Teks Bercerita Kisah Nabi Adam Disyurga
Teks Bercerita Kisah Nabi Adam Disyurga
Bismillahirrahmanirrahim..
Sekalung ucapan terima kasih digubah untuk pengerusi, parisan panel hakim yang arif lagi bijaksana
dan ucapan ukhwah kepada guru-guru serta gugusan sahabat sekalian.
Sahabat sekalian,
Keadaan di dalam Syurga Allah SWT amatlah penuh dengan keindahan yang sempurna. Tiada cacat
cela dan kekurangan. Maka dengan kehendak Allah SWT dan dengan kekuasaan yang Maha Kuasa
menjadikan Nabi Adam sebagai penghuni syurgaNya, manusia pertama yang dicipta daripada tanah.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa
Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu
menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi. ( surah Ar-Rum ayat 20 )
Ya, manusia dijadikan oleh Allah SWT, sebaik-baik makluk ciptaan-Nya. Namun sayangnya, kini,
kita dapati bayi-bayi dibuang di sana sini. Selain itu, berlaku juga pemerdagangan bayi.
Sesungguhnya Allah SWT telah mengarahkan para malaikat, iblis dan semua isi syurga supaya sujud
hormat kepada Nabi Adam. Namun, Iblis enggan menuruti perintah Allah swt itu. Maka jadilah Iblis
sebagai makhluk yang dilaknat oleh Allah swt.
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam".
Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan
menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Dengan penciptaan Nabi Adam ini, ia menimbulkan kebimbangan kalangan malaikat. Namun, Allah
swt menyatakan kepada mereka bahawa Allah swt Maha Mengetahui apa yang dilakukan.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana
dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu
dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya".
Kini, kita saksikan bahawa sifat takabur dan bangga diri telah banyak menjatuhkan diri sendiri
contohnya para pemimpin dunia ramai yang bersifat takabur telah jatuh kerajaannya.
Pengajarannya, kita jangan bongkak dan takabur dan jangan buruk sangka terhadap orang lain.
Tahukah sahabat sekalian,
Sesungguhnya kehidupan Nabi Adam di dalam syurga telah dikurnia ilmu pengetahuan yang tinggi
dan para Malaikat berasa takjub dengan ilmu baginda. Baginda mengetahui semua nama benda.
Malaikat amat menghormati Nabi Adam.
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain
dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana".
Namun, sebaliknya, Iblis berdendam dengan baginda dan ia berjanji untuk menyesatkan keturunan
Nabi Adam iaitu kita semua.
Negara kita Malaysia pada masa ini dalam keadaan aman damai dan kita mesti bersyukur.
Pengajarannya, kita wajib menanamkan sifat syukur atas nikmat dari Allah swt ini.
Ketika Nabi Adam berada di syurga yang penuh dengan kenikmatan yang sempurna, baginda masih
merasa sunyi. Maka, Allah swt telah menciptakan Hawa sebagai isterinya yang diambil dari tulang
rusuk Nabi Adam. Maka, baginda pun tidak merasa sunyi lagi selepas itu.
Allah swt juga melarang Nabi Adam dan isterinya daripada memakan buah khuldi.
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari
makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini;
(jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".
Pengajarannya, kita hendaklah sentiasa mewujudkan kasih dan sayang dalam kehidupan kita.
Nabi Adam dikeluarkan oleh Allah swt dari syurga kerana tipu daya Iblis. Baginda dan isterinya
diperdaya memakan buah khuldi.
Pada hari ini, syirik dan murtad serta gejala sosial semakin membimbangkan kita semua.
Oleh itu kita mesti kuatkan iman dan bertekad jangan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.
Begitulah kisah Nabi Adam di syurga. Moga-moga kita akan dapat mengambil iktibar dan teladan dari
cerita tadi.