Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Posted on 3 Januari 2015 by admin

Definisi dan konsep Pendidikan Khas


Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan
keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran dan pintar cerdas.
Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan
kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan
pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan
(developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada
kecacatan dan ketidakupayaan individu.
“Special education means specially designed instruction that meets the
unusual needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)
“…Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-
keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK
menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan
dalam kurikulum yang standardize atau biasa.” (Culcatta, R.A., & Tompkins J.R.
Fundamentals of Special Education, 1999).

Falsafah Pendidikan Khas


“Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,
mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.”

Objektif Pendidikan Khas

 Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-


murid dengan keperluan khas
 Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid
dengan keperluan khas
 Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid
dengan keperluan khas
 Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi dan terkini
 Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang
pendidikan khas

Ciri-ciri ‘Khas’ Pendidikan Khas

 Guru-guru terlatih khas


 Pendekatan pelbagai disiplin
 Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education
Programme)
 Kurikulum yang khas
 Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka
pendek.
 Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
 Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian
yang sesuai
 Kaedah pengajaran yang khas
 Kaunseling ibu bapa

Khidmat yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan


Pembangunan Masyarakat (Maklumat Pendidikan Khas 2007)

 Cacat fizikal yang teruk


 Rencatan akal sederhana dan teruk
 Pelbagai kecacatan dan
 Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di
sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab


Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:

 Sindrom Down
 Autisme ringan
 Attention Deficit Hyperaktif Disorder
 Terencat akal minimum
 Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

Konsep Program Khas menurut Akta Pendidikan 1996


Program Khas bererti:

1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang


mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid
yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran
atau masalah pembelajaran; dan
3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan
khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.

* Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961


Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas
untuk murid-murid yang kurang upaya.

SENARIO PENDIDIKAN KHAS


Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah
tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang
ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh
mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:

 Kanak-kanak Down Syndrom


 Kanak-kanak Autistik Ringan
 Kanak-kanak kurang keupayaan mental
 Kanak-kanak bermasalah emosi
 Kanak-kanak bermasalah kesihatan
 Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan

1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program


Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner).

Syarat Penyertaan Program Khas:


Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang
boleh dididik adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali mereka yang:

1. Cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti


murid biasa
2. Mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan
anggota yang terlalau serius, atau yang terencat akal yang berat
(homes/hospital/bawah JKM). Jadi murid berkeperluan khas adalah
mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri sendiri
tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel
yang terdiri daripada : pengamal perubatan, pegawai dari kementerian
pendidikan dan pegawai dari JKM sebagai berupaya mengkuti program
pendidikan kebangsaan.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM
Dikendalikan oleh:

 J.P. Khas (JPK)


 J.P. Negeri (JPN)
 J.P. Teknikal (JPT)

3 jenis program:

 Sekolah Pendidikan Khas (SPK)


 Program Inklusif
 Program Pendidikan Khas Integrasi

STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk:


 merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan
menengah,
 merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi
(percantuman),
 merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari
segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan
bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional
pendidikan khas
 merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas,
 menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas,
 menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan
 menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas bererti (AKTA PENDIDIKAN 1996)

 Satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang


mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
 Satu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau
masalah pembelajaran; dan
 Satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan
khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama dengan murid-murid
biasa.

JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS:


(1) SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)

 Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)


 Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah
pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah).

(a) Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas
ialah:

 berumur tidak kurang dari lima (5) tahun


 disahkan oleh pengamal perubatan
 boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
(b) Pendidikan Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah:

 berumur 6+ hingga 14+ tahun


 Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga
2 tahun maksimum)
 disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa
bantuan orang lain.
 Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan &
pendengaran) mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum
Kebangsaan. Mereka akan menduduki UPSR semasa Tahun Enam.
 Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah
termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan
kewangan RM50 sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU).
 Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh
mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif

(c) Pendidikan Menengah


Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah:

 berumur 13+ hingga 19+ tahun


 Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga
2 tahun maksimum)
 disahkan oleh pengamal perubatan
 boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
 Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional.
 Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti
pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang
mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau di Sekolah
Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau Pinang atau
SMPK Setapak)
 Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
spt murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran
akan mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat
berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.
 Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk
meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid
bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya
mengambil STPM bagi yang layak.
 Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke
sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai
program Pendidikan Khas Integrasi.

(d) Pendidikan Pasca Menengah


Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid
bermasalah pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan
menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.

(2) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

 Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)


 Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.
 Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran
terhadap yang minimum (LRE).
 Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka
dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.
 Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan
sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL

 Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala JPK


bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan dengan dasar
dan pengisiannya.
 Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau
elektif mata pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di
sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah menengah teknik.

PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS

 Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan


menduduki peperiksaan awam spt UPSR, PMR, SPM, dan STPM
(pasca menengah)
 Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:
 Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian
Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil
Kemahiran Malaysia.
 Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan
mengikuti penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan Sijil
Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

(3) PROGRAM INKLUSIF (PI)

 Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid


berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
o Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program
pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang
boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan
murid-murid biasa.
 Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian
Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang
mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.”
 Ditadbir oleh JPN
 Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan
diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
 Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki
dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-
membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan
atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj
Awang,1996)
 Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar
biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua
kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu.
 Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk
membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal
yang boleh.
 Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak
murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
 Terdapat 2 jenis PI:
o Inklusif Penuh
o Inklusif Separa/Separuh Inklusif
 Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting.
6 Rendah di SM. Methodist (L), KL.
 1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di
seluruh negara (pemilihan pelajar adalah melalui program
percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang dalam 1 sekolah).
 1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah
 1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar Masalah
Pendengaran (24 orang di 11 S.M. Teknik/ Vokasional).
 2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada
murid Masalah Pembelajaran di S.M. Teknik/vokasional.
 3 buah Politeknik melaksanakan Inklusif bagi pelajar Masalah
Pembelajaran pada Jun 2000.

(4) PROGRAM PEMULIHAN KHAS


Merupakan program yang disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi
masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas
membaca, menulis, dan mengira (3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal
pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan
mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir semua
sekolah rendah. Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan
Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan
IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2 (murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun
3). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan
sistem pengasingan sementara (withdrawal)

(5) PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA


KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia
sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi
murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran
mengeja, membaca, dan menulis.

 Syarat kemasukan ke program ini:


o murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada
tahun 1 sekurang-kurangnya 6 bulan,
o murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan
dalam bilik darjah atau pemulihan khas,
o keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak
Disleksia (ISD) menunjukkan murid mengalami kebarangkalian
disleksia, dan disahkan mengalami kebarangkalian disleksia oleh
pengamal perubatan.
 Program rintis disleksia dilaksanakan pada tahun 2004:
o 2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (3 buah)
o sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan
o jumlah: 31 buah
 Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan
Khas Integrasi melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau
pengasingan

Anda mungkin juga menyukai