Anda di halaman 1dari 333

LAPORAN TEKNIK

HASIL PENYELIDIKAN

SENI DAN ALAM SEKITAR


KOD PENYELIDIKAN 11JD/001/2001

PENYELIDIK:

HAMDZUN HARON
MAHARAM MAMAT
MASHITOH YAACOB
MAZNAH HJ IBRAHIM

2002

Kertas ini berupa hasil penyelidikan yang ditaja oleh Universiti Kebangsaan
Malaysia gran penyelidikan kod 11JD/001/2001.
SENI DAN ALAM SEKITAR

Hamdzun Haron
Maharam Mamat
Mashitoh Yaacob
Maznah Ibrahim

Pusat Pengajian Umum


Universiti Kebangsaan Malaysia
hh@pkrisc.cc.ukm.my
maharam@pkrisc.cc.ukm.my
mash@pkrisc.cc.ukm.my
maznah@pkrisc.cc.ukm.my

abstrak

Penyelidikan Seni dan Alam Sekitar ini bertujuan meneliti sejauh mana
penggunaan elemen alam sekitar dalam proses pembinaan atau
penghasilan sesebuah karya seni. Penelitian terhadap penggunaan ini
tertumpu kepada apakah elemen alam sekitar itu dan cara (gaya) atau
bagaimana ia digunakan sehingga lahirnya keharmonisan di antara elemen
alam sekitar tersebut dengan proses pembinaan atau penghasilan karya
seni itu. Justeru itu, empat kajian telah dibuat terhadap dua bidang seni
iaitu Seni Kraf Tradisional dan Seni Sastera oleh empat orang pengkaji. Ia
melibatkan kajian terhadap Motif Alam Semulajadi dalam Kraf
Tradisional Melayu, kajian terhadap Isu dan Elemen Alam Sekitar dalam
Novel Thriller Pilihan, kajian terhadap Syair Melayu Klasik dan Alam
Sekitar, dan kajian terhadap Pantun Melayu dan Alam Sekitar. Hasil
kajian ini dapat memberikan sumbangan yang berguna kepada kedua-dua
bidang ini dalam melebarkan horizon perspektif ilmu pengetahuan
masing-masing. Bagi bidang seni, khasnya seni tampak dan seni sastera;
kajian ini bukan sahaja menambahkan penghayatan kepada proses
pembinaan dan penghasilan karya seni tersebut, malah dapat meluaskan
khalayak disiplin seni itu sendiri. Bagi disiplin alam sekitar; pemahaman
dan penghayatan terhadap alam sekitar oleh pembaca akan bertambah dan
diharapkan dapat meninggalkan kesan yang lebih jauh daripada itu; iaitu
kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar itu sendiri. Justeru itu,
melalui kajian yang menggabungkan dua disiplin ini, kita dapat menarik
khalayak bidang alam sekitar supaya turut menghayati dan menghargai
seni dan dalam masa yang sama dapat menarik khalayak bidang sastera
untuk menghayati dan menghargai alam sekitar.

i
ARTS AND THE ENVIRONMENT

Hamdzun Haron
Maharam Mamat
Mashitoh Yaacob
Maznah Ibrahim

Pusat Pengajian Umum


Universiti Kebangsaan Malaysia
hh@pkrisc.cc.ukm.my
maharam@pkrisc.cc.ukm.my
mash@pkrisc.cc.ukm.my
maznah@pkrisc.cc.ukm.my

abstract

Arts and environment is a research that aims to study how far is the
utilisation or application of environmental elements in the process of
constructing a particular art work. The focus of this research is what are
the elements of environment used and how has it been used in harmony
with the process of constructing the art work. Therefore, four studies have
been conducted on two areas of arts - Traditional Malay Craft, and Malay
Literature by four researchers. Namely, this research involved in the
studies of Natural Environmental Motives in Malay Traditional Craft,
Issues and Elements of the Environment in Selected Thriller Novels,
Classical Malay Poem (Syair) and the Environment, and Malay Poem
(Pantun) and the Environment. The findings of this research can be well
contributed to both fields in broadening the horizon of their perspectives.
For the field of arts, particularly fine arts and literature; this research not
only adding to the appreciation towards the process of constructing the
work of arts but also multiplies the audience of the field. For the
environmental field, the reader is hoped not only to have better
understanding of environment but also to have reached the level of
environmental awareness. Thus, this research that combined two
disciplines is able to attract the audience from both arts and environment
to appreciate each others work.

ii
PENGHARGAAN

Laporan Teknik ini adalah hasil daripada satu penyelidikan bertajuk “Seni
dan Alam Sekitar” yang telah dijalankan secara berkumpulan di Pusat
Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 15 Ogos 2001
hingga 14 Ogos 2002. Penyelidikan ini dianggotai oleh ahli akademik
Pusat Pengajian Umum iaitu Hamdzun Haron, Maharam Mamat, Mashitoh
Yaacob (Ketua) dan Maznah Ibrahim. Ia dikendalikan secara bersama oleh
Pusat Pengajian Umum dan Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia. Ahli-ahli penyelidikan ini amat berterima kasih di
atas Skim Peruntukan Penyelidikan untuk fakulti/pusat yang dibiayai oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia. Skim ini telah memperuntukkan
sebahagian daripada dananya bagi penyelidikan ini. Dana ini merupakan
penggerak utama dalam menjayakan penyelidikan “Seni dan Alam
Sekitar” sehingga terhasilnya Laporan Teknik ini.

Mashitoh Yaacob

ACKNOWLEDGEMENTS

This Technical Report is the outcome of a research entitled, “Arts and


Environment,” which was held in group at Centre for General Studies,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 15th August 2001 to 1st November 2002.
The research members are Hamdzun Haron, Maharam Mamat, Mashitoh
Yaacob (Leader) and Maznah Ibrahim. They are the academic staffs of
Centre for General Studies. This research was organised jointly by Centre
for General Studies and Centre for Research Management Universiti
Kebangsaan Malaysia. The members of this research are grateful to
Universiti Kebangsaan Malaysia for the faculty/centre research-funding
scheme given. The scheme has allocated part of the fund for this research.
The fund was the main cause for the success of “Arts and Environment”
research project that resulted in this Technical Report form.

Mashitoh Yaacob

iii
SINOPSIS HASIL PENYELIDIKAN

Penyelidikan Seni dan Alam Sekitar ini bertujuan meneliti sejauh mana penggunaan
elemen alam sekitar dalam proses pembinaan atau penghasilan sesebuah karya seni.
Penelitian terhadap penggunaan ini tertumpu kepada apakah elemen alam sekitar itu dan
cara (gaya) atau bagaimana ia digunakan sehingga lahirnya keharmonisan di antara
elemen alam sekitar tersebut dengan proses pembinaan atau penghasilan karya seni itu.

Justeru itu, empat kajian telah dibuat terhadap dua bidang seni iaitu Seni Tampak
dan Seni Sastera oleh empat orang pengkaji. Pertamanya ialah kajian terhadap Motif
Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu dalam bidang Seni Tampak, keduanya
ialah kajian terhadap Isu dan Elemen Alam Sekitar dalam Novel Thriller Pilihan,
ketiganya ialah kajian terhadap Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar, dan keempat
ialah kajian terhadap Pantun Melayu dan Alam Sekitar. Kajian kedua, ketiga dan keempat
adalah dalam bidang Seni Sastera.

Kajian pertama tentang Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu
telah memperolehi beberapa penemuan yang menarik. Penemuan kajian ini secara
umumnya ialah penciptaan motif dalam kraftangan Melayu sememangnya amat
dipengaruhi oleh alam sekitar. Elemen alam sekitar yang menjadi motif penting dalam
kraftangan Melayu boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu elemen alam sekitar
flora, fauna dan kosmos. Motif elemen alam sekitar flora iaitu motif bunga ialah motif
yang paling popular digunakan dalam kraftangan Melayu. Motif-motif kraf tradisional
yang memanfaatkan elemen flora, fauna dan kosmos ini bukan sahaja memaparkan nilai
estetika malah mengandungi pendidikan moral dan kepercayaan-kepercayaan animisme
di sebaliknya. Jelasnya, elemen-elemen alam sekitar flora, fauna dan kosmos telah
digunakan sebagai motif kraftangan Melayu dengan cara (gaya) yang sungguh unik iaitu
dengan meletakkan kandungan pendidikan moral dalam setiap elemen alam sekitar yang
digunakan sebagai motif itu di samping memaparkan nilai estetika hasil daripada
kekreativitian pengkarya mengeksploitasi rupa bentuk elemen-elemen alam sekitar
terbabit.

Kajian kedua tentang Isu dan Elemen Alam Sekitar dalam Novel Thriller Pilihan
menghasilkan beberapa penemuan yang cukup memberangsangkan. Terdapat lima isu
telah dikemukakan pengarang ini dalam novel-novel kajian iaitu falsafah alam sekitar,
kesan pembangunan, pembalakan, kesihatan awam dan undang-undang negara. Sekalipun
isu-isu berkenaan dipaparkan secara mudah dan bersahaja, tetapi mampu menyerlahkan
satu bentuk kesedaran alam sekitar. Pengarang seterusnya cuba mengangkat isu
berkenaan dalam karya agar pembaca turut menyedari tentang kepentingan alam sekitar
dalam kehidupan. Pengarang ini juga turut mengetengahkan elemen alam sekitar dari
sudut biotik dan abiotik untuk menguatkan karya, mempersembahkan perlambangan dan
mewujudkan suasana suspen, takut dan cemas dalam novel thriller, seterusnya
menyerlahkan keprihatinan beliau terhadap alam sekitar. Isu dan elemen alam sekitar ini

iv
telah diadun dengan bijak, dipersembahkan dengan baik dan menyerlahkan kesan estetik
yang tersendiri terhadap karya.
Kajian ketiga tentang Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar menghasilkan
beberapa penemuan yang tidak kurang menarik. Kajian bahagian ini mendapati bahawa
kebanyakan elemen alam sekitar dalam syair-syair yang dikaji ketara sekali bertindak
sebagai latar cerita. Elemen alam sekitar abiotik dan biotik juga digunakan sebagai
perlambangan dalam syair-syair yang dikaji bagi menyampaikan maksud cerita. Elemen-
elemen alam sekitar ini digunakan sebagai perlambangan dalam dua cara iaitu secara
analogi dan secara memberikannya unsur-unsur personafikasi. Gabungjalinan yang unik
di antara pelbagai kategori elemen alam sekitar bersama-sama fungsinya sebagai latar
cerita dan perlambangan (secara analogi dan personafikasi) dalam syair-syair ini telah
menghasilkan satu karya seni yang kemas, cantik, indah dan harmonis. Justeru itu, apa
yang boleh disimpulkan tentang cara (gaya) penggunaan elemen-elemen alam sekitar di
bawah kategori abiotik dan biotik dalam syair-syair yang dikaji ini ialah elemen-elemen
alam sekitar yang pelbagai ini digunakan sebagai latar dan perlambangan cerita di mana
penggunaan dari segi perlambangan boleh dipecahkan lagi kepada penggunaan
perlambangan secara analogi dan penggunaan perlambangan secara personafikasi.

Kajian keempat penyelidikan ini iaitu tentang Pantun Melayu dan Alam Sekitar
turut menyumbangkan beberapa penemuan yang cukup menarik. Banyak sekali elemen
persekitaran laut dan darat dalam pantun-pantun yang dihasilkan. Elemen-elemen alam
sekitar dalam pantun juga telah digunakan untuk menyampaikan banyak maklumat
tentang gaya hidup dan interaksi di antara masyarakat Melayu dengan alam sekitar
mereka ketika pantun itu dihasilkan. Tentang cara (gaya) elemen-elemen alam sekitar ini
digunakan; mereka telah menggabungkan suasana alam sekitar darat dan laut dengan
nasihat dan maklumat penting dalam menghasilkan pantun. Jelasnya aspek kepekaan
tentang alam sekitar dan aspek penyampaian maklumat telah digabungkan dengan kreatif
sekali melalui penciptaan pantun-pantun ini terutama pada bahagian pembayangnya.
Sebagai rumusan, penyelidikan Seni dan Alam Sekitar yang terbahagi kepada
empat bahagian kajian ini menghasilkan penemuan-penemuan yang menarik dan berguna
bagi bidang seni dan alam sekitar. Hasil kajian ini dapat memberikan sumbangan yang
berguna kepada kedua-dua bidang ini dalam melebarkan horizon perspektif ilmu
pengetahuan masing-masing. Bagi bidang seni, khasnya seni tampak dan seni sastera;
kajian ini bukan sahaja menambahkan penghayatan kepada proses pembinaan dan
penghasilan karya seni tersebut, malah dapat meluaskan khalayak disiplin seni itu sendiri.
Bagi disiplin alam sekitar; pemahaman dan penghayatan terhadap alam sekitar oleh
pembaca akan bertambah dan diharapkan dapat meninggalkan kesan yang lebih jauh
daripada itu; iaitu kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar itu sendiri. Justeru itu,
melalui kajian yang menggabungkan dua disiplin ini, kita dapat menarik khalayak bidang
alam sekitar supaya turut menghayati dan menghargai seni dan dalam masa yang sama
dapat menarik khalayak bidang sastera untuk menghayati dan menghargai alam sekitar.

v
SYNOPSIS: RESULT OF THE RESEARCH

Arts and environment is a research that aims to study how far is the utilisation or
application of environmental elements in the process of constructing a particular art
work. The focus of this research is what are the elements of environment used and how
has it been used in harmony with the process of constructing the art work.
Therefore, this research has been divided into four parts. The first study is in the
area of fine arts and the other three following studies are in the area of Malay literature.
Firstly, the study regarding “Environmental Motives in Traditional Malay Craft, secondly
is the study concerning “Issues and Environmental Elements in Selected Thriller Novels,
thirdly is the study regarding “Malay Syair and Environment,” and lastly the study
concerning “Malay Pantun and Environment.”
The study of “Environmental Motives in Traditional Malay Craft” has resulted in
attractive findings. Generally, the creations of motives in Malay traditional craft are
obviously influenced by the elements of environment. The important environmental
elements in Malay traditional craft can be divided to three categories namely flora, fauna
and cosmos. The flower motive is the most popular motive used in Malay traditional
craft. These flora, fauna and cosmos motives in traditional Malay craft are not only
portraying the aesthetical forms of the craft but also contain moral teachings and animism
beliefs behind it. Thus, the elements of flora, fauna and cosmos have been used as the
Malay Traditional crafts motives in a very unique way that is by harmonising it with
moral teachings as well as pointing out aesthetical forms resulted from the creative work
on exploiting the shapes of environmental elements concerned.
The study on “Issues and Environmental Elements in Selected Thriller Novels is
also resulted in tremendous findings. Five issues have been revealed by the authors of the
studied novels. They are environmental philosophy, the impact of development, logging,
public health and national environmental law. Although all the issues have been explored
in a very simple and natural way, but the authors are able to express their sense of
environmental awareness quite effectively. The authors were also used the issues
throughout the plots to trigger the environmental awareness as well as the importance of
environment in daily life among readers. Biotic and abiotic elements of environment
were also been exploited to strengthen the novels in many ways. They were used as
symbols or metaphors in creating suspense, fright and anxious. The issues and
environmental elements have also been merged wisely, well presented and effectively
exposed the aesthetic in its own way throughout the plots.
The study of “Malay Syair and Environment” is also brings into picture a couple
of attractive findings. Most of the environmental elements in the syair act as the
background of the stories. They are used as symbols or metaphors in conveying the
meaning of the stories particularly in two ways; in terms of analogy and in terms of
personification. The unique combination between the various categories of environmental
elements along with their own unique functions in the syair particularly as the stories

vi
background and symbols (in term of analogy and personification) resulted in a neat,
beautiful, pretty and harmony work of syair. Thus, environmental elements in the
categories of abiotic and biotic have been used in such a way that fit as the background
and as the symbols for the stories of the syair.
The study on “Malay Pantun and Environment” has also resulted in fruitful
findings. There are so many aquatic and terrestrial elements of environment in the
pantun. Environmental elements in the pantun are also used to convey a lot of
information regarding lifestyles and interaction between Malay community and
environment. Environmental elements have been used in a way that both aquatic and
terrestrial elements are combined with advices and information in the pantun. Thus, the
aspect of environmental awareness and the aspect of information transfer have been
creatively combined in the pantun especially in the first two lines in each pantun.
In conclusion, this research on “Arts and Environment” that contain four parts of
studies resulted in attractive and useful findings to both of the fields of arts and
environment. The findings of this research can be well contributed to both fields in
broadening the horizon of their perspectives. For the field of arts, particularly fine arts
and literature; this research not only adding to the appreciation towards the process of
constructing the work of arts but also multiplies the audience of the field. For the
environmental field, the reader is hoped not only to have better understanding of
environment but also to have reached the level of environmental awareness. Thus, this
research that combined two disciplines is able to attract the audience from both arts and
environment to appreciate each others work.

vii
KANDUNGAN

Halaman

Abstrak i

Penghargaan iii

Sinopsis iv

Kandungan vii

Pendahuluan dan latar belakang kajian 1

Analisis Seni dan Alam Sekitar dalam Karya Sastera

Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu 4

Isu-Isu dan Eleman Alam Sekitar dalam Novel Thriller Melayu 58

Isu-isu Alam Sekitar dalam novel Thriller Melayu 61

Elemen Alam Sekitar dalam Novel Thriller Melayu 102

Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar 208

Pantun Melayu dan Alam Sekitar 255

Kesimpulan 302

Lampiran

B Senarai Penerbitan 311

viii
SENI DAN ALAM SEKITAR

Latar Belakang Penyelidikan

Pengenalan

Penghasilan sebuah karya seni sememangnya tidak boleh lari daripada penggunaan
elemen-elemen alam sekitar. Terdapat hubungan yang kuat di antara penggunaan elemen-
elemen alam sekitar dan proses pembinaan atau penghasilan karya seni tersebut.
Pengkarya cuba menggabungkan dan mengharmonikan pelbagai elemen alam sekitar
dalam penghasilan karya mereka. Ini berlaku secara sedar mahupun tidak oleh para
pengkarya.

Skop Bidang

Kajian ini akan menggunakan pendekatan dari pelbagai disiplin alam sekitar (yang bebas
dipilih oleh setiap ahli kumpulan penyelidik bersesuaian dengan bahagian penyelidikan
masing-masing) sebagai landasan dalam menumpukan kajiannya terhadap beberapa
bahagian kesenian seperti seni sastera, bahasa dan seni rupa dalam mengungkapkan
hubungan kuat yang terdapat di antara elemen-elemen alam sekitar dan proses pembinaan
atau penghasilan karya seni tersebut. Secara mudah, empat pengkaji telah mengkaji
tentang;
1. Motif alam semulajadi dalam kraf tradisional Melayu
2. Isu-isu alam sekitar dalam novel Melayu
3. Eleman alam sekitar dalam novel Melayu

1
4. Syair Melayu klasik dan alam sekitar
5. Pantun Melayu dan alam sekitar

Skop Lokasi

Kajian ini hanya menggunakan Malaysia sebagai skop lakosi dengan menganalisis karya
seni yang dihasilkan pengkarya yang berasal dan menetap di Malaysia sahaja. Tidak
terdapat satu bentuk sampel khas yang digunakan pengkaji dalam kajian ini. Walau
bagaimanapun, kajian ini meliputi beberapa genre seni yang berbeza iaitu seni rupa,
syair, novel dan pantun.

Kepentingan Kajian

Mengkaji sesuatu bidang tanpa menghubungkan atau mengaplikasikan bidang itu kepada
disiplin-disiplin lain tidak akan mengembangkan bidang itu. Apabila sesuatu bidang tidak
berkembang ia mungkin akan mati kerana tidak berdaya bersaing dengan perubahan
semasa. Fenomena ini tidak sihat bagi pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan
keseluruhannya.

Kajian tentang pelbagai hubungkaitan antara elemen alam sekitar dan karya seni
masih belum luas diterokai dalam dunia penulisan akademik. Kajian ini cuba mengangkat
satu daripada pelbagai cabang hubungkaitan yang belum diteliti itu; khususnya
hubungkaitan antara elemen alam sekitar dengan penghasilan karya seni.

Kajian yang menggabungkan disiplin alam sekitar dan seni ini dianggap penting
bagi tujuan akademik khasnya dan juga beberapa tujuan implisit yang lain, baik kepada
disiplin alam sekitar mahupun disiplin seni. Bagi disiplin alam sekitar; pemahaman dan

2
penghayatan terhadap alam sekitar oleh pembaca akan bertambah dan diharapkan dapat
meninggalkan kesan yang lebih jauh daripada itu; iaitu kesedaran terhadap kepentingan
alam sekitar itu sendiri. Bagi disiplin seni yang terdiri daripada seni sastera dan bahasa,
seni tampak dan seni muzik pula; kajian ini bukan sahaja menambahkan penghayatan
kepada proses pembinaan dan penghasilan karya seni tersebut, malah dapat meluaskan
khalayak disiplin seni itu sendiri.

Tujuan Kajian

Kajian ini meneliti sejauh mana penggunaan elemen alam sekitar dalam proses
pembinaan atau penghasilan sesebuah karya seni. Penelitian terhadap penggunaan ini
tertumpu kepada apakah elemen alam sekitar itu dan caragaya atau bagaimana ia
digunakan sehingga lahirnya keharmonisan di antara elemen alam sekitar tersebut dengan
proses pembinaan atau penghasilan karya seni itu.

Metodologi Kajian

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan kedua-dua kaedah kuantitatif dan
kualitatif (bebas dipilih mengikut kesesuaian bahagian-bahagian penyelidikan oleh setiap
ahli kumpulan penyelidik). Teknik-teknik kaedah kuantitatif termasuk penganalisisan
data dan teknik kaedah kualitatif pula termasuklah penyelidikan kepustakaan, temu bual
dan pemerhatian. Semua kaedah ini dipilih mengikut keperluan dan keselesaan pengkaji
itu sendiri.

3
Analisis Seni dan Alam Sekitar

dalam Karya Sastera

1. Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu

2. Isu-isu dan Elemen Alam Sekitar dalam novel Thriller

Melayu

3. Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar

4. Pantun Melayu dan Alam Sekitar


MOTIF ALAM SEMULAJADI
DALAM KRAF TRADISIONAL MELAYU

OLEH

HAMDZUN HARON
hh@ukm.my

HASIL PENYELIDIKAN SENI DAN ALAM SEKITAR

PUSAT PENGAJIAN UMUM


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

2002

Kertas ini berupa hasil penyelidikan yang ditaja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia
gran penyelidikan kod 11JD/001/2001.
Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu

Abstrak

Tukang-tukang kraf tradisional dengan kreatifnya telah menjadikan bahan


dari alam semulajadi sebagai ilham untuk mencipta barangan kraf. Mereka
dengan hati-hati memilih dan mengkaji setiap bahan supaya sesuai dengan
jenis kraftangan yang hendak dihasilkan. Ini membantu terciptanya
rekabentuk kraf yang sempurna. Objek-objek dari alam semulajadi
menjadi pilihan bagi menghasilkan motif yang menjadi unsur utama dalam
ragam hias. Ini akhirnya mewujudkan hasil kraftangan yang mempunyai
nilai-nilai estetika yang tinggi. Satu hal yang patut disedari ialah bahan
dari alam sekitar khasnya unsur-unsur dari alam semulajadi merupakan
bahan terpenting dalam menghasilkan kraftangan tradisional. Barangan
kraf tradisional bukanlah satu benda yang asing bagi rakyat Malaysia.
Pelbagai jenis barangan kraf telah dihasilkan oleh nenek-moyang
terdahulu dalam masyarakat Melayu; di antaranya ialah anyaman, batik,
tembikar, ukiran, tekat dan tenunan songket. Penemuan para ahli arkeologi
tentang tembikar primitif di Ulu Tembeling Pahang membuktikan bahawa
perusahaan kraf telah wujud sejak zaman purba lagi. Kraf-kraf lain juga
wujud dengan sejarahnya yang tersendiri. Di samping itu, elemen alam
semulajadi dijadikan sebagai motif asas dalam menghiasi permukaan
barangan kraf. Motif-motif dari alam semulajadi ini bukan sahaja
menampakkan kecantikan pada sesuatu barangan kraf malah ia juga
mengandungi falsafah tersendiri di sebaliknya khasnya mengenai
pengajaran moral yang secara visualnya dapat mendidik masyarakat pada
ketika itu. Penyelidikan ini membuktikan bahawa objek dari alam
semulajadi telah dieksploitasi dalam rekaan kraf tradisional. Ini dapat
dilihat dengan wujudnya motif-motif flora dan fauna dalam pelbagai jenis
kraftangan yang berkait dengan kehidupan sebuah masyarakat tradisional
yang tidak dapat dipisahkan dengan alam sekitar. Bahagian-bahagian
utama tumbuhan seperti bunga, pucuk, buah, biji, sulur, akar dan tampuk
menjadi motif asas untuk menghasilkan corak. Begitu juga dengan
pemilihan motif fauna dan motif kosmos (yang berkaitan dengan
cakerawala) juga menjadi perhatian tukang-tukang kraf tradisional.
Pemilihan jenis-jenis motif ini adalah berdasarkan kepada hubungan rapat
antara cara kehidupan harian orang Melayu dengan alam sekitar mereka.
Mereka menjadikan alam sekitar sebagai bahan asas keperluan hidup
mereka tidak kira dalam pemakanan, perubatan, adat resam, kesenian,
pakaian, pendidikan, pertanian, perdagangan dan kepercayaan.
Abstract

The traditional craft experts have creatively utilising the elements of


environment to create craft masterpieces. They have meticulously
studying and choosing each of the environmental elements to make sure
that it goes hand in hand with a particular handicraft they are trying to
make. This effort helped to obtain a perfect craft designs. Natural objects
from environment are chosen to create motives that serve as the main
elements in the variations of decoration. It resulted as handicraft
masterpieces that possess the aesthetic values. One thing that we have to
realize is the elements from natural environment are the most important
elements in making the traditional Malay handicraft. Malay traditional
crafted goods are not alien to Malaysians. In Malay society, various kinds
of crafted goods have been made by their ancestors such as weave, batik
(wax printed patterned cloth), pottery or ceramic, sculpture or
woodcarving, tekat or embroidery and songket (a kind of embroidery of
gold or silver thread). The discovery of primitive ceramic object in Ulu
Tembeling Pahang proved that craft industry existed since the ancient
time. The other various kinds of crafted works existed with their own
histories. The motives are taken mostly from natural environment that
become the basic motives in decorating the surface of the crafted goods.
The environmental motives are not only making the particular crafted
goods beautiful but they have their own philosophy behind it. It is
consisted of visual moral teaching to the society at that time. This study
proved that objects from environment have been exploited in traditional
craft designs. These can be seen by the existence of flora and fauna
motives in the various handicraft related to the life of Malay traditional
society that cannot be separated from environment. The major parts of
vegetations such as flowers, shoots, fruits, seeds, roots and calyxs became
the basic motives to create patterns. The selection of fauna motives and
cosmos motives are also popular among traditional craft experts. The
selection of the motives usually based on the close relationship between
Malay people and their environment. They treat the environment as their
basic needs in their lives for food, medicine, culture and customs, arts,
clothes, education, agriculture, merchandise and even belief.
PENGHARGAAN

Kajian motif alam semulajadi dalam kraf tradisional Melayu merupakan


kupasan dari hasil penyelidikan antara bidang seni tampak tradisional
dengan alam sekitar. Hasil penyelidikan yang dibuat selama satu tahun
telah berjaya mengumpulkan data dan memberi petunjuk kaitan rapat
antara manusia dengan alam sekeliling sebagai sumber inspirasi mencipta
motif seni yang unik. Dengan itu, saya amat bersyukur kerana dapat
menghasilkan sesuatu kajian khusus dan penyelidikan berkaitan dengan
motif seni tradisional sehingga berjaya mencungkil maksud tersurat dan
tersirat padanya. Oleh yang demikian, ucapan terima kasih diberikan
kepada Pusat Pengajian Umum dan Universiti Kebangsaan Malaysia
sebagai penaja penyelidikan ini di atas kepercayaan, peluang dan dana
yang diberikan.

ACKNOWLEDGEMENTS

The study on environmental motives in the traditional Malay crafts is


mediated through the research work of visual art and the environment.
The results derived from the one year duration research clearly indicates
that there is a correlation between man and the enviroment as a source of
inspiration in creating unique art motives. Thus, I am grateful that have
been able to conduct a research related to traditional art motives which
assisted in interpreting its abstract meanings. The process of this research
was made possible with the kind assistance of funds and intellectual
support of Pusat Pengajian Umum and Universiti Kebangsaaan Malaysia.
To all of them I owe a debt of gratitud
MOTIF ALAM SEMULAJADI
DALAM KRAF TRADISIONAL MELAYU

Pengenalan

Kewujudan hasil seni kraf tradisional Melayu berasaskan bahan semulajadi telah dikesan
sejak zaman primitif lagi. Ini telah terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti
di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis dan di Ulu Tembeling Pahang.
Ragam hias pada permukaan serpihan tembikar adalah berbentuk sederhana dan dibuat
secara spontan. Pengalaman secara tidak sengaja oleh tukang-tukang kraf tembikar
dengan terhasilnya corak-corak akar kayu pada permukaan barangan tembikar menjadi
titik tolak wujudnya ragam hias bermotifkan objek-objek dari alam semulajadi. Tanpa
disedari oleh kita setiap motif mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. “Motif Alam
Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu” menjadi tajuk pilihan penyelidikan ini
bertujuan mengupas dan mendedahkan tentang definisi perkataan kraf dan jenis-jenis
kraftangan yang dihasilkan oleh orang Melayu yang semuanya adalah berasaskan bahan
alam semulajadi. Sejarah awal kraf bermotifkan alam semulajadi wujud secara
berperingkat-peringkat sehinggalah penciptaan motif agak lebih sempurna setelah
menerima pengaruh motif dari seni gangsa. Tiga jenis motif yang dihasilkan pada seni
kraf iaitu flora, fauna dan kosmos bukan sahaja akan dianalisis bagi memperlihatkan
keindahan luaran secara visual, malah penyelidik juga akan menghuraikan pengajaran-
pengajaran moral dan kepercayaan animisme yang tersirat pada motif yang dicipta.
Kedua-dua isi tersirat ini secara tidak langsung memperkenalkan kepada kita pendidikan
ala tradisional yang diajar oleh orang tua kepada generasi muda mereka pada ketika itu.
Seterusnya, kupasan tentang motif flora, fauna dan kosmos menjadi pilihan tukang-
tukang kraf yang berkaitan dengan kehidupan harian masyarakat Melayu lama. Semoga
penyelidikan ini akan menjadikan kita insan yang selalu mensyukuri nikmat alam sekitar

4
yang dijadikan oleh Allah kepada manusia dan seterusnya mencintai dan menghargai
warisan zaman silam yang masih wujud pada masa kini.

Metodologi dan Skop Penyelidikan

Penyelidikan ini adalah penyelidikan kualitatif yang membataskan kajian kepada motif-
motif kraf tradisional Melayu yang terpilih iaitu seni batik, tembikar, anyaman, tenunan
songket, ukiran kayu dan tekat. Data-data penyelidikan ini diperolehi daripada sumber
rujukan buku-buku, informasi dari internet, majalah, jurnal dan risalah-risalah berkaitan
dengan kraf tradisional.

Matlamat Pemilihan Tajuk Penyelidikan

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji sejarah awal terciptanya motif berunsurkan alam
semulajadi dan bagaimana ia diadaptasikan pada motif-motif kraf kraftangan tradisional
Melayu. Motif-motif ini bukan sahaja memaparkan nilai-nilai estetika yang dapat dilihat
secara visual tetapi juga mengandungi falsafah di sebaliknya. Selain itu, penyelidikan
juga bertujuan mengkaji sumber-sumber utama yang digunakan oleh tukang-tukang kraf
lama yang memberi mereka ilham sehingga tercetusnya motif-motif seni yang unik.

Kepentingan Penyelidikan

Hasil penyelidikan ini amat berfaedah kepada generasi baru yang semakin kurang
pengetahuan yang mendalam tentang asal-usul motif kraf bangsa Melayu. Dengan adanya
penyelidikan terperinci mengenainya, para pendidik khasnya di sekolah-sekolah dan
masyarakat umum dapat mengetahui secara terperinci asal usul motif kraf tradisional
yang masih diajar secara umum dalam sukatan Pendidikan Seni Sekolah Menengah
(KBSM). Ini juga dapat memberikan pengetahuan tambahan kepada para pendidik dan

5
menjadikan mereka lebih yakin untuk menerapkan unsur-unsur penghargaan seni kraf
warisan zaman kepada para pelajar.

Seni Kraf Tradisional Melayu

Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik. Kepelbagaian kaum yang hidup
aman dan damai merupakan akar tunjang kepada pembangunan negara bagi mencapai
cita-cita menjadi negara maju seperti yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri kita
pada tahun 2020. Dalam merentas ke arah cita-cita itu, masyarakat Malaysia tetap tidak
melupakan segala warisan nenek moyang, khasnya dalam bidang kesenian yang telah
menjadi simbol warisan bangsa. Kesenian dalam masyarakat Malaysia terbahagi kepada
beberapa bidang seperti tarian, pakaian dan barang kemas, seni mempertahankan diri,
seni bina, muzik, senjata, permainan dan kraftangan. Tidak dapat dinafikan walaupun
kesenian tradisi ini masih wujud pada masa kini tetapi ia telah banyak dipermodenkan
dari segi bentuk dan fungsinya mengikut citarasa era baru. Pelbagai cara telah dibuat oleh
mereka yang mencintai warisan tradisi agar ia tidak ditelan zaman, di antaranya adalah
seperti mendokumentasikannya dalam bentuk buku atau media elektronik, membina
pusat-pusat kesenian, pendidikan di sekolah, pameran-pameran, mengadakan bengkel,
promosi pasaran dan penyelidikan.

Apabila kita menyebut tentang kesenian tradisi, kaum Melayu merupakan salah
satu kaum yang kaya hasil seninya terutama dalam bidang kraftangan. Di alam Melayu,
kraftangan adalah pembayang kepada kehalusan gaya hidup yang dapat dilihat melalui
halusnya hasil kraf yang dihasilkan oleh mereka. Ia juga dapat membayangkan etika atau
tingkah laku orang Melayu yang bersifat sabar, tekun, teliti, bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu perkara dan sekaligus dapat mencerminkan tamadun yang dicapai
oleh nenek moyang kita. Ketamadunan orang Melayu dapat dilihat berdasarkan pelbagai
seni kraf berasaskan sumber alam semulajadi dicipta hasil daripada pemikiran kreatif dan
inovatif mereka. Pada peringkat awalnya, barangan kraf ini dijadikan sebagai barangan
kegunaan harian tetapi akhirnya ia telah menjadi sumber ekonomi yang utama. Kini,

6
hanya segelintir sahaja masyarakat Melayu menjadikan ia sebagai sumber pendapatan
untuk menyara hidup kerana barangan kraftangan bukanlah pilihan utama untuk
kegunaan harian. Ini disebabkan masyarakat kini lebih selesa menggunakan barangan
kegunaan harian yang berbentuk lebih moden, ringkas, harga berpatutan dan mudah
diperolehi di kedai-kedai biasa.

Bagi membuktikan kraftangan orang Melayu berhubung rapat dengan alam


semulajadi yang dijadikan sebagai sumber inspirasi, maka penyelidikan ini dijalankan
dengan memfokuskan motif dalam kraftangan Melayu tradisional. Hasil penyelidikan ini
telah memperlihatkan bahawa pemikiran orang Melayu khasnya pengkarya seni terbentuk
hasil daripada pengaruh alam sekitar yang seterusnya menumbuhkan pelbagai motif
sebagai penghias pada permukaan kraftangan. Kepelbagaian bentuk motif dari alam
semulajadi yang terdiri daripada flora, fauna dan kosmos yang mewarnai barangan kraf
tradisional Melayu ini secara tidak langsung dapat memperjelaskan bahawa kraf kaum
Melayu amat berhubung rapat dengan alam persekitaran yang menjadi unsur penting
dalam kehidupan mereka.

Alam Semulajadi dan Seni Kraf Tradisional Melayu

Istilah kraf berasal dari bahasa Jerman iaitu „kraft‟ yang membawa maksud kekuatan,
keteguhan dan kecekapan. Menurut defini dalam Kamus Dewan, kraf adalah kerja seni
yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan manakala tradisional adalah
sesuatu kebiasaan yang kekal turun-temurun. Pada umumnya, barangan kraf tradisional
yang dihasilkan oleh kaum-kaum di Malaysia berasaskan bahan alam semulajadi. Bahan
asas dari sumber alam terawal yang digunakan ialah tanah bagi mencipta tembikar.
Seterusnya, sumber-sumber alam semulajadi yang lain adalah seperti daun untuk
anyaman, logam seperti emas, tembaga dan perak untuk barang kemas, benang untuk
tenunan dan tekat, kain untuk batik, kayu untuk ukiran dan ada juga kraf yang
menggabungkan dua bahan alam semulajadi seperti senjata tradisional „keris‟ iaitu
menggunakan kayu dan logam.

7
Di negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, hasil krafnya mempunyai
keunikan tersendiri mengikut kaum masing-masing dan bahan asas serta motifnya
kebanyakannya adalah berasaskan alam semulajadi. Setiap kraf yang dihasilkan akan
melambangkan budaya dan tradisi kehidupan kaum tersebut. Sebagai contoh, masyarakat
Bumiputera banyak menghasilkan seni kraf berasaskan alam semulajadi yang digunakan
untuk perhiasan diri, barangan keperluan harian atau keagamaan. Begitu juga bagi kaum
Cina, motif dan rekabentuk seni krafnya mendapat pengaruh dari Negeri Cina. Mereka
lebih menumpukan perhatian dalam bidang seramik dengan mencipta peralatan upacara
sembahyang dan barangan perhiasan rumah serta seni menulis kaligrafi China. Sementara
kaum India pula lebih menumpukan kepada seni tembikar dengan menghasilkan periuk
dan belanga tanah.

Seni kraf tradisional Melayu pula telah wujud sejak zaman neolitik lagi. Bahan
dari alam semulajadi merupakan bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kraf
tradisi ini kerana sepertimana yang kita ketahui, penempatan asal orang Melayu adalah di
pinggir-pinggir hutan dan sungai. Dengan itu, menerusi penyelidikan ini, kita akan dapat
melihat bagaimana motif flora, fauna dan kosmos yang telah distalisasikan menjadi motif
paling utama dalam menghasilkan reka corak pada kraf tradisional Melayu. Pada suatu
ketika dahulu, kraf yang dicipta adalah untuk kegunaan harian sahaja di antaranya seperti
dalam kenduri-kendara yang memerlukan tikar anyaman sebagai alas tempat duduk.
Adalah kurang sopan jika tuan rumah membiarkan tetamu yang hadir duduk di atas
lantai. Tembikar dijadikan pasu hiasan jambangan bunga, periuk belanga, bekas
menyejukkan air minuman atau pinggan mangkuk. Ukiran kayu pula berfungsi sebagai
mencantikkan rumah dan berfungsi juga sebagai sirip angin bagi menghasilkan
pengaliran udara yang baik (ukiran tebuk tembus). Kain batik digunakan ketika kematian,
kelahiran atau pakaian harian. Kain tenunan songket dan seni tekat dikhaskan untuk
upacara perkahwinan atau digunakan pada hari-hari tertentu seperti Hari Raya. Selain
daripada itu, keris yang dicipta dengan menggabungkan bahan kayu dan logam
digunakan sebagai sebahagian daripada kelengkapan pakaian lelaki Melayu. Manakala
bagi golongan bangsawan, barangan daripada perak dan tembaga dijadikan alat perhiasan

8
rumah atau tepak sirih sementara emas pula sebagai barang perhiasan diri untuk golongan
wanita.

Setelah alam Melayu mula diperkenalkan kepada sistem perdagangan serantau,


barangan kraf tadi telah menjadi sumber ekonomi dan hasil dagangan yang penting.
Saingan hebat telah berlaku antara kraf tempatan dengan kraf dari para pedagang asing
terutama dari Asia Tenggara, China, Arab, Parsi dan India. Hasil seni kraf dari para
pedagang luar dikatakan lebih menarik minat penduduk tempatan kerana rekabentuk dan
reka coraknya berasaskan motif alam semulajadi yang dipelbagaikan dan lebih berwarna-
warni. Bagi mengatasi masalah ini, pencipta kraf tempatan telah mengambil ilham motif
dari negara luar tetapi diubah suai mengikut citarasa, budaya dan kepercayaan
masyarakat Melayu. Mereka juga telah mula mencipta warna pada hasil kraf dengan cara
menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi seperti warna kuning dari kunyit, warna
jingga dan merah dari buah kesumba India, buah pokok arang digunakan untuk
mendapatkan warna hitam, daun mengkudu bagi menghasilkan warna biru dan daun
bemban bagi mendapatkan warna hijau. Manakala bagi mendapatkan warna yang lebih
cerah warna-warna tadi dicampurkan pula dengan kapur. Bagi tembikar labu sayong,
sekam padi digunakan bagi menghasilkan permukaan hitam pada badan labu.

Sehingga kini, kita dapat melihat bahawa hasil seni kraf tradisional masih lagi
diperdagangkan khasnya di kawasan Pantai Timur Malaysia iaitu Kelantan dan
Terengganu begitu juga di Sabah dan Sarawak. Ia masih dapat diteruskan di kawasan
tersebut kerana bahan mentah kraf masih banyak lagi dan permintaannya tinggi. Namun,
bersesuaian dengan arus pemodenan masa kini, proses menghasilkan barangan kraf tidak
seperti zaman nenek moyang kita dahulu kerana kebanyakannya telah menggunakan
mesin-mesin elektrik dan pewarna cara moden bagi menghasilkan barangan kraf secara
produktif. Sebagai contoh, kalau dahulu tembikar labu sayong dapat dihasilkan lima biji
sehari tetapi sekarang dengan menggunakan acuan plaster paris ia boleh dihasilkan
sebanyak 50 biji sehari. Rupa bentuk baru juga diperkenalkan bagi menyesuaikan cita
rasa semasa seperti songket dijadikan beg kepit, tali pinggang, bingkai gambar, hiasan
dinding dan sebagainya dengan masih mengekalkan reka corak asalnya. Walaupun

9
begitu, bagi memastikan kemahiran membuat seni kraf tradisional tidak „pupus‟ begitu
sahaja, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)
yang bertanggungjawab bagi melatih belia menghasilkan kraftangan secara tradisional,
memasarkan dan mempromosikan produk seni ini bagi memastikan ia terus diwarisi oleh
generasi akan dating.

Sejarah Kraf Tradisional Melayu Bersumberkan Motif Alam Semulajadi

Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang sentiasa berfikir untuk
menghasilkan sesuatu benda bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan harian. Ini
telah terbukti sejak zaman pra sejarah lagi. Manusia purba ketika itu telah mencipta api
untuk memanggang makanan, menghangatkan badan, menerangi kegelapan atau untuk
menghindari daripada gangguan binatang buas. Zaman pra sejarah terdiri dari tiga zaman
iaitu zaman Paleolitik (35000-8000 SM), Mesolitik (8000-3500 SM) dan Neolitik (6000-
1500 SM) dan sejarah telah membuktikan bahawa manusia pada zaman-zaman itu telah
mula mencipta barang keperluan harian seperti penemuan kapak-kapak yang diperbuat
daripada batu yang digunakan untuk menebang pokok-pokok.

Fenomena ini juga berlaku dalam alam Melayu pada zaman neolitik kira-kira
2000 hingga 1500 SM yang lampau. Manusia Melayu ketika itu hidup berpindah-randah,
bercucuk tanam, membuat alat-alat senjata untuk pemburuan, mencipta alat-alat
perlindungan dan kemudahan harian seperti rumah, pakaian, alat-alatan memasak (periuk
belanga dari tanah), kenderaan bergerak seperti sampan serta tidak ketinggalan
penciptaan alat perhiasan diri. Mengikut Dunn dipetik oleh Siti Zainon (1986), hubungan
antara manusia Melayu dengan hutan telah wujud sejak kira-kira 20,000 tahun yang
lampau apabila hutan digunakan sebagai tempat tinggal, sumber makanan dan keperluan
harian. Hubungan ini telah menjadikan penyebab bagi orang Melayu lama
mengaplikasikan sumber alam sebagai motif dalam kraftangan mereka.

10
Penemuan sebuah pinggan tembikar bertapak tinggi zaman Neolitik di Gua Ca,
Hulu Kelantan merupakan bukti menunjukkan manusia Melayu telah mula mencipta
barangan kraftangan tanpa hiasan motif dengan menggunakan bahan dari alam
semulajadi iaitu tanah [Sila rujuk Lampiran A Gambar 1]. Kesedaran manusia Melayu
tentang barang-barang keperluan harian semakin bertambah bagi memudahkan dan
menyempurnakan lagi kehidupan pada ketika itu. Dari ciptaan periuk belanga, pinggan
mangkuk dari tanah, mereka mula mencipta kraf yang lain seperti anyaman kelarai
(pandan dan mengkuang) dan bakul rotan. Jika diperhatikan, jelaslah bahan-bahan dari
alam semulajadi yang mudah didapati sekitar mereka menjadi bahan asas untuk mencipta
kraftangan yang begitu sederhana reka bentuknya.

Sudah menjadi sifat semulajadi manusia yang sentiasa memikirkan untuk


mencipta sesuatu bagi kemudahan dirinya. Dari mencipta tembikar berbentuk buyung
yang hanya boleh dibawa sebiji dengan cara menggendung ke tempat pembakaran untuk
dikeraskan, mereka memikirkan bagaimana cara terbaik membawa tembikar lebih dari
satu ke tempat pembakaran, maka timbul idea mengikat badan tembikar yang lembab itu
dengan rotan bertangkai untuk mudah dibawa. Dari sinilah, cara menghias barang kraf
secara tidak sengaja ditemui iaitu ikatan rotan yang terbakar akan meninggalkan kesan
jalinan sentuh (permukaan timbul yang boleh disentuh) pada permukaan tembikar tadi.
Bermula dari itu proses meluru atau melicinkan permukaan tembikar tidak hanya
menggunakan tangan sahaja tetapi objek-objek keras dari alam semulajadi seperti kayu
dan batu yang boleh menghasilkan sesuatu permukaan yang lebih indah. Perkembangan
menghias permukaan tembikar ini akhirnya menjadi kemestian kerana ia bukan sahaja
dapat memperlihatkan estetika tetapi juga dapat mengesatkan lagi permukaan tembikar
supaya tidak licin bila dibawa [Sila rujuk Lampiran A Gambar 2].

Perkembangan kraf yang mempunyai permukaan berhiasan berterusan


sehinggalah alam Melayu mendapat pengaruh dari kebudayaan gangsa Dong-Son.
Kebudayaan ini dinamakan sedemikian sempena dari nama tempat di mana bahan gangsa
ini dijumpai iaitu di satu kawasan Tongkin dan Annam Utara. Kebudayaan ini ada dicatat
oleh Haji Buyong Adil dalam bukunya Sejarah Pahang, di mana Tanah Melayu

11
menerima zaman gangsa-besi di bawah kekuasaan Empayar Funan dalam lingkungan
masa dari tahun 300 SM hingga ke akhir tahun memasuki masehi (Siti Zainon, 1986).

Kesenian gangsa Dong-Son ini memperlihatkan penggunaan motif dari alam


semulajadi seperti dari kosmos (alam sekitar), flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna
(binatang) [Sila rujuk Lampiran A Gambar 3]. Penemuan permukaan gendang loceng
dengan ragam hiasnya bermotifkan motif Dong-Son telah ditemui di Kelang (1964)
cukup membuktikan titik tolak peralihan idea dalam menghias permukaan kraf ke arah
menggunakan motif-motif alam semulajadi yang lebih kompleks dan tersusun. Pengaruh
Dong-Son tidak sahaja wujud pada tembikar dan anyaman malah juga pada bahan kraf
lain seperti kayu, buluh dan tekstil. Melalui pengaruh Dong-Son ini jugalah telah
menambahkan lagi minat „menghias‟ pada barangan kraf. Idea mencipta motif hiasan
banyak dipengaruhi oleh kehidupan masyarakat Melayu pada waktu itu yang di kelilingi
oleh sumber alam semulajadi.

Pengertian dan Falsafah dalam Motif Alam Semulajadi

Motif didefinisikan sebagai satu imej atau rupa yang dijadikan dasar atau corak pada
sesuatu karya seni tampak. Dalam erti kata lain, satu motif akan diulang atau
digabungkan dengan pelbagai motif untuk menghasilkan corak yang seimbang dan
harmoni. Manakala alam semulajadi dalam konteks seni pula adalah bahan dari alam
yang dicipta oleh Allah dan bukan ciptaan manusia, terbentuk melalui proses biologikal
mengikut sifat semulajadinya; sepertimana manusia wujud hasil daripada percantuman
benih lelaki dan wanita maka terbentuklah janin dalam kandungan dan dilahirkan ke
dunia. Motif merupakan unsur seni yang paling penting dalam menghasilkan corak pada
permukaan kraf tradisional Melayu. Dalam kraf tradisional Melayu, motif bertindak
sebagai penyampai hasrat pemikiran dan kehendak pengkarya kerana motif itu
sebenarnya mengandungi pengertian, kegunaan dan falsafahnya tersendiri yang boleh
memberi kebaikan, pengajaran dan peringatan kepada masyarakat Melayu. Pengajaran
dan peringatan kepada anak-anak pada masa itu disampaikan melalui dua cara iaitu lisan

12
dan visual (tampak). Penyampaian secara lisan adalah seperti nasihat, pantun, syair dan
cerita teladan manakala dalam penyampaian visualnya pula, ada beberapa motif
kraftangan khasnya dalam ukiran kayu dapat menyampaikan isi berunsur pengajaran ini
dalam bentuk rupa dan nama ukiran yang dapat dijadikan teladan dan peringatan kepada
manusia apabila mereka melihat ukiran tersebut.

Umumnya dalam karya seni, motif dicipta dengan pelbagai cara seperti dengan
teknik mengukir, mewarna, mencetak, mengecop, menggunakan acuan, menjalin,
melukis, menenun, menjahit dan memahat. Kesemua teknik menghasilkan motif itu
adalah bergantung kepada bahan yang digunakan oleh pengkarya. Kesesuaian teknik,
peralatan dan bahan adalah penting bagi memastikan karya yang dihasilkan sempurna,
halus dan tinggi mutu seninya. Sebagai contoh, untuk menghasilkan motif-motif dalam
kerja seni ukiran, kemahiran melukis, mengukir dan memahat diperlukan bagi
menghasilkan pola corak ukiran yang sempurna. Hasil karya seni kraf yang sempurna
juga memerlukan kekuatan diri pengkarya sebagai akar tunjang bagi melahirkan seni kraf
yang bermutu tinggi. Kekuatan diri yang dimaksudkan adalah seperti sifat kesabaran,
ketekunan, ketelitian, berimaginasi dan mempunyai kemahiran kerja tangan yang cekap.
Ciri-ciri ini penting bagi membolehkan pengkarya memberi tumpuan semasa mengolah
motif-motif dari alam semulajadi yang bersifat lentuk-liuk dan kadang kala berlingkar-
lingkar.

Seperti yang telah dikatakan tadi, motif adalah penyampaian hasrat pengkarya
kepada penonton dalam bentuk abstrak yang mempunyai makna tersirat di sebalik
lingkaran-lingkaran motif itu. Masyarakat Melayu lama mempercayai motif-motif alam
semulajadi mempunyai kuasa magisnya tersendiri. Kepercayaan ini dinamakan animisme
dan ia telah wujud dan diwarisi oleh masyarakat Melayu kuno sebelum kedatangan Islam
ke Tanah Melayu. Kuasa magis ini dapat menghindarkan manusia daripada diganggu
oleh makhluk halus atau khianat daripada perbuatan sihir bomoh. Makhluk halus ini tidak
dapat dilihat dengan mata kasar dan ia boleh membawa kecelakaan kepada manusia. Bagi
mengatasi masalah ini, mereka mengadakan upacara pemujaan untuk mengusir makhluk
jahat itu. Selain daripada itu, mereka juga menggunakan simbol-simbol tertentu supaya

13
dapat menakut-nakutkan makhluk halus ini seperti motif kepala cicak [Sila rujuk
Lampiran A Gambar 5.4(8)] dalam kraf ukiran kayu. Bentuk kepala cicak distailisasikan
kepada bentuk yang lebih ringkas dan kemudian ia dipakukan di pepenjuru bumbung
rumah. Ia berfungsi sama seperti „hulu balang‟ menjaga dan menghalang rumah daripada
dimasuki pencuri. Bentuk kepala cicak diukir dengan melubangkan (tebuk tembus)
kedua-dua bahagian mata dengan saiz yang agak besar. Dipercayai seolah-olah ada
makhluk lain di rumah itu yang tidak tidur, sentiasa berjaga dan keadaan mata yang bulat
lagi besar itu dapat menakut-nakutkan makhluk halus. Motif-motif lain yang dipercayai
mempunyai kuasa magis serupa dengan motif kepala cicak adalah seperti motif kuda laut
[Sila rujuk Lampiran A Gambar 5.4(2)] yang terdapat pada ukiran kayu dan songket.
Kuda laut yang telah dikeringkan dan digantung di pangkal-pangkal pintu dipercayai
dapat menghindari tuan punya rumah daripada dikhianati oleh orang lain. Motif kuda laut
dalam ukiran kayu sesuai dijadikan pagar di bahagian anjung rumah di mana fungsinya
sama seperti motif kepala cicak.

Penyampaian nilai-nilai moral juga boleh dilihat dalam motif kraf tradisional
Melayu. Berbudi pekerti mulia, lemah lembut dan beradab sopan merupakan tingkah laku
yang sangat dititikberatkan dalam masyarakat Melayu. Tingkah laku ini penting bagi
menjamin seseorang itu dapat hidup dalam masyarakat Melayu yang mengamalkan cara
hidup menghormati orang lebih tua dan pemimpin, bergotong-royong, bekerjasama,
bertolak-ansur dan prihatin kepada jiran. Pengajaran moral ini disampaikan dalam seni
kraf dengan menggunakan motif-motif fauna atau haiwan yang telah distailisasikan dari
bentuk asal seperti yang dituntut dalam ajaran agama Islam yang melarang peniruan
makhluk ciptaan Allah. Motif haiwan ini dipilih bagi mengingatkan kepada manusia
bahawa kadang kala ada baiknya perlakuan haiwan tertentu dijadikan teladan dalam
kehidupan seharian.

Seni ukiran pada rumah-rumah tradisional Minangkabau di Negeri Sembilan


banyak menggunakan motif fauna (haiwan) untuk tujuan ini seperti motif itik pulang
petang [Sila rujuk Lampiran A Gambar 5.4(5)]. Motif diukir dengan rupa seperti sifat
semulajadi itik bejalan berderet-deret mengikut ketua menuju ke satu arah. Nilai moral

14
yang ingin disampaikan oleh pengukir adalah kita patut mengikut dan taat setia kepada
raja dan pemimpin, tidak sombong dan tidak mengatasi orang yang berada di hadapan
bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Ini amatlah sesuai
dengan fahaman masyarakat Melayu yang amat tebal dengan kesetiaan kepada raja dan
pemimpin yang menjadi teras dalam keseluruhan bidang kehidupan mereka. Kesetiaan ini
boleh dilihat pada satu ungkapan Melayu seperti „pantang anak Melayu menderhaka‟
membawa maksud adalah menjadi kesalahan besar orang Melayu tidak mentaati raja
kerana ia boleh membawa padah dalam hidup akan datang. Jika tidak mentaati raja atau
pemimpin, masyarakat akan berpecah-belah dan kucar kacir.

Motif kucing lalok yang bermaksud kucing tidur mempunyai nilai moral bahawa
orang yang malas berusaha tidak akan mendapat kehidupan yang baik (Abdul Halim,
1987). Tajuk ukiran ini bertepatan dengan sifat kucing yang gemar tidur di siang hari dan
berjaga pada malam hari. Orang yang malas bekerja dan suka tidur di siang hari
dikatakan tidak mudah mendapat rezeki kerana pada hari siang sepatutnya kita bekerja
mencari rezeki dan mereka yang malas ini tidak akan memperolehi kesenangan hidup.
Motif badak mudik pula khas ditujukan kepada kaum lelaki yang merupakan tunggak
utama atau ketua dalam sesebuah keluarga. Badak dijadikan ilham kerana sesuai dengan
sifat fizikalnya yang besar, kulitnya keras dan bersifat sentiasa memerhati dan
melindungi anak-anaknya dari serangan haiwan lain. Mudik pula bermaksud niat atau
usaha yang ada tujuan. Oleh itu, motif badak mudik ini memperlihatkan bahawa lelaki
mestilah kuat bekerja untuk tujuan kesenangan keluarganya tanpa mengabaikan
tanggungjawab terhadap masyarakat dan agama [Sila rujuk Lampiran A Gambar 5.4(3)].

Keharmonian dalam keluarga amat penting bagi menjamin kehidupan yang aman
dan sentosa. Perbalahan dalam keluarga boleh menjadikan sesebuah keluarga itu kucar
kacir dan rasa hormat menghormati di antara satu sama lain akan berkurangan. Bagi
masyarakat Melayu, etika yang baik datangnya daripada didikan di rumah yang
seterusnya dapat mempengaruhi keamanan dalam masyarakat. Bagi mendidik anak-anak
supaya saling menghormati antara satu sama lain motif ayam berlaga dijadikan penghias
utama pada tangga rumah agar ia dapat dilihat selalu. Motif ini mengingatkan penghuni

15
rumah supaya tidak bergaduh sesama sendiri dan segala masalah boleh diselesaikan
dengan cara perbincangan dan bertolak ansur [Sila rujuk Lampiran A Gambar 5.4(9)].
Sebagai manusia, jangan kita jadi seperti ayam yang gemar berlaga menggunakan
kekuatan bagi menentukan siapa yang kuat.

Motif-motif kraf ini bukan sahaja menggambarkan animisme dan pengajaran


nilai-nilai moral, malah ia juga mengandungi unsur-unsur simbolik berkaitan dengan
kehidupan rohaniah manusia. Simbol didefinisikan oleh Needham yang dipetik oleh
Othman Yatim (1989), sebagai sesuatu yang mewakili sesuatu perkara yang lain. Beliau
juga berpendapat bahawa simbolisme adalah penting kerana ia bertujuan menandakan
sesuatu yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia untuk mematuhi dan
mengenali nilai-nilai yang patut ada untuk mereka hidup bersama-sama. Di dalam kraf
tradisional Melayu, motif bersimbolik kebanyakannya terdiri dari jenis fauna dan kosmos
yang dipercayai dapat memberi ketenangan hati, kebahagian dalam hidup dan keagungan
Tuhan yang mencipta alam semesta. Motif bunga tanjung yang paling popular dalam
kraf tradisional Melayu adalah simbol kepada „selamat datang kepada tetamu‟ atau
kedatangan tetamu ke rumah mereka sangat dialu-alukan. Motif bunga teratai membawa
simbol kepada keyakinan yang kuat, kebersihan, keamanan dan percaya kepada ketentuan
Allah. Kuntuman bunga yang berkembang melambangkan kesegaran dan kegembiraan
yang terpancar di sebalik keindahan bunga itu sendiri. Kebanyakan motif bunga
berbentuk bulat yang melambangkan alam semesta. Motif awam larat memperlihatkan
sifat kehalusan budi pekerti manakala liuk-lintuk daunnya melambangkan sopan-santun
orang Melayu. Motif ini juga simbolik kepada sifat Tuhan yang tiada permulaan dan tiada
pengakhirannya manakala motif sulur bayung melambangkan pemusatan kepada suatu
kuasa yang maha tinggi martabatnya.

Sumber Motif Alam Semulajadi Dalam Kraf Tradisional Melayu

Terdapat tiga sumber motif alam semulajadi dalam kraf tradisional Melayu yang
diaplikasikan pada permukaan kraf iaitu motif flora (tumbuhan), fauna (haiwan) dan
kosmos (cakerawala). Sumber dari motif flora dan fauna diperolehi dari kawasan-

16
kawasan hutan yang sememangnya sejak azali menjadi habitat bagi kedua-dua sumber
ini. Oleh itu, sejajar dengan masyarakat Melayu dahulu penempatan awalnya adalah di
pinggir-pinggir hutan dan di tepi-tepi sungai, tumbuh-tumbuhan dan haiwan ini dijadikan
sebagai sumber motif pada kraf. Pada masa itu, hutan memainkan peranan penting
sebagai sumber rezeki utama untuk membekalkan hasil hutan seperti rotan, kayu-kayan,
hasil pemburuan dan juga tempat tinggal haiwan. Hutan juga dapat membekalkan
keperluan harian seperti sayuran tradisi, bahan perasa, ulam-ulaman, bahan ubatan
tradisional dan juga buah-buahan. Selain itu, cakerawala turut diberi perhatian oleh
masyarakat dahulu. Pemerhatian kepada bentuk-bentuk awan memberi panduan kepada
mereka dalam menjalani kehidupan harian, contohnya seperti menentukan musim hujan.
Bahagian ini bertujuan mengemukakan dan menganalisa peranan objek-objek alam
semulajadi yang dipilih menjadi motif di dalam kraf tradisional orang Melayu dalam
kehidupan harian mereka.

Berikut adalah jadual menyenaraikan tumbuh-tumbuhan yang dijadikan sebagai


motif flora dalam kraf tangan Melayu tradisional:

JADUAL 1 Bunga
Motif Bunga Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Air Mata Kasih 
Anggerik    
Berbaling 
Buluh 
Cempaka     
Kaca Piring 
Kenanga  
Kerak Nasi   
Kerawang 
Mawar    
Raya     

17
Bogan  
Pala 
Ator 
Berembang 
Cengkeh     
Mangga 
Cina   
Durian 
Gedong 
Melur   
Tanjung    
Mempelas 
Lawang    
Ketamguri 
Ketumbit 
Kecubung  
Tahi Ayam 
Matahari 
Kunyit 
Kemuncup 
Kertas 
Asam Batu 
Semangat   
Bakung 
Kemboja 
Kekwa 
Kelabut 
Kedudut 
Kecubung  
Tahi Ayam 

18
Matahari 
Kunyit 
Kemuncup 
Kertas 
Asam Batu 
Semangat   
Bakung 
Kemboja 
Kekwa 
Kelabut 
Kedudut 
Sarung Celak 
Cermai  
Cabit 

JADUAL 2 Daun
Motif Daun Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Berjalar 
Keladi    
Puding 
Sirih 
Susur Kelapa 
Bayam 
Setulang 
Lontar 
Pandan 
Peria 

JADUAL 3 Pokok

19
Motif Pokok Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Kacang 
Kerak Nasi 
Ara 

JADUAL 4 Tampuk
Motif Tampuk Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Manggis     
Pinang 
Kesemak  
Jantung 

JADUAL 5 Sulur
Motif Sulur Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Bakung  
Bayung  
Kacang 

JADUAL 6 Pokok Air


Motif Pokok Air Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Kiambang  
Telepuk  
Teratai   

20
JADUAL 7 Pucuk
Motif Pucuk Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Rebung      
Jaja 
Macang 
Paku 

JADUAL 8 Akar
Motif Akar Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Menjalar 
Berakar 

JADUAL 9 Buah/Biji
Motif Buah/Biji Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Pala 
Padi   
Anggur 
Nona 
Zaitun 
Delima 

Peranan Motif Flora dalam Kehidupan Masyarakat Melayu

Seperti yang telah diketahui bahawa tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting


dalam kehidupan harian dan mempunyai implikasi terhadap sosio budaya dalam
masyarakat Melayu. Tumbuh-tumbuhan ini banyak digunakan dalam upacara tertentu
seperti perkahwinan, kelahiran dan kematian. Justeru itu, perhubungan yang rapat ini,

21
memberikan ilham kepada tukang-tukang kraftangan bagi mengaplikasikan bentuk-
bentuk flora yang telah distailisasikan dalam motif-motif kraf agar dalam kehidupan
mereka (sama ada di dalam atau di luar rumah) imej tumbuh-tumbuhan tetap bersama
mereka. Berdasarkan jadual di atas, beberapa bahagian tumbuhan dijadikan motif asas
seperti bahagian bunga, daun/pucuk, buah, bijirin, sulur dan akar.

Mengapa tumbuh-tumbuhan dipilih sebagai motif flora dalam kraf? Ada beberapa
sebab tumbuh-tumbuhan dipilih sebagai motif, di antaranya ialah kerana peranannya
berkait rapat dengan kehidupan orang Melayu sebagai tumbuhan perhiasan yang dapat
mengindahkan perkarangan rumah seperti bunga kertas, anggerik, raya, matahari, kekwa,
kaca piring, bakung, cina dan ketamguri. Ada juga yang berfungsi sebagai penghias
halaman yang boleh mengeluarkan bau wangi seperti mawar, melor, kenanga, cempaka
dan tanjung. Biasanya pokok-pokok ini ditanam di atas tanah atau dalam pasu. Selain itu,
tumbuhan hiasan yang dikategorikan sebagai tumbuhan air seperti teratai, kiambang dan
telepuk juga boleh didapati di kawasan paya dan tasik. Walau bagaimanapun, bunga
semangat dan teratai yang diaplikasikan sebagai motif dalam kraftangan datang dari
pengaruh agama Hindu.

Perubatan tradisi bukanlah perkara asing dalam masyarakat Melayu lama sebagai
jalan mengatasi masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Sehingga kini walaupun
perubatan moden telah wujud tetapi sesetengah orang Melayu masih mengamalkan
perubatan tradisi yang dikatakan lebih berkesan dan bersih kandungannya kerana ia
terdiri daripada bahan mentah dari alam semulajadi. Kebanyakan tumbuhan ubatan tradisi
ini adalah tumbuhan liar yang hidup dalam hutan atau ditanam di perkarangan rumah.
Motif tumbuhan ubatan tradisi yang digunakan di dalam kraftangan adalah seperti motif
bunga raya. Selain sebagai tumbuhan hiasan, ia juga boleh mengubati penyakit pening
kepala dan untuk melebatkan rambut. Caranya ialah dengan merebus daunnya dan
diminum airnya, sementara untuk kegunaan kedua pula daunnya diramas hingga keluar
lendir dan disapukan di kepala. Begitu juga bunga melor, berfungsi untuk mengubati
pening kepala dengan cara merebus daunnya dan dituamkan atas kepala. Kunyit dan sirih
pula berguna untuk membuang angin, mengembalikan tenaga dan mengecutkan rahim

22
bagi wanita selepas bersalin. Sementara itu, daun keladi yang popular sebagai motif
dalam kraftangan pula berfungsi untuk mempertingkatkan tenaga batin dengan merebus
ubinya dan diminum airnya atau dimakan dengan sirih pinang.

Orang Melayu sangat mementingkan penggunaan bahan perasa yang boleh


bertindak membangkitkan aroma yang harum pada masakan mereka dan menjadikannya
lebih sedap. Bunga lawang dan cengkeh yang sering digunakan dalam masakan Melayu
merupakan motif tumbuhan perasa yang sering digunakan dalam kraftangan. Motif
pandan yang digunakan dalam kraf songket merupakan pewarna hijau semulajadi dan
pewangi pada masakan. Motif buah-buahan juga menjadi pilihan utama tukang-tukang
kraf dan kebanyakannya terdiri daripada buah-buahan yang bermusim pada tempat-
tempat tertentu atau tidak mudah diperolehi seperti buah nona, zaitun, delima, cermai,
pinang, kesemak dan pala. Tukang-tukang kraf berminat menjadikan buah-buah pilihan
ini sebagai motif berdasarkan warna dan bentuk luar serta dalamannya yang unik. Buah
manggis dan durian pula adalah buah-buahan tempatan bermusim yang mudah
diperolehi. Buah-buahan tadi biasanya dimakan mentah, dengan sambal atau tempoyak,
dijeruk atau dibuat jus minuman.

Ada juga motif-motif alam semulajadi berdasarkan tumbuhan yang sering


digunakan dalam upacara adat atau ritual untuk memperolehi tujuan tertentu seperti daun
kelapa yang dikibas dengan kuat di hadapan kanak-kanak perempuan yang hendak
dikhatankan yang dikatakan boleh menghilangkan rasa sakit. Wanita yang baru bersalin
dilarang lalu di bawah pokok cermai kerana dikatakan boleh bentan. Daun sirih
merupakan daun yang banyak khasiatnya kerana dipercayai boleh mengubati pelbagai
jenis penyakit buatan orang, dijadikan lambang utama dalam adat peminangan dan
perkahwinan serta bahan semulajadi bagi memerahkan bibir.

Motif bayam, kacang, pucuk paku, peria, rebung dan keladi diklasifikasikan
sebagai tumbuhan sayuran. Sayur-sayur kampung ini biasanya dimasak secara goreng,
masak lemak, masak asam rebus, kerabu atau sayur air. Pucuk paku, rebung dan keladi
merupakan sayuran yang tumbuh liar dan melata di kawasan hutan, paya atau belukar.

23
Rebung yang berasal dari buluh iaitu pokok yang banyak tumbuh di pinggir-pinggir hutan
adalah motif yang paling popular digunakan dalam semua jenis kraftangan. Ini
disebabkan ia berbentuk tiga segi yang amat sesuai dijadikan sebagai kepala atau kaki
corak seperti pada kraf batik, songket dan tekat.

Motif tanaman bijirin iaitu padi turut digunakan. Ia merupakan kegiatan ekonomi
sara diri yang utama untuk keperluan keluarga sahaja dan dijalankan sama ada di
kawasan bukit bukau atau dataran lembah. Tukang-tukang kraf bukan sahaja memilih
motif padi ini berdasarkan bentuknya yang cantik tetapi atas dasar kepercayaan orang
Melayu terhadap semangat padi yang dijaga oleh makhluk halus yang boleh menjamin
hasil yang baik. Jika semangat ini merajuk, ia akan mendatangkan kesan kepada
penghasilan padi. Oleh itu, bagi mengekalkannya, motif-motif padi diterapkan pada
barangan kraf kegunaan harian seperti tikar, tembikar dan tekat.

Berikut adalah senarai haiwan-haiwan yang dijadikan sebagai motif dalam kraf
tradisional Melayu:

JADUAL 10 Burung
Motif Burung Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Ayam     
Burung     
Keluang    
Itik  
Bangau 
Geroda 
Kala  
Kupu-kupu  
Siput   
Belalalng   
Lalat 

24
Cicak 
Motif Burung Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Kumbang 
Lebah 
Lipan 

JADUAL 11 Akuatik
Motif Akuatik Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Tapak 
sulaiman
Ikan    
Kuda laut 
Yu  
Belut 
Udang 
Naga 

JADUAL 12 Binatang Liar


Binatang Liar Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Gajah 
Harimau 
Anjing 
Badak 
Pelanduk 
Kucing 

25
Peranan Motif Fauna dalam Kehidupan Masyarakat Melayu

Haiwan yang hidup di muka bumi merupakan sebahagian daripada elemen alam
semulajadi yang mempunyai habitatnya tersendiri sama ada di darat atau laut. Bentuk-
bentuk haiwan yang telah distailisasikan dinamakan motif fauna dan mempunyai
keistimewaan tersendiri apabila telah dijadikan motif pada kraftangan. Tukang-tukang
kraf memilih haiwan-haiwan tertentu berdasarkan pengamatannya kepada sifat-sifat yang
ada pada haiwan itu yang boleh dijadikan pengajaran serta ingatan kepada anak cucu
mereka. Contohnya motif itik berdasarkan sifat itik yang berjalan berderetan mengikut
ketua mengingatkan manusia supaya patuh kepada pemimpin, badak berkulit keras dan
kuat ditujukan kepada kaum lelaki supaya bertanggungjawab pada keluarga dan sifat
kucing yang suka tidur akan merugikan masa yang berfaedah dan ayam berlaga
mengambarkan sifat yang suka bergaduh dan seharusnya dielakkan oleh manusia demi
keamanan dalam hidup bermasyarakat.

Haiwan juga diilhamkan sebagai motif dalam kraftangan kerana sifat-sifat


semulajadinya yang cantik dari segi rupa bentuk atau warnanya. Burung merak, kupu-
kupu, lipan, kala, ayam jantan dan betina yang mempunyai pelbagai gerak-geri atau aksi
yang menarik di samping corak dan warna-warna cantik yang terdapat pada bulu atau
badannya turut diabadikan sebagai motif dalam kraftangan. Ada juga tukang-tukang kraf
yang mengambil bahagian-bahagian badan yang dianggap unik dan mempunyai semangat
tersendiri dan distailisasikan menjadi satu motif yang ringkas tetapi menarik seperti
bahagian cengkerang siput, sisik ikan kelah, siku keluang, tapak binatang iaitu harimau,
anjing dan jari binatang seperti burung kedidi dan buaya.

Masyarakat Melayu lama juga mempercayai ada sesetengah haiwan yang


mempunyai kuasa menghalau makhluk halus atau jahat daripada mengganggu mereka.
Oleh itu, tukang-tukang kraf telah memilih beberapa jenis haiwan berdasarkan sifat
fizikalnya untuk dijadikan motif dalam kraf dan diletakkan di bahagian tertentu di dalam
atau di luar rumah untuk tujuan tersebut, contohnya motif kepala cicak yang boleh
menakut-nakutkan makhluk halus.

26
Motif naga dan burung geroda pula lahir dari cerita-cerita mitos yang selalunya
menceritakan besar dan kuatnya binatang ini walaupun kewujudannya tidak dapat
disahihkan. Bagaimana rupa dan bentuk badan kedua-dua haiwan ini biasanya akan
diceritakan oleh tok dalang secara lisan. Hasil dari penceritaan secara lisan itu, tukang-
tukang kraf melalui imaginasinya menggambarkan sisik naga dan burung garuda seperti
yang dapat dilihat pada seni ukiran kayu dan batik. Walau bagaimanapun, sebenarnya
motif fauna ini merupakan motif tambahan kepada motif flora sebagai pelengkap bagi
menunjukkan kesempurnaan alam sejagat.

Berikut adalah carta bentuk-bentuk kosmos yang digunakan dalam kraf


tradisional Melayu:
JADUAL 13 Kosmos
Motif Kosmos Batik Anyaman Tembikar Ukiran Songket Tekat
Hujan 
Bulan  
Bintang 
Awan   
Matahari 

Peranan Motif Kosmos dalam Kehidupan Masyarakat Melayu

Motif kosmos adalah motif yang berkaitan dengan cakerawala yang banyak diaplikasikan
dalam ukiran kayu. Motif ini biasanya diletakkan di bahagian tebar layar, perabung dan
atap sesuai dengan kedudukan sebenarnya di dalam sistem cakerawala (bahagian atas).
Terdapat pelbagai nama motif awan seperti awan telipuk, awan boyan, awan semayang,
awan selipat, awan jawa dan awan larat. Dipercayai motif-motif ini adalah pengamatan
tukang-tukang ukiran kayu terhadap pergerakan awan yang berserakan di langit. Awan-

27
awan ini melarat-larat ditiup angin sehingga menghasilkan pelbagai bentuk kepulan-
kepulan awan yang indah.

Kesimpulan

Perbincangan di atas telah menjelaskan bahawa penciptaan motif-motif dalam kraftangan


Melayu banyak dipengaruhi oleh objek dari alam semulajadi. Faktor utama ini terjadi
disebabkan cara hidup orang Melayu ialah di pinggir-pinggir hutan dan sungai.
Sebenarnya pengeksploitasian bahan dari alam semulajadi bukan sahaja tertumpu pada
motif sahaja malah dari peringkat awal penciptaan kraf iaitu bahan asas, pewarna,
peralatan, pencucian dan pembakaran semuanya adalah bergantung kepada bahan dari
alam semulajadi. Pengalaman demi pangalaman yang diperolehi oleh tukang-tukang kraf
menjadikan barangan kraftangan mengalami perkembangan yang menakjubkan dari
sesuatu bentuk dan motif yang ringkas kepada yang lebih kompleks di samping
mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Kekreatifan mencipta barangan kraf ini telah dikesan sejak zaman neolitik lagi di
mana ia lebih mementingkan kepada fungsi kegunaan harian sahaja. Pengalaman tidak
sengaja dalam proses pembakaran tembikar telah menjadikan manusia Melayu cuba
mencipta hiasan-hiasan dari bahan-bahan semulajadi seperti rotan. Seterusnya, pengaruh
dari seni ragam hias gangsa Dong-Son mendorong kraf tangan Melayu menjadi lebih
bergaya lagi. Bertitik tolak dari ini bermulalah ragam hias pada permukaan barangan kraf
sehinggalah unsur-unsur alam bunga, binatang dan kosmos dijadikan motif penting dalam
setiap ragam hias kraftangan.

Kajian ini juga mendapati bahawa motif-motif kraf tradisional bukanlah untuk
memaparkan „keindahan semulajadi‟ semata-mata tetapi ia turut menggabungjalinkan
pendidikan dan kepercayaan-kepercayaan animisme di sebaliknya. Pendidikan tradisional
bagi masyarakat Melayu lama disebarkan melalui lisan oleh orang-orang tua. Fungsi
pendidikan ketika itu ialah bagi membolehkan individu tertentu mengatur cara hidup di

28
samping mengamalkan nilai-nilai murni bagi melahirkan sebuah masyarakat yang aman
damai. Tukang-tukang seni khasnya ukiran kayu banyak mengaplikasikan pendidikan
moral secara visual iaitu motif ukiran berdasarkan sifat-sifat binatang yang ada
pengajaran baik dan buruknya. Ukiran yang telah siap akan diletakkan di tempat yang
strategik untuk peringatan seisi rumah.

Selain daripada konsep pendidikan yang diterapkan dalam motif berunsurkan


alam semulajadi, motif dari sumber ini juga dipercayai dapat menjaga keamanan
sesebuah keluarga daripada diganggu oleh makhluk halus. Motif-motif seperti kepala
cicak disifatkan seperti „hulubalang‟ yang dapat mengusir makhluk halus di samping
mengadakan upacara-upacara lain untuk tujuan yang sama seperti mengadakan kenduri
tolak bala atau mengamalkan pantang larang bagi mengelakkan kemarahan mahkluk
tersebut.

Hasil kajian ini mendapati, di antara pelbagai jenis motif alam semulajadi pada
kraftangan, motif bunga adalah motif alam semulajadi yang paling popular digunakan
dalam kraftangan Melayu. Kajian mendapati ada persamaan bunga yang digunakan
sebagai motif tetapi bentuk, gaya dan warnanya berlainan mengikut kesuaian bahan dan
teknik krafnya. Di antara motif-motif flora yang banyak diadaptasi pada hampir semua
jenis kraf ialah bunga cempaka, raya, cengkeh, tanjung, lawang, daun keladi, tampuk
manggis dan pucuk rebung, manakala motif fauna yang popular pula ialah motif ayam,
burung, keluang, siput ikan dan bagi motif kosmos adalah motif awan.

Begitulah keistimewaan bangsa Melayu lama dalam menghargai alam semulajadi


dan melahirkan kepekaan mereka terhadap alam sekitar yang diciptakan Tuhan. Pelbagai
nama bunga, haiwan dan kosmos digubah bentuknya agar sesuai digunakan sebagai motif
dalam kraf. Ternyata orang Melayu zaman dahulu mempunyai pengetahuan yang amat
kaya tentang nama-nama bunga yang ada di persekitaran mereka. Mereka bukan sahaja
rapat dengan alam sekitar tetapi mengetahui kegunaan objek-objek alam semulajadi itu
yang boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada mereka. Bunga ator, kerak nasi,
gedong, ketamguri, asam batu, sarung cekak dan cabit antara tumbuhan-tumbuhan yang

29
kurang dikenali oleh generasi kini yang amat popular dan berguna kepada masyarakat
Melayu lama.

Hasil kajian ini tentang sumber motif-motif alam semulajadi dalam kraf
tradisional Melayu mendapati bahawa tukang-tukang kraf mendapat sumber ilhamnya
dari tiga jenis motif utama iaitu berdasarkan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bentuk-
bentuk cakerawala yang ada di sekeliling mereka. Motif flora adalah hasil dari tanaman
perhiasan, makanan, pertanian, ritual dan perubatan yang setiap hari mereka lihat berada
di sekitar mereka. Apabila hendak mencipta motif, barulah mereka mengambil bahagian-
bahagian tertentu elemen flora itu untuk digubah menjadi motif yang sesuai dengan
bahan asas kraf. Begitulah juga pengadaptasian terhadap motif fauna dan kosmos;
semuanya adalah hasil hubungan rapat mereka dengan alam sekitar. Oleh itu, adalah lebih
tepat lagi jika kita katakan bahawa masyarakat Melayu lama mengamalkan cara hidup
„mesra alam‟ berbanding dengan manusia masa kini yang kurang prihatin dengan
perkembanagan dan penjagaan alam sekitar.

Manusia sangat beruntung kerana dianugerahkan oleh Allah kelebihan dapat


mencipta sesuatu karya seni. Di dalam menghasilkan motif-motif, sebenarnya tukang-
tukang kraf adalah secara kecil-kecilan meniru penciptaan asli daripada Allah. Allah telah
mencipta alam sekitar, sementara tukang-tukang kraf berkarya dari sesuatu yang sudah
ada dan mengubah menjadi bentuk yang lain. Dengan berbekalkan akal dan perasaan,
tukang-tukang kraf mampu menghasilkan motif-motif yang unik. Bersumberkan alam
semulajadi ciptaan Allah, manusia seharusnya mensyukuri nikmat yang disediakan di
atas bumi serta menjaganya sebaik mungkin.

Pendedahan tentang rupa-rupa motif pada kraftangan Melayu secara terperinci


yang berkaitan dengan sejarah perkembangan, bagaimana penciptaan asalnya dan
aplikasinya pada barangan kraf patut didedahkan pada generasi muda. Melalui
penghayatan penyelidik di sepanjang kajian ini, hanya penghayatan serius sahaja yang
dapat melahirkan generasi baru yang dapat menjiwai dan menghargai kepandaian bangsa
Melayu terdahulu dalam mencipta barangan kraf yang seterusnya akan timbul perasaan

30
untuk mencintai barangan kraftangan tradisional yang asli. Kesedaran ini penting agar
seni kraftangan tradisional Melayu tidak hanya tinggal menjadi bahan tontonan tanpa ada
rasa penghargaan terhadap apa yang telah dihasilkan oleh nenek-moyang terdahulu.
Adalah amat penting untuk menjamin penerimaan generasi akan datang terhadapnya agar
tidak hilang ditelan arus pemodenan.

31
Gambar 1 : Tembikar tanpa hiasan
zaman Neolitik di jumpai
di Gua Ca, Kelantan

32
Gambar 2 : Tembikar dan teknik
hias semulajadi

Gambar 3: Ragamhias Dong Son


(a) motif bentuk bintang (b) Bintang dan pucuk rebung
(c) Pucuk rebung/kun (d) „S‟ pilin berganda
(e) „S‟ dan komposisi garis (f) Burung (g) Binatang

33
Gambar 4: Motif Flora

4.1: Batik

(1) Akar menjalar (2) Akar menjalar (3) Buah Pala

Bunga berbaling (5) Bunga anggerik (6) Bunga air mata kasih

(7) Bunga cempaka (8) Bunga buluh (9) Jeramprang

(10) Bunga kaca piring (11) Bunga Kenanga (12) Bunga kerak nasi
(4)

34
Gambar 4: Motif Flora (samb)
(bersambung)

(13) Bunga kerawang (14) Bunga mangga (15) Bunga mawar

(16) Bunga Orkid (17) Bunga raya (18) Bunga teratai

(19) Daun menjalar (20) Daun keladi (21) Daun puding

(22) Daun sirih emas (23) Pohon ara (24) Pohon lonang
35
(bersambung)
Gambar 4: Motif Flora (samb)

(25) Telepuk (26) Kiambang (27) Pucuk rebung

(28) Tampuk manggis (variasi)

4.2 : Anyaman Kelarai

(1) Beras patah (2) Bunga ator (3) Bunga berembang

(bersambung)

36
Gambar 4: Motif Flora (samb)

(4) Bunga cempaka (5) Bunga cengkeh (6) Bunga cina

(7) Bunga durian (8) Bunga gedong (9) Bunga kelabutan

(10) Bunga mempelas (11) Bunga pecah lapan (12) Bunga penada

(13) Bunga tanjung (14) Bunga teratai (15) Pucuk rebung

(bersambung)
Gambar 4: Motif Flora (samb) 37
(16) Tampuk jantung (17) Tampuk manggis (18) Tampuk pinang

(19) Bunga melor (variasi)

4.3 : Tembikar

(2) Bunga cina


(3) Bunga kedudut

(1) Bunga cengkeh

(4) Bunga lawang

(5) Bunga mawar (6) Bunga anggerik

Gambar 4: Motif Flora (samb) (bersambung)


38
(8) Bunga pecah empat (9) Bunga pecah enam

(7) Bunga padi

(12) Bunga tanjung

(10) Bunga pecah lapan

(11) Bunga raya

(13) Daun kelapa (14) Pucuk rebung

(15) Sulur bakung (variasi) (16) Sulur bayung

Gambar 4: Motif Flora (samb) (bersambung)


39
4.4 : Ukiran Kayu

(1) Bunga cempaka (2) Bunga ketumbit

(3) Bunga cina (4) Bunga jejari buaya (5) Bunga kecubung

(6) Bunga kerak nasi (7) Bunga ketamguri (8) Bunga cengkeh

(9) Bunga kiambang (10) Bunga matahari (11) Bunga melor

40 (bersambung)
Gambar 4: Motif Flora (samb)

(12) Bunga anggerik (13) Bunga tahi ayam (14) Bunga tanjung

(15) Pokok sulur meliding (16 ) Daun keladi (17) Daun sulur kacang

(18) B.Teratai & T.Manggis

(19) Daun setulang (20) Pokok kerak nasi

41
(bersambung)
Gambar 4: Motif Flora (samb)

(21) Bunga simpoh

(22) Keladi biak

(23) Bunga raya

(24) Daun bayam (25) Bunga semangat (26) Pucuk kacang

42
(bersambung)
Gambar 4: Motif Flora (samb)

4.5 : Tenunan Songket

(1) Bunga baling (2) Bunga berembang (3) Bunga cabit

(4) Bunga cina (5) Bunga gorek (6) Bunga mawar

(7) Bunga pisang (8) Bunga telepuk (9) tampuk berembang

(10) Bunga mawar (11) Buah anggur

43
(bersambung)
Gambar 4: Motif Flora (samb)

(12) Bunga cermai dan variasinya

(13) Bunga bogan dan variasinya

(14) Bunga semangat dan variasinya

44
(bersambung)
Gambar 4: Motif Flora (samb)

(15) Bunga cengkeh dan variasinya

(16) Bunga melor dan variasinya

(18) Bunga cendawan dan variasinya


(17) Biji peria dan variasinya

(20) tampuk kecupu dan variasinya

(19) Tampuk manggis dan variasinya

45
(bersambung)
Gambar 4: Motif Flora (samb)

(21) Pucuk rebung (22) Bunga cempaka

4.6 : Tekat

(1) Buah delima (2) Biji padi (3) Bunga asam batu

(bersambung)

46
Gambar 4: Motif Flora (samb)

(4) Bunga bakung (5) bunga bercula (6) Bunga cempaka hutan

(7) Bunga cempaka kembang (8) Bunga cempaka parit (9) Bunga cempaka

(10) Bunga cengkeh (11) Bunga kekwa (12) Bunga kemboja

(13) Bunga kenanga (14) Bunga lawang (15) Bunga orkid

47
(bersambung)
Gambar 4: Motif Flora (samb)

(16) Bunga pecah 8 (17) Bunga pecah 5 (18) Bunga raya

(19) Bunga teratai (20) daun keladi (21) Daun peria

(22) Pucuk paku (23) Pucuk rebung

(bersambung)

48
Gambar 5: Motif Fauna

5.1 Batik

(1) Ayam betina (2) Ayam jantan (3) Burung ayam-ayam

(4) Ayam berlaga (5) Ayam belanda (6) Burung tiong

(8) Burung geroda (9) Kala jengking

(7) Burung merak


(10) Kupu-kupu

Gambar 5: Motif Fauna (samb)

(bersambung)
49
5.2 : Anyaman Kelarai

(1) Tapak anjing (2) Kepala gajah (3) Tapak harimau

(4) Jari kedidi (5) Mata ketitir (6) Siku keluang

(7) Anak ikan (8) Mata bilis (9) Sisik kelah

(10) Buntut siput (11) Kepala lalat

(bersambung)
50
Gambar 5: Motif Fauna (samb)

5.3 : Tembikar

(1) Balung kuku (2) Cakar ayam

(3) Tulang ikan

5.4 : Ukiran Kayu

(1) Naga

(2) Kuda laut


(3) Badak mudik

(4) Sisik ular (5) Itik pulang petang

51 (bersambung)
Gambar 5: Motif Fauna (samb)

(7) Lebah bergantung


(6) Kumbang & lipas (8) Kepala cicak (variasi)

(9) Ayam berlaga


5.5 : Tenunan Songket

(3) Gigi yu (variasi)

(1) Burung merak (2) Ayam jantan

(4) Kuda laut (variasi) (5) Kupu-kupu (6) Dada/kaki lipan

52 (bersambung)
Gambar 5: Motif Fauna (samb)

(7) Siku kluang dan variasinya

(9) Tapak sulaiman

(10) Gigi belalang

(8) Lawi ayam

5.6 : Tekat

(1) Ayam jantan (2) Burung

53
Gambar 6: Motif Kosmos

6.1 : Anyaman Kelarai 6.2 : Tembikar

(1) Bulan sabit

(1 )Ttitik hujan

6.3. : Ukiran Kayu

(1) Awan jawa (2) Awan boyan

(3) Awan larat (4) Awan semayang

(5) Awan telipuk

(bersambung)
54
Gambar 6: Motif Kosmos (samb)

(6) Awan selipat (7) Bulan & bintang (8) Matahari

6.4 : Tekat 6.5 : Tenun Songket

(1) Awan larat

(1) Awan larat

55
Bibliografi

Abdul Halim Nasir. 1987. Traditional Malay Wood Carving. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

Abdul Latiff Abu Bakar. 2001. Adat Melayu Serumpun. Melaka: Perbadanan Muzium
Melaka (PERZIM).

Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Ministry
of Culture, Youth and Sports.

Aziz Deraman. 1979. Kearah Reka Bentuk Baru Dalam Perusahaan Kraftangan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Jasman Ahmad & Nora Hj.Samat. 2001. Siri Ensiklopedia Kebudayaan: Kemahiran Seni
Kraf. Kuala Lumpur: Jade Green Publications Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. 1993. Dewan Bahasa dan Pustaka./ Kuala Lumpur: Kementerian
Pendididkan Malaysia.

Malaysian Handicraft Development Corporation (MHDC). 1982. Serian Songket. Kuala


Lumpur: MHDC.

Mohamad Nazri Ahmad. 2000. Siri Kraf Tangan: Batik & Seni Ukiran Keris.Kuala
Lumpur: Pustaka Mawar.

Mohamad Nazri Ahmad. 2000. Siri Kraf Tangan: Seni Anayaman. Kuala Lumpur:
Pustaka Mawar.

Mohamad Nazri Ahmad. 2000. Tembikar & Tengkolok. Kuala Lumpur: Pustaka Mawar.
Norwani Mohd. Nawawi. 1989. Malaysian Songket: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Othman Mohd. Yatim. 1979. Keramik Asing Dalam Budaya Melayu. Dewan Bahasa &
Pustaka: Kuala Lumpur.

Othman Mohd. Yatim, 1989 Warisan Kesenian dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

Panel Penulis PCT. 2002. Siri Ensiklopedia: Malar Hijau Berbunga. Petaling Jaya:
Penerbitan PCT Sdn. Bhd.

Panel Penulis PCT. 2002. Siri Ensiklopedia: Tumbuhan Renek Berbunga. Petaling Jaya:
Penerbitan PCT Sdn. Bhd.

56
Panel Penulis PCT. 2002. Siri Ensiklopedia: Tumbuhan Rimba. Petaling Jaya: PenerbitaN
PCT Sdn. Bhd..

R.O. Winstedt. 1909. The Malays: A Cultural History. London: Routledge & Kegan Paul.

Raja Ahmad Aminullah & A.Rahim Abdullah. 1999. Isu-Isu Cabaran Tradisi & Seni
Sezaman; Dialog Budaya, Sastera & Seni Rupa. Perak Darul Ridwan: Yayasan
Kesenian Perak.

Robert J. Charleston. 1990. World Ceramics. New York: Crescent Books.

Selvanayagam, Grace Impan. 1981. Kain Songket Patterns in Peninsular Malaysia.


Kuala Lumpur: University of Malaya.

Sheppard, Tan Sri Mubin. 1972. Taman Indera: Malay Decorative Arts and Pastimes.
Kuala Lumpur: OUP.

Siti Zainon Ismail. 1986. Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. 1993. Rupa & Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Wahiza Abdul Wahid. 2000. Sejarah Seni Lukis & Seni Reka. Kuala Lumpur: Univision
Press Sdn.Bhd.

Wan Hashim Wan The & Ismail Hamid. 1998. Nilai Budaya Masyarakat Desa; Kajian
Etnografi di Wang Klian, Perlis, Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka,

Yusman Ayob & Mohamed Roselan Malek. 1995. Kraftangan Dan Seni Bina
Tradisional. Petaling Jaya: Penerbitan Prisma Sdn. Bhd.

57
ISU DAN ELEMEN ALAM SEKITAR
DALAM NOVEL THRILLER PILIHAN

OLEH

MAHARAM MAMAT
maharam@ukm.my

HASIL PENYELIDIKAN SENI DAN ALAM SEKITAR

PUSAT PENGAJIAN UMUM


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

2002

Kertas ini berupa hasil penyelidikan yang ditaja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia
gran penyelidikan kod 11JD/001/2001.
ISU DAN ELEMEN ALAM SEKITAR
DALAM NOVEL THRILLER PILIHAN

Abstrak

Alam sekitar telah dihadirkan dalam karya dengan pelbagai fungsi sama ada
untuk menguatkan karya, menampilkan unsur perlambangan, mewujudkan
kelainan dalam karya atau menyerlahkan nilai dan pemikiran terhadap
persekitaran. Penyelidikan ini menumpukan kajian terhadap elemen dan isu-
isu alam sekitar yang diangkat pengarang dan diterjemahkan melalui
penggunaan eleman berkenaan, pemikiran watak, perwatakan dan
perlukisan pengarang sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
karya thriller nukilan Ramlee Awang Murshid melalui novel Tombiruo
(1998), Rangau (1999), Mandatori (2000) dan Semangat Hutan (2001).
Berdasarkan penyelidikan ini, elemen alam sekitar dari sudut biotik dan
abiotik telah diperincikan klasifikasinya. Isu-isu alam sekitar dalam novel
kajian ini juga meliputi isu falsafah alam sekitar, pembangunan, kesihatan
awam, undang-undang negara dan pembalakan haram. Kajian ini
membuktikan bahawa karya-karya dalam novel thriller yang dianalisis telah
mengangkat banyak elemen dan isu alam sekitar dalam karya secara
mantap, sederhana dan mudah tetapi amat menyakinkan.

Abstract

Environmental elements have been applied in literature genre for various


functions. Some of them are used to strengthen the work, portraying
metaphor elements, to make a difference, and to emphasize thinking and
values concerning environment. This study focuses on environmental issues
and elements exploited by Ramlee Awang Murshid (the writer of the
selected thriller novels) in developing the whole characterisation aspects
including the characters’ thinking, both directly and indirectly. The novels
are Tombiruo (1998), Rangau (1999), Mandatori (2000), and Semangat
Hutan (2001). Environmental elements in the aspects of biotic and abiotic
are used to approach this study. The issues in these novels are centred on
environmental philosophy, development, public health, national
environmental law, and illegal logging. The analysis of this study proved
that a lot of environmental issues and elements have been strongly and
convincingly brought into play although the phrases appeared are moderate
and simple.
PENGHARGAAN

Kajian tentang “Isu dan Elemen Alam Sekitar dalam Novel Thriller
Pilihan” ini ialah sebahagian daripada penyelidikan “Seni dan Alam
Sekitar” yang dijalankan secara berkumpulan yang terdiri daripada empat
orang ahli akademik Pusat Pengajian Umum. Walaupun kajian ini boleh
berdiri sendiri sebagai sebuah penulisan atau penerbitan akademik, namun
tiga lagi kajian di bawah penyelidikan ini telah melengkapkan lagi apa
yang cuba disampaikan dalam kajian ini. Justeru itu, saya amat berterima
kasih kepada rakan-rakan penyelidik iaitu Hamdzun Haron, Mashitoh
Yaacob dan Maznah Ibrahim dalam memberikan sumbangan dan
kerjasama yang sepenuhnya dalam melengkapkan kajian ini. Saya juga
amat berterima kasih kepada Pusat Pengajian Umum dan UKM di atas
kepercayaan, peluang dan dana yang diberikan. Kajian ini dibiayai
sepenuhnya oleh Skim Peruntukan Penyelidikan untuk Fakulti/Pusat di
bawah Universiti Kebangsaan Malaysia. Dana ini merupakan pemangkin
utama dalam menjayakan kajian “Isu dan Elemen Alam Sekitar dalam
Novel Thriller Pilihan” sehingga terhasilnya penulisan akademik ini.

ACKNOWLEDGEMENTS

The study of “Issues and Environmental Elements in Selected Thriller


Novels” is part of a research entitled; “Arts and Environment” that has
been conducted by four of the Centre for General Studies’ academic staffs.
This study can be independent on its own in terms of an academic writing
or as an academic publication. However, the other three studies done by
other fellow researchers have complemented what this study is conveying.
Therefore, I am grateful to Hamdzun Haron, Mashitoh Yaacob and
Maznah Ibrahim for their full contribution and cooperation in
complementing this study. I would also like to express my gratitude to
Centre for General Studies and Universiti Kebangsaan Malaysia for the
trust, opportunity and financial funding given. This study is sponsored
fully by Research-Funding Scheme for Faculty/Centre under Universiti
Kebngasaan Malaysia. The fund was the main cause for the completion of
“Issues and Environmental Elements in Selected Thriller Novels” is part
of a research entitled; “Arts and Environment” study that resulted in the
form of this academic writing.
ISU-ISU DAN ELEMEN ALAM SEKITAR
DALAM NOVEL THRILLER MELAYU

PENGENALAN

Alam dan karya sastera tidak dapat dipisahkan semenjak zaman awal kemunculan karya seni

dunia. Penghasilan sesuatu karya seni memang tidak dapat lari dari penggunaan isu dan elemen

alam sekitar. Proses pembinaan dan penghasilan karya akan mengadun elemen alam sekitar

secara harmoni, indah dan menarik sehingga menimbulkan kekuatan yang tersendiri terhadap

karya sama ada disedari ataupun tidak. Manusia tidak dapat memisahkan dirinya dengan alam

sekitar yang melingkungi mereka, lalu cuba menterjemahkan hal berkenaan sama ada secara

terus atau melalui penggunaan lambang-lambang tertentu. Penggunaan unsur ini tidak sekadar

menterjemahkan karya secara lebih wajar sebagai satu bentuk kehidupan yang tersendiri tetapi

pada masa yang sama sebenarnya mengetengahkan unsur budaya, suasana setempat dan

pemikiran pengarangnya terhadap apa yang dipaparkan dalam karya sastera.

Kajian ini akan meneliti isu-isu dan elemen alam sekitar yang digunakan pengarang

Ramlee Awang Murshid di dalam karya-karya berbentuk thriller. Empat buah novel thriller

pengarang ini telah dipilih iaitu Tombiruo (1998), Rangau (1999), Mandatori (2000), dan

Semangat Hutan (2001). Beberapa isu alam sekitar dalam karya akan dianalisis umpamanya isu

falsafah alam sekitar, pembangunan, undang-undang negara, kesihatan awam dan sebagainya.

58
Kajian terhadap elemen alam sekitar dalam novel thriller pilihan pula akan menganalisis elemen

biotik dan abiotik di dalam karya.

Kajian ini bertujuan meneliti sejauh mana penggunaan isu dan elemen alam sekitar dalam

proses pembinaan atau penghasilan karya sastera terutama novel, sekaligus menyerlahkan

hubungan yang erat antara masyarakat dan alam. Penelitian terhadap penggunaan ini tertumpu

kepada apakah isu dan elemen alam sekitar yang digunakan itu serta cara gaya bagaimana ia

digunakan sehingga mewujudkan satu kelainan dan nilai estetika tersendiri terhadap karya

berkenaan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian terhadap isu dan elemen alam sekitar dalam novel thriller pilihan telah dijalankan

menggunakan kaedah kualitatif. Kajian ini melibatkan analisis terhadap kandungan empat buah

novel pengarang muda, Ramlee Awang Murshid melibatkan kaedah kepustakaan dan

menganalisis kandungan bahan kajian. Analisis terhadap karya akan melibatkan isu-isu dan

elemen alam sekitar yang dihadirkan pengarang ini di dalam karya.

59
HASIL DAN PERBINCANGAN

Kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu isu-isu alam sekitar dan elemen alam sekitar

yang diutarakan dalam novel thriller pilihan. Berdasarkan kajian ini, terdapat lima isu telah

dianalisis dan dibincangkan secara padat, terperinci dan menyeluruh sehingga menyerlahkan

kekuatan terhadap karya. Isu-isu berkenaan terdiri daripada isu falsafah alam sekitar, isu

pembangunan, isu pembalakan terutama pembalakan haram dan penanaman semula balak, isu

kesihatan awam dan isu undang-undang negara.

Bahagian kedua merupakan analisis karya-karya penulis ini dari sudut elemen-elemen

alam sekitar. Elemen alam sekitar ini dibahagikan kepada dua iaitu elemen biotik dan elemen

abiotik. Elemen biotik pula diklasifikasikan kepada tiga bahagian utama iaitu flora, fauna dan

alam sekitar sosial dan budaya. Sekalipun alam sekitar sosial dan budaya ini berada di bawah

falsafah alam sekitar, kajian ini turut menganalisis dari sudut ini untuk melengkapkan kajian

terhadap isu falsafah alam sekitar. Alam sekitar abiotik pula diklasifikasikan kepada alam sekitar

semulajadi dan alam sekitar buatan manusia.

Hubungkaitan antara isu dan elemen alam sekitar dalam karya kajian menjadi jurus utama

analisis dengan melihat sejauhmana penggunaan kedua-dua unsur berkenaan dalam karya thriller

yang dihasilkan. Penelitian ini akan melihat bagaimana pengarang telah menggunakan isu dan

elemen alam sekitar dalam karya sehingga mewujudkan satu bentuk karya yang mantap, kuat,

memberangsangkan dan berkesan, seterusnya menyerlahkan kelainan berbanding novel tulisan

pengarang lain.

60
Isu-isu Alam Sekitar dalam novel Thriller Melayu

Unsur alam sekitar menjadi sebahagian daripada elemen yang digunakan oleh pengarang di

dalam karya. Penggunaan elemen alam sekitar ini tidak sekadar berfungsi untuk menghidupkan

latar tempat tetapi menyerlahkan banyak peranan tersendiri yang lebih mencabar dan

menguatkan karya berdasarkan penggunaannya sebagai perlambangan, menyerlahkan pemikiran,

malah lebih jauh daripada itu mempamerkan unsur semiotik yang memerlukan kebijaksanaan

pembaca untuk membuat tafsiran (Maharam & Mashitoh, 2002)

Menurut Maharam & Mashitoh (2002) yang memetik pendapat Shahnon Ahmad

menyatakan bahawa elemen alam sekitar dan fungsinya mampu memberi ilham kepada

sasterawan yang gemar memperluaskan asosiasi persekitaran dan kemanusiaan dalam karya.

Rahsia yang tersembunyi dalam alam sekitar seringkali disamakan seperti rahsia hati seorang

manusia yang begitu kaya dengan misteri dan mampu mengubah sikap manusia itu sendiri,

walaupun secara fizikal kelihatan tiada kesinambungan dan pertalian antara keduanya. Unsur

alam sekitar boleh menghidupkan pengalaman kemanusiaan dalam komposisi karya apabila

dieksploitasi dengan bijak bagi menjiwai kesusasteraan dengan pelbagai nada, rentak dan iklim,

seterusnya mencipta bunyi, warna dan kesan waktu yang pelbagai juga. Semua ini mampu

meninggalkan kesan yang kompak dan kental terhadap kemanusiaan yang menjadi inti dan jiwa

karya.

Berlandaskan kenyataan berkenaan analisis terhadap karya kajian mendapati terdapat

lima isu alam sekitar telah diserlahkan pengarang ini iaitu;

61
1. Falsafah Alam Sekitar

Istilah falsafah berasal dari Greek, iaitu “philo” dan “sophia” yang bermaksud cintakan

kebijaksanaan atau love of wisdom. Kebijaksanaan yang diperoleh dari ilmu pengetahuan

berdasarkan kewujudan bertujuan menggalakkan wawasan dan pemahaman yang tinggi, iaitu

satu visi kehidupan yang bersifat menyeluruh (Mashitoh, 1999). Dalam kes alam sekitar, ia

bermakna hubungkaitan antara manusia dan alam sekitarnya iaitu “bagaimana manusia

menggunakan kebijaksanaannya untuk berinteraksi dengan alam sekitar”.

Ajaran Islam berkaitan alam sekitar tidak dapat difahami sepenuhnya tanpa mengetahui

konsep Islam mengenai manusia. Menurut pandangan pelbagai agama tradisional, manusia

adalah penjaga alam tabii dan diturunkan dari langit serta hidup dalam keadaan harmoni di bumi

ini, walaupun manusia kini telah menukar peranannya menjadi pemusnah alam, impak dari

peradaban moden yang diterima (Seyyed Hossein; 1993). Menurut Zaini Ujang (1993), alam

sekitar memberi manfaat kepada manusia sekurang-kurangnya sebagai simbol daripada Allah

untuk memantapkan keimanan, menjadi buku ilmu yang akan memimpin manusia mencapai

hakikat, dan hadiah kepada manusia yang boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan

mereka.

Sebahagian diri manusia terdiri daripada alam sekitar (air, tanah dan sebagainya) kerana

manusia terdiri daripada dua bahagian fizikal dan sebahagian kemanusiaan. Manusia adalah

sebahagian daripada alam sekitar yang merupakan satu-satunya makhluk yang berkemampuan

melindungi alam sekitar walaupun kepentingan dan keperluannya sungguh pelbagai

62
(JamaIuddin, 2001). Isu alam sekitar berkait rapat dengan nilai, etika dan cara hidup.

Kewujudan sesuatu yang tidak seimbang dalam alam semulajadi adalah manifestasi krisis

spiritual dan keagamaan manusia moden. Manusia mengangggap; alam sekitar, Tuhan dan

keagamaan dicorakkan oleh world view yang merangkumi pemahaman tentang diri sendiri, alam

sekitar dan penciptanya. Pandangan ini sangat berpengaruh secara langsung atau tidak langsung,

disedari atau tidak disedari dalam membentuk pemikiran dan minda. Tindakan manusia pula

berlandaskan minda yang diterjemahkan daripada pegangan dan kepercayaan mereka (Mashitoh,

1999). Oleh itu, interaksi yang wujud antara manusia dan alam sekitar sebenarnya terbentuk

akibat gabungan persekitaran, kefahaman tentang kewujudan diri manusia itu sendiri, seterusnya

nilai diri yang dipamerkan melalui tingkah laku (Kamariah & Maharam, 2002).

Kehadiran nilai falsafah dari sudut alam sekitar dalam novel kajian boleh dikesan

semudah ayat “Dunia ini semakin tua” (Rangau; 35) dan “Seluruh hutan ini adalah rumah dan

syurgamu” (Tambiruo; 2). Kedua-dua ayat berkenaan sangat mudah, namun membawa

pengertian yang besar dan mendalam. Pengarang telah mengutarakan kebimbangan tentang alam

sekitar dengan membuat konotasi tentang banyak kerosakan telah dilakukan terhadap bumi

berbanding sebelum ini. Lantaran sikap rakus manusia terhadap pembangunan dan

pengeksploitasian alam sekitar, manusia sudah tidak lagi mempedulikan tentang elemen-elemen

alam sekitar yang perlu dijaga kelangsungannya.

Penganut agama Hindu percaya bahawa Tuhan mempunyai hak mutlak terhadap semua

makluk. Ciptaan Tuhan adalah mulia, kerosakan terhadap hasil ciptaan Tuhan tidak boleh

dilakukan tanpa sebab yang munasabah. Agama ini juga mengakui bahawa manusia mempunyai

63
tugas dan tanggungjawab yang lebih berbanding spesis lain untuk menjaga keharmonian alam

ini. Penganut agama Hindu juga mempercayai bahawa pokok merupakan rumah kepada Tuhan

Hari (Mashitoh, 1999). Pengarang ini menggunakan prinsip kelestarian alam sekitar anutan

agama Hindu tersebut dalam novel Semangat Hutan seperti petikan di bawah;

Hutan ini adalah rumahnya dan merupakan amanah daripada bapanya Pondolou.
Hutan ini adalah semangat dalam dirinya. Ejim sudah terlalu akrab dengan hutan
ini. Dan hutan ini ibarat roh dan jasadnya. Jika hutan ini disakiti, dia juga akan
berasa pedihnya.
(Semangat Hutan; 50)

Pegangan ini telah dikejabkan dalam diri watak Ejim oleh pengarang dari awal hingga

halaman akhir novelnya. Pengangan ini berikutan amanat yang diterima Ejim dari bapanya agar

menjaga keamanan hutan berkenaan melalui ayat “Kalau ada tetamu dari luar yang datang ke

sini semata-mata ingin melakukan angkara, maka pertaruhkanlah nyawamu untuk memerangi

mereka,” (Tombiruo; 2). Ini membuatkan watak ini sanggup menggadaikan nyawanya

mempertahankan hutan berkenaan dari pencerobohan pembalak haram. Kegiatan jenayah yang

berlaku di tengah hutan berkenaan cuba dibenteras Ejim dengan tenaga sendiri dan menggunakan

pedang pusaka yang diamanahkan mendiang bapanya. Ejim juga rela dicederakan dalam usaha

menyelamatkan Wan Suraya dari penculiknya.

Kewajipan manusia terhadap kelangsungan alam sekitar dipaparkan dalam karya kajian.

Ayat “dia sudah pun melaksanakan tugasnya sebagai raja hutan” (Tomburio; 3) menyerlahkan

tentang perasaan tanggung jawab terhadap persekitaran yang perlu dilindungi. Manusia dan alam

sekitar saling berhubungan kerana kedua-duanya mempengaruhi serta meninggalkan kesan

64
antara satu sama lain. Sikap bertanggungjawab terhadap persekitaran akan menjamin

kelangsungan alam sekitar dari kepupusan pada masa hadapan.

Rosnani Ibrahim (http://www.mastic.gov.my/newscan/okt98/um211098.html) mendakwa

bahawa Majalah Discover (Januari 1998) telah menyiarkan artikel mengenai laporan World List

of Threatened Trees yang menyatakan bahawa lebih 8, 753 daripada 80, 000 hingga 100 000

spesies pokok dunia diancam kepupusan. Seribu spesies dari jumlah berkenaan berada pada

tahap kritikal dan hanya diketahui oleh individu tertentu sahaja. Interaksi yang harmoni dengan

hutan seumpama itu akan menjaga kelangsungannya dan menghindari tahap kepupusan pada

waktu terdekat.

Keprihatinan pengarang terhadap alam sekitar diulangi lagi dalam Semangat Hutan (hal.

396). Kesedaran dan sifat tanggungjawab berkenaan mewujudkan satu bentuk hubungan yang

bersifat harmoni dengan alam sekitar. Hubungan tersebut menuntut pengguna alam sekitar

bersifat sederhana. Kesederhanaan berkenaan dikesan berdasarkan perlakuan dan bentuk

interaksi yang diwujudkan, umpamanya hanya menggunakan eleman alam sekitar yang benar-

benar diperlukan sahaja tanpa berlebihan atau berlaku pembaziran sumber. Perkongsian hasil

alam sekitar menyerlahkan sikap tanggung jawab terhadap eleman semulajadi dengan

mengelakkan pembaziran. Islam menganggap membazir sebagai perbuatan yang tidak wajar.

Membazir dari sudut alam sekitar bermakna menggunakan alam sekitar atau elemen-elemen di

dalamnya secara lebihan keperluan atau menggunakan alam sekitar dengan tidak sepenuhnya

(Mashitoh, 1999). Berdasarkan kefahaman berkenaan, pengarang mengangkat watak Ejim

sebagai watak yang mengamalkan interaksi yang harmoni dengan alam sekitar tanpa melakukan

65
pembaziran, malah menggunakan sumber secara berkongsi. Ini dapat disaksikan seperti petikan

berikut;

Ejim menarik rakit naik ke darat setelah menyuruh mereka meneruskan perjalanan.
Rakit didamparkan di situ supaya dapat digunakan lagi. Mungkin ada orang lain
yang hendak ke seberang, bolehlah mereka menggunakan rakit itu. Malah Ejim
membuat rakit itu bukan untuk dirinya sendiri sahaja. Sesiapa sahaja boleh
gunakannya.
(Semangat Hutan; 411)

Watak Ejim dalam Semangat Hutan hanya menggunakan eleman alam sekitar

berdasarkan keperluannya sahaja. Dia hanya menangkap ikan dan mengutip tumbuhan hutan

berdasarkan keperluan dirinya (hal. 156). Ayat “Ejim jarang sekali memburu binatang seperti

rusa dan pelanduk untuk dijadikan makanan. Selalunya Ejim hanya memburu ayam denak yang

kadangkala berkeliaran di hutan itu” (Semangat Hutan; 156) menjelaskan kepada pembaca

bahawa watak ini tidak melakukan pembaziran sumber. Rusa atau pelanduk merupakan fauna

hutan yang besar saiznya dan tidak akan habis dimakan oleh watak ini, berbanding ikan atau

ayam denak yang diperolehnya dari hutan.

Kesedaran untuk menjaga kelangsungan hutan telah mendorong ke arah penjagaan dan

pemuliharaan. Ini terserlah dalam ayat “Jarang sekali Ejim menebang pokok-pokok di hutan itu

untuk dibuat kayu api. Dia lebih suka mengutip kayu-kayu mati yang bertaburan di atas tanah”

(Semangat Hutan; 49) yang menonjolkan sikap Ejim yang lebih suka mengutip kayu kayan mati

bagi memenuhi keperluan seharian berbanding melakukan penebangan. Ejim juga tidak akan

membunuh binatang sesuka hati tanpa sebab yang munasabah seperti dialog “…Ular tu tak

66
menyerang kamu lagi. Biarlah ular tu hidup di hutan ni,” (Semangat Hutan; 375). Meneliti dari

sudut alam sekitar, interaksi dengan alam sekitar bersifat tidak menganiaya makhluk yang lemah.

Aliran biosentrisme dalam etika alam sekitar mengamalkan prinsip ini untuk mengawal

kelangsungan alam sekitar dan memberi hak intrinsik kepada benda-benda bukan hidup

(Mashitoh, 1999).

Kecintaan watak Ejim terhadap alam sekitar telah menjadikan watak ini sanggup berkorban

dan melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan hutan tersebut. Pengarang membentuk

watak ini sedemikian rupa didorong sifat kecintaan dan rasa bertanggung jawab untuk

menunaikan amanah bapanya (Tombiruo; 2, 3). Kecintaan berkenaan tidak sahaja dipaparkan

melalui cara watak berfikir dan bertindak, malah dikukuhkan lagi dengan dialog;

“Hutan ini adalah tempat tinggal aku. Ini semua wasiat bapa aku Pondolou. Aku
raja di hutan ini! Orang luar yang datang dan buat kacau, aku akan memerangi
mereka habis-habisan!”
(Semangat Hutan; 396)

Pengarang mempunyai alasan tersendiri dengan setiap perlakuan watak yang dicipta.

Gabungan interaksi yang bersifat harmoni dan mesra alam ini membentuk satu karya yang lebih

mantap sifatnya, kukuh elemannya dan menyerlah nilai serta etika terhadap alam sekitar.

Gabungan semua ini seterusnya membentuk karya sastera yang berilmu dan berinformasi

sifatnya.

67
2 Kesan Pembangunan

Setelah mencapai kemerdekaan, penduduk Malaysia percaya kekayaan sumber alam yang

selama ini disalurkan oleh pihak penjajah ke negara asal mereka akan dikecapi sepenuhnya.

Kemerdekaan membawa kemakmuran sehingga dasar-dasar ekonomi yang diumumkan oleh

kerajaan menekankan pencapaian kemajuan (pertumbuhan), nasionalisme dan kesaksamaan

ekonomi (http://members.lycos.co.uk/nabirz/kk-ujgpg.htm). Pertumbuhan pesat Malaysia telah

membawa pembangunan dari pelbagai sudut seperti ekonomi, infrastruktur, dan sosial melalui

pelaksanaan pelbagai dasar pembangunan negara. Walaupun begitu, pada masa yang sama

pembangunan berkenaan ternyata meninggalkan pelbagai masalah sosial, ekonomi dan alam

sekitar yang mula disedari mutakhir ini. Pembangunan ternyata telah menyebabkan banyak

kemusnahan dan kepupusan sumber asli. Matlamat pembangunan yang telah lama bertapak

dalam perancangan negara telah mula dinilai semula untuk mencapai pembangunan yang lebih

bersifat mapan dan mengutamakan kelangsungan sumber.

Di Malaysia pencemaran alam sekitar mula diberi pertimbangan dalam proses

pembangunan negara yang sebelum ini tidak diambil kira. Kemusnahan yang terjadi akibat

perilaku manusia sendiri dalam memenuhi kehendak dan keperluan sosio-ekonomi semasa mula

diambil kira kerana pola penggunaan masyarakat semasa sekiranya tidak dibendung, akan

membawa peningkatan kos sosial yang ditanggung oleh masyarakat sendiri. Nilai pemikiran ke

arah pilihan kemajuan yang lebih selamat sesuai dengan pembangunan mapan perlu dipupuk.

Sekalipun pembangunan membawa banyak kemajuan dan perubahan terhadap taraf hidup

68
masyarakat, namun pembangunan yang tidak bersifat mesra alam telah membawa banyak impak

yang terpaksa ditanggung.

Isu pembangunan telah sering ditemui dalam novel-novel Melayu sebelum ini. Karya-

karya penulis terkenal seperti Shahnon Ahmad melalui Rentong (1965), Ranjau Sepanjang Jalan

(1966), Srengenge (1977) Seluang Menodak Baung (1978) dan sebagainya telah mewarnai dunia

kesusasteraan Melayu. Ramlee Awang Murshid turut mengangkat isu pembangunan di dalam

karya kajian sama ada secara langsung atau tidak langsung. Walau bagaimanapun, isu

pembangunan yang diangkat pengarang ini dilihat dari sudut agak berbeza, iaitu kesan yang

ditimbulkan oleh pembangunan terhadap alam sekitar.

Pencemaran merupakan impak utama terhadap alam sekitar sekiranya proses

pembangunan yang bersifat mapan dan mesra alam tidak diamalkan. Pembangunan mapan atau

pembangunan yang bersifat lestari mengamalkan bentuk pembangunan berterusan, melalui

konsep melakukan pembangunan untuk kemudahan generasi hari ini tanpa mengabaikan

(menjejaskan) keperluan atau keupayaan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka. Ini

bermaksud, proses pembangunan berkenaan menitikberatkan peningkatan mutu kehidupan

manusia dengan memastikan bahawa pada masa yang sama tidak melampaui kemampuan

ekosistem yang menampung kehidupannya. Oleh itu, pembangunan berterusan sebenarnya satu

proses perubahan yang melibatkan eksploitasi sumber, arah pelaburan, orientasi pembangunan

teknologi dan perubahan institusi, tetapi pada masa yang sama berada dalam keadaan harmoni

yang seterusnya meningkatkan potensi semasa dan masa hadapan untuk memenuhi keperluan

dan inspirasi manusia (Mashitoh, 1999).

69
Proses pembangunan dan pertumbuhan penduduk yang pesat telah mewujudkan masalah-

masalah kemanusiaan dan kemasyarakatan, malah melibatkan juga krisis alam sekitar. Isu

pencemaran merupakan antara impak yang terpaksa ditanggung akibat proses pembangunan

yang tidak seimbang. Pengarang telah mengutarakan isu ini hanya berkisar terhadap pencemaran

udara dan pencemaran bunyi sahaja dalam novel-novel kajian.

Bunyi yang tidak dikehendaki seperti yang dihasilkan kapal terbang, traffik atau jentera

industri, dikira sebagai pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi bising berpunca dari guna tanah

yang bersaingan dan tidak sepadan terutamanya gabungan antara kawasan kediaman dan tujuan

komersial, jalan raya atau lebuh raya dan pembangunan industri di kawasan-kawasan bandar dan

pertumbuhan pusat-pusat yang lain serta peningkatan pergantungan para pekerja kepada

pengangkutan persendirian berbanding pengangkutan awam (Mashitoh, 1999). Kajian Jabatan

Alam Sekitar di bandar-bandar utama seluruh negara sejak tahun 80-an menunjukkan bahawa

sebahagian besar bandar mempunyai aras bunyi bising yang melampaui standard 65 dBA yang

disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (Jamaluddin, 2001).

Pencemaran bunyi bising merupakan suatu masalah yang kian meningkat terutama di

kawasan-kawasan bandar dan kawasan kediaman. Sebahagian besar daripada masalah

pencemaran bunyi bising di negara ini berpunca daripada bunyi bising trafik, sama ada di darat

(kenderaan bermotor dan keretapi) ataupun di udara (kapal terbang). Peningkatan kemajuan

pembangunan dalam berbagai-bagai sektor ekonomi dan sosial telah meningkatkan

penggantungan manusia kepada pelbagai jenis kenderaan bagi tujuan pengangkutan dan

70
perhubungan (Janaluddin, 1993). Perbandingan kenyaringan bunyi yang diukur dalam unit

desibel dBA dari pelbagai sumber boleh dilihat dalam jadual berikut;

Jadual 1: Punca Bunyi dengan Ukuran Kenyaringan

Jenis bunyi Kenyaringan bunyi (dBA)


Desiran daun 10
Berbisik 20
Bercakap 40
Menjerit 50
Laluan kenderaan 70-80
Jenis bunyi Kenyaringan bunyi (dBA)
Penggerak jalan 90
Disko 110
Kapal terbang 130
Sumber: http://www.clh.com.my/sekolah/Team213/Isu/isu4.htm.

Kesedaran pengarang tentang kesan terhadap pencemaran bunyi boleh disaksikan melalui

ayat “deruman enjin motosikal makin membingit” (Tombiruo; 37). Ini diperincikan lagi dalam

ayat “Malam semakin larut namun tidak ada istilah sunyi di kawasan pinggir bandaraya itu.

Deruman motosikal anak-anak muda melintasi kawasan perumahan itu mencemari sunyinya

malam” (Rangau; 28). Beberapa ayat mudah yang dipaparkan pengarang mempunyai makna

yang mendalam jika dilihat dari sudut alam sekitar. Isu pencemaran alam sekeliling akibat bunyi

bising seumpama ini mendedahkan kepada pembaca tentang hal ini yang ditimbul pengarang ini

secara tidak langsung.

Pencemaran udara juga turut mendapat perhatian pengarang muda ini. Manusia telah

mencemari atmosfera sejak mereka mula tahu menggunakan api dalam kehidupan mereka untuk

aktiviti pertanian, pemanasan dan memasak. Walau bagaimanapun, pencemaran hanya menjadi

71
masalah yang serius apabila Revolusi Industri bermula pada abad ke-18 dan ke-19. Menyedari

hakikat berkenaan, penulis ini telah mengangkat isu pencemaran udara dalam novel kajian yang

dapat dikesan berdasarkan ayat “Ayah, jerebu tebal! KL tidak nampak!” (Tombiruo; 511).

Jerebu merupakan satu fonomena atmosfera yang disebabkan kehadiran zarah-zarah

terapung di ruang atmosfera. Zarah-zarah yang sangat kecil saiznya pada kepekatan yang tinggi,

akan menyerap cahaya matahari menyebabkan berlaku penurunan jarak penglihatan, seterusnya

mencetuskan suasana atmosfera yang kelam (Abdullah, 1999). Jerebu telah menjadi fonomena

biasa di kawasan bandar dan kawasan industri kerana berlaku peningkatan kuantiti bahan-bahan

pencemar dari sumber antropogenik yang dikeluarkan ke udara

(http://www.kjc.gov.my/people/environ/haze3.htm)(http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel

_kesihatan/jerebu.htm). Zarah-zarah atau pertikel ini mungkin berasal dari alam semulajadi

ataupun kesan sampingan dari aktiviti manusia. Jamaluddin Jahi (2002) yang memetik pendapat

Sham Sani (1997) menyatakan bahawa episod jerebu teruk yang melanda negara penghujung alaf

lepas dikatakan berpunca daripada pembakaran dan kebakaran hutan di negara jiran. Jerebu yang

teruk melanda negara berlaku pada April 1983, Ogos 1990, Jun 1991, Oktober 1992, Ogos dan

September 1994 dan 1996, tetapi berada pada tahap yang serius dari bulan Julai hingga

September 1997 kerana kepekatan terampai yang sangat tinggi dalam tempoh tersebut (Abdullah,

1999). Kemunculan jerebu hampir setiap tahun sejak dekad 80-an lagi terutama di sekitar

kawasan perindustrian utama menggambarkan bahawa masalah ini tidak sahaja berpunca dari

negara jiran semata.

72
Selain jerebu, punca utama pencemaran udara juga dikesan dari kenderaan bermotor,

yang dikatakan sebagai penyumbang terbesar (Jamaluddin, 2001). Kenderaan merupakan punca

utama pencemaran udara iaitu dua kali ganda lebih daripada mana-mana jenis bahan kimia

pencemar atau 82 peratus jumlah pencemaran udara (Muhd. Zuki & Hamidah, 2001). Kepekatan

plumbum dalam minyak kenderaan di Malaysia ialah 0.84 g seliter, iaitu jumlah tertinggi di

dunia berbanding minyak kenderaan di Perancis (0.64g), Itali (0.4g), Jerman Barat (0.15g),

Switzeland (0.54g) dan Amerika Syarikat (0.33g), manakala Britain tidak membenarkan

plumbum ditambah dalam minyak tanpa plumbum dan minyak berkepekatan plumbum (Zuraida,

1989). Walaupun begitu, pada tahun 1998, semua 45 sampel petrol plumbum yang diambil

secara rawak dari stesen minyak seluruh negara didapati mematuhi paras plumbum 0.15 gram

per liter yang ditetapkan di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kepekatan Plumbum

dalam Gasolin Motor) 1985 (Laporan Jabatan Sains dan Alam Sekitar, 1998).

Sebelum kewujudan manusia, alam sekitar tercemar oleh unsur-unsur semulajadi seperti

gunung berapi, habuk, hakisan tanah, bahan-bahan garam dari lautan, hidrogen sulfida dari

pereputan organik dan bakteria, tetapi alam masih mampu menghadapinya secara semulajadi.

Aktiviti manusia telah menambah kesan pencemaran berkenaan sehingga tidak mampu

ditanggung oleh persekitaran.

Sekalipun ayat “asap berkepul-kepul keluar dari ekzos mencemari udara” (Tombiruo;

37) kelihatan mudah dan sederhana, namun ayat berkenaan menyerlahkan satu bentuk

pencemaran yang besar kesannya kepada alam sekitar sedang berlaku. Di Malaysia, lebih

daripada tiga juta tan bahan cemar dilepaskan oleh kenderaan bermotor sepanjang 1996 seperti

73
dilaporkan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pembahagian bahan cemar berkenaan adalah 2.4 juta

tan karbon monoksida, 458 ribu tan hidrokarbon, 146 ribu tan nitrogen oksida dan 19 ribu tan

zarah ke udara setiap tahun (Muhd. Zuki, Hamidah, 2001). Pada tahun tersebut dianggarkan

terdapat lebih 7 juta kenderaan bermotor di Malaysia.

Belanjawan 2002 yang dibentangkan di Dewan Negara menyatakan bahawa kenderaan

bermotor telah menyumbang 67.8% kepada jumlah duti eksais negara membayangkan bahawa

kenderaan bermotor mendapat permintaan yang tinggi di negara ini (Belanjawan, 2002). Kadar

pelepasan bahan cemar di kawasan yang tinggi kepadatan penduduknya, kadangkala melebihi

kadar pembersihan semulajadi yang mampu dilakukan atmosfera. Pengarang ternyata menyedari

tentang situasi ini dan diserlahkan seperti ayat “Deruman enjin motosikal makin membingit. Asap

berkepul-kepul keluar dari ekzos mencemari udara. Apabila sampai di hadapan Baizura, Nik

Hussin segera mematikan enjin motosikalnya yang kian uzur” (Tombiruo, 37). Tiga ayat pendek

berkenaan menggabungkan kedua-dua pencemaran bunyi dan pencemaran udara dengan bentuk

yang mudah dan jelas.

Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat antara tahun 1991 hingga 1997 telah memberi

sumbangan besar kepada perubahan struktur sosial dan ekonomi negara yang mengarah kepada

perkembangan pesat perindustrian dan pembandaran menyebabkan berlaku migrasi dari luar

bandar ke bandar. Penghijrahan penduduk yang pesat ini tidak mampu ditampung oleh sektor

perumahan (http://www.kpkt.gov.my/buletin/peka3-2000/setinggan.htm). Proses pembangunan

yang tidak seimbang telah menwujudkan satu sistem perbandaran yang tidak sempurna.

74
Pembangunan pesat pada bahagian tertentu bandar dan mengabaikan bahagian lain mewujudkan

satu fonomena setinggan di tengah kepesatan pembangunan dan pembandaran.

Kajian terhadap setinggan di seluruh negara mendapati bahawa terdapat sebanyak 114,

944 unit bangunan setinggan berjumlah 557, 679 orang yang wujud di seluruh negara. Sejumlah

1, 032 kampung setinggan wujud di Malaysia khususnya di Selangor, Wilayah Persekutuan,

Kuala Lumpur dan Sabah. Kebanyakan petempatan setinggan ini terletak di kawasan pantai (atas

laut), bekas lombong, rizab jalan, rizab sungai, rizab keretapi dan kawasan pinggir bandar yang

belum dibangunkan (http://www.kpkt.gov.my/buletin/peka3-2000/setinggan.htm).

Golongan penulis kreatif memandang isu ini sebagai sebahagian daripada masalah sosial

yang mengganggu kehidupan masyarakat Malaysia yang diserlahkan dalam karya. Isu setinggan

telah disentuh dalam Rangau, menyerlahkan keprihatinan pengarang ini terhadap masyarakat

pinggiran seumpama ini seperti petikan berikut;

Dia lahir dalam keluarga yang miskin. Ibunya bekerja mengambil upah mencuci
pakaian. Pendapatan yang tidak tetap. Kadangkala dalam sehari ibunya langsung
tidak mendapat sebarang upah kerana tidak ada pakaian yang hendak di cuci.
Mereka dua beranak tinggal di sebuah petempatan setinggan. Kehidupan mereka
benar-benar daif.
(Rangau; 109)

Setinggan menjadi sebahagian penyebab berlakunya banjir kilat di kawasan bandar selain

faktor lain seperti pembandaran, pembinaan bangunan bersimen dan berbatu, jalan raya bertar,

medan letak kereta berasphalt, stadium, gelanggang permainan dan pelbagai struktur tidak telap

air yang mengurangkan keupayaan permukaan bandar untuk menyerap dan menyimpan air.

75
Kawasan setinggan yang tidak terurus infrastruktur seperti sistem perparitan yang tidak

sempurna, pelupusan sampah sarap yang tidak sistematik hingga menyebabkan berlaku

penyumbatan salur larian air dan limpahan, menyebabkan air larian permukaan dalam jumlah

yang banyak tidak mampu mengalir secara sempurna. Limpahan ini akan menyebabkan berlaku

banjir kilat.

Banjir kilat merupakan kejadian banjir yang berlaku secara lokal pada skala kecil, dengan

hidrograf menunjukkan pencapaian aliran puncak (puncak banjir) dalam tempoh yang singkat

(biasanya setengah jam hingga kurang sejam selepas hujan). Kapasiti longkang dan sungai tidak

mampu menampung aliran luahan yang begitu banyak menyebabkan berlaku banjir kilat

(http://www.el.net.my/pcghs/banjir.html). Akibatnya, kebanyakan bandar besar yang terletak di

dataran banjir di Malaysia yang mempunyai kadar binaan padat, kadar risiko, pendedahan dan

vulnerabiliti manusia kepada banjir kilat telah meningkat dengan ketara kebelakangan ini. Pada

tahun 1996 sahaja terdapat 100 kejadian banjir telah dilaporkan di kawasan Lembah Kelang

sahaja (Persatuan pengguna, Mac 1998). Kejadian banjir kilat yang serius di beberapa bandar

utama negara seperti Georgetown (1991), Kuala Lumpur (1993) Bukit Mertajam dan sebagainya

menunjukkan bahawa masalah ini semakin buruk dan perlu ditangani secara wajar.

Situasi banjir kilat juga dikemukakan pengarang ini secara mudah dan sederhana. Masalah

ini menjadi sebahagian daripada perkara yang berlaku apabila pembangunan lestari dan mapan

tidak dilaksanakan secara seimbang. Pengarang telah mengetengahkan tentang masalah banjir

kilat yang kerap berlaku di tengah bandaraya seperti berikut;

76
Petang itu hujan lebat di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Lalu lintas sesak dengan
kenderaan. Bunyi hon membingit. Riuh rendah menghingari jalan raya. Ramai
warga kota yang berteduh di perhentian bas dan teksi, malah terdapat juga mereka
yang mengurung diri di kompleks-kompleks membeli-belah. Menghindari diri dari
hujan yang seakan tidak mahu berhenti. Turun , selebat-lebatnya. Sesekali
dentuman guruh kedengaran. Terlalu kuat seakan membelah angkasa. Bila hujan
lebat begitu, tentu sekali terdapat beberapa kawasan yang akan mengalami banjir
kilat. Namun hujan lebat itu juga merupakan penawar di musim kemarau.
Menyejukkan bumi setelah bahang panas melanda bandaraya sejak dua bulan yang
lalu.
(Rangau; 499)

Pembangunan yang pesat berlaku sekitar ibu kota umpamanya telah menjadikan pusat

bandar Kuala Lumpur-Petaling Jaya-Shah Alam-Kelang muncul sebagai konurbasi bandar

berterusan sepanjang Lembah Klang menjelang tahun 2020. Keluasan bandar di Lembah Klang

dianggarkan 80 peratus pada tahun 2005. Selangor mempunyai kadar kepesatan pembangunan

yang tinggi berbanding negeri lain di negara ini. Pertambahan kawasan tepubina di kawasan

pusat bandar di Malaysia akan menyebabkan bencana banjir kilat menjadi semakin buruk

daripada segi kekerapan dan magnitud. Ini berlaku berikutan pemilihan tempat menetap di

kawasan dataran banjir, tidak lagi mengambil berat tentang ancaman dan bahaya banjir,

menguruskan banjir dengan tidak baik, memajukan tanah dengan berlebihan terutamanya

kawasan bukit dan memusnahkan sumber hutan dalam kadar yang tidak dapat disesuaikan

kepada sistem semulajadi (Chan, 2002).

Pembandaran yang berlaku secara pesat juga mengundang isu kesesakan trafik.

Kesesakan trafik ini pula menyumbang kearah pencemaran bunyi dan pencemaran udara yang

disumbangkan kenderaan bermotor. Isu kesesakan trafik yang berlaku di tengah-tengah

77
bandaraya Kuala Lumpur turut menarik perhatian pengarang ini. Situasi kesesakan trafik ini

digambarkan pengarang seperti “Sesekali anak matanya dialihkan pula ke arah deretan

kenderaan di Jalan Raja Laut. Bergerak terhenjut-henjut kerana kesesakan yang padat”

(Rangau;500) dan “Juliana tersenyum sinis apabila melihat kereta itu tersekat-sekat

pergerakannya kerana lorong laju juga mengalami kesesakan. Seperti tadi kenderaan bergerak

perlahan” (Mandatori; 262). Selain itu situasi kesesakan trafik di jalan raya yang teruk boleh

mengganggu kesihatan seperti stress, migrain dan hilang kawalan diri.

Malaysia mendapat sumber tenaga dari jana kuasa elektrik bersumberkan petroleum.

Penggunaan sumber seumpama ini akan susut dalam satu jangka masa yang panjang dan lama

kelamaan akan habis seperti yang berlaku terhadap sumber arang batu, bijih besi, bijih timah dan

bauksit. Keperluan terhadap tenaga yang kian meningkat menuntut satu sumber alternatif untuk

menentukan kelangsungan tenaga berkenaan. Terdapat beberapa alternatif yang boleh digunakan

dari sumber alam yang boleh menghasilkan sumber tenaga secara berpanjangan iaitu matahari,

angin, ombak dan air.

Tenaga air yang mengalir di bawah kuasa graviti telah digunakan berkurun lamanya

untuk memutarkan kincir air dan kini telah digunakan pada skala yang besar untuk menjalankan

turbin. Kuasa elektrik hidro kini menyumbang 5 hingga 10 peratus pengeluaran tenaga pada

masa ini (Watson, J, 1993). Keperluan terhadap sumber tenaga yang berterusan inilah

mendorong Malaysia untuk membina sebuah lagi terusan seperti Bakun. Empangan bukan satu

prinsip teknologi atau idea baru tetapi telah diamalkan dalam tamadun-tamadun awal seperti di

Asia Tengah dan Kampuchea, meninggalkan bukti kemahiran kejuruteraan mereka dalam

78
pembinaan empangan dan taliair. Empangan pertama yang direkodkan telah dibina lebih kurang

5 000 tahun dahulu di Mesir untuk memperbaiki pertanian dan membekalkan kuasa serta sumber

air yang terjamin (Zuraida, 1989).

Semakin moden hidup manusia, semakin besar empangan dibina, yang dapat mengubah

dan mengatur sungai-sungai yang terlibat. Perkembangan teknologi manusia telah

membolehkannya membina empangan yang besar saiznya, merangkumi kawasan yang lebih

luas, kos yang tinggi serta menghasilkan jumlah tenaga yang banyak. Pembinaan empangan telah

membawa perubahan kepada kehidupan manusia, terutama dari sudut ekonomi (Zuraida, 1989).

Pembinaan empangan hidro jika dilihat dari sudut alam sekitar memang akan memberi

impak terhadap keseimbangan alam. Pembinaan projek-projek hidro mempunyai kaitan rapat

dengan pembangunan dan perindustrian negara, sekaligus peningkatan ekonomi. Perkembangan

yang pesat dalam berbagai-bagai industri menyebabkan lebih banyak bekalan elektrik

diperlukan, sedangkan jumlah bahan bakar semakin hari kian susut.

Pada masa ini, Malaysia banyak bergantung kepada sumber minyak sebagai punca tenaga

yang melibatkan 93 peratus daripada penggunaan tenaga keseluruhan. Peningkatan penggunaan

sumber tenaga ini dari tahun ke tahun menyebabkan negara terpaksa beralih kepada sumber

tenaga lain. Pembinaan empangan untuk mendapatkan tenaga elektrik merupakan salah satu cara

untuk menampung keperluan ini. Malaysia mempunyai banyak kawasan yang berupaya untuk

menghasilkan tenaga elektrik secara hidro.

79
Beberapa buah empangan telah dibina hingga kini seperti empangan Kenyir, dan

empangan Temenggor. Empangan Kenyir umpamanya telah menenggelamkan seluas 369 000

hektar kawasan, berkeupayaan menakung 16.5 juta meter air dengan menghasilkan 400 megawat

tenaga (Ismail Sahid, 1985). Bakun merupakan antara empangan yang masih dalam pembinaan

selain empangan Pergau. Pengarang telah mengangkat isu Bakun dalam Mandatori dengan

mengemukakan fakta, data dan perincian pembinaan serta situasi yang berlaku kepada khalayak.

Ini dapat disaksikan melalui petikan-petikan berikut;

Apabila selesai sahaja pembinaan tiga buah terowong itu maka kerja-kerja
melencongkan air sungai akan dimulakan. Satu kawasan kering akan dapat
dihasilkan untuk memulakan kerja-kerja pembinaan empagan hidro. Projek
Hidroelektrik Bakun apabila siap nanti akan menjadi kawasan tadahan air terbesar
di Malaysia, malah juga di Asia Tenggara. Projek yang terletak di Sungai Balui itu
berada kira-kira 37 kilometer di Hulu Pekan Belaga. Kawasan yang akan dibanjiri
merangkumi 695 kilometer persegi beersamaan 70 ribu hektar. Dan ia hanya 0.5
peratus daripada jumlah keseluruhan negeri Sarawak. Hidroelektrik Bakun
berkeupayaan menghasilkan 2400 megawatt kuasa elektrik.
(Mandatori; 57)

“Kawasan tadahan air seluas 695 kilometer persegi cuma akan menenggelami
Sungai Balui dalam bentuk memanjang. Kawasan sumber air pula seluas 14, 750
kilometer persegi dan bersumber dari Sungai Bahau, Sungai Linau dan Sungai
Marua tidak sekali-kali akan memusnahkan alam semulajadi seperti hutan, bukit
dan tumbuh-tumbuhan yang lain di sini,” Hambali menyanggah kenyataan awal
daripada wanita di hadapannya itu.

(Mandatori; 86)

“Kawasan yang akan dibanjiri nanti merangkumi 695 kilometer persegi dan ia
merupakan hanya 0.5 peratus dari keluasan keseluruhan negeri Sarawak. Hidro itu
nanti berupaya menghasilkan 2 400 megawatt kuasa elektrik dan akan memberikan
Sarawak peluang-peluang sosioekonomi bagi persediaan rakyat negeri ini
mengambil bahagian di dalam pembangunan industri-industri utama yang
mempelbagaikan ekonomi negeri,” Hambali melanjutkan hujahnya dengan satu
semangat yang agak luar biasa.
(Mandatori; 86-87)

80
Pengarang telah menampilkan watak Rita Lee sebagai wartawan asing yang ditugaskan

untuk memburukkan projek berkenaan di media antarabangsa. Ini dapat dikesan dari peringkat

awal lagi melalui dialog-dialog sinis yang dikemukakan wanita itu seperti ayat

“Kemudian…lebih kurang tujuh ribu penduduk di sini akan merempat tak berumah?” (hal. 86).

Watak Hambali yang menjadi jurutera yang bertanggungjawab mengendalikan perjalanan

pembinaan Bakun digambarkan bersifat tenang menghadapi situasi berkenaan. Malah watak ini

telah memberi penerangan secara terperinci tentang langkah-langkah yang diambil pihak

berkuasa bagi mengatasi pelbagai masalah di kawasan berkenaan, umpamanya seperti petikan

berikut;

“Kerajaan telah menyediakan kawasan penempatan semula yang dilengkapi


dengan pelbagai kemudahan asas. Sekolah, klinik, jalan raya, elektrik dan air
bersih. Di samping itu sebuah bandar baru akan diwujudkan di Hulu Sungai
Belaga. Kumpulan etnik Orang Ulu yang terdiri daripada Kayan, Kenyah, Kajang,
Ukit dan Penan akan menikmati kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh
kerajaan itu. Mereka juga perlu didedahkan dengan kemajuan dan sebagai rakyat
Malaysia…mereka juga berhak untuk menikmati pembangunan,” hujah Hambali.
(Mandatori; 86)

Pengarang sebaliknya cuba mengetengahkan rasional mengapa pembinaan empangan

Bakun perlu diteruskan, seterusnya mengemukakan faedah yang akan diperoleh penduduk

tempatan. Ini diserlahkan seperti petikan;

“Kawasan yang akan dibanjiri nanti merangkumi 695 kilometer persegi dan ia
merupakan hanya 0.5 peratus dari keluasan keseluruhan negeri Sarawak. Hidro itu
nanti berupaya menghasilkan 2 400 megawatt kuasa elektrik dan akan
memberikan Sarawak peluang-peluang sosioekonomi bagi persediaan rakyat
negeri ini mengambil bahagian di dalam pembangunan industri-industri utama
yang akan mengutamakan mempelbagaikan ekonomi negeri,” Hambali
melanjutkan hujahnya dengan satu semangat yang agak luar biasa.
(Mandatori; 86-87)

81
Pengarang secara langsung telah mengemukakan banyak maklumat, data dan fakta

berkaitan Bakun yang menjadi isu `panas‟ negara kini. Pembaca mendapat maklumat secara

tepat, lengkap dan menyeluruh tentang projek berkenaan, termasuk kesan yang akan dialami

apabila empangan Bakun beroperasi kelak. Walau bagaimanapun, kesan akibat pembinaan

empangan terhadap persekitaran dan negara hanya dikemukakan dari sudut positif sahaja, tanpa

menampilkan impak negatif yang juga terpaksa diterima seperti kehilangan flora dan fauna

akibat penenggelaman kawasan hutan berkenaan. Sekalipun begitu, cubaan yang dilakukan

pengarang ini patut dipuji kerana ketekunan dan keprihatinannya terhadap isu empangan Bakun

yang selama ini dianggap sebagai membazir dan merugikan. Pengarang melalui watak Hambali

mampu menyakinkan pembaca tentang keperluan pembinaan empangan Bakun berkenaan

terutama kepada negeri Sarawak dan Malaysia amnya.

3. Pembalakan

Dianggarkan bahawa satu pertiga daripada permukaan bumi diliputi oleh hutan. Hutan hujan

tropika terdiri daripada 23 peratus atau 935 milion hektar daripada keluasan hutan dunia yang

berjumlah kira-kira 4 000 milion hektar. Anggaran keluasan hutan di dunia diklasifikasikan

seperti jadual berikut;

82
Jadual 2: Anggaran Keluasan Hutan Dunia

Negara/ Kawasan Luas (hektar)


Eropah 140, 000
USSR 910, 000
Utara dan tengah Amerika 815, 000
Amerika Selatan 908, 000
Asia 458, 000
China 76, 000
Afrika 639, 000
Ocenia 81, 000
Jumlah 4, 028, 000
(Sumber: Abdullah, 1999)

Hutan tropika yang utuh mengandungi berjuta-juta spesies kehidupan yang bukan sahaja

terdiri daripada haiwan dan tumbuhan tetapi spesies-spesies kulat dan mikroorganisma yang

tidak dapat dilihat mata kasar. Hutan tropika mengandungi lebih banyak spesies kehidupan

berbanding hutan di kawasan latitud tinggi (Mohd. Nordin, 1997). Terdapat sebanyak 14, 500

spesies flora dan 1,000 spesies fauna vetebrata di hutan hujan Malaysia yang merupakan satu

keunikan dan kekayaan semulajadi negara. Setiap hidupan di muka bumi mempunyai fungsi

yang tersendiri.

Hutan Malaysia merupakan antara hutan yang tertua di dunia, iaitu lebih kurang 150

hingga 180 juta tahun, dianggarkan mempunyai tidak kurang 7, 900 spesies tumbuhan berbunga

dan 800 spesies tumbuhan tak berbunga (Abdullah, 1999). Malaysia mempunyai kawasan hutan

yang luas iaitu hampir 19 juta hektar atau 58 peratus daripada 32.8 juta hektar keluasan negara.

Lebih 14.3 juta hektar atau 43.5 peratus daripada keluasan negara telah dikelaskan sebagai hutan

kekal dengan 3.5 juta hektar hutan dilindungi, manakala baki 10.8 juta hektar hutan adalah hutan

pengeluaran (Muhd Zuki & Hamidah, 2001). Menurut Asirvatham, J.M. (2001), pembahagian

hutan negara secara lebih menyeluruh, boleh dilihat seperti berikut;

83
In Peninsular Malaysia there are 5, 938, 068 ha of total forested land, which
constitutes some 45.1% of the total land area. Of this, 4, 853, 046 ha are Permanent
Reserve Forest (PFR) and 87 (23, 002 ha) Virgin Jungle Reserves (VJR). The main
types of forests found in Peninsular Malaysia are the Dipterocarp Forest, Peat
Swamp Forest, and Mangrove Forest and Forest Plantation Covers. In Sarawak, it is
estimated that about 8, 445, 199 ha are forests area and in Sabah, there are 61.77%
forested land or 4, 553, 161 area in hectares.

Dasar Perhutanan kebangsaan telah diwujudkan pada 1978, disusuli dengan Akta

Perhutanan Negara 1984 bagi memulihara khazanah hutan tempatan. Ini berikutan berlaku

kemerosotan mutu sumber hutan negara. Othman Abdul Manan (1991) yang dipetik Jamaludin

Jahi (2001) menyatakan bahawa terdapat kira-kira 69 peratus kawasan Malaysia dilitupi hutan

pada 1966, tetapi telah berkurangan dengan banyaknya akibat pembalakan dan pembukaan tanah

untuk pertanian, petempatan, pembinaan infrastruktur serta pembangunan lain. Pada 1990,

dianggarkan hanya tinggal 61.2 peratus sahaja kawasan negara ini yang dilitupi hutan dengan 47

peratus daripadanya terletak di Semenanjung Malaysia. Jumlah keluasan hutan di Malaysia pada

1999 lebih kurang 19.24 juta hektar atau 58.6 peratus daripada keluasan negara dengan

sebahagian besarnya terletak di Sabah dan Sarawak. Ini boleh dilihat melalui jadual di bawah;

Jadual 3: Keluasan Hutan di Malaysia (mengikut tahun – juta hektar)

Kawasan\ Tahun 1980 1987 1989 1990 1991


Semenanjung Malaysia 6.36 6.4 6.32 6.27 6.11
Sarawak 8.82 9.4 8.71 8.71 8.70
Sabah 5.36 4.4 4.44 4.44 4.43
(Sumber: Perangkaan kementerian Perusahaan Utama, 1992)

84
Pokok adalah bahagian intrinsik hutan dunia yang memberi khidmat yang tidak ternilai

kepada manusia dalam bentuk mengawal iklim, kawasan tadahan air, perubatan, makanan dan

kayu kayan. Eksport kayu kayan dari negara membangun pada 1989 berjumlah RM 34 bilion,

manakala nilai perniagaan rotan di seluruh dunia adalah RM 5.08 bilion setahun. Selain balak

hutan juga mengeluarkan hasil dari pelbagai sumber ekonomi seperti getah, damar, steroid, rotan,

buluh, rempah, minyak dan pewarna yang menjadi bahan asas menghasilkan pelbagai barangan

(Muhd Zuki & Hamidah, 2001), manakala balak pula menjadi sebahagian daripada sumber

ekonomi negara.

Pembalakan menjadi isu yang dikemukakan pengarang dalam novel Tombiruo dan

Semangat Hutan. Pengarang mengangkat industri pembalakan negara di negeri Sabah sebagai isu

utama dalam kedua-dua novel ini. Dalam novel Tombiruo, syarikat pembalakan yang diusahakan

keluarga Tuan Berham telah diancam dengan kegiatan pembalakan haram yang sanggup

melakukan apa sahaja termasuk pembunuhan yang dirancang dengan rapi. Kegiatan pembalakan

haram berkenaan terlalu sukar untuk dibendung (Semangat Hutan; 50), (Tombiruo; 3, 97).

Kegiatan pembalakan haram telah dipaparkan sama ada secara mudah seperti “Pembalak-

pembalak haram semakin rakus melakukan angkara” (Tomburio; 3) dan “Malam ini, pokok-

pokok balak ditebang dengan rakusnya oleh pembalak-pembalak haram” (Tombiruo; 86),

ataupun memaparkan kegiatan ini secara lebih terperinci seperti petikan di bawah;

“Angkat balak-balak tu ke atas lori! Cepat!” jerit seorang lelaki berbangsa Cina.
Orang itu ialah Tauke Wong yang bertindak sebagai ketua pembalakan haram di
daerah pedalaman itu. Apabila dia mendengar berita kematian Tuan Berham, dia
cepat-cepat mengarahkan orang-orangnya memasuki kawasan balak itu. Malam ini,
kawasan balak milik Tuan Berham diceroboh dan pokok-pokok balak dicuri.
Mereka bertindak berdasarkan strategi yang diatur, bekerja pantas dan cekap. Hasil-

85
hasil yang bukan hak diambil sesuka hati ketika keluarga Tuan Berham masih
diselubungi kesedihan.
(Tombiruo; 87)

Pengarang turut memaparkan satu bentuk pembalakan bersifat lestari dengan alam

sekitar. Balak yang sedia ditebang perlu memenuhi kritiria tertentu. Spesies balak yang ditanam

memerlukan masa sekurang-kurangnya 15 tahun untuk matang bagi tanaman ladang hutan dan

sekitar 70 tahun bagi spesies hutan asli (Abdul Hamid, 2000), selain pertimbangan saiz pokok

dan mutu. Pembalakan di kawasan yang dibenarkan perlu menepati syarat tertentu iaitu hanya 7

hingga 12 pokok yang ditebang daripada 500 pokok dalam satu kawasan perhektar. Pokok yang

ditebang juga perlu melebihi diameter 45 cm dan pemilihan pokok dibuat supaya anak-anak

pokok baru berpeluang untuk mendapat cahaya yang cukup selain mewajibkan penanaman

semula (Muhd. Zuki, Hamidah, 2001).

Hanya pokok balak yang matang sahaja yang akan ditebang berdasarkan usia dan ukur lilit

batang balak berkenaan. Pengarang ini telah menjelaskan hal tersebut seperti petikan yang

diturunkan di bawah;

Pokok-pokok yang ditanda menggunakan tag adalah pokok-pokok yang dibenar


tebang, iaitu pokok-pokok di dalam had tebangan di sepanjang kelarian jalan yang
diluluskan. Had batas tebangan yang sesuai adalah – Chengal 65 sentimeter, kaum
Damar (Dipterokarpa) 55 sentimeter dan kaum bukan damar (bukan Dipterokarp)
50 sentimeter. Manakala anggaran isi padu bersih dari kawasan penelitian itu
adalah 85.67 meter padu sehektar.
(Semangat Hutan; 108)

86
Pengarang ini juga ternyata melakukan penyelidikan terperinci tentang perkara yang ingin

disampaikan kepada khalayak. Ini diserlahkan melalui petikan berikut;

Pokok sentang boleh hidup subur di tanah pamah dan di lereng-lereng bukit pada
ketinggian di antara 200 – 300 meter dari paras laut. Ia memerlukan tanah yang
subur dengan PH antara 6.2 – 6.7 dan hujan tahunan 1 600 mm – 2 000 mm.
Kawasan penanaman juga perlu mempunyai saliran yang baik.
(Semangat Hutan; 53)

Permintaan terhadap kayu kayan telah mengakibatkan pemusnahan hutan rimba asal.

Permintaan terhadap kayu binaan dan kertas yang meningkat menyebabkan perusahaan

membalak terus berkembang pesat dan meninggalkan impak negatif terhadap alam sekitar.

Walaupun penanaman semula dilakukan di kawasan penebangan berkenaan, tetapi hakisan tanah

dan banjir yang serius masih berlaku sebelum pokok benar-benar matang kerana penanaman

semula hutan masih merupakan satu bentuk pengubahsuaian terhadap hutan akibat tindakan

manusia. Walau bagaimanapun kegiatan tanam semula ini merupakan salah satu alternatif yang

ada sebagai satu usaha menjaga kelestarian sumber balak negara kerana tanam semula dianggap

mampu mengurangkan kemerosotan hutan negara dengan kadar yang cepat. Tumbuh-tumbuhan

yang menggantikan hutan semulajadi boleh dikatakan sebagai hutan, tetapi spesiesnya tidak

sama seperti pokok asal. Negara-negara Eropah seperti Jerman Barat mengamalkan cara ini

dengan menanam pokok konifer bagi menggantikan hutan oak. Rancangan penanaman semula

hutan turut dijalankan di England, Tunisia dan Maghribi (luar Eropah), Jepun, Korea dan China

(Asia Timur). Ini menyebabkan kawasan hutan yang didapati kini terdiri daripada kawasan

spesies pokok yang berlainan dari spesies asal (Zuraina, 1989). Kegiatan tanam semula ini telah

diterangkan pengarang ini dalam karya kajian seperti petikan di bawah;

87
Separuh dari kawasan seluas dua ribu hektar telah ditanami pokok balak jenis
sentang setelah penebangan dilakukan tujuh tahun lalu. Kini pokok balak yang juga
dikenali dengan nama saintifiknya Azadirachta Excelsa itu mempunyai ukuran
lintang batangnya mencapai 18 inci.
(Semangat Hutan; 52)

Penulis mengutarakan kegiatan tanam semula balak sebagai satu kegiatan

bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Perbandingan antara pembalak bertanggungjawab dan

pembalak haram telah dikemukakan pengarang sebagai satu bentuk perbezaan terhadap cara

menilai alam sekitar. Pembalak yang bertanggungjawab menganggap alam sekitar sebagai

perantara ke arah nilai ekonomi yang perlu dijaga kelangsungannya, manakala pembalak haram

hanya mengutamakan nilai ekonomi semata. Ini boleh disaksikan dalam petikan berikut;

Pembalakan di hutan itu sukar dibendung. Malah kebimbangan itu pernah


disuarakan oleh Ejim kepada adik kembarnya Amiruddin. Menurut Amiruddin,
penebangan pokok-pokok balak di hutan itu akan mengalami proses pertumbuhan
semula. Pokok-pokok balak yang ditebang akan diganti dengan pokok sentang. Dan
perancangan itu akan mengelak dari kepupusan di hutan itu…Namun begitu yang
selalu membuat bencana di hutan itu adalah pembalak-pembalak haram. Mereka
mencuri balak milik orang lain dan membiarkan kawasan penebangan itu begitu
sahaja. Sekitar hutan digondolkan.
(Semangat Hutan; 50)

Pengurusan yang teratur seumpama ini juga membolehkan 1.65 hektar hutan balak yang

ditebang kini ditanam semula, termasuk 64 kawasan sebagai hutan reakreasi, 90, 000 hektar

penanaman balak komersial, 24, 155 hektar tanaman rotan dan 1, 516 hektar pokok buah-buahan

(Muhd. Zuki & Hamidah, 2001). Kegiatan pembalakan yang berharmoni dengan kelestarian

88
alam sekitar juga boleh disaksikan semasa proses pemilihan pokok balak yang akan ditanam

semula. Jarak tanaman di kawasan bukit adalah 3 meter dan di kawasan rata atau bawah daripada

300 meter dari aras laut adalah 6 meter. Menurut Abdul Hamid (2000) terdapat beberapa kriteria

perlu digunakan untuk menentukan spesies pokok yang akan ditanam di ladang kontemporari,

iaitu;

i. jenis pokok yang cepat membesar dan berupaya mencapai saiz balak dalam

tempoh 15 tahun,

ii. dapat menghasilkan kayu yang sesuai untuk kegunaan am atau pelbagai,

iii. mudah ditanam di bawah sistem dan keadaan perladangan, dan,

iv. Mempunyai bekalan biji benih yang banyak terutama bekalan (sumber) tempatan.

Berdasarkan analisis yang dilakukan, pengarang ternyata mempunyai maklumat yang

luas tentang aktiviti dan isu pembalakan negara terutama di Sabah. Isu pembalakan ini telah

membantu menjalinkan plot menjadi turun naik dan mengubah tempo penceritaan pengarang

sehingga karya kelihatan menyakinkan. Ilmu bantu yang dibaurkan dalam karya ternyata

kelihatan sempurna dan mampu menghidupkan suasana, malah menyakinkan pembaca. Ini

secara tidak langsung menyerlahkan satu bentuk karya yang berilmu, bermaklumat dan mampu

menyalur pengetahuan kepada pembaca.

89
4. Kesihatan Awam

Kesihatan awam atau persekitaran merupakan satu bentuk hubungan atau perkaitan antara

kawalan terhadap segala proses fizik, kimia dan biologi yang merupakan faktor yang

mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung, kesihatan fizik, mental dan kesejahteraan

manusia serta masyarakat (Noor Hassim, 1996). Komponan persekitaran iaitu fizik, biologi dan

sosial akan mempengaruhi taraf kesihatan manusia kerana banyak penyakit berasal dari takungan

persekitaran. Manusia pula dianggap sebagai perumah terbaik untuk penyakit bergantung kepada

kekuatan agen penyakit, ketahanan tubuh manusia dan persekitaran.

Analisis terhadap karya mendapati pengarang ini juga cukup prihatin dengan isu

kesihatan awam. Ayat “Selesema yang menyerang masih belum sembuh lagi” (Rangau; 5) sangat

mudah, sederhana dan pendik, tetapi memberi makna yang luas dan menyakinkan. Meneliti dari

sudut perubatan, selesema merupakan suatu sindrom klinikal yang ditandai dengan kataral

hidung yang akan sembuh dengan sendiri. Kebanyakan kes selesema disebabkan virus, termasuk

mikrovirus, koronavirus dan pikornavirus yang ditandai dengan gejala hidung tersumbat, bersin,

sakit kepala, demam, rasa seram sejuk, rinorea dan sakit tekak. Ia tidak mempunyai rawatan yang

khusus tetapi rawatan sokongan akan diberikan untuk mengurangkan rasa tidak selesa

(Baharudin Omar, Abdul Rassip & Aminuddin, 1993).

Rokok terhasil dari tembakau. Tembakau memudaratkan kesihatan manusia dan haiwan

apabila mereka terdedah kepada penggunaannya. Kemajuan dalam penyelidikan sains perubatan

jelas membuktikan hubungan rapat di antara penggunaan tembakau dengan kejadian pelbagai

90
jenis penyakit kronik (http://www.mpsj.gov.my/cybermosque/rokok.html). Kira-kira 2.5 juta

manusia di seluruh dunia dianggarkan mati dalam tempoh setahun akibat penyakit berkaitan

tabiat merokok terutama sakit jantung, barah dan strok (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

dan Hal Ehwal Pengguna, 1999). Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan

kematian tahunan akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah dari 1 juta dalam

pertengahan tahun 1960an kepada 3 juta sekarang. Jumlah ini dianggarkan meningkat lagi

kepada 10 juta setahun menjelang tahun 2020. Bahayanya tidak hanya membabitkan negara-

negara Barat sahaja, malah kian mengancam dan menjadi masalah kesihatan yang paling utama

di negara-negara membangun, termasuk di Malaysia.

Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit, iaitu

kanser pundi kencing, kanser perut, kanser usus dan rahim, kanser mulut, kanser esofagus,

kanser tekak, kanser pankrias, kanser payudara, kanser paru-paru, penyakit saluran pernafasan

kronik, strok, kereputan tulang (osteoporosis), penyakit jantung, kemandulan, putus haid awal,

melahirkan bayi yang cacat, keguguran bayi, mati pucuk, bronkitis, batuk, penyakit ulser peptik,

emfisima, otot lemah, penyakit gusi dan kerosakan mata. Selain itu, perokok pasif juga turut

menerima kesan akibat bahaya asap rokok. Asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok

('mainstream smoke') mengandungi 2 kali lebih banyak nikotin, 5 kali lebih banyak karbon

monoksida, 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah dan 3 kali lebih banyak tar

berbanding kesan yang diterima oleh perokok aktif. Berbanding orang yang tidak terdedah

dengan asap rokok pasif, perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap

pelbagai jenis penyakit iaitu 30% penyakit jantung dan 25% untuk kanser

(http://www.moh.gov.my/bpk/kempen_kk/asap_rokok.htm).

91
Aktiviti merokok yang dianggap aktiviti sejagat ini telah diangkat dalam novel-novel

kajian di sana sini secara mudah seperti “rokok dihisap dan asap dihembuskan” (Mandatori;

148), “Pejabat ini kawasan larangan merokok” (Mandatori; 300) dan “dia mengeluarkan kotak

rokok dari kocek seluar” (Mandatori; 295) atau dihuraikan perlakuan berkenaan secara terperinci

seperti dalam Tombiruo hal 284. Pengarang ini juga turut mengkritik perokok tentang

terdapatnya kesan yang terpaksa ditanggung oleh perokok pada masa hadapan. Walau

bagaimanapun, kesan berkenaan tidak dinyatakan secara tepat oleh pengarang ini seperti petikan

di bawah;

Dia mengeluarkan sebatang rokok dari poket baju, diambilnya sebatang lalu
diselitkan di celah bibir. Rokok dinyalakan dan dia pun menyedutnya dalam-dalam.
Menikmati sepenuhnya rokok yang kononnya menjadi lambang lelaki sejati tanpa
memikirkan akibat dari asap rokok itu.
(Tombiruo, 141)

Kesan lain yang ditanggung perokok aktif turut dikemukakan pengarang dalam Rangau

(hal. 211). Pengarang secara sedar cuba menerapkan pengetahuan tentang kesihatan awam

terhadap pembaca melalui isu ini agar timbul kesedaran tentang bahaya yang akan dihadapi

mereka. Berdasarkan kajian, dipercayai lebih 50 peratus individu lelaki negara ini merokok

semenjak usia remaja (Raihanan, 2002). Merokok boleh meninggalkan impak terhadap kesihatan

yang sangat serius. iaitu;

Merokok mengakibatkan perokok cepat kelihatan tua.

Kanser paru-paru lebih tinggi melibatkan wanita berbanding kanser payudara.

92
8 dari 10 orang yang mula berjinak-jinak dengan kegiatan merokok sering menjadi

ketagihan.

Wanita hamil yang merokok dan menggunakan alat kontraseptik tablet berpotensi untuk

mendapat penyakit jantung dan stroke.

Merokok dapat menyebabkan kanser atau sakit hampir diseluruh bagian tubuh seperti;

mulut, sinus/rongga tulang kepala, otak, payudara, usus besar, sakit kepala, saluran

hidung tidak normal, bersin, batuk dan nyeri tenggorokan, sakit kepala yang membandel

dan pening, meningkatkan berdebarnya jantung dan tekanan darah.

Bayi sangat peka terhadap asap rokok. Bayi yang digendong oleh seseorang dewasa

sambil merokok, dapat menghisap bahan kimia yang berbahaya lebih banyak daripada

perokok asal. Kanak-kanak yang mengidap asma juga akan menerima serangan asma

lebih kerap apabila orang tuanya seorang perokok.

(http://www.nano-healthy.com/html/rokok.htm#Bahaya)

Selain itu, hepatitis juga telah diangkat dalam karya pengarang ini sebagai sebahagian isu

alam sekitar dari sudut kesihatan awam. Terdapat tiga jenis hepatitis iaitu hepatitis A, hepatitis B

dan hepatitis C. Hepatitis A dikenali sebagai hepatitis epidemik yang tersebar di seluruh dunia

dan sering berlaku di kawasan setinggan, luar bandar, pelajar yang tinggal di asrama, penghuni

penjara dan penghuni rumah kebajikan. Hepatitis B dikenali juga sebagai hepatitis Serum

(endemik) dan terdapat di Malaysia serta negara Asean lain yang boleh berlaku terhadap semua

golongan tanpa mengira umur (Baharudin Omar, Abdul Rassip & Aminuddin, 1993). Hepatitis

C hanya boleh dikesan melalui ujian darah. Ketiga-tiga jenis hepatitis ini disebarkan oleh virus

(http://content.health.msn.com/content/article/1678.50773). Kesan hepatitis terhadap kesihatan

93
awam telah diadun dalam karya dan boleh ditemui dalam novel Rangau. Penulis ini

memanipulasikan pengetahuan tentang hal tersebut dan diolah secara berkesan. Pembaca secara

tidak langsung menyedari tentang impak hepatitis terhadap kesihatan mereka apabila dipaparkan

maklumat seperti petikan di bawah;

Kesan hepatitis pada ibu hamil boleh membawa keguguran, kelahiran awal atau
disebut premature, kematian janin dan penularan hepatitis B. (Lebih 80 peratus
daripada bayi yang dilahirkan oleh ibu yang membawa hepatitis B dijangkiti virus
itu. Bagaimanapun kelainan kongenital kecacatan semasa dalam kandungan
sehinggi kini belum pernah dilapurkan).
(Rangau: 139)

Pengarang juga telah menampilkan esophagitis secara terperinci dalam novel Rangau.

Esophagitis (esofagitis) merupakan peradangan di esofagus, terutama di bahagian hujung

berhampiran gaster akibat kelimpahan kandungan gaster (Baharudin Omar, Abdul Rassip &

Aminuddin, 1993). Pengarang telah menggambarkan gejala yang dialami watak Rusdi seperti

petikan di bawah;

Rusdi mula berasa sakit di bahagian ulu hati. Pedihnya menusuk-nusuk. Rusdi
menekan bahagian otot di atas perut. “Hemmm…gastrik,” dia mengeluh. Malam ini
Rusdi terlewat lagi makan malam. Dahulu Rusdi kuat makan. Amalan pemakanan
itu akhirnya membawa padah pada dirinya. Sejak setahun lalu sakit di bahagian
hulu hati semakin menjadi-jadi. Namun sampai saat ini dia belum berjumpa doktor
untuk merawat sakitnya itu. Kesilapan Rusdi, dia menganggap sakitnya itu cuma
sakit gastrik. Sejak akhir-akhir ini terutama pada waktu malam, dia mengalami sakit
dada dan pedih hulu hati. Kadangkala sukar untuk menelan makanan dan bernafas.
(Rangau; 209)

94
Gejala yang dipaparkan pengarang ini sejajar dengan tanda-tanda dan gejala yang dibawa

penyakit ini iaitu dengan rasa nyeri dan pedih di hulu hati sebagai petanda utama. Rasa nyeri

berkenaan paling ketara setelah makan terlalu kenyang, ketika membongkokkan badan atau

semasa berbaring. Pesakit juga mungkin akan merasa sakit ketika menelan terutama makanan

yang hangat atau dingin. Selain itu, pesakit mungkin mngalami batuk-batuk, regurgitasi pada

waktu malam dan pencungapan (Baharudin Omar, Abdul Rassip & Aminuddin, 1993).

Penerangan terperinci dengan ayat yang mudah tentang penyakit ini dalam novel Rangau telah

dikemukakan pengarang seperti berikut;

“Saluran pemakanan atau dipanggil esofagus Encik Rusdi bengkak. Asid yang
dikeluarkan dari perut untuk proses penghadaman mengalir balik ke esofagus.
Pembengkakan yang dipanggil esophagitis ini menimbulkan rasa tidak selesa pada
abdomen bahagian atas. Sebab itulah Encik Rusdi mengalami pedih hulu hati,”
terang doktor Zahid.
(Rangau; 211)

Pengarang juga secara tidak langsung telah menerangkan punca serta penyebab terhadap

penyakit ini melalui dialog Doktor Zahid, iaitu;

“Selain perokok, orang gemuk dan wanita hamil juga terdedah kepada masalah tu.
Encik Rusdi mesti amalkan cara pemakanan yang betul dan mengikut masa yang
ditetapkan. Perut kosong dan lambat diisi merupakan salah satu punca berlakunya
esophagitis. Makan terlalu banyak pun tak baik,” Doktor Zahid memberi nasihat
seperti lazim dilakukan kepada pesakit-pesakitnya lain.
(Rangau; 211)

Secara tidak langsung, beberapa dialog yang diketengahkan dalam novel ini telah

memberi pengetahuan baru kepada pembaca. Pengarang ternyata begitu prihatin tentang

kesihatan awam yang melingkari masyarakat terutama berpunca dari pemakanan. Penerangan

95
pengarang yang terperinci tentang watak Rusdi yang sedang sakit berkenaan telah memberi

ganbaran yang hidup tentang pelbagai hal berkaitan penyakit tersebut. Pada masa yang sama,

pengarang mengkritik sesetengah golongan yang tidak begitu menghiraukan cara hidup yang

sihat terutama mengamalkan pengambilan minuman keras, merokok dan pengambilan makanan

tanpa jadual yang betul.

5. Undang-undang Negara

Sempadan negara merupakan isu antarabangsa yang menentukan keharmonian sesebuah negara.

Pencerobohan sempadan oleh warga asing sama ada secara terang-terangan seperti dilakukan

Iraq terhadap kuwait pada awal 90-an, atau kebanjiran pendatang tanpa izin dari Filipina,

Indonesia, Thailand dan sebagainya di Malaysia semasa berlaku krisis ekonomi telah mengubah

banyak situasi. Perang Teluk telah memberi peluang Amerika Syarikat campur tangan di

beberapa negara Teluk, manakala kebanjiran pendatang tanpa izin di Malaysia telah mewujudkan

kawasan petempatan dan setinggan yang tidak terurus, meningkatkan kadar kejadian jenayah,

meningkatnya gejala sosial dan melibatkan isu kesihatan awam terutama jangkitan penyakit.

Pencerobohan sempadan berlaku di kawasan pintu masuk negara seperti Bukit Kayu

Hitam, Padang Besar, Rantau Panjang, Johor Bahru, Pulau Langkawi, Kuala Perlis dan lain-lain

melibatkan penyeludupan barang dagangan seperti beras, makanan, minyak masak, pakaian,

hasil pertanian dan sebagainya yang mampu mengancam nilai ekonomi dan industri tempatan.

Walau bagaimanapun, pencerobohan sempadan di kawasan bukan pintu masuk utama yang

96
menggunakan laluan laut atau hutan banyak melibatkan aktiviti jenayah seperti pengedaran

dadah, senjata api, rompakan dan penculikan. Kejadian penculikan pelancong di Pulau Sipadan

yang berlaku pada tahun 2000 umpamanya tidak sahaja melibatkan dua buah negara semata

(Filipina-Malaysia) tetapi turut mengancam kestabilan kawasan Asia.

Pengarang ini telah menggunakan isu sempadan antarabangsa ini untuk mengemukakan

wujudnya kegiatan jenayah yang terpaksa didepani oleh pihak berkuasa dan mampu mengancam

kestabilan ekonomi serta keselamatan negara. Novel Rangau telah mengemukakan isu tentang

pencerobohan sempadan antara Filipina-Malaysia di sempadan Sabah seperti petikan;

Berhampiran sempadan, mereka dikejar sebuah kapal marin penguatkuasa Maritim


Negara Filipina. Boon Ching yang memandu bot laju itu bertindak pantas dengan
menyusur lautan dan berselindung di balik beberapa buah kepulauan kecil. Sejurus
memecut semula kesebelah utara negeri Sabah. Sekali lagi mereka mengharungi
cabaran apabila kapal merin Malaysia pula mengesan bot laju yang mereka naiki.
Boon Ching memecut bot laju itu ke Pulau Banggi dan bersembunyi di pulau itu
beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan ke Kudat.
(Rangau; 190)

Perenggan ini memaparkan cara seorang penjenayah seperti watak Boon Ching boleh

masuk ke Malaysia dari negara Filipina walaupun terdapat kawalan keselamatan di kawasan

sempadan perairan antarabangsa. Kelicikan watak ini berjaya mengelakkan dirinya daripada

dikesan pihak berkuasa kedua-dua buah negara. Ini menyerlahkan berlakunya pencerobohan

sempadan negara memandangkan Boon Ching adalah warganegara Filipina. Watak ini telah

masuk ke dalam negara Malaysia tanpa melalui kebenaran secara sewajarnya. Kebenaran untuk

97
masuk dan mengunjungi sesebuah negara perlu melalui pintu masuk sempadan yang dibenarkan

dan menggunakan pasport secara sah.

Undang-undang negara yang kedua dikemukakan pengarang ini di bawah isu-isu alam

sekitar adalah berkaitan undang-undang hidupan liar. Kawasan tropika merupakan punca yang

amat kaya untuk spesies liar bagi haiwan dan tumbuhan domestik. Ternakan seperti ayam,

lembu, kerbau, kambing dan babi serta tanaman seperti pisang, padi, jagung, sekoi, limau dan

getah semuanya berpunca dari kehidupan liar hutan tropika. Selain dari itu, berbagai-bagai hasil

hutan dituai secara langsung dan didagangkan seperti kayu-kayan, rotan, gaharu, cendana dan

ubat-ubatan (Mohd. Nordin, 1997). Kesedaran bahawa setiap binatang memainkan peranan

terhadap ekologi semulajadi sehingga pupus telah mendorong banyak negara termasuk Malaysia

untuk menggubal undang-undang untuk mengawal kepupusan. Di Malaysia, 22 jenis binatang

telah dimasukkan ke dalam senarai binatang terancam akan pupus jika tidak dikawal seperti

harimau, orang utan, gajah dan tapir (Zuraida, 1989).

Kawasan hutan yang dibersihkan untuk tujuan pertanian dan pembalakan menyebabkan

banyak spesies fauna mengalami pengurangan. Jumlah hidupan liar dikatakan telah berkurangan

bukan hanya disebabkan penyahutanan tetapi juga pencemaran air, pertambahan pemburu dan

senjata api, pertambahan guna tanah untuk pertanian petempatan dan infrastruktur serta langkah-

langkah pemuliharaan yang tidak mencukupi (Jamaludin Jahi, 2001). Ini menyebabkan spesies

ini mula mengancam kehidupan dan keselamatan manusia kerana memenuhi keperluan

makanannya, menyebabkan berlaku kes serangan harimau terhadap orang kampung dan binatang

ternakan mereka.

98
Tabung Hidupan Liar Malaysia (WWF) cuba mencari penyelesaian konflik yang wujud

antara manusia-harimau menerusi projek kajiannya di Felda Jerangau Barat, Terengganu. Di

felda ini, penternak kehilangan lembu ternakan apabila harimau memburu di petempatan

manusia bagi mendapatkan makanannya. Pembersihan hutan untuk kegiatan manusia seperti

pertanian atau petempatan menyebabkan tempat tinggal harimau semakin mengecil. Harimau

jantan memerlukan kawasan antara 40 hingga 100 kilometer persegi untuk memburu (Muhd

Zuki, 2002).

Senarai Merah Spesies Terancam 2000 Kesatuan Pemuliharaan Dunia (IUCN)

mengklasifikasikan spesies harimau sebagai terancam dengan harimau Amur di Selatan China

dan Harimau Sumatra terancam teruk. Dalam abad lepas, dunia kehilangan tiga daripada lapan

subspesis harimau. Harimau Bali, Jawa dan Kaspia didapati telah pupus, manakala harimau

Selatan china sedang berhadapan dengan masalah yang sama Muhd Zuki, 2002). Berdasarkan

situasi berkenaan, novel Semangat Hutan mengambil isu memburu dan membunuh hidupan liar

(harimau) yang dilakukan pihak berkuasa setelah mendapati hidupan berkenaan mengancam

penduduk setempat. Kesedaran pengarang tentang undang-undang berkenaan diserlahkan seperti

petikan di bawah;

Dia diarahkan menghentikan usaha memburu itu kerana harimau merupakan spesis
yang dilindungi. Ketua Polis Negeri khuatir isu pembunuhan harimau belang itu
akan digembar-gemburkan terutama oleh media barat. Akibatnya sudah tentu
mereka akan mengutuk negara ini kerana membunuh binatang yang dilindungi
dengan seweneng-wenangnya.
(Semangat Hutan; 127)

99
Langkah menembak harimau tidak akan menahan harimau lain untuk datang ke tempat

yang sama. Harimau jantan yang berkeliaran di sesuatu tempat akan menjadikan kawasan

berkenaan sebagai miliknya. Harimau jantan biasanya mengetuai kumpulan harimau betina yang

terdiri daripada empat ekor harimau betina. Apabila harimau jantan berkenaan mati atau

dibunuh, harimau jantan dari kawasan lain akan mengetuai kumpulan berkenaan (Muhd. Zuki,

2002). Menyedari situasi itu dan kepentingan hidupan ini dalam alam sekitar, pengarang cuba

mengatasi masalah ancaman harimau dengan berusaha melakukan tangkapan tanpa

mencederakan binatang berkenaan. Ini ditonjolkan seperti berikut;

“Saya akan meminta semua pihak bersetuju agar usaha memburu harimau itu
diteruskan. Tetapi kali ini…kita akan tangkap harimau yang seekor lagi hidup-
hidup. Kita gunakan perangkap atau jerat,”
(Semangat Hutan; 129)

Berdasarkan petikan di atas menyerlahkan keprihatinan pengarang berinteraksi dengan

alam sekitar. Hidupan liar seperti harimau itu perlu dipertahankan kelestariannya. Pada masa

yang sama keselamatan penduduk setempat turut diutamakan.

Di bawah isu undang-undang negara ini juga pengarang telah menyentuh tentang

pelaksanaan sistem tender pembalakan yang diperkenalkan kerajaan Malaysia dan kerajaan

negeri. Sistem tender atau sebut harga ini merupakan salah satu sistem penaksiran hasil hutan

yang dilakukan dengan cara kawalan harga tanpa memberitahu harga simpanan, atau dengan cara

lelongan awam. Cara ini lebih sesuai dan popular di Malaysia yang digunakan apabila terdapat

100
lebih daripada satu syarikat berminat untuk membeli kayu kayan (Abdul Hamid, 2000).

Pengarang memperkenalkan sistem ini kepada pembaca melalui ayat;

Pelaksanaan sistem tender semasa menawarkan konsesi balak oleh kerajaan negeri
merupakan berita baik untuk perniagaannya. Dia mengerti bahawa pelaksanaan
sistem itu secara berperingkat-peringkat adalah untuk memaksimumkan sumber
balak yang semakin berkurangan.
(Tombiruo; 23)

Akta Perhutanan Negara 1984 tidak menyebut tentang jenis-jenis konsesi balak yang

boleh diserahkan di bawah sesuatu perjanjian. Terdapat tiga jenis konsesi balak dilakukan iaitu

konsesi perjanjian jangka panjang, konsesi permit dan konsesi lesen (Abdul Hamid, 2000).

Pengarang seterusnya menulis;

Kerajaan pada masa ini mengamalkan dasar pengawalan kayu bergergaji bagi
memenuhi keperluan industri tempatan. Untuk tujuan itu, kerajaan mengenakan levi
pada kadar RM120 hingga RM250 ringgit semeter padi ke atas eksport spesis kayu
bergergaji yang diperlukan oleh industri pemprosesan tempatan. Mengenakan
kuarta dan levi eksport kayu bergergaji getah serta membenarkan pengeksportan
bagi spesis kayu bergergaji yang tidak diperlukan oleh industri pemprosesas kayu
tempatan. Di samping itu, cukai eksport kayu bergergaji sebanyak RM1.36 semeter
padu juga turut dikenakan ke atas semua spesis kayu bergergaji yang dieksport ke
luar negara.
(Tombiruo; 356)

Novel thriller kreatif yang dikaji ini telah memuatkan eleman pengetahuan dan maklumat

kepada pembaca. Ini secara tidak langsung memberi informasi kepada pembaca bahawa kerja-

kerja penulisan kreatif sebenarnya bukan semudah yang disangka tetapi mencabar dan

memerlukan ketekunan yang tinggi. Terdapat beberapa isu berkaitan alam sekitar telah ditemui

101
dalam novel-novel analisis iaitu isu falsafah, pembangunan negara, kesihatan awam, undang-

undang negara dan pembalakan haram. Ini menjadikan novel analisis tepu dengan maklumat dan

pengetahuan.

Elemen Alam Sekitar dalam Novel Melayu

Kehadiran elemen alam sekitar dalam novel-novel penulis Malaysia telah sering dibincangkan,

walaupun tidak dilakukan secara terperinci dengan mengklasifikasikan bentuk alam sekitar yang

dihadirkan pengarang dalam karya secara spesifik (Maharam 2002). Kajian ini cuba

menganalisis bagaimana pengarang cuba mengintegrasikan dan mengharmonikan elemen alam

sekitar dalam karya berdasarkan alam sekitar abiotik dan alam sekitar biotik.

1. Elemen Alam Sekitar Biotik

Alam sekitar biotik adalah alam sekitar hidup yang mempunyai perkaitan dengan hubungan

organisma lain yang menduduki sesuatu komuniti (Mohd. Nor Ramlan, 1999). Semua organisma

dalam persekitaran tidak boleh hidup secara bersendirian tetapi memerlukan saling hubungan

dengan organisma lain sama ada dalam spesiesnya sendiri atau bukan dari spesisnya (Maharam,

2001). Alam sekitar biotik atau hidup dapat dipecahkan kepada flora dan fauna. Walau

bagaimanapun, persekitaran sosial atau alam sekitar kemanusiaan dan budaya yang berada di

102
bawah kajian falsafah alam sekitar turut dianalisis pada bahagian ini untuk melengkapkan kajian

pada bahagian isu-isu alam sekitar.

Ahli sains hanya berjaya mengumpul dan memberi nama kepada 1.4 juta spesies hidupan

sahaja, tetapi dipercayai terdapat banyak lagi spesies yang perlu dikenal pasti. Dianggarkan

terdapat antara 5 hingga 30 juta spesies hidupan di dunia yang masih belum dikenal pasti dan

dinamakan (http://www.penerangan.gov.my/pahang/bahan/ALAM20%SEKITAR.htm).

Kawasan tropika yang utuh mengandungi berjuta-juta spesis hidupan yang bukan sahaja terdiri

daripada haiwan dan tumbuhan tetapi juga spesies-spesies kulat dan mikroorganisma yang tidak

dapat dilihat dengan mata kasar. Hutan tropika mengandungi lebih banyak spesies hidupan

berbanding hutan di kawasan latitud yang lebih tinggi (Mohd. Nordin, 1999). Pada bahagian ini

kajian akan ditumpukan terhadap kehadiran unsur flora, fauna dan alam sekitar sosial dan budaya

dalam karya sastera kajian.

Flora

Alam flora meliputi tumbuh-tumbuhan daripada peringkat tinggi kepada rumpair seperti algae

(Mashitoh, 1999). Flora itu sendiri bermaksud suatu inventori spesies tumbuhan yang ada pada

suatu habitat atau kawasan geografi tertentu (Zakri, 1997). Menurut Kamus Dewan (1996), flora

merupakan keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan pada sesuatu masa.

103
Malaysia sebagai sebuah negara di kawasan tropika yang lembap telah dianugerahkan

dengan kekayaan dan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan yang istimewa dalam sejarah sains.

Bilangan spesies tumbuhan vaskular yang wujud di Malaysia dianggarkan berjumlah 12,000,

lebih kurang 40% daripada jumlah di rantau Malesia atau 5% daripada jumlah di dunia yang

dianggarkan berjumlah lebih kurang 250,000 spesies. Bilangan ini sekaligus meletakkan

Malaysia sebagai negara ke-12 terkaya dari segi bilangan spesies di dunia selepas Brazil,

Colombia, China, Mexico, Rusia, Indonesia, Venezuela, Amerika Syarikat, Australia, India dan

Peru dan ke-4 terkaya di Asia selepas China, Indonesia dan India (Abdul Latif, 1997).

Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 8, 000 tumbuhan berbunga yang

mana 2, 600 daripadanya adalah spesis pokok, manakala 800 sepesis tumbuhan tidak berbunga

juga telah direkodkan (http://www.

Penerangan.gov.my/pahang/bahan/ALAM20%SEKITAR.htm). Perincian secara lebih tepat

boleh disaksikan seperti petikan berikut;

Home to the oldest rainforests on the planet, some 130 million years of age,
Malaysia is a genetic treasure trove of over 14, 500 species of flowering plants and
trees. About 75 per cent of the land is covered by natural vegetation which changes
with elevation both in species and height, with the tallest trees towering 45 metres
above the forest canopy. Its tropical rainforests exhibit species richness not only at
the community level but also at the family and genus level. In Peninsular Malaysia,
the flowering plant flora exceeds 8, 500 species, while in Sabah and Sarawak there
are more than 12, 000 species. One of the most celebrated is the Rafflesia, the
world‟s largest flower measuring up to one metre across.
(http://www.windowstomalaysia.com.my/national/10_5.htm)

104
Kajian terhadap novel-novel thriller yang dihasilkan pengarang muda ini membuktikan

bahawa terdapat beberapa elemen alam flora telah diselitkan dalam karya. Berdasar kajian juga,

elemen alam flora yang terdapat dalam novel kajian boleh diklasifikasikan kepada 4 jenis iaitu;

i. Bunga-bungaan

Taman-taman yang terdapat di Malaysia mempunyai aneka warna kerana negara ini kaya dengan

pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan tempatan. Banyak tumbuhan liar, seperti orkid juga ditanam di

kebun dan taman bunga kerana kecantikan dan bunganya yang tahan lama. Kini, susah untuk

membezakan beberapa jenis tumbuhan liar dengan tumbuhan taman.

Alam flora kelas bunga-bungaan boleh ditemui berdasarkan penggunaannya dalam novel

Rangau, Tombiruo dan Semangat Hutan. Dalam novel Rangau, pengarang telah membentuk

watak Doktor Zahid sebagai seorang yang sukakan keindahan bunga-bungaan. Watak ini telah

mengabadikan keindahan bunga-bungaan di sekitar banglo kediamannya, sebagai lambang cinta

yang abadi kepada kekasih hati. Kesuburan bunga-bunga tersebut disamakan dengan nilai kasih

sayang dan cinta Doktor Zahid terhadap kekasih hatinya. Ini dapat disaksikan seperti petikan

berikut;

“Kau lihat kebun bunga tu,” Doktor Zahid menuding telunjuk ke arah satu
kawasan yang banyak ditumbuhi bunga-bunga yang berwarna-warni. Sejuk mata
memandang keindahan ciptaan Tuhan itu. “Suburnya bunga-bunga itu sesubur
kasih sayang dan cinta saya pada Ursula. Walaupun saya seorang doktor dan
hidup mewah dan tak perlu sesiapa untuk mengatur hidup saya tetapi saya selaku
manusia biasa perlukan kasih sayang dan cinta seorang wanita,” tambah doktor
Zahid.
(Rangau; 354)

105
Keindahan bunga-bungaan yang ditanam watak ini turut disedari oleh watak-watak yang

lain. Terdapat kontradiksi diangkat pengarang ini apabila menggarap suasana yang indah dan

cantik di persekitaran banglo Doktor Zahid dengan realiti sebenar yang cuba disembunyikan

disebalik keindahan berkenaan. Keindahan yang kelihatan di kawasan banglo tersebut telah

berjaya menutup kegiatan sebenar Doktor Zahid yang membunuh ramai mangsanya selepas

mendapatkan organ tertentu. Organ tersebut telah dijual di pasaran gelap dengan harga yang

mahal. Pembaca hanya menyedari tentang hal tersebut setelah plot novel mula menurun menuju

pengakhiran cerita. Petikan berikut memaparkan rasa hairan dan kagum watak Farhana terhadap

kebijaksanaan Doktor Zahid menyembunyikan rahsianya;

Farhana memerhatikan suasana di sekitar banglo itu. Sambil menggelengkan


kepala dia pun berkata “Hairan juga dengan sikap Doktor Zahid tu. Tengok
banglo dia ni tersergam indah, halaman pun cantik. Tak sangka, seorang psiko
macam dia tu sukakan keindahan. Tak nampak kejam pun,” Farhana tergelak
kecil.
(Rangau; 496)

Pengarang ini juga menggangkat bunga-bungaan sebagai lambang kehangatan cinta

apabila menulis “Jambangan bunga ros putih dan merah diperhatikan” (Semangat Hutan; 511).

Mawar dianggap sebagai “Ratu segala jenis bunga” kerana ianya dikatakan sebagai lambang

kesucian dan keimanan. Shakespeare seorang pujangga Inggeris memuja bunga mawar yang

dianggap sebagai lambang keperkasaan. Kuntuman mawar dengan daun dan tangkai batangnya

yang berduri melambangkan kegagahan yang menyatu dengan keindahan dan keharuman. Warna

bunga ini juga melambangkan pengertian yang berbeza, umpamanya mawar merah

melambangkan kesucian cinta, manakala mawar kuning melambangkan perasaan cemburu.

106
Mawar dianggap sebagai lambang keremajaan, cinta, kasih sayang dan keindahan

(http://www.fpend.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a57432.htm).

Penggunaan bunga-bungaan ini juga turut diangkat sebagai salah satu cara untuk

mempamerkan ciri-ciri I.Q anak genius melalui watak Amirul yang mampu mengingati

maklumat yang terperinci tentang bunga orkid melalui dialog “Bunga orkid antara bunga yang

tercantik di dunia dan mempunyai biji yang paling kecil di dunia. Dalam satu gram sahaja,

terdapat tiga juta biji orkid” (Tombiruo; 26-27). Kebanyakan orkid Malaysia merupakan

tumbuhan memanjat (epifit) dan dijadikan perhiasan. Walaupun begitu, tumbuhan dari hutan

hujan tropika Malaysia ini juga sebahagiannya terdiri dari jenis tumbuhan darat (terristrial)

dengan sebahagian kecil daripadanya terdiri dari tumbuhan saprofit. Dianggarkan terdapat

sejumlah 850 spesis orkid di Semenanjung Malaysia sementara 2 500 spesis lagi di Sabah dan

Sarawak. Di kawasan gunung Kinabalu sahaja, dipercayai terdapat 1, 2000 spesies orkid yang

boleh ditemui. `Tiger Orchid‟ merupakan orkid terbesar di Malaysia, yang akan membesar

dengan tegap secara berumpun. Spesies orkid terkecil pula tidak mudah untuk dilihat kerana

ketinggiannya hanya beberapa sentimeter sahaja

(http://www.windowstomalaysia.com.my/nation/10_5b.htm).

Orkid merupakan antara bunga-bungaan yang mendapat tempat istimewa dikalangan

penggemar bunga-bungaan selain bunga mawar. Permintaan yang tinggi terhadap bunga ini

menjadikan industri tanaman bunga orkid mendapat tempat di negara ini dan menjadi salah satu

industri bungaan utama. Negeri Johor menjadi pengeluar utama tanaman orkid pada 1999 dengan

jumlah pengeluaran sebanyak 9,163,543 dengan jumlah keseluruhan keluaran negara pada tahun

107
tersebut sebanyak 18,960,099 keratan

(http://agrolink.moa.my/doa/english/mapstat/bunga07.html)

Elemen alam sekitar flora jenis bunga-bungaan juga telah digunakan pengarang ini untuk

memberi keterangan atau menjelaskan kepada pembaca tentang sesuatu perkara yang jarang

diperolehi maklumatnya. Pengarang ini telah menerangkan secara terperinci tentang spesies

rossele dan kegunaannya, seperti petikan di bawah;

Tanah itu ditanami rossele sejenis tanaman sekumpulan dengan bunga raya. Ia
berwarna merah pekat dan apabila cukup matang untuk dipetik, ia akan diproses
menjadi jus manisan dan dikeringkan dibuat halwa. Hasil itu kemudiannya akan
dijual secara borong kepada para pengedar jualan bumiputera di Kuala
Terengganu.
(Tombiruo; 35)

Roselle, sejenis tumbuhan yang berasal dari Afrika, sesuai ditanam ditanah berpasir,

terutama di Pantai Timur, yang kini banyak digunakan untuk menanam tembakau. Tanaman ini

adalah antara alternatif terbaik bagi mengambil alih industri tembakau kerana memberikan

pulangan yang lumayan antara RM1,700 dan RM1,800 sehektar pendapatan bersih jika ditanam

secara besar-besaran. Ini berdasarkan harga roselle mencapai 80 sen sekilogram dalam bentuk

segar dengan pengeluaran sebanyak 12 000 kilogram sehektar. Roselle, sejenis buah berkelopak

merah yang kaya dengan vitamin C, asid sitrik dan asik malik boleh menghasilkan produk seperti

jem, kordial, halwa, jeruk dan teh herba, manakala daun muda enak dimakan mentah atau

dimasak (http://agrolink.moa.my/moa1/newspaper/pertanian/ha970816.html).

Maklumat tentang roselle yang panjang lebar seperti huraian di atas telah dipadatkan oleh

pengarang ini dalam satu perenggan yang mudah. Karya kreatif dipersembahkan dengan cara

108
gaya tersendiri untuk menarik perhatian pembaca. Pengarang telah menggunakan stail seumpama

ini sebagai satu usaha menyampaikan maklumat kepada pembaca secara tidaklangsung.

Penyampaian maklumat-maklumat berkenaan secara saintifik akan mengganggu kelancaran

pembacaan karya kreatif yang juga mengubah mod pembacaan pembaca. Ini menyerlahkan

keprihatinan pengarang terhadap kehendak dan emosi pembaca yang lebih mudah menerima

sesuatu hal yang bersifat ilmiah melalui penggunaan ayat dan perkataan yang mudah difahami.

Berdasarkan penggunaan elemen biotik dari sudut flora jenis bunga-bungaan ini,

pengarang ternyata telah menyerlahkan sebahagian daripada elemen alam sekitar biotik secara

bijak dan sederhana tetapi mengesankan. Penggunaan bunga-bungaan ini ternyata tidak terlalu

berlebihan atau bersifat tempelan yang disengajakan, tetapi disulami dengan unsur kreatif

sehingga kelihatan lebih pelbagai bentuk penceritaan dan olahan karya.

ii. Tumbuh-tumbuhan

Dianggarkan terdapat 250 000 hingga 300 000 spesies tumbuhan di dunia dengan 70-85% wujud

dalam hutan tropika (Zakri, 1999). Tumbuh-tumbuhan semulajadi di Malaysia kebanyakannya

terdiri daripada hutan hujan malar hijau bercirikan kepelbagaian spesies. Berdasarkan

perangkaan, dikatakan terdapat 7 900 spesies pokok berbunga dan 1 500 jenis pokok berbiji.

Hutan hujan tropika terdapat di kawasan tanah pamah yang amat padat strukturnya dan terdiri

daripada empat lapisan utama berdasarkan ketinggiannya yang juga pelbagai. Tingkat pertama

adalah lapisan pokok yang tertinggi, terdiri daripada pokok yang mempunyai ketinggian antara

109
25 meter hingga 36 meter. Lapisan kedua terdiri daripada pokok yang mempunyai ketinggian

antara 10 meter hingga 25 meter, manakala lapisan ketiga terdiri daripada tumbuhan yang

mempunyai ketinggian antara 5 meter hingga 10 meter. Lapisan ketiga merupakan lapisan hutan

yang paling padat dan banyak ditemui dan dikenali sebagai pokok renek (Ismail & Yaakob,

1994). Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi lapisan yang tidak kurang pentingnya terhadap

hutan, iaitu tumbuhan yang melata dan terdapat di lantai hutan seperti lumut, rumput, kulat dan

tumbuhan saprofit serta parasit akar seperti pakma (Rafflesia). Selain tumbuhan berkenaan,

masih terdapat tumbuhan jenis memanjat, parasit, dan epifit yang turut membina hutan tropika.

Tumbuh-tumbuhan merupakan sebahagian daripada elemen flora dari sudut alam sekitar

biotik. Terdapat beberapa jenis tumbuhan telah digunakan pengarang dalam semua novel kajian

dan meninggalkan kesan yang tersendiri terhadap karya. Tumbuhan hijau seperti lumut

(Semangat Hutan; 157), (Rangau; 18), belukar dan rumput (Tombiruo; 67 & 97), (Semangat

Hutan; 167), pokok kelapa (Mandatori; 41), tumbuhan beracun seperti pokok rengas, akar tuba,

rotan gajah, rotan matal dan pinang hutan (Semangat Hutan; 81), senduduk (Semangat Hutan;

327), cendawan (Tombiruo; 214) dan sebagainya telah digunakan secara meluas sama ada

disebut secara sepintas lalu atau pun diperincikan penerangan tentangnya.

Perincian penerangan tentang tumbuhan ini telah ditonjolkan berdasarkan bentuk atau

nama saintifiknya, ataupun dari sudut kegunaan dan khasiat tumbuhan berkenaan. Penulis

menerangkan tentang kegunaan dan khasiat tumbuh-tumbuhan hutan yang boleh menyembuhkan

penyakit tertentu secara tradisional. Ciri ini boleh ditemui secara meluas dalam Semangat Hutan

110
apabila memperincikan tentang daun paku emas, daun senduduk dan daun selasih yang berfungsi

dari sudut perubatan tradisional seperti digambarkan dalam contoh-contoh berikut;

Daun senduduk boleh merawat luka atau kesan terbakar. Nama saintifiknya
adalah Melastoma Malabthricum. Daun senduduk paling senang diperolehi. Ia
tumbuh terbiar bersama-sama semak samun dan pokok lalang.
(Semangat Hutan, 2001; 327)

Daun paku emas merupakan sejenis pokok yang sering tumbuh di kawasan
pergunungan dan digunakan terus untuk menghentikan pengaliran darah. Sebab ia
dipanggil paku emas adalah kerana terdapat bulu yang tumbuh di pangkal
batangnya berwarna keemasan atau keperangan. Pada sudut saintifik ia dipanggil
Cibotium Barometz.
(Semangat Hutan, 2001; 326)

Ejim menyuruh Wan Suraya mengunyah mentah-mentah daun selasih itu. Biar
panas dalam badan menurun. Selain itu ia juga berkhasiat mengatasi masalah usus
atau lebih biasa dipanggil gastrik. Ia juga sesuai untuk merawat penyakit kulit,
sakit kepala dan sakit telinga.
(Semangat Hutan, 2001; 341)

Di kawasan tropika sebanyak 6,000 spesies tumbuhan berbunga dilaporkan mempunyai

khasiat ubatan. Sejumlah 1 230 spesies daripada jumlah ini telah direkodkan di Malaysia sebagai

tumbuhan untuk perubatan tradisional. Kajian-kajian saintifik menunjukkan beberapa spesis

tumbuhan ubatan yang digunakan oleh Melayu ini sememangnya mengandungi bahan-bahan

yang memberikan kesan terapeutik. Walau bagaimanapun ada juga daripada tumbuhan ini yang

tidak memberikan kesan langsung. Kegunaannya hanya berdasarkan kepercayaan ataupun sifat-

sifat tumbuhan yang dikaitkan kepada sifat penyakit atau sifat tabii manusia.

111
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hampir 70 peratus populasi dunia

menggunakan ubat dari tumbuh-tumbuhan di negara sedang membangun dan mundur kerana

ianya murah dan mudah didapati. Di dalam bidang perubatan tradisi lebih kurang 80% penduduk

di negara sedang membangun masih bergantung kepada ubatan tradisi untuk penjagaan

kesihatan. Kebanyakan ubat yang mereka guna datang dari spesies tumbuhan dan haiwan (Abdul

Latif, 1999). Sebanyak 150 000 daripada 250 000 spesis tumbuhan berbunga berasal dari

kawasan tropika, meliputi 35 000 spesis di Asia Tenggara dan 8 000 spesies terdapat di

Malaysia (http://www.fpend.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/dalilah.htm). Di China, 195

daripada spesies tumbuhan mempunyai nilai ubatan, sementara itu suku kaum asli di Amerika

Utara masih mengguna lebih kurang 13% daripada spesies tumbuhan sebagai ubat. Di Amerika

Syarikat lebih kurang 25% daripada semua preskripsi mengandungi kandungan bahan kimia aktif

yang diekstrakkan daripada spesies tumbuhan vaskular (Abdul Latif, 1999).

Kepelbagaian biologi atau komponen-komponennya pernah, sedang dan mempunyai

potensi nilai sosioekonomi yang tinggi kepada umat manusia, misalnya, aspirin dan pelbagai lagi

ubat yang disintesiskan pada hari ini mulanya ditemui dalam tumbuh-tumbuhan yang liar. Lebih

kurang 25% daripada ubat-ubat yang dipreskripsikan kini mempunyai ramuan yang berasal-usul

daripada tumbuh-tumbuhan. Zakri (1999) yang memetik pendapat Sasson (1992) menyatakan

bahawa pada pertengahan dekad lapan puluhan, dianggarkan nilai pasaran tahunan bahan-bahan

farmasi berasaskan tumbuhan di kalangan negara maju sahaja melebihi RM50 million. Pada

tahun 1989, 70% daripada bahan tambah seperti pemanis, perasa atau pigmen di pasaran Jepun

yang dianggarkan bernilai RM4.5 bilion setahun itu berpunca daripada bahan-bahan semulajadi,

dan selebihnya daripada bahan-bahan yang disintesiskan. Bahan-bahan semulajadi juga

112
mempunyai potensi dalam pasaran kosmetik, minyak wangi dan racun makhluk perosak (Zakri,

1999)

Pergantungan manusia kepada tumbuhan sebagai bahan ubat mempunyai sejarah yang

panjang. Sistem perubatan tradisi China dan India adalah antara sistem tradisi yang unggul dalam

sistem perubatan gantian. Malah perkembangan perubatan moden yang dikagumi kini berpunca

daripada kegemilangan zaman herba di Timur Tengah dan Eropah (Abdul Latif, 1999). Bahan

anti barah, vinkristin dan vinblastin umpamanya telah ditemui dalam pokok kemunting Cina

(Catharanthus roseus) yang berasal dari pulau Madagascar walaupun kini tumbuhan berkenaan

menjadi bunga perhiasan ataupun rumpai di kawasan tropika dan sub-tropika (Zakri, 1999).

Kepelbagaian biologi telah lama memainkan peranan yang penting bagi manusia. Ubat-ubatan

seperti kuinin (ubat malaria), emetin (ubat cirit-birit), reserpin (untuk menurunkan tekanan darah

yang tinggi), pikrotoksin (membasmi kekejangan dan memulihkan pernafasan selepas memakan

barbiturat berlebihan), diosgenin (mencegah kehamilan) dan tubokurarin (mengendurkan

ketegangan otot untuk memudahkan pembedahan) kesemuanya berpunca daripada tumbuh-

tumbuhan tropika dan mempunyai kegunaan tradisional sebelum digunakan dalam perubatan

moden (Mohd. Nordin, 1999).

Banyak ubat dan hasil farmasi moden kini datangnya daripada tumbuh-tumbuhan dan

binatang yang hidup secara semulajadi dalam hutan tropika dan berasal daripada tumbuhan liar

(http://www.penerangan.gov.my/Pahang/bahan/ALAM%SEKITAR.htm) Berdasarkan

penyelidikan yang telah dilakukan terhadap fungsi tumbuhan semulajadi sebagai sumber ubatan

yang dilakukan pakar perubatan dunia membuktikan bahawa pengarang ini menghasilkan karya

113
kreatif berdasarkan pengetahuan dan penyelidikan, tidak sekadar khayalan atau imaginasi penulis

semata. Pengetahuan yang cukup tentang hal sedemikian yang diterjemahkan semula dalam

bentuk kreatif menyerlahkan kemantapan pengarang ini mengemukakan fakta yang relevan,

selanjutnya membantu karya itu sendiri dari sudut kebolehpercayaan dan ilmu. Petikan berikut

menyerlahkan tentang penggunaan elemen alam sekitar flora dalam proses perubatan secara

tradisional, iaitu;

Ejim merebus akar-akar kayu yang dikutipnya di hutan itu siang tadi. Akar-akar
kayu itu akan dibuat ubat untuk mengurangkan kepedihan dan kesakitan luka di
pahanya. Air ubat itu akan diminum dan akarnya pula akan ditampal pada luka
supaya cepat sembuh.
(Tombiruo; 242)

Perincian tentang fungsi dan rupa bentuk sesuatu tumbuhan berkenaan tetap tidak

menghakis nilai sastera terhadap karya yang dihasilkan, malah kepelbagaian cara yang

digunakan pengarang menyerlahkan gaya tersendiri. Adunan antara gaya kreatif dan nilai

intelektual yang diuli secara rapi telah menyerlahkan satu cara gaya sastera kreatif berbentuk

baru yang lebih mencabar keupayaan khalayak. Petikan di bawah umpamanya, menyerlahkan

keupayaan dan cara gaya pengarang ini yang tersendiri iaitu;

Tidak perlu lagi Ejim mencari akar pokok kait-kait atau akar mempelai untuk
mendapatkan airnya. Akar-akar itu apabila ditemui akan dicantas di bahagian
hujung bawah yang menjuntai. Akar itu akan mengeluarkan air yang bersih.
Dengan air itulah juga Ejim menghilangkan dahaganya dan berwuduk. Untuk
makan pula, selain bekalan yang dibawa, Ejim akan mencari tumbuhan yang
boleh dimakan seperti tumbuh-tumbuhan keluarga pucuk paku. Tumbuhan itu
seperti paku gajah, paku ikan, paku sungai, paku merah dan paku kubuk, di
samping pucuk akar kelumudang, pucuk muda pokok tumpang-tumpang, keladi
geli atau duri dan pokok tapak labi-labi. Tumbuh-tumbuhan itu akan dimakan
mentah-mentah setelah dibersihkan.
(Semangat Hutan; 280)

114
Elemen alam sekitar biotik yang dikemukakan ini secara tidak langsung memperkenalkan

pembaca terhadap latar hutan yang begitu kompleks. Pada masa yang sama, perlukisan yang

terperinci tersebut menyerlahkan kepada pembaca tentang bagaimana watak Ejim mampu

berjuang dan hidup seorang diri dalam hutan dengan penggunaan sumber alam sekitar yang

bersifat sederhana. Khalayak yang tidak pernah terdedah dengan situasi rimba seumpama itu

mampu memahami dan mengetahui satu corak kehidupan yang berbeza.

iii. Kayu-kayan

Pemaparan tentang tumbuh-tumbuhan semulajadi Malaysia dari hutan hujan tropika tidak

sekadar menyerlahkan satu bentuk kelainan dalam karya, namun dilihat dari sudut yang lain hal

ini berjaya mengangkat warna tempatan dalam bentuk kreatif. Alam semulajadi negara yang unik

dan kaya telah dimanfaatkan sepenuhnya penulis ini dengan menyerlahkan nilai dari sudut

budaya, ekonomi dan perubatan yang selama ini tidak mendapat tempat sewajarnya dalam

penulisan kreatif. Ia secara tidak langsung menuntut penguasaan ilmu bantu yang mantap dari

penulisnya dan menggugah pembaca dengan hidangan bacaan kreatif yang lebih tepu ilmunya.

Novel Tombiruo dan Semangat Hutan merupakan dua buah novel yang sebahagian besarnya

berlatarbelakangkan hutan Keningau di Sabah. Novel Tombiruo banyak membongkar tentang

115
kegiatan pembalakan haram yang berlaku secara berleluasa di hutan berkenaan. Menurut

Maharam & Mashitoh (2002), tidak ramai pengarang menyentuh isu pembalakan haram yang

mengancam alam sekitar negara. Dalam tempoh empat tahun, lebih empat ribu hektar hutan

simpan telah diceroboh membabitkan kerugian kira-kira RM 40 juta dengan luas kawasan yang

diceroboh melebihi sepuluh hektar (Anon, 2000). Menurut Laporan Trade of Fauna and Flora,

antara 1986 hingga Jun 1990, dianggarkan 500 000 hektar hutan telah ditebang sedangkan

keluasan kelulusan kawasan yang dibenarkan hanya 320 000 hektar sahaja

(http://members.tripod.com/Bobezani/flora.htm). Pemaparan aktiviti pembalakan haram ini

memberi peluang kepada pengarang untuk mengangkat isu sumber kayu kayan negara yang kaya

dan bermutu secara lebih terperinci.

Sebahagian besar latar tempat dalam Semangat Hutan di Keningau pula berdasarkan

pengalaman watak utama yang sesat di hutan tersebut setelah pesawat yang dinaikinya dirampas

dan terhempas. Lokasi yang diangkat dalam kedua-dua novel ini mendorong pengarang untuk

memaparkan alam flora jenis kayu kayan secara lebih meluas, menyerlahkan perlukisannya agar

kelihatan hidup dan berfungsi serta menggabungkan alam sekitar fizikal dan karya kreatif agar

tulisannya lebih harmoni tanpa mengabaikan unsur-unsur sastera. Interaksi yang rapat antara

manusia dan persekitaran semulajadi diperincikan pengarang ini melalui kehidupan watak Ejim.

Watak ini diserlahkan sebagai watak yang menjalankan interaksi yang harmoni dengan alam

sekitar semulajadi dan digambarkan seperti petikan di bawah;

Tidak perlu lagi Ejim mencari akar pokok kait-kait atau akar mempelai untuk
mendapatkan airnya. Akar-akar itu apabila ditemui akan dicantas di bahagian
hujung bawah yang menjuntai. Akar itu akan mengeluarkan air yang bersih.
Dengan air itulah juga Ejim menghilangkan dahaganya den berwuduk. Untuk
makan pula, selain bekalan yang dibawa, Ejim akan mencari tumbuhan yang

116
boleh dimakan seperti tumbuh-tumbuhan keluarga pucuk paku. Tumbuhan itu
seperti paku gajah, paku ikan, paku sungai, paku merah dan paku kubuk, di
samping pucuk akar kelumudang, pucuk muda pokok tumpang-tumpang, keladi
geli atau duri dan pokok tapak labi-labi. Tumbuh-tumbuhan itu akan dimakan
mentah-mentah setelah dibersihkan.
(Semangat Hutan, 2001; 280)

Kayu-kayu jenis keras di kawasan hutan tropika terutama di hutan Borneo boleh

dikategorikan kepada tiga kumpulan berdasarkan densiti, kekuatan dan ketahanan kayu. Jenis

pertama adalah kayu-kayu keras yang berat, mempunyai densiti kayu dari pengeringan-udara

melebihi 880 kg semeter padu dan sangat tahan lama seperti spesies shorea, cotylelobium (resak)

dan potoxylon zwageri (sirap belian). Kedua, kayu keras sederhana berat dengan densiti 650-880

kg semeter padu, kukuh tetapi tidak dapat bertahan lama secara semulajadi berbanding jenis

pertama, contohnya dari jenis kapur (Dryobalanops sp.), keruing (Dipterocarpus sp.) dan

kempas (Komassia malaccensis sp.). Ketiga, kayu-kayu keras ringan dengan densitinya kurang

dari 650 kg semeter padu seperti meranti merah, nyatuh, ramin, medang dan sebagainya

(http://www.kehutanan.gov.bn/forest/comm.htm). Spesies utama hutan tropika Malaysia

tergolong dalam keluarga Dipterocarpacea, iaitu kira-kira 85.3 peratus daripada jumlah

keseluruhan keluasan hutan negara. Ia terdiri daripada beberapa jenis spesies seperti genera

Anisoptera (mersawa), Dipterocarpus (Keruing), Dryobalanqus (Kapur), Hopea (Meraman) dan

Shorea (Meranti). Walau bagaimanapun, kumpulan meranti merah merupakan jenis pokok

terbanyak di kawasan hutan tanah pamah yang sangat berharga dalam industri perkayuan negara

(Abdullah, 1999). Berdasarkan latar tempat seumpama ini, pelbagai bentuk dan jenis kayu kayan

telah diketengahkan dalam kedua-dua novel ini umpamanya kepelbagaian jenis balak seperti

damar, chengal dan sentang (Semangat Hutan; 108). Kepelbagaian dan sumber kekayaan hutan

117
ini telah diketengahkan dalam karya dan mampu memperlihatkan paparan kekayaan hutan

tropika di Malaysia.

iv Buah-buahan

Buah dan biji-bijian liar yang terdapat di hutan Semenanjung Malaysia menjadi sumber makanan

fauna dan manusia. Antara buah-buahan hutan yang boleh didapati dan dijual di pasar-pasar

tempatan adalah macang (Mangifera foetida ), jambu (Eugenia sp.), durian (Durio sp.), sentul

(Sandoricum koetjape), rambutan (Nephelium sp.), langsat (Lansium domesticum), manggis

(Garcinia mangostana) dan sebagainya. Daun-daun asam gelugor (Garcinia atroviridis) dan

cemperai (Champereia manillana) pula boleh dijadikan sayur-sayuran sementara biji-biji buah

hutan seperti petai (Parkia speciosa) dan jering (Pithecelobium jiringa) pula boleh digulai atau

dijadikan ulam. Enau yang dikenali sebagai kabong (Arenga pinnata), sejenis palma besar yang

hidup di pinggir hutan dapat dijadikan sumber gula yang boleh dimasak bersama-sama santan

kelapa dan gula Melaka (http://www.fpend.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/chinglin.html).

Alam sekitar biotik yang dikelaskan di bawah elemen flora juga dapat dikesan berdasarkan

kehadiran buah-buahan yang diserlahkan pengarang dalam semua novel kajian. Buah-buahan

hutan seperti buah terap (Semangat Hutan; 208 & 209), pisang (Semangat Hutan; 326), buah

rotan (Semangat Hutan; 81) telah dibaurkan dalam novel ini secara harmoni, malah penceritaan

tentang buah-buahan ini turut digabungkan dengan tumbuh-tumbuhan lain. Pengarang telah

118
mengolah penceritaan tentang unsur alam sekitar yang hadir dalam novel ini sehingga kelihatan

tidak terlalu akademik sekalipun data yang digunakan bersifat saintifik, umpamanya;

Pisang sarat dengan kalsium, kalium, sodium, fosforus, sulfur, magnesium, zat besi
dan vitamin. Malah buah pisang yang tidak masak dikatakan berkhasiat sebagai
ubat, digunakan untuk merawat gangguan dalam perut, kencing berlebihan. Ulser
dan kolitis.
(Semangat Hutan; 326)

Berdasarkan petikan di atas, pengarang secara tidak langsung telah menyisipkan maklumat

berkaitan pisang secara lebih terperinci. Maklumat tentang buah pisang yang dikemukakan

pengarang ini secara tidak langsung telah menambah koleksi pengetahuan am dalam minda

pembaca. Ini secara tidak langsung telah mendedahkan ilmu bantu secara saintifik kepada

pembaca walaupun bahan bacaan berkenaan adalah hasil karya berbentuk sastera.

Terdapat 100 spesies buah-buahan yang digolongkan dalam tiga kelas iaitu buah-buahan

utama, nadir dan buah liar sebenarnya berpotensi untuk dimajukan sebagai tanaman buahan.

Sebanyak 17 jenis daripada spesies berkenaan dikelaskan sebagai buah-buahan utama yang

mempunyai nilai komersil dan terbiar dalam keadaan separuh liar

(http://www.agrolink.moa.my/moa1/newspaper/pertanian/ha980222b.html). Buah-buahan dari

jenis terap (Artocarpus odoratissimus), kembayau (spesies-spesies Dacryodes), durian (spesies-

spesies Durio) dan sebagainya adalah buah-buahan kegemaran orang-orang tempatan di Borneo

terutama Sabah, Sarawak dan Brunei (http://www.kehutanan.gov.bn/forest/comm.htm). Ekoran

itu, penggunaan beberapa spesies buah-buahan hutan dalam karya sastera sebenarnya cuba

mengangkat spesies buah-buahan liar dan separa liar yang semakin dilupakan, ataupun

119
sememangnya tidak pernah diketahui kewujudan buahan berkenaan. Bauran antara buah-buahan

dan tumbuh-tumbuhan dari elemen flora ini telah diserlahkan pengarang dalam petikan berikut;

Selain buah gajus dan terap, buah yang tidak berbahaya untuk dimakan iaitu pokok
asam gelugur, asam kandih, ara sungai, serai hutan, perah dan empulur pokok
terentang. Paling tidak sekiranya makanan sukar diperolehi Ejim akan pergi
mencari tumbuhan di kawasan lembah dan berhampiran paya. Umbut boleh
menghilangkan kelaparannya. Umbut ini boleh didapati daripada pokok-pokok
tepus, tukas atau mudim, bertam, enau, rotan ruak air, rotan duduk, nibung dan
pokok palas.
(Semangat Hutan; 281)

Petikan yang dikemukakan ini menyerlahkan tentang pengetahuan tentang alam sekitar

flora pengarang yang diterjemahkan dalam pemikiran watak Ejim. Ejim telah digambarkan oleh

pengarang ini sebagai seorang anak muda yang membesar dan hidup di dalam hutan semenjak

kecil. Pendedahan terhadap kehidupan hutan telah menjadikan watak ini mampu berdikari dan

menggunakan eleman alam sekitar di sekelilingnya secara harmoni dan berhemah.

Pengarang telah mendedahkan kepada pembaca bagaimana alam sekitar semulajadi yang

dihuni watak Ejim menjadi sumber makanannya. Terdapat pelbagai spesies buah-buahan yang

boleh dimakan termasuk umbut tumbuhan. Dalam petikan ini, pengarang tidak sekadar memberi

idea tentang cara hidup Ejim itu, tetapi turut menyenaraikan nama-nama tumbuhan yang boleh

digunakan sebagai sumber makanan walaupun tidak terdapat keterangan secara terperinci tentang

spesies berkenaan.

Pengarang ternyata telah mengeksploitasi eleman alam sekitar flora dalam karyanya.

Walaupun begitu, pada masa yang sama pengarang ini masih lagi menjaga nilai-nilai kreatif yang

perlu ada dalam karya sastera.

120
Fauna

Kamus Dewan (1996) mendefinisi fauna sebagai seluruh binatang yang hidup di sesuatu

kawasan tertentu. Alam fauna meliputi haiwan sama ada dalam ekosistem akuatik (air tawar dan

laut) mahupun terestrial (darat). Walaupun menurut pandangan sains Barat manusia adalah

bentuk haiwan peringkat tinggi tetapi dalam kajian falsafah alam sekitar, "manusia"

dikategorikan secara berasingan kerana ia adalah elemen alam sekitar yang mempunyai sifat dan

sikap yang lebih daripada hanya sekadar biotik. Hal ini demikian kerana manusia mempunyai

akal yang menerbitkan pemikiran, tingkah laku pengetahuan, kemahiran, sikap, kesedaran, nilai,

etika, dan moral. Semua hal berkenaan manusia telah melahirkan beberapa bidang tertentu dalam

pengkajian tentang manusia dan kemanusiaannya termasuk dalam bidang alam sekitar. Justeru

itu, banyak ditemui istilah seperti alam sekitar budaya, alam sekitar manusia, dan alam sekitar

sosial (Mashitoh, 1999).

Dianggarkan terdapat kira-kira 4 014 spesies amfibia, 4 500 spesies mamalia, 6 000

spesies reptilia, 8 000 spesies burung, 23 ribu spesies ikan, satu juta spesies serangga (Armin,

1999), 1 000 spesies vertabrata, 20 000 hingga 30 000 invertebrata, 141 spesies ular, 93 spesies

katak, 80 spesies cicak, 1 022 spesies kupu-kupu, lebih daripada 5 000 spesies rama-rama dan 20

000 spesies serangga lain di dunia (Abdullah, 1999). Walau bagaimanapun, elemen fauna dalam

alam sekitar biotik dalam novel analisis telah diklasifikasikan kepada dua jenis utama iaitu

akuatik dan teristeral.

121
i. Akuatik

Lebih daripada 70 peratus permukaan bumi ialah air. Hampir 97 peratus daripada air ialah air

laut dan lautan, 2.5 peratus dalam bentuk ais di kawasan kutub dan glasier dan hanya satu peratus

terdiri daripada air tawar serta air dalam bentuk wap. Air dan hidupan air merupakan sumber

utama kepada manusia. Ekosistem air menempatkan pelbagai jenis organisma daripada berbagai-

bagai keluarga dan bentuk kehidupan (Ahmad Badri, 1992).

Fauna akuatik merupakan sesuatu yang hidup di dalam atau pada aras air (Kamus

Dewan, 1996). Sumber alam sekitar akuatik (terutama daripada ekosistem akuatik) adalah

penting dalam kehidupan dan sistem ekonomi manusia yang telah diterokai sejak bermulanya

tamadun. Fauna jenis akuatik terbahagi kepada dua iaitu akuatik air masin seperti ketam, sotong

dan ikan, dan akuatik air tawar. Kedua-dua jenis akuatik ini boleh didapati secara sangat sedikit

dalam semua novel kajian.

Laut (akuatik air masin) telah menjadi sumber untuk makanan dan bekalan protein,

perkapalan dan pengangkutan serta tempat membuang sampah sepanjang sejarah dunia. Fauna

akuatik air masin seperti ikan merupakan organisma yang paling banyak ditangkap manusia,

iaitu melebihi 90 peratus jumlahnya daripada pelbagai jenis sumber hidupan di laut (Ahmad

Badri, 1992).

Berdasarkan analisis terhadap teks kajian, pengarang ini telah menggunakan eleman akuatik

air masin boleh dilihat dalam Rangau (hal. 11, 202 dan 203), dan Mandatori (hal. 342).

122
Penggunaan eleman fauna jenis ini tidak diolah secara mendalam oleh pengarang, sebaliknya

eleman berkenaan sekadar disebut sahaja. Eleman alam sekitar fauna akuatik air tawar pula boleh

ditemui secara lebih meluas berbanding alam sekitar akuatik air masin. Hal ini boleh dilihat

dalam Semangat Hutan (hal. 156, 200, 342, 373). Penggunaan fauna akuatik air tawar dalam

novel ini telah mengangkat ikan talapia sebagai eleman utama.

Perairan dan punca air tawar Malaysia menjadi satu habitat hidupan air yang sangat sesuai

untuk pelbagai jenis fauna kerana sungai di Malaysia mempunyai aliran yang deras pada

bahagian permukaan tetapi perlahan pada bahagian dasar hingga ke muara yang membantu

kehidupan ikan air tawar (http://www.windowstomalaysia.com.my/nation/10_6g.htm). Habitat

air tawar di Malaysia pula boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu jenis yang mengalir seperti

sungai dan taliair dan yang bertakung seperti paya, tasik, empangan dan sawah (Ahyaudin,

1992). Pengarang ini telah menggunakan unsur alam sekitar akuatik air tawar ini secara bijak dan

semulajadi dalam novel ini seperti paparan berikut;

Ejim memacakkan sebilah bujak ke dalam air sungai. Seekor ikan talapia menjadi
sasarannya. Apabila batang bujak itu diangkat, seekor ikan talapia menggelepar
melekat pada mata bujak itu. Senjata itu menembusi badan ikan. Kemudian ejim
menarik ikan itu lalu dimasukkan ke dalam bakul buluh yang disandang ke
belakang.
(Semangat Hutan; 200)

Perenggan ini menyerlahkan satu bentuk hubungkaitan antara manusia dan alam sekitar

melalui penciptaan barangan buatan manusia bersumberkan persekitaran. Barangan berkenaan

terdiri daripada bujak dan bakul buluh yang diperbuat daripada eleman persekitaran. Pada masa

yang sama, pengarang telah melukiskan satu bentuk hubungan ekologi antara alam semulajadi,

123
fauna dan manusia. Manusia telah menggunakan alam sekitar sosial untuk memenuhi keperluan

dan kelangsungan hidupnya.

Ikan dan biosumber-biosumber lain dari ekosistem air tawar dan air masin atau air payau

menjadi sumber makanan untuk masyarakat tempatan mahupun negara. Selain menjadi punca

protein yang murah dan senang diperolehi, hasil tangkapan ini merupakan sumber mata

pencarian bagi masyarakat nelayan, sama ada nelayan berskala kecil ataupun komersil. Selain

ikan bersumberkan ekosistem ini, sawah turut menyumbang kepada sumber protein melalui

beberapa spesies ikan seperti sepat Kedah, haruan, keli, sepat siam dan sebagainya.

ii. Teristeral

Fauna teristeral merupakan haiwan yang hidup di darat (Mashitoh, 1999). Terdapat pelbagai

jenis haiwan terristeral seperti reptilia, amfibia, burung, serangga dan sebagainya. Analisis ini

akan mengklasifikasikan eleman fauna teristeral yang terdapat dalam novel kajian kepada lima

jenis utama iaitu;

a. Hidupan Liar

Hutan Malaysia sesuai untuk banyak spesies hidupan liar seperti harimau, gajah, ular, singa dan

sebagainya tetapi semakin mengarah kepada tahap kepupusan kerana pelbagai sebab seperti

pemburuan, pembangunan kawasan hutan, pembalakan dan pelbagai ubahsuai habitat yang

124
dilakukan manusia. Badak Sumatra di Malaysia contohnya, semakin berkurangan dan

dianggarkan hanya terdapat 50 hingga 60 ekor sahaja berbanding ratusan ekor pada sekitar tahun

60-an (http://www.forr.upm.edu.my/2001/newspaper.html). Kesedaran yang tinggi terhadap nilai

hidupan liar terhadap negara mendorong diwujudkan Ordinan Hidupan Liar (1998) yang

melindungi pelbagai jenis hidupan seperti burung, tupai, badak, singa, harimau dan sebagainya.

Berdasarkan analisis terhadap novel kajian, terdapat beberapa spesies hidupan yang tersenarai di

bawah ordinan berkenaan telah digunakan pengarang seperti jadual iaitu;

Jadual 6: Beberapa Spesies Hidupan Liar Dilindungi di Malaysia

Jenis Nama Saintifik Nama Tempatan


Semua jenis Tupai Petuaristinae Tupai Terbang
Terbang (flying
Squirrels)
Semua Spesies Spesies Tytonidae dan Burung Hantu
Burung Hantu Strigidae
Ular Sawa Spesies Python Ular Sawa

(Sumber: Jabatan Perhutanan Sarawak)

Pelbagai spesies hidupan liar telah dihadirkan pengarang muda ini dalam novelnya.

Secara sedar pengarang ini cuba memperkenalkan jenis hidupan yang menghadapi masalah

kepupusan seperti koala (Tombiruo; 134) dan beluntung (Tombiruo; 411) dengan menghuraikan

spesies ini kepada pembaca. Ayat “Beluntung binatang yang hampir pupus. Ia menyerupai

monyet tetapi bermata besar dan bercahaya. Binatang itu hanya keluar pada waktu malam untuk

mencari makanan” (Tombiruo, 411) menyerlahkan keinginan pengarang untuk berkongsi ilmu

bantu yang dimilikinya.

125
Hidupan lain turut mendapat perhatian pengarang ini adalah tupai (Tombiruo; 412),

badak (Mandatori; 20), kera (Semangat Hutan; 207, 208), babi hutan (Semangat Hutan; 353,

355) dan serigala (Semangat Hutan; 88, 353). Sifat semulajadi hidupan berkenaan dalam habitat

asal telah digambarkan secara hidup oleh pengarang ini. Pembaca yang selama ini hanya

mengetahui tentang hidupan liar ini melalui pembacaan, menyaksikan dokumentari atau melihat

gelagat binatang berkenaan di Zoo semata-mata, mampu mendapat gambaran yang lebih jelas

dan menarik berdasarkan pemerian yang dilakukan pengarang ini, umpamanya seperti paparan

petikan di bawah;

Seekor serigala muncul. Lidahnya terjulur. Air liurnya meleleh. Binatang itu
menyeringai dan bola matanya tidak lepas dari memandang Ejim. Tidak jauh dari
situ muncul lagi tiga ekor serigala. Bagaimanapun ketiga-tiga serigala itu agak
kecil sedikit berbanding serigala yang mula-mula muncul tadi.
(Semangat Hutan; 88)

Di celah semak, keluar seekor babi hutan. Binatang liar itu menyodok-nyodok
tanah mencari makanannya. Ia berhenti apabila mendapati ada unggun api di situ.
Babi hutan itu berbulu hitam legam dan mempunyai sepasang taring.
(Semangat Hutan; 355)

Kedua-dua perenggan ini memaparkan tingkah laku haiwan liar berkenaan iaitu serigala

dan babi hutan. Ayat dan rangkaikata yang digunakan adalah mudah dan bersahaja tetapi

menepati maksud. Pengarang hanya memaparkan tingkahlaku haiwan berkenaan tanpa berlaku

penerangan terperinci haiwan itu.

Pengarang ini ternyata prihatin dengan isu hidupan liar dan alam sekitar berkaitan fauna.

Isu pemburuan harimau telah menjadi sebahagian plot dalam Semangat Hutan. Harimau

merupakan hidupan liar yang dilindungi di Malaysia di bawah akta Taman Negara 1980 (pindaan

126
1985) dan akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (pindaan 1976 & 1988), sebagai sebahagian

daripada usaha melindungi haiwan tersebut daripada bahaya kepupusan. Walaupun harimau

merupakan hidupan liar yang dikatakan ganas, binatang ini hanya mencederakan atau

mengganggu manusia apabila kawasannya telah dicerobohi atau berlaku kesukaran untuk

mendapatkan makanan (Mohd. Zuki, 2002).

Pembunuhan harimau oleh pihak berkuasa telah diangkat dalam novel Semangat Hutan

apabila berlaku banyak kematian ngeri di kawasan hutan Sandakan yang dipercayai diakibatkan

binatang buas ini. Binatang yang dilindungi ini akhirnya cuba ditangkap dalam keadaan hidup

menggunakan perangkap bagi mengelakkan berlaku pembunuhan seumpama itu secara lebih

banyak. Hal ini menyerlahkan sikap prihatin pengarang terhadap isu berkenaan walaupun beliau

menyatakan rasional tindakan berkenaan melalui wataknya sebagai satu tindakan untuk

mengelakkan isu tersebut diperbesarkan media terutama media asing. Tindakan menangkap

haiwan liar ini secara hidup merupakan antara cara menjaga kelangsungan hidup spesies ini. Hal

ini menyumbang ke arah peningkatan bilangan harimau di negara ini daripada 200 hingga 600

ekor, manakala gajah pula melibatkan 1 100 ekor kepada 1 400 ekor setahun.

(http://www.tv3.com.my/bu/september/1_berita8.html). Keprihatinan berkenaan diserlahkan

pengarang ini melalui petikan berikut;

Dia diarahkan menghentikan usaha memburu itu kerana harimau merupakan


spesis yang dilindungi. Ketua Polis Negeri khuatir isu pembunuhan harimau
belang itu akan digembar-gemburkan terutama oleh media barat. Akibatnya sudah
tentu mereka akan mengutuk negara ini kerana membunuh binatang yang
dilindungi dengan seweneng-wenangnya.
(Semangat Hutan; 127)

127
Kesatuan Pemuliharaan Dunia (IUCN) mengklasifikasikan harimau sebagai salah satu

daripada senarai merah spesies terancam 2000, dengan harimau Amur di Selatan China dan

harimau Kaspia mengalami kepupusan, sama nasibnya seperti Harimau Malaya yang terdapat di

Malaysia (Mohd. Zuki, 2002). Berdasar situasi berkenaan, pengarang ini telah mengangkat fauna

ini di dalam Semangat Hutan yang memaparkan isu penembakan mati seekor harimau di hutan

Keningau, iaitu;

Mereka melihat seekor harimau belang terkapar mati di situ. Hampir keseluruhan
badan binatang itu ditembusi peluru. Mereka yang berada di situ tertegun seketika.
Ada pula yang berasa kasihan melihat harimau belang itu. Namun mereka terpaksa
membunuh binatang itu kerana keganasannya banyak meragut nyawa manusia.
(Semangat Hutan; 111)

Pengarang ini telah menggunakan interaksi yang harmoni dengan alam sekitar apabila

bertindak menggunakan kaedah tangkapan sebagai usaha mengelakkan harimau berkenaan dari

terus berkurangan bilangannya. Hal ini sebahagian cara untuk menjaga agar spesies ini

meneruskan kelangsungan hidup secara lebih baik kerana harimau yang ditangkap itu akan

dipindahkan ke kawasan baru yang lebih sesuai ekologinya seperti Taman Negara. Penggunaan

jerat dan perangkap telah disyorkan nama novel ini seperti petikan ini;

“Saya akan meminta semua pihak bersetuju agar usaha memburu harimau itu
diteruskan. Tetapi kali ini…kita akan tangkap harimau yang seekor lagi hidup-
hidup. Kita gunakan perangkap atau jerat,”.
(Semangat Hutan; 129)

Ular ini boleh mencapai kepanjangan antara 10 hingga 15 meter. Secara normalnya,

spesies ini terdapat di hutan, terutama di kawasan berhampiran sumber air. Anak ular sawa

senang untuk ditangani tetapi ular sawa dewasa sangat bahaya kerana kekuatan belitannya sukar

128
untuk dilepaskan.

(http://www.forestry.sarawak.gov.my/forweb/wildlife/fauna/reptile/rpython.htm).

Selain harimau, kehadiran ular sawa boleh ditemui dalam novel Semangat Hutan. Ular

merupakan sejenis reptilia. Reptilia dan amfibia di Malaysia terdiri daripada buaya, kura-kura,

ular, biawak dan keluarga katak. Sebanyak 140 spesies ular yang terdapat di Malaysia berada

dalam kategori sangat berbahaya. Daripada 17 jenis ular berbisa di Malaysia, ular tedung selar

adalah ular paling berbisa di dunia. Ular sawa merupakan ular terpanjang di dunia yang

membunuh mangsanya dengan cara membelit

(http://www.windowstomalaysia.com.my/nation/10_6g.htm). Sifat semulajadi ular sawa yang

membelit dan menelan mangsanya apabila sudah tidak bernyawa lagi telah ditonjolkan

pengarang ini secara mudah dan sederhana, tetapi berkesan dan mudah difahami.

Ular sawa yang merayap di dahan pokok rendang itu menjuntaikan kepalanya di
atas kepala Dr. Haslia. Pada kebiasaannya, ular sawa akan membelit mangsa
terlebih dahulu sehingga kedengaran tulang-tulang mangsanya itu patah.
Kemudian ia akan menelan bulat-bulat mangsanya yang telah dibunuh itu.
(Semangat Hutan; 374)

Pengarang menggambarkan cara hidup ular sawa berkenaan dengan gaya kreatif yang

mudah. Berdasarkan petikan perenggan di bawah, pembaca disogokkan dengan maklumat

tentang makanan ular tersebut iaitu, ayam denak. Ular sawa juga didapati mampu hidup selama

seminggu berbekalkan ayam denak yang dimakannya itu seperti petikan berikut;

Ular sawa yang sedang tidur tadi terjaga apabila mendapati makanan paginya
sudah tersedia depan mata. Lagipun pagi itu cukup tempoh seminggu ia tidak
menelan apa-apa sejak membaham seekor ayam denak. Kerana serangan ular
sawa itulah membuatkan ayam-ayam denak di hutan itu berpindah ke tempat lain.
(Semangat Hutan; 373)

129
Sekalipun ular sawa merupakan haiwan yang berbahaya, namun watak Ejim dalam

Semangat Hutan telah bertindak untuk tidak menganiaya seperti mencederakan atau membunuh

binatang ini. Ejim membiarkan haiwan ini terus hidup. Ini menyerlahkan nilai moral yang tinggi

terhadap alam sekitar seperti ditunjukkan dalam dialog “Sudahlah. Lagipun ular tu tak

menyerang kamu lagi. Biarlah ular tu hidup di hutan ni,” (Semangat Hutan; 375). Nilai ini

sejajar dengan falsafah alam sekitar yang menuntut agar tidak menganiaya makhluk yang lemah.

b. Binatang Buruan

Memburu merupakan satu aktiviti yang dipercayai mempengaruhi kepupusan binatang hutan.

Terdapat aktiviti pemburuan fauna hutan digambarkan secara meluas dalam Tombiruo (hal. 66)

dan Semangat Hutan (hal. 156, 242, 317, 318 dan 240) sebagai sumber makanan. Binatang

buruan ini terdiri daripada pelanduk, rusa dan ayam denak. Terdapat juga sesetengah pemburu

yang memburu babi hutan (Semangat Hutan; 318). Walau bagaimanapun, pemburuan babi hanya

dilakukan oleh pemburu-pemburu tempatan yang bukan menganut agama Islam.

Pengarang telah menyerlahkan watak Ejim dalam Tombiruo dan Semangat Hutan sebagai

seorang pencinta terhadap alam sekitar berdasarkan tingkah laku, dialog dan tindakannya apabila

berinteraksi dengan alam sekitar. Watak ini hidup di tengah hutan Keningau semenjak kecil dan

berusaha untuk mengekalkan ketenteraman hutan dari sebarang gangguan. Tingkah laku watak

130
ini yang berharmoni dengan alam sekitar terutama alam fauna telah diserlahkan dalam petikan di

bawah;

Selain menangkap ikan, Ejim jarang sekali memburu binatang seperti rusa dan
pelanduk untuk dijadikan makanan. Selalunya Ejim hanya memburu ayam denak
yang kadangkala berkeliaran di hutan itu. Ejim lebih suka makan ikan yang dibakar
dan sayuran seperti ulam-ulaman dan cendawan yang tumbuh melata selepas hari
hujan.
(Semangat Hutan; 156)

Melihat dari sudut falsafah alam sekitar, tindakan Ejim menangkap ikan dan ayam denak

pada tahap memenuhi keperluan kehidupannya merupakan satu tindakan yang berharmoni

sifatnya dengan alam sekitar. Penggunaan sumber yang lebih banyak berbanding keperluan

dikatakan sebagai membazir (Mashitoh, 1999). Binatang seperti rusa dan pelanduk merupakan

binatang yang besar dan mempunyai jumlah daging yang banyak. Watak ini yang tinggal

sendirian tidak mampu untuk menghabiskan daging berkenaan, seterusnya menyebabkan berlaku

pembaziran sumber. Pembaziran seumpama ini akan memberi kesan terhadap sumber berkenaan

seperti kepupusan dan kekurangan jumlahnya dalam jangka masa panjang.

Pengarang ternyata bijak membentuk watak Ejim yang bertindak dan berfikir secara

selari iaitu menjaga keharmonian alam sekitar (hutan Keningau). Penulis telah mengadun

ideologi ini secara harmoni, mesra dan sebati dari awal hingga akhir dalam kedua-dua novel. Ini

secara tidak langsung menyerlahkan keupayaan pengarang menguasai ilmu bantu dalam bidang

alam sekitar secara global, malah pada bahagian tertentu menonjolkan kekuatan karya ini

dipersembahkan secara menyakinkan.

131
c. Binatang Ternakan

Pengarang hanya mengangkat tiga jenis haiwan ternakan sahaja dalam karya kajian iaitu kerbau

(Mandatori; 20), itik (Mandatori; 231) dan ayam (Mandatori; 342). Semua jenis binatang

ternakan ini hanya disebut di sana sini sahaja tanpa diberikan penerangan terperinci seperti yang

dilakukan terhadap eleman fauna lain. Walau bagaimanapun, pengarang ternyata cuba

mengangkat binatang ternakan ini dari sudut yang berbeza. Elemen kerbau dihadirkan sebagai

bentuk perlambangan bernada ejekan berdasarkan bentuk fizikal kerbau yang disamakan dengan

watak. Badan kerbau yang besar telah disamakan dengan keadaan fizikal badan Amran yang

gemuk berbanding rakan-rakan seusianya yang lain. Ini menyebabkan dia sering menerima

ejekan dan dipersendakan oleh rakan-rakan sekelas yang nakal seperti dialog “Macam kerbau

tertiarap!” ejek Juliana. “Bukan kerbau. Tapi badak berendam!” (mandatori; 20).

Itik yang sering menjadi binatang ternakan juga telah bertukar fungsinya iaitu menjadi

tontonan ramai dan penyeri di kawasan rekreasi yang boleh ditemui seperti dialog “Kalau nak

tengok itik berenang kita ke Tasik Perdana,” (Mandatori; 231). Pengarang hanya menghadirkan

elemen fauna ayam sebagai salah satu daripada haiwan ternakan yang boleh mendatangkan

sumber rezeki kepada watak. Walau bagaimanapun, penerangan tentang ternakan ini tidak ditulis

secara terperinci berbanding bentuk fauna lain seperti beluntung, ular sawa atau kaola.

132
d. Unggas dan Burung

Hutan hujan tropika seperti Malaysia kaya dengan spesies hidupan. Burung merupakan antara

spesies yang boleh ditemui dengan banyak di kawasan hutan Malaysia seperti diterangkan dalam

petikan berikut;

The Malaysian rainforest is home to 624 species of birds belonging to 78 families,


many of which are endowed with extraordinarily beautiful plumage. Of these, only
426 are resident species while the others are migrant birds escaping the harsh winter
in the northern hemisphere. The hornbill, of which there are 10 species, is often
associated with Sarawak albeit there are more species of the bird found in
Peninsular Malaysia. Swiftlets, the builders of the world famous edible birds‟ nestd,
are also closely associated with Sabah and Sarawak although they are also found in
Peninsular Malaysia. In the former two states, the collection of birds‟ nest is
conducted as a commercially viable business activity.
(http://www.windowstomalaysia.com.my/nation/10_6f.htm)

Unggas dan burung telah diterapkan pengarang secara bebas, kerap dan menggambarkan

situasi yang pelbagai di sana sini bahagian novel. Walaupun begitu, pengarang hanya

menggunakan burung hantu (Tombiruo; 244, 402) dan (Semangat Hutan; 173, 179) sebagai jenis

burung secara saintifik dan selebihnya dinyatakan secara umum dengan perkataan `unggas‟

(Mandatori; 84) dan `burung‟ (Mandatori; 212), (Semangat Hutan; 155, 184, 431). Pengarang

menggunakan ayat yang mudah untuk mengemukakan unggas dan burung dalam novel seperti

petikan berikut;

Suasana sunyi menyelubungi kawasan hutan. Cengkerik dan burung hantu sahaja
sering berbunyi menghiburkan belantara di daerah pedalaman itu. Wan Suraya
duduk di tepi unggun api yang dinyalakan oleh Ejim. Wajahnya muram.
(Tombiruo; 401)

133
Penghijrahan spesies burung berlaku akibat musim sejuk yang panjang di Hemisfera

Selatan. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebahagian tempat persinggahan utama burung sama

ada semasa penghijrahan ke Hemisfera Selatan atau Hemisfera Utara, terutama dari Siberia dan

Mongolia. Antara kawasan yang dikenalpasti menjadi kawasan persinggahan burung penghijrah

ialah Kuala Gula (Perak), Kepulauan Klang dan Kuala Selangor (Selangor), Tanjung Tuan

(Melaka), Tabisan dan Pulau Layang-layang (Sabah), dan, Delta Rajang, Pulau Bruit dan

Terusan Santan (Sarawak). Musim persinggahan ini biasanya berlaku antara bulan Ogos dan

April. Pada musim ini terdapat sehingga 166 spesies burung pada masa tertentu termasuk burung

upih (Mycteria Cinerea) dan burung botak kecil (Leptopilos Javanicus)

(http://mdkerian.perak.gov.my/KERIAN%20MB/maklumat/Kualagula.htm). Pengarang telah

mengemukakan corak hidup semulajadi beberapa spesies burung yang melakukan penghijrahan

seumpama itu mengikut musim atau situasi semasa. Ini telah diserlahkan pengarang seperti

berikut;

Dan burung-burung itu pula, mana mungkin terbang menuju ke satu tempat secara
berkumpulan pada ketika ini. Sekarang ini bukan musim penghijrahan. Dan kalau
beralih tempat pun tidak mungkin terbang sejauh itu dari kawasan habitat mereka.
(Semangat Hutan; 155)

Walaupun begitu, penghijrahan burung-burung juga bukan sekadar dipengaruhi faktor

cuaca dan iklim kerana terdapat faktor lain mempengaruhi habitat ini untuk berhijrah seperti

kemusnahan habitat akibat aktiviti manusia, kehadiran pemangsa dan gangguan habitat.

Pengarang cuba mengeksploitasi pengetahuannya tentang habitat spesies ini untuk menguatkan

unsur suspen dalam karya. Ini ditonjolkan seperti petikan di bawah;

Ejim mendongak ke udara. Sekumpulan burung itu terbang dari arah sebelah timur.
Ejim faham benar tingkah laku binatang-binatang di hutan itu. Jika sesuatu telah

134
berlaku di kawasan habitat mereka, sudah tentu kawasan habitat itu sudah tidak
selamat lagi. Dan binatang-binatang itu akan segera berpindah ke tempat lain.
(Semangat Hutan; 155)

Pengeksploitasian eleman alam sekitar biotik dari sudut fauna ini ternyata memberi satu

bentuk kekuatan tersendiri terhadap karya. Pengarang mampu menyerlahkan elemen suspen,

misteri dan teka teki dalam diri pembaca. Pembaca telah diberikan gambaran sedikit demi sedikit

berdasarkan kehadiran elemen alam sekitar sama ada alam sekitar semulajadi, flora, fauna

ataupun alam sekitar sosial dan budaya. Perpindahan burung dan unggas bukan pada musimnya

memberi klu dan unsur suspens tentang beberapa hal yang mungkin berlaku menyebabkan terjadi

hal-hal luar biasa seumpama ini. Secara tidak langsung suasana ini memunculkan rasa ingin tahu

dalam diri pembaca tentang kejadian sebenar. Pengarang secara bijak telah mengadun elemen

alam sekitar dan mencanainya kepada pembaca secara kukuh, logik dan mengesankan. Hal ini

menjadi sebahagian eleman penting yang perlu ada apabila menulis karya sastera bercorak

thriller seumpama ini.

e. Serangga

Serangga merupakan haiwan yang tidak bertulang belakang dengan tubuh yang bersegmen dan

terbahagi kepada tiga iaitu kepala, toraks dan abdomen. Serangga merupakan kumpulan spesies

haiwan yang terbesar, merangkumi 75 peratus daripada jumlah spesies haiwan dunia. Terdapat

kira-kira 2 juta spesies serangga di dunia yang telah dikenalpasti, namun masih banyak spesies

serangga yang masih belum dikenalpasti dan dinamakan (Mohamed, 1992).

135
Dalam suatu ekosistem daratan seperti hutan, organisma herbivor yang utama adalah

serangga. Serangga merupakan sumber makanan atau tenaga utama kepada haiwan-haiwan

seperti katak, ikan, cicak, mengkarung, burung, kelawar, tenggiling dan beruang. Lebih daripada

70 peratus spesies burung dan 80 peratus spesies kelawar adalah pemakan serangga (Mohamed

Salleh, 1992).

Elemen fauna jenis serangga banyak mengetengahkan cengkerik (Tombiruo; 401),

(Mandatori; 84), (Semangat Hutan; 179, 221, 240, 346, 353), nyamuk (Semangat Hutan; 346)

dan lalat serta langau (Semangat Hutan; 434) di dalam karya. Selebihnya, penceritaan tentang

serangga hanya dinyatakan sepintas lalu tanpa disebut secara spesifik.

Berdasarkan analisis kehadiran eleman fauna dalam alam sekitar biotik, didapati bahawa

penggunaan fauna dari teristeral darat telah digunakan secara meluas dan harmoni. Kajian ini

juga menyerlahkan penggunaan hidupan liar telah dieksploitasi sepenuhnya dalam karya kajian.

Alam Sekitar Sosial dan Budaya

Mashitoh (1999) menerangkan alam sekitar sosial dan budaya sebagai satu bentuk tingkah laku,

pengetahuan, cara berfikir dan bertindak, sikap, kesedaran, nilai, etika dan moral yang diamalkan

sesuatu kelompok manusia dalam kehidupan mereka apabila berinteraksi dengan

persekitarannya. Hubungan ini akan menilai dan melibatkan `baik‟ atau `buruk‟ interaksi

136
berkenaan dan bagaimana nilai berkenaan menentukan satu interaksi yang harmoni dengan alam

sekitar. Falsafah alam sekitar meletakkan manusia sebagai antara elemen alam sekitar yang

tersendiri dan istimewa, iaitu tidak sekadar bersifat biotik kerana setiap tingkah laku manusia

adalah bertunjangkan akal, berbanding unsur alam sekitar yang lain.

Tingkah laku manusia yang pelbagai ini akan menentukan nilai dan menyerlahkan

pemikiran terhadap persekitaran. Manusia dikatakan haiwan paling cerdik yang mampu

menganalisis dan berfikir terhadap setiap tingkahlakunya sama ada untuk melahirkan interaksi

yang mesra alam sekitar atau memusnahkan alam sekitar berkenaan. Analisis alam sekitar sosial

dan budaya dalam novel-novel kajian mendapati terdapat beberapa bahagian yang terlibat iaitu;

1. Agama dan kepercayaan

Menurut pandangan pelbagai agama tradisional, manusia adalah penjaga alam tabii dan

diturunkan dari langit serta hidup dalam keadaan harmoni di bumi ini, walaupun manusia kini

telah menukar peranannya menjadi pemusnah alam, impak dari peradaban moden yang diterima

(Seyyed Hossein; 59). Menurut Zaini Ujang (1993), alam sekitar memberi manfaat kepada

manusia sekurang-kurangnya sebagai simbol daripada Allah untuk memantapkan keimanan

manusia, menjadi buku ilmu yang akan memimpin manusia mencapai hakikat, dan hadiah

kepada manusia yang boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan mereka.

137
Isu alam sekitar berkait rapat dengan nilai, etika dan cara hidup. Kewujudan sesuatu yang

tidak seimbang dalam alam semulajadi adalah manifestasi krisis spiritual dan keagamaan

manusia moden. Manusia mengangggap; alam sekitar, Tuhan dan keagamaan dicorakkan oleh

world view yang merangkumi pemahaman tentang diri sendiri, alam sekitar dan penciptanya.

Pandangan ini sangat berpengaruh secara langsung atau tidak langsung, disedari atau tidak

disedari dalam membentuk pemikiran dan minda. Tindakan manusia pula berlandaskan minda

yang diterjemahkan daripada pegangan dan kepercayaan mereka (Mashitoh, 1999). Oleh itu,

interaksi yang wujud antara manusia dan alam sekitar sebenarnya terbentuk akibat gabungan

persekitaran, kefahaman tentang kewujudan diri manusia itu sendiri, seterusnya nilai diri yang

dipamerkan melalui tingkah laku.

Alam sebenarnya menjadi tempat ujian bagi manusia. Alam sekitar dikawal dengan dua

konsep asas iaitu halal (digunakan secara bermanfaat) dan haram (apabila penggunaannya

memudaratkan). Semua tindakan yang bermanfaat kepada masyarakat dan persekitaran adalah

halal (Ziauddin Sardar; 95-96). Justeru itu agama mempunyai peranan penting terhadap

kelangsungan alam sekitar kerana setiap tindakan manusia berlandaskan pegangan, agama dan

kepercayaan yang seterusnya menyerlahkan bagaimana alam ini diuruskan.

Menurut Kamariah & Maharam (2002), asas terhadap perlindungan alam sekitar dalam Islam

(menurut pegangan ahli Sunnah Wal Jemaah), mengatakan bahawa pemuliharaan alam sekitar

diasaskan kepada prinsip bahawa setiap komponen alam sekitar dicipta oleh Allah dan setiap

benda hidup yang dicipta itu mempunyai fungsi yang berlainan. Fungsi setiap kehidupan

berkenaan diukur dan diseimbangkan oleh Allah. Walaupun setiap hidupan berkenaan telah

138
dicipta untuk manusia sebagai kegunaannya, ini tidak bermakna bahawa kegunaannya adalah

untuk manusia semata-mata, kerana terdapat pelbagai fungsi lain telah ditentukan Allah. Agama

dan kepercayaan akan dijadikan garis panduan, rujukan, landasan dan ukuran terhadap sebarang

bentuk pemikiran dan tingkah laku penganutnya. Setiap agama dan kepercayaan sememangnya

menyeru ke arah kebaikan. Perbezaan dalam tindakan dan interaksi setiap penganut agama dan

kepercayaan yang pelbagai terutama terhadap alam sekitar didorong oleh rasional dari sudut

pandangan akar umbi setiap agama dan kepercayaan itu sendiri (Mashitoh, 1999).

Unsur agama Islam dan Kristian telah diangkat pengarang ini dengan menggunakan ayat

yang ringkas dan mudah seperti “Suara muazim ketika melaungkan azan maghrib dari surau

agak sayup kedengaran” (Mandatori; 32) dan “Bunyi loceng gereja di bandar Wiesbaden

mengejutkan Norman” (ibid; 80). Rusdi dalam Rangau, Amiruddin dan Ejim dalam Semangat

Hutan digambarkan sebagai penganut Islam yang taat, patuh dan teguh pegangannya terhadap

agama anutan mereka.

Watak Rusdi dan Amiruddin telah dibentuk dengan sempurna sebagai penganut Islam

yang patuh dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Pengarang mengetengahkan hal ini

berdasarkan perlakuan watak seperti mengerjakan solat, berzikir, beristifar, membaca al-Qur‟an

atau berdasarkan dialog watak tentang pemikiran dan kefahamannya terhadap agama itu. Hal ini

bersesuaian dengan maksud surah adz-Dzaariyyat, ayat 56 “Dan (ingatlah) aku tidak

menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku”.

Watak juga diteguhkan lagi pribadinya berdasarkan pemikiran dan caranya bertindak seperti

petikan;

139
Amiruddin sengaja tidak pulang awal ke rumah malam ini. Selepas menyiapkan
kerja-kerja syarikat, dia terus beriktikaf di masjid, mengasingkan diri dan meratib
panjang memuji Allah s.w.t. Selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak
berjemaah, Amiruddin berhajat berjaga sepanjang malam menghadirkan diri
bersama kalimah-kalimah suci, menunaikan sembahyang sunat hajat dan tahajud.
(Tombiruo; 386)

Meratib, berzikir, bersembahyang secara berjemaah, bersembahyang sunat dan membaca

ayat suci al-Qur'an merupakan sebahagian daripada cara untuk seseorang hamba Allah untuk

mendekatkan diri kepada Penciptanya. Perkara seumpama ini merupakan satu bentuk ritual

melambangkan sikap penyerahan dan kepatuhan seseorang hamba kepada Tuhan.

Selain watak Amiruddin dan Rusdi, watak Wan Suraya (Tombiruo) dan Tasan

(Mandatori) juga digambarkan mempunyai pegangan agama yang kukuh serta sering berdoa

kepada Allah apabila berhadapan dengan kesukaran dan bersyukur apabila terlepas dari bala atau

bahaya (Semangat Hutan; 157). Tasan yang teraniaya menjalani hukuman gantung sampai mati

setelah dibuktikan bersalah oleh mahkamah tetap redha dengan nasib yang ditentukan Allah

kepadanya (Mandatori; 5 & 26).

Watak Brother Wu (Ahmad Wu) yang akan dijatuhi hukuman mati di penjara Sungai

Buluh juga digambarkan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam, mula menghayati erti

sebuah kehidupan. Agama yang baru dianutinya benar-benar memberi keinsafan kepada watak

yang sebelum ini terkenal dengan kejahatan dan kekejamannya seperti dialog “Kau tak akan

faham, Danny. Islam memberikan aku ketenangan. Dan sekarang, aku lebih bersedia

menghadapi sebarang takdir Allah,” (Semangat Hutan; 66). Kefahaman yang mendalam tentang

140
agama dan kepercayaan telah membentuk satu manusia baru yang lebih kental semangatnya,

bersyukur dan sabar dengan setiap ujian. Ketabahan seumpama ini membezakan antara seorang

hamba dengan hamba yang lain dan membuktikan keyakinan diri watak berkenaan terhadap

fahaman yang dianutinya.

Hal berkenaan juga terserlah melalui watak Ejim dalam Semangat Hutan; saudara baru

yang patuh dan taat dengan anutan Islam yang baru dianutinya. Pengarang menyerlahkan

ketaatan watak ini berdasarkan cara hidupnya yang mudah, sederhana dan berdisiplin seperti

petikan berikut;

Ejim hanya akan berhenti rehat apabila matahari condong di kepala. Dia akan
mengisi perutnya dan mengerjakan sembahyang Zuhur. Sejurus dia akan
menyambung semula perjalanannya sehingga sampai ke satu perempat waktu Asar.
Di mana dia akan berhenti untuk mengerjakan sembahyang Asar di situlah dia akan
bermalam.
(Semangat Hutan; 280)

Perenggan di atas memaparkan bagaimana watak Ejim, seorang saudara baru Islam yang

tinggal di dalam hutan Keningau mendisiplinkan dirinya sebagai hamba kepada Penciptanya.

Sekalipun watak ini sedang melaksanakan urusan kehidupan yang memerlukan dia berkerja keras,

namun pada masa yang sama Ejim tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap agama. Ejim

bijak mengatur perjalanan jauhnya itu dan menyesuaikan corak kehidupan sehariannya dengan

tanggungjawabnya untuk mengerjakan solat. Ini memaparkan tentang satu bentuk kehidupan

beragama yang mudah dan boleh disesuaikan dengan gaya hidup manusia yang sentiasa berubah

mengikut keperluan, iaitu kehidupan manusia telah disesuaikan mengikut landasan agama.

141
Novel-novel kajian juga mengemukakan golongan tertentu yang tidak mempunyai

pegangan agama dan melanggar suruhan Allah. Jurang yang jauh antara Pencipta dan hamba ini

menjadikan manusia mudah lupa diri, hilang pertimbangan akal dan melakukan hal-hal yang

dilarang. Ekoran itu muncul masalah sosial yang kian menular dalam masyarakat seperti

ditonjolkan dalam ayat “Empat lima orang pasangan remaja terkinja-kinja menari di ruang

tengah mengikut alunan muzik yang membingit telinga. Merekalah generasi yang hanyut, yang

hilangan pegangan dan kepercayaan” (Rangau; 276). Nipisnya iman dan rapuhnya pegangan

agama seseorang dengan mudah akan menghanyutkan seseorang dari landasan kebenaran. Ekoran

itu juga, berlaku masalah sosial dengan mengikut cara hidup barat. Hal ini jelas diketengahkan

pengarang melalui dialog seperti berikut;

Rusdi menghela nafas panjang. “Bukankah ada cara yang halal? Cara yang
diredhai Allah,” hujah Rusdi cuba menasihatkan Farhana.
“Maksud you, perkahwinan?” Farhana bertanya.
Rusdi mengangguk tanpa bersuara.
Farhana mengeluh berat. Moodnya mati. “Perkahwinan itu mengongkong! I tak
suka!”
“Habis…sampai bila you nak hidup begini? Bertukar-tukar pasangan! Enjoy!
Menikmati dunia ini seolah-olah you akan hidup selama-lamanya!” Rusdi
membidas.
(Rangau;321)

Dialog yang berlaku antara watak Farhana, seorang remaja yang suka hidup bebas dan

mencari pendapatan melalui aktiviti pelacuran dengan watak Rusdi, seorang wartawan yang

mengamalkan cara hidup bertunjangkan agama Islam, menyerlahkan wujud pertentangan nilai

hidup. Rusdi mementingkan satu bentuk kehidupan yang tenang dan bahagia berlandaskan Islam

sebagai agama yang dijunjung. Watak Farhana pula lebih mendambakan kemewahan dan melihat

142
kebahagiaan dari sudut kebendaan dan keseronokan. Falsafah yang dipegang ini menyebabkan

dia sanggup memperdagangkan tubuh sendiri untuk mendapatkan kesenangan tersebut.

Pengarang telah menyisipkan pemikiran terhadap nilai hidup dengan menggunakan watak

Rusdi untuk menyedarkan Farhana. Rusdi telah menasihati Farhana agar mencari pekerjaan lain

yang lebih bermoral dan meninggalkan dunia kelab malam. Farhana juga disarankan agar

berkahwin bagi mengelakkan perbuatan maksiat (dosa) yang berterusan dalam hidupnya.

Malangnya, Farhana menganggap perkahwinan sebagai satu situasi yang akan mengongkong

kehidupannya nanti. Berdasarkan kedua-dua pandangan watak ini, wujud jurang pemikiran yang

cuba diangkat pengarang iaitu terdapat perbezaan nilai yang mengukur erti kebahagiaan dalam

kehidupan. Walau bagaimanapun, pengarang telah memenangkan kebenaran dengan membawa

keinsafan terhadap watak Farhana yang kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan

berlandaskan nilai Islam.

Pengarang ternyata tidak menghukum watak ciptaannya secara kejam, malah memberi

peluang untuk mereka membetulkan kesilapan lampau sejajar dengan sifat Allah yang Maha

Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambaNya. Pengarang telah menyisipkan unsur moral

yang tinggi dalam karya dengan keinsafan watak-watak menyerlahkan sifat Allah yang Maha

Pengampun. Ini boleh dilihat dalam dialog “Kita sekeluarga tak pernah mengamalkan hidup

Islam sebenarnya. Mama dan papa tak pernah tegas berkenaan dengan sembahyang terhadap

Ju dan Johan,” (Mandatori; 362). Watak Norman telah diberikan nilai positif pada bahagian

akhir karya itu. Norman yang terdampar di kampung nelayan setelah terjatuh ke laut semasa

ribut telah diselamatkan penduduk kampung. Walaupun terselamat dan cedera parah, watak ini

143
telah mengalami gegaran otak menyebabkan ingatannya kepada peristiwa lalu telah hilang,

termasuk tidak mengetahui identiti dirinya, hatta nama sendiri. Akhirnya, Norman telah

menjalani kehidupan sebagai Pius di kampung dalam suasana penuh keislaman. Sekiranya

sesuatu watak itu tidak sempat untuk kembali ke jalan yang benar, pengarang ini cuba

menerapkan nilai keinsafan dan kesedaran dalam diri watak seperti “dosa-dosa itulah yang

sedang kacau bilau memenjarakan jiwanya” (Rangau; 51) yang secara tidak langsung memberi

gambaran bahawa watak berkenaan sebenarnya menyedari tentang kesilapan yang dilakukannya

tetapi terdapat pelbagai faktor yang menolaknya dari berpatah balik ke jalan yang benar.

Toleransi antara penganut agama dapat dikesan dalam novel kajian, terutama antara Islam

dan Kristian. Mereka saling hormat menghormati antara penganut satu agama dengan penganut

agama yang lain berlandaskan pegangan bahawa semua agama yang wujud di dunia menuntut

penganutnya supaya melakukan kebaikan dan berinteraksi sesama manusia dengan harmoni.

Islam tidak memandang darjat, keturunan atau kekayaan tetapi lebih menilai amalan dan

pegangan agama seseorang, seperti dinyatakan dalam surah Al-Hujuraat, 49; 13 bermaksud;

Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa diantara kamu
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu).

Hubungan antara kaum dan agama telah membentuk sifat Rusdi agar sentiasa menjaga hati

dan perasaan orang lain walaupun terdapat perbezaan pegangan. Ini diserlahkan pengarang

dalam ayat “Berbeza pegangan dan kepercayaan membuatkan Rusdi bersikap membisu. Dia

144
tidak mahu menyinggung perasaan Tuan Gimbang atas perbezaan itu. Namun begitu, perbezaan

itu tidak menghalang untuk mereka saling bekerjasama dan saling hormat menghormati”

(Rangau;220). Ini disokong pula dengan kenyataan dalam dialog “Kita berlainan agama tetapi

tujuan kita adalah sama. Walaupun begitu, apapun agama di dunia ini, tak ada satu agamapun

yang menyuruh penganutnya melakukan kejahatan. Uncle teguh pada agama uncle, begitu juga

saya. Saya tetap dalam Islam. Kerana Islam itulah jiwa saya,” (Rangau;174). Situasi seumpama

ini seterusnya boleh dilihat dalam Rangau pada halaman 170, 220 dan 221.

Penceritaan pengarang tentang agama Kristian hanya berkisar tentang perlunya hubungan

yang baik sesama manusia tanpa mengira agama seperti ayat “Kamu percaya kepada Jesus?”

(Rangau; 220) dan “Uncle faham, kita berlainan agama” (Rangau; 220). Walaupun begitu,

watak yang menganut agama ini digambarkan sebagai penganut yang tidak kuat mengamalkan

agamanya. Pengarang juga tidak memperincikan kehidupan beragama bagi penganut bukan

Islam. Pengarang walau bagaimanapun ada menyebut di sana sini tentang amalan, kepercayaan

dan ritual yang dilakukan seperti perayaan gawai dan bunyi loceng gereja yang memberi

gambaran kepada pembaca tentang amalan agama berkenaan.

Sebahagian besar amalan dan kepercayaan yang diangkat dalam novel kajian merupakan

amalan dan kepercayaan masyarakat Melayu dan kaum bumiputera di negeri Sabah. Masyarakat

pribumi di Sabah sangat mempercayai tentang semangat, kepercayaan, dan melakukan pelbagai

bentuk amalan serta ritual. Berdasarkan analisis terhadap karya, pengarang ternyata banyak

mengangkat isu kepercayaan dan amalan masyarakat pribumi seperti Dusun dan Kadazan dalam

kehidupan seharian mereka berdasarkan ayat-ayat berikut;

145
Hutan ini ada semangatnya. Dan bukan semua semangat itu baik. Ada yang lebih
kejam dari binatang buas.
(Semangat Hutan; 81)

Rogon menurut bahasa Kadazan-Dusun adalah hantu atau semangat jahat di hutan
itu. Tetapi Rogon lebih jahat dan ganas daripada Tombiruo.
(Semangat Hutan; 311)

“Ini mesti ada orang kampung yang langgar pantang larang. Kalau tak mana
Rogon mahu datang. Rogon datang sebab marahlah tu”
(Semangat Hutan; 311)

“Jangan dibawa keluar dari hutan ini. Saya risau semangat pedang itu akan
mengamuk,”
(Semangat Hutan; 518)

Pengarang ini tidak membiarkan pembaca hanyut dengan amalan dan kepercayaan

seumpama ini tetapi turut membantu dengan penerangan lanjut tentangnya. Penerangan

seumpama ini membantu pembaca memahami tentang elemen budaya berkaitan di samping

mengetahui tatacara sesuatu amalan berkenaan diritualkan. Ini dapat disaksikan seperti dalam

novel Semangat Hutan dan Tombiruo sebagaimana kutipan perenggan di bawah;

Menurut kepercayaan masyarakat tempatan, makhluk itu sebenarnya berasal dari


seorang manusia. Entah macam mana dijadikan cerita, manusia itu sesat di dalam
hutan. Manusia itu memakan apa sahaja di hutan itu sehingga bertukar menjadi
makhluk ganjil dan kejam.
(Semangat Hutan; 275)

Masyarakat setempat sudah semakin hangat membincangkan tentang kewujudan


makhluk itu. Ada yang memanggilnya `ragon‟. Dan ada juga sesetengah
masyarakat yang memanggilnya `Tombiruo‟. Semangat hutan yang jahat, ganas
dan kejam. Kata mereka lagi, makhluk itu tidak takut pada tangkal ataupun jampi
serapah oleh bomoh-bomoh masyarakat setempat.
(Semangat Hutan; 276)

Penerangan tentang amalan dan kepercayaan berkenaan juga turut dihuraikan dari sudut

pandangan watak Amiruddin yang kuat berpegang dengan agama Islam. Watak ini telah

146
menjelaskan hal kepercayaan dan amalan yang dipegang penganut suku bangsa lain di Sabah

dari pandangan seorang muslim. Hal ini telah digambarkan pengarang ini melalui perenggan

berikut;

Amiruddin faham benar apa yang dimaksudkan semangat hutan oleh Ejim sebentar
tadi. Ia berkaitan kepercayaan kuno masyarakat tempatan. Walaupun Ejim kini
seorang muslim, namun kepercayaan seperti itu masih berbekas dalam dirinya.
Amiruddin yakin bahawa semangat hutan yang dikatakan oleh Ejim tadi merujuk
kepada iblis syaitan dan manusia luar yang berperangai seperti makhluk Allah yang
derhaka itu.
(Semangat Hutan; 103)

Perenggan ini memaparkan nilai persefahaman tentang budaya, amalan dan kepercayaan

dari pandangan anutan yang berbeza. Perbezaan agama dan kepercayaan tidak menjadi

penghalang kepada satu bentuk pemahaman secara bersama terhadap sesuatu perkara yang

wujud dalam masyarakat. Berdasarkan perenggan ini, pengarang cuba menonjolkan bahawa

perkara yang sama boleh didefinisikan secara berbeza dari sudut agama dan kepercayaan yang

berbeza.

Kepelbagaian kaum di Sabah turut menyerlahkan aneka ragam ritual, amalan dan

kepercayaan dalam masyarakat, termasuk kawasan perkuburan. Ini diserlahkan pengarang

melalui dialog “Barangkali tempat tu tempat perkuburan. Maklumlah…kat Sabah ni banyak

kaum. Masing-masing kaum ada tradisi mereka sendiri. Mungkin cara yang doktor lihat tadi

merupakan salah satu daripada tradisi mereka,” (Semangat Hutan; 220) dan “di situ terdapat

banyak tajau-tajau besar berwarna coklat. Disusun kemas… terdapat ukiran naga melingkari

badan tajau-tajau itu” (Semangat Hutan; 218). Terdapat beberapa suku kaum di Sabah yang

mengamalkan pengebumian mayat di dalam tempayan besar seperti Murut dan Kadazan-Dusun.

147
Walaupun begitu, kaum Murut akan menyimpan mayat di dalam tempayan besar atau tajau

bernama `bangkalan‟ dan ditanam di tebing sungai (Ridzwan, 1993), manakala kaum Kadazan-

Dusun pula menyimpan tempayan berkenaan di dalam pondok khas yang dibina di dalam hutan.

Penulis telah memanfaatkan semua pengetahuan tentang alam sekitar dalam karya apabila

mengutarakan hal-hal seumpama ini.

Persekitaran budaya seumpama ini tidak sahaja menampilkan kelainan terhadap karya

tetapi membantu mengetengahkan hal-hal seumpama itu agar lebih difahami tentang

kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Dari sudut alam sekitar sosial dan budaya pula,

amalan, kepercayaan dan cara hidup termasuk agama menjadi sebahagian daripada interaksi

alam sekitar yang tersendiri. Diteliti dari sudut elemen alam sekitar buatan, tempayan besar atau

tajau atau bagaton merupakan alam sekitar buatan manusia. Tempayan ini diperbuat dari adunan

tanah liat dan air, iaitu sumber alam sekitar semulajadi fizikal. Dalam proses pembuatan

tempayan pula, pelbagai proses terlibat seperti proses menguli dan mengadun, membakar,

seterusnya mengering. Semua proses ini berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan

unsur-unsur alam sekitar seperti api, cahaya matahari, pembakaran kayu, tanah liat, air dan

sebagainya.

Selain pengebumian mayat dalam tempayan, terdapat satu lagi corak pengebumian yang

diamalkan di Sabah seperti digambarkan pengarang ini dalam petikan di bawah;

Pada hari kematian itu juga, senja sebelum malam, Ejim mengangkat mayat
Pondolou mendaki sebuah bukit di hutan itu dan kemudian mengebumikan mayat
Pondolou di atas bukit itu. Setelah selesai upacara pengebumian, Ejim
menghabiskan masanya semalaman tanpa tidur menunggu di kubur bapanya itu.
Tengkorak seekor kerbau yang diletakkan di atas sebatang kayu nisan kubur itu
melambangkan kepahlawanan penghuni di dalamnya. Ejim meletakkan batu-batu

148
bulat di atas timbunan tanah kubur supaya mayat bapanya tidak akan digali oleh
binatang-binatang liar yang sangat peka deria hidu mencium bau mayat.
(Tombiruo; 65)

Pengarang bukan sekadar memaparkan aksi watak menyemadikan mayat bapanya yang

mati di atas bukit, namun memperincikan tujuan watak bertindak sedemikian. Tengkorak seekor

kerbau yang diletakkan di atas kubur bapanya dengan maksud tertentu itu berkaitan rapat dengan

alam sekitar fauna. Penggunaan batu-batu bulat dengan tujuan tersendiri merupakan salah satu

elemen alam sekitar abiotik jenis semulajadi. Petikan ini secara keseluruhannya merupakan

gabungan antara elemen alam sekitar semulajadi dan budaya masyarakat berkenaan. Gabungan

kedua-dua elemen alam sekitar ini kelihatan menarik, menyakinkan dan serasi, sekaligus

menyerlahkan kreativiti pengarang mengadunkan struktur alam sekitar dalam bentuk kreatif.

2. Budaya

Budaya adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolik, merupakan satu reaksi

manusia terhadap penyesuaian hidup dengan alam sekeliling. Budaya secara umum mempunyai

unsur-unsur ekspresif dan instumental. Unsur ekspresif meliputi aspek memahami alam

sekeliling, kepercayaan manusia terhadap sesuatu dan kesan reaksi terhadapnya, manakala unsur

instumental merujuk kepada bagaimana manusia menggunakan budaya untuk mengawal alam

sekeliling (http://members.lycos.co.uk/nabirz/soc1.htm). Masyarakat Malaysia terdiri daripada

pelbagai kaum dan budaya. Terdapat tiga etnik terbesar iaitu Melayu, China dan India yang

mengamalkan budaya dan adat resam yang berbeza serta mempunyai kebudayaannya tersendiri.

149
Ini bererti Malaysia mengandungi lebih daripada satu kategori bangsa yang mempunyai sifat-

sifat tersendiri dari pelbagai sudut budaya, nilai dan norma kehidupan masing-masing.

Masyarakat majmuk Malaysia yang menarik ini terserlah melalui pelbagai sukubangsa

dan agama. Selain Melayu, Cina dan India, masyarakat Semenanjung Malaysia juga terdiri

daripada Serani dan Orang Asli, di Sabah suku Bajau, Kadazan dan Murut merupakan antara

kaum terbesar, manakala di Sarawak pula kaum Kedayan, Melanau dan Iban, dengan pelbagai

bahasa dan dialek yang digunakan. Masyarakat yang pelbilang bangsa ini telah mewarisi dan

mempunyai kebudayaan yang tersendiri seperti adat resam, cara hidup, corak pemikiran dan

kepercayaan.

Kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia telah diserlahkan secara langsung dalam

novel-novel kajian. Budaya masyarakat Melayu diserlahkan dalam seni silat, manakala tarian

Sumazau dari suku kadazan-dusun telah digabungkan pengarang ini dalam satu perenggan, iaitu;

Kini persembahan Tarian Sumazau sedang berlangsung. Tarian itu budaya suku
kaum Kadazan-Dusun Negeri Sabah. Sejurus selesai dipersembahkan pula sen silat
yang dilakukan oleh lima orang anak muda yang lengkap berpakaian Melayu.
Gerak langkah seni mempertahankan diri itu dilakukan dengan bergaya dan kemas.
(Rangau;207)

Tarian Sumazau ditarikan masyarakat Kadazan-Dusun dalam acara atau pesta yang popular

di Sabah, iaitu Pesta Menuai. Acara kebudayaan ini mempunyai ciri yang tersendiri, dan

dianggap perayaan kebudayaan yang unik di Malaysia yang dikenali juga sebagai “Tadau

Kaamatan”. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan

memakai pakaian tradisional mereka, serta diiringi paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan

150
kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung,

mengikut alunan rentak yang dimainkan seolah-olah menunjukkan bahawa petani sedang

menghalau burung daripada memakan hasil tanaman padi mereka. Setiap penari yang

menjayakan tarian ini bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.

Kaum Kadazan Dusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah, menggunakan

pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Kaum ini

juga dikenali dengan pelbagai nama atau gelaran seperti Lotud, Rungus, Orang Sungai, Kuijan,

Tambanuo, dan sebagainya yang hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang antara

150 - 200 orang (RAR, 1999).

Tombiruo pula menyerlahkan budaya unik masyarakat tempatan (Kampung Likas, Kota

Kinabalu) apabila mengangkat sukan perahu naga yang diadakan di kawasan tersebut (halaman

178 dan 179). Pertumbuhan kebanyakan bandar, kampung, rumah panjang dan penempatan lain

terdapat sepanjang tebing sungai yang merupakan tapak pertumbuhan pusat-pusat komersial.

Kini sungai telah digabungkan dengan faktor-faktor lain untuk memainkan peranan penting

didalam kehidupan seharian seperti membekalkan air minuman dan menjadi sistem

penganggkutan utama. Ianya juga memberi manfaat dari segi sukan rekreasi seperti berenang,

lumba perahu, jet ski, penggembaraan melawam jeram-jeram dan menerokai gua-gua dimana

gua-gua adalah sumber sungai-sungai yang melibatkan sungai

(http://www.did.sarawak.gov.my/bm/sungai/www/cintasungai.htm). Situasi ini menunjukkan

bahawa sungai menjadi sebahagian dari elemen penting dalam masyarakat ini termasuk menjadi

elemen sukan dan kebudayaan.

151
Pada masa yang sama, pengarang telah mengkritik sebilangan masyarakat Malaysia yang

gemar mencedok budaya mengikut cara hidup dan pegangan barat dalam kehidupan mereka

seperti dilukiskan dalam Rangau (hal. 276). Ini dikuatkan lagi dengan pegangan dan cara hidup

yang diterap seperti kebebasan yang keterlaluan, bertukar-tukar pasangan tanpa ikatan yang halal

dan bersukaria tanpa batasan. Hal ini telah ditonjolkan pengarang dalam Rangau (hal. 321).

Kritikan seumpama ini tidak sekadar memaparkan rasa tidak puas hati pengarang tentang

perkembangan budaya kuning ini, tetapi menampakkan kebimbangan terhadap nilai dan

kebudayaan tempatan yang kian dilupakan golongan muda kini.

Tuak merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada nira tumbuhan seperti kelapa,

nipah dan sagu. Terdapat sesetengah jenis tuak diperbuat dari air beras atau ubi kayu.

Masyarakat Kadazan-Dusun dan beberapa suku kaum lain menjadikan tuak atau air tapai sebagai

minuman tradisi yang sentiasa dihidangkan dalam tempayan tempayan kecil atau besar semasa

perayaan seperti Pesta Menuai dan perkahwinan (Ridzwan, 1993).

Berdasarkan kepercayaan dan amalan yang menjadi budaya dalam masyarakat berkenaan,

tidak terlalu janggal untuk pengarang mempersembahkan budaya meminum tuak di dalam

masyarakat tersebut. Pengarang telah menulis “Tawarid bersama-sama dua orang rakannya,

Monungkid dan Gagai sedang duduk-duduk di atas batu di tepi sungai Lembah. Mereka berbual-

bual sambil ketawa, berganti-ganti minum tuak dari tajau kecil berwarna coklat gelap”

(Tombiruo; 342) sebagai sebahagian daripada cara gaya hidup masyarakat tersebut. Perubahan

zaman telah memperlihatkan variasi amalan yang sedikit berbeza, tetapi mempunyai persamaan

fungsi dan peranan. Amalan tradisi dalam upacara gawai menuntut penggunaan tuak, namun

152
setelah unsur kemodenan menular dalam masyarakat, arak telah digunakan sebagai ganti. Ini

dapat disaksikan seperti dialog “Kamipun tak minum arak. Cuma bila balik kampung pesta

menuai saja. Itupun saja ikut adat. Taklah sampai mabuk,” (Rangau; 170). Dilihat dari sudut

alam sekitar, penggunaan arak masih lagi menepati ciri-ciri alam sekitar. Arak berasal dari buah

anggur yang diperam. Buah anggur ini tergolong dalam eleman alam sekitar flora.

Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang kolektif, hidup dalam suasana tolong

menolong, berkerjasama dan mementingkan kesepaduan bermasyarakat. Sifat ini dapat

meningkatkan erti persaudaraan dan persahabatan yang sebenarnya berlandaskan nilai keislaman

yang murni seperti maksud ayat 36 surah An-Nisaa‟ yang bermaksud “…dan hendaklah kamu

berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin,

jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga

hamba yang kamu miliki”. Konsep tolong menolong dan kejiranan tidak sekadar melibatkan

hubungan luaran, malahan hubungan antara hati dan perasaan dalam sesebuah masyarakat.

Keharmonian masyarakat akan terbentuk hasil perasaan mesra dan kasih sayang antara satu sama

lain terutama dalam institusi kekeluargaan.

Berdasarkan situasi itu, konsep kejiranan dalam masyarakat Malaysia ini telah dilukis

pengarang secara mudah dan ringkas, namun mampu memberi gambaran berkenaan hal tersebut

yang dapat disaksikan dalam ayat “Sebenarnya bukan mereka suka jaga tepi kain orang tetapi

itulah kehidupaan dikampungnya. Suka bertanya dan mengusiknya menandakan keakraban

mereka” (Rangau; 142). Pada masa yang sama kritikan ditujukan kepada segolongan ahli

masyarakat yang tidak lagi mengamalkan budaya berkenaan berdasarkan watak Kim seperti

153
“Penghuninya pula seorang yang pendiam malah tidak akrab dengan jiran-jiran. Kim lebih suka

memencilkan diri di rumah itu” (Rangau; 185). Kedua-dua pertentangan berkenaan

dibentangkan dengan cara yang mudah dan sederhana, namun begitu meninggalkan erti

mendalam. Masyarakat Malaysia kini kian ditulari pembangunan yang sedikit demi sedikit

meninggalkan budaya bangsa mereka, malah mengutip amalan dan budaya barat yang lebih

bersifat keluarga atom dan mengamalkan cara hidup secara individu.

3. Interaksi sosial

Masyarakat Malaysia mengutamakan hubungan yang harmoni antara satu sama lain tanpa

mengira kaum, agama dan kepercayaan. Nilai sosial yang wujud dalam masyarakat

menggambarkan pemikiran dan norma masyarakat berkenaan bersandarkan adat, resam, taboo

dan undang-undang tidak bertulis yang ditekankan secara lisan dan konseptual dikalangan ahli

masyarakat. Keharmonian seumpama ini diserlahkan dari corak hidup bermasyarakat yang saling

hormat menghormati, tolong menolong dan saling mengambil tahu situasi setempat. Alam

sekitar sosial dalam karya-karya berkaitan terdiri dari pelbagai unsur.

Pengarang banyak mengangkat hubungan baik sesama manusia tanpa mengira fahaman

politik, bangsa, sempadan negeri atau anutan agama, terutama bagi masyarakat Malaysia yang

terdiri dari pelbagai kaum dan budaya. Petikan “Dua tahun lalu ketika mula-mula berpindah ke

Negeri Sabah dari Kuala Lumpur, Suhaimilah yang banyak membantu. Lelaki berbadan gendut

154
itu tolong carikan rumah sewa berhampiran hospital. Malah banyak lagi jasa baik Suhaimi yang

sukar dilupakan” (Rangau; 225) dan “mula-mula pindah dulu, doktor Mala berasa kekok sedikit

kerana faktor dialek dan masa terbit serta terbenam matahari. Seolah-olah doktor Mala

bertugas di negara lain” (ibid) menggambarkan terdapat pelbagai perbezaan antara budaya dan

alam semulajadi antara Malaysia Timur dan Semenanjung. Walaupun begitu perbezaan

seumpama itu tidak menggugat interaksi harmoni yang wujud dalam masyarakat. Hal ini

dikuatkan lagi pengarang melalui watak Tuan Berham berdasarkan dialog “Orang Sabah dan

orang Semenanjung sama saja. Walaupun lautan Cina Selatan menjadi pemisah kita tetap orang

Malaysia. Orang Malaysia terkenal dengan kesopanan, budi pekerti dan budaya hidup yang

harmoni,” jelas Tuan Berham sungguh-sungguh” (Tombiruo; 31).

Pemaparan tentang aktiviti sosial dan cara hidup masyarakat Malaysia juga turut

dipaparkan berdasarkan hubungan kekeluargaan dan keupayaan ahli keluarga memikul

tanggungjawab. Ibu bapa bertanggungjawab untuk memberi kasih sayang, membesarkan anak-

anak dan mencari peluang terbaik untuk kehidupan anak-anak mereka pada masa hadapan,

seperti di paparkan pengarang “Orang tua itulah yang memerah keringat membesarkan mereka

adik beradik setelah ayahnya kembali ke rahmatullah dahulu. Ibunya itulah yang mencari rezeki

untuk makan, minum dan pakai mereka adik-beradik” (Rangau, 2000;137). Ibu bapa sanggup

bersusah payah untuk memastikan kehidupan anak-anak akan berubah apabila dewasa, seperti

dilakukan juga Tuan Gimbang iatu;

“Tangan lelaki tua inilah yang membesarkan Ursula dan Janet. Tangan kasar inilah
yang mencari rezeki untuk mereka. Tangan bangsat inilah yang mendodoikan
mereka sewaktu tidur pada waktu malam. Tangan inilah yang membelai mereka
sebagai papa dan mama sekaligus,” Tuan Gimbang menengking keras. “Dan
sekarang, kau datang dan mengaku sebagai mama mereka? Seorang mama yang

155
meninggalkan anak-anaknya dan lari ikut lelaki lain! Sekarang tunjukkan pada aku,
mana dia kemewahan yang kau kejar dulu? Naba?”
(Rangau; 273)

Petikan di atas tidak sahaja menyerlahkan tentang kegigihan seorang bapa untuk

mengubah nasib dan kehidupan keluarga yang dicengkam kemiskinan, namun turut

menyerlahkan satu penyakit sosial lain yang berlaku dalam masyarakat, iaitu kecurangan seorang

isteri. Sikap seorang isteri dan ibu meninggalkan keluarga akibat kemiskinan diserlahkan melalui

ayat “Dahulu Tuan Gimbang kehilangan isterinya. Isterinya wanita curang. Isterinya ikut lelaki

lain. Selama lebih dua puluh tahun Tuan Gimbang membesarkan kedua-dua anak perempuannya

itu” (Rangau; 43). Perpisahan antara ibu bapa dan pelbagai tragedi dalam keluarga dalam ayat

"Ketika aku masih kecil lagi, papa dan mama berpisah. Lepas itu, papa lumpuh akibat

kemalangan. Dan sekarang…Janet hilang entah kemana,” (Rangau; 257) turut memberi tekanan

dan meninggalkan kesan psikologi terhadap anak-anak.

Kesedaran pengarang tentang kasih sayang dan pengorbanan telah mendesak pengarang

ini mengemukakan ayat “Hargailah ibu bapa sementara mereka masih hidup di dunia ini”

(Rangau; 245). Penghargaan terhadap ibu bapa menyebabkan anak-anak merasa bertanggung

jawab terhadap mereka seperti petikan “Ursula adalah anak uncle yang bertanggungjawab. Dia

selalu bimbang tentang uncle. Ursula anak yang baik dan dia sayangkan keluarga ini,” (Rangau;

221) dan menyerlahkan perasaan berkenaan melalui perwatakan, umpamanya “Ursula

menghampiri Tuan Gimbang dan mengucup pipi papanya itu. Kasih sayang seorang anak pun

terserlah,” (Rangau; 254).

156
Ekoran timbulnya kesedaran untuk membela golongan tidak bernasib baik, mendorong

pentadbiran negara mewujudkan rumah kebajikan. Dipandang dari sudut alam sekitar,

pembinaan rumah anak-anak yatim, rumah kebajikan masyarakat, rumah orang-orang tua,

menyediakan kawasan perkuburan secara wakaf merupakan satu bentuk pengurusan alam sekitar

yang harmoni. Pihak berwajib menyedari tentang keperluan masyarakat yang kurang upaya

menyebabkan dibina satu komuniti untuk membantu. Mashitoh (1999) berpendapat bahawa

pengagihan sumber alam sekitar sepatutnya dilakukan secara sama rata tanpa membezakan status

ekonomi, bangsa dan agama kerana alam sekitar merupakan hak bersama yang perlu diagihkan

secara sama rata. Setiap orang berpeluang untuk menikmati alam ini. Berdasarkan prinsip

berkenaan, terdapat inisiatif dari pihak tertentu untuk mengagihkan sumber (dalam kes ini

keperluan asas termasuk keperluan intelektual) kepada golongan tertentu yang tidak

berkeupayaan untuk menguruskan sendiri sumbernya. Hal ini telah disentuh secara santai

pengarang ini melalui beberapa ayat mudah berikut;

Selepas ibunya meninggal dunia, dia ditempatkan di rumah kebajikan. Di sinilah


dia memulakan hidup baru. Dia belajar bersungguh-sungguh dan dia bercita-cita
hendak menjadi seorang doktor. Kematian ibunya akibat serangan leukemia
menjadi semacam pendorong dalam mengejar cita-cita.
(Rangau; 110-111)

Interaksi sosial yang dipaparkan dalam novel-novel kajian mewujudkan satu bentuk alam

sekitar sosial dan budaya yang tersendiri. Pengarang sama ada sedar atau tidak telah mengkritik

golongan tertentu yang terlalu mementingkan nilai kebendaan sehingga sanggup mengabaikan

tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak. Pada masa yang sama, pengarang

memperlihatkan tentang nilai kasih sayang yang berkekalan akan membentuk sebuah keluarga

yang harmoni dan masyarakat yang sejahtera.

157
4. Taraf ekonomi

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957, banyak perubahan telah berlaku terutama

selepas diperkenalkan pelbagai dasar pembangunan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar

Pembangunan Nasional, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pandang Ke Timur dan sebagainya.

Walaupun terdapat perubahan yang ketara dari sudut ekonomi antara sebelum dan selepas negara

mencapai kemerdekaan, terutama mutakhir ini, namun definisi miskin dan kaya terlalu global

sifatnya. Selagi terdapat golongan kaya di bumi, bermakna akan terdapat juga golongan yang

dikatakan miskin berdasarkan perbandingan antara keduanya. Kamus Dewan mendifinisikan

kaya sebagai golongan yang berharta, manakala miskin pula sebagai golongan yang tidak

berharta, serba kekurangan dan hidup melarat.

Berdasarkan analisis terhadap novel-novel kajian, terdapat pemaparan yang ketara dari

sudut taraf hidup dan sumber ekonomi masyarakat. Status ekonomi yang tinggi diserlahkan

melalui kegiatan watak yang bersantai sambil bermain bowling (Rangau; 51) dan binaan konkrit

rumah kediaman mereka. Taraf ekonomi yang tinggi juga digambarkan melalui pemilihan lokasi

kediaman mereka yang terletak di lereng bukit dan jumlah aset yang dimiliki seperti klinik

persendirian (Rangau; 54, 55). Pengarang cenderung menggambarkan golongan yang berstatus

ekonomi yang tinggi dan dikelilingi kemewahan yang digandingkan dengan perbezaan status

ekonomi seperti;

Suasana di banglo dan rumah kampung itu jauh berbeza. Di banglo dia seolah-
olah berada di dalam sebuah istana. Dilimpahi kemewahan. Namun jiwanya terasa
kosong. Tetapi di rumah kampung yang serba kekurangan itu dia dapat berasa
sesuatu kebahagiaan berputik dalam jiwanya. Kokokan ayam pagi terasa benar
mendamaikan segenap perasaan. Kocakan air sungai mencuit jiwa pada suasana

158
yang tidak pernah dirasai. Tiba-tiba sahaja jiwanya berasa tenteram. Malah cukup
mendamaikan. Fikirannya pun lapang.
(Rangau; 145-146)

Tahap hidup golongan yang berstatus ekonomi rendah juga diutarakan pengarang ini

berdasarkan corak kehidupan dan persekitaran yang dijalani watak umpamanya perkampungan

tanpa bekalan elektrik (Rangau; 4), kawasan setinggan (Rangau; 109), dan berkerja keras untuk

menampung keluarga yang ramai (Rangau; 260) atau mencuba pelbagai jenis pekerjaan tanpa

mengenal putus asa untuk menanggung keluarga (Rangau; 43). Petikan di bawah memaparkan

taraf hidup watak dalam bahasa yang sederhana, mudah dan mengesankan;

Dia lahir dalam keluarga yang miskin. Ibunya bekerja mengambil upah mencuci
pakaian. Pendapatan yang tidak tetap. Kadangkala dalam sehari ibunya langsung
tidak mendapat sebarang upah kerana tidak ada pakaian yang hendak di cuci.
Mereka dua beranak tinggal di sebuah peempatan setinggan. Kehidupan mereka
benar-benar daif.
(Rangau; 109)

Petikan di atas tidak sekadar menonjolkan kesukaran kehidupan mereka yang terpaksa

mengambil upah mencuci pakaian, tetapi turut menggambarkan jenis petempatan yang dihuni,

iaitu setinggan. Kehidupan keluarga banyak tertumpu di dalam rumah. Perumahan yang tidak

baik dikaitkan dengan kekurangan sosial dan masalah peribadi. Bagi perumahan yang sempurna,

kesan persekitaran ruang terhadap keluarga adalah penting, walaupun kurang ketara bagi semua

keluarga, interaksi berlaku dalam satu ruang tertentu yang membentuk cara mereka

bertingkahlaku. Persekitaran ruang keluarga mencerminkan dan mempengaruhi proses aktif iaitu

proses membuat tanggapan, peruangan, penilaian dan membuat keputusan. Proses aktif ini

merupakan sebahagian daripada alat transaksi dengan persekitaran (Melson, 1993).

159
Dikaji secara mendalam, jenis petempatan akan mempengaruhi kehidupan dan interaksi

penghuninya. Persoalan setinggan juga tidak sekadar melibatkan status ekonomi masyarakat,

tetapi dilihat dari sudut alam sekitar secara lebih menyeluruh, ia turut berkait dengan masalah

kesihatan awam, kemudahan infrastruktur, bekalan air bersih, pelupusan bahan pepejal, banjir

kilat, gejala sosial, jenayah dan sebagainya. Gabungan semua persoalan ini akan menampilkan

deretan impak alam sekitar yang tak mampu untuk dikawal. Gabungan masalah berkenaan

sekiranya berlaku secara serentak akan memperlihatkan bahawa kawasan setinggan menjadi

sarang terhadap masalah alam sekitar.

Perubahan taraf hidup dan ekonomi mampu mengubah pegangan hidup seseorang. Bekas

isteri Tuan Gimbang umpamanya, kembali semula ke pangkuannya apabila status ekonomi bekas

suami yang pernah ditinggalkan dahulu telah berubah (Rangau; 86). Dalam situasi ini pengarang

cuba memaparkan tentang pengangan hidup sesetengah golongan yang menjadikan kemewahan

dan kebendaan sebagai ukuran kebahagiaan. Ini menjadikan nilai kemewahan sebagai matlamat

yang ingin dicapai sehingga mengenepikan nilai moral. Perbuatan bekas isteri Tuan Gimbang

melarikan diri dengan lelaki kaya (bukan muhrim) dan meninggalkan suami tanpa izin

merupakan satu perbuatan yang haram hukumnya dalam agama Islam. Ekoran dari itu, dia bukan

sahaja dikategorikan sebagai isteri yang nusyuz (ingkar) terhadap suami, malah boleh

menyebabkan hilang hak penjagaan anak-anak dan juga tidak berhak untuk menuntut nafkah

(Mat Saad Abdul Rahman, 2002)

Kemiskinan juga tidak sekadar menggugat nilai ekonomi keluarga semata, tetapi mampu

mencetus masalah sosial dan menimbulkan pelbagai penyakit masyarakat seperti menjadi

160
perempuan simpanan (Rangau; 109), mencari kebebasan tanpa batasan (Rangau; 321) atau

meruntuhkan institusi kekeluargaan (Rangau; 43). Ini telah dipaparkan pengarang seperti berikut;

Ayahnya seorang yang berpengaruh. Timbul pula cerita bahawa ibunya itu
merupakan bekas seorang perempuan simpanan kepada ayahnya. Akibat
hubungan sulit itu dia lahir ke dunia. Selepas kelahirannya, ibunya tersisih. Isteri
ayahnya yang sah telah mengetahui hubungan sulit antara ibu dengan ayahnya.
Satu penganiayaan telah berlaku. Akhirnya ibu Zahid hidup melarat. Ayahnya
pula, demi kerjaya sebagai seorang tokoh politik terpaksa melupakan ibunya.
Isteri ayahnya yang sah itu telah mengugut akan memusnahkan kerjaya politik
ayahnya jikalau ayahnya masih berhubungan dengan ibunya.
(Rangau; 109)

Dahulu Tuan Gimbang kehilangan isterinya. Isterinya wanita curang. Isterinya


ikut lelaki lain. Selama lebih dua puluh tahun Tuan Gimbang membesarkan
kedua-dua anak perempuannya itu. Ketika ditinggalkan, Ursula berumur enam
tahun dan Janet baru berusia tiga tahun. Tuan Gimbang berasa jerih membesarkan
Ursula dan Janet dalam keadaan hidup yang tidak stabil. Ekonomi mereka tidak
sekukuh hari ini.
(Rangau; 43)

Tahap ekonomi yang rendah seumpama ini telah mendesak ahli keluarga lain untuk turut

sama menyumbang terhadap keperluan keluarga (Rangau; 137, 147), (Tombiruo; 329) seperti

petikan “Isterinya Limah, suri rumah sepenuh masa kadangkala turut membantu menjemur

lebihan ikan-ikan yang tidak habis dijual untuk dibuat ikan masin. Sambil-sambil itu Limah

menjual belacan di pasar minggu setiap hari Ahad” (Rangau, 2000;4). Ramai kaum ibu terpaksa

keluarga berkerja bagi membantu menambah pendapatan suami mereka, seterusnya menampung

perbelanjaan keluarga. Kemasukan wanita ke dalam pasaran buruh dengan menjalankan

pelbagai pekerjaan yang dahulunya dimonopoli lelaki telah membawa perubahan struktur

keluarga. Keluarga kerjaya-duaan (dual career family) lazimnya memperlihatkan tugas mencari

nafkah keluarga menjadi tanggung jawab bersama dan isteri tidak lagi bergantung secara

keseluruhannya dari segi ekonomi kepada suami (Yaacob Harljn, 2002). Walau bagaimanapun,

161
sebahagian besar wanita yang berkerjaya sebenarnya lebih suka menumpukan masanya terhadap

urusan rumah tangga dan keluarga sekiranya tidak menghadapi tekanan ekonomi keluarga.

Pengarang menampilkan isu agama dan kepercayaan, budaya, interaksi sosial dan taraf

ekonomi keluarga secara global dalam novel kajian menjadikan novel ini sarat dengan nilai

sosial dan persekitaran. Sekalipun isu berkenaan agak berat dan memerlukan sorotan yang

bersifat ilmiah, namun gaya bahasa dan corak penceritaan yang digunakan mampu meringankan

hal tersebut.

Elemen Abiotik

Alam sekitar abiotik merupakan komponan ekosistem terdiri daripada faktor-faktor yang tidak

bernyawa (Abdullah, 1999) atau secara mudahnya dikenali sebagai alam sekitar bukan hidup.

Alam sekitar ini boleh diklasifikasikan kepada dua bentuk, meliputi alam sekitar semulajadi dan

alam sekitar buatan manusia.

1. Alam Sekitar Semulajadi

Alam sekitar semulajadi terdiri daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan persekitaran

semulajadi sama ada berbentuk fizikal seperti suhu, iklim, kelembapan, angin, keamatan

matahari, badan air (kedalaman, air hujan, arus sungai, ombak, tasik dll) dan topografi, atau

berbentuk kimia seperti gas-gas, nutrien, pH, garam mineral dan kemasinan (dalam air) (Mohd.

162
Noor Ramlan, 1999). Faktor ini sentiasa berubah-ubah dan menentukan struktur ekosistem

terutama faktor-faktor biotik yang hanya boleh hidup sekiranya mempunyai faktor semulajadi

yang sesuai.

Analisis yang dilakukan terhadap novel kajian mendapati terdapat empat kategori alam

sekitar semulajadi boleh ditemui, merangkumi;

i. Cuaca

Unsur cuaca menjadi elemen alam sekitar semulajadi utama yang dipaparkan pengarang.

Terdapat pelbagai bentuk cuaca telah diketengahkan pengarang ini seperti mendung, hujan,

guruh, ribut, kabus, jerebu, siang, malam dan tiupan angin. Bentuk cuaca ini telah diangkat

pengarang ini sama ada secara langsung seperti “angin laut tentu sekali menyegarkan” (Rangau;

176) ataupun digabungkan dengan pelbagai unsur cuaca umpamanya “angin mengelus agak

kencang menerbangkan rambutnya ke belakang. Kilat melibas cahaya di awan dan guruh

menyusul berdentum” (Tombiruo; 29). Gabungan unsur cuaca seumpama ini menyerlahkan

kreativiti pengarang ini, selain mewujudkan unsur suspens yang sangat penting dalam karya

kajian.

Unsur cuaca seperti mendung, hujan, guruh, angin dan ribut boleh ditemui secara kerap di

sana sini dalam novel-novel kajian sama ada menggunakan ayat mudah seperti “Guruh

berdentum. Halilintar sabung menyabung di langit bumi. Hujan masih lebat di luar rumah.

Bunyi guruh bergema lagi. Berulang kali” (Mandatori; 334) atau seringkas “Dentuman guruh

163
yang berselang dengan pancaran kilat menghiasi malam yang muram” (Mandatori; 37), atau

juga perubahan berkenaan dipaparkan juga seperti “Kepulan awan hitam semakin mendekat.

Cuaca yang cerah tiba-tiba berubah. Angin laut bertiup kencang. Langit mendung dan gelap.

Hujan sudah mulai turun. Renyai-renyai dan dalam masa yang singkat sahaja bertukar menjadi

lebat. Terlalu lebat” (Mandatori; 31). Gabungan unsur cuaca seumpama ini boleh ditemui dalam

Rangau (86, 228, 499, 501, dan 517) Tombiruo (32, 35, 53 dan 39) Semangat Hutan (30, 31, 156,

435, 449 dan 485) dan Mandatori (31, 34, 37, 253, 262, 330, 336, 411, dan 481). Pengarang ini

mengeksploitasi elemen cuaca sebagai perantara untuk menyampaikan maksud yang tersirat.

Mendung, hujan, guruh, petir serta angin dan ribut telah digunakan pengarang untuk

mengetengahkan perasaan gusar, gelisah, bimbang dan emosi watak yang tidak menentu seperti

diutarakan dalam petikan di bawah;

Salina mendongak ke langit. Awan hitam semakin menebal menyelubungi


matahari. Ketelusan sinar siang terperangkap dalam gumpalan pekat. Salina
mengeluh sejenak, melepaskan himpitan nafas yang berlegar di dada. Angin
mengelus agak kencang menerbangkan rambutnya ke belakang. Kilat melibat
cahaya di awan dan guruh menyusul berdentum.
(Tombiruo; 29)

Elemen cuaca seumpama ini juga digunakan pengarang untuk memberi gambaran kepada

pembaca tentang tragedi bakal berlaku melibatkan unsur cuaca berkenaan. Hal ini mencetuskan

konflik, suasana yang tegang, dan suspen. Secara tidak langsung pengarang mampu menarik

perhatian pembaca dengan tanda-tanda yang sengaja disembunyikan maknanya. Elemen cuaca

yang menjadi tanda tersembunyi berkenaan telah dipaparkan pengarang umpamanya seperti

petikan di bawah;

164
Cuaca di luar rumah makin gelap pekat. Sesekali kedengaran guruh berdentum
kuat. Hujan renyai-renyai mula turun membasahi bumi. Daerah pedalaman kini
dibungkus kabus dan hanya dihinggari suara alam serta haiwan. Sebentar
kemudian, cuaca berubah lagi. Kali ini hujan renyai semakin lebat. Tangisan awan
mencurah-curah membasahi bumi. Lapisan jagat raya pula terkelupas dibelah
libasan cahaya kilat. Kepekatan mendung di daerah pedalaman seolah enggan
berarak mengakhiri simbahan hujan lebat.
(Tombiruo; 32)

Anasir cuaca seperti angin, ribut dan hujan juga turut mengundang satu bentuk elemen

cuaca yang lain seperti ombak besar. Mandatori (411, 412, 490 dan 496) telah menggambarkan

tentang ribut, ombak dan gelombang besar dengan membaurkan elemen hujan, angin dan ribut

hingga mencetuskan ombak dan gelombang besar serta menggila. Bauran semua unsur ini boleh

dilihat seperti petikan;

Langit mendung dan gelap. Hujan sudah mulai turun. Renyai-renyai dan dalam
masa yang singkat sahaja bertukar menjadi lebat. Terlalu lebat…Ombak besar
datang lagi. Kali ini lebih besar dari gelombang yang pertama tadi. Hempasan yang
kuat menyebabkan perahu kecil itu terbalik….Gelombang ketiga muncul lagi.
Menghempas kuat sehingga perahu kecil itu pecah. Amran dan Tua Putih terapung-
apung di lautan. Ombak dan gelombang besar semakin bertali arus. Pelukan amran
yang memaut tubuh Tua Putih sedari tadi terungkai jua akhirnya. Mereka terpisah.
Sekejab sahaja kelibat orang tua itu hilang dari pandangan.
(Mandatori; 411-412)

Pengarang muda ini juga mengutarakan elemen cuaca berdasarkan waktu, iaitu siang dan

malam. Waktu siang digambarkan sama ada terang benderang, mendung, senja atau hujan,

manakala waktu malam pula digambarkan sama ada terang benderang dengan kerlipan bintang

dan bulan di langit, mendung, hujan atau diserikan dengan hembusan bayu malam. Kepelbagaian

waktu siang dan malam ini juga dipaparkan dalam ayat yang sederhana seperti “Kim mendongak

165
ke langit. Bintang-bintang bergemerlapan tidak terkira banyaknya. Cahaya bulan pula

kemerahan dan suram. Seluruh jiwanya juga turut suram. Seperti wajah bulan berbalam merah”

(Rangau;163) dan “Malam terasa panjang. Cahaya bulan samar-samar menyimbah bumi. Detik

waktu dirasakan lambat berputar” (Rangau; 416), yang secara tidak langsung turut memaparkan

emosi watak. Kegusaran Kim diserlahkan dan dibantu dengan kehadiran unsur cuaca yang

menguatkan lagi kesan gelodak perasaan watak berkenaan. Suasana malam yang indah dengan

tiupan lembut bayu pula diutarakan untuk mengetengahkan suasana gembira, bahagia dan

romantik seperti dipaparkan pengarang dalam Rangau (hal. 202). Suasana seumpama itu juga

diketengahkan pengarang seperti berikut;

Malam kelihatan begitu indah apabila bulan mengambang penuh. Seperti malam-
malam sudah, air laut di Teluk Likas berpuput lembut. Bersepoi sekadar berbahasa.
Bahasa alam yang sukar ditafsirkan. Di dada langit bintang-bintang bergemerlapan.
Bersih seperti baru sahaja disapu angin. Tidak terdapat tompok-tompok hitam.
Tidak terdapat tanda-tanda kemelut yang bakal melonjakkan gelora di langit. Ini
bermakna hujan tidak akan turun malam ini.
(Rangau;169)

Perubahan waktu antara siang dan malam telah diperincikan pengarang secara menarik

seperti petikan;

Senja menjadi pengakhir suasana siang hari itu. Cahaya matahari yang kelihatan
membiaskan warna merah di ufuk barat sudah lama berlabuh. Suara cengkerik
mulai kedengaran, seolah-olah berpesta menyahut panggilan malam di hutan yang
sunyi itu. Pandangan seakan-akan buta ketika berada di hutan pedalaman itu pada
waktu malam. Terlalu gelap.
(Semangat Hutan; 79)

Perubahan suasana seumpama ini menimbulkan satu kesan estetik terhadap karya.

Gambaran pengarang terhadap perubahan waktu siang yang bertukar malam telah dibuat dengan

166
terperinci. Eleman alam sekitar semulajadi yang lain seperti matahari, langit, fauna dan suasana

hutan telah membantu melengkapkan lakaran suasana yang ingin dijelaskan pengarang ini.

Pengarang juga kerap mengemukakan suasana matahari terbenam seperti yang boleh

ditemui dalam Semangat Hutan (207, 215 dan 216). Pemaparan malam dan siang ini tidak

sekadar melibatkan bulan dan bintang sahaja, malah turut mengangkat unsur matahari dan langit.

Ayat “Bulan kemerahan. Malam terhias dengan bintang-bintang bergemerlapan di hamparan

langit. Cahaya yang muram dari angkasa itu tumpah ke bumi dalam kesamaran” (Rangau; 1)

kelihatan mudah dan bersahaja tetapi kaya dengan unsur alam sekitar semulajadi dari gabungan

bulan, bintang, langit, bumi dan cahaya.

Pengarang telah melukiskan keindahan bintang-bintang secara terperinci seperti petikan

di bawah;

Kelihatan sekumpulan bintang-bintang berkerlipan. Gugusan bintang yang


dipanggil peti permata itu menghiasi langit yang gelap. Bintang-bintang itu
kebanyakannya kelihatan seperti titik cahaya berwarna perak yang bergemerlapan.
Namun terdapat juga bintang yang dilihat berwarna sebenarnya.
(Semangat Hutan; 351)

Meneliti petikan di atas, pembaca hanya diberi gambaran tentang keindahan suasana

malam dengan kehadiran kerlipan bintang. Kecenderungan pengarang memaparkan elemen

bintang secara terperinci dengan maklumat yang padat menyerlahkan kelainan dalam karya.. Ini

boleh diperhatikan seperti petikan berikut;

“Cuba tengok bintang-bintang tu,” Dr. Haslia menunjukkan ke arah beberapa butir
bintang yang kelihatan menyinar diantara bintang-bintang lain. Bintang-bintang itu
membentuk satu susunan di tengah dan dua bintang agak jauh sedikit di sebelah

167
bawah, kemudian dua bintang lagi membentuk satu urutan selari di bahagian atas.
“Itulah Orion! Si pemburu! Ia adalah buruj yang mudah dikenali di langit. Empat
bintang terang tu menandakan bahu dan lututnya. Tiga lagi bintang menandakan tali
pinggangnya dan satu lagi Nebula Orion, menandakan pedangnya,” jelas Dr.
Haslia.
(Semangat Hutan; 176-177)

Elemen cuaca juga boleh dilihat dengan kehadiran angin sama ada angin kencang yang

akhirnya mencipta ribut dan mengakibatkan gelombang besar atau bayu yang akan mendamaikan

dan mententeramkan emosi amarah watak, manakala bayu yang bertiup lembut dan segar sebagai

elemen alam yang mendamaikan dengan emosi yang tenang dan romantik. Elemen angin dan

bayu ini boleh disaksikan seperti “angin laut dari Teluk Likas bertiup sepoi-sepoi bahasa”

(Rangau; 153), “Dia menghirup bayu subuh yang dingin” (Rangau; 214) dan sebagainya.

Gabungan antara unsur alam semulajadi dan emosi kemanusiaan pula telah ditonjolkan dalam

petikan berikut;

Tubuhnya mulai berasa sejuk diterpa angin malam. Dia lantas berpaling dan
melangkah masuk ke ruang tamu. Pintu bercermin yang memisahkan antara
beranda dan ruangtamu sengaja tidak dikatup, membiarkan cebisan angin malam
memasuki ruang itu supaya kedinginannya dapat berlegar-legar, membawa
ketenangan bersama tiupan yang berpuput lembut dan ramah. Bagi Wan Suraya, itu
merupakan ketenangan hasil gabungan antara alam dan manusia.
(Tombiruo; 120)

Keindahan alam yang terjaga dari pencemaran diangkat pengarang dengan

mengetengahkan unsur kabus. Kehadiran unsur embun juga turut menyerlahkan unsur kesegaran,

kedinginan dan keindahan suasana pagi yang semulajadi indah. Penceritaan tentang kesegaran

dan keindahan alam yang tidak tercemar ini telah diceritakan seperti ayat-ayat berikut;

kabus tebal menyelubungi kawasan pinggir hutan itu (Tombiruo; 390)

168
Matahari semakin beranjak naik. Perlahan-lahan menyingkirkan embun yang
membasahi rumput dan rimbunan daun-daun (Semangat Hutan; 1)

kabus dari kawasan perbukitan akan berarak turun, menyelubungi dan mengatapi
kawasan persekitaran hutan (Semangat Hutan; 167)

embun jantan yang awal-awal lagi menyapa bumi telah mencampuri titisan darah
itu (Semangat Hutan; 432).

Penggunaan elemen `embun' dan `kabus‟ secara tidak langsung telah memaparkan tentang

situasi alam sekitar semulajadi yang masih terjaga. Suasana hari yang berkabus hanya boleh

dilihat di kawasan yang belum tercemar atau mempunyai kapasiti indeks pencemaran yang

sangat rendah. Kawasan yang tercemar teruk tidak akan berkabus, sebaliknya dicemari oleh

jerebu. Suasana alam sekitar yang bersih dan terjaga ini juga wujud dalam struktur semulajadi

yang ketara tanpa pencemaran bunyi bising seperti ayat “Subuh masih panjang. Embun jantan

sudah lama turun menaburi persekitaran dan kedinginan pun menguliti semua penghuni jagat

raya. Namun hutan tetap sunyi daripada suara-suara manusia” (Tombiruo; 410). Pengarang

tidak sahaja menyerlahkan suasana semulajadi yang terjaga tetapi turut memaparkan keindahan

unsur semulajadi berkenaan secara lebih terperinci yang boleh dilihat seperti petikan;

Udara di hutan sejuk dan segar, sunyi dan hening. Kabus pagi masih merayapi
suasana persekitaran. Sinar lembut matahari berjalur-jalur menembusi kepulan
kabus. Wan Suraya menyedut udara pagi, menyegarkan ada yang semput, berusaha
melenyapkan keletihan yang menguliti setiap sendi anggota badan.
(Tombiruo; 413)

Situasi alam sekitar yang tercemar pula diangkat pengarang melalui penggunaan ayat

ringkas iaitu “ayah, jerebu tebal! KL tak nampak!” (Tombiruo; 511), menggambarkan suasana

alam yang tercemar teruk dan berada pada tahap krisis serta kritikal. Sekalipun melalui satu ayat

169
yang mudah, ringkas dan pendik, ayat berkenaan mempunyai maksud yang mendalam,

menggambarkan situasi alam sekitar yang rosak dan tenat. Kata `jerebu‟ telah terlalu cukup

untuk memberi gambaran secara keseluruhan tentang kerosakan alam sekitar semulajadi

sehingga meninggalkan kesan yang amat ketara.

ii. Badan Air

Air yang menjadi keperluan utama manusia boleh didapati daripada tiga sumber utama iaitu air

kerpasan, air permukaan dan air bumi. Air kerpasan terdiri daripada air hujan, embun dan salji.

Air permukaan ialah air yang terdapat di permukaan bumi seperti air sungai, tasik, paya, laut dan

terusan, manakala air bumi merupakan air yang boleh didapati dari perut bumi seperti air mata

air dan air telaga; berasal dari air hujan yang diserap ke dalam tanah (Noor Hassim, 1996).

Pengarang ini hanya memaparkan elemen laut, tasik dan sungai dalam karya-karya analisis

untuk memaparkan kehadiran badan air dalam alam semulajadi fizikal. Elemen laut telah

diserlahkan pengarang secara bebas di sana sini dalam karya-karya analisis sama ada secara

gabungan dengan unsur alam yang lain seperti pantai, ombak, ribut dan gelombang, ataupun

dilukiskan secara sendirian. Ayat “Laut China Selatan terbentang luas saujana mata

memandang di hadapannya. Cermin tingkap dilongsorkan ke tepi. Angin laut menerpa masuk

dengan pantas. Norman menghirup udara bersih itu sepuas-puasnya” (Mandatori, 2000; 396)

dan “Pemandangan laut terbentang luas, membiru dengan hembusan angin yang sesekali

menderas. Perasaannya jadi tenang” (Mandatori; 396) memaparkan penggunaan badan air itu

170
secara bersendirian tetapi ayat “tiupan kencang angin arah Laut Sulu itu melintasi kawasan

hutan di Sandakan” (Semangat Hutan; 10) dan “Ombak besar datang lagi. Hempasan kali ini

membuatkan tubuh Amran yang gempal itu tenggelam dan muncul semula di permukaan laut”

(Mandatori; 412) merupakan gabungan unsur laut dan elemen alam sekitar yang lain iaitu angin

dan ombak. Pengarang ini ternyata mampu mengeksploitasi elemen alam sekitar semulajadi

untuk menguatkan karyanya sama ada sebagai pemaparan ke arah tragedi atau berbentuk emosi

watak seperti sedih dan gembira. Selain itu, elemen alam ini juga digunakan untuk mengangkat

nilai dan budaya tempatan sesuatu masyarakat secara lebih sempurna seperti diperturunkan

melalui petikan berikut;

Nun dikejauhan, di laut yang tenang petang itu, kelihatan beberapa buah sampan
sedang menuju ke arah pantai. Burung-burung laut pula berkumpul-kumpul di
ruang udara mengepakkan sayap seolah-olah bermain dan bergurau senda dengan
para nelayan yang sedang pulang membawa hasil tangkapan.

Sejenak dia berdiri meninjau ke laut dan dari anak tangga rumah. Beberapa buah
sampan sudahpun mengalih haluan ke arah lain menyusur ke pantai dengan muatan
rezeki masing-masing. Jamiah meninjau lagi. Kali ini jelas pada pandangannya
sebuah sampan sedang menuju ke arah pantai berhampiran rumahnya

Air laut bergulung-gulung kecil mendamparkan kesejukannya ke tepi pantai lalu


menghempas perlahan ke pasir meninggalkan buih-buih sebagai kenang-kenangan.
Selepas itu ia pun kembali berderai. Angin lalu mengelus wajah tua Jamiah yang
semakin mengendur dimamah waktu pada perjalanan usianya.
(Tombiruo;165)

Petikan ini telah membaurkan keindahan alam semulajadi, gelodak emosi Jamiah dan

persekitaran budaya yang wujud di sebuah perkampungan nelayan yang dibelenggu kemiskinan.

Eleman sampan yang digunakan memaparkan tentang tahap hidup dan ekonomi masyarakat

berkenaan, iaitu kehidupan nelayan pinggir pantai yang terhimpit dengan kemiskinan.

Kemiskinan itu pula terpaksa dialami sepanjang hidup mereka yang diserlahkan dalam rangkai

171
kata "wajah tua Jamiah yang semakin mengendur dimamah waktu pada perjalanan usianya".

Semua persekitaran kehidupan ini telah dipaparkan pengarang menggunakan eleman alam sekitar

semulajadi dalam bentuk perlukisan terhadap pantai dan perlambangan.

Badan air yang melibatkan air tawar diserlahkan melalui penggunaan sungai dan tasik.

Elemen sungai telah dikemukakan secara meluas dalam Tombiruo, Semangat Hutan dan

Mandatori. Pengarang telah mengangkat unsur semulajadi sungai melalui penceritaan secara

lebih terperinci seperti petikan-petikan di bawah;

Aliran sungai kira-kira 30 meter dari rumahnya jelas kedengaran. Sejenak dia
mengimbau. Di sungai itu dahlu adalah tempat dia dan rakan-rakan sebaya
bermandi manda. Sungai itu dipenuhi batu-batu bulat malah sampai ke tebing. Dia
sungai itu jugalah tempat orang kampung mencuci kain. Malah ada di antara
mereka terutama kaum bapa dan lelaki-lelaki dewasa memandikan kuda padi
mereka di situ.
(Rangau;134)

Air sungai itu kelihatan jernih tetapi bergeladak di dasarnya. Di tepi sungai pula
terdapat batu-batu bulat yang berlumut. Dan terdapat juga bongkah-bongkah batu
besar yang berwarna kehitaman bercampur coklat.
(Semangat Hutan; 157)

Penggunaan elemen badan air dari jenis air tawar ini juga diterangkan secara terperinci

apabila melibatkan pembinaan empangan iaitu empangan Bakun. Projek empangan Bakun ini

telah diperincikan pengarang secara meluas dalam Mandatori (hal. 57, 86 dan 87), umpamanya;

Dia memerhatikan sejenak sekumpulan pekerja sedang menyiapkan kerja-kerja


pelencongan Sungai Balui. Tiga buah terowong yang sedang dalam pembinaan
hampir siap. Dijangka dalam bulan ini kerja-kerja itu akan selesai.

172
Apabila selesai sahaja pembinaan tiga buah terowong itu maka kerja-kerja
melencongkan air sungai akan dimulakan. Satu kawasan kering akan dapat
dihasilkan untuk memulakan kerja-kerja pembinaan empagan hidro. Projek
Hidroelektrik Bakun apabila siap nanti akan menjadi kawasan tadahan air terbesar
di Malaysia, malah juga di Asia Tenggara. Projek yang terletak di Sungai Balui itu
berada kira-kira 37 kilometer di Hulu Pekan Belaga. Kawasan yang akan dibanjiri
merangkumi 695 kilometer persegi beersamaan 70 ribu hektar. Dan ia hanya 0.5
peeratus daripada jumlah keseluruhan negeri Sarawak. Hidroelektrik Bakun
berkeupayaan menghasilkan 2400 megawatt kuasa elektrik.
(Mandatori; 57)

Perincian ini telah dilakukan dengan menggabungkan fakta tentang pembinaan empangan

Bakun dan cara gaya tulisan berbentuk kreatif. Fakta dan penerangan bersifat ilmiah ini telah

disaring dan dipersembahkan pengarang menggunakan ayat yang pendik, mudah dan senang

difahami.

Selain empangan, pengarang ini telah mengangkat keunikan sistem perhubungan di

Wiesbadan, Jerman yang menggunakan air sebagai sumber kuasa untuk menaikkan keretapi ke

puncak bukit Nevobeg. Penggunaan ayat yang mudah dan tepat telah menyokong penerangan

yang ingin dikemukakan pengarang ini. Pengarang cuba untuk memberi penerangan sebaik

mungkin tentang keunikan sistem berkenaan supaya lebih mudah difahami, jelas dan tidak

mengganggu eleman kreatif dalam sesebuah karya sastera. Ini telah dipersembahkan pengarang

sebagaimana berikut;

Norman, Juliana dan Sofia menaiki kereta api ke puncak Bukit Nerobeg.
Perkhidmatan di situ dibina pada tahun 1888. Keretapi itu digerakkan dengan kabel
menggunakan kuasa air. Air dipam ke dalam tangki di atas puncak dan dari situ ke
dalam kereta api. Apabila ia dipenuhi air yang dimasukkan ke ruang bawah gunung,
kenderaan itu akan naik dengan perlahan.
(Mandatori; 97)

173
Elemen tasik hanya disebut sebanyak tiga kali oleh pengarang ini dalam Mandatori pada

halaman 231, 232 dan 233. Penggunaan badan air dari elemen alam sekitar ini juga turut

memaparkan emosi watak. Sifat semulajadi ombak di lautan yang bergelora dan mampu

mengancam nyawa manusia apabila bertindak balas dalam skala yang besar diumpamakan

sebagai perasaan seorang manusia yang sedang marah. Ini diserlahkan secara mudah oleh

pengarang seperti berikut;

Wan Suraya mengukir senyuman memaniskan roman wajahnya ketika ini. Walhal
dalamannya amat bergelora, umpama badai lautan yang menghempas pantai
berkali-kali. Seperti gunung berapi yang meletup-letup memuntahkan laharnya.
(Semangat Hutan; 63)

Unsur personafikasi telah digunakan terhadap alam sekitar yang melibatkan `badai' dan

`lahar gunung berapi' sebagai gambaran gelodak perasaan watak Wan Suraya. Lautan yang

bergelora boleh memusnahkan kapal di tengah lautan. Para nelayan pinggir pantai juga tetap

mengalami kemusnahan harta benda dan nyawa sekiranya ombak yang besar melanda. Bencana

juga turut berlaku sekiranya terjadi ledakan lahar gunung berapi yang boleh merosakkan harta

benda, tanaman, kehilangan nyawa dan kerugian yang besar. Kedua-dua eleman alam sekitar

fizikal ini telah digunakan pengarang untuk menyerlahkan perasaan Wan Suraya yang sedang

marah walaupun watak ini cuba untuk menyembunyikan hal berkenaan disebalik senyumannya.

Berdasarkan analisis ini, ternyata pengarang tidak sekadar mengangkat elemen alam

sekitar sebagai satu bentuk paparan alam yang akan menimbulkan suspen dan nilai estetik

terhadap pembaca tetapi mampu menyerlahkan emosi dan perasaan, seterusnya menguatkan

karya.

174
iii. Alam Sekitar Semulajadi Fizikal

Alam sekitar semulajadi terdiri daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan persekitaran

semulajadi sama ada berbentuk fizikal seperti suhu, iklim, kelembapan, angin, keamatan

matahari, badan air (kedalaman, air hujan, arus sungai, ombak, tasik dll) dan topografi, atau

berbentuk kimia seperti gas-gas, nutrien, pH, garam mineral dan kemasinan (dalam air) (Mohd.

Noor Ramlan, 1999). Faktor ini sentiasa berubah-ubah dan menentukan struktur ekosistem

terutama faktor-faktor biotik yang hanya boleh hidup sekiranya mempunyai faktor semulajadi

yang sesuai (Maharam Mamat, 2002).

Analisis terhadap novel kajian mendapati terdapat dua bentuk alam sekitar semulajadi

fizikal telah dikemukakan pengarang secara kuat, kukuh dan menyakinkan iaitu berdasarkan

bentuk muka bumi atau topografi dan perbezaan waktu siang dan malam antara kawasan di

dunia.

Bentuk muka bumi atau topografi

Kamus Dewan (1994) telah mendifinisikan topografi sebagai kajian ciri permukaan sesuatu

kawasan secara terperinci, atau juga dikenali sebagai bentuk rupa bumi sesuatu kawasan.

Pengarang telah mengangkat alam sekitar semulajadi fizikal dengan memperincikan bentuk

muka bumi sesuatu kawasan atau topografi seperti yang boleh dilihat dalam beberapa petikan di

175
bawah, iaitu;

Doktor Zahid hanya menumpukan perhatiannya mengenai kesan-keasan sejarah


zaman pemerintahan Firaun, di samping mengagumi keunikan Sungai Nil. Sungai
ini merupakan sungai terpanjang di dunia yang bermula di Tasik Tanyanyika
menembusi beberapa buah negara Afrika seperti Zaire, Tanzania, Burundi, Sudan,
Ethiopthis, Kenya, Uganda, Mozambique sehinggalah membelah Padang pasir
Sahara melalui Mesir sehingga ke Laut Mediterranean. Panjang sungai ini kira-kira
7,124 km, iaitu lapan kali berulangalik dari Singapura ke Alor Setar. Keseluruhan
penduduk Mesir dari Luxor hingga ke Iskandariah menggunakan air sungai Nil
sebagai air minuman mereka. Manakala pelancongan negara itu pula tertumpu di
Kaherah, Luxor dan Aswan. Penduduk Mesir dianggarkan seramai 60 juta orang.
(Rangau; 71)

Wanita itu memberitahu bahawa Papar adalah sebuah daerah yang terletak di pantai
barat selatan. Dan Melugas itu merupakan antara kampung-kampung yang terdapat
di daerah Papar. Kampung-kampung lain yang turut disebut pelayan wanita itu
ialah Kampung Buang Sayang, Kampung Laut, Kampung Takis, Kampung Benoni
dan banyak lagi yang tidak diingati Norman.
(Mandatori; 403)

“Cik Wan tahu…menerusi fakta geografi…kat sana ada Sabah The Lost World.
Panggilan itu adalah untuk Lembangan Ma..Maliau hutan tebal yang susah terokai.
Ia terletak di selatan tengah Sabah, berbentuk bulat dengan bergaris pusat 25
kilometer; kawasan itu unik kerana ia mengandungi dua jenis hutan berbeza, iaitu
hutan submontana dan hutan kerangas bergantung pada ketinggiannya. Pada tahun
1988, para saintis mendapati kawasan itu adalah kawasan arang batu terbesar di
Asia Tenggara”.
(Semangat Hutan; 133)

Contoh-contoh yang dipaparkan di atas menyerlahkan satu bentuk penceritaan yang ilmiah

sifatnya, terpenuh fakta dan bernada serius. Hal seumpama ini agak sukar ditemui dalam karya

sastera lain yang selalu dianggap sebagai karya berbentuk ringan. Walaupun pelbagai fakta,

maklumat dan data diserlahkan pengarang dalam karya, pada masa yang sama pengarang turut

menyisipkan unsur kreatif dalam karya sekalipun ketika mengangkat elemen alam sekitar

semulajadi fizikal yang bersifat ilmiah seumpama ini. Hal ini boleh disaksikan seperti petikan

176
berikut;

Wiesbaden, Jerman. Petang itu Norman mengajak Juliana dan anaknya Sofia ke
Nerobeg – sebuah bukit yang dirimbuni pohon-pohon hijau sejauh beberapa ratus
meter. Dari Bukit Nerobeg inilah mereka menikmati pemandangan yang cantik di
bandar Wiesbaden. Satu perempat dari bandar itu adalah kawasan lapang yang
menghijau.
(Mandatori; 96)

“Kau sedang berada di kampung kami. Sebuah pulau yang jauh dari tanah besar.
Bagaimanapun…kampung ini masih berada dalam lingkungan pemerintahan di
tanah besar. Kami…kau juga, masih rakyat negara ini,” terang Bogot tanpa ragu-
ragu.
(Mandatori; 289)

Perjalanan antara Keningau dan Sandakan memerlukan kecekapan. Jalan-jalan


separuh berasfalt. Berbatu-batu, berliku-liku, dan terpaksa melalui jalan lereng
bukit. Kalau musim hujan, banyak jalan-jalan yang rosak atau runtuh. Malah jalan-
jalan itu juga seringkali dilalui lori-lori balak yang kadangkala membawa muatan
lebih dari had yang ditetapkan.
(Semangat Hutan; 214)

“Ya. Aku pernah terbaca tentang tempat itu. Terletak di Pantai Barat di tepi laut, di
Borneo Utara. Banyak pulau dan di situ juga terletaknya Gunung Kinabalu.
Gunung tertinggi di Asia Tenggara,”
(Mandatori; 391)

Pengarang mengemukakan dua cara penceritaan apabila mengangkat elemen topografi

dalam karya, iaitu melalui perincian dan penggunaan bahasa kreatif. Kedua-dua cara ini ternyata

meninggalkan kesan yang berbeza kepada khalayak dan karya. Pembaca tidak sekadar

menghabiskan masa bacaan dengan hidangan kreatif karya, malah turut mengisi pengetahuan

tambahan yang membina.

177
Perbezaan waktu dunia

Bumi dikatakan bersifat bulat. Sifat bulat bumi mempengaruhi iklim dan cuaca dunia termasuk

air pasang surut, gerhana, kejadian siang dan malam dan sebagainya. Kejadian perbezaan waktu

di dunia diterangkan secara terperinci dalam Encarta® Online Encyclopedia 2002, iaitu;

Latitude and Longitude, system of geometrical coordinates used in designating the


location of places on the surface of the earth. (For the use of these terms in
astronomy, see Coordinate System; Ecliptic.) Latitude, which gives the location of
a place north or south of the equator, is expressed by angular measurements ranging
from 0° at the equator to 90° at the poles. Longitude, the location of a place east or
west of a north-south line called the prime meridian, is measured in angles ranging
from 0° at the prime meridian to 180° at the International Date Line. Midway
between the poles, the equator, a great circle, divides the earth into northern and
southern hemispheres. Parallel to the equator and north and south of it are a
succession of imaginary circles that become smaller and smaller the closer they are
to the poles. This series of east-west-running circles, known as the parallels of
latitude, is crossed at right angles by a series of half-circles extending north and
south from one pole to the other, called the meridians of longitude. Although the
equator was an obvious choice as the prime parallel, being the largest, no one
meridian was uniquely qualified as prime. Until a single prime meridian could be
agreed upon, each nation was free to choose its own, with the result that many 19th-
century maps of the world lacked a standardized grid. The problem was resolved in
1884, when an international prime meridian, passing through London's Greenwich
Observatory, was officially designated. A metallic marker there indicates its exact
location. Degrees of latitude are equally spaced, but the slight flattening at the poles
causes the length of a degree of latitude to vary from 110.57 km (68.70 mi) at the
equator to 111.70 km (69.41 mi) at the poles. At the equator, meridians of longitude
1 degree apart are separated by a distance of 111.32 km (69.17 mi); at the poles,
meridians converge. Each degree of latitude and longitude is divided into 60
minutes, and each minute divided into 60 seconds, thereby allowing the assignment
of a precise numerical location to any place on earth.
(http://encarta.msn.com)

Perbezaan waktu siang dan malam jarang mendapat perhatian penulis kreatif di Malaysia.

Pengarang ini telah mengangkat faktor perbezaan waktu siang dan malam antara Semenanjung

Malaysia dan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dalam karya-karya analisis yang boleh

178
ditemui dalam ayat semudah “Kat sini matahari awal terbenam, doktor. Pagi-pagi sekitar pukul

5.45…matahari akan terbit,” (Semangat Hutan; 216) dan “Bangunlah. Sekarang ni kita kat

Sabah! Matahari awal terbit kat sini. Bangunlah.” (Semangat Hutan; 185). Eleman perbezaan

waktu berkenaan telah diselitkan dalam dialog berkenaan secara bersahaja dan mudah. Walau

bagaimanapun, penjelasan tentang hal ini juga boleh ditemui seperti paparan petikan berikut;

Matahari beranjak naik ke langit. Seluruh pelosok negeri Sabah sudah terang
benderang sejak pukul 6.15 pagi tadi. Keadaan ini amat berbeza jika dibandingkan
dengan negeri-negeri di Semenanjung. Waktu matahari terbit di Semenanjung
sekitar pukul 7.23 pagi. Bagaimanapun keadaan itu sentiasa berubah-ubah setiap
bulan sepanjang tahun. Yang nyata perbezaan adalah sekitar satu jam menerusi
perkiraan terbitnya matahari.
(Semangat Hutan; 11)

Malam masih terlalu awal sekitar jam lapan. Pantai Barat Negeri Sabah sudah
diselubungi kegelapan. Suasana itu amat berbeza dari Semenanjung Malaysia yang
baru sahaja menyaksikan terbenamnya matahari. Beberapa tempat di Pantai Barat
Negeri Sabah sunyi sepi walaupun waktu belum melewati tengah malam.
(Rangau; 185)

Eleman alam sekitar fizikal dari sudut perbezaan waktu siang dan malam antara

Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur telah dijelaskan dalam satu perenggan secara

terperinci. Pengarang secara terang telah menjelaskan wujudnya perbezaan antara waktu di dua

kawasan berkenaan walaupun tidak dikemukakan hal berkenaan dari sudut alam sekitar fizikal

secara terperinci.

179
Proses Biologi

Proses biologi merupakan satu sains yang berkaitan dengan struktur, fungsi, perkembangan,

taburan dan proses hidup pada benda hidup (Kamus Dewan, 1996). Dalam kajian ini, proses

biologi yang terlibat adalah proses biologi yang melibatkan sel-sel dalam tubuh manusia.

Novel Tombiruo dan Mandatori telah dijadikan gelanggang yang sesuai untuk penulis ini

mengangkat proses biologi yang berlaku dalam sistem tubuh manusia. Pengarang ini

menyerlahkan kepintaran IQ seorang kanak-kanak dengan hafalan fakta dan data yang rumit

seperti petikan di bawah;

“Atuk….tubuh manusia hanya menyerap 85 peratus daripada makanan yang


dimakan. Sepanjang hayat manusia, daripada 50 tan makanan yang kita makan, 7.5
tan menjadi bahan buangan” Amirul tertawa kecil menyerlahkan kepintaran dan
kepetahannya bercakap.
(Tombiruo; 26)

Semua fakta, maklumat dan data tentang proses biologi yang berlaku dalam badan

manusia juga diketengahkan secara terperinci, menyeluruh dan terpengaruh dengan gaya

penulisan ilmiah. Pengarang ini telah menjelaskan tentang proses biologi yang berlaku terhadap

jasad seseorang selepas berlaku kematian. Ini diterangkan melalui petikan;

Apabila jasad bercampur dengan tanah, secara fizikalnya jasad itu akan mengalami
pelbagai proses biologi dan kimia. Sejurus jantung berhenti berdenyut, tarikan
graviti akan memberi kesan kepada fungsi biologi jasad. Beberapa minit selepas
kematian, anggota badan bertukar menjadi merah unggu. Ini kerana darah
termendak bahagian bawah badan akibat tarikan graviti. Kulit dan otot mulai
mengendur. Suhu jasad turut menurun. Dalam tempoh beberapa jam sahaja
kekejuran otot pun berlaku. Setelah dua atau tiga hari selepas kematian, jasad akan
berbau busuk. Kemudian ulat-ulat pun memakan daging jasad itu. Itu proses
menurut kajian sains.
(Tombiruo; 93-94)

180
Kadar penurunan suhu mayat adalah 0.8 darjah celcius dalam masa sejam. Dan
mula menurun dua hingga tiga jam setelah kematian. Mayat kaku itu turut
dipengaruhi oleh keadaan suhu persekitaran sewaktu mati, aktiviti sebelum mati,
umur dan susuk badan si mati. Daripada keadaan kaku mayat, Kelvin selaku pakar
forensik yang berpengalaman dapat menganggarkan waktu kematian. Dalam
tempoh 36 jam mayat akan mula mengalami proses pembusukan.
(Mandatori; 160)

Berdasarkan petikan-petikan di atas, pengarang secara sedar sebenarnya berusaha

memanfaatkan ilmu bantu kepada pembaca, selain memadatkan karya sastera sebagai salah satu

bentuk tulisan yang bermanfaat. Pengetahuan baru seumpama ini mampu diperolehi walaupun

sekadar membaca karya kreatif.

Alam Sekitar Buatan Manusia

Alam sekitar buatan manusia merangkumi hasil persekitaran berdasarkan kreativiti manusia yang

mengambil unsur-unsur dari persekitaran sebagai ramuan penghasilannya (Mashitoh Yaacob,

1998-1999) seperti rumah, bangunan, kertas, tembikar, kenderaan dan sebagainya. Sebahagian

besar elemen alam sekitar dalam novel kajian terdiri daripada alam sekitar buatan manusia. Alam

sekitar buatan manusia dalam analisis ini diklasifikasikan kepada lima komponen utama iaitu,

alam sekitar buatan manusia bersifat konkrit, kenderaan, makanan, barangan buatan tangan dan

alat-alatan.

181
1. Buatan Manusia Bersifat Konkrit

Alam sekitar buatan manusia bersifat konkrit boleh dilihat berdasarkan kehadiran bangunan,

binaan konkrit, jambatan, sekolah, masjid dan sebagainya. Alam sekitar bersifat konkrit ini

disebut pengarang secara sepintas lalu dan mudah seperti dalam Rangau (halaman 40, 140, 273,

496), Mandatori (halaman 198) ataupun dijelaskan lebih terperinci seperti ayat “Rumah yang

jauh terpencil berhampiran pantai itu dibina sewaktu British menjajah negeri Sabah pada

pertengahan tahun 50-an. Cat rumah itu agak pudar warnanya” (Mandatori; 445).

Alam sekitar buatan manusia bersifat konkrit ini mempunyai kaitan yang erat dengan

alam sekitar semulajadi berdasarkan eleman-eleman yang digunapakai dalam proses pembuatan

berkenaan. Bahan buatan manusia bersifat konkrit secara asasnya melibatkan penggunaan

eleman alam sekitar semulajadi seperti air, pasir, simen, tanah dan sebagainya. Petikan contoh di

atas telah menggabungkan eleman alam sekitar buatan manusia bersifat konkrit (rumah) dengan

alam sekitar semulajadi iaitu pantai dan digabungkan dengan fakta sejarah penjajahan British di

Sabah.

Kenderaan

Alam sekitar buatan manusia juga boleh dikesan berdasarkan kehadiran elemen kenderaan dalam

novel-novel analisis. Terdapat beberapa jenis kenderaan telah dihadirkan pengarang ini dalam

novel-novel kajian iaitu motosikal, kereta, kapal terbang, bot, perahu dan rakit. Semua bentuk

182
alam sekitar buatan manusia dari elemen kenderaan ini telah dikemukakan pengarang

umpamanya dalam Rangau (halaman 140, 199, 273, 190 dan 191).

Sebahagian besar elemen kenderaan seperti kereta, bot dan kapal terbang telah

dipaparkan pengarang secara sepintas lalu sahaja. Namun begitu, pengarang juga turut

menghalusi tentang elemen kenderaan seperti berikut;

Perahu yang dibelinya dibuat secara tradisional. Kukuh dan tidak mudah pecah
apabila dipukul gelombang. Malah tidak mudah reput kerana ia diperbuat daripada
kayu cengal dan jati. Seni pertukangannya amat teliti. Lunas, iaitu bahagian bawah
perahu, tulang rangka dan papan perahu diperbuat dengan cukup kemas. Malah
perahu itu disendal pula dengan kayu gelam yang mengembang bila direndam di
dalam air. Ini menjadikan perahu tidak mudah bocor.
(Mandatori; 41)

Penceritaan pengarang yang menyeluruh ini menyerlahkan kehadiran alam sekitar dalam

karya. Berdasarkan petikan di atas, pembaca diberitahu tentang proses pembuatan perahu

daripada kayu cengal dan jati yang didapati sumbernya dari hutan tropika, iaitu elemen alam

sekitar flora. Petikan berikut menyerlahkan keterangan yang lebih terperinci iaitu;

Rakit itu dibuat dengan mencantumkan beberapa batang kayu dan buluh sebagai
lantai. Ejim mencantumkan batang kayu dan buluh itu dengan menggunakan akar-
akar kayu pokok ara. Diikat ketat dan rapat-rapat.
(Semangat Hutan; 396)

Ejim lantas mengambil batang galah panjang lalu diceburkan ke dalam air sungai.
Menolak batang galah itu sampai ke dasar. Dengan sekuat tenaga dia menolak galah
itu, seiring itu juga rakit yang mereka naiki bergerak perlahan-lahan.
(Semangat Hutan; 405)

183
Petikan ini tidak sahaja mengutarakan tentang proses pembuatan rakit dan elemen alam

sekitar yang terlibat dalam proses tersebut, malah pengarang ini turut menceritakan tentang

bagaimana rakit berkenaan digunakan. Terdapat beberapa elemen flora dan alam semulajadi

telah digunakan dalam kedua-dua petikan ini seperti batang buluh dan akar kayu ara.

Makanan

Makanan memainkan peranan yang kritikal dalam evolusi biologi manusia kerana ia berperanan

dalam pola-pola asal genetik manusia di mana diet karbohidrat membolehkan hanya sebilangan

kecil manusia yang berupaya untuk terus wujud. Perubahan dari segi cara mendapatkan makanan

telah membawa kepada perkembangan penduduk yang seterusnya menghasilkan perubahan ke

arah yang lebih kompleks. Budaya menentukan apa yang dikatakan sebagai makanan dan

makanan yang penting untuk meneruskan hidup. Tidak ada kumpulan manusia yang berani

makan bahan yang tidak pernah dianggap oleh masyarakatnya sebagai makanan, kecuali semasa

darurat. Perkongsian makanan membentuk perpaduan, manakala kekurangan makanan

memusnahkan komuniti serta semangat perpaduan manusia (Eshah, 2000).

Eshah (2000) yang memetik Malinowski (1935) membahaskan fungsi utama makanan

masyarakat sebagai kelangsungan manusia dan keperluan kepada makanan telah mempengaruhi

semua aktiviti masyarakat seperti pengeluaran, taburan dan penggunaan. Makanan adalah satu

cara manusia memindahkan tenaga di kalangan komponen-komponen ekosistem. Keperluan

makanan individu dilihat dari sudut gabungan berbagai-bagai faktor ekososial. Intipati teori

184
ekologi budaya ialah pengalaman manusia yang dilihat dari sudut biobudaya dan evolusi.

Perubahan dan pemindahan tenaga memungkinkan berlakunya transformasi ekologi. Selain itu,

makanan dan pemakanan juga menentukan status sosial yang diwakili.

Alam sekitar buatan manusia juga boleh didapati melalui pemaparan makanan di dalam

karya. Pengarang ini mengangkat paparan masakan makanan tempatan seperti “Limah masak

lauk ikan merah rebus dan sayur kangkung campur belacan. Dia juga menyediakan `ambuyat’

(makanan tradisi diperbuat daripada sagu)” (Rangau; 11), atau pemaparan jenis makanan

seperti nasi lemak, roti canai dan sambal belacan (Mandatori; 66) secara sederhana, ataupun

diperincikan seperti berikut;

Mereka menikmati makanan laut. Ikan salai yang dicecah sambal belacan, udang
dan sotong bakar berkuah pedas manis, sayur kailan yang digoreng campur ikan
masin dan dimakan dengan nasi putih. Air kelapa muda yang tidak dicampur gula
tambah menyelerakan makan malam mereka.
(Rangau; 202-203)

„Ambuyat‟ merupakan sejenis makanan yang diperbuat dari ikan. Makanan ini merupakan

makanan tempatan masyarakat di negeri Sabah. Pemaparan makanan jenis ini tidak sekadar

menyerlahkan warna tempatan, tetapi mengadunkan elemen alam sekitar yang lebih istimewa.

Begitu juga penggunaan nasi lemak, roti canai dan sambal belacan yang kaya dengan bauran

elemen alam sekitar. Nasi lemak umpamanya menggabungkan elemen santan kelapa, daun

pandan, beras, bersama lauk pauknya. Sambal belacan juga menggabungkan pelbagai unsur alam

sekitar semulajadi iaitu belacan yang diperbuat dari udang kering, cili, asam, gula dan garam,

yang sekiranya diteliti setiap elemen berkenaan seratus peratus datangnya dari elemen alam

sekitar semulajadi.

185
“Bosanlah makan roti dan kentang” (Mandatori; 66) dan “Secawan air kopi dan sepotong

sandwic inti tuna diletakkan di atas meja” (Mandatori; 245) pula merupakan makanan atau

masakan barat yang turut mendapat perhatian pengarang ini dan disesuaikan dengan latar tempat.

Masakan atau makanan yang di paparkan masih lagi merupakan unsur-unsur alam sekitar buatan

manusia dari persekitaran semulajadi. Sandwic inti tuna umpamanya terdiri daripada kepingan

roti yang berasal dari hasil tanaman gandum, ikan tuna pula merupakan unsur alam sekitar fauna

jenis akuatik. Selain itu terdapat unsur alam sekitar yang digaul sebagai ramuan sandwic

berkenaan seperti cili, bawang, salad, keju dan mayonis.

Selain makanan, beberapa jenis minuman seperti air kelapa muda, tuak dan arak turut

dimasukkan dalam karya. Air kelapa muda diperolehi dari sumber flora semulajadi. Tuak juga

adalah minuman yang diperolehi dari sumber alam sekitar sama ada diperbuat dari nira kelapa

atau nipah, atau juga boleh didapati dari air beras (dengan melakukan proses penapaian). Arak

pula terhasil dari tumbuhan anggur yang juga diperam dalam satu jangka masa tertentu.

Hasil Tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan merupakan elemen terbesar yang menghasilkan barangan buatan

manusia berasaskan alam sekitar abiotik yang dipaparkan dalam novel-novel analisis. Hubungan

manusia dan alam sekitar dan bagaimana manusia mentafsirkan hubungan tersebut dan membuat

186
beberapa pengubahsuaian dalam hubungan tersebut, merupakan inisiatif awal wujudnya tamadun

manusia. Sejak zaman Batu yang dikatakan wujud sebelum tahun 5000 S.M, manusia didapati

telah menggunakan inisiatif dan kreativiti dari persekitaran untuk mencipta. Pada Zaman

Aurignacian, manusia dikatakan semakin maju dan mula mencipta lukisan-lukisan di dinding-

dinding gua dengan menggunakan warna. Zaman Solutrean memperlihatkan pencapaian

teknologi batu paling tinggi dengan terciptanya mata lembing dan jarum. Penciptaan barangan

ini juga tidak sahaja dari jenis batuan keras, malah boleh ditemui penggunaan gading gajah dan

tulang belulang untuk membuat pelbagai barangan (Wan Abdul Rahman, 1996).

Zaman Batu Baru (Neolitik) dikatakan menjadi episod yang penting dalam kehidupan

manusia yang menjadi garis pemisah dalam proses penciptaan tamadun manusia ke arah bentuk

yang lebih moden. Zaman ini dikatakan telah menyediakan satu bentuk persekitaran untuk

membolehkan manusia menggunakan logam sebagai peralatan dalam kehidupan mereka yang

sekaligus mengangkat mereka ke dalam arena ketamadunan. Manusia pada zaman ini telah mula

meminati usaha kraftangan tembikar, menjinak dan memelihara binatang ternakan dan mula

berkebun dengan menanam pokok dan tumbuhan untuk menghasilkan makanan. Manusia pada

zaman ini nyatanya memilih satu cara hidup yang bersifat menetap dan lebih bertamadun (Ibid).

Peningkatan tamadun manusia boleh diukur dari sudut tahap pencapaian fizikal dan

intelektual. Pencapaian intelektual melibatkan pencapaian pemikiran yang melahirkan idea yang

baru dan membantu mempertingkatkan tamadun manusia. Perkembangan tamadun manusia

menyaksikan banyak perubahan dan pencapaian dari sudut penciptaan dilakukan. Walau

bagaimanapun, peningkatan pencapaian ini sebenarnya masih lagi berlandaskan sumber yang

187
sama seperti diperolehi pada zaman batu, iaitu menggunakan sumber persekitaran. Berdasarkan

analisis terhadap novel kajian, pelbagai sumber alam sekitar telah digunakan dengan kreatif

untuk menghasilkan barangan baru.

Hasil kayu balak umpamanya boleh dibuat pelbagai bentuk kertas. Kertas ini pula boleh

dibuat pelbagai barangan lain seperti surat khabar, buku, sampul surat, gambar dan sebagainya.

Analisis terhadap novel kajian mendapati terdapat beberapa barangan diperbuat dari kertas telah

diangkat pengarang ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Paparan tentang barangan

buatan manusia dari kertas yang ditemui di sana sini dalam novel-novel kajian boleh dilihat

seperti ayat mudah “Kedua-dua surat itu dimasukkan ke dalam laci. Sejurus dia terpandang

sampul putih di situ. Sampul itu diambil dan mengeluarkan gambar-gambar kenangan sewaktu

berada di Keningau tujuh tahun lalu” (Semangat Hutan; 512), “Setelah membaca sepintas lalu

dan memahami maksud masej daripada Ursula, kertas nota itu lalu dikumuh lalu dibuang ke

dalam tong sampah berhampiran kereta” (Rangau; 235), “Datuk Johari membaca surat khabar

sepintas lalu” (Mandatori; 155) “Jane membuka sampul surat yang tertera namanya sendiri”

(Mandatori; 246) dan “Gambar-gambar itu dihempaskan ke atas meja” (Mandatori; 246).

Penggunaan barangan berkenaan telah ditampilkan secara mudah, bersahaja dan terus,

namun membawa pengertian yang besar. Sehelai kertas atau tisu yang dibuang sebenarnya

melibatkan jumlah penebangan hutan yang tinggi. Ini bermakna, semakin banyak barangan

buatan dari kertas ini dibuang ke alam sekitar bermakna semakin banyak hutan perlu diterangkan

atau dimusnahkan. Ini secara tidak langsung sebenarnya telah mengancam kelangsungan hidup

188
ekosistem bumi, selain mengarah pula kepada satu ancaman lain terhadap alam sekitar iaitu

pelupusan sisa bahan buangan pepejal.

Pengarang juga telah menerangkan elemen alam sekitar buatan manusia ini secara

terperinci dan menarik, membuktikan keprihatinan pengarang itu tentang nilai kesenian dan alam

sekitar. Hal ini dipaparkan pengarang seperti petikan berikut;

“Ia hasil sentuhan seni Leonardo da Vinci. Sebagai seorang yang bukan pengkritik,
lukisan itu bukan sahaja realiti. Ia juga menggambarkan satu pencarian kepada
alam semulajadi. Malah karya-karya Leonardo yang lain juga menyentuh soal sains.
Kalau tak silap, lukisan itu The Virgin Of The Rock. Ia hasil kontemporari
Leonardo sendiri yang terkenal dengan lukisan monalisa dan The Last Supper” jelas
Rusdi secara rambang namun kelihatan agak berpengetahuan dan penjelasannya itu
sudah mampu menambat hati tua bergelar jutawan itu.
(Rangau; 171)

Tembakau merupakan antara eksport dan menjadi sumber ekonomi negara. Tembakau

merupakan elemen alam sekitar fauna utama yang terdapat dalam rokok. Pengarang

mengutarakan elemen rokok dalam novel-novel kajian semudah ayat “Rokok dihisap dan asap

dihembuskan” (Mandatori; 148), “Dia mengeluarkan kotak rokok dari kocek seluar. Lighter

dihidupkan membakar hujung rokok” (Mandatori; 295) dan “Bilik pejabat ini kawasan larangan

merokok,” (Mandatori; 300) untuk mengutarakan penggunaan elemen alam sekitar buatan

manusia dari kategori ini. Banyak gambaran tentang rokok dan aktiviti merokok telah diangkat

penulis ini seperti “Rokok dinyalakan dan dia pun menyedutnya dalam-dalam. Menikmati

sepenuhnya rokok yang kononnya menjadi lambang lelaki sejati tanpa memikirkan akibat dari

asap rokok itu” (Tombiruo, 141) menyerlahkan kesedaran pengarang ini tentang bahaya

ancaman rokok terhadap kesihatan. Pengarang secara tidak langsung sebenarnya cuba menanam

kesedaran kepada pembaca tentang gaya hidup tidak sihat seumpama itu. Walaupun begitu,

189
kesedaran berkenaan belum mencapai tahap tertinggi kerana pengarang ini tidak menampilkan

impak terhadap gaya hidup berkenaan kepada golongan pembaca. Kesan dan kesedaran terhadap

aktiviti ini tentu boleh dilihat secara mendalam seandainya pengarang menampilkan watak yang

berhadapan dengan masalah kesihatan akibat gaya hidup yang tidak sihat tersebut.

Tumbuhan juga mempunyai banyak khasiat dan mempunyai masa hadapan yang cerah

dari segi perubatan. Terdapat pelbagai tumbuhan berpotensi untuk dimajukan sebagai perubatan

moden sekiranya kajian terperinci dilakukan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Jarum Emas,

Mengkudu ataupun Gamat. Jumlah spesies ubatan Malaysia dari kumpulan tumbuhan tertentu

adalah seperti berikut;

Jadual 6: Spesies Tumbuhan Mengikut Kumpulan yang Menjadi Sumber


Ubatan di Malaysia

Kumpulan Jumlah Spesies Spesies Bilangan


Spesies Tempatan Bukan Famili
Tempatan
Paku pakis & 35 11 24 10
kerabatnya
Gimnosperma 9 3 6 4
Angiosperma 768 679 89 103
Dikotiledon
Angiosperma 103 98 5 18
Monokotiledon
Jumlah 915 791 124 135
(Sumber: Kamarudin & A.Latiff, 2002)

Dianggarkan bahawa sepuluh peratus daripada 13, 000 spesies tumbuhan berbunga yang

terdapat di Malaysia telah dicatatkan sebagai tumbuhan ubatan (Kamarudin, A. Latiff, 2002).

Penggunaan tumbuhan ubatan dalam karya sastera kajian dapat disaksikan dalam beberapa

situasi, umpamanya apabila watak Ejim (Tombiruo; 243) cedera terkena tembakan, dia cuba

190
mengubati kesakitan dialaminya dengan meminum air akar kayu yang direbus. Watak ini juga

menggunakan pelbagai jenis tumbuhan hutan dalam usahanya menyembuhkan demam

(Semangat Hutan; 341) dan luka (Semangat Hutan; 327) (Mandatori; 290). Berdasarkan analisis

terhadap novel-novel kajian, pengarang ini ternyata telah menggunakan elemen semulajadi

tumbuhan yang berfungsi sebagai ubat untuk rawatan alternatif. Hal ini diserlahkan pengarang

seperti petikan berikut;

Sehelai daun keladi dibentangkan. Kemudian memegang daun-daun paku emas


yang telah dibersihkan di Sungai Dalit. Daun paku emas merupakan sejenis pokok
yang sering tumbuh di kawasan pergunungan dan digunakan terus untuk
menghentikan pengaliran darah. Sebab ia dipanggil paku emas adalah kerana
terdapat bulu yang tumbuh di pangkal batangnya berwarna keemasan atau
keperangan. Pada sudut saintifik ia dipanggil Cibotium Barometz.
(Semangat Hutan; 326)

Daun senduduk boleh merawat luka atau kesan terbakar. Nama saintifiknya adalah
Melastoma Malabthricum. Daun senduduk paling senang diperolehi. Ia tumbuh
terbiar bersama-sama semak samun dan pokok lalang ….Jari-jarinya yang kasar
masih meramas-ramas daun senduduk. Yang sudah lumat diletakkan di atas daun
keladi.
(Semangat Hutan; 327 & 329)

Senduduk adalah nama saintifik bagi Melastoma malabathricum, merupakan tumbuhan

dari kumpulan Melastomaceae. Dilihat dari segi perubatan tradisional, senduduk boleh

mengubati pelbagai jenis penyakit seperti keputihan, cirit-birit, buasir, bintik-bintik cacar, kudis

dan parut akibat luka (http://www.kplb.gov.my/kesedar2/BMalaysia/hseduduk.htm), (Suhaila,

1992).

191
Alat-alatan dan Barangan Buatan Tangan

Sumber alam sekitar juga menyumbang ke arah pembuatan alat-alatan bagi memenuhi keperluan

seharian. Manusia berusaha menggunakan alam sekitar untuk melengkapkan kehidupan mereka,

pada masa yang sama berfungsi ke arah kesejahteraan dan keselesaan hidup. Ekoran itu pelbagai

alatan telah dicipta dari fungsinya yang mudah seperti barangan kraf tangan sehingga hasil

barangan yang kompleks seperti senjata dan perabot.

Penguasaan manusia terhadap alam berlaku apabila manusia menjumpai api dan

kegunaannya. Pengkaji tamadun manusia sepakat dan bersetuju dengan teori berhubung

penemuan api dikalangan masyarakat primitif iaitu berdasarkan petir dan halalintar yang

menyambar pokok dan akhirnya mencetuskan api. Manusia kemudiannya mencuba pelbagai cara

untuk mendapatkan api dan mempelbagaikan kegunaannya. Apabila manusia primitif memahami

tentang api dan kegunaannya, manusia dikatakan telah mula menguasai alam sekitar melalui

penciptaan meterial yang diikuti dengan banyak proses percubaan. Tahap pencapaian dan

percubaan ini pula berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut perubahan teknologi.

Peningkatan teknologi yang boleh diertikan juga sebagai tamadun ini telah meningkatkan

penguasaan manusia terhadap alam sekitarnya (Wan Abdul Rahman, 1996).

Kreativiti manusia yang pelbagai dan daya cipta yang tinggi telah membantu

memudahkan kehidupan mereka. Pelbagai barangan telah dicipta bermula dari zaman Paleolitik

(zaman batu awal) hingga ke Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) seterusnya ke zaman sains dan

teknologi. Ketamadunan manusia pada zaman awal dikaji berdasarkan peralatan berasaskan batu

192
yang ditemui, mulai berubah melihat penghasilan tembikar untuk memahami cara hidup

masyarakat (ibid). Aspek yang diberi perhatian utama adalah bagaimana penggunaan barangan

mempengaruhi tindakan dan pandangan hidup mereka. Analisis yang dilakukan dalam novel-

novel kajian mendapati bahawa pengarang sama ada secara sengaja atau tidak sengaja telah

menggunakan pelbagai barang buatan dari elelemen alam sekitar di dalam novelnya. Alatan ini

boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti perabot, senjata dan barangan buatan tangan

atau kraftangan yang digunakan secara mudah, bebas dan sederhana di sana sini dalam novel

kajian.

Barangan buatan tangan merupakan elemen terbesar bagi kategori barang buatan jenis

alat-alatan, iaitu terdiri daripada barangan seperti garung, tajau, wakid, lukisan, mengkuang dan

tempat salaian. Barangan buatan tangan hasil kraf masyarakat tertentu di Sabah merupakan

antara barangan buatan tangan yang unik dan menarik dipersembahkan pengarang ini. Pengarang

telah mengangkat barangan seperti wakid, tajau dan garung yang hanya boleh didapati di

Malaysia Timur terutama Sabah, yang secara tidak langsung sebenarnya memaparkan budaya

tempatan dalam karya.

Pengarang telah mengangkat subjek garung, iaitu sejenis kain yang diperbuat daripada

kulit kayu dalam novel Tombiruo dengan memaparkan proses pembuatan garung tersebut secara

terperinci, yang memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada pembaca. Proses berkenaan

dikemukakan secara terperinci seperti petikan berikut;

Ejim mengheret naik ke darat, batang pokok kayu togop dan pokok kayu Timbagan
yang ditebang pagi tadi. Dia sengaja merendam kedua-dua batang pokok itu supaya
sentiasa lembab untuk memudahkan dia mengopek kulit kayu pokok itu. Ejim akan
membuat garung baru. Hanya kulit pokok kayu Togop dan pokok kayu Timagan

193
sahaja yang sesuai dibuat garung kerana batangnya yang lurus dan tidak
mempunyai banyak dahan.

Setelah kedua-dua pokok itu diheret naik ke darat, Ejim mengopek kulit luar dan
meninggalkan kulit manis sahaja. Selepas membersihkan kulit kayu itu, Ejim pun
mengelar-ngelar sedikit kulit0kulit kayu dan kemudian mengetuk perlahan-lahan
menganggalkannya dengan berhati-hati.

Setelah siap menukul kulit kayu itu, Ejim kemudian merendamkan sekali lagi ke
dalam sungai supaya ia lembab dan kembang bagi memudahkan ia dileraikan dari
batang pokok kayu itu. Batang pokok kayu itu diikat dengan seutas akar yang dililit
bergulung-gulung, kemudian ditambat pada sebatang pokok kayu keras yang
tumbuh berhampiran tebing sungai itu.
(Tombiruo, 213)

Berdasarkan petikan di atas, pembaca telah dihidangkan bagaimana elemen alam sekitar

digarap secara sempurna oleh pengarang. Pembaca tidak sahaja didedahkan tentang proses

pembuatan berkenaan sahaja, tetapi diperlihatkan terdapat pertalian antara unsur-unsur alam

sekitar manusia, alam sekitar flora, alam sekitar semulajadi dan alam sekitar fizikal sehingga

membentuk satu alatan baru yang berfungsi untuk memudahkan kehidupan. Pertalian antara

elemen-elemen alam sekitar berkenaan ternyata saling berinteraksi dan saling mempengaruhi.

Masyarakat Kadazan Dusun mempunyai tafsiran tersendiri tentang fungsi tajau. Tajau

merupakan sejenis tempayan besar yang dibuat daripada tanah liat (Kamus Dewan, 1996).

Berdasarkan analisis terhadap novel-novel kajian, pengarang telah mengemukakan dua bentuk

kegunaan tajau iaitu sebagai tempat untuk menyimpan mayat di kawasan perkuburan dan

menjadi alatan untuk kegunaan seharian. Tajau yang digunakan untuk menyimpan mayat boleh

ditemui dalam Semangat Hutan (halaman 218 & 220). Pengarang telah menggambarkan tentang

kawasan perkuburan berkenaan melalui perlukisannya yang mudah difahami iaitu;

194
Tatkala sampai sahaja di pondok itu, mereka tergamam sekatika. Pondok itu
kelihatan usang dan tidak berpenghuni. Tiang-tiang pondok itu terpacak tinggi-
tinggi dari aras tanah. Malah tidak terdapat dinding yang menutupi pondok usang
itu. Persekitarannya sunyi. Dikelilingi hutan. Langsung tidak berhalaman.
(Semangat Hutan; 217)

Di dalam pondok inilah tersimpan tajau besar yang tersusun rapi dan menempatkan

mayat orang mati. Tajau yang digunakan sebagai sebahagian daripada alatan harian pula telah

dikemukakan pengarang ini dalam sebahagian besar novel Tombiruo dan Semangat Hutan

dengan sudut penceritaan yang menarik tetapi bersahaja. Pengarang ternyata mampu mengangkat

elemen ini secara harmoni dan hidup apabila mengetengahkan subjek tajau, umpamanya seperti

yang boleh dilihat dalam petikan berikut;

Ejim mengangkat air dalam tajau yang diambilnya dari sungai.sampai sahaja dia
pun menyalakan api dan meletakkan tajau itu di atas silang kayu di bawah bara api.
Setelah air itu mendidih, Ejim menuang separuh air dalam tajau itu ke dalam
sebuah lagi tajau yang kecil. Air dalam tajau yang mendidih itu dibiarkan sahaja.
Sambil itu dia mengupas ubi kayu dan memaukkannya ke dalam tajau, direbus
sampai lembut isinya. Setengah jam kemudian, air dalam tajau itupun kering. Ubi
kayu yang direbus tadi sudah pun masak. Isinya empuk dan lemak.
(Tombiruo; 404-405)

Wakid merupakan satu hasil kraf tangan masyarakat Kadazan-Dusun yang diperbuat

daripada buluh. Ia digunakan untuk membawa barangan seperti hasil pertanian dan buah-buahan.

Wakid digunakan dengan cara menyandang pada bahagian belakang badan

(http://shop.store.yahoo.com/malaysiastall/wakbammadbac.html). Pengarang telah menonjolkan

penggunaan alatan tradisi ini secara meluas dalam Tombiruo dan Semangat Hutan seperti yang

boleh disaksikan dalam petikan berikut;

195
Setelah muatannya penuh, Ejim mengangkat wakid itu lalu disangkutkan ke
belakang. Dua utas tali yang diperbuat dari akar-akar pokok ara diikat bagi
memudahkan dia menyandang muatannya itu. Perlahan-lahan dia melangkah
menyusuri denai yang dikelilingi rimbunan daun-daun dan semak belukar menuju
ke pondoknya.
(Semangat Hutan; 50)

Senjata merupakan antara elemen alam sekitar buatan manusia yang boleh ditemui dalam

novel analisis. Pengarang ini telah menggunakan 4 bentuk senjata utama iaitu pedang, pisau,

pistol dan senapang. Pedang dan senapang merupakan dua jenis senjata yang digunakan watak

Ejim dalam novel Tombiruo dan Semangat Hutan secara meluas. Pisau digunakan watak ini

untuk memenuhi keperluan harian, manakala pedang merupakan senjata kepada watak untuk

mempertahankan diri. Kedua-dua alatan ini merupakan elemen alam sekitar buatan manusia yang

diperbuat daripada logam tertentu, iaitu hasil bumi.

Selain menjadi senjata untuk mempertahankan diri, pedang ini juga diserlahkan sebagai

lambang keperwiraan dan mempunyai semangat mengikut amalan dan kepercayaan budaya

tertentu. Ini diserlahkan pengarang seperti petikan berikut;

Ejim segera melutut sambil menjalarkan jari telunjuknya ke sepanjang belakang


pedang itu. Ibu jarinya bermain mengusap ramah hasil warisan masa lampau. Ia
kelihatan kukuh diwarnai sejarah. Ukiran kepala singa lambang wira pribumi jelas
memperlihatkan semangat pahlawan pemuda Pangan yang gigih mempertahankan
daerah tercinta. Pedang yang diperbuat daripada besi waja itu sudah meragut
ratusan nyawa dalam peperangan menentang penjajah.
(Tombiruo; 2)

Sebilah pedang terserlah setelah tujuh tahun terperap dalam bungkusan kulit kayu.
Ejim menumpukan perhatiannya kepada pedang itu. Pedang berukuran satu meter
panjang dan diperbuat dari besi waja itu merupakan pedang pusaka turun temurun
nenek moyang Pondolou. Ukiran kepala singa di ulu pedang merupakan lambang
wira peribumi.
(Semangat Hutan; 51)

196
Pengarang menguatkan lagi unsur kepercayaan ini dengan mengetengahkan ayat

“Doktor…tolong tinggalkan pedang itu. Jangan dibawa keluar dari hutan ini. Saya risau

semanga pedang itu akan mengamuk” (Semangat Hutan; 517-518). Penggunaan pistol dan

senapang pula telah diangkat pengarang ini melalui watak Amiruddin dan Ondu (menggunakan

senapang) dan beberapa orang penjenayah termasuk Doktor Zahid. Amiruddin dan Ondu

menggunakan senapang untuk mempertahankan diri, manakala penjenayah menggunakan pistol

untuk melepaskan diri atau membuat ugutan bagi melaksanakan cita-cita jenayah mereka.

Kedua-dua jenis senjata ini juga diperbuat daripada beberapa elemen alam sekitar terdiri

daripada besi dan logam lain.

Penggunaan perabot dalam karya kajian boleh ditemui secara meluas dalam semua novel

kajian sama ada secara mudah atau dilakukan perincian yang wajar. Perabot yang terlibat adalah

meja makan, set bilik tidur, perkakas dapur, set sofa ruang tamu, perkakas pejabat dan

sebagainya. Perincian terhadap perabot ini akan dilakukan pengarang apabila perabot yang

dikemukakan itu melambangkan status ekonomi keluarga sama ada kaya atau miskin, ataupun

perabot berkenaan amat berbeza dari kebiasaan yang sering dilihat, umpamanya seperti

dipaparkan dalam petikan;

Mereka masuk ke ruang dalam. Beberapa buah kerusi dan kusyen diatur di ruang
ini. Kerusi itu kelihatan agak buruk tetapi masih boleh diduduki. Manakala kusyen
itu pula nampak lusuh dan berbau hapak. Di hadapan sekali diletakkan sebuah
meja. Seutas tali tersembunyi di sebalik tiang perentang paling atas. Benang kasar
diikat pada tali itu lalu dijulurkan ke bawah dan dibiarkan tergantung-gantung.
(Mandatori; 446)

197
Kepelbagaian bentuk dan elemen alam sekitar abiotik yang diangkat pengarang ini dalam

karya kajian jelas menyerlahkan tentang keprihatinan pengarang terhadap elemen alam sekitar

sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Kehadiran alam sekitar semulajadi dengan pelbagai

fungsi dan suasana tidak sekadar menyerlahkan karya yang tinggi nilai estetiknya, tetapi

menampilkan penguasaan dan keprihatinan penulis berkenaan dengan persekitarannya. Alam

sekitar buatan manusia pula banyak mengangkat elemen semulajadi dalam inovasi penciptaan,

seterusnya menyerlahkan warna budaya tempatan masyarakat. Bauran semua elemen semulajadi

dalam karya ini menjadikan karya kelihatan tepu dengan unsur alam, segar dan padat dengan

ilmu.

PENEMUAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan analisis terhadap novel kajian, pengarang ternyata mengangkat banyak isu dan

elemen yang melibatkan alam sekitar dalam karya berdasarkan watak, perwatakan, plot, malah

pemikiran watak. Isu falsafah alam sekitar ditonjolkan secara bersahaja, mudah dan sederhana

tetapi mempunyai pengertian dan makna yang luas dari sudut alam sekitar. Isu falsafah

berkenaan tidak sekadar dilihat dari sudut agama Islam, malah merangkumi fahaman agama

Hindu dan diserlahkan melalui tingkah laku watak, perwatakan serta pemikiran dan diyakinkan

pula melalui pengucapan dialog yang kemas.

198
Kesan yang ditimbulkan oleh pembangunan seperti pencemaran bunyi, udara, jerebu,

banjir kilat, setinggan dan kesesakan trafik juga diangkat secara mudah. Isu sensitif negara

seperti pembinaan Empangan Bakun turut diangkat pengarang ini dalam karya dengan

menonjolkan kegiatan tidak bertanggungjawab media asing yang cuba menggagalkan usaha

berkenaan dan memburukkan projek tersebut pada peringkat antarabangsa.

Pembalakan merupakan isu alam sekitar yang sering mendapat perhatian dunia. Penulis

mengangkat isu pembalakan haram yang dilakukan secara berleluasa terutama di Sabah sehingga

mengakibatkan kerugian yang besar dari sudut ekonomi atau kelestarian alam terhadap negeri

dan negara. Dalam hal ini, pengarang secara tidak langsung juga telah mengemukakan satu

bentuk kegiatan pembalakan yang bersifat mesra alam dengan mengamalkan corak penanaman

semula balak bagi menampung keperluan kayu kayan pada masa hadapan.

Isu kesihatan awam meliputi beberapa jenis penyakit yang biasa dihidapi masyarakat

Malaysia seperti selesema, kesan merokok, hepatitis dan esophagitis. Pengarang telah

mengangkat beberapa jenis penyakit seperti hepatitis dan esophagitis secara terperinci termasuk

mengemukakan gejala dan simptomnya sebagai pengetahuan tambahan kepada pembaca.

Selesema dan tabiat merokok yang ditemui di sana sini dalam sebahagian besar novel analisis

hanya dikemukakan secara mudah, sederhana dan senang difahami.

Isu-isu yang melibatkan undang-undang negara turut ditemui dalam novel analisis seperti

pencerobohan sempadan negara, ordinan Perlindungan Hidupan Liar, sistem tender pembalakan

dan akta Perhutanan Negara. Semua isu ini telah diterangkan secara terperinci dalam novel

199
kajian secara kreatif dan mengesankan. Sekalipun isu-isu ini melibatkan fakta dan data secara

saintifik, namun kreativiti pengarang mempersembahkan isu berkenaan telah membentuk satu

karya yang istimewa dan bermaklumat.

Meneliti dari sudut elemen alam sekitar pula, elemen alam sekitar biotik ternyata sangat

kuat diserlahkan dan mempengaruhi keberkesanan novel kajian. Pengarang telah mengangkat

alam flora dengan mengemukakan pelbagai unsur bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, kayu

kayan dan buah-buahan hutan. Semua elemen alam sekitar biotik dari kelas flora ini telah

dibaurkan dengan rapi, indah, menarik dan disulam dengan gaya bahasa yang lincah dan segar.

Sekalipun terdapat beberapa unsur flora telah diperincikan tetapi pembaca seakan dapat

menerima deretan fakta berkenaan apabila menggunakan ayat dan bahasa yang sesuai.

Elemen fauna dalam alam sekitar biotik banyak mengangkat fauna darat melibatkan

hidupan liar, binatang ternakan, binatang buruan, unggas dan burung serta serangga. Sebahagian

besar fauna ini merupakan haiwan yang ditemui di kawasan hutan tropika. Hidupan liar lebih

mendapat huraian daripada pengarang ini dengan lebih terperinci dengan mengemukakan corak

kehidupan beberapa spesies hidupan liar seperti serigala, harimau dan ular sawa. Pembunuhan

hidupan liar yang dikatakan ganas dan mengancam manusia seperti harimau telah diserlahkan.

Selain harimau, ular sawa yang menggunakan belitan untuk melemahkan mangsa juga turut

diangkat dalam novel-novel kajian secara mendalam dan mudah, tetapi pada masa yang sama

mudah difahami oleh pembaca dan berkesan. Kehadiran burung-burung penghijrah yang

berhijrah mengikut musim tertentu juga turut mewarnai elemen alam sekitar fauna dan

menyerlahkan keunikan yang tersendiri.

200
Alam sekitar dan budaya yang diketengahkan pengarang ini kelihatan hidup dan mampu

memberi nafas yang berbeza terhadap karya terutama apabila memaparkan banyak cara hidup

dan budaya masyarakat Malaysia Timur. Tingkah laku manusia yang pelbagai dan berwarna

warni ini memberi nilai dan menyerlahkan pemikiran mereka terhadap persekitaran terutama

tentang bagaimana cara gaya mereka berinteraksi dengan alam sekitar.

Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan mengamalkan berbagai-bagai budaya

ini telah ditonjolkan pengarang dengan harmoni berdasarkan amalan agama dan kepercayaan

watak. Agama dan kepercayaan yang diterapkan dalam setiap watak telah membentuk satu cara

gaya dan interaksi yang pelbagai dengan persekitaran. Pengarang ini telah menyerlahkan

beberapa watak yang patuh dengan amalan agama mereka seperti Islam dan Kristian, tetapi pada

masa yang sama wujud juga watak tertentu yang longgar pegangan agamanya. Selain itu,

beberapa ritual dan kepercayaan lain seperti percayakan semangat, penunggu dan mengamalkan

amalan tertentu telah diketengahkan terutama yang melibatkan pelbagai budaya kaum.

Kepelbagaian persekitaran budaya ini menampilkan satu bentuk kelainan terhadap karya, pada

masa yang sama mewujudkan struktur karya yang menarik, serasi, harmoni dan kreatif.

Sekalipun analisis ini sarat dengan isu-isu dan elemen biotik alam sekitar, namun elemen

alam sekitar abiotik turut terserlah dengan kehadiran alam sekitar semulajadi dan elemen alam

sekitar buatan manusia. Unsur alam sekitar semulajadi lebih banyak ditonjolkan berdasarkan

unsur cuaca dan iklim dengan mengemukakan unsur hujan, mendung, petir, guruh, angin,

gelombang, embun, kabus dan jerebu selain kehadiran perbezaan antara siang dan malam antara

201
kawasan di dunia. Badan air seperti laut, sungai dan empangan turut ditemui secara kerap dengan

huraian yang terperinci dan menyakinkan, selain penceritaan secara menarik tentang alam sekitar

semulajadi fizikal dari sudut topografi bumi.

Elemen alam sekitar abiotik juga terserlah dengan penggunaan alam sekitar buatan

manusia yang ditonjolkan melalui alam sekitar buatan manusia yang bersifat konkrit seperti

bangunan dan jambatan; kenderaan seperti kereta, motosikal, bot, rakit, kapal layar dan kapal

terbang; makanan dan minuman, hasil daripada tumbuhan seperti rokok, kertas, ubat-ubatan

tradisional dan alatan serta barangan kraftangan. Semua elemen alam sekitar buatan manusia

yang diserlahkan dalam karya telah dibaurkan secara harmoni, sederhana dan menghidupkan

struktur karya selain membantu menguatkan karya itu sendiri.

Secara keseluruhan, pengarang ini ternyata mampu membaurkan pelbagai unsur, elemen

dan isu alam sekitar dalam novel-novel kajian dengan mengangkat pelbagai fakta dan data

berkaitan secara tersendiri yang akhirnya muncul dalam bentuk kreatif. Sekalipun sarat dengan

ilmu bantu seumpama ini, karya thriller ini masih mampu hidup dan berdiri dalam bentuknya

yang tersendiri; suspen, terpenuh ilmu, mendebarkan, kaya dengan maklumat, tanpa melupakan

unsur-unsur puitis dan kreatif, malah sangat mengesankan. Akhirnya, karya yang dibentuk

seumpama ini bukan sahaja mampu menggugah dan mencabar pembaca dengan ilmu yang

dimiliki, malah boleh membentuk karya yang bersifat antarabangsa dan pelbagai. Karya sastera

tidak lagi lahir dari kekosongan ruang anganan pengarang tetapi sarat dengan adunan ilmu hasil

kerja keras dan penyelidikan penulisnya.

202
BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid Mar Iman. 2000. Hutan: Pengurusan dan Penilaian. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdul Latif Mohamad. 1997. Kepelbagaian Tumbuhan: Status Sumber Alam Malaysia dlm.
Kepelbagaian Biologi: Implikasi kepada Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ahmad Badri Mohamad. 1993. Sumber Air Tawar dan Marin dlm. Sumber Alam: Potensi dan
Penerokaannya. (Ahmad Badri Mohamad (ed.). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ahyaudin Ali. 1993. Sumber Ikan Air Tawar dlm. Sumber Alam: Potensi dan Penerokaannya.
(Ahmad Badri Mohamad (ed.). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anon. 2000. Pembalakan Haram di Kedah dikesan dlm.


http://www.tv3.com.my/bu/may2000/18_berita5.html.

Armin Azhari Saleh. 1999. Hidupan Liar Warisan Alam Sejagat dlm.
http://www.dbp.gov.my/dbp98/majalah/budaya99/db12satwa.htm.

Asirvatham, J.M. (2001). Conservation of Flora and Fauna dlm. MANCID Annual Conference di
Equatorial Hill Resort, Cameron Higlands, Pahang, pada 12 – 13 November 2001.

Baharudin Omar, Abdul Rassip Che Nun & Aminuddin Abdul Hamid Karim. 1993. Penyebab
dan Gejala Penyakit. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chan Ngai Weng. 2002. Bandar dan Banjir Kilat dlm. http://www.el.net.my/pcghs/banjir.html.

Encyclopedia (Online). 2002. Latitude and Longitude dlm. http://encarta.msn.com

Eshah Haji Mohamed. 2000. Makanan, Simbol dan Budaya dlm. Masyarakat, Budaya dan
Perubahan susunan Rahimah Abd. Aziz, Mohamed Yusoff Ismail. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Ahmad. Yaakub Mohd. Jani. 1994. Tumbuh-tumbuhan dan Persekitaran: Satu Perspektif
Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Sahid. 1985. Masalah Semasa Alam Sekitar Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

203
Jamaluddin Jahi. 1993. Masalah Pencemaran Bunyi Bising di Malaysia dlm. Sham Sani, Abdul
Samad Hadi & Jamaluddin Jahi (penyt.) Alam Sekitar dan Pengurusannya di Malaysia;
357-376. Bangi: UNESCO/UKM.

Kamariah Kamaruddin, Maharam Mamat. 2002. Perspektif Alam Sekitar Menurut Falsafah
Islam Dalam Novel Hidayah Dan Di Sebalik Sebuah Kubah: Satu Analisis Awal dlm.
Prosiding Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia Ke lapan, anjuran Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, di UKM pada 8-10 Oktober
2002.

Kamus Dewan. 1996. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruddin Mat-Salleh, A. Latiff (peny.). 2002. Tumbuhan Ubatan Malaysia. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 1999. Panduan Pengguna
(ed. Kedua). Kuala Lumpur.

Maharam Mamat, Mashitoh Yaacob. 2002. Isu-isu Alam Sekitar dalam Novel Malaysia dlm.
Kertas kerja Kolokium Antarabangsa Bahasa dan Pemikiran Melayu-Indonesia ke-3 di
Universiti Prince of Songkla, Pattani, anjuran Universiti Prince of Songkla dan Dewan
Bahasa dan Pustaka Malaysia pada 4-7 Mei 2002.

Mashitoh Yaacob. 1998-1999. Kajian Sudut Pandangan Falsafah Alam Sekitar Terhadap
Kumpulan Cerpen Mutakhir Tiga Penulis Wanita dlm. Buletin Pusat Pengajian Umum,
bil 1(1). Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mashitoh Yaacob. 1999. Modul PJJ Falsafah Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Mat Saad Abd Rahman. 2002. Undang-undang Keluarga Islam: Aturan Perkahwinan. Shah
Alam: Hizbi Sdn. Bhd.

Melson, F. Gail. 1993. Keluarga dan Persekitaran: Perspektif Ekosistem. (Terj. Jariah
Masud). Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Mohd. Noor Ramlan.1999. Ekologi Asas dan Alam Semula Jadi Terpilih. Shah Alam: Universiti
Teknologi Mara.

Mohd Nordin Hasan. 1997. Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaannya dlm. Kepelbagaian
Biologi: Implikasi kepada Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Shahwalid Haji Othman. 1995. Ekonomi Sumber Hutan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohamed Salleh. 1992. Serangga dan Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

204
Muhamad Zakaria, Wan Abdul Kadir Wan Yusof & Zainal Abidin Borhan. 1993. Tumbuhan-
tumbuhan dalam Perubatan Tradisional Orang Melayu dlm. Fonomena 2. Kuala Lumpur:
Siri Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Online.
http://www2.moe.gov.my/~ibmm/jpkm/tumbuhan.htm

Muhd Zuki Pileh dan Hamidah Zabidi. 2001. Dapatkah Bumi Kita Diselamatkan? dlm. Massa
bil. 282, 10-16 Mac; 26-33.

Muhd Zuki Pileh. 2002. Penyelesaian Konflik Manusia-Harimau dlm. Massa bil. 357, 24-30
Ogos; 14-15.

Nor Dalilah Mohd. Salleh. Tumbuhan Sebagai Ubatan dlm.


http://www.fpend.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/dalilah.htm

Noor Hassim Ismail. 1996. Kesihatan Persekitaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh. 1995. Pengisian Dunia Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosnani Ibrahim. 1998. Atas talian (http://www.mastic.gov.my/newscan/okt98/um211098.html)

Ramlee Awang Murshid. 1999. Tombiruo. Petaling Jaya: Alaf 21 Sendirian Berhad.

Ramlee Awang Murshid. 2000. Ranggau. Petaling Jaya: Alaf 21 Sendirian Berhad.

Ramlee Awang Murshid. 2000. Mandatori. Petaling Jaya: Alaf 21 Sendirian Berhad.

Ramlee Awang Murshid. 1999. Semangat Hutan. Petaling Jaya: Alaf 21 Sendirian Berhad.

Raihanah Abdullah. 2002. Wanita Juga Berisiko Hadapi Sakit Jantung dlm.
http://www.emedia.com.my/Current_News/BH/Sunday?Kesihatan/20020928231700/Article.

Ridzwan Hashim. 1993. Sumber Makanan Pesisiran Laut Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Seyyed Hossein Nasr dan Oliver Leaman. 1996. History of Islamic Philosophy (Part 1 and 2),
London: Routledge.

Shahnon Ahmad. 1994. Sastera: pengalaman, ilmu, imaginasi dan kitarannya. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suhaila Mohamed. 1993. Tumbuhan Ubatan Sebagai Sumber dlm. Sumber Alam: Potensi dan
Penerokaannya. (Ahmad Badri Mohamad (ed.). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan
Pustaka.

205
Wan Abdul Rahman Latif. 1996. Permulaan Tamadun Manusia dlm. Wan Abdul ahman Latif, et
al. (1996). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Watson, J.. 1993. Manusia dan Ekologi: Pengenalan sains bumi gunaan. Terj. Mohamad Ali
Hasan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yaacob Harljn. 2002. Masyarakat Melayu dan Pengaruh Barat: Perubahan dan konflik Nilai dlm.
http://members.lycos.co.uk/nabirz/soc11.htm.

Zakri A. Hamid. 1993. Sumber Genetik Tumbuhan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakri A. Hamid. 1997. Kepelbagaian Biologi Biakbaka Tumbuhan dan Bioteknologi: Implikasi
Kepada Dunia Selatan dlm. Kepelbagaian Biologi: Implikasi kepada Malaysia. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaini Ujang (peny.). 1993. Islam dan Alam Sekitar. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

http://content.health.msn.com/content/article/1678.50773 atas talian. Hepatitis C. 17/10/2002.

Racun Dalam Asap Rokok dlm. http://www.moh.gov.my/bpk/kempen_kk/asap_rokok.htm atas talian.


18/10/2002.

Bahaya dan Akibat Merokok dlm. http://www.nano-healthy.com/html/rokok.htm#Bahaya atas talian.


18/10/2002

Islam dan Kesihatan Rokok dlm. http://www.mpsj.gov.my/cybermosque/rokok.html atas talian.


18/10/2002.

Pemeliharaan Alam Semulajadi di Malaysia dlm http://www.


Penerangan.gov.my/pahang/bahan/ALAM20%SEKITAR.htm.
(http://www.windowstomalaysia.com.my/national/10_5.htm)

http://www.fpend.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/chinglin.html

(http://www.windowstomalaysia.com.my/nation/10_6g.htm).

Senduduk dlm. http://www.kplb.gov.my/kesedar2/BMalaysia/hseduduk.htm

Hutan Pengimbang Ekosistem Bumi dlm. http://www.forr.upm.edu.my/2001/newspaper.html.

http://www.forestry.sarawak.gov.my/forweb/wildlife/mgmt/pa/protsp.htm

Program Pemuliharaan Berjaya dlm. http://www.tv3.com.my/bu/september/1_berita8.html.

http://www.windowstomalaysia.com.my/nation/10_6c.htm

206
http://www.forestry.sarawak.gov.my/farweb/wildlife/mgmt/pa/bcat.htm

http://www.windowstomalaysia.com.my/nation/10_6g.htm

http://www.forestry.sarawak.gov.my/forweb/wildlife/fauna/reptile/rpython.htm

http://www.windowstomalaysia.com.my/nation/10_6f.htm

http://mdkerian.perak.gov.my/KERIAN%20MB/maklumat/Kualagula.htm

Masyarakat Malaysia Masyarakat Majmuk dlm. http://members.lycos.co.uk/nabirz/soc1.htm

RAR. 1999. Pesta Menuai: Pelbagai Acara Dan Keunikan dlm.


http://www.dbp.gov.my/dbp98/majalah/budaya99/db08etnik.htm

Roselle Ganti Tembakau: Roselle Beri Hasil Lumayan dlm.


http://agrolink.moa.my/moa1/newspaper/pertanian/ha970816.html

Lembaga Tembakau Negara dlm. http://www.ltn.gov.my

Wakid: a tradisional Banboo Back Carrier dlm.


http://shop.store.yahoo.com/malaysiaastall/wakbammadbac.html.

207
SYAIR MELAYU KLASIK DAN ALAM SEKITAR

OLEH

MASHITOH YAACOB
mash@ukm.my

HASIL PENYELIDIKAN SENI DAN ALAM SEKITAR

PUSAT PENGAJIAN UMUM


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

2002

Kertas ini berupa hasil penyelidikan yang ditaja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia
gran penyelidikan kod 11JD/001/2001.
Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar

Abstrak

Syair adalah salah satu rumpun puisi Melayu lama yang semakin
dilupakan. Alam sekitar pula adalah satu bidang penuh kontroversi yang
semakin mendapat perhatian ramai. Menggabungkan kedua-dua subjek ini
dalam sebuah kajian seperti ini memberikan satu pengalaman penyelidikan
yang sangat menarik. Kajian ini memberikan fokus tentang hubungan di
antara kedua-dua subjek ini dari segi penggunaan elemen alam sekitar
dalam proses pembinaan atau penghasilan sesebuah syair. Seterusnya
kajian ini turut menghuraikan tentang elemen-elemen alam sekitar yang
digunakan termasuk tentang cara (gaya) atau bagaimana ia digunakan
dalam syair tersebut. Elemen-elemen alam sekitar yang menjadi fokus
dalam mengkaji syair-syair ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu
elemen abiotik dan biotik. Kedua-dua kategori elemen alam sekitar ini
seterusnya menjadi landasan atau pendekatan kajian ini. Hasil kajian
menunjukkan kebanyakan elemen alam sekitar daripada kedua-dua
kategori ini bertindak sebagai latar cerita dan juga sebagai perlambangan
secara analogi dan personafikasi.

Kata kunci: syair, alam sekitar, abiotik dan biotik.

Abstract

Syair is one part of the old Malay poem that has gradually being forgotten.
On the other hand, environment is a controversial subjects that gradually
catching the attention of many people. Combining both of these subjects in
one study such as this one has given me a very interesting research
experience. This study focuses on the relationship between these subjects
in the sense of the use (application) of environmental elements in the
process of constructing as well as creating a particular syair. Furthermore,
this study is also elaborate on the elements of environment that has been
utilised in the syair including the ways (styles) or how it has been brought
into play in the syair. The environmental elements focused by this study
can be divided into two categories; they are abiotic and biotic. These two
categories of environmental elements are then used as the fundamental
approach of this study. The result of this study is obviously pointing out
that most of the environmental elements from both categories has been
utilised as the background of the stories of the syair. However, the
environmental elements are also harmoniously brought into play as
symbols via analogy and personification.

Keywords: syair, environment, abiotic, and biotic.


PENGHARGAAN

Kajian tentang “Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar” ini ialah
sebahagian daripada penyelidikan “Seni dan Alam Sekitar” yang
dijalankan secara berkumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli
akademik Pusat Pengajian Umum. Walaupun kajian ini boleh berdiri
sendiri sebagai sebuah penulisan atau penerbitan akademik, namun tiga
lagi kajian di bawah penyelidikan ini telah melengkapkan lagi apa yang
cuba disampaikan dalam kajian “Syair dan Alam Sekitar” ini. Justeru itu,
saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan penyelidik iaitu Hamdzun
Haron, Maharam Mamat dan Maznah Ibrahim dalam memberikan
sumbangan dan kerjasama yang sepenuhnya dalam melengkapkan kajian
ini. Saya juga amat berterima kasih kepada Pusat Pengajian Umum dan
UKM di atas kepercayaan, peluang dan dana yang diberikan. Kajian ini
dibiayai sepenuhnya oleh Skim Peruntukan Penyelidikan untuk
Fakulti/Pusat di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia. Dana ini
merupakan pemangkin utama dalam menjayakan kajian “Syair Melayu
Klasik dan Alam Sekitar” sehingga terhasilnya penulisan akademik ini.

Mashitoh Yaacob

ACKNOWLEDGEMENTS

The study of “The Classical Malay Syair and Environment” is part of a


research entitled; “Arts and Environment” that has been conducted by four
of the Centre for General Studies’ academic staffs. This study can be
independent on its own in terms of an academic writing or as an academic
publication. However, the other three studies done by the other fellow
researchers have complemented what this study is conveying. Therefore, I
am grateful to Hamdzun Haron, Maharam Mamat and Maznah Ibrahim for
their full contribution and cooperation in complementing this study. I
would also like to express my gratitude to Centre for General Studies and
Universiti Kebangsaan Malaysia for the trust, opportunity and financial
funding given. This study is sponsored fully by Research-Funding Scheme
for Faculty/Centre under Universiti Kebangsaan Malaysia. The fund was
the main cause for the completion of “The Classical Malay Syair and
Environment” study that resulted in the form of this academic writing.

Mashitoh Yaacob
SYAIR MELAYU KLASIK DAN ALAM SEKITAR

PENGENALAN

Penghasilan sebuah karya seni sememangnya tidak boleh lari daripada penggunaan

elemen-elemen alam sekitar. Terdapat hubungan yang kuat di antara penggunaan elemen-

elemen alam sekitar dan proses pembinaan atau penghasilan karya seni tersebut.

Pengkarya cuba menggabungkan dan mengharmonikan pelbagai elemen alam sekitar

dalam penghasilan karya mereka. Oleh kerana manusia tidak dapat lari dari alam sekitar

mereka, maka mereka banyak mengimitasi apa yang ada di sekeliling mereka

termasuklah dalam penghasilan karya seni. Ini berlaku secara sedar mahupun tidak oleh

para pengkarya. Kajian ini akan menggunakan pendekatan elemen alam sekitar yang

dipecahkan kepada dua kategori iaitu alam sekitar abiotik (alam sekitar semulajadi dan

alam sekitar buatan manusia) dan alam sekitar biotik (alam sekitar flora dan alam sekitar

fauna). Pendekatan ini akan digunakan sebagai landasan kajian terhadap syair yang

dipilih dalam mengungkapkan hubungan kuat yang terdapat di antara elemen-elemen

alam sekitar dan proses pembinaan atau penghasilan syair tersebut. Syair-syair yang

dipilih ialah dari jenis Syair Romantis, Syair Agama (Mistik) dan Syair Sejarah. Syair

yang paling banyak dipilih ialah jenis Romantis kerana ia lebih mendekati Syair Melayu

Klasik yang cuba dikaji oleh pengkaji. Sembilan buah syair yang dipilih ialah syair Ken

Tambuhan, syair Yatim Nestapa, syair Seri Benian, syair Satukan Hangat dan Dingin,

syair Raja ka-Laut, syair Perang Betawi, syair Kampong Gelam Terbakar, syair Kias dan

syair Bernasib Malang. Kajian ini bertujuan meneliti sejauh mana penggunaan elemen

208
alam sekitar dalam proses pembinaan atau penghasilan sesebuah syair klasik Melayu

memandangkan hubungan kehidupan masyarakat Melayu dan alam sekitar yang amat

akrab sekali. Jelasnya, bagaimanakah hubungan yang akrab antara masyarakat Melayu

dan elemen-elemen alam sekitar itu diterjemahkan dalam penghasilan syair Melayu

klasik ini. Penelitian terhadap penggunaan ini tertumpu kepada apakah elemen alam

sekitar itu dan cara (gaya) atau bagaimana ia digunakan sehingga lahirnya keharmonisan

di antara elemen alam sekitar tersebut dengan proses pembinaan atau penghasilan syair

tersebut.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan lebih banyak kaedah kualitatif berbanding

kuantitatif kerana pengkaji banyak melakukan analisis kandungan (content analysis).

Teknik yang banyak sekali digunakan ialah penyelidikan kepustakaan, pemerhatian dan

penelitian isi kandungan bahan kajian.

SYAIR MELAYU KLASIK

Menurut Syed Naguib Al-Attas (1968), Hamzah Fansuri ialah pengasas syair Melayu.

Perdebatan tentang perkara ini masih lagi berlangsung hingga ke hari ini. Namun begitu,

ia bukanlah fokus kajian ini. Apa yang penting (sebelum syair Melayu klasik ini dikupas

209
menggunakan pendekatan elemen alam sekitar abiotik dan biotik) ialah untuk mengenali

serba sedikit tentang perkara-perkara asas syair. Syair dibahagikan kepada beberapa jenis

iaitu (Mohd Hashim Taib 1966):

i. Syair Romantis

Syair jenis ini mencerminkan alam romantis. Isinya memperlihatkan nukilan-

nukilan dan peristiwa-peristiwa khayal, penuh dengan babak-babak percintaan

yang amat hebat antara putera dan puteri raja, gambaran-gambaran kayangan

yang indah-indah, penderitaan akibat fitnah-fitnah tertentu dan lain-lain. Contoh

syair seperti ini ialah syair Ken Tambuhan, syair Yatim Nestapa, syair Seri

Benian, syair Raja ka-Laut, syair Kias, syair Bernasib Malang, syair Damar

Bulan, syair Bidasari, syair Si-Lindong Delima, syair Panji Semerang dan lain-

lain.

ii. Syair Agama (Mistik)

Syair jenis ini menceritakan hal-hal yang bersangkut paut dengan agama. Contoh

syair seperti ini ialah seperti syair Satukan Hangat dan Dingin, syair Burung

Pinggai, syair Perahu dan lain-lain lagi.

iii. Syair Sejarah

Syair ini mengambil bahan-bahan sejarah sebagai temanya. Contoh syair jenis ini

ialah syair Perang Betawi, syair Kampong Gelam Terbakar, syair Perang

Makasar dan lain-lain.

210
Kebanyakan syair ini adalah nukilan yang panjang-panjang. Misalnya, nukilan

sesuatu cerita, sesuatu nasihat, sesuatu ilmu dan sebagainya. Selaras dengan sifat syair

yang panjang ini, orang membaca syair umumnya bukan untuk merasakan keindahan

susunan nukilan dan bunyi tiap-tiap barisnya tetapi untuk mendengarkan ceritanya yang

dibacakan sambil berlagu. Namun begitu, terdapat juga syair atau bahagian yang indah

tentang nukilan dan bunyi tiap-tiap barisnya kerana kata-kata dan perumpamaan yang

dipakai kena pada tempatnya (S. Takdir Alisjahbana 1971). Di sinilah elemen-elemen

alam sekitar abiotik dan biotik amat berperanan iaitu sebagai latar cerita dan lambang

maksud cerita yang hendak disampaikan tanpa mencacatkan cerita dan keindahan

bunyinya, malah ia menjadikan syair ini indah dan lengkap sebagai sebuah cerita kerana

elemen-elemen ini turut menyediakan latar dan lambang kepada plot cerita terbabit.

Jenis syair yang paling banyak dipilih untuk kajian ini ialah Syair Romantis.

Rasional pemilihannya ialah; syair-syair yang ingin dikaji ialah Syair Melayu Klasik,

maka syair-syair yang agak tua dan kurang menerima pengaruh luar kebanyakannya

terdiri daripada syair-syair jenis ini. Contohnya, syair Ken Tambuhan. Isi syair ini

dipungut daripada cerita Seri Panji ataupun mungkin cerita ini diambil dan dimasukkan

ke dalam cerita Panji sebagai salah satu daripada bahagiannya (A Teeuw 1966). Ia

dianggap sebagai syair Melayu yang asli kerana di dalamnya tidak disebut nama Allah

tetapi yang sering diseru ialah Dewata Mulia Raya seperti dalam cerita Hindu. Pengarang

syair ini tidak diketahui nama dan tempat asalnya. Apa yang jelas dalam syair ini ialah

latar masyarakatnya bertutur dalam bahasa Melayu dan Jawa seperti di Palembang atau

211
Melaka Lama (Puisi Melayu 1958). Begitu juga dengan syair Yatim Nestapa dan Seri

Benian yang terpinjam dari cerita Hindu.

Boleh dikatakan hampir semua syair-syair ini tidak mempunyai nama

pengarangnya sehinggalah terjumpanya syair-syair yang dikarang oleh Hamzah Fansuri

yang tinggal di Bandar Baru Pulau Sumatera. Namun, banyak karyanya telah dibakar

pada TM 1637 atas titah Iskandar Muda Sultan Acheh kerana karangannya dituduh tidak

membezakan antara Tuhan dan makhluk (Puisi Melayu 1958). Syair Raja ka-Laut yang

turut menjadi bahan kajian ini terkandung dalam Misa Melayu iaitu sebuah kitab sejarah

yang dikarang oleh Raja Chulan bin Raja Hamid dari Perak. Raja yang ke laut itu ialah

Sultan Iskandar Shah yang menjadi Raja Negeri Perak pada TM 1750 hingga 1764. Syair

Perang Betawi pula dikarang semasa penjajahan British di Tanah Melayu, sekitar TM

1811 apabila Inggeris bertolak dari Melaka ke Tanah Jawa bagi memerangi orang

Belanda. Syair ini memuji-muji orang Inggeris dan Raffles yang menjadi Gabenor

selepas memenangi perang itu. Syair Kampong Gelam Terbakar pula dikarang oleh

Abdullah bin Abd Kadir yang dilahirkan di Melaka pada tahun 1797 berketurunan Arab

dan Tamil. Beliau meninggal dunia di Mekah pada 1858. Beliau dianggap sebagai

wartawan yang sangat peka pada zamannya. Syair Kias dikarang oleh Raja Haji Yahya

keturunan Sultan Perak dilahirkan pada TM 1870 di Perak. Sir Frank Swettenham

memberikan gelaran „Poet Laureate‟ atau „penyair yang terutama‟ kepada beliau. Pada

TM 1905 ketika menjadi Penghulu di Chenderiang, beliau bersama-sama Sir Richard

Winstedt menulis cerita Pawang Ana seperti Awang Sulong, Ma’lim Deman, Ma’lim

Dewa, Anggun che’ Tunggal dan Raja Muda. Beliau juga pernah membantu Winstedt dan

212
Wilkinson mengarang beberapa kitab berkenaan dunia Melayu kerana beliau sangat

mahir dalam bahasa dan adat istiadat Melayu. Sementara itu, syair Bernasib Malang

dikarang oleh Haji Abdullah bin Haji Abu Bakar seorang peranakan Pulau Pinang.

Semasa menjadi guru pelawat di Perak, beliau telah menjadi munshi Tuan Winstedt

(1903-1904). Winstedt membantu beliau menerbitkan terjemahan Hikayat Sa-ribu Satu

Malam (Puisi Melayu 1958).

HASIL DAN PERBINCANGAN

Terdapat beberapa tafsiran dan konsep tentang alam sekitar dalam aplikasinya terhadap

pelbagai perkara (Mashitoh 1998). Namun begitu, bagi tujuan menyorot beberapa pilihan

syair Melayu Klasik ini, tafsiran dan konsep yang akan diterapkan lebih berbentuk

perkaitan antara elemen alam sekitar dan syair yang dikaji. Jelasnya, kajian ini akan

menggunakan pendekatan elemen alam sekitar yang dipecahkan kepada elemen abiotik

dan biotik.

Melalui pendekatan ini beberapa pembahagian akan dibuat berdasarkan elemen-

elemen alam sekitar yang dikaji iaitu pertamanya alam sekitar abiotik atau alam sekitar

bukan hidup. Ia boleh dipecahkan lagi kepada alam sekitar semulajadi dan alam sekitar

buatan manusia. Alam sekitar semulajadi ialah seperti badan-badan air (sungai, tasik, alur

dan lain-lain), batuan, gas-gas, iklim dan sebagainya. Alam sekitar buatan manusia pula

ialah seperti rumah, bangunan, kerusi, kertas, tembikar dan lain-lain yang sememangnya

213
tidak boleh lari daripada mengambil unsur-unsur alam sekitar sebagai ramuan

penghasilannya (Mashitoh 1998).

Keduanya, ialah alam sekitar biotik atau alam sekitar hidup. Ia juga boleh

dipecahkan kepada alam flora, alam fauna dan alam sekitar sosial yang disebut juga alam

sekitar kemanusiaan dan alam sekitar budaya. Namun, bagi kajian ini alam sekitar sosial

(budaya) atau kemanusiaan tidak akan dikaji kerana ia lebih mendekati kajian di bawah

falsafah alam sekitar. Alam flora meliputi alam tumbuh-tumbuhan dari peringkat tinggi

sehinggalah kepada rumpair seperti algae. Alam fauna meliputi alam haiwan sama ada

dalam ekosistem akuatik (air tawar dan laut) mahupun terestrial (darat) (Mashitoh 1998).

Apa yang ingin dijuruskan dalam kajian ini ialah elemen alam sekitar abiotik dan

biotik ini dan hubungkaitannya dengan syair yang dihasilkan. Jelasnya apa yang cuba

diteliti ialah sejauh manakah penggunaan elemen alam sekitar dalam proses pembinaan

dan penghasilan sesebuah syair Melayu klasik. Penelitian terhadap penggunaan ini

tertumpu kepada apakah elemen alam sekitar itu dan cara (gaya) atau bagaimana ia

digunakan sehingga lahirnya keharmonisan di antara elemen alam sekitar tersebut dengan

proses pembinaan atau penghasilan karya seni itu.

214
Analisis Syair Melayu Klasik

Alam Sekitar Abiotik

1. Alam Sekitar Semulajadi

Syair-syair yang diteliti sangat banyak menggunakan elemen alam sekitar semulajadi.

Elemen-elemen alam sekitar semulajadi yang digunakan mempunyai fungsi yang

pelbagai dalam syair yang dihasilkan. Namun begitu, apa yang jelas, elemen alam sekitar

semulajadi dalam syair-syair ini digunakan dengan begitu harmoni sekali. Kita dapati

penggunaannya begitu lancar teradun dengan seni penghasilan syair itu, khasnya dengan

tema, rima, latar, plot atau jalan cerita syair-syair ini. Banyak elemen alam sekitar

semulajadi ini digunakan sebagai latar cerita. Tidak kurang juga elemen-elemen alam

sekitar semulajadi digunakan sebagai metafora, perlambangan atau simbol melalui

analogi, kiasan, ibarat, personafikasi dan sebagainya.

Syair Ken Tambuhan misalnya, menggunakan elemen-elemen alam sekitar

semulajadi seperti batu, tanah, emas, sungai, air dan pantai. Jelas sekali, elemen-elemen

alam sekitar ini begitu akrab dengan kehidupan masyarakat Melayu. Ini kerana, setiap

syair adalah hasil jiwa penyairnya. Jiwa penyair dibentuk oleh masyarakat, tempat dan

zamannya (S. Takdir Alisjahbana. 1971).

215
Oleh kerana syair Ken Tambuhan ini berkisar tentang kisah romantis dalam

keluarga raja-raja, maka tidak hairanlah perkataan „emas‟ diulang berkali-kali bagi

melambangkan betapa berharganya gadis yang dipuja oleh si teruna. Emas sememangnya

adalah logam semulajadi yang amat berharga. Ia mengambil masa berjuta-juta tahun

untuk terbentuk dan sukar diperolehi. Logam yang tidak boleh dimusnahkan ini boleh

dikitar semula dan tidak terkesan oleh udara, air dan oksigen. Ia tidak kusam, berkarat

atau terhakis. Emas adalah logam yang paling tidak reaktif. Topeng emas kematian

Tutankhamun tetap serupa semasa ia ditemui pada 1922 dengan semasa ia dibuat pada

1352 SM. Emas, sebagai logam yang berharga juga dijadikan barang-barang perhiasan

khasnya bagi wanita (Gold Jewelry and Ornaments of Malaysia 1988). Ciri-ciri emas

yang sebeginilah yang menyebabkan ia dijadikan lambang dalam syair ini sebagai

sesuatu yang sukar diperolehi atau dicari maka menjadikannya sangat berharga. Ia

digunakan sebagai lambang kepada maksud yang hendak disampaikan oleh penyair iaitu

bagi menggambarkan betapa berharganya gadis yang dipuja oleh si putera. Contohnya,

“Aria ningsun, emas tempawan,” “Aria ningsun, emas-ku nyawa” dan “Adoh gusti-ku,

emas juita” (A. Teeuw 1966).

Istilah elemen alam sekitar semulajadi lain yang agak kerap diulang ialah „batu‟

yang sifatnya kita ketahui sangat kuat dan kukuh, maka kita dapati istilah batu yang

digunakan dalam syair ini menunjukkan kota yang dibina daripada batu. Banyak kita

temui frasa kota batu dalam syair-syair yang dikaji ini. Ini jelas menggambarkan

kekukuhan kota itu hasil daripada sifat batu itu. Satu perkara yang menarik dan agak

berbeza dalam syair Seri Benian ialah apabila ia menceritakan fungsi batu sebagai alat

216
pengasah, “Jikalau ta‟ tajam, ambil-lah batu, Asah-lah patil beliong di-situ:” (Puisi

Melayu 1958).

Sungai, pantai, air dan tanah sememangnya elemen alam sekitar semulajadi yang

tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia khasnya masyarakat Melayu. Banyak

kota dan bandar besar hari ini terbina di kawasan-kawasan sungai dan pantai seperti

Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Melaka dan sebagainya. Ini kerana kawasan berair

seperti sungai dan laut merupakan pergantungan masyarakat Melayu yang ketara untuk

sumber protin, sebagai medium atau jalan pengangkutan, sumber minuman dan

pembersihan diri serta perkakas-perkakas kegunaan harian. Namun begitu, dalam syair

ini, elemen-elemen ini kurang digunakan sebagai lambang sesuatu maksud yang hendak

disampaikan tetapi amat kerap digunakan sebagai latar cerita.

Syair Yatim Nestapa misalnya, mengandungi elemen-elemen alam sekitar

semulajadi seperti angin, ombak, guruh, air laut, intan, sungai, pantai, emas, bumi,

gunung dan bulan. Apa yang berbeza dalam syair ini berbanding dengan syair Ken

Tambuhan ialah elemen-elemen alam sekitar semulajadi ini bukan sahaja digunakan

sebagai lambang atau latar cerita malah diberikan ciri-ciri personafikasi atau pengorangan

seperti frasa “Angin pun turun sangat keliru” (Mohd Hashim Taib 1966). Di sini angin

digambarkan sebagai mempunyai perasaan keliru. Kita dapati kesesuaian penggunaan

elemen alam sekitar semulajadi ini dengan nada syair ini wujud dengan baik sekali. Sifat

atau keadaan angin yang apabila bertiup adalah bersimpang siur menghilir dan memudik

halangan-halangan di permukaan bumi begitu sesuai diberikan unsur personafikasi

217
“keliru.” Penggunaan elemen alam sekitar semulajadi “angin” seperti ini sesuai dengan

nada yang cuba dibawa dalam salah satu episod cerita syair ini iaitu keadaan tidak

menentu pada latar, suasana dan watak-watak ceritanya.

Pada syair yang sama, bait; “Ombak menghempas seru-menyeru” (Mohd Hashim

Taib 1966). Penggunaan elemen alam semulajadi “ombak” digambarkan sebagai

menghempas “seru-menyeru.” Ini besar kemungkinan kerana sifat atau keadaan ombak

yang apabila terjadi menghempas secara bertindan lapis bagai orang yang “seru-

menyeru.” Sekali lagi gaya penggunaan elemen alam sekitar semulajadi “ombak”

sebegini sesuai dengan nada yang cuba dibawa dalam salah satu episod cerita syair ini

iaitu keadaan kecoh dan tidak menentu pada latar, suasana dan watak-watak ceritanya.

Sementara itu, “tempekan” digambarkan seperti “guruh” seolah-olah guruh boleh

bertempek seperti dalam bait ini; “Bertempek ia seperti guroh” (Mohd Hashim Taib

1966). Ini besar kemungkinan kerana “guruh” apabila berbunyi kedengannya kuat sekali.

Maka “tempekan” yang kuat disamakan seperti bunyi “guruh.” Penggunaan elemen alam

semulajadi “guruh” memberikan kesan yang signifikan ke atas penekanan maksud yang

cuba digambarkan oleh penyair. “Tempekan” tanpa disandarkan secara personafikasi

kepada elemen alam sekitar semulajadi “guruh” berkemungkinan besar tidak akan

membawa kesan extremity “tempekan” yang cuba disampaikan oleh penulis syair ini.

Pada syair yang sama juga, nada sebaliknya dibawa dengan menggunakan elemen

alam sekitar semulajadi “air” yang diberikan sifat tenang seperti dalam bait ini; “Di-

dalam sungai ayernya tenang” (Mohd Hashim Taib 1966). “Air” dan “sungai” yang

diberikan unsur personafikasi “tenang” digunakan dalam syair ini sebagai latar cerita dan

218
lambang. “Air” yang dikaitkan dengan “sungai” jelas sebagai latar cerita dan “air” yang

dikaitkan dengan “tenang” jelas sebagai lambang khasnya dalam menggambarkan nada

syair pada suasana dan watak-watak dalam syair ini yang “tenang.” Jika kita melakukan

pemerhatian ke atas genre-genre sastera Melayu klasik sama ada verbal atau non-verbal

termasuklah dalam syair ini, penggunaan elemen alam sekitar semulajadi seperti ini

adalah satu kelaziman; dalam syair ini khasnya, penggunaannya adalah bagi meredakan

atau memisahkan antara satu klimaks dalam episod cerita dengan klimaks-klimaks dalam

episod cerita yang seterusnya atau yang sebelumnya di samping membawa nada yang

lebih damai (atau anti klimaks) iaitu bertentangan dengan nada pada klimaks tadi.

Selain daripada syair ini, penyair Raja ka-Laut juga banyak menggunakan cara

(gaya) begini dalam penghasilan syairnya. Elemen-elemen alam semulajadi dalam syair

ini digunakan sebagai latar cerita, perlambangan dan diberikan juga unsur-unsur

personafikasi yang jelas. Ini menambahkan lagi keharmonisan dan keserasian

penggunaannya. Penggabungan di antara unsur-unsur alam sekitar ini dengan lenggok

kekreativitian penulisan syair dilakukan dengan bijak sekali dan kelihatan begitu serasi.

Istilah seperti sungai, timah, pasir, laut, angin digunakan sebagai latar cerita. Namun apa

yang menarik dalam syair ini ialah tentang bagaimana keindahan elemen alam sekitar ini

cuba digambarkan oleh penulisnya. Jika syair-syair sebelum ini banyak menggunakan

elemen alam sekitar untuk melambangkan sesuatu yang lain tetapi syair ini pula

sebaliknya. Sebagai contoh lihat frasa-frasa ini; “Pasir-nya bagai santan di-ramas,” “Naik

ka-pantai pasir-nya puteh” dan “Gunong berator, batu berkalok” (Puisi Melayu 1958). Di

sini penyair cuba menggambarkan keindahan alam semulajadi khasnya betapa cantik,

219
bersih dan halusnya pasir-pasir di pantai, gunung dan batu-batan dengan mengkias

ibaratkan kepada benda-benda lain. Sementara itu, unsur-unsur personafikasi yang

diberikan kepada elemen-elemen alam sekitar semulajadi menambah harmonikan

gabungan antara elemen-elemen alam sekitar semulajadi ini dengan proses kreatif

penghasilan syair ini seperti penghasilan nada, rima, rentak dan sebagainya. Contohnya,

cuba kita lihat rentak dan rima bait-bait di bawah ini (Puisi Melayu 1958);

“Naik ka-pantai pasir-nya puteh”


“_________________________”
“_________________________”
“Turun mandi di-Sungai Rateh”
“_________________________”
“Sungai-nya banyak di-dalam telok”
“Gunong berator, batu berkalok”
“_________________________”

Sebuah syair lagi yang turut menggunakan unsur personafikasi ke atas elemen

alam sekitarnya ialah syair Perang Betawi. Walaupun banyak elemen alam sekitar

semulajadi digunakan sebagai latar cerita tetapi elemen laut telah diberikan unsur

personafikasi yang baik oleh penyairnya. Contohnya, frasa “Perjalanan laut sudah

sentosa” (Puisi Melayu 1958). Laut digambarkan boleh melakukan perjalanan dan

mempunyai sifat sentosa besar kemungkinan kerana sifat laut yang mengalir dan pasang

surut seolah-olah melakukan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Di

samping itu, keadaan laut mengalir dan pasang surut ini boleh berlaku dengan cepat atau

dengan perlahan. Justeru itu, laut juga diberikan sifat “sentosa” yang dikaitkan dengan

perjalanannya tadi. Sifat sentosa ini besar kemungkinan bagi menggambarkan redanya

keadaan perang yang diceritakan dalam syair ini. Jelasnya, dalam syair ini, penggunaan

220
elemen alam sekitar semulajadi “laut” bukan sahaja berfungsi sebagai latar cerita malah

sebagai lambang secara personafikasi untuk menekankan maksud atau jalan cerita.

Syair Satukan Hangat dan Dingin mempunyai cerita yang berbeza. Amat kurang

sekali elemen-elemen alam sekitar semulajadi yang digunakan sebagai latar cerita.

Elemen-elemen alam sekitar semulajadi yang digunakan dalam syair ini, penuh dengan

perlambangan sesuai sekali dengan jenis syair ini yang tergolong dalam kategori syair

mistik atau agama. Syair ini menggunakan khasnya elemen alam sekitar laut dalam

menggambarkan ilmu tauhid yang mesti dipelajari oleh orang Islam, “Laut tauhid juga

kau-harong” (Puisi Melayu 1958). Begitu juga dengan frasa “Supaya dapat emas sendiri”

(Puisi Melayu 1958) yang melambangkan betapa pentingnya berdagang mencari ilmu dan

ilmu yang diperolehi itu diibaratkan seperti memiliki emas yang sangat berharga.

Penggunaan elemen-elemen alam sekitar semulajadi sebagai latar cerita banyak

sekali boleh diperolehi dalam syair Kampong Gelam Terbakar. Hampir keseluruhan

elemen alam sekitar semulajadi dalam syair ini digunakan sebagai latar cerita. Satu-

satunya elemen alam sekitar semulajadi yang digunakan sebagai lambang dalam

menyampaikan cerita supaya lebih baik dan berkesan ialah “api.” Api diberikan unsur-

unsur personafikasi yang baik sehingga dapat memberikan kesan yang hidup kepada

cerita syair ini. Ini ditambah lagi dengan sikap penyair yang menceritakan dengan teliti

atau terperinci setiap sesuatu yang dilihat atau diamatinya sehingga pembaca dapat

membayangkan sendiri kebakaran itu. Api digambarkan boleh makan sesuka hati, api

mempunyai lidah, api boleh menjilat dan api boleh melompat; “Api pun memakan-lah

221
bersuka hati,” “Lidah api itu naik menjulang-julang,” “Api-nya pun menjilat di-sebelah

darat” dan “Sa-konyong-konyong api melompat di-Kampong Bali…” (Puisi Melayu

1958). Sementara itu, syair Kias pula banyak menggunakan elemen alam semulajadi

sebagai latar cerita, contohnya “Gunong yang tinggi menjadi padang” dan “Sa-buah laut

habis terbongkar” (Puisi Melayu 1958) (Sila rujuk Lampiran A).

2. Alam Sekitar Buatan Manusia

Alam sekitar buatan manusia banyak sekali digunakan dalam syair ini khasnya sebagai

latar cerita. Misalnya, dalam syair Ken Tambuhan, Yatim Nestapa, Seri Benian, Raja ka-

Laut, Perang Betawi, Kampong Gelam Terbakar dan Kias, alam sekitar buatan manusia

seperti kota, sumpitan, pagar, tenunan, pintu gerbang, pintu kota, mahkota, taman, kain,

rumah, tangga, cincin, keris, rakit dan candi kerap kali diulang. Ini jelas sekali

menunjukkan bagaimana interaksi antara manusia dan alam sekitar telah wujud hingga ke

tahap mengubahnya atau menginovasikan elemen-elemen alam sekitar. Batu dan kayu

dijadikan kota, buluh dijadikan sumpitan dan pagar, kapas dijadikan kain tenunan, kayu

daripada pokok dijadikan pintu gerbang, tumbuhan renek dan pokok-pokok bunga

dijadikan taman, logam seperti emas dijadikan cincin, besi dijadikan keris, buluh dan

batang-batang pokok dijadikan rakit, kayu dan batu dijadikan bahan binaan seperti candi.

Satu contoh yang menarik yang boleh dikutip daripada Syair Ken Tambuhan ialah

logam seperti tembaga dibuat cembul, satu benda yang mungkin kurang dikenali kini;

222
“Chembul-nya bunga wijaya mala” (A. Teeuw 1966). Cembul ialah satu komponen

dalam tepak sirih yang terdiri daripada lima sekawan iaitu untuk bekas pinang, kapur,

gambir, tembakau dan bunga cengkih. Ia berbentuk bulat dan bertutup, di bahagian

bawahnya terdapat tapak bagi membolehkannya terletak dengan betul. Pada

kebiasaannya, cembul untuk bekas kapur berbentuk silinder atau berbeza sedikit dari

yang lainnya. Ia diperbuat daripada logam iaitu tembaga, perak dan juga saduran emas.

Bagi memberikan keunikannya, bahagian luar cembul dan penutupnya akan diukir

dengan berbagai-bagai bentuk seperti bunga petola, sirih emas, daun candik kacang dan

berbagai-bagai jenis ukiran mengikut kemahiran tukang ukir. Arus pembaharuan corak

kini telah berubah mengikut keadaan semasa dan pelanggan. Corak grafik serta objek

tertentu seperti bangunan dan kebudayaan telah mula mendapat tempat oleh tukang ukir

bagi memenuhi citarasa pelanggan (Perpustakaan Negara Malaysia 1999a).

Jelasnya, kebanyakan unsur-unsur alam sekitar buatan manusia ini diletakkan

dalam syair ini sebagai latar cerita atau lokasi cerita yang bertindak sebagai prop cerita.

Justeru itu, dapat juga dikatakan bahawa hubungan manusia dan alam sekitarnya turut

dipengaruhi oleh apa yang boleh dihasilkan oleh manusia menggunakan alam sekitarnya.

Elemen-elemen alam sekitar buatan manusia itu adalah hasil daripada interaksi antara

manusia dan alam sekitarnya. Terdapat juga alam sekitar buatan manusia yang dijadikan

sebagai perlambangan misalnya dalam Syair Yatim Nestapa; sangkar digunakan sebagai

perlambangan; iaitu rumah yang dianalogikan kepada sangkar burung; “Rumah pun

seperti sangkar bayan” (Mohd Hashim Taib 1966). Jika kita teliti, kita dapati elemen

alam sekitar buatan manusia dianalogikan kepada elemen alam sekitar buatan manusia

223
iaitu “sangkar” kepada “rumah.” Sangkar bayan atau sangkar burung biasanya sangat

cantik berhias dengan pelbagai ukiran dan hiasan-hiasan yang lain. Ini besar

kemungkinan untuk memberikan gambaran suasana dan perasaan watak yang tertekan di

atas kawalan rapi terhadap pergerakannya. Walaupun watak terbabit mempunyai tempat

tinggal yang selesa dan cantik serta segala keperluan disediakan tetapi pada hakikatnya

dia terkurung dan tidak bebas atau merdeka melakukan sesuatu seperti yang diingininya.

Dalam Syair Satukan Hangat dan Dingin, lilin yang merupakan salah satu elemen

alam sekitar buatan manusia digunakan sebagai lambang kehancuran dan kemusnahan;

“Hanchor hendak seperti lilin.” Elemen alam sekitar buatan manusia perahu dijadikan

perlambangan dalam Syair Kampong Gelam Terbakar; “Rioh-nya saperti perahu yang

tenggelam” (Puisi Melayu 1958). Keadaan riuh-rendah akibat Kampong Gelam yang

terbakar itu diibaratkan seperti perahu yang sedang tenggelam (Sila rujuk Lampiran A).

Alam Sekitar Biotik

1. Alam Sekitar Flora

Kebanyakan elemen alam sekitar flora dalam syair-syair yang dikaji ini digunakan

sebagai perlambangan dan tidak kurang juga digunakan sebagai latar cerita serta simbol.

Syair Ken Tambuhan contohnya, menggunakan alam sekitar flora sebagai latar cerita,

khasnya dalam menggambarkan keindahan pemandangan alam semulajadi yang menjadi

224
latar kepada cerita ini. Pohon, bunga dan hutan diulang-ulang dalam syair ini. Pohon

nagasari, pohon rambutan dan pohon chempaka berapit menghiasi latar syair ini.

Sementara itu, bunga angsana dan chempaka turut diadun dalam syair ini bagi

mengindahkan lagi latar cerita yang bertemakan kayangan ini. Syair Yatim Nestapa juga

menggunakan elemen-elemen alam sekitar flora sebagai latar cerita. Pohon-pohon bunga

dan pokok-pokok hutan ini sememangnya sehingga kini digunakan dalam hiasan taman

yang menyediakan suasana yang menenangkan dengan rimbunan daun-daunnya yang

meredupkan suasana (Ismail Saidin 1993). Elemen-elemen alam sekitar flora seperti

pohon kayu berfungsi sebagai tempat berteduh bagi Tuan Puteri. Hutan rimba, pohon

teruntum condong digambarkan sebagai pelindung dan tempat tinggal yang menyediakan

segala keperluan. Jagung, padi, ubi, keladi dan bunga-bungaan menyediakan segala

keperluan kepada watak-watak cerita dalam syair ini. Maka tidak hairanlah apabila kita

dapati kaum peribumi menganggap hutan adalah kesarwajagatan mereka (Mashitoh

1999).

Namun begitu, dalam syair-syair kategori romantis ini, elemen alam sekitar flora

yang paling ketara digunakan sama ada bagi menghiasi latar cerita ataupun sebagai

perlambangan ialah „bunga-bungaan.‟ Bunga memberikan kesan yang tidak memadai

untuk diterangkan dengan kata-kata. Bunga memberi kesan belaian, keriangan,

kemurnian, kelembutan, kesucian, keheningan, keramahan, cinta kasih, kesopanan,

kemuliaan, kesempurnaan, keilahian dan kesyurgaan (Kolom Anda 2001). Sebahagian

daripada kesan-kesan ini dimanfaatkan dengan halus, harmoni dan bijak sekali oleh

penulis-penulis syair ini dalam syair masing-masing sesuai dengan tema romantis cerita

225
syair-syair tersebut. Dalam syair Ken Tambuhan, antaranya bait; “Serta bunga-bunga

berbagai warna” dan “Ada yang bersunting chempaka warna” (A. Teeuw 1966) serta

dalam syair Yatim Nestapa (Hashim Mohd Taib 1966) khasnya bait; “Bunga-bungaan

jangan di-kata” membawa kesan keriangan, kemeriahan dan keramahan dalam salah satu

episod cerita syair tersebut. Sementara itu, bait-bait dalam syair Ken Tambuhan (A.

Teuuw 1966) ini; “Kelihatan rakit bunga angsana” dan “Dengan bunga di-tudongkan-

nya”, jelas penggunaan “bunga” di sini membawa kesan belaian, kemurnian, kelembutan,

kesopanan, kesucian, keheningan, cinta kasih dan kemuliaan pada sang puteri kekasih

hati si Raden walaupun sang puteri telah menjadi mayat. “Bunga” elemen alam sekitar

biotik kategori flora ini seringkali diabadikan dalam genre sastera klasik Melayu seperti

dalam syair ini mungkin kerana bunga mempunyai potensi sebagai media penciptaan

hasil seni kerana ia dipandang dari segi unsur rupa yang menerbitkan pula pelbagai kesan

tadi kepada perasaan. Maka karya-karya seni khasnya syair dapat dicipta dengan begitu

indah sekali melalui penghayatan terhadap keindahan bunga.

Sementara itu, elemen-elemen alam sekitar flora yang digunakan sebagai

perlambangan banyak sekali terdapat dalam syair Seri Benian, Satukan Hangat dan

Dingin, dan Raja ka Laut. Misalnya elemen alam sekitar flora sirih sebagai sirih junjung

yang mempunyai perlambangan tersendiri dalam masyarakat Melayu (Mohd Tarmizi

Kamson 1996). Ini banyak sekali terdapat dalam syair Seri Benian. Kalau kita lihat dalam

syair ini, elemen alam sekitar flora „sirih‟ diulang lebih daripada sepuluh kali. Jelas sekali

elemen ini berperanan penting dalam upacara, adat resam dan budaya semasa masyarakat

Melayu. Sirih pinang merupakan elemen alam sekitar flora yang penting dan menjadi

226
satu kemestian dalam perkembangan budaya yang telah diwarisi dari nenek moyang

mereka. Justeru itu, kita dapati sirih (sebagai elemen alam sekitar flora) menjadi satu

simbol kebudayaan dan menjadi satu segmen di dalam adat istiadat budaya Melayu

hingga kini. Sirih dalam budaya Melayu digunakan bermula dari memakan sirih,

perkahwinan, adat resam dan adat istiadat hinggalah kepada perubatan tradisional

(Perpustakaan Negara Malaysia 1999c). Sirih Cina, sirih udang, sirih Keling dan sirih

Melayu adalah jenis sirih yang dimakan bersama pinang dan kapur (Rooney, D 1993).

Namun sirih Melayu lebih popular dimakan dan digunakan dalam adat resam. Sirih

bertemu urat pula sering menjadi pilihan kepada Mak Bidan dalam ilmu perubatan

tradisional (Muhamad & Mustafa 1994).

Penggunaan sirih dalam budaya Melayu yang dipaparkan dalam syair ini bagi

upacara peminangan penuh dengan perlambangan. Sirih dipilih (dan bukan elemen alam

sekitar flora yang lain seperti daun lalang, daun kelapa dan sebagainya) dalam upacara

peminangan masyarakat Melayu besar kemungkinan kerana sifat sirih itu sendiri. Ia

dimengertikan sebagai melambangkan sifat yang merendah diri dan sentiasa memuliakan

orang lain, sedangkan dirinya sendiri bersifat pemberi. Ini kerana sifat pohon sirih yang

memanjat di atas junjung atau pokok sakat atau pokok api-api tetapi dalam masa yang

sama tidak merosakkan junjung itu (Perpustakaan Negara Malaysia 1999b). Sirih dalam

syair Seri Benian (Puisi Melayu 1958) jelas sekali digunakan dalam adat peminangan. Si

pemberi sirih junjung jelas sekali cuba mempersembahkan sifat dan sikap dirinya yang

dilambangkan dengan sirih junjung (sebagai sebahagian daripada hantaran peminangan

atau perkahwinan) sebaik dan seikhlas mungkin bersesuaian dengan sifat-sifat semulajadi

227
elemen alam sekitar flora “sirih” tadi. Sementara itu, sirih sebagai hantaran peminangan

tersebut juga dibawa, diolah dan digubah dalam pelbagai rupa untuk menyampaikan

maksud atau mesej bahawa di samping pemberi bersifat baik, ikhlas, merendah diri dan

sebagainya seperti sifat-sifat sirih itu, dia juga seorang yang berketrampilan dan sesuai

digandingkan dengan sang puteri atau si dara. Lihat bait-bait dalam syair Seri Benian

seperti di bawah ini (Puisi Melayu 1958);

“Sireh-nya saperti bangun gorap” (hal 45)


“Sireh di-buat saperti pelang” (hal 46)
“Sireh di-bangun saperti kechi” (hal 46)
“Sireh persembah Maharaja Kerma” (hal 46)
“Sireh saperti bahtera hilir” (hal 46)
“Sireh di-arak dengan biola” (hal 46)
“Sireh-nya saperti sa-buah lanchang” (hal 46)
“Sireh saperti mongkor melayang” (hal 46)
“Sireh pengeran di-arak menteri” (hal 47)
“Sireh-nya saperti burong wilmana” (hal 47)

Semasa masyarakat Melayu mengadakan majlis perkahwinan, sirih junjung

adalah satu kemestian dijadikan barang hantaran pengantin. Sirih junjung seperti mana

yang diperikan dalam syair ini digubah dengan pelbagai bentuk seperti bangunan atau

masjid, juga berbentuk flora mengikut citarasa penggubah. Lazimnya daun-daun sirih

disusun dengan mengembang di bahagian bawahnya sebagai dataran dan membentuk di

bahagian atasnya (Variasi Gubahan Pengantin 2000). Bunga rampai, gambir, pinang dan

kapur disorokkan di celah lipatan daun-daun sirih di bahagian datarannya (Perpustakaan

Negara Malaysia 1999e). Pada zaman dahulu Raja-raja Melayu telah menggunakan sirih

junjung sebagai satu alat istiadat pertabalan raja atau sultan terutamanya di negeri

228
Kelantan. Masyarakat Melayu kini juga telah memberikan sirih junjung tempat dalam

beberapa majlis rasmi negara. Kebiasaannya sirih junjung dalam jumlah tidak kurang

daripada sepuluh pahar (sejenis dulang berkaki) akan mengiringi perarakan atau dijadikan

penyeri di majlis tersebut (Perpustakaan Negara Malaysia 1999d).

Satu lagi elemen alam sekitar flora yang digunakan sebagai lambang ialah „jati‟

iaitu sejenis tumbuhan yang digunakan dalam syair Satukan Hangat dan Dingin. Pohon

jati seringkali digunakan untuk membuat perabot. Ia berasal dari India, Myanmar,

Thailand dan negeri-negeri Indo China. Kayu jati yang berwarna kuning keemasan dan

dengan lorek atau corak yang menarik mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Kayunya

kuat dan dapat mengeluarkan sejenis cecair seperti lilin yang menjadikannya licin dan

berkilat apabila lama digunakan. Kayu jati saiigat sesuai digunakan untuk pembuatan

perabot berkualiti tinggi, kabinet, pintu dan lantai rumah, pembinaan kapal mewah,

vemir, papan lapis, barangan kraftangan dan lain-lain (Ensiklopedia Malaysiana 1995).

Ironinya dalam syair ini, berdasarkan sifat-sifat jati yang kuat, teguh dan tahan lama,

syair ini tidak menggunakannya bagi melambangkan sesuatu yang mempunyai sifat yang

sebegitu. Sebaliknya, pengarang mengumpamakan sekiranya „jati‟ tidak berbunga,

walaupun kuat, teguh dan tahan lama, namun tidak berguna kepada burung sekalipun

sepertimana bait-bait ini; “Umpama jati tiada berbunga, Kapada burong tiada berguna”

(Puisi Melayu 1958: 49). Syair jenis agama yang sarat dengan perlambangan ini cuba

mengatakan bahawa jika manusia hidup selama mana sekalipun di dunia ini seperti pohon

jati tetapi jika tidak berilmu khasnya beragama maka tidak berguna kepada sekecil-kecil

229
makhluk Tuhan pun. Kita dapati analogi yang digunakan oleh pengarang syair ini amat

bertepatan sekali; sangat padat dengan makna.

Syair Raja ka-Laut juga tidak ketinggalan menggunakan elemen alam sekitar flora

sebagai perlambangan. Contohnya “Peluru-nya bagai nyior gading” (Puisi Melayu 1958).

Peluru meriam di sini digambarkan seolah-olah seperti nyior gading atau kelapa gading,

mungkin kerana bentuknya yang bulat membujur seperti gading. Keadaan fizikal nyior

atau kelapa gading yang sebegitu jika jatuh menimpa manusia pada kepala atau bahagian

badannya sudah tentu amat sakit dan boleh membawa maut. Justeru itu, gambaran

meriam bagai nyior gading besar kemungkinan penyair cuba menggambarkan bagaimana

peluru itu dibuat dengan teliti walaupun sebagai senjata tetapi tetap mengekalkan nilai-

nilai estetikanya. Justeru itu, perlambangan peluru meriam bagai nyior gading membawa

dua fungsi. Pertama, bagi menggambarkan kekuatan bentuk fizikal peluru itu yang boleh

membunuh, dan kedua, bagi menggambarkan ketelitian pembuatannya yang

mengekalkan nilai-nilai estetika walaupun pada senjata. Seterusnya, seperti kelapa yang

pelbagai guna, peluru meriam yang seperti nyior gading ini amat berguna dalam

pelayaran Raja yang ke laut itu. Maka perlambangan peluru meriam bagai nyior gading

bertepatan penggunaannya bagi penyair menekankan maksud yang ingin disampaikan itu.

Penggunaan kelapa atau nyior sebagai analogi dalam syair Raja ka-Laut ini boleh

difahami kerana kelapa dan masyarakat Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Kelapa tidak diketahui tempat asalnya tetapi dibawa ke negara ini melalui ombak laut.

Air kelapa digunakan untuk minuman. Isi kelapa diparut untuk mengeluarkan santan

230
kelapa yang digunakan dalam masakan (Kementerian Pertanian Malaysia 2002). Hampir

keseluruhan bahagian tumbuhan ini digunakan oleh masyarakat Melayu terutamanya

pada zaman dahulu. Daunnya dijadikan atap, tikar dan sarung ketupat sementara

pelepahnya yang kering dijadikan bahan bakar. Isi buahnya dijadikan santan untuk

masakan. Sabut kelapa turut dijadikan bahan bakar dan alat mencuci pinggan mangkuk.

Lidi kelapa dijadikan penyapu sementara batang kelapa dijadikan jambatan dan bahan

bakar apabila kering.

Satu lagi perlambangan yang digunakan dalam syair Raja ka-Laut ini ialah

“Anak-nya bagai buah gelugor” (Puisi Melayu 1958). Meriam yang kecil diibaratkan

seperti buah gelugor. Besar kemungkinan penyair cuba menggambarkan bahawa meriam

yang kecil sedikit dalam pelayaran itu walaupun tidaklah sehebat meriam yang besar

(yang mempunyai peluru bagai nyior gading tadi) tetapi jika digunakan pasti membawa

kesan yang tidak kurang hebatnya seperti mana buah gelugor yang kaya dengan asid

“catharic” membawa rasa yang amat masam jika dimakan. Gelugor adalah satu lagi

elemen alam sekitar flora yang sinonim dengan masyarakat rantau Melayu. Justeru, tidak

hairanlah ia digunakan sebagai lambing dalam syair ini. Pokok gelugor bersaiz sederhana

besar dan ketinggiannya mencapai 25 meter. Daun, buah dan bunganya agak besar.

Pokok ini berasal dari Myanmar, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Saiz buahnya lebih

kurang 6 sm sementara bunga betinanya yang berwarna merah dan sedikit harum

mempunyai kelebaran kira-kira 5 sm. Pokok ini biasa ditanam di kampung dan dusun.

Buah asam gelugor biasanya dipotong nipis dan dikeringkan. Kepingan yang telah

231
dikeringkan kaya dengan asid “catharic” yang mempunyai rasa masam untuk digunakan

dalam masakan (Universiti Putra Malaysia 2002).

Sementara itu elemen alam sekitar flora “pisang” digunakan sebagai lambang

khasnya dalam bentuk personafikasi dalam syair Bernasib Malang; “Tanam pisang tak

keluar jantung” (Puisi Melayu 1958). Di sini pohon pisang diberikan sifat pengorangan

dengan mengatakan ia sepatutnya mempunyai jantung. Jantung ialah salah satu elemen

penting tubuh yang menentukan (dengan kuasa Tuhan) sama ada tubuh dapat berfungsi

dengan baik atau tidak. Daripada perspektif manusia (dalam kes ini masyarakat Melayu)

pokok pisang jika tidak mengeluarkan jantung maka tidak bergunalah pokok pisang itu

seperti mana tubuh yang mempunyai jantung yang tidak berfungsi. Menggunakan bait

“tanam pisang tak keluar jantung” memberikan kesan yang berbeza (lebih mendalam)

kepada pembaca berbanding dengan jika penyair menggunakan bait “tanam pisang tak

keluar buah.” Secara psikologinya pembaca sebagai manusia lebih sensitif tentang apa

yang berkaitan dengan dirinya berbanding elemen alam sekitar lain. Maka penggunaan

perlambangan secara personafikasi iaitu pisang yang digambarkan seolah-olah

mempunyai jantung amat berkesan sekali kepada pembaca bagi menggambarkan betapa

malangnya nasib watak dalam syair Bernasib Malang ini. Bunga pisang yang dilitupi

pelepah-pelepah berwarna merah hati disebut sebagai jantung pisang kerana bentuknya

seperti jantung manusia. Unsur-unsur pengorangan yang diberikan kepada tumbuhan ini

jelas sekali menunjukkan bahawa masyarakat Melayu amat menghormati elemen alam

sekitar di sekeliling mereka. Pokok pisang misalnya, adalah salah satu jenis pokok buah-

buahan tropika yang menjadi sumber makanan dan tempat perlindungan manusia

232
terutama sekali di zaman sistem pertanian tidak teratur dan kediaman manusia tidak tetap.

Masyarakat Melayu menggunakan pokok pisang untuk membuat tali, kraftangan,

perhiasan rumah, bahan bakar apabila kering, daunnya digunakan sebagai pembungkus

makanan. Ia juga ditanam di sekitar halaman rumah sebagai tempat berlindung dalam

cuaca panas dan mencegah hakisan tanah (Serudin Datu Setiawan Haji Tinggal 2002)

(Sila rujuk Lampiran A).

2. Alam Sekitar Fauna

Kebanyakan elemen alam sekitar fauna dalam syair-syair yang dikaji digunakan sebagai

latar cerita. Ia digunakan dengan harmonis sekali sesuai dengan tema cerita syair-syair

tersebut. Elemen alam sekitar fauna dalam syair Ken Tambuhan yang kebanyakannya

unggas-unggas dan burung amat sesuai sekali dengan tema cinta dan kasih sayang dalam

syair ini. Elemen alam sekitar fauna yang banyak sekali digunakan dalam syair Ken

Tambuhan (A. Teeuw 1966) ialah burung-burung dan unggas-unggas. Bayan, nuri,

serindit, kumbang adalah burung-burung dan unggas yang lazim digunakan dalam genre-

genre sastera verbal dan non-verbal dalam masyarakat Melayu terutamanya dalam

menggambarkan atau melambangkan episod-episod romantis dalam cerita-cerita yang

disampaikan. Maka tidak hairanlah jika sehingga hari ini kita sering dipujuk “kumbang

bukan seekor, bunga bukan sekuntum” apabila kehilangan kekasih yang dihajati dan

“bagaikan pungguk rindukan bulan apabila menggambarkan debaran rindu antara

kekasih yang tidak kesampaian. Maka tidak hairanlah terdapatnya penggunaan burung

233
dan unggas seperti ini dalam syair romantis yang seringkali bertemakan cinta dan kasih

sayang. Jelasnya penggunaan burung-burung dan unggas-unggas memang sinonim

dengan tema-tema cinta dan kasih sayang genre-genre sastera masyarakat Melayu

termasuklah di dalam syair ini. Contohnya, “Rioh bunyi-nya bayan dan nuri” dan

“Serindit pun jatoh dengan kelelahan” dan “Kumbang dan burong beterbangan nyata”

dan “Hendak di-tangkap-nya, burong pun lari” dan “Menangkap serindit berlari-lari”

dan dalam syair Seri Benian (Puisi Melayu 1958:43), “Terbang serindit dua sa-kawan.”

Di samping itu, alam sekitar fauna yang banyak mendedahkan tentang haiwan-

haiwan liar di hutan seperti naga, ular, kijang, rusa amat sesuai dan harmoni sekali untuk

tema pengembaraan di kayangan dalam syair romantis Yatim Nestapa (Mohd Hashim

Taib 1966). Penggunaan unsur-unsur fauna ini banyak bertindak sebagai latar cerita

dalam syair ini. Contohnya, “Naga yang besar di-dekati-nya” dan “Dipagut ular Nila

Berma” dan “Menyusu kapada kijang dan rusa.” Sementara itu, alam sekitar fauna

seperti ayam, itik dan angsa yang banyak sekali diungkapkan dalam syair Kampong

Gelam Terbakar (Puisi Melayu 1958) amat sesuai sekali sebagai latar cerita

memandangkan ia adalah ternakan domestik di kampung-kampung.

Elemen alam sekitar fauna juga digunakan sebagai lambang dalam syair-syair

yang dikaji ini. Syair Seri Benian misalnya banyak sekali menggunakan alam sekitar

fauna sebagai lambang dalam memperihalkan ceritanya. Contohnya, “Laksana kambing

orang kuliti” (Puisi Melayu 1958). Di sini kambing yang dibuang kulitnya digunakan

sebagai lambang bagi menggambarkan perasaan sakit yang dialami oleh Si Lindong

234
Delima. Begitu juga dengan frasa; “Di-atas tiang nuri bersha‟ir” dan “Di-atas tiang-nya

burong berchakap” (Puisi Melayu 1958). Di sini nuri diberikan unsur personafikasi di

mana ia dikatakan boleh bersyair dan burong boleh bercakap bagi menggambarkan

kekuatan dan ketinggian tiang kapal yang dilayari sehingga dihinggapi burung nuri dan

burung lain yang terbang tinggi di awan, malah burung nuri dan burung lain tersebut

boleh bersyair dan bercakap di atasnya tanpa terasa goyah.

Satu lagi unsur personafikasi yang diberikan kepada elemen alam sekitar fauna

ialah dalam syair Perang Betawi iaitu “Ikan di-laut naik memanja” (Puisi Melayu 1958).

Di sini, ikan dikatakan boleh bermanja seperti sifat manusia, besar kemungkinan bagi

menggambarkan atau melambangkan betapa kayanya hasil laut di Betawi pada waktu itu

sehingga ikan di laut tanpa perlu dipaksa-paksa atau perlu bersusah payah ditangkap naik

“bermanja.” Sementara itu, syair Kias (Puisi Melayu 1958) juga banyak menggunakan

elemen alam sekitar fauna sebagai perlambangan seperti;

“Laksana ayam di-matikan lipis” (hal 65)


“Sa-lagi tikus pandai bergendang” (hal 65)
“Katak melompat menchabut pedang” (hal 65)
“Biawak pun sudah menjadi musang” (hal 65)
“Memandang pipit menggonggong helang (hal 65)
“Sa-lama harimau tiada berbelang” (hal 66)
“Di-atas tengkok-nya kambing berjulang” (hal 66)
“Melihat puyoh panjang-nya ekor” (hal 66)
“Cenderawaseh menjadi pikor” (hal 66)
“Sa-lama kuching tiada bergigi” (hal 66)
“Di-hadapan-nya tikus pulang pergi” (hal 66)

Syair Kias ini menggambarkan betapa dalam sesebuah masyarakat jika yang berkuasa

atau yang kuat tiada maka yang lemah pun bermaharajalela. Gambaran ini diberikan

235
dengan berkesan sekali oleh penyairnya dengan penggunaan elemen-elemen alam sekitar

fauna yang diberikan unsur-unsur personafikasi ini. Cara (gaya) penggunaan elemen-

elemen alam sekitar fauna dalam syair-syair ini jelas menunjukkan betapa halus dan

tajamnya pengamatan masyarakat Melayu terhadap alam sekitar mereka sehingga dapat

dikias dan dilambangkan serta diabadikan dalam hasil seni syair ini (Sila rujuk Lampiran

A).

KESIMPULAN

Kebanyakan elemen alam sekitar dalam syair-syair yang dikaji bertindak sebagai latar

cerita. Namun begitu, tidak kurang banyaknya ialah elemen alam sekitar yang digunakan

sebagai perlambangan dalam syair-syair yang dikaji bagi menyampaikan maksud cerita

khasnya secara analogi. Di samping itu, elemen-elemen alam sekitar ini juga digunakan

sebagai perlambangan cerita dengan memberikannya unsur-unsur personafikasi.

Gabungjalinan yang unik di antara pelbagai kategori elemen alam sekitar dengan fungsi

yang diberikan dalam syair telah menghasilkan satu karya seni yang kemas, cantik, indah

dan harmonis. Apa yang boleh disimpulkan tentang cara (gaya) penggunaan elemen-

elemen alam sekitar di bawah kategori abiotik dan biotik dalam syair-syair yang dikaji ini

ialah elemen-elemen alam sekitar yang pelbagai ini digunakan sebagai latar dan

perlambangan cerita di mana penggunaan dari segi perlambangan boleh dipecahkan lagi

kepada penggunaan perlambangan secara analogi dan penggunaan perlambangan secara

personafikasi.

236
RUJUKAN

A. Teeuw. 1966. Shair Ken Tambuhan. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Ensiklopedia Malaysiana. 1995. Kuala Lumpur: Anzagain.

Gold Jewelry and ornaments of Malaysia. 1988. Kuala Lumpur: Muzium Negara.

Ismail Saidin. 1993. Palma Pilihan: Untuk Seni Tanaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kementerian Pertanian Malaysia. 2002. http://agrolink.moa.my/doa/bdc/kelapa.html

Kolom Anda. 2001. Bunga untuk Keindahan (Keindahan Bunga dalam Tatanan Seni).
http://www.infobunga.com

Mashitoh Yaacob. 1998. Falsafah Alam Sekitar dalam Cerpen Penulis Wanita Mutakhir.
Dlm. Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mashitoh Yaacob. 1999. Modul PJJ UKM Falsafah Alam Sekitar. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mohamad bin Zakaria & Mustafa Ali Mohd. 1994. Traditional Malay Medicinal Plants.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Mohd Hashim Taib. 1966. Sha’er Yatim Nestapa. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan
Melayu Berhad.

Mohd Tarmizi Kamson. 1996. Sirih Pinang: Simbol Budaya Melayu. Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia. 1999a. Edisi 2001 Cembul. http://www.sp-cembul.htm

Perpustakaan Negara Malaysia. 1999b. Edisi 2001 Pengertian Sirih Pinang.


http://www.sp-sirihpinang.htm

Perpustakaan Negara Malaysia. 1999c. Edisi 2001 Sekapur Sirih. http://www.sp-


kenal.htm

Perpustakaan Negara Malaysia. 1999d. Edisi 2001 Sirih Junjung. http://www.sp-


sirihjunjung1.htm

Perpustakaan Negara Malaysia. 1999e. Edisi 2001 Variasi Gubahan. http://www.sp-


sirihjunjung2.htm

Puisi Melayu. 1958. Toronto: Longmans, Green & Co.

237
Rooney, Dawn. 1993. Betel Chewing Traditions in South-East Asia. Kuala Lumpur:
Oxford University Press.

S. Takdir Alisjahbana. 1972. Puisi Lama. Petaling Jaya: Zaman Baru Sdn. Bhd.

Serudin Datu Setiawan Haji Tinggal. 2002.


http://dbp.gov.my/mab2000/Penerbitan/Rampak/sdst97.pdf

Syed Naquib Al-Attas. 1968. The origin of Malay sha’ir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Universiti Putra Malaysia. 2002.


http://www.cermat.upm.edu.my/projpel/zaidah63396/MACRO/asam.htm.

Variasi Gubahan Pengantin. 2000. Petaling Jaya: Alaf21 Sdn. Bhd.

238
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”

3. Alam Sekitar Abiotik

1. Alam Sekitar Semulajadi

Syair Ken Tambuhan

Elemen alam sekitar semulajadi boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (A. Teeuw
1966):

“Memandang ka-dalam kota batu”


“Segera datang dudok di-tanah”
“Di-suroh-nya kunchi kota-nya batu”
“Aria ningsun, emas tempawan”
“Aria ningsun, emas-ku, nyawa”
“Emas merah, aria ningsun”
“Adoh gusti-ku, emas juita”
“Ka-dalam sungai di-hanyutkan-nya”
“Menurut ayer hilir selalu”
“Semena hanyut di-sungai ini”
“Di-tarek-nya naik ka-atas pantai”
“Batu kepala! Emas tempawan!

Syair Yatim Nestapa

Elemen alam sekitar semulajadi boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut


(Mohd Hashim Taib 1966):

“Angin pun turun sangat keliru”


“Ombak menghempas seru-menyeru”
“Bertempek ia seperti guroh”
“Ayer laut menjadi keroh”
“Seperti mendapat intan berharga”
“Di-dalam sungai ayer-nya tenang”
“Naik ka-pantai seraya memandang”
“Di-batil emas di-rendamkan-nya”
“Sa-telah ayer sudah terasa
“Sa-hingga ayer mata juga meleleh…”

239
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

“Tidak-lah tentu bumi istana”


“Tidak-lah pun gunong dan desa”
“Bersulohkan bulan di-angkasa”

Syair Seri Benian

Elemen alam sekitar semulajadi boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958:37-47):

“Jikalau ta‟ tajam, ambillah batu” (hal 39)


“Kapada batu asahkan semuanya” (hal 40)
“Jikalau kayu datang menggunda(h)” (hal 41)
“Batu belah di dalam perahu” (hal 43)
“Di-pulau Banda, singgah di-situ” (hal 44)
“Ambilkan patek rotan dan batu” (hal 44)
“Batu-nya hitam, rotan-nya tunggal” (hal 44)
“Di-atasnya batu tempat-nya tinggal” (hal 44)
“Turunlah ribut tofan sa-kali” (hal 44)
“Pulau ta‟ dapat tuanku lalui” (hal 44)
“Batu dan rotan di-buaikan-nya” (hal 45)
“Di-haluan-nya bota memangku ayer” (hal 46)
“Gemerlapan rupa-nya saperti bintang” (hal 46)

Syair Satukan Hangat dan Dingin

Elemen alam sekitar semulajadi boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958: 48-49):

“Laut tauhid juga kau-harong!” (hal 48)


“Supaya dapat emas sendiri” (hal 49)
“Emas terpayu menjauhi bangsa” (hal 49)

Syair Raja ka-Laut

Elemen alam sekitar semulajadi boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958: 51-54):

240
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

“Di-Sungai Dinding ada-lah angkatan” (hal 51)


“Masok ka-sungai Kuala Dinding” (hal 51)
“Harga-nya timah mohon di-beri” (hal 52)
“Tegoh janjian, bulan di-bilang” (hal 52)
“Harga-nya timah di-suroh timbangkan” (hal 53)
“Laut yang keras menjadi reda” (hal 53)
“Antara Laut Pantai Remis” (hal 53)
“Pasir-nya bagai santan di-ramas” (hal 53)
“Gelombang dan bakat habis-lah kemas” (hal 54)
“Turun-lah angin alang-kepalang” (hal 54)
“Baginda pun sampai ka-Pulau Talang” (hal 54)
“Berlaboh-lah pula di-Telok Sera” (hal 54)
“Naik ka-pantai pasir-nya puteh” (hal 54)
“Turun mandi di-Sungai Rateh” (hal 54)
“Sungai-nya banyak di-dalam telok” (hal 54)
“Gunong berator, batu berkalok” (hal 54)

Syair Perang Betawi

Elemen alam sekitar semulajadi boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958: 56-57):

“Ikan di-laut naik memanja” (hal 56)


“Murah wang timah, yang mahal pasmat” (hal 56)
“Hujan pun banyak sa-mangkin bangat” (hal 57)
“Penoh sesak muara pelabohan” (hal 57)
“ Perjalanan laut sudah sentosa” (hal 57)

Syair Kampong Gelam Terbakar

Elemen alam sekitar semulajadi boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958: 58-62):

“Bulan China dua-belas hampir tahun baharu” (hal 58)


“Orang berteriak-teriak mengatakan api di-Kampong Gelam” (hal 58)
“Sakalian-nya tiada mahu melawan api” (hal 59)
“Api pun memakan-lah bersuka hati” (hal 59)

241
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

“Angin pun berbalek-lah, tiada lama” (hal 59)


“Angin timor bertiup sa-bentar terlalu kenchang” (hal 59)
“Lidah api itu naik menjulang-julang” (hal 59)
“Kedai China sa-belah laut yang berderet –” (hal 59)
“Menchari ayer berbalek-balek” (hal 60)
“Kering-lah perigi bagai di-larek” (hal 60)
“Api-nya pun menjilat di-sabelah darat” (hal 60)
“Api-nya itu pun makin-lah melarat…” (hal 61)
“Api-nya besar tiada boleh membuka mata” (hal 61)
“Nyata-lah api tiada dapat di-padam lagi” (hal 61)
“Kerana sadikit ayer pun tiada dalam perigi” (hal 61)
“Api-nya pun meleleh-lah saperti damar” (hal 61)
“Bunga api-nya jatoh di-kedai Sayid Omar” (hal 61)
“Beras pun melambak penoh di-lorong” (hal 61)
“Sa-konyong-konyong api melompat di-Kampong Bali…” (hal 62)
“Api-nya menyala-lah, tinggi-lah amat” (hal 62)
“Api-nya ku-lihat besar saperti bukit” (hal 62)

Syair Kias

Elemen alam sekitar semulajadi boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958: 65-66):

“Gunong yang tinggi menjadi padang” (hal 65)


“Sa-buah laut habis terbongkar” (hal 66)

Syair Bernasib Malang

-tiada-

2. Alam Sekitar Buatan Manusia

Syair Ken Tambuhan

Elemen alam sekitar buatan manusia boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (A.
Teeuw 1966):

242
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

“Raden berjalan keliling kota”


“Raden pun segera mengambil sumpitan”
“Di-dalam taman pagar, yang sulit”
“Hingga di-tenunan Ken Tambuhan”
“Hinggap di-tenunan puteri, nan rata”
“Berkeliling kota rata di-chari-nya”
“Wira Wani pun sampai ka-pintu gerbang
“Lalu berangkat ka-pintu kota”
“Ampun, tuanku, duli makota”
“Penunggu taman panggilkan beta”
“Paman bukakan pintu kota”
“Berdatang sembah penunggu pintu
“Penunggu taman sangatlah takut”
“Kunchi pintu-nya segera di-paut”
“Pintu di-buka oleh si-paman”
“Di-luar pintu di-tinggalkan teman”
“Segeralah Raden masok ka-taman”
“Ken Tambuhan bertenun membelakangkan pintu”
“Kain nin apa nama tenunan”
“Janganlah lari ka-rumah tangga”
“Ini-lah chinchin beta upahkan”
“Sa-buah rakit paman buatkan”
“Di-sambut-nya chinchin, dimasokkan jari”
“Sa-telah tangan keris di-pegang”
“Keris sempana kenchana panjang”
“Palebaya membuat rakit di-sana”
“Sa-telah sudah rakit dibuat-nya”
“Rakit-nya hanyut dari hulu”
“Ambil-lah rakit! Bawa ka-mari!”
“Menghambat rakit ka-sana ka-mari!”
“Serta di-chapai, rakit dah lari”
“Siapa membuat rakit begini”
“Selangkan rakit mendapat wirang”
“Rakit pun datang menyerahkan diri”
“Rakit nen pandai memileh rupa!”
“Di-angkat-nya rakit sa-laku mempelai”
“Menghunus keris menikam dada-nya”
“Di-dalam chandi dudok berchinta”
“Di-dalam chandi Raden Menteri”

243
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

“Masok ka-chandi Raden Menteri”

Syair Yatim Nestapa

Elemen alam sekitar buatan manusia boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Mohd
Hashim Taib 1966):

“Rumah pun seperti sangkar bayan”


“Sa-buah raga, sa-bilah parang”
“Isi kebun-nya semua-nya jadi”
“Menakut beta ka-dalam kota”
“Baginda berangkat ka-balairong seri”

Syair Seri Benian

Elemen alam sekitar buatan manusia boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958: 38-47):

“Bahtera dan perahu kenaikan ayahanda” (hal 38)


“Di-lihat-nya perahu di-atas galangan” (hal 38)
“Ada yang renggang sakalian papan-nya” (hal 38)
“Ada yang tiada pula tiang-nya” (hal 38)
“Ada pun bahtera kenaikan ayahanda” (hal 38)
“Cukup-lah dengan kurong beranda” (hal 38)
“Hanya-lah tiang juga yang tiada” (hal 38)
“Tebang-lah kayu di-muka kota” (hal 39)
“Perbuat-lah tiang perahu-nya kita” (hal 39)
“Patil beliong kakanda chari” (hal 39)
“Asah-lah patil beliong di-situ” (hal 39)
“Tebang-lah kayu di-muka pintu” (hal 39)
“Di-ambil-nya senjata banyak perkara (hal 39)
“Di-asahkan beliong patil nan rata” (hal 40)
“Di-ambil kalam lalu di-tulis-nya” (hal 40)
“Chontoh tiang dengan sa-lengkap-nya” (hal 40)
“Chukup dengan tali-temalian-nya” (hal 40)
“Jikalau ka-taman, jiwa utama” (hal 41)
“Berkampong dudok di-istana sendiri” (hal 41)

244
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

“Di-rampas habis segala pakaian-nya” (hal 42)


“Di-sapu arang kapada badan-nya” (hal 42)
“Di-muka pintu, konon, dudok-nya” (hal 42)
“Tanglong hanyut dari ulu” (hal 43)
“Lantai balai di-belah-belah” (hal 43)
“Di-perbuat dinding raja beradu” (hal 43)
“Pagar di-mana saya sesarkan?” (hal 44)
“Serta sampai ka-istana-nya” (hal 45)
“Tanglong tergantung sa-genap temberang” (hal 46)
“Meriam berbunyi gegak gempita” (hal 46)
“Ia mengarak dengan rebana” (hal 46)
“Sa-genap tiang tanglong terpasang” (hal 46)
“Sa-orang bota memegang pedang” (hal 47)
“Meriam di-pasang kanan dan kiri” (hal 47)
“Di-arak masok ka-dalam istana” (hal 47)

Syair Satukan Hangat dan Dingin

Elemen alam sekitar buatan manusia boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958: 48):

“Hanchor hendak saperti lilin” (hal 48)


“Hunuskan pedang, bakarkan sarong!” (hal 48)
“Ithbatkan Allah! nafikan patong!” (hal 48)

Syair Raja ka-Laut

Elemen alam sekitar buatan manusia boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958: 51-54):

“Sa-buah sampan, layar sa-biji” (hal 51)


“Sakalian-nya bersiap keris” (hal 51)
“Turun di-sampan, laku-nya pitah” (hal 51)
“Di-lihat-nya perahu banyak bertanding” (hal 51)
“Menghendaki meriam kapada Kapitan” (hal 52)
“Sa-pasang meriam sedang gahari” (hal 52)
“Menurunkan meriam dari kechi-nya” (hal 53)

245
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

“Meriam dua sama sa-bangsa” (hal 53)


“Meriam di-beli dua sa-tanding” (hal 53)
“Anika rupa sampan dan balok” (hal 54)

Syair Perang Betawi

Elemen alam sekitar buatan manusia boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958: 56-57):

“Bandar pun tidak ada yang kurang” (hal 56)


“Oleh perahu dagang sakalian” (hal 57)
“Jong, senat, penchang, pedewakan” (hal 57)
“Perahu kechil tiada di-bilangkan” (hal 57)
“Selup, pergat, kapal dan kechi” (hal 57)
“Kapal Kasta dan kapal Surati” (hal 57)

Syair Kampong Gelam Terbakar

Elemen alam sekitar buatan manusia boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958: 58-64):

“Pada ketika itu locheng di-bukit berbunyi selalu” (hal 58)


“Masing-masing pun berlari, ada yang berperahu” (hal 58)
“Rioh-nya saperti perahu yang tenggelam” (hal 58)
“Tatkala itu aku pun berlari dengan kereta” (hal 59)
“Di-makan-nya habis rumah-rumah atap” (hal 59)
“Di-makan-nya sa-belah rumah Haji Fatimah” (hal 59)
“Habis-lah rumah-nya kelima-lima” (hal 59)
“Gebernor memakai payong ijau” (hal 60)
“Pakaian-nya arang habis berlumor…” (hal 60)
“Ada yang memecahkan rumah dengan garang” (hal 60)
“Ada yang dengan kayu, ada yang menerajang…” (hal 60)
“Ada rumah di-potong, ada yang di-kerat” (hal 61)
“Rumah Tambi Isma‟il di-makan-nya rata” (hal 61)
“Di-tongkang di-muatkan-nya sa-paroh harta” (hal 61)
“Yang sa-paroh hangus-lah bersama dengan pelita” (hal 61)
“Pinggan mangkok pasu dan buyong” (hal 61)

246
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

“Setolop, pelita, kandil dan tanglong” (hal 61)


“Di-ikat-nya tiang batu dengan tali” (hal 61)
“Dua tiga kali tarek, putuslah tali” (hal 61)
“Rumah pun roboh-lah bertimpa-timpa” (hal 61)
“Kampong pun tiada berketahuan rupa” (hal 61)
“Rumah-rumah atap sakalian habis-lah lumat” (hal 61)
“Di-tempat supai jaga dengan senapang” (hal 62)
“Di-makan-nya rumah yang berhempit-hempit” (hal 62)
“Di-pukul-nya dengan pantat senapang” (hal 63)
“Ada yang mengangkat peti pinggan-mangkok” (hal 63)
“Putus tali-nya di-jalan habis remok” (hal 63)
“Di-ikat-nya itu dengan tali burok…” (hal 63)
“Rumah-rumah chantek habis binasa” (hal 63)
“Habis-lah dengan kelambu kain khasah” (hal 63)
“Ada yang mengeluarkan barang dari perigi” (hal 63)
“Ada yang mendapat duit berkarat” (hal 63)
“Ada yang dapat ringgit tinggal sa-kerat” (hal 63)
“Pinggan mangkok pun habis-lah lumat” (hal 63)
“Ada ringgit, ada duit, ada kaki pelita” (hal 64)
“Tetapi semua-nya sudah menjadi arang” (hal 64)

Syair Kias

Elemen alam sekitar buatan manusia boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi
Melayu 1958: 65-66):

“Melihat pengkalan di-tutup pasang” (hal 65)


“Lembing yang tajam menjadi seligi” (hal 66)

Syair Bernasib Malang

-tiada-

4. Alam Sekitar Biotik

1. Alam Sekitar Flora

247
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

Syair Ken Tambuhan

Elemen alam sekitar flora boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (A. Teeuw 1966):

“Kelihatan pohon terbanjar rata”


“Ada yang di-pohon nagasari”
“Ada sa-tengah di-pohon rambutan”
“Jatoh ka-pohon chempaka berapit”
“Di-isi-nya dengan bunga angsana”
“Serta bunga-bunga berbagai warna”
“Dengan bunga di-tudongkan-nya”
“Tersebut-lah perkataan Raden ka-hutan”
“Kelihatan rakit bunga angsana”
“Bunga nin tidak susah menchari
“Bunga persembahan dewa dan peri”
“Ada yang mengambil bunga angsana”
“Ada yang bersunting chempaka warna”
“Chembul-nya bunga wijaya mala”
“Di-sapukan baginda bunga yang sakti”
“Sertakan di-sapukan bunga seganda”
“Menchium bunga gandapuri”

Syair Yatim Nestapa

Elemen alam sekitar flora boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Hashim Mohd
Taib 1966):

“Puteri berhenti di-pohon kayu”


“Daun kayu sampai luroh”
“Anak orang hutan rimba”
“Di-bawah pohon teruntum chondong”
“Ka-bawah pohon kayu, yang rendang”
“Anak orang hutan dan rimba”
“Tiada-lah kurang jagong dan padi”
“Apa-tah lagi ubi dan keladi”
“Bunga-bungaan jangan di-kata”

248
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

“Sa-genap pohon kembang-nya rata”


“Sa-genap hutan badan terlepa”
“Di-dalam hutan tempat temasa”

Syair Seri Benian

Elemen alam sekitar flora boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 37-47):

“Berjalan masok hutan belantara” (hal 37)


“Bukan-nya mudah berjalan di-hutan” (hal 38)
“Itu-lah kayu teras pekerti” (hal 38)
“Kayu permainan jin dan peri” (hal 39)
“Menebang kayu di-pintu kota” (hal 40)
“Sa-telah sudah kayu di-tebang-nya” (hal 40)
“Jangan di-makan buah delima” (hal 41)
“Menjemor padi di-tengah halaman-nya” (hal 42)
“Menunggu padi sa-orang diri-nya” (hal 42)
“Beras padi di-dalam petak” (hal 43)
“Sireh-nya saperti bangun gorap” (hal 45)
“Sireh di-buat saperti pelang” (hal 46)
“Sireh di-bangun saperti kechi” (hal 46)
“Sireh persembah Maharaja Kerma” (hal 46)
“Sireh saperti bahtera hilir” (hal 46)
“Sireh di-arak dengan biola” (hal 46)
“Sireh-nya saperti sa-buah lanchang” (hal 46)
“Sireh saperti mongkor melayang” (hal 46)
“Sireh pengeran di-arak menteri” (hal 47)
“Sireh-nya saperti burong wilmana” (hal 47)

Syair Satukan Hangat dan Dingin

Elemen alam sekitar flora boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 49):

“Umpama jati tiada berbunga” (hal 49)

249
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

Syair Raja ka-Laut

Elemen alam sekitar flora boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 53):

“Peluru-nya bagai nyior gading” (hal 53)


“Anak-nya bagai buah gelugor” (hal 53)

Syair Perang Betawi

Elemen alam sekitar flora boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 57):

“Tanam tumbohan kur semangat” (hal 57)

Syair Kampong Gelam Terbakar

Elemen alam sekitar flora boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 59-63):

“Pohon sukun semua-nya habis bergunchang” (hal 59)


“Bergumpal-gumpal bunga api-nya jatoh di-simpang” (hal 59)
“Baik-lah untong ada di-situ sa-pohon eru” (hal 63)
“Di-situ-lah bunga api-nya jatoh menderu” (hal 63)
“Habis-lah pohon itu semua-nya layu…” (hal 63)

Syair Kias

Elemen alam sekitar flora boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 65):

“Sa-lama birah menjadi pisang” (hal 65)

250
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

Syair Bernasib Malang

Elemen alam sekitar flora boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 68):

“Tanam padi menjadi lalang!” (hal 68)


“Tanam pisang ta‟ keluar jantong” (hal 68)

2. Alam Sekitar Fauna

Syair Ken Tambuhan

Elemen alam sekitar fauna boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (A. Teeuw 1966):

“Kumbang dan burong beterbangan nyata”


“Rioh bunyi-nya bayan dan nuri”
“Unggas-nya banyak bukan kepalang”
“Kena sa-ekor burong serindit”
“Serindit pun jatoh dengan kelelahan”
“Hendak di-tangkap-nya, burong pun lari”
“Serindit pun terbang ka-sana ka-mari”
“Menangkap serindit berlari-lari”
“Serindit pun terbang perlahan-lahan”
“Burong nan saja beri kesusahan”
“Tangkap-lah burong, bawa ka-mari”
“Ka-mana jatoh burong-ku tadi?”
“Tiada juga burong di-dapati-nya”
“Ada di-situ burong yang terbang”
“Burong, tuanku, di-dalam gubah”
“Sa-ekor binatang tiada kelihatan”

Syair Yatim Nestapa

Elemen alam sekitar fauna boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Mohd Hashim
Taib 1966):

“Di-lihat-nya sa-ekor rupa binatang”


“Ini-lah gerangan nama-nya naga”

251
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

“Biarlah di-makan naga itu”


“Naga yang besar di-dekati-nya”
“Sa-telah naga menchium bau-nya”
“Naga melihat budak berdua”
“Terlalu belas naga mendengarkan”
“Sa-ekor anjing terlalu garang”
“Sambil mengambil siput tengkuyong”
“Anjing-nya datang berlari-lari”
“Anjing menyalak tidak terkira”
“Anjing kefarat”
“Ayam dan itik sangat peridi”
“Dipagut ular Nila Berma”
“Naga yang sakti di-chitakan-nya”
“Menyusu kapada kijang dan rusa”

Syair Seri Benian

Elemen alam sekitar fauna boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 40-46):

“Tatkala manusia di-makan Garuda (hal 40)


“Ayam pun banyak memakan padi” (hal 42)
“Terbang serindit dua sa-kawan” (hal 43)
“Laksana kambing orang kuliti” (hal 43)
“Terbang helang di-atas kota” (hal 43)
“Di-haluan-nya ada naga bertangkap” (hal 45)
“Di-atas tiang-nya burong berchakap” (hal 45)
“Tiang laksana naga berjulang” (hal 46)
“Di-atas tiang nuri bersha‟ir” (hal 46)

Syair Satukan Hangat dan Dingin

Elemen alam sekitar fauna boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 49):

“Kapada burong tiada berguna” (hal 49)

252
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

Syair Raja ka-Laut

-tiada-

Syair Perang Betawi

Elemen alam sekitar fauna boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 56):

“Ikan di-laut naik memanja” (hal 56)

Syair Kampong Gelam Terbakar

Elemen alam sekitar fauna boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 59-64):

“Kuda pun penat, jangan di-kata” (hal 59)


“Berjenis-jenis dagangan dan sarang burong” (hal 61)
“Babi pun habis-lah mati berlompatan (hal 62)
“Kain puteh dan baju dan sapu tangan…” (hal 62) – alam sekitar buatan manusia
“Ada yang tarek bomba, ada yang tarek tali” (hal 62) – alam sekitar buatan manusia
“Habis-lah dengan ayam itek dan angsa” (hal 63)
“Berpuloh-puloh babi hangus dalam kandang” (hal 64)
“Ayam itek pun habis-lah terbongkang” (hal 64)

Syair Kias

Elemen alam sekitar fauna boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 65-66):

“Laksana ayam di-matikan lipis” (hal 65)


“Sa-lagi tikus pandai bergendang” (hal 65)
“Katak melompat menchabut pedang” (hal 65)
“Biawak pun sudah menjadi musang” (hal 65)
“Memandang pipit menggonggong helang (hal 65)

253
LAMPIRAN A

“SEBAHAGIAN KUTIPAN ELEMEN ALAM SEKITAR


DALAM SYAIR MELAYU KLASIK”
(SAMB.)

“Sa-lama harimau tiada berbelang” (hal 66)


“Di-atas tengkok-nya kambing berjulang” (hal 66)
“Melihat puyoh panjang-nya ekor” (hal 66)
“Cenderawaseh menjadi pikor” (hal 66)
“Sa-lama kuching tiada bergigi” (hal 66)
“Di-hadapan-nya tikus pulang pergi” (hal 66)

Syair Bernasib Malang

Elemen alam sekitar fauna boleh dikutip daripada ayat-ayat berikut (Puisi Melayu
1958: 68):

“Balam di-tangan di-sambar helang” (hal 68)


“Batang-nya habis di-koyak lotong” (hal 68)

254
PANTUN MELAYU DAN ALAM SEKITAR

OLEH

MAZNAH IBRAHIM
maznah@ukm.my

HASIL PENYELIDIKAN SENI DAN ALAM SEKITAR

PUSAT PENGAJIAN UMUM


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

2002

Kertas ini berupa hasil penyelidikan yang ditaja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia
gran penyelidikan kod 11JD/001/2001.
PANTUN MELAYU DAN ALAM SEKITAR

Abstrak

Pantun sebagai genre puisi tertua adalah hasil gabungan


kehidupan dan kesusasteraan masyarakat Melayu. Pantun
diibaratkan sebagai cermin kepada sistem kebudayaan dan
kehidupan masyarakat Melayu (Dallie, 1988). Terdapat
banyak maklumat yang tersirat dalam pantun dan
maklumat ini disampaikan dan (kadangkala) dinyanyikan
dalam bentuk nasihat, gurauan, dan sindiran. Kajian
berbentuk tinjauan awal telah dilakukan untuk melihat
gabungan aspek alam sekitar dalam pantun Melayu. Hasil
dapatan kajian ini telah mengenalpasti dua aspek utama
yang selalu digunakan sebagai latarbelakang pantun.
Aspek tersebut ialah perkara yang berkaitan dengan
persekitaran laut dan sungai dan persekitaran darat.

Katakunci: pantun Melayu, persekitaran laut dan sungai,


persekitaran darat

Abstract

Pantun as the oldest Malay poem genre, is the end product


of an intermarriage between life and literature of the
Malay society. Pantun is reflected as a perfect mirror of the
Malay culture and the Malay way of life (Dallie, 1988).
Much information are embedded in pantun and this
information is delivered and at times sung in the form of
words of windom, jokes, or even given as cynical remarks.
This pleminiary research is designed to seek relationship
between aspects of environment in Malay pantun. The
result of the research identifies two main aspects which are
frequently used as the background of the pantun. Those two
aspects are the surroundings of the sea or river and the
surroundings of the land.

Keywords: Malay pantun, sea and river surroundings, land


surroundings
PENGHARGAAN

Kajian tentang “Pantun Melayu dan Alam Sekitar” ini ialah sebahagian
daripada penyelidikan “Seni dan Alam Sekitar” yang dijalankan secara
berkumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli akademik Pusat
Pengajian Umum. Walaupun kajian ini boleh berdiri sendiri sebagai
sebuah penulisan atau penerbitan akademik, namun tiga lagi kajian di
bawah penyelidikan ini telah melengkapkan lagi apa yang cuba
disampaikan dalam kajian “Pantun Melayu dan Alam Sekitar” ini. Justeru
itu, saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan penyelidik iaitu
Hamdzun Haron, Maharam Mamat dan Mashitoh Yaacob dalam
memberikan sumbangan dan kerjasama yang sepenuhnya dalam
melengkapkan kajian ini. Saya juga amat berterima kasih kepada Pusat
Pengajian Umum dan UKM di atas kepercayaan, peluang dan dana yang
diberikan. Kajian ini dibiayai sepenuhnya oleh Skim Peruntukan
Penyelidikan untuk Fakulti/Pusat di bawah Universiti Kebangsaan
Malaysia. Dana ini merupakan pemangkin utama dalam menjayakan
kajian “Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar” sehingga terhasilnya
penulisan akademik ini.

Maznah Ibrahim

ACKNOWLEDGEMENTS

The study of “The Malay Pantun and Environment” is part of a research


entitled; “Arts and Environment” that has been conducted by four of the
Centre for General Studies’ academic staffs. This study can be
independent on its own in terms of an academic writing or as an academic
publication. However, the other three studies done by the other fellow
researchers have complemented what this study is conveying. Therefore, I
am grateful to Hamdzun Haron, Maharam Mamat and Mashitoh Yaacob
for their full contribution and cooperation in complementing this study. I
would also like to express my gratitude to Centre for General Studies and
Universiti Kebangsaan Malaysia for the trust, opportunity and financial
funding given. This study is sponsored fully by Research-Funding Scheme
for Faculty/Centre under Universiti Kebangsaan Malaysia. The fund was
the main cause for the completion of “The Classical Malay Syair and
Environment” study that resulted in the form of this academic writing.

Maznah Ibrahim
PANTUN MELAYU DAN ALAM SEKITAR

Pengenalan

Latar belakang

Pantun adalah genre puisi Melayu tradisional yang tidak asing dalam masyarakat Melayu.

Pantun juga dikatakan sebagai puisi tertua dalam tradisi Melayu selain dari mentera

(mentera adalah pantun mempunyai unsur magis yang diamalkan oleh pawang dan dukun

dalam perubatan traditional)(Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu,1998).

Pantun digunakan sebagai saluran pengucapan mengambarkan jiwa dan peribadi bangsa

Melayu. Sifat puitis pantun yang unik banyak dilihat dari sudut keindahan bahasanya.

Mengikut penyelidik barat R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt (1957 dan1961), untuk

memahami dan menyelami pengetahuan, perasaan, alir pemikiran orang Melayu maka

lihat dan baca pantun mereka. Wilkinson dan Winstedt (1957 dan 1961) menambah

bahawa melalui pantun dapat dilihat bagaimana orang Melayu berfikir tentang keadaan

sekelilingnya. Disebabkan pantun yang pada asalnya satu puisi lisan yang diperturunkan

dari satu generasi ke satu generasi maka terdapat berbagai perspektif dan pandangan

tentang tarikh dan zaman terciptanya, namum kebanyakan penyelidik kebudayaan

Melayu menganggarkan pantun telah wujud lebih kurang 400-600 tahun dahulu.

Sebagai warisan bangsa dan sastera lisan yang popular, pantun digunakan dalam

berbagai situasi. Sebagai contoh, pantun yang digunakan oleh Timbalan Presiden UMNO

255
dan juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dalam pembuka bicara

ceramahnya sempena Perhimpunan UMMO 2002. Antara petikan pantun beliau yang

berjaya mengamatkan dewan seperti yang dilaporkan oleh Md Salleh (2002) adalah

seperti berikut:

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Isteri datang ramai
Takut suami buat kelaku

Susu lemak manis


Santan kelapa muda
Ramai gadis manis
Nanti Pemuda mengada-ngada.

Kesimpulannya penggunaan pantun merentasi masa dan zaman dan dalam

pelbagai suasana. Pantun adalah alat komunikasi dan „alat perakam‟ yang efektif yang

merakam pemikiran, perubahan, kejayaan dan kesinambungan kebudayaan masyarakat

Melayu. Pantun dilihat sedemikian kerana pantun mengandungi banyak maklumat

penting tentang peradaban masyarakat Melayu serta segala alam sekitar yang berkaitan

dengan alam Melayu dan penyimpanan maklumat yang banyak tersirat dan tersurat

seperti maklumat yang cuba dimaklumkan dalam pantun berikut:

Terbang burung dari selatan


Dipuput angin sangga bayu
Bukalah surat dari lipatan
Lihatlah pantun bahasa Melayu

Minta daun diberi daun


Dalam daun buah bidara
Minta pantun diberi pantun
Dalam pantun ada bicara

256
Bicara pantun mula tersebar dengan lebih luas dengan kedatangan teknologi

percetakan di mana pada waktu itu pantun mula ditulis dan dicetak. Pantun didapati

banyak termuat dalam hikayat-hikayat Melayu lama dan cerita pelipur lara. Ini dapat

dilihat misalnya dalam Hikayat Pelandok, Hikayat Awang Sulong Merah Muda, Hikayat

Indera Mengindera, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun

Che Tunggal (Wan Yusof Hassan dan rakan, 2000). Salah satu contoh pantun yang selalu

digunakan sebagai bahan catatan sejarah ditemui tertulis dalam manuskrip Melayu

Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu pada tahun 1612. Pantun ini menceritakan kisah

Tun Jana Khatib :

Telur itik di Singgora


Pandan terletak dilangkahi
Darahnya titik di Singapura
Badannya terlantar di Langkawi

Selain pantun sebagai puisi rakyat yang diucapkan secara lisan dan boleh dibaca

dalam hikayat Melayu lama, pantun juga banyak dinyanyikan. Dalam lagu dan irama

etnik Melayu, pantun digunakan sebagai dasar senikata seperti dalam „Dondang Sayang „

di Melaka „Lotah‟ di Perak, „Oh Ah‟ di Langkawi, „Cinta Sayang‟ dan „Canggung‟ di

Perlis. Sementara dii pantai timur, pantun digunakan dalam „Ulik Banda‟ dan „Ulik

Mayang‟ di Kelantan dan Trengganu serta yang lebih spesifik „Cik Busu Membilang

Malam di Ulu Dungun, Trengganu. Di Negeri Sembilan, pantun dinyanyikan dalam

„Rentak Kuda‟ atau „Bongai‟ dan „Tumbuk Kalang‟. Manakala versi di Sabah ialah

„Anding‟ dan Japin‟ sementara di Sarawak pantun diperlagukan dalam „Permainan

Gendang. (Mohd Taib Osman, 1981)

257
Istilah pantun mempunyai makna yang berbagai. Perkataan „pantun‟ bermakna

„umpama, laksana dan peribahasa‟. Contoh makna umpama boleh dilihat dalam

peribahasa Melayu, “Kami sepantun telur itik, kasihan ayam maka menjadi”. Dalam

Hikayat Hang Tuah, perkataan pantun membawa erti sebagai peribahasa, “seperti kata

pantun Melayu, rosak bawang ditimpa jambak. Dalam hikayat yang sama, Pateh Kerma

Wijaya menggunakan perkataan pantun dalam ungkapan yang berikut:

“Akan sekarang adalah seperti pantun orang:`pagar makan padi‟

Pergertian yang dimaksudkan oleh Pateh Kerma Wijaya menunjukkan bahawa

kata itu memberikan konotasi pantun adalah peribahasa atau perumpamaan. (Harun Mat

Piah, 1998). Istilah yang sama juga ditemui dalam „panton‟ Jawa kuno iaitu disebut „pari‟

kependekan dari perkataan paribahasa (atau peribahasa).

Secara ringkasnya, pantun adalah hasil kesusasteraan Melayu yang bersifat

merentasi sosio-budaya negeri dan sempadan geografi. Kajian kebudayaan menunjukkan

hampir semua suku bangsa di Alam Melayu mempunyai bentuk pantunnya dalam dialek

atau bahasa mereka masing-masing. Menurut Wan Yusof Hassan (2002) terdapat

berbagai istilah pantun digunakan di Nusantara yang turut membuktikan sifat pantun

yang fleksibel dan tersebar luas di daerah ini. Menurut kajian beliau, perkataan pantun

dalam bahasa Sunda disebut „toen‟. Bahasa Pampaga „tuntun‟, bahasa Tagalog (Filipina)

„tonton‟, bahasa Jawa „tuntun‟, dalam Bisayan „panton‟ manakala dalam bahasa Toba

disebut „pantun‟.

258
Jenis dan Ciri Pantun

Dalam genre puisi, pantun tergolong sebagai puisi yang terikat yang mempunyai strukur

yang tertentu. Pada umumnya, pantun yang baik sifatnya terdiri daripada empat larik

(baris) serangkap, empat perkataan selarik dan mempunyai skima rima a-b-a-b. Pantun

mempunyai variasi yang lain iaitu dua larik, empat larik enam larik, dan sebagainya. Ini

juga menunjukkan perkembangan pantun dari pantun dua larik kepada empat larik dan

terusnya kepada enam larik dan pantun berkait. Seterusnya dipaparkan contoh-contoh

jenis pantun yang disebutkan tadi:

Pantun dua larik serangkap:

Dahulu parang sekarang besi


Dahulu sayang sekarang benci

Pantun empat larik serangkap:

Merpati terbang seribu


Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak laman

Pantun enam larik serangkap:

Apa diharap padi seberang


Entah berderai entah tidak
Entah dimakan pipit melayang
Apa diharap kekasih orang
Entah bercerai entah tidak
Entahkan masih berkasih sayang

259
Menurut Abdul Kadir (1964), pantun berkait atau pantun berikat adalah cabang

daripada pantun empat larik. Pantun berkait banyak digunakan dalam hikayat Melayu

lama seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Che Tunggal dan sebagainya.

Pantun berkait tidak banyak digunakan kerana sifatnya yang berkait yang memerlukan

peringatan yang kuat untuk mengingatkan dua kerat pantun yang telah dilafazkan. Ini

adalah kerana pada ketika itu penggunaan pantun banyak dilakukan secara lisan. Contoh

pantun berkait adalah seperti dibawah:

Tinggi bukit Sikudandan


Buah kepayang dibelah-belah
Sakit muda diharu dendam
Hendak sembahyang takbirpun salah

Buah kepayang dibelah-belah


Taruh di dalam raga rotan
Hendak sembahyang tadbirpun salah
Hati di dalam diharu syaitan

Taruh di dalam raga rotan


Rotan berpalas berbingkai akar
Hati di dalam diharu syaitan
Syaitan dibalas dengan dibakar

Namum demikian, pantun berkait mendapat tempat yang baik dalam

kesusasteraan negara Barat seperti di Perancis (Dallie,1988), Jerman dan Itali. Versi

pantun mereka dinamakan „pantoum‟. Malah menurut Md. Salleh (2002), pantoum sangat

popular dan digemari di kalangan penyair kontemporari Amerika Syarikat hinggakan

pantoum selalu digunakan dan dibincangkan dalam laman sesawang khas kesusasteraan

mereka.

260
Pantun mempunyai ciri-ciri yang tertentu (Harun Mat Piah, 1998). Dari ciri-ciri ini,

pantun boleh dianalisa dari berbagai persepektif. Secara ringkas ciri-ciri yang dikenal

pasti adalah:

Mempunyai lirik yang panjang dalam menuju klimaks iaitu mempunyai suku

kata yang lebih banyak atau perkataan yang lebih panjang dalam baris maksud

(pasangan maksud), bila dibandingkan dengan pasangan yang pertama yang

dinamakan pasangan sampiran atau pembayang maksud. Misalnya ciri tersebut

terdapat dalam pantun berikut:

Kiri jalan kanan pun jalan 9 suku kata


Sama tengah pohon mengkudu 9 suku kata
Kirim jangan dipesan pun jangan 11 suku kata
Sama-sama menanggung rindu 9 suku kata

Terdapat penggunaan perlambangan atau metafora yang bersifat simbolisme.

Perlambangan atau simbol ini ada yang masih relevan, terpakai atau pernah

terpakai pada zaman lampau. Aspek metafora ini boleh merupakan objek yang

bersifat konkrit atau abstrak di mana setiap kejadian itu ada berkaitan dengan

penghidupan masyarakat Melayu. Misalnya lambang seperti bulan, bintang,

bunga membawa maksud gadis yang terhormat manakala lambang bagi kaum

lelaki seperti matahari dan suria membawa erti seorang lelaki bangsawan.

Adakalanya terdapat perhubungan yang abstrak antara pasangan pembayang

dengan pasangan maksud dalam sebuah pantun. Namum demikian, ada juga

261
pantun yang mempunyai pasangan maksud dan pasangan sampiran digunakan

tanpa kelihatan satu ikatan yang begitu jelas.

Kesimpulannya, pantun sebagai puisi traditional Melayu yang indah memainkan

peranan yang praktikal sebagai alat menyampaikan ingatan, memberikan bimbingan

dengan nilai etika, nilai budi, nilai ilmu, pencatat sejarah dan berbagai lagi fungsinya

dalam penggunaan seharian masyarakat Melayu. Penggunaan pantun masih aktif

dikalangan generasi Melayu peringkat tua namum di kalangan remaja, pantun kurang

dihayati nilai dan fungsinya. Maka sudah tiba masanya, diadakan pelbagai usaha supaya

keindahan pantun dapat dinikmati dan dihayati oleh generasi zaman siber ini. Perkara ini

patut dilihat sebagai suatu perkara yang serius kerana pantun disanjungi dan dihayati

dengan begitu meluas di negara barat. Untuk mengekal kesenian tradisi masyarakat

Melayu, maka sudah tiba masanya diadakan usaha-usaha untuk mendekatkan pantun

dengan generasi muda Melayu. Antara usaha-usaha untuk mendekatkan pantun kepada

generasi moden satu kajian jangka pendek yang bersifat satu tinjauan ringkas telah

dijalankan oleh penyelidik. Tujuan utama penyelidik adalah untuk memperlihatkan dan

membuat perkaitan fungsi pantun dengan alam sekitar masyarakat Melayu zaman dahulu.

Objektif kajian

Objektif kajian penyelidikan ini disenaraikan seperti berikut:

1. Mengenalpasti dan menilai pantun Melayu yang mempunyai perkaitan dengan

alam sekitar.

262
2. Mengumpulkan pantun-pantun Melayu sebagai bahan dan sumber maklumat

pemikiran masyarakat Melayu tentang isu alam sekitar.

3. Mendokumentasikan pantun-pantun Melayu sebagai bahan rujukan nilai-nilai

pekaan masyarakat Melayu tentang alam sekitar.

4. Menjadikan pantun-pantun Melayu sebagai bahan maklumat untuk pengetahuan

berbentuk multi-disiplin.

Kepentingan kajian

Kajian dan penulisan tentang pantun memang telah banyak dijalankan oleh ramai

penyelidik kebudayaan Melayu. Disebabkan keunikan pantun, penggunaan bahasanya

yang ringkas dan padat dan keindahan bahasanya menarik perhatian ramai penyelidik

dari dalam dan luar negara. Pengkaji luar yang terkenal termasuk yang membuat buku

berbentuk analisis pantun Melayu seperti Wilkilson dan Winstelt (1957 dan 1961) dan

Dallie(1988) adalah antara mereka yang memperkenalkan pantun Melayu kepada

masyarakat luar negara. Kajian-kajian pantun yang telah dilakukan banyak mengikut

tema yang tertentu seperti alam dan kehidupan kanak-kanak (pantun kanak-kanak),

pantun kasih sayang dan percintaan, pantun nilai dan budi dan sebagainya. Dalam

mengharungi cabaran globalisasi, aspek-aspek baru dan perhatian lain mula timbul dalam

masyarakat dunia amnya, dan masyarakat Melayu khasnya. Tema-tema seperti kepekaan

tentang alam sekitar banyak diperkatakan dengan lantang melalui media eletronik dan

media massa kerana ini adalah usaha-usaha murni untuk menjadikan masyarakat lebih

263
peka tentang alam sekeliling dan untuk menjadikan kehidupan di dunia ini menjadi lebih

selesa lagi. Aspek-aspek alam sekitar masyarakat Melayu banyak digunakan dalam

pantun namum kajian yang mengaitkan penggunaan pantun dengan aspek alam sekitar

masih sangat kurang. Kajian rintis ini bertujuan untuk mengurangkan jurang tersebut

disamping mendekatkan fungsi pantun dengan pendekatan yang lebih serasi dengan isu

penghayatan masyarakat Melayu pascamoden.

Metodologi kajian

Metodogi kajian ini lebih berbentuk kajian perpustakaan, temubual dan perbincangan

informal. Pengumpulan pantun-pantun Melayu telah banyak dilakukan oleh penyelidik-

penyelidik dalam dan luar negeri dan hasil pengumpulan pantun-pantun dari seluruh

Malaysia telah dibukukan. Penulis telah melakukan kajian analisis pantun menggunakan

sumber data sekundar termasuk menambahkan kajian menggunakan internet. Penulis juga

telah menggunakan data kajian dari buku-buku yang dikategorikan sebagai buku

„nadir‟(restricted edition). Temubual dan perbincangan informal dari pakar-pakar

pengkaji bahasa dan pantun telah dilakukan untuk mendapatkan penjelasan terperinci dan

maklumat tambahan. Penulis juga telah menghadiri seminar antarabangasa pantun untuk

mendapatkan lebih banyak pandangan dan kritikan tentang pantun dari pengkaji-pengkaji

pantun dari dalam dan luar negara.

264
Skop dan Batasan Kajian

Pantun-pantun yang dikumpulkan ini adalah berdasarkan tentang penggunaan perkataan

yang mempunyai perkaitan dengan alam sekitar masyarakat Melayu. Kajian ini telah

menggunakan pantun yang merangkumi isu-isu yang berkaitan dengan persekitaran

masyarakat Melayu, flora dan fauna yang terdapat dalam alam Melayu. Kajian ini hanya

menfokus kepada pantun-pantun empat larik (empat baris) kerana pantun adalah jenis

pantun yang paling banyak terkumpul dan mudah difahami. Pantun-pantun yang dibuat

analisa ini didapati dari sampel meliputi hampir dua ribu rangkap (2000). Dari jumlah

tersebut pantun-pantun dikategorikan semula berdasarkan perkaitannya dua rangkap

pertamanya (pembayang) dengan alam sekitar. Pantun-pantun ini yang dibuat analisa dan

penilaian dihadkan jumlahnya kepada 200 buah pantun semuanya. (lihat lampiran)

Walaupun pantun-pantun ini adalah pantun yang telah terkumpul oleh penyelidik-

penyelidik terdahulu tapi isu yang berkaitan dengan alam sekitar masih belum dihuraikan

dan dianalisa secara lengkap. Kajian ringkas ini cuba mecapai tujuan tersebut disamping

menglestarikan penggunaan pantun dalam masyarakat Melayu moden. Maka perkaitan

pantun dengan alam sekitar dilihat amat penting dan sangat relevan dengan penghidupan

masyarakat Melayu pascamoden ini. Pespektif dari pantun dan alam sekitar telah

menjadikan isu alam sekitar sebagai satu topik perbincangan yang sangat relevan pada

zaman globalisasi.

265
Tempat kajian

Pantun-pantun yang dijadikan bahan dalam penyelidikan adalah pantun yang telah

dikumpulkan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Koleksi pantun dari

luar negara seperti Amerika Syarikat digunakan sebagai maklumat tambahan dan

perbandingan.

Hasil dan Perbincangan

Pada dasarnya, pantun Melayu dengan secara langsung atau tidak langsung sentiasa

memaparkan persekitaran masyarakat yang melahirkannya. Pantun Melayu banyak

menggunakan aspek-aspek alam sekitar tempatan dan keadaan suasana sekeliling yang

amat reflektif akan kebudayaan masyarakat Melayu. Perspektif tentang alam sekitar dan

budaya masyarakat banyak terlukis dalam dua larik pertama iaitu pembayang pantun

dalam jenis pantun empat larik. Dalam kedua baris pembayang ini, banyak perkataan dan

senerio latarbelakang dipaparkan menggunakan dalam bahasa yang ringkas, indah dan

padat. Hasil dapatan ini mendapati kebanyakkan pembayang maksud menjurus kepada

menggunakan dua aspek penting yang berkaitan dengan persekitaran Melayu pada waktu

dahulu. Dua kategori persekitaran alam Melayu tersebut adalah:

a) Persekitaran laut dan sungai

b) Persekitaran darat

266
Persekitaran laut dan sungai

Dalam pantun Melayu banyak sekali perkataan dan metafora yang menyerlahkan

persekitaran laut dan sungai digunakan melambangkan kehidupan masyarakat Melayu

suatu ketika dahulu berinteraksi rapat dengan kedua sumber alam ini. Penghidupan dan

pengalaman suka duka sebagai sebagai pengail , pemukat, pelaut, kelasi kapal dan

nelayan banyak dipaparkan dalam pantun Melayu. Antara koleksi pantun yang

melambangkan kehidupan persekitaran laut, sungai dan pensisiran pantai terdapat dalam

pantun berikut:

Baik-baik belayar malam


Arus deras karangnya tajam
Cari-cari malim yang faham
Di situ banyak kapal tenggelam

Belayar masuk ke Kuala Kedah


Patah tiang timpa kemudi
Sekuntum bunga terlalu indah
Sekalian kumbang asyik berahi

Kapal belayar dari Labuan


Sarat bermuat jintan selasih
Saya bertanya padamu tuan
Adakah lagi hati yang kasih

Istilah dan perkataan yang diambil dari pantun Melayu banyak menyentuh

persekitaran laut dan sungai memaparkan kepekaan masyarakat Melayu tentang alam

sekelilingnya. Ini juga menunjukkan bahawa masyarakat Melayu suatu ketika dahulu

adalah masyarakat yang mahir tentang laut dan sungai, tentang pelayaran atau pemikir

267
yang sentiasa membuat pertalian tentang kehidupan laut dan falsafah pemikiran Melayu.

Antara contoh perkataan dan istilah yang merujuk kepada laut dan sungai atau objek-

objek berkaitan dengan kedua-dua sumber alam ini didapati dari analisis pantun terpilih

dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Istilah/perkataan berkaitan dengan persekitaran laut dan sungai:

Kawasan berkaitan laut: (10 perkataan)


Laut , pantai, tanjung, teluk, pulau, pantai batu, selat, pantai batu, laut gading, pasir putih
Keadaan berkaitan laut: (12 perkataan)
Karang, ombak, buih, gelombang, angin, bayu, ribut, taufan, arus, hujan ribut, besar air, berapa
dalam
Benda berkaitan pengangkutan di laut/sungai: (18 perkataan)
Perahu, kapal, sampan, tongkang, jong, biduk, bahtera, tiang layar, rakit, sauh, dayung, haluan,
temberang, geladak, buritan, kapal api, kapal perang, kapal Anjiman
Orang berkaitan dengan laut: (10 perkataan)
Jurubatu, jurumudi, malim, pawang, kelasi, nakhoda, kapitan, laksamana, mualim, juragan
Kata perbuatan berkaitan dengan pelayaran: (8 perkataan)
Belayar, berlabuh, singgah, hilir,mudik, karam , timbul, tenggelam
Suasana di laut/sungai: (21 perkataan)
Pasang, surut, tenang, panas, dingin, sejuk, deras, laju, tinggi (menggunung), ganas, kelam, pekat,
arus deras, karang tajam, (ombak) bersusun, berlari-lari, tenang-tenangan, berjeram, laut
berombak, gelombang tujuh, rembang petang
Benda yang terdapat di kawasan laut/sungai: (10 perkataan)
Batu, jeruju, pandan, lata, paya, lumpur, pasir, garam, asin, lubuk
Kawasan perhentian pengangkutan air: (5 perkataan)
Pelabuhan, pengkalan, jeti, kuala, dermaga
Pekerjaan : (5 perkataan)
Pedagang, nelayan, pengail, pemukat, penjala,
Peralatan: (15 perkataan)
Pukat, belat, kail, pancing, umpan, jala, layar kain kasa, tali perahu, tali bemban, jala rambang,
lukah, lancang kuning, pedati, sekukuh, tali temali
Aktiviti: (13 perkataan)
Memancing, memukat, menjala, mengail, memungut, memunggah, menjemur, hilir, mudik,
menebar, menyelam bubu, menangguk sepat, menembak bertali-tali
Kehidupan laut/sungai: (26 perkataan)
Ikan, udang, ketam, lokan, tertitip, kepiting, anak ikan, ikan belida, ikan jelawat, anak buaya, ikan
tenggiri, ikan parang, ikan keli, ikan haruan, ikan jelai, ikan toman, ikan sepat, ikan kerisi, ikan
yu parang, ikan pari, ikan sibarau-barau, ikan tongkong, ikan jelai, ikan senagin, umpan labah-
labah, umpan patung (pepatung)
Nama tempat persinggahan: (25 nama)
Tanjung Jati, Banting, Langat, Kuantan, negeri Arab, Sungai Petai, Tanjung Bunga, Teluk Karis,
Pekan, Sungai Palembang, Banten, Tanjung Kandia, Pulau Tambun, Pekan,
Tanjung, Sungai Batang, Tebing Tinggi, Kampung Kekola, Kuala Bekah, Kuala Pahang, Deli,
laut Melaka, Sekukuh, negeri China, Singapura, Kuala Daik, Pulau Pinang, Pulau Tawar,
Kampung Kelola, Sungai Pahang, Tanjung Berangan, Sungai Jemetal, Sungai Petai, Pulau

268
Tioman, Pulau Pingit
Jumlah seluruh perkataan berkaitan laut dan sungai ialah 178 perkataan

Dari analisis Jadual 1, terdapat 178 istilah atau perkataan yang berkaitan dengan

persekitaran alam laut dan sungai dalam petikan 100 pantun Melayu terpilih. Ini

menunjukkan kehidupan masyarakat Melayu ketika itu begitu serasi dan seiring dengan

alam sekeliling mereka sehingga keadaan ini diabadikan dalam bentuk pantun untuk

dinikmati generasi yang akan datang.

Penggunaan berbagai istilah untuk benda-benda yang berkaitan dengan pelayaran

telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat pedagang dan pelaut

yang sentiasa keluar dari kawasan mereka untuk mencari rezeki dan pengalaman. Ini

sudah terbukti dalam banyak rencana tentang masyarakat Melayu yang merantau jauh

hingga ke benua lain seperti Afrika, Australia dan sebagainya turut menyebarkan bahasa,

kesusasteraan, kebudayaan dan agama. Nama-nama tempat persinggahan mereka

diselitkan dalam pantun Melayu seperti negeri China dan negeri Arab menunjukkan

bahawa sudah terjalin perhubungan rapat antara benua Melayu dengan pedagang-

pedagang dari negara-negara ini.

Nama-nama kehidupan laut dan sungai yang berbagai terutamanya ikan dalam

pantun Melayu menunjukkan pereka pantun itu pakar dalam bidang ini. Penggunaan

bahan umpannya seperti umpan labah-labah dan umpan pepatung juga dinyatakan dengan

begitu indah sekali dalam pantun Melayu. Jelas sekali melalui analisis ini, telah

membuktikan betapa rapat dan itimnya kehidupan masyarakat Melayu ketika dahulu

269
dengan persekitaran laut dan sungai dan ini telah dirakamkan dengan begitu baik sekali

dalam pantun Melayu.

Persekitaran darat

Keadaan yang sama juga didapati bagi persekitaran darat yang banyak dipaparkan dalam

pantun Melayu. Sebahagian besar fauna dan flora semulajadi ditemui ada dalam bentuk

perbandingan yang jelas atau penyataan yang berbentuk perlambangan atau metafora.

Istilah dan perkataan yang didapati adalah seperti yang terkandong dalam Jadual 2.

Jadual 2: Istilah/perkataan yang berkaitan dengan persekitaran darat

Haiwan darat: (17 perkataan)


Riang-riang, lembu, siamang, lebah, berek-berek, gajah, kuda, kunang-kunang, rama-rama,
kumbang jati, anak rusa, anak itik, anak katak, anak sawa, kijang, semut, semang, keluang
Haiwan angkasa: (15 perkataan)
Burung punai, kelawar, burung merpati, burung helang, anak tiung, anak enggang, burung dekut,
burung tambik, burung belatuk, burung puyuh, anak murai, burung merpati, anak enggang, helang
Haiwan dianggap sebagai perlambangan: (1 perkataan)
jentayu,
Tumbuhan/tanaman darat: (22 perkataan)
Mamam, padi, rumpun buluh, daun bergetah, tumbuhan berduri, pohon mempelam, pokok
pandan, pohon nangka, pohon zaitun, pohon mengkudu, peria, pohon kayu capa, putik nanas,
kayu pulai, sawah padi, rumpun buluh, batang padi, pokok kuini, batang kapas, buluh duri, pohon
lada, kayu ara, penganga
Kawasan darat: (25 perkataan)
Rimba, kota, busut, permatang, pohon tinggi, dusun, semak, gua, parit, sarang helang, kebun,
ruang, limpur, paya, hutan, tunggul, kota, gurun, darat, ladang, padang, pasir gosong, pasar,
belukar, sarang helang, kolam, limpur, genta
Suasana darat: (16 perkataan)
Masa berbunga, masa berputik, masa berbuah, sejak berduku dan berkelapa, terbang sekawan,
longgok padi, cantik kembang bunga, tinggi sedepa sudah berbuah, permata, rumpun padi, padi
sudah memberat, kelam-kabut, lintang pukang, terang bulan
Bunga: (12 perkataan)
Kayangan, pakma, gandapura wangi, bunga tanjung, bunga pekan, bunga pengaya, bunga
tanjung, bunga melati, bunga nanas, cempaka, bunga delima, bunga pisang, bunga kelapa, bunga
pauh, bunga betik
Bahagian dari tumbuhan dan pohon: (17 perkataan)
Akar, batang, ranting, tangkai, tampuk, dahan kayu, akar nibung, akar mati, buluh aur, daun sugi,

270
rumpun buluh, galah, putik pauh, dahan kuini, daun pisang, daun kurma, daun cempedak,
Buah-buahan: (28 perkataan)
Durian, asam lanjut, asam salak, buah ara, cempedak, buah langsat, buah pauh, putik kelubi, buah
pinang, limau purut, buah duku, buah pala, kelapa, nangka, rambutan, buah pedada, buah delima,
jantung (pisang), nyiur manis, buah berangan, buah mempelam, kedondong, pauh, bacang,
mangga, buah lempata, rambutan redan, kuini, buah berangan,
Barangan: (39 perkataan)
Parang, pagar, peti, genta, dapur, perigi, destar, kantung, gendang, puan, kain corak, bertali
tangsi, benang, kain putih, pakaian, jerami, pisau,minyak ketiau, tudung, tudung saji terendak,
bajak wangkang, payung, payung sutera, pengulai peta, kain baju, almari, gergasi, meriam, pelana
kuda, tanjak, periuk, lesung batu, dulang, pagar mengkuang, perangkap, andang, lada, rokok,
rempah, cukin
Aktiviti di darat: (41 perkataan)
Meraut buluh, menyiapkan lidi, mengendong kain, duduk beradu, burung bersarang, duduk
berembum, mengerat, mengetam padi, memungut bayam, gendang dipalu, duduk-duduk tepi
jambatan, menyimpan rotan, memuat benang, membilang tandan (pisang), membuang miang
buluh, dibantun parang, mabuk pinang, meraut rotan, menanam kelapa,
dihempas atas papan, mengulai, tanah ditebat, bentang tikar, duduk menjahit, menjahit baju
Melayu, direndang (membuat rendang), dihangusi, memanggang punai, disusun bajak, membajak
sawah, memungut lada, mecucuh meriam, memasang pelana, makan sirih berkati-kati, masak
nasi, buat bubur, pungut puntung, menumbuk lesung batu, menampi dulang, tebang tebu,
menyuluh semut, meraut seludang buluh
Makanan: (13 perkataan)
Sirih berlipat, sirih pinang, gambir dan kapur, jagung kulit putih, pucuk kacang, seraga pinang,
nasi, bubur, bubur campur gula, tapai, ragi, gulai ikan parang
Pengangkutan darat: (3 perkataan)
Kereta lembu, berkuda, kuda tunggang
Jumlah seluruh perkataan berkaitan dengan persekitaran darat ialah 249 perkataan.
Jumlah keseluruhan perkataan berkaitan dengan persekitaran ialah 427 perkataan.

Terdapat 269 perkataan yang berkaitan dengan persekitaran darat dari 100 pantun

yang terpilih. Dari perkataan yang terkumpul ini, banyak perkataan mengenai flora dan

fauna yang berkaitan dengan alam kehidupan masyarakat Melayu digunakan dalam

pantun Melayu. Terdapat hampir 28 nama haiwan terutamanya jenis-jenis burung banyak

dipaparkan dalam pantun Melayu. Begitu juga jenis-jenis tanaman dan pokok buah-

buahan begitu kerap digunakan dalam dua baris pembayang pantun terpilih. Jenis-jenis

bunga juga banyak digunakan iaitu sebanyak 12 jenis semuanya. Jelas sekali dari

penggunaan perkataan yang berkaitan dengan persekitaran darat banyak mengambarkan

suasana perkampungan masyarakat Melayu yang dikelilingi oleh pokok buah-buahan dan
271
taman-taman yang indah. Suasana selesa ini turut dirakamkan dalam pantun Melayu

dengan menggunakan bahasa yang indah dan tersusun untuk dinikmatikan oleh generasi

sekarang.

Cadangan

Dalam usaha untuk memantapkan lagi penggunaan pantun dalam masyarakat Melayu ada

beberapa cadangan yang disyorkan. Cadangan yang pertama adalah untuk menjadikan

pantun itu „mesra‟ alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah mendidik generasi zaman

siber ini mengabungkan aspek alam sekitar dalam karya pantun mereka. Usaha-usaha

pembangunan yang dijalankan dengan begitu rancak sekali sehingga alam sekitar bagi

generasi sekarang persekitaran hutan batu sahaja. Kegiatan pembinaan bangunan baru

dan pembukaan kawasan baru untuk penempatan dan perniagaan itu dijalankan dengan

begitu meluas tanpa perancangan yang strategik mampu menganggu kehidupan flora dan

fauna. Generasi muda perlu diberi peluang untuk menghayati alam sekeliling mereka

seperti generasi dahulu supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan

bermakna. Penciptaan pantun bertemakan alam sekitar digalakkan dikalangan penulis

muda. Pantun-pantun alam sekitar boleh juga digunakan sebagai lirik lagu samaada

untuk lagu berbentuk traditional atau moden dengan tujuan untuk mendekati masyarakat

Melayu..

Untuk cadangan kedua, pantun Melayu perlu didedahkan kepada generasi

sekarang terutama pantun yang berkaitan dengan alam sekitar supaya ingatan terhadap

272
identiti Melayu tetap ada disamping penghayatan terhadap kesusasteraan Melayu dan

kepekaan pada alam sekitar dapat dipupuk dengan lebih bermakna. Penulis

mencadangkan untuk membantu usaha kerajaan memupuk sikap kepekaan terhadap alam

sekitar, pantun boleh digunakan dalam iklan dan papantanda utama sebagai pembuka

bicara tentang penghayatan alam sekitar. Pantun berkait boleh digunakan memperihalkan

proses perkitaran semula bahan-bahan buangan misalnya. Konsep pendidikan sedemikian

telah banyak dilakukan dalam sastera moden di Amerika Syarikat. Petikan pantun berkait

atau pantoum bertajuk Sol (matahari dalam bahasa Perancis) dibawah menceritakan

fungsi utama matahari yang ditulis oleh Wheeler (1993) sebagai satu sumber alam yang

sangat bernilai.

SOL
As there‟s just one
This, our only star
We call it “Sun”
Others are too far

This is our only star


Great and new each day
Others are too far
To guide us on our way

Great and new each day


Cannot wish for more
To guide us on our way
Warming to the core

Cannot wish for more


To keep us from fading
Warming to the core
Creates even shading

To keep us from fading


Solid ball of fire
Creates even shading

273
Sunshine is what we desire!

Solid ball of fire


Bringing us the light:
Sunshine is what we desire!
Covering the night!

Bringing us the light:


Keeping the heater on
Covering the night
Beginning with dawn

Keep the heater on


Burn the bright air!
Beginning with dawn
Day will turn out fair

Burn the bright air!


Let‟s play our game!
Day will turn out fair
We‟re glad it came

Let‟s play our game


We call it “Sun”
We‟re glad it came
As there‟s just one

Glen Wheeler, 1993

Cadangan ketiga menyarankan penggunaan pantun berkenaan alam sekitar dalam

buku teks bermula dari peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke

peringkat universiti. Semangat cintakan hasil kesusasteraan tanah air sendiri disamping

menghayati sikap menghargai alam sekitar perlu dipupuk dari peringkat rendah lagi.

Untuk menceriakan lagi usaha ini, perlu diadakan pertandingan pantun tentang alam

sekitar diantara sekolah-sekolah misalnya. Pertandingan pantun alam sekitar merupakan

satu cara menggunakan pantun Melayu dengan lebih agresif disamping penyediaan

hadiah lumayan sebagai sumber inisiatif.

274
Untuk mengalakkan lebih banyak maklumat tentang pantun secara khususnya,

perlulah ditekankan pentingnya melakukan kajian-kajian berbentuk trans-disiplin iaitu

merentasi pelbagai disiplin. Pantun adalah puisi Melayu yang boleh dipelbagaikan

temanya. Sebagai contoh pantun Melayu banyak membicarakan tentang konsep

pengurusan masa, etika dan adab dan banyak lagi konsep-konsep ilmu yang relevan pada

masakini. Kajian-kajian akan datang diharap dapat membuka minda generasi sekarang

yang memandang pantun Melayu sekadar puisi lama, namum tidak ramai yang tahu

bahawa isu-isu yang dibawa dalam pantun Melayu sebenarnya merestasi zaman dan

bersifat futuristik.

Rumusan

Dari hasil dan perbincangan kajian ini telah membuktikan bahawa pantun Melayu telah

berjaya menyampaikan banyak maklumat tentang gaya hidup masyarakat Melayu dahulu

dalam interaksi mereka dengan alam sekitar. Masyarakat Melayu dahulu begitu peka

tentang alam sekitar mereka sehinggakan segala contoh-contoh alam persekitaran laut

dan persekitaran darat ini dapat dilihat dan dihayati dalam pantun Melayu. Mereka secara

kreatif mengabungkan suasana alam sekeliling mereka dengan nasihat atau maklumat

penting yang disampaikan melalui pantun. Pantun Melayu dahulu berjaya mengabungkan

dua perkara penting iaitu aspek kepekaan tentang alam sekitar dan aspek penyampaian

ilmu dan maklumat. Pengakhir kata, pantun Melayu di bawah ini diperturunkan bagi

275
membuat kesimpulan tentang keseluruhan hasil penyelidikan pantun Melayu dengan

alam sekitar.

Besarlah air Sungai Petai


Batang penganga orang patahkan
Bukannya saya cerdik pandai
Pusaka kita saya persembahkan

276
Rujukan

Abdul Kadir Ahmad. 1964. Pantun Berkait. Malaysia Pubications Limited. Singapura.

Buku Abstrak. 2002. Seminar Antarabangsa Pantun 1-3 Julai 2002. Anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka dan Universiti Sains Malaysia.

Daillie, Francois-rene. 1988. Alam Pantun Melayu-Studies on the Malay Pantun. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Ministry of Education. Kuala Lumpur.

De Vaus, David. 2001. Research Design in Social Research. Sage Publications. London.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1998. Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Farancois-Rene Daillie.1988. Alam Pantun Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Harper, L. Charles. 1996. Environment and Society. Prentice-Hall Inc. New Jersey.

Harun Mat Piah. 1998. „Pantun” dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Ismail Noor dan Muhammad Azaham. 2000. Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Pelanduk
Publications. Kuala Lumpur.

Marcus, M.C. dan Detwyler, T.L. 1985. „Bandar sebagai habitat untuk kehidupan liar dan
manusia‟ dalam Pembandaran dan Persekitaran Geografi Fizikal Bandar. Dewan
Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Marcus, M.C. dan Detwyler, T.L. 1985. „Persekitaran dan Pembandaran – Satu
Persepktif‟ dalam Pembandaran dan Persekitaran Geografi Fizikal Bandar.
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Marohaini Yusof (ed). 2001. Penyelidikan Kualitatif Pengalaman Kerja Lapangan


Kajian. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Md Salled Yaapar.2002. „Pantun di persana dunia‟ dalam Sastera dan Budaya. Berita
Minggu-21 Julai 2002. The News Straits Times. Kuala Lumpur. Ms 9

Mohd Taib Osman.1981. „Kesusasteraan Melayu Klasik: Satu Tinjauan Ringkas‟ dalam
Kumpulan Esei Saster Melayu Lama. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mohd Taib Osman.1988. Kebudayaan Melayu Dalam Beberapa Persoalan. Dewan


Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

277
Mohd. Yusof Arshard. 1967. Pantun. Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Muhammad Haji Salleh.1990. Metaphors of Conflict and Conflict Resolution: A Survey


of Malay Pantuns. Working Paper No 7. Centre for East and Southeast Asian
Studies. University of Goteborg, Goteborg. Sweden.

Murray, Louis dan Lawrence, Brenda. 2000. Practitioner-Based Enquiry. Principles For
Postgraduate Rsearch. Falmer Press. London and New York.

Nebel, Bernard J., dan Wright, Richard, T. 2000. Environmental Science – The Way the
World Works. Prentice Hall. New Jersey 07458

Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia. 1988. Permata Timur : Antologi


Pemenang Seyembara Mengarang Pantun Antarabangsa 1997. Kuala Lumpur.

S. Budhisan Toso. 1993. Nilai Budi Pekerti Dalam Pantun Melayu. Departemen
Pendidikan dan Kebudayaan. Direktorat Jenderal Kebudayaan. Direktorat
Sejarah dan Nilai Tradisional. Bahagian Proyek Penelitian dan Pengkajian
Kebudayaan Nusantara. Indonesia.

Vesilind, P. Arne. 1982. Environmental Polution and Control. Ann Arbor Science
Pulishers. United States of America.

Wan Yusof Hassan dan rakan . 2002. Kurik Kundi Merah Saga-Kumpulan Pantun Lisan
Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Wheeler, Glen. 1993. Sol – Poem of the Week. http://www.newpoetspress.com

Wilkinson, R.J. dan Winstedlt, R.O. 1957. Pantun Melayu. Malayan Publishing House
Ltd. Singapura.

Wilkinson, R.J. dan Winstedt, R.O. 1961. Pantun Melayu Singapura. Malayan Publishing
House.

Zainal Abidin bakar. 1992. Kumpulan Pantun Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

278
Lampiran
Koleksi Pantun

Persekitaran Laut dan Sungai


1
Anak Cina main gelombang
Nampak dari Tanjung Jati
Tuan umpama bunga yang kembang
Sentiasa hidup dalam hati
2
Anak ikan dimakan ikan
Ikan berenang dalam perigi
Hilang intan berganti intan
Intan bernama payung negeri
3
Angin ribut kencang di pulau
Sampan kecil di timpa ruang
Sementara hidup kita bergurau
Sudah mati tinggal seorang
4
Laksamana mudik ke Banting
Singgah ke Langat membeli destar
Saya laksana parang puntung
Hendak menebas belukar yang besar
5
orang cina dari Kuantan
nak belayar pergi ke Arab
abang sungguh pandai berpantun
semua pantun dapat dijawab
6
Terang bulan di Tanjung Bunga
Duduk berembum di pantai batu
Kalau tuan bijak laksana
Mari berpantun seorang satu
7
besarlah air Sungai Petai
Bayang penggaga „rang patahkan
Bukannya saya cerdik pandai
Pusaka kata disembahkan
8
bila sampai ke laut gading
belokkan perahu mencari selat
jika bertikai dalam berunding
eloklah balik kepada adat

279
9
Hilir ke Teluk Kris
Mudik menengah kota
Memahat di dalam baris
Berkata di dalam pusaka
10
ikan berenang di dalam lubuk
ikan belida dadanya panjang
adat pinang pulang ke tampuk
adat sirih pulang ke gagang
11
kalau tidak di dalam pukat
cubalah cari dalam tengkalak
kalau tidak ada di dalam adat
cubalah cari di dalam syarak
12
kapal api dibendung dua
ikan jelawat di atas pentas
Duli tuanku Paduka berdua
Bagai dakwat tertulis di kertas
13
anak siamang di pohon duri
anak buaya terenang-renang
jika malang menimpa diri
bawalah tertawa supaya senag
14
angin bertiup kembangkan layar
haluan menuju ke Pekan
hendaklah hidup berikhtiar
kemudian serahkan kepada Tuhan
15
apa sebab tiada mandi
buaya besar melintang sungai
apa sebab tiada jadi
berian belum dipinta tunang
16
baik-baik belayar malam
arus deras karangnya tajam
cari-cari mualim yang faham
di situ banyak kapal yang tengelam
17
baik-baik mengail tenggiri
takut terkena ikan parang
baik-baik merendah diri
jangan menjadi hamba orang

280
18
banyak orang pergi menjala
mencari orang didalam parit
jagalah diri jangan tercela
rosak nama bangsa terpalit
19
bawa aksin terlalu indah
ombak bersusun berlari-lari
jika berkata yang tidak berfaedah
terlebih baik memdiamkan diri
20
berapa dalam Sungai Palembang
tempat orang turun menjala
sungguh ada senjata di pinggang
tidak boleh ditikam sahaja
21
biduk Laksamana menuju barat
arus menyongsong dari haluan
pakailah dunia untuk akhirat
harta yang banyak bakal rebutan
22
cik embong orang Melaka
tanam peria tepi pantai
jangan sombong tuan berkata
adakah buaya menolak bangkai?
23
dari Banten ke Tanjung Kandis
belayar ditumang angin utara
lagi berhadapan mulutnya manis
balik belakang lain bicara
24
dari Pulau Tambun ke Pekan
menggunakan tenaga nelayan
tekun dan sabar asas kejayaan
rajin dan usaha kesenangan
25
dari Tanjung ke Sungai Batang
bengkong dahan jadikan alu
maka hamba tak kunjung datang
berkelok jalan bekas lalu
26
datang sudah sikapal perang
kapal menembak bertali-tali
bila mendengar fitnah orang
jangan dipakai sama sekali

281
27
kapal menembak bertali-tali
dilayarkan kainya kasa
jangan dipakai sekali-kali
tilik dengan harus periksa
28
dayung perahu tuju haluan
membawa rokok bersama rempah
kalau ilmu tidak diamalkan
ibarat pokok tidak berbuah
29
di hilirnya Kampong Kekola
bertentang dengan Tebing Tinggi
di negeri kita semuanya ada
asalkan sanggup berdikari
30
dikenali sebagai Kuala Bekah
setentang dengan Kuala Pahang
perbuatan demikian padahnya susah
hidup merana dihina orang
31
empat likur hari Selasa
air sungai tenang-tenangan
mengubah kata tentu berdosa
hendaklah ingat wahat timangan
32
Encik Andak pergi ke Deli
Singgah di pantai ikan disuluh
Jika tidak dalam diri
Orang pandai menjadi bodoh
33
gunung di laut berentang jati
kota di Daik saya pagarkan
hidup kita lawannya mati
nama yang baik kita tingalkan
34
hujan ribut belayar ke pulau
kelekatu di timpa ruang
selagi hidup kita bergurau
sudah mati tinggal seorang
35
ijuk-ijuk tali perahu
tali bemban mengikat rakit
besok-besok baharu tahu
menaruh dendam jadi penyakit

282
36
ikan keli ikan haruan
ikan jelai ikan toman
jangan sekali dijadikan
sahabat handai batu loncatan
37
jala rambang berantai timah
hendak menebar laut Melaka
mata rambang hendaklah diubah
jikalau tidak badan binasa
38
jangan dibuka pintu lukah
jika dibuka ikan meluru
jangan suka mencari salah
salah kita baiki dahulu
39
juragan mudik ke Sekukuh
dengan sampan muat berdua
jangan asyik berpeluk tubuh
perbuatan itu membawa lara
40
kalau tuan mengail ikan
jangan mengail ikan sepat
bukankah dahulu saya berpesan
pohon berduri jangan dipanjat
41
kapal Anjiman dari China
singgah bermuat papan jati
amal dan imam biar sempuna
tidaklah jadi sesal di hati
42
singgah bermuat papan jati
dibawa belayar ke Singapura
tidaklah sesal di hati
iman pun tak jadi cedera
43
keropok ikan kerisi
dibuang tulang diambil isi
kalau ada titian besi
boleh saya tumpang meniti
44
laksamana pergi berperang
dibantu oleh Maharaja Dewa
janglah kena pedaya orang
namapun tida boleh kecewa

283
45
laksamana turun ke kapal
mengiringkan raja berangkat
bijaksana lagi berakal
jangan berubah tanda muafakat
46
lancang kuning belayar malam
haluan dipaut menuju kuala
panjangkan runding luar dan dalam
jangan diturut nafsu menyala
47
lancang melurut arah kuala
arus deras banyak berjeram
jangan diturut nafsu bernyala
akhirnya nahas karam tenggelam
48
laut berombak di rembang petang
nelayan di kuala menjual pari
usah ditolak rezeki yang datang
bala pula jangan dicari
49
layar ditarik lancang berlabuh
kalat pedati ikat sekali
sanak saudara jangan bergaduh
berbuat jahat jangan sekali
50
malas hamba menyelam bubu
takut terpijat binatang berbisa
orang malas menuntut ilmu
di akhirat kelak badan binasa
51
orang singgah Kuala Daik
beli durian dalam perahu
jikalau sudah emas yang baik
tak payah diuji orang pun tahu
52
pergi ke paya menangguk sepat
dapat juga ikan haruan
jangan suka duduk mengumpat
kerja keji dimurkai Tuhan
53
pilih-pilih tempat mandi
pertama teluk kedua pantai
pilih-pilih tempat menjadi
pertama elok kedua pandai

284
54
Pulau Pinang bandarnya baharu
Kapten Light menjadi raja
Jangan dikenang zaman dahulu
Duduk mengalir air mata
55
Pulau Tawar gelombang tujuh
Dihilirnya Kampung Kelola
Tidak mustahak merantau jauh
Di negeri kita semuanya ada
56
riang-riang terbang ke kolam
tetak bentangor depan kota
laksana siang menanti malam
demikian umur sekalian kita
57
sambil berjalan mengutip maman
mamam tumbuh ditepi paya
bagi faedah rakyat sekalian
untuk hidup aman sentosa
58
Sungai Pahang sama direnang
Renang menuju Tanjung Berangan
Kerja susah menjadi senang
Kerja berat menjadi ringan
59
tajamnya gigi ikan yu parang
dapat juga ditangkap manusia
tajam-tajam mata parang
dapatkah melawan lidah manusia
60
tali-temali pengikat lukah
jalan menuju arah ke paya
sepuluh kali pergi ke Mekah
fasal nafsu usah percaya
61
anak Cina mengail ruan
apa umpan labah-labah
kalau tak kenal mata dacing
marilah kita janji borong
62
Tanjung Agas kampung nelayan
Dikenali sebagai Kuala Bekah
Jangan sekali dicuai pelajaran
Perbuatan demikian padahnya susah

285
63
air mudah kayu pun ada
ikan banyak ditepi pantai
sebab itu wajiblah sedia
supaya kemudian tidak menyesal
64
terang bulan bintang berjajar
kapal belayar dilaut Jawa
murid budak wajib belajar
bila besar tidak kecewa
65
todak menyerang Singapura
habis dikerat cincang lumat
bila khianat pada manusia
dunia akhirat tidak selamat
66
air surut memungut bayam
sayur diisi dalam kantung
jangan diikut resmi ayam
bertelur sebiji riuh sekampung
67
akar nibung meresap-resap
akar mati dalam perahu
terbakar kampung kelihatan asap
terbakar hati siapa yang tahu
68
ambil rakit di Kampung Duri
anak rusa di atas batu
sungguh sakit badan sendiri
baru merasa badan piatu
69
anak ikan dimakan ikan
pukul gendang nyaring bunyinya
sahabat bukan saudara bukan
badan bertemu kerana untungnya
70
anak itik bersangkar lalang
turun memakan buah delima
sudah nasib badanku malang
sudah berputik balik berbunga
71
anak orang di Sungai Paku
Tanjung Pandan teluknya redup
Tiada orang seperti aku
Menanggung dendam seumur hidup

286
72
baik dikelim kembang kelapa
ikan belanak tengah muara
mau dikirim pada siapa
tiada sanak tiada saudara
73
bengis sungguh orang pengkalan
lalu-lalang perahu dilarang
menangis dagang sepanjang jalan
mengenang nasib dinegeri orang
74
berkawan-kawan perahu nelayan
tinggalkan teluk masuk harungan
merawan-rawan lagu nelayan
bayangkan cinta kenang-kenangan
75
bertelur apa engkau senangin
bertelur lalu sepanjang pantai
turunlah apa si Raja Angin
minta hantar Si Panjang Lampai
76
cukin datang dari China
pasir putih di sarang helang
miskin sudah dagang yang hina
hitam putih dikata orang
77
Datuk Keramat pulau seberang
Di bawah pohon kayu capa
Jimat-jimat di rantau orang
Bukannya tempat ibu bapa
78
dua belas dayung ke Jambi
putik nanas didalam kebun
rawan belas dihati kami
siang berpanas malam berembun
79
duduk-duduk tepi jambatan
budak-budak menyimpal rotan
apa disoal pada badan
sudah begitu jalan suratan
80
gerdum-gerdam kapal di tanjung
hendak belayar ke Pulau Jerjak
remuk-redam hati menanggung
hendak menangis bukanya budak

287
81
hilir mudik Sungai Jementah
buluh aur julang-menjulang
untung adik bak untung antah
bercampur gaul dipilih orang
82
ikan belanak di tengah muara
daun sugi di dalam puan
tiada sanak tiada saudara
kalau sudi terimalah tuan
83
ikan seluang sesat di paya
makan kail umpannya patung
tak ada orang seazab saya
makan hati berulam jantung
84
ikan tongkang jual di Jawa
tongkang datang dari Inderagiri
siapa melarang masuk berniaga
harga intan mahal di sini
85
jantung ada berbuah tidak
anak sepat meloncat tinggi
untung ada, tuah tidak
sebarang niat tiada menjadi
86
kain corak bertali tangsi
sampan sarat bermuat benang
awan berarak ditangisi
badan melarat di rantau orang
87
kain putih bersimpul pulih
pakaian anak raja perempuan
lain dicita lain yang boleh
sudah nasib badanku tuan
88
kapal belayar ke Majapahit
anak katak dalam ruang
kalau ada nasib yang baik
di mana jatuh tidak terbuang
89
kelemunting di Tanjung Pauh
kapal sarat dimuat jerami
ada untung digantung sauh
kalau tidak, laratlah kami

288
90
laksamana mudik ke hulu
singgah mengemas buah delima
untung saya umpama sagu
laparperut baharu berguna
91
lancang pilan dari selatan
angin bertiup dari utara
hilang pulau, lenyap daratan
namum laut berombak jua
92
layar tumpang saya balikkan
lajunya tidak dapat dikata
tengah lautan jalannya lapang
laksana selat menaruh kota
93
lima belas dayung ke Jambi
bunga nanas di dalam kebun
tidakkah belas memandang kami
siang panas malam berembun
94
ikan pelata ikan tuna
mari diisi dalam sampan
ibarat kata ayam betina
merendah diri beradab sopan
95
nampak perahu terapung-apung
Cik Rasib tukang kemudi
Jangan selalu harapkan untung
Kalau tak nasib mana nak jadi
96
nyiur manis di tebing laut
masak sebiji membilang tandan
abang pergi melangkah laut
adik di rumah membilang bulan
97
orang mumukat ikan gelama
bersampan kolek kayunya pulai
maksud beta tidaklah lama
jikalau kemalangan, entahkan lalai
98
orang menangguk ikan sepat
dapat seekor di sawah padi
terlepas kiri kanan tak dapat
tolak tangga berayun kaki

289
99
orang mengail di Kuala Daik
dapat seekor ikan yu
untung saya untung tak baik
laksana dendang dipupuk bayu
100
orang teluk pergi menjala
dapatlah ikan dua tiga
alangkah buruk untung saya
tidur bertilam air mata

Persekitaran Darat (aktiviti di darat)


1
apabila meraut seludang buluh
siapkan lidi buang miangnya
apabila menjemput orang yang jauh
siapkan nasi dengan hidangnya
2
asam lanjut lebat di lembah
asam salak kendong di kain
kalam sujud kawan menyembah
haram tidak kabar yang lain
3
buah ara bantang dibantun
mari dibantun dengan parang
hai saudara dengarlah pantun
pantun tidak mengata orang
4
berangan besar dalam padi
rumpun buluh dibuat pagar
janganlah syak dalam hati
maklum pantun saya belajar
5
rumpun buluh dibuat pagar
cempedak dikerat-kerat
maklum pantun saya belajar
saya budak baru mengerti
6
buah langsat tepi busut
mari dimuat dalam peti
besar hajat kami menjemput
besar niat didalam hati

290
7
buah pauh dari permatang
dibawa dengan putik kelubi
dari jauh saya datang
bertemu tuanyang baik budi
8
bunga tanjung kembang semalam
pohon tinggi tidak berduri
gelombang besar di laut dalam
kerana tuan saya kemari
9
kalau ada daun bergetah
jangan letakkan di longgok padi
kalau kena pantun sepatah
jangan disimpan dilubuk hati
10
kalau sudah dimabuk pinang
daripada ke mulut biar ke hati
kalau sudah masuk gelanggang
daripada surut relalah mati
11
lembu baru kereta pun baru
baru sekali masuk ke Melaka
tuan baru saya pun baru
baru sekali kenal biasa
12
limau purut jatuh ke lembah
tiba di lembah tumbuhlah duri
pinang mengadap sirih menyembah
jari sepuluh menjunjung duli
13
sirih berlipat sirihpinang
sirih dari Pulau Mutiara
pemanis kata selamat datang
awal bismillah pembuka bicara
14
berpohon lebat pohon mempelam
rasanya manis sedap dimakan
bersebar adat seluruh alam
adat pusaka berpedoman kitab
15
buah duku gugor tergolek
gugur dengan ranting daunnya
tuanku beradu patik mengulik
mengulik lagu serta nyanyiannya

291
16
buah pala di dalam puan
laksamana duduk beradu
tuan bijaksana lagi budiman
bagai mutiara dalam terju
17
bunga pekan dari udara
bunga pengaya tekur sekerat
jika khabar dari Inderaputra
nescaya tersedarlah hati yang ghairat
18
bunga tanjung di atas kota
kedua dengan bunga melati
tuan payung intan mahkota
alangkah suka di dalam hati
19
cantik kembang bunga melati
tumbuh sebatang di tepi kota
patah tumbuh hilang berganti
adat pusaka terpelihara juga
20
daun sirih sudah disusun
siap dengan gambir dan kapur
adat semang pulang ke dusun
adat belut pulang ke Lumpur
21
dibelah-belah dipertiga
pisau raut pembelah rotan
luak dibahagi tiga
adat dibahagi delapan
22
jika pandanku di atas genta
bukan menetak di atas kota
jika aku berkata dusta
bukanya aku anak Indera Nata
23
kalau jagung kulit putih
tidak berbunga masa berbuah
di laut Temenggong, di darat Perpatih
adat berpunca kitab Allah
24
lebat daun bunga tanjung
berbau harum bunga cempaka
adat dijaga pusaka di junjung
baru terpelihara adat pusaka

292
24
lebat-lebat bunga delima
sunting raja naik le Ligor
hendak ditimbang biar bersama
sudah salah sangkut bertabur
25
menanam kelapa di Pulau Bukum
tinggi sedepa sudah berbuah
adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar dari kitab Allah
26
pinang seretak pinang serenti
dihempas mari di atas papan
saya tak tahu kata mengerti
sirih diberi saya makan
27
pohon nangka berbuah lebat
bila masak harum juga
berumpun pusaka berupa adat
daerah berluak alam beraja
28
rambutan dua serangkai
anak tiung dibawah lantai
bau-bauan pemberian puteri
dicium dahulu baru dipakai
29
sejak berduku berkelapa
pandan tidak panjang lagi
sejak bersuku berkepala
badan nan tidak senang lagi
30
bukan lebah sebarang lebah
lebah bersarang di rumpun buluh
bukam sembah sebarang sembah
sembah menyusun jari sepuluh
31
bukan lebah sebarang lebah
lebah bersarang di pohon nangka
bukan sembah sebarang sembah
sembah dengan adat pusaka
32
burung bersarang di pohon zaitun
buah pedada di dalam puan
sahaya mengarang syair dan pantun
hati mesra denganmu tuan

293
33
burung jentayu terbang beriring
mati dipanah jatuh ke limpur
sirihnya layu pinangnya kering
sudilah jamah barang sekapur
34
orang mengali ubi
ubi digali lagi muda
penat saya menabur budi
belum juga mendapat jasa
35
orang menjamu bulan terang
hari Ahad tanah seberang
tuntut ilmu janganlah kurang
ke liang lahad tergolek seorang
36
orang menembak Johor Lama
asap sampai Johor Baru
hajat hati sudah lama
nak cakap takut malu
37
berek-berek turun ke semak
dari semak tutun ke padi
dari nenek turun ke mamak
dari mamak turun ke kami
38
burung punai ekor lebat
singgah bersarang di pohon mengkudu
tiup serunai dipalu gendang nobat
sambil dok ulit raja beradu
39
gajah lengkur kuda beraksa
sudah diadu tiada dihempaskan
tewas lebur badan binasa
tuan puteri tidak kulepaskan
40
gua Bama ditengah negeri
di sana banyak kelawar berteduh
tuan umpama payung berteduh
tempat hamba tumpang berteduh
41
kunang-kunang di atas bukit
uratnya pula turun ke lembah
bersenang-senag saya sedikit
saya hendak berdatang sembah

294
42
merpati makan buah delima
buahnya gugur jatuh ke batu
telah mengirim anak pertama
menjadi anak ibu anak kesatu
43
merpati putih terbang sekawan
terpikat seekor di dekat dapur
untunglah ada anakku tuan
hati yang lara jadi terlipur
44
putih cahaya di kunang-kunang
terbang hinggap di dahan kayu
di antara sirih beradat pinang
di jari sepuluh sembah berlalu
45
rama-rama si kumbang jati
Khatib Endah pulang berkuda
Patah tumbuh hilang berganti
Pusaka lama begitu juga
46
minyak ketiau tumpah dilantai
buah mempelam saya longgokan
di tanah Riau baju dipakai
di tanah Jambi baju diburukkan
47
ambil galah jolok kedondong
galah patah menimpa dahan
bukanya salah ibu mengandong
sudah nasib permintaan badan
48
anak Cina dari seberang
rama-rama di pohon duri
saya datang ke kampung orang
manalah sama kampung sendiri
49
anak enggang di kayu tinggi
patah ranting terbanglah ia
anak dagang tak lama di sini
sampai musim pulanglah ia
50
anak sawa sebesar lengan
hendak meniti batang padi
hendak tertawa tidak berteman
senyum sedikit didalam hati

295
51
anak tiung atas rambutan
berbunyi bertongkah paruh
berhenti kapal di lautan
tiba angin belayar jauh
52
apa digulai orang di ladang
pucuk kacang sela-bersela
apakah untung anak dagang
hari petang tangga berhela
53
apa disesal membeli tudung
tudung saji terendak Bentan
apa dikesal kepada untung
untung terjanji dalam suratan
54
apa guna pokok kuini
tanah ditebat tumbuh lalang
apalah malang nasibku ini
ada sahabat seribu penghalang
55
bajak wangkang di Pulau Tioman
Pulau Pingat jauh dipandang
Sudah terbuang kampung halaman
Teringat ibu rasa nak terbang
56
batang kapas nan rimbun daun
urat terentang masuk padi
jika lepas laut ke tahun
merantau panjang hanya lagi
57
batang padi disarung benah
yang sebelah berjari-jari
Bujang Selamat datang tak pernah
Apakah hajat datang kemari
58
bawa payung hari nak hujan
payung sutera baharu dibeli
sudah untung permintaan badan
kepada siapa hendah disesali
59
bentang tikar duduk menjahit
jahit baju anak Melayu
gunung terbentang dipandang ghaib
bertambah pula hatipun sayu

296
60
berlari-lari bukannya kijang
pandan tersadar dihujungnya
bernyanyi-nyanyi bukannya riang
badan tersedar pada untungnya
61
bila gugur putik pauh
jatuh menimpa dahan kuini
kalau pergi orang jauh
jangan lupa kami di sini
62
buah bacang jatuh ke paya
pokok pauh bernama mangga
apalah malang nasib saya
sudah jatuh ditimpa tangga
63
buah bacang setangkai lebat
lebat bunga gugur putiknya
saya laksana ikan dibelat
habis gugur dengan sisiknya.
64
buah cempedak dari seberang
dibawa orang ke Inderagiri
bukan kehendak daripada orang
kehendak dari badan sendiri
65
buah bacang masak serangkai
burung dekut meniti batang
saya dagang tidak terpakai
bagai melukut di tepi gantang
66
buah pauh buah bacang
bunga pisang di dalam puan
angkat sauh ipat kijang
Pulau Pinang tinggalkan tuan
67
buah pinang dipegang-pegang
bawa mari kampung Cik Daud
bila ingat diriku dagang
air mata jatuh ke lutut
68
buah pinang terbelah dua
sayang dibelah oleh Cik Dayang
apa dikenang sanak saudara
memang sudah nasib berdagang

297
69
Bukit Putus berkeluang
Direndang jagung dihangusi
Hukum putus badan terbuang
Dilihat kampung ditangisi
70
bunga kelapa berikat benang
diikat-ikat berikan saya
diri siapa tidak mahu senang
sudah nasib apakan daya
71
bunga pauh gugur dipagar
gugur bersama bunga betik
berapa jauh pergi belayar
ke kampung juga akhirnya balik
72
burung merpati terbang ke hutan
hinggap di tunggul bersilang kepak
sayupnya hati pandang lautan
bertimbal-timbal ditutup ombak
73
burung tambik burung belatuk
burung singgah angin utara
minta tabik segala datuk
anak dagang buang saudara
74
cempedak dua namanya
buah lempata di ruang jalan
kalau terkenang sebut namanya
air mata dibuang jangan
75
cempedak dua tergantung
sebuah penggulai peda
baru terkenang kepada untung
rasanya hilang iman di dada
76
Cik Abu memanggang punai
Punai dipanggang dibelah dua
Sayunya hati memandang sungai
Sungai tempat mandi berdua
77
dari ladang pergi ke gurun
buluh duri melingkar kota
hari petang hujanpun turun
dagang berurai si air mata

298
78
disusun bajak jo tingka
bajak sawah hampir terlupa
kalau dihitung jejak nan tinggal
jatuh berderai si air mata
79
hari-hari pergi ke darat
pungut lada kendong di kain
hina besi kerana karat
hina manusia kerana miskin
80
hinggaplah hinggap ke kayu tinggi
tumpah darah ke daun pisang
kami datang tumpang ke sini
kain basah kering di pinggang
81
kain baju sutera kembang
letak berlipat dalam almari
lain dituju lain yang tumbang
tidaklah dapat idaman di hati
82
kalau nak tahu di rumpun padi
lihatlah rumpun di permata
kalau nak tahu di untung kami
lihatlah laut petang-petang
83
kalau padi sudah memberat
apa lagi dinanti-nanti
kalau janji sudah tersurat
ke mana pergi tak dapat lari
84
kalau pulang puyuh di ladang
bersahut sambil berbunyi
kalau pulang orang dagang
jangan lupa saya di sini
85
kayu ara tumbuh melintang
mari dipotong dengan gergaji
jikalau tidak aral melintang
ku ulang juga sekali lagi
86
kelam-kabut di tepi padang
anak Belanda cucuh meriam
jangan gaduh hatumu dagang
adalah tempat duduk diam

299
87
kesip-kesip rambutan redan
banyak dipetik tidak berguna
untung nasib permintaan badan
baharu berputik balik berbunga
88
kuda tunggang pasang pelana
tanjak dibeli belum dipakai
rusa ditembak kijang yang kena
hajat di hati masih tak sampai
89
kuini tumbuh di Bandan
ke barat condong buahnya
kalau begini peruntungan badan
alamat melarat kesudahannya
90
makan sirih berkati-kati
hingga habis seraga pinang
alangkah sedih rasanya hati
mengenang nasib dagang menumpang
91
masak nasi dibuat bubur
bubur dicampur dengan gula
hati duka patut dihibur
supaya jangan menjadi gila
92
masak nasi periuk tergantung
pungut puntung dari seberang
tarik nafas kenangkan untung
untung tidak seperti orang
93
mendengut puyuh di pasir gosong
anak murai putih dadanya
tarik nafas kenangkan untung
jatuh berderai air matanya
94
menumbuk di lesung batu
menampi didulang-dulang
apa nasib anak piatu
kain basah kering dipinggang
95
merpati terbang melambung
jatuh tersepit pagar mengkuang
adikku nyawa orang beruntung
jatuh di mata tidak terbuang

300
96
orang Jawa membuat tapai
raginya datang dari seberang
selagi cita-cita tidak tercapai
biar mati di rantau orang
97
padi ini semumba-mumba
daun kurma daun cempedak
macam mana hati tak hiba
entah bertemu entah tidak
98
pergi ke hulu memasang perangkap
tebang tebu tanam di ladang
orang tertipu di dalam gelap
saya tertipu di tengah terang
99
pergi ke padang menyuluh semut
jatuh andang lintang pukang
tidur telentang tarik selimut
baharu tahu diri seorang
100
pergi ke pasar membeli lada
buat gulai ikan parang
terkenang ibu, adik, saudara
hendak pulang tidak berwang.

301
KESIMPULAN

Penyelidikan Seni dan Alam Sekitar dilakukan untuk meneliti sejauh mana penggunaan elemen

alam sekitar dalam proses pembinaan atau penghasilan sesebuah karya seni. Penelitian terhadap

penggunaan ini tertumpu kepada apakah elemen alam sekitar itu dan cara (gaya) atau bagaimana

ia digunakan sehingga lahirnya keharmonisan di antara elemen alam sekitar tersebut dengan

proses pembinaan atau penghasilan karya seni itu.

Empat kajian telah dilakukan terhadap dua bidang seni iaitu Seni Tampak dan Seni

Sastera oleh empat orang pengkaji, meliputi kajian terhadap Motif Alam Semulajadi dalam Kraf

Tradisional Melayu dalam bidang Seni Tampak, kajian terhadap Isu-isu dan Elemen Alam

Sekitar dalam Novel Thriller Pilihan, kajian yang dilakukan terhadap Syair Melayu Klasik dan

Alam Sekitar, dan penelitian terhadap Pantun Melayu dan Alam Sekitar.

Kajian yang dilakukan terhadap motif alam semulajadi dalam kraf tradisional Melayu

menyimpulkan bahawa penciptaan motif-motif dalam kraftangan Melayu banyak dipengaruhi

oleh objek dari alam semulajadi. Eksploitasi bahan dari alam semulajadi bukan sahaja tertumpu

kepada motif sahaja, malah merangkumi semua peringkat penciptaan kraf iaitu bahan asas,

pewarna, peralatan, pencucian dan pembakaran. kreativiti yang terdapat pada bahan ciptaan kraf

telah dikesan sejak zaman neolitik lagi walaupun pada ketika tersebut hasil ciptaan ini lebih

mengutamakan fungsi barangan berkenaan sebagai keperluan untuk kegunaan harian.

Pengalaman yang mereka perolehi secara tidak sengaja dalam proses pembakaran tembikar telah

302
menjadikan manusia Melayu cuba untuk mencipta hiasan-hiasan dari bahan-bahan semulajadi

seperti rotan. Pengaruh dari seni ragam hias gangsa Dong-Son mendorong kraf tangan Melayu

menjadi lebih bergaya lagi. Bertitik tolak dari ini bermulalah ragam hias pada permukaan

barangan kraf sehinggalah unsur-unsur alam bunga, binatang dan kosmos dijadikan motif

penting dalam setiap ragam hias kraftangan.

Kajian ini juga mendapati bahawa motif-motif kraf tradisional bukanlah untuk

memaparkan ‘keindahan semulajadi’ semata-mata tetapi ia turut menggabungjalinkan pendidikan

dan kepercayaan-kepercayaan animisme di sebaliknya. Tukang-tukang seni khasnya ukiran kayu

banyak mengaplikasikan pendidikan moral secara visual iaitu motif ukiran berdasarkan sifat-sifat

binatang yang ada pengajaran baik dan buruknya. Ukiran yang telah siap akan diletakkan di

tempat yang strategik untuk peringatan seisi rumah. Selain daripada konsep pendidikan yang

diterapkan dalam motif berunsurkan alam semulajadi, motif dari sumber ini juga dipercayai

dapat menjaga keamanan sesebuah keluarga daripada diganggu oleh makhluk halus. Motif-motif

seperti kepala cicak disifatkan seperti ‘hulubalang’ yang dapat mengusir makhluk halus di

samping mengadakan upacara-upacara lain untuk tujuan yang sama seperti mengadakan kenduri

tolak bala atau mengamalkan pantang larang bagi mengelakkan kemarahan mahkluk tersebut.

Hasil kajian ini juga mendapati bahawa, di antara pelbagai jenis motif alam semulajadi

yang terdapat pada kraftangan, motif bunga adalah motif alam semulajadi yang paling popular

digunakan. Terdapat persamaan bunga yang digunakan sebagai motif walaupun bentuk, gaya dan

warnanya berlainan mengikut kesuaian bahan dan teknik krafnya. Di antara motif-motif flora

yang banyak diadaptasi pada hampir semua jenis kraf ialah bunga cempaka, raya, cengkeh,

303
tanjung, lawang, daun keladi, tampuk manggis dan pucuk rebung, manakala motif fauna yang

popular pula ialah motif ayam, burung, keluang, siput ikan dan bagi motif kosmos adalah motif

awan. Mereka bukan sahaja rapat dengan alam sekitar tetapi mengetahui kegunaan objek-objek

alam semulajadi itu yang boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada mereka. Bunga ator,

kerak nasi, gedong, ketamguri, asam batu, sarung cekak dan cabit antara tumbuhan-tumbuhan

yang kurang dikenali oleh generasi kini yang amat popular dan berguna kepada masyarakat

Melayu lama.

Hasil kajian ini juga mendapati bahawa tukang-tukang kraf tradisional mendapat sumber

ilhamnya dari tiga jenis motif utama iaitu berdasarkan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bentuk-

bentuk cakerawala yang ada di sekeliling mereka. Motif flora adalah hasil dari tanaman

perhiasan, makanan, pertanian, ritual dan perubatan yang setiap hari mereka lihat berada di

sekitar mereka. Apabila hendak mencipta motif, barulah mereka mengambil bahagian- bahagian

tertentu elemen flora itu untuk digubah menjadi motif yang sesuai dengan bahan asas kraf.

Begitulah juga pengadaptasian terhadap motif fauna dan kosmos; semuanya adalah hasil

hubungan rapat mereka dengan alam sekitar. Oleh itu, adalah lebih tepat lagi jika kita katakan

bahawa masyarakat Melayu lama mengamalkan cara hidup ‘mesra alam’ berbanding dengan

manusia masa kini yang kurang prihatin dengan perkembanagan dan penjagaan alam sekitar.

Analisis yang dilakukan terhadap karya sastera iaitu novel Melayu bersifat thriller pula, didapati

bahawa pengarang telah mengangkat banyak isu dan elemen yang melibatkan alam sekitar dalam

karya berdasarkan watak, perwatakan, plot, malah pemikiran watak. Isu falsafah alam sekitar

ditonjolkan secara bersahaja, mudah dan sederhana tetapi mempunyai pengertian dan makna

304
yang luas dari sudut alam sekitar. Isu falsafah berkenaan tidak sekadar dilihat dari sudut agama

Islam, malah merangkumi fahaman agama Hindu dan diserlahkan melalui tingkah laku watak,

perwatakan serta pemikiran dan diyakinkan pula melalui pengucapan dialog yang kemas.

Kesan yang ditimbulkan oleh pembangunan seperti pencemaran bunyi, udara, jerebu,

banjir kilat, setinggan dan kesesakan trafik juga diangkat secara mudah. Isu sensitif negara

seperti pembinaan Empangan Bakun turut diangkat pengarang ini dalam karya dengan

menonjolkan kegiatan tidak bertanggungjawab media asing yang cuba menggagalkan usaha

berkenaan dan memburukkan projek tersebut pada peringkat antarabangsa.

Pembalakan merupakan isu alam sekitar yang sering mendapat perhatian dunia. Penulis

mengangkat isu pembalakan haram yang dilakukan secara berleluasa terutama di Sabah sehingga

mengakibatkan kerugian yang besar dari sudut ekonomi atau kelestarian alam terhadap negeri

dan negara. Pengarang secara tidak langsung juga telah mengemukakan satu bentuk kegiatan

pembalakan yang bersifat mesra alam dengan mengamalkan corak penanaman semula balak bagi

menampung keperluan kayu kayan pada masa hadapan.

Isu kesihatan awam meliputi beberapa jenis penyakit yang biasa dihidapi masyarakat

Malaysia seperti selesema, kesan merokok, hepatitis dan esophagitis. Pengarang telah

mengangkat beberapa jenis penyakit seperti hepatitis dan esophagitis secara terperinci termasuk

mengemukakan gejala dan simptomnya sebagai pengetahuan tambahan kepada pembaca.

Selesema dan tabiat merokok yang ditemui di sana sini dalam sebahagian besar novel analisis

hanya dikemukakan secara mudah, sederhana dan senang difahami.

305
Isu-isu yang melibatkan undang-undang negara turut ditemui dalam novel analisis seperti

pencerobohan sempadan negara, ordinan Perlindungan Hidupan Liar, sistem tender pembalakan

dan akta Perhutanan Negara. Semua isu ini telah diterangkan secara terperinci dalam novel

kajian secara kreatif dan mengesankan. Sekalipun isu-isu ini melibatkan fakta dan data secara

saintifik, namun kreativiti pengarang mempersembahkan isu berkenaan telah membentuk satu

karya yang istimewa dan bermaklumat.

Meneliti dari sudut elemen alam sekitar pula, elemen alam sekitar biotik ternyata sangat

kuat diserlahkan dan mempengaruhi keberkesanan novel kajian. Pengarang telah mengangkat

alam flora dengan mengemukakan pelbagai unsur bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, kayu

kayan dan buah-buahan hutan. Semua elemen alam sekitar biotik dari kelas flora ini telah

dibaurkan dengan rapi, indah, menarik dan disulam dengan gaya bahasa yang lincah dan segar.

Sekalipun terdapat beberapa unsur flora telah diperincikan tetapi pembaca seakan dapat

menerima deretan fakta berkenaan apabila menggunakan ayat dan bahasa yang sesuai.

Elemen fauna dalam alam sekitar biotik banyak mengangkat fauna darat melibatkan

hidupan liar, binatang ternakan, binatang buruan, unggas dan burung serta serangga. Sebahagian

besar fauna ini merupakan haiwan yang ditemui di kawasan hutan tropika. Hidupan liar lebih

mendapat huraian daripada pengarang ini dengan lebih terperinci dengan mengemukakan corak

kehidupan beberapa spesies hidupan liar seperti serigala, harimau dan ular sawa. Pembunuhan

hidupan liar yang dikatakan ganas dan mengancam manusia seperti harimau telah diserlahkan.

Selain harimau, ular sawa yang menggunakan belitan untuk melemahkan mangsa juga turut

306
diangkat dalam novel-novel kajian secara mendalam dan mudah, tetapi pada masa yang sama

mudah difahami oleh pembaca dan berkesan. Kehadiran burung-burung penghijrah yang

berhijrah mengikut musim tertentu juga turut mewarnai elemen alam sekitar fauna dan

menyerlahkan keunikan yang tersendiri.

Alam sekitar dan budaya yang diketengahkan pengarang ini kelihatan hidup dan mampu

memberi nafas yang berbeza terhadap karya terutama apabila memaparkan banyak cara hidup

dan budaya masyarakat Malaysia Timur. Tingkah laku manusia yang pelbagai dan berwarna

warni ini memberi nilai dan menyerlahkan pemikiran mereka terhadap persekitaran terutama

tentang bagaimana cara gaya mereka berinteraksi dengan alam sekitar.

Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan mengamalkan berbagai-bagai budaya

ini telah ditonjolkan pengarang dengan harmoni berdasarkan amalan agama dan kepercayaan

watak. Agama dan kepercayaan yang diterapkan dalam setiap watak telah membentuk satu cara

gaya dan interaksi yang pelbagai dengan persekitaran. Pengarang ini telah menyerlahkan

beberapa watak yang patuh dengan amalan agama mereka seperti Islam dan Kristian, tetapi pada

masa yang sama wujud juga watak tertentu yang longgar pegangan agamanya. Selain itu,

beberapa ritual dan kepercayaan lain seperti percayakan semangat, penunggu dan mengamalkan

amalan tertentu telah diketengahkan terutama yang melibatkan pelbagai budaya kaum.

Kepelbagaian persekitaran budaya ini menampilkan satu bentuk kelainan terhadap karya, pada

masa yang sama mewujudkan struktur karya yang menarik, serasi, harmoni dan kreatif.

307
Sekalipun analisis ini sarat dengan isu-isu dan elemen biotik alam sekitar, namun elemen

alam sekitar abiotik turut terserlah dengan kehadiran alam sekitar semulajadi dan elemen alam

sekitar buatan manusia. Unsur alam sekitar semulajadi lebih banyak ditonjolkan berdasarkan

unsur cuaca dan iklim dengan mengemukakan unsur hujan, mendung, petir, guruh, angin,

gelombang, embun, kabus dan jerebu selain kehadiran perbezaan antara siang dan malam antara

kawasan di dunia. Badan air seperti laut, sungai dan empangan turut ditemui secara kerap dengan

huraian yang terperinci dan menyakinkan, selain penceritaan secara menarik tentang alam sekitar

semulajadi fizikal dari sudut topografi bumi.

Elemen alam sekitar abiotik juga terserlah dengan penggunaan alam sekitar buatan

manusia yang ditonjolkan melalui alam sekitar buatan manusia yang bersifat konkrit seperti

bangunan dan jambatan; kenderaan seperti kereta, motosikal, bot, rakit, kapal layar dan kapal

terbang; makanan dan minuman, hasil daripada tumbuhan seperti rokok, kertas, ubat-ubatan

tradisional dan alatan serta barangan kraftangan. Semua elemen alam sekitar buatan manusia

yang diserlahkan dalam karya telah dibaurkan secara harmoni, sederhana dan menghidupkan

struktur karya selain membantu menguatkan karya itu sendiri.

Secara keseluruhan, pengarang ini ternyata mampu membaurkan pelbagai unsur, elemen

dan isu alam sekitar dalam novel-novel kajian dengan mengangkat pelbagai fakta dan data

berkaitan secara tersendiri yang akhirnya muncul dalam bentuk kreatif. Sekalipun sarat dengan

ilmu bantu seumpama ini, karya thriller ini masih mampu hidup dan berdiri dalam bentuknya

yang tersendiri; suspen, terpenuh ilmu, mendebarkan, kaya dengan maklumat, tanpa melupakan

unsur-unsur puitis dan kreatif, malah sangat mengesankan. Akhirnya, karya yang dibentuk

308
seumpama ini bukan sahaja mampu menggugah dan mencabar pembaca dengan ilmu yang

dimiliki, malah boleh membentuk karya yang bersifat antarabangsa dan pelbagai. Karya sastera

tidak lagi lahir dari kekosongan ruang anganan pengarang tetapi sarat dengan adunan ilmu hasil

kerja keras dan penyelidikan penulisnya.

Kajian terhadap syair-syair Melayu pula mendapati bahawa kebanyakan elemen alam

sekitar bertindak sebagai latar cerita dan digunakan sebagai perlambangan bagi menyampaikan

maksud cerita khasnya secara analogi. Gabungjalinan yang unik di antara pelbagai kategori

elemen alam sekitar dengan fungsi yang diberikan dalam syair telah menghasilkan satu karya

seni yang kemas, cantik, indah dan harmonis. Cara (gaya) elemen-elemen alam sekitar di bawah

kategori abiotik dan biotik dalam syair-syair yang dikaji mempunyai pelbagai guna seperti

menjadi latar dan perlambangan cerita sama ada diwujudkan secara analogi atau menggunakan

kaedah personafikasi. Perkara yang sama terdapat dalam pantun Melayu yang berjaya

menyampaikan banyak maklumat tentang gaya hidup masyarakat Melayu dahulu dalam interaksi

mereka dengan alam sekitar. Mereka secara kreatif mengabungkan suasana alam sekeliling

mereka dengan nasihat atau maklumat penting yang disampaikan melalui pantun. Pantun Melayu

dahulu berjaya mengabungkan dua perkara penting iaitu aspek kepekaan tentang alam sekitar

dan aspek penyampaian ilmu dan maklumat.

Secara keseluruhan, masyarakat Melayu terutama masyarakat tradisi mempunyai cara

gaya yang tersendiri untuk memaparkan interaksi mereka dengan alam sekitar. Elemen

persekitaran sangat mempengaruhi kehidupan seharian yang boleh ditemui dalam seni ukir dan

seni tampak, selain pelbagai unsur budaya dan cara hidup seperti diterapkan dalan syair dan

309
pantun. Interaksi berkenaan seakan tidak terputus walaupun kehidupan moden mula menular

dalam masyarakat. kehadiran isu-isu dan elemen-elemen alam sekitar dalam novel thriller

membuktikan ganerasi muda juga mempunyai cara tersendiri untuk menggambarkan interaksi

bersama alam.

310

Anda mungkin juga menyukai