ELEKTRO HIDRAULIK

1. molding machine
2. lathe machine

Anda mungkin juga menyukai