Anda di halaman 1dari 4

KONSEP ZUHUD DALAM ISLAM

Oleh: Professor Madya Dr. Abdul Halim Muhammady


PENDAHULUAN
Zuhud adalah satu dari sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan
iman dalam hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Memandangkan zuhud ini penting dalam
kehidupan Muslim maka tulisan yang ringkas ini Cuba memberi huraian terhadap perkara-
perkara berikut; definisi zuhud, asas-asas idea serta tingkatan-tingkatan zuhud, petanda-petanda
dan kepentingannya dalam kehidupan Muslim.
DEFINISI ZUHUD
Perkataan “zuhud’ adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar “zahida” yang
bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya.
Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur’an dengan ungkapan “al-Zahidin” maksudnya
‘orang yang tidak suka’. Demikian jugs penggunaannya di dalam hadith-hadith dengan ungkapan
yang berbeza-beta tetapi mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza. Perkataan Zuhud dalam
penggunaan biasa memberi erti sebagaimana di alas. Tetapi pengertian zuhud yang lebih khusus,
seperti yang dimaksudkan dalam tulisan ini ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara
keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana mentaati Allah s.w.t. sedangkan dia
mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya, tapi is mengelakkan diri dari kegemaran itu dan
meninggalkannya.

ASAS IDEA
Analisa tentang zuhud ini adalah berasaskan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Antara ayat-ayat
yang berkaitan dengannya adalah sebagai berikut:Terjemahan: Lalu mereka menjualnya dengan
harga yang murah iaitu beberapa dirhani yang dihituuzg kerana mereka adalah orang yang tidak
suka kepadanya.
Firman-Nya lagi,

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini
nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak
serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada
sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Al-’Imran 3:14)

RasuluLlah s.a.w. juga pernah bersabda tentang zuhud antaranya ialah;

Zahidlah kamu di dunia nescaya ALlah menciniai kurnu, dun zahidluh kanui apa yang ada pada
tangan manusia, nescaya kamu dicintai oleh manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:


Apabila ALlah menghendaki seseorang itu balk maka dizahidkannya hidup di dunia dan
mengemarkannya kepada akhirat dan mempcrlihatkan kekurangun dirinya.

ULASAN TERHADAP DEFINISI DAN NAS


Difahami darn definisi dan nas-nas di alas jclas mcnunjukkan hahawa apa yang dikehendaki
dengan zuhud itu ialah mengelak dan menyisihkan diri darn pcrkara-pcrkara kcduniaan kcrana
mentaati ALlah dan rnematuhi hukum-Nya.Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dcngan
pcrkara-pcrkara keduniaan itu’? Kita t1dak akan dapat mcmahami hakikat h1dupzulucd, tanpa
mcmahami terlehih dahulu maksud pcrkara-pcrkara kcduniaan iii. Apa yang dimaksudkan
dengan pcrkara-pcrkara kcduniaan itu ialah seperti apa yang dijclaskan oleh al-Our’an. ALlah
s.w.t berfirman:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu:
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-
binatang ternak[186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah
tempat kembali yang baik (surga). – (Al-’Imran – 3:14)

Dalam ayat yang lain pula Allah berfirman,


Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang
melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang
banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani;
kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi
hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya.
Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Kesimpulan dari nas di alas mengenai kehidupan dunia itu ialah kecenderungan manusia dan
tumpuannya dalam usaha mencari kepuasan yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata
tanpa mengambil kira batasan hukum dan adab syara’. Ini termasuklah mencari kepuasan nafsu
dengan perempuan, berbangga dengan anak dan keturunan, tamak dan mengumpul harta
berpikul-pikul, dalam bentuk emas, perak, binatang-binatang ternakan, kebun-kebun dan sawah
ladang. Mereka bukan sahaja berusaha untuk mengumpul harta malah mereka juga turut merasa
bangga dengan pencapaian itu. ALlah s.w.t. meletakkan orang yang menumpukan perhatian
kepada perkara-perkara itu sebagai mereka yang hidup dalam main- dan kelekaan semata-mata.
Kepuasan yang mereka rasai itu sebenarnya kepuasan yang tertipu, bersifat sementara,
merugikan dan melalaikan manusia dari menumpukan kepada hakikat yang lebih bernilai dan
lebih tinggi.

Sungguhpun perkara ini dianggap sebagai perkara-perkara keduniaan tetapi keperluannya kepada
manusia tidak dapat dinafikan. Justeru itu, manusia mengambil manfaat sekadar keperluannya
sahaja, dan itu tidak dikira sebagai keduniaan tetapi sebagai memenuhi keperluan (hajat), dan
keperluan ini adalah sebagai ketentuan yang mesti dipenuhi (darurat). Maka untuk menentukan
pengambilan dan penggunaan perkara-perkara itu secara baik, sifat zuhud ini amat diperlukan
untuk membendung diri dari kegelojohan nafsu manusia itu; nafsu syahawat dan nafsu membina
rasa, melalui rasa keindahan dalam berbagai bentuknya.
Termasuk dalam perkara keduniaan juga ialah cinta hidup lama dan takut kepada mati. ALlah
berfirman:

Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan
perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: Kalaulah mereka taatkan kami (turut
menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian,
hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Al-’Imran 3:168)
Cita-cita ingin hidup lama dan takut kepada mati adalah dikira sebagai perkara keduniaan. Ini
kerana dengan cita-cita itu kita seolah-olah ingin memanjangkan masa untuk memuankan
kecenderungan nafsu yang buas. Kita juga ingin memenulu masa dengan keseronokan yang
bersifat sementara, yang mempunyai kemahuan tanpa batasan.

PERKARA KEDUNIAAN DAN KEPERLUAN


Melalui tujuh perkara yang disebut dalam ayat di atas, terdapat di dalamnya dua penilaian
hukum, iaitu keduniaan dan keakhiratan. Jika penggunaan perkara-perkara yang disebutkan
adalah sekadar keperluannya sahaja maka itu tidaklah dikira sebagai keduniaan tetapi sebagai
darurat dan sebagai hajat yang mesti dipenuhi.” Bagi mereka yang zuhud , perkara yang halal itu
digunakan tidak lebih dari keperluan asasinya kerana mereka takut terlibat dengan persoalan
yang lebih lama dan perkiraan yang lebih panjang di akhirat.

Dalam kita menilai keperluan yang wajib diambil kira sebagai penggunaan dan pengambilan
yang tidak dapat dielakkan, maka keperluan itu harm dilihat dari berbagai aspek. Ini kerana
keperluan itu adalah berbagai; ada keperluan yang wujud dalam hubungan individu, keluarga,
masyarakat dan ada dalam hubungan negara.
Jadi, supaya penyaluran dan penggunaan perkara-perkara di alas tidak membazir dan tidak
melampaui batas-batas hukum, maka zuhud dapat memainkan peranan supaya penyaluran dan
penggunaannya berlaku dengan sebaik-baiknya. Dengan itu penggunaan perkara-perkara itu
bukan lagi bersifat keduniaan tetapi adalah untuk kepentingan akhirat dan keredaan Allah.

TINGKATAN-TINGKATAN ZUHUD
Dipandang kepada pencapaian manusia didapati zuhud itu ada beberapa peringkat;
1. zuhud yang paling rendah ialah zuhud dari perkara-perkara keduniaan, iaitu walaupun
pembawaan dan kecenderungan kepada keduniaan itu masih ada dalam dirinya, tetapi is berjihad
untuk Cuba menjauhkan dirinya dan Cuba mengelak darinya. Orang yang berada dalam
tingkatan ini masih berada dalam bahaya iaitu sekiranya dia dikuasai maka dia akan terjerumus
ke dalam lubuk keduniaan itu.
2. zuhud yang pertengahan ialah apabila seseorang itu meninggalkan perkara-perkara keduniaan
secara taat kepada hukum Allah s.w.t. Ini adalah untuk mengelakkan kehinaan dari perkara itu di
samping kecenderungannya mencari ketaatan dan untuk mendapat keuntungan yang lebih dari
Allah.
3. zuhud yang paling tinggi ialah zuhud yang semata-mata taat kepada ALlah dengan tidak ada
sebarang pertimbangan yang lain. Bagiuya perkara dunia itu tidak ada nilai langsung. Ada atau
tidaknya sama sahaja, jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat, dan dengan meninggalkan
perkara itu dia tidak akan merasai apa-apa kesan pun. zuhud dalam peringkat ini akan
menyebabkan is merasa aman di dalam dirinya kerana kesempurnaan ma’rifatnya, dan tidak ada
sebarang lintasan dalam dirinya terhadap perkara-perkara keduniaan itu.

TANDA-TANDA ZUHUD
Untuk mengetahui zuhud di dalam diri seseorang maka terdapat tiga petanda yang digariskan
oleh Imam Ghazali’S iaitu:
1. Tidak merasa gembira dengan apa yang dapat dicapai dan tidak merasa dukacita dengan apa
yang hilang, iaitu berdasarkan kepada firman ALlah s.w.t.;
Ini adalah tanda zuhud pada harta.
2. Sikapnya sama sahaja sama ada dipuji atau dicela. Ini adalah tanda zuhud pada pangkat dan
kedudukan.
3. Sentiasa mendampingi diri dengan ALlah s.w.t. Hatinya sentiasa dipenuhi oleh kemanisan
ketaatannya kepada ALlah kerana sifat hati sememangnya tidak boleh kosong dari kemanisan
dan kecintaan sama ada kepada ALlah atau kepada yang lain.
ASAS ZUHUD
Tanda permulaan zuhud itu ialah memasukkan dalam hati ingatan yang patuh kepada akhirat,
kemudian timbul kemesraan perhubungan dengan ALlah s.w.t. Ingatan hati secara penuh kepada
akhirat tidak boleh berlaku kecuali apabila seseorang itu hilang ingatan hati kepada keduniaan.
Kemesraan perhubungan dengan Allah pula tidak boleh berlaku kecuali hilang kecenderungan
hawa nafsu. Orang yang bertaubat dari dosa sedangkan is tidak merasa kemanisan taat maka
dirinya tidak akan terjamin aman dari mengulangi kembali, perbuatan dosanya, dan orang yang
meninggalkan perkara dunia sedangkan is tidak merasa kemanisan zuhud maka is akan kembali
pula kepada keduniaan.16

KEPENTINGAN ZUHUD DALAM KEHIDUPAN MUSLIM


Zuhud sebagaimana yang dijelaskan, adalah menimbulkan kecenderungan untuk mengelak dan
menyisihkan diri dari perkara-perkara keduniaan kerana taat kepada ALlah, iaitu mengelak diri
dari perkara-perkara keduniaan yang menghalang dirinya dari sampai kepada tahap untuk
menuju ke arah keridaan ALlah s.w.t.
Zuhud dapat menimbulkan kecenderungan hubungan yang tinggi di antara manusia dengan
ALlah s.w.t, iaitu hubungan yang diasaskan kepada rasa cinta dari ma’rifat ALlah yang penuh
melalui basirah. Di samping itu kesan yang balk dan menyeluruh berlaku dalam tindak-tanduk
seseorang. Ini termasuklah mengambil segala perkara yang ada di hadapannya sekadar keperluan
dan yang lebihan disalurkan untuk kepentingan kebajikan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai