Anda di halaman 1dari 14

BAB.

1
PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang

Insan merupakan sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dan yang
membedakan manusia dengan makhluk-makhluk Allah yang lain ialah akal. Akal yang
dipandu oleh wahyu akan mendorong manusia tersebut melakukan perkara-perkara yang
baik dan diredhai Allah.

Melalui akal, seseorang itu akan dapat membedakan yang mana perkara baik, dan
yang mana perkara yang buruk. Dalam arti kata lain, membedakan perkara yang
diperintahkan oleh Allah SWT dan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Didalam pembahasan makalah ini penyusun akan membahas arti ataupun maksud
mengenai IKHLAS dari sudut pandangan berbagai Ulama. Selain itu , makalah ini juga
membahas cara-cara atau perkara yang perlu dilakukan untuk memililki sifat ikhlas.

1.2 Rumusan Masalah

1. Apakah makna makna ikhlas dalam kehidupan manusia?

2. Bagaimana peranan ikhlas dalam kehidupan manusia?

3. Apakah dampak ikhlas dalam kehidupan manusia?

1.3. Tujuan

1. Mengetahui makna Ikhlas dalam kehidupan manusia.

2. Mengetahui peran Ikhlas dalam kehidupan manusia.

3. Mengetahui dampak Ikhlas dalam kehidupan manusia.

IKHLAS Page 1
BAB. 2
PEMBAHASAN

2.1 Pergertian Ikhlas Secara Umum

Ikhlas bermaksud memurnikan tujuan bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT
dari hal-hal yang dapat mengotorinya. Dalam erti kata lain , Ikhlas adalah menjadikan
Allah SWT sebagai satu-satunya tujuan dalam segala bentuk ketaatan contohnya solat ,
puasa , zakat dan sebagainya. Semua itu dilakukan kerana Allah semata-mata.

2.2 Pengertian Ikhlas menurut Bahasa

Ikhlas dari segi bahasa bermaksud bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu itu tidak
kotor. Maka bagi orang yang Ikhlas adalah orang yang menjadikan agamanya murni
hanya untuk Allah SWT sahaja dengan menyembahNya dan tidak menyekutukanNya
dengan sesuatu yang lain serta tidak riak dalam beramal.

Menurut kamus pula, ikhlas diterjemahkan dalam satu perkataan sahaja iaitu
bebas. Ikhlas dikatakan bebas kerana apabila kita melakukan sesuatu itu amalan dengan
ikhlas maka kita akan bebas dari godaan syaitan khususnya(Abdul Halim Salleh,2005).

2.3 Pengertian Ikhlas Menurut Istilah

Ikhlas dari sudut istilah ialah Ikhlas dalam berniat untuk mendapatkan keredhaan Allah
SWT sahaja dalam beramal tanpa menyekutukanNya dengan yang lain serta memurnikan
niat daripada kotoran yang merosak. Dalam konteks yang lain pula istilah Ikhlas ialah
menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah
SWT dan diqasadkan (niat) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan
hati dari riak , ujub atau inginkan pujian manusia.

Dalam konteks lain juga , ikhlas bermaksud melakukan amal ibadat sama ada
secara khusus atau umum semata-mata memburu keredaan Allah SWT. Bagi orang yang
hatinya berpaut dengan rasa keikhlasan, orang tersebut akan melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan balasan. Terdapat pepatah , “ ada ubi ada batas , aku beri jangan lupa

IKHLAS Page 2
balas”. Seseorang yang ikhlas tidak akan mengharapkan pujian dan sanjungan daripada
manusia jauh sekali menunjuk-nunjuk atau riak.

2.4 Pengertian Ikhlas Menurut Ulama’

Menurut Profesor Dr. Muhammad Abdul Latif , beliau mengatakan ikhlas ialah
menyengajakan perbuatan semata-mata mencari keredhaan Allah dan memurnikan
perbuatan dari segala bentuk kesenangan duniawi. Ia mesti membebaskan hati dari
dikuasai oleh keinginan-keinginan yang bersifat sementara , seperti kemewahan ,
kedudukan , populariti , mengharapkan simpati dari orang lain , pemuasan hawa nafsu
dan penyakit hati yang lain(Muhammad Abdul Latif,2012).

Ulama lain ada mengatakan ikhlas adalah setiap kata-kata , amalan dan jihad
setiap Muslim hanya kerana Allah SWT , untuk mencari keredhaan dan gajaran baik
dariNya tanpa memandang kepada imbuhan duniawi , kemewahan , kemegahan atau
gelaran. Jester itu insan itu menjadi pengikut kerana akidah dan fikrah bukan kerana
kebendaan atau sebarang kepentingan peribadi. Melalui pengertian ini dapat kita faham
bahawa ikhlas ialah melakukan sesuatu amalan semata-mata kerana mencari keredhaan
Allah SWT dengan tidak mencampurkan keinginan dunia , keuntungan untuk diri sendiri ,
mencari pangkat dan darjat dan pujian agar seluruh dunia mengenalinya(Asy-Syahid
Hasan al-Banna,1928).

Selain itu , Imam Ibn Qayyim menjelaskan erti ikhlas iaitu mengEsakan Allah
SWT di dalam tujuan atau keinginan ketika melakukan ketaatan. Beliau juga menjelakan
bahawa makna ikhlas adalah dari segala yang mengotorkan(ibn Qayyim,1301)

Kesimpulannya , ikhlas adalah perkara yang lahir dari hati yang luhur dan hanya
mengharapkan redha Allah SWT semata-mata. Inilah akan menjadi kunci kesempurnaan
dan kejayaan segala amalan. Allah SWT akan menerima perbuatan atau amal yang
dilakukan dengan ikhlas.

IKHLAS Page 3
2.5 Peringkat – Peringkat Ikhlas

2.5.1 Ikhlas Mubtadi’

Orang yang beramal kerana Allah , tetapi di dalam hatinya terbisik keinginan pada dunia.
Ibadahnya dilakukan hanya sekadar untuk menghilangkan kesulitan sahaja. Ia
melaksanakan solat tahajud dan bersedekah kerana ingin usahanya berhasil. Ciri orang
yang mubtadi’ ini biasanya dilihat dari cara dia beribadah. Orang yang hanya beribadah
ketika sedang berada di dalam kesulitan biasanya ia tidak akan istiqamah. Jika kesulitan
dapat di atasi , ibadahnya pun akan berhenti(Imran Effendy Hasibuan, 2003).

2.5.2 Ikhlas Abid

Orang yang beramal kerana Allah SWT dan hatinya bersih dari riak serta keinginan dunia.
Ibadahnya dilakukan hanya kerana Alah dan demi mendapat kebahagiaan akhirat. Ikhlas
Abid juga ialah orang yang yakin bahawa amal ini dapat menyelamatkan dirinya dari
seksaan api neraka. Ibadah seorang Abid ini sentiasa berterusan , tetapi ia tidak
mengetahui yang mana penting dan lebih penting. Ia menganggap semua ibadah adalah
sama(Ibid).

2.5.3 Ikhlas Muhibb

Orang yang beribadah hanya kerana Allah , bukan mengiginkan syurga atau takut kepada
azab neraka. Semuanya dilakukan kerana tanggungjawab atau bakti seorang hamba
kepada penciptaNya(Ibid).

2.5.4 Ikhlas Arif

Orang yang dalam ibadahnya memiliki perasaan bahawa ai digerakkan oleh Allah SWT.
Ia berasa yang ibadah itu bukannya dirinya. Ia hanya menyaksikan ia sedang digerakkan
Allah kerana memilki keyakinan bahawa beliau tidak mempuyai daya upaya
melaksanakan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan. Semuanya berjalan atas
kehendak Allah SWT(Ibid).

IKHLAS Page 4
2.6 Kedudukan Ikhlas

Rasulullah SAW pernah bersabda , “ ikhlaslah dalam beragama , cukup bagimu amal
yang sedikit”. Sabda Rasulullah SAW lagi , “ sesungguhnya Allah SWT tidak akan
menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan kerana
mengharapkan redha Allah semata-mata”(hadis riwayat an-Nasai dan Abu Daud).

Imam Syafi’e pernah memberi nasihat kepada seorang temannya . “Wahai Abu
Musa , jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh
manusia redha(suka) , maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian , maka ikhlaskan
amalanmu dan niatmu kerana Allah Azza Wa Jalla” .

Disebabkan itu tidak hairanlah jika Ibn Qayyim memberi perumpamaan seperti ini
mengenai ikhlas , “ Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi guni dengan
kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak memberi manfaat”. Selain itu , beliau juga
berkata , “ Jika ilmu bermanfaat tanpa amal , maka tidak mungkin Allah SWT mencela
para pendeta Kitab. Jika ilmu bermanfaat tanpa keikhlasan , maka tidak mungkin Allah
mencela orang-orang munafik”(Ibn Qayyim,1301).

Kesimpulannya , dari beberapa contoh hadis dan kata-kata hikmah di atas ,


jelaslah menunjukkan bahawa ikhlas itu memang sangat penting bagi setiap umat Islam
dalam melaksanakan ibadah , kerana tanpa rasa ikhlas dan hanya mengharapkan redha
dari Allah SWT ibadah kita tidak akan diterima oleh Allah dan akan ibadah yang
dilakukan akan sia-sia sahaja.

IKHLAS Page 5
2.7 Contoh Ikhlas Dalam Kehidupan

2.7.1 Kehidupan Sebagai Seorang Pelajar

Menuntut ilmu adalah perkara yang dituntut di dalam Islam dan menjadi satu kewajipan
terhadap seluruh umat manusia. Ayat al-Quran yang pertama juga menyeru umat manusia
“membaca”. Islam meningkatkan marabat orang yang menuntut ilmu. Sabda Baginda
SAW yang bermaksud , “Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang islam dan orang yang
meletakkan ilmu itu di sisi orang yang tidak ahlinya seperti memberikan rantai permata ,
mutiara dan emas ke leher babi(hadis riwayat Ibn Majah).

Seorang murid yang sedang menuntut ilmu haruslah menanamkan sifat keikhlasan
di dalam hati iaitu apa yang sedang mereka pelajari adalah semata-mata kerana Allah
SWT. Matlamat terhadap Allah dapat menunjukkan satu sikap yang lebih
bertanggungjawab belajar berbanding matlamat yang hanya menumpukan peperiksaan
atau dipaksa. Ketika belajar seoarang pelajar yang ikhlas akan menumpukan sepenuh
perhatian , mereka tidak akan meniru atau menipu untuk menjawab kertas soalan atau
kerja kursus bagi mencapai hasrat mereka sendiri.

2.7.2 Kehidupan Sebagai Seorang Pekerja

Keikhasan dalam bekerja amat penting kerana ia dapat mempengaruhi budaya kerja
seseorang individu. Ini kerana orang yang ikhlas akan mempunyai sifat membantu rakan
dalam memudahkan segala urusan serta akan sentiasa berusaha untuk memanfaatkan
waktu bekerja dengan sebaik mungkin dan akan memastikan segala perkara-perkara yang
asasi dan utama tidak diabaikan seperti kedatangan , komitmen , dedikasi , disiplin dan
intergriti. Selain itu , orang yang ikhlas akan sedaya upaya mengelakkan diri dari sikap
berlengah-lengah atau sambil lewa dalam melakukan pekerjaan.

IKHLAS Page 6
Sesungguhnya orang yang ikhlas bekerja kerana Allah SWT mereka akan
menerima tanggungjawab dengan penuh keredhaan dan akan sentiasa bersungguh-
sungguh bagi menghasilkan prestasi kerja yang terbaik. Dengan melakukan kerja dengan
keikhlasan akan membuahkan keberkatan dalam kehidupan. Ini berdasarkan hadis
Baginda SAW ya g diriwayatkan oleh Umar al-Khattab RA :

)‫(رواه البخارى‬ ‫انما االعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى‬


Maksudnya : sesungguhnya pekerjaan itu bergantung kepada niat dan sesungguhnya
setiap orang akan memperolehi hasil sesuai dengan niatnya itu(hadis riwayat Bukhari).

2.7.3 Kehidupan Dalam Sebuah Keluarga

Manusia hanya merancang dan Allah yang akan menentukannya. Suami isteri perlu ikhlas
menerima takdir pasangan masing-masing kerana takdir jodoh adalah ketentuan dari
Allah SWT sejak azali lagi.

Cahaya mata yang dikurniakan Allah adalah harta dan anugerah yang paling
istimewa bagi pasangan suami isteri. Jadi , pasangan perlulah redha dan ikhlas dalam
menerima cahaya mata akan akan mereka lahirkan. Setiap ketentuan Allah itu ada
hikmahnya , jika Allah mengurniakan cahaya mata yang kurang sempurna atau istimewa ,
perlulah kita tabah dan ikhlas dalam menghadapinya. Mungkin ketentuanNya itu
bertujuan untuk menguji hamba-hambaNya supaya meningkatkan keimanan dan
ketakwaan kepadaNya. Sebagai seorang ahli keluarga di dalam kehidupan muslim ,
perkara yang perlu diingatkan adalah dengan menanamkan sifat ikhlas di dalam diri
masing-masing.

2.7.4 Kehidupan Sebagai Seorang Pemimpin Masyarakat

Islam menitikberatkan sifat ikhlas dalam kalangan individu yang memimpin masyarakat.
Hal ini adalah kerana mereka diberi bertanggungjawab dan amanah yang sangat tinggi
sebagai mewakili suara masyarakat untuk diberi pembelaan. Sebagai contohnya ,
seseorang yang digelar wakil rakyat. Mereka seharusnya terus berkhidmat memastikan
segala permasalahan rakyat dapat diselesaikan. Mereka perlu memastikan keperluan

IKHLAS Page 7
rakyat dapat diisi dan keselamatan rakyat harus dijaga. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud , “ Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa
urusan pemerintahan kaum muslimin , lalu ia tidak mempedulikan tentang mereka ,
kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah SWT tidak akan mempedulikan tentang
keperluan , kesusahan dan penderitaannya di hari khiamat kelak”(hadis riwayat Bukhari).

2.8 Cara-cara Untuk Memiliki Sifat Ikhas

Sifat ikhlas adalah merupakan sesuatu yang sukar dicapai sekiranya sesorang itu
mempunyai hati yang kotor. Walaubagaimanapun , ikhlas ini mampu dicapai oleh setiap
manusia dengan melakukan cara-cara tertentu dan melakukannya dengan teratur.

 Memiliki Ilmu

Seseorang yang mempunyai ilmu akan dapay membezakan perkara-perkara yang disuruh
dan dilarang oleh Allah SWT. Dengan mempunyai ilmu , secara tidak langsung sesorang
itu akan mengetahui apa itu ikhlas , contoh-contoh ikhlas , cara untuk memilki sifat ikhlas
dan kepentingan ikhlas tersebut. Hal ini kerana ikhlas merupakan perkara yang disuruh
oleh Allah SWT.

 Membaca dan Mengambil Iktibar

Selain itu , untuk memiliki sifat ikhlas seseorang itu perlu membaca dan mengambil
iktibar dari sirah Nabi , sahabat-sahabat Baginda , Tabien ,Tabi-tabien , wali-wali Allah ,
Ahli Sufi , Alim Ulama’ dan Para Syuhada mengenai amalan-amalan mereka yang ikhlas.
Sebagai contohnya , sifat Rasulullah yang ikhlas membantu manusia tidak kira agama.
Baginda SAW pernah menolong seorang nenek tua yahudi yang buta dengan memberi
makan kepadanya. Baginda menguyah makanan tersebut terlebih dahulu sebelum
disuapkan kepada nenek tersebut. Disebabkan sifat ikhlas Baginda membantu nenek
tersebut , nenek tersebut telah memeluk Islam.

IKHLAS Page 8
 Memahami Cara Iblis Mengoda Manusia

Untuk memiliki sifat ikhlas , kita mestilah memahami cara-cara iblis menggoda dan
menguasai hawa nafsu manusia supaya dapat terhindar daripada perasaan ujub , riak dan
takabbur. Sifat-sifat ini akan menghapuskan amalan kita kepada Allah SWT dan sifat ini
akan membuatkan kita syirik kepadaNya.

 Mengosongkan Fikiran

Antara cara-cara yang lain untuk memilki sifat ikhlas adalah dengan mengosongkan
fikiran di saat kita beribadah kepada Allah. Semasa ibadah itu , hati kita hanya
memikirkan Allah sahaja contohnya mendirikan solat untuk Allah semata-mata , zikir
untuk Allah dan semua ibadah dan pekerjaan yang kita lakukan hanya pada Allah SWT.

 Mengulangi Ibadah(Istiqamah)

Apabila seseorang yang melakukan ibadah yang pada mulanya tanpa ada keikhlasan
dalam dirinya , akan tetapi apabila menjadi kebiasaan pada dirinya melakukan ibadah
secara berulang-ulang , secara automatiknya sifat ikhlas itu mampu timbul dan wujud
dalam dirinya apabila beliau ingin melakukan ibadah dan seseorang itu akan melakukan
ibadah tanpa disuruh atau dipimpin oleh orang lain.

 Mulakan Dengan Amalan Yang Mudah

Kenyataan ini lebih merujuk kepada pekerjaan , bukannya ibadah. Seseorang yang ingin
mencapai keikhlasan dalam dirinya , orang tersebut mestilah melakukan pekerjaan yang
lebih mudah untuk dilakukannya. Dengan mengulangi pekerjaan tersebut , sifat ikhlas
dapat dilatih. Sebagai contohnya , seseorang yang mampu melakukan sesuatu pekerjaan
yang dianggap mudah baginya , beliau akan mempunyai kesanggupan dalam dirinya
untuk melakukan perkara tersebut kerana beliau merasakan perkara tersebut tidak
membebankannya sekaligus membuatkannya berasa senang hati melakukan pekerjaan
tersebut.

IKHLAS Page 9
2.9 Kepentingan Ikhlas Dalam Kehidupan Muslim

Kehadiran sifat ikhlas dalam diri individu muslim dalam menjalani kehidupan
memberikan pengaruh yang sungguh besar terutamanya ke arah pembentukan peribadi
yang syumul dan berkualiti sejajar dengan syariat. Antara kepentingan penghayatannya :

 Membunuh Sifat Riak Dalam Diri

Sifat riya’ boleh memusnahkan pahala amalan yang dilakukan. Sifat riya’ ini timbul di
dalam diri muslim disebabkan kurangnya keimanan dan ketaqwaan. Sekiranya
melaksanakan sesuatu perkara di hadapan orang lain, perkara tersebut dilakukan dengan
sebaik mungkin supaya nampak cantik pada pandangan manusia. Namun, bila
bersendirian dan tidak diketahui oleh orang lain, perbuatannya hanya sekadar
“melepaskan batuk di tangga”, tidak bersungguh-sungguh dan tidak sempurna. Sifat suka
menunjuk-nunjuk ini dapat dihapuskan sekiranya disertai dengan keihklasan niat kerana
Allah SWT. Oleh itu, setiap amalan atau perbuatan muslim mestilah disertakan
keikhlasan supaya diterima dan diredhai Allah(Md. Dzul Fahmi, 1995).

 Membentuk Jiwa yang Kental

Seorang yang ikhlas, terselit dalam setiap amalannya niat melakukan kerja kerana Allah
SWT. Dalam setiap detik kehidupan pula tidak semua perkara yang dilaksanakan meraih
kesempurnaan. Ada cacat cela dan kekurangan yang boleh menimbulkan rasa kecewa dan
tidak puas hati di kalangan pelakunya. Justeru, dengan keikhlasan akan terbentuk jiwa
yang kental, tidak mudah mengalah dengan ujian dan kepayahan. Sekiranya kecewa pada
sesuatu masa, jiwa yang ikhlas akan segera terubat kerana yakin setiap yang berlaku ada
hikmah di sebaliknya. Secara tidak langsung, individu yang ikhlas akan kembali bangkit
untuk melaksanakan yang terbaik kerana Allah SWT tanpa terus menerus terkurung
dengan kekecewaan yang telah berlaku(Ibid).

IKHLAS Page 10
 Memupuk Sifat Tenang dan Redha Dalam Kehidupan

Dunia adalah pentas ujian. Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang
bermaksud : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata “ Kami beriman” sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?”. Bagi insan
yang ikhlas menjalani kehidupannya, sudah pasti mereka akan sentiasa tenang walaupun
terpaksa melalui kepayahan dan dugaan yang hebat. Mereka akan tetap meneruskan
kehidupan dengan hati yang lapang dan redha dengan ketentuan-Nya di samping sentiasa
berusaha melakukan yang lebih baik dari semasa ke semasa(Ibid).

 Mendapat Darjat yang Tinggi di sisi Allah SWT

Seseorang yang mempunyai sifat ikhlas akan diangkat darjatnya oleh Allah kerana beliau
melakukan setiap amalan hanya kerana Allah SWT. Bukan mudah untuk seseorang
memilki sifat ikhlas , disebabkan itulah Allah mengangkat individu yang mempunyai sifat
yang sedemikian. Ikhlas juga merangkumi aspek menuntut ilmu. Apabila seseorang itu
ikhlas dalam menuntut ilmu , maka darjatnya akan ditinggikan oleh Allah SWT. Firman
Allah :

‫ اية‬: 58 ‫(سورة المجادلة‬


)11

IKHLAS Page 11
 Membuahkan Kejayaan

Sifat ikhlas sangat unik dan istimewa. Hal ini demikian kerana , ikhlas memberikan
pengaruh yang besar dan bermakna terutamanya dalam amalan dan perbuatan setiap yang
digelar mukmin. Jika keikhlasan mendahului setiap gerak-geri insan , pasti akan lahir
keluhuran dan membuahkan hasil keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT dalam setiap
amalannya. Allah berfirman dalam surah al-Mukminun :

ِ ‫ص ََلتِ ِهمۡ َٰ َخ‬


َ ُ‫شع‬
٢ ‫ون‬ َ ‫ِين هُمۡ فِي‬ َ ُ‫قَ ۡد أ َ ۡفلَ َح ۡٱل ُم ۡؤ ِمن‬
َ ‫ ٱلَّذ‬١ ‫ون‬
-1 ‫ اية‬: 23 ‫)سورة المؤمنون‬
)2

Melalui ayat ini dapat kita faham bahawa mukmin yang berjaya adalah mukmin
yang khusyuk solatnya. Dalam erti kata lain , mukmin tersebut mendirikan solat dalam
keadaan ikhlas.

 Amalan Menjadi Nikmat

Seseorang yang ikhlas ibarat orang yang sedang membersihkan beras dari kerikil-kerikil
dan batu-batu kecil di sekitar beras. Maka beras yang dimasak menjadi nikmat apabila
dimakan. Tetapi jika beras itu masih kotor , maka akan tergigit kerikil dan batu kecil itu
apabila dimakan. Demikianlah keikhlasan , menyebabkan amalan menjadi nikmat dan
segala pengorbanan tidak akan terasa berat. Sebaliknya pula dengan amalan riak akan
menyebabkan amalan tiada nikmat. Pelakunya akan mudah menyerah dan selalu kecewa.
Seperti kata-kata hikmah masyarakat arab :

‫من جد وجد ومن زرع حصد‬

IKHLAS Page 12
 Menghasilkan Prestasi Kerja yang Lebih Baik

Seseorang pekerja yang mempunyai sifat ikhlas berupaya menghasilkan mutu kerja yang
lebih cemerlang dan dapat menjadi pekerja yang lebih produktif. Sebagai contohnya ,
apabila seseorang itu melakukan kerja dengan ikhlas , hatinya tidak akan merasa untuk
berputus asa atau melakukan kerja separuh jalan. Beliau akan melakukannya dengan
senyuman dan penuh ketelitian. Maka hasil kerjanya akan lebih bermutu berbanding
pekerja yang tidak mempunyai sifat ikhlas.

 Terhindar dari Godaan Iblis dan Syaitan

Iblis dan syaitan merupakan makhluk yang dilaknat oleh Allah SWT. Mereka telah diusir
dari syurga kerana telah mengingkari perintah Allah untuk tunduk pada Nabi Adam AS.
Mereka telah dijanjikan neraka atas kesalahan mereka itu. Sebelum Iblis dan syaitan
meninggalkan syurga , mereka telah memohon kebenaran dari Allah SWT untuk
menyesatkan anak cucu Adam. Allah telah memakbulkan permintaan mereka , akan tetapi
iblis dan syaitan telah menyatakan bahawa mereka tidak akan menggoda hamba yang
ikhlas. Firman Allah SWT :

‫ إِ َّال‬٣٩ ‫ين‬َ ‫ض َو ََل ُ ۡغ ِويَنَّ ُهمۡ أ َ ۡج َم ِع‬


ِ ‫ب ِب َما ٓ أ َ ۡغ َو ۡيتَنِي ََل ُ َز ِينَ َّن لَ ُهمۡ فِي ۡٱَل َ ۡر‬
ِ ‫قَا َل َر‬
‫)سورة‬ ٤٠ ‫ين‬ َ ‫ِعبَادَكَ ِم ۡن ُه ُم ۡٱل ُم ۡخلَ ِص‬
)40-39 ‫ اية‬15 ‫الحجر‬

Maksudnya : iblis berkata , “Ya tuhanku , oleh sebab Engkau tekah memustuskan bahawa
aku sesat , pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di
muka bumi , dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba
yang ikhlas di antara mereka ”.

Kesimpulannya , ikhlas adalah sifat yang perlu dimiliki oleh seorang mukmin
kerana banyak kepentingannya dalam kehidupan untuk menjadi seorang mukmin yang
berjaya dunia dan akhirat.

BAB 3

IKHLAS Page 13
KESIMPULAN

Setelah membaca dan meneliti kertas kerja ini , kita dapat mengenal pasti pengertian sifat
ikhlas dari sudut bahasa dan istilah. Ikhlas yang dapat kita rumuskan adalah melakukan
sesuatu perbuatan sama ada ibadah ataupun perbuatan seharian semata-mata kerana Allah
SWT. Walaupun terdapat pelbagai pendapat , akan tetapi pendapat yang diberikan mereka
tidak lari dari maksud dalamannya iaitu melakukan sesuatu kerana Allah.

Selain itu , kita telah mengetahui bahawa ikhlas itu mempunyai pelbagai peringkat.
Setelah mengetahuinya , kita mampu menilai diri kita sama ada kita berada di peringkat
yang dimahukan ataupun tidak. Sama ada kita berada di peringkat mubtadi’ , peringkat
abid , peringkat muhibb atau berada di peringkat yang paling tinggi iaitu peringkat arif.

Melalui kertas kerja ini lagi , kita dapat lihat dan ketahui bagaimana caranya untuk
kita memiliki sifat ikhlas ini. Pelbagai cara telah dikemukakan di dalam kertas kerja ini ,
dengan cara ini bolehlah dicuba dan dipraktikkan agar kita berjaya memperolehi sifat
ikhlas.

Setelah helaian demi helaian disimak , akhir sekali kita dapat lihat kepentingan
sifat ikhlas dalam kehidupan jika kita mengamalkannya. Betapa pentingnya jika semua
orang mengetahui mengenai sifat ikhlas jika diamalkan dalam kehidupan seharian sama
ada kita pergi menghadap Allah atau kita pergi melakukan pekerjaan atau kebajikan.
Negara akan maju jika setiap rakyatnya ikhlas ketika melakukan kerja dan membuatkan
negara lain gerun akan negara yang mempunyai kualiti rakyat yang sedemikian.

IKHLAS Page 14

Anda mungkin juga menyukai