Anda di halaman 1dari 3

AL SARF 2012

A. DEFINISI
 Bahasa: penambahan
 Istilah: Al-Sarf ialah jual beli matawang/pertukaran matawang.
 Asal matawang adalah emas dan perak. Wang emas dipanggil Dinar dan wang perak dipanggil
Dirham
 Pada zaman sekarang matawang juga diperbuat daripada nikal, kopranikal, tembaga dan kertas
yang diberi nilai yang tertentu. Matawang daripada bahan ini disebut matawang pada istilah.

B. SUMBER HUKUM YANG BERKAITAN

 Al-Qur’an

Tidak menjelaskan dengan terang tentang konsep al-sarf secara mendalam bahkan hanya menyentuh
tentang konsep urusniaga yang dibenarkan oleh Allah s.w.t secara umum. Urusniaga yang dibenarkan
syarak mestilah bebas daripada riba seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah (2): 275. Riba
yang diharamkan ialah Riba al Nasi’ah dan Riba al-Fadl. Ayat tersebut menjelaskan bahawa apa jua
bentuk perniagaan adalah harus hukumnya kecuali urusniaga yang melibatkan unsur riba berdasarkan
lafaz umum al-Bay’ dalam ayat dan ditakhsiskan oleh perkataan al-riba. Urusniaga dalam Jual beli yang
Allah s.w.t halalkan termasuklah al-sarf yang perlu mematuhi peraturan peraturan yang ditentukan.
Konsep al-sarf kemudian diterangkan secara lebih mendalam melalui Hadith-Hadith nabi yang
merangkumi rukun, syarat dan keadaan urusniaga al-sarf.

 Al-Hadith

Hadith yang membincangkan hukum al-sarf dengan lebih mendalam berbanding al-Qur’an adalah
banyak. Ia memberi penjelasan dan huraian sesuatu hukum dalam Quran yang masih mujmal. Antara
sebahagian

Hadith yang menerangkan konsep dan hukum al sarf adalah:

A. Hadith daripada Abu Said al Khudri r.a

“jangan kamu menukar emas dengan emas kecuali dengan sama-sama (kuantiti), jangan Kamu menukar
perak dengan perak kecuali sama-sama (kuantiti) dan jangan menukar dengan melebihkan atas yang
lain, jangan kamu menjual al waraqa dengan waraqa kecuali sama (bilangan), dan jangan kamu
melebihkan atas yang lain, dan jangan kamu menjual antaranya dengan sesuatu yang tiada.”

B. Hadith daripada Abu Bakrah (r.a.)

“Jangan kamu menukar emas dengan emas kecuali sama (bilangan) antara satu sama lain, jangan Kamu
menukar perak dengan perak kecuali sama (bilangan) antara satu sama lain dan tukarlah perak dengan
emas sebanyak mana yang Kamu hendak.(tidak perlu sama bilangan.)”
AL SARF 2012
C. Hadith daripada Ubadah ibn al-Samit (r.a.)

“Tukarlah emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma
dengan kurma, garam dengan garam dengan sama kuantiti dan dengan tangan ke tangan (serah-
menyerah). Maka apabila berlainan jenis barangan yang ditukar, maka tukarlah mengikut yang kamu
suka asalkan dilakukan secara serahan pada waktu yang sama.”

 Ijmak Ulama’

Jumhur ulama bersepakat (Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali) bahawa hukum pertukaran mata
wang adalah harus apabila adanya keperluan di samping ia mengakui adanya perubahan kadar
pertukaran pada masa-masa tertentu, cuma ia perlu memenuhi dua syarat iaitu:

 Tamathul iaitu Pertukaran yang sama berat atau timbangan atau nilai.
 Al-Tanaqud atau al-Qabd iaitu pertukaran berlaku secara serah menyerah atau tunai dalam
majlis akad.

C. RUKUN DAN SYARAT AKAD AL-SARF

Urusniaga al-sarf termasuk dalam kategori jual beli dan tertakluk kepada Rukun jual beli yang
ditetapkan. Akad al-sarf yang tidak memenuhi rukun adalah fasid atau batal di sisi syarak. Jumhur
fuqaha’ berpendapat

Bahawa rukun jual beli terdiri daripada tiga rukun iaitu pihak yang berakad (‘aqidayn), sighah dan
perkara yang di akad (ma’qudun ‘alaihi).

‘Aqidayn adalah dua pihak yang berkontrak iaitu penjual atau pembeli dalam dalam urusan pertukaran
ialah penukar dan pemberi tukar. Sighah adalah lafaz akad dan ma’qudun ‘alaihi adalah barangan atau
wang yang digunakan dalam kontrak tersebut.

1. Pihak yang berakad (‘Aqidayn iaitu penukar/buyer dan pemberi tukar/seller): Setiap kontrak jual
beli perlu ada penjual dan pembeli. Penjual dan pembeli perlu beraqal, mumayyiz, ahli tasarruf
(keahlian untuk menguruskan harta), rushd, dan tiada paksaan dalam urusniaga.

2. Sighah (Ucapan/isi kontrak): Sighah ialah lafaz jual dan beli yang keluar daripada penjual dan pembeli
sebagai tanda persetujuan dan keredaan mereka untuk mengikat kontrak. Keredaan merupakan syarat
sah jual beli yang digambarkan melalui firman Allah swt di dalam surah al-Nisa’:29. Ayat tersebut
menjelaskan keperluan Sighah sebagai tanda kerelaan dalam apa jua kontrak jual beli termasuk dalam
urusan pertukaran wang.

3. Perkara yang diakad (Ma’qudun Alaihi iaitu barang dan harga): Perkara yang di akad (Ma’qudun
alahi) adalah subjek akad iaitu barang yang dijual dan harga yang diterima. Syarat-syarat Ma’qudun
alahi adalah wujud semasa jual beli, harta yang bernilai, milikan yang sah, boleh diserahkan dan
diketahui kuantiti, sifat dan jenisnya.
AL SARF 2012
D. SYARAT AKAD AL-SARF

Berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah, para Fuqaha’ meletakkan syarat syarat tertentu pada kontrak al-
sarf kerana ia merupakan akad jual beli yang amat hampir dengan riba iaitu:

 Tamathul iaitu Persamaan dalam bilangan atau timbangan pertukaran atau penjualan mata
wang yang sama jenis seperti perak dengan perak atau emas dengan emas mestilah sama
bilangan atau timbangannya (al-Tamathul) atau al-Tasawi biarpun berlainan dari segi kecantikan
dan pencanaian.
 Ini berdasarkan sabda Rasulullah dalam Hadith riwayat Abu Said al-Khudri. Hadith tersebut
menjelaskan bahawa persamaan boleh berlaku dari segi kuantiti dan timbangan. Sekiranya
Dinar buatan sesebuah negeri apabila ditukar dengan dinar dari negeri yang lain yang sama
kualitinya iaitu sama kadar emas yang terkandung di dalamnya, maka ia boleh ditukar dengan
timbangan yang sama termasuk juga dengan jumlahnya. Lebihan kuantiti (fadl) yang wujud
dalam jual beli/pertukaran ialah riba al-fadl yang diharamkam syarak.
 Manakala dibenarkan tafadul bagi jual beli barangan riba yang berbeza jenis tetapi jual beli itu
hendaklah dilakukan pada masa yang sama (Yadan bi Yadin). Fuqaha’ juga menetapkan
diharamkan Riba alnasi’ah (bertangguh) dalam jual beli bagi setiap benda yang diharamkan
Tafadul.
 Al-Qabd sebelum Berpisah Dua Pihak yang Berkontrak (Al-Qabd atau al-Tanaqud): Ialah
penyerahan kedua-dua barangan (mata wang) antara penjual dan pembeli dalam sesuatu
urusniaga. Ini bermakna bahawa urusniaga al-sarf perlu dilakukan secara terus tanpa ada
penangguhan iaitu adanya proses Taqabud. Taqabud ialah aktiviti di mana penjual dan pembeli
saling menyerahkan subjek akad di antara satu sama lain. Ulamak telah berijmak bahawa wajib
al-qabd dalam urusniaga Al-sarf sebelum selesai jual beli. Sekiranya kedua-dua pihak berpisah
tanpa qabd maka urusniaga yang dilakukan tersebut adalah dikira tidak sah.
 Tidak berlaku khiyar dalam kontrak. Tidak diharuskan terdapat khiyar syarat dalam kontrak sarf
pada dua pihak yang berkontrak atau salah seorang daripadanya. Terdapatnya khiyar dalam
kontrak akan mencatatkan penerimaan yang disyaratkan. Kontrak terbatal jika disyaratkan
khiyar didalamnya. Namun begitu, khiyar ru’yah dan khiyar ‘aib diharuskan kerana sempurna.
Bagi pertukaran matawang, khiyar ru’yah tidak tergambar kerana kontrak itu sah ke atas
bandingannya (nilai matawang) dan bukan ainnya (sifat matawang).
 Tiada Tangguhan. Pertukaran dalam jual beli al-sarf tidak boleh dijalankan secara bertangguh.
Jual beli secara bertangguh menyebabkab kontrak al-sarf batal kerana wujud unsur riba.
Rasulullah s.a.w melarang pertukaran emas dengan emas atau emas dengan perak secara
bertangguh. Pertukaran tidak boleh bertangguh kerana menyebabkan unsur riba alnasi’ah yang
diharamkan.

Anda mungkin juga menyukai