Anda di halaman 1dari 3

Teks pengacara majlis pelancaran Program NILAM

Bissmillahirrahmanirahim pembuka kata

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pemula bicara

Yg berusaha Encik Saipul Anuar bin Sayuti,pengetua SMK Putra Perdana

Yang dihormati,

Pn Hajah Mariam Binti Mohd, Penolong kanan Akademik,

Tuan Haji Rahim Bin Md Husin, Penolong kanan hal ehwal murid,

Encil Zulkifle Bin Abdullah Penolong kanan ko-kurikulum,

Guru-guru yang disayangi dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya maka dapat kita
bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkah majlis pelancaran program NILAM
2018 peringkat sekolah.

Hadirin yg dimuliakan,

Program NILAM merupakan usaha kementerian pelajaran Malaysia yang bermatlamatkan


membina tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah sehingga sekolah
menengah. Rasional program ini untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya dipupuk dalam
kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya bilangan murid selaras dengan hala tuju
kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya bermaklumat.

Ucapan pengetua

Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan menjemput yang
berusaha , Encik Saipul Anuar Bin Ahmad Sayuti, ,pengetua SMK TSL untuk menyampaikan
ucapan sempena majlis pelancaran program NILAM 2018 peringkat sekolah, seterusnya
merasmikan majlis. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha , Tn. Hj Mohd Amin Bin Sulaiman,atas ucapan
perasmian itu tadi.
*PANTUN

Mekar sejambak bunga gubahan,

Jatuh sekuntum di atas peti,

Membaca itu suruhan Tuhan,

Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cerana kesumba indah melati,

Cantik tersemat dambaan puteri,

Ilmu ditimba sepenuh hati,

Kekuatan umat minda bestari.

Gimik Perasmian

Bagi menyempurnakan majlis pelancaran Program NILAM 2013 peringkat sekolah, majlis
mempersilakan Pn Hajah Mariam Binti Mohd untuk menjemput dan mengiringi Encik Saipul
Anuar Bin Ahmad Sayuti bagi membuka kunci untuk big book nilam smki tun sri lanang.

Majlis mengucap terima kasih kepada tuan pengetua Encik Saipul Anuar Bin Ahmad Sayuti dan
Pn Hajah Mariam.

Hadirin sekalian,

Bacaan 10 minit

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan buku selama 10 minit oleh semua warga
sekolah. Diminta pengawas PuSAT SUMBER UNTUK MENGAGIHKAN BUKU.
Persembahan lagu NILAM

Para guru dan para pelajar yang dimuliakan,

Acara seterusnya ialah persembahan nyanyian oleh

_________________________________________

__________________________________________

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya nyanyian tadi, maka sempurna sudah majlis pelancaran program NILAM
2018 peringkat sekolah. Kerjasama daripada semua pihak iaitu murid-murid dan guru amat
diharapkan bagi menjayakan program ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK pelaksana program, para guru dan para pelajar yang
menjayakan majlis ini.

*PANTUN

Kalau ada sumur di lading,

Bolehlah saya menumpang mandi.

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita bertemu lagi.

Sekian,

Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt

Majlis diserahkan semula majlis kepada guru bertugas.

Anda mungkin juga menyukai