Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

Negeri Perak berasal daripada nama Sungai Perak. Negeri Perak wujud pada separuh kedua

abad ke-16 M. Namun sedikitnya ada tiga versi mengenai siapa pengasas kerajaan Perak.Versi

pertama pengasas kerajaan Perak adalah Raja Muzaffar berasal daripada Kampar, Sumatera yang

dijemput Tun Saban untuk dirajakan di Negeri Perak mahupun dihalau daripada Kampar selepas

kemangkatan Sultan Mahmud Shah 1528. Versi kedua menyatakan pengasas Kerajaan Perak

adalah sepupu daripada Raja Beruas bernama Tun Biajit, yang dijadikan sebagai Bendahara

Johor. Manakala Versi ketiga pula menyatakan bahawa pengasas Kerajaan Perak adalah putera

Raja Minangkabau yang dijemput oleh Tun Saban daripada Johor.1

Pada masa awal sistem pengangkutan di Negeri Perak sama juga di negeri-negeri Melayu

yang lain menggunakan jalan sungai sebagai pengangkutan dalam negeri yang utama. Manakala

jalan-jalan darat tidak begitu diutamakan. Walaupun begitu sungai hanya dapat menghubungi

petempatan-petempatan di Kuala sungai dengan kawasan kampung arah ke hulu sungai.

Perkembangan jalan darat lembab kerana keadaan geografi yang tidak sesuai. Pengangkutan

dengan “Gajah atau Lembu” digunakan oleh kaum bangsawan untuk ke kawasan pedalaman.2

Perkembangan sistem pengangkutan di Negeri Perak dalam akhir abad ke 19 dan awal abad

ke 20 adalah dianggap sebagai tempoh kritikal dalam perkembangan sistem pengangkutan moden.

Perkembangan sistem pengangkutan moden di Negeri Perak berkait rapat dengan perkembangan

ekonomi oleh British sejak 1874.3 Semasa pemerintahan kuasa Barat itu, mereka telah mengubah

sistem pengangkutan yang sedia ada seperti sungi-sungai, denai dan jalan-jalan darat kepada

1
Buyong bin Aidil. (1972). Sejarah Perak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 4.
2
Norhayati Binti Omar. Perkembangan Sistem Pengangkutan di Negeri Perak 1870an 1941. Hlm 2.
3
Ibid. Hlm 15.

1
sistem pengangkutan yang lebih moden. Pemodenan dalam sistem pengangkutan ini adalah

disebabkan oleh kepentingan ekonomi. Pada tahap ini pembinaan sistem landasan kereta api dan

jalanraya banyak memainkan peranan menggantikan jalan sungai dan denai-denai sebagai jalan

yang utama. Dengan adanya landasan ini, banyak lombong baru telah dibina dan ini memerlukan

landasan-landasan baru bagi kemudahan pengangkutan hasil yang semakin bertambah seperti

landasan keretapi dari Ipoh ke pelabuhan Teluk Anson.4

PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN ZAMAN TRADISIONAL

Semasa zaman tradisional, pergerakan di Perak masih lagi menggunakan sistem pengangkutan air,

iaitu sungai, denai- denai dan laut yang merupakan jalan semulajadi. Ini menunjukkan sebelum

sistem pengangkutan moden diperkenalkan penduduk di negeri ini sudahpun mempunyai tradisi

perhubungan tersendiri yang digunakan untuk perhubungan antara negeri-negeri. Yang mana,

aktiviti-aktiviti dari luar yang datang ke Perak semuanya melalui laut. Kapal-kapal iaitu kenderaan

yang utama dalam menjalankan perniagaan luar negeri. Manakala, sampan digunakan untuk

kenderaan dipinggir pantai sahaja. Sungai dan laut menjadi sistem jalanraya utama sebelum

kemasukan British. Hal ini adalah disebabkan pertempatan-pertempatan orang-orang Melayu pada

ketika itu memang tinggal dipinggir pantai.5

Sebelum 1874, jalan sungai menjadi jalan utama yang membawa bijih timah ke pelabuhan.

Peranan jalan sungai juga turut menarik sama peranan jalan-jalan darat sebagai jalan yang kedua.

Juga sebagai rangkaian pengangkutan bersama dengan sungai. Di samping jalan hutan, jalan-jalan

4
Norhayati Binti Omar. Perkembangan Sistem Pengangkutan di Negeri Perak 1870an 1941. Hlm 20.
5
Adnan Haji Nawang. (1988). Perak Dahulu dan Sekarang. Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm 56.

2
darat yang berbentuk lorong, denai, runut dianggap penting untuk mengangkut bijih timah, emas

dan lain-lain keperluan ekonomi yang terdapat di kawasan pedalaman. Jadi objektif utama sistem

jalan darat adalah untuk menguhubungkan pusat perlombongon dengan pelabuhan yang

berhampiran dipinggir pantai.6

Pada 1874, apabila pentadbir British mengendalikan pentadbiran di negeri ini, pembinaan

jalan-jalan tetap diutamakan. Penggunaan sungai tetap penting dalam mengendalikan perdagangan

bijih timah yang kian meningkat. Jalan darat turut diutamakan untuk menghubungkan pusat-pusat

lombong dengan pelabuhan. Disamping untuk membaiki sistem yang sedia ada. Pada peringkat

awalnya pihak pentadbir telah menggantikan jalan-jalan semula jadi ini dengan sistem jalan raya

yang dikenali sebagai “Cordery Road” di Larut sepanjang 13 batu pada 1874 tapi jalan ini didapati

tidak begitu efektif kerana ia akan berubah bentuknya mengikut perubahan cuaca terutamanya

apbila cuaca mendung.7

Beransur-ansur jalan darat diperbaiki. Jalan-jalan darat ini dibina pendek-pendek yang

hanya memberi kemudahan untuk kawasan perlombongan saja. Jalan-jalan raya ini dibina untuk

menghubungkan dengan kawasan Larut. Sebatang jalan telah menghubungkan Kotah Kelian ke

Ujong Tembo, yang mana ia berakhir di Sungai Larut. Jalan-jalan yang lain telah dibina dari

simpang ke Bukit Gantang iaitu sepanjang 6 batu. Pada tahun 1875, Kemunting telah mengadakan

perhubungan terus dengan Ujong tembo melalui bandar Taiping. Rancangan untuk

menguhubungkan Bukit Gantang dengan Kuala Kangsar melalui jalan darat sedang dilaksanakan.8

6
Adnan Haji Nawang. (1988). Perak Dahulu dan Sekarang. Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm 56.
7
Wong Lin Ken. (1964). The Malayan Tin Industry to 1914. Asian Studies by the University of Arizona Press,
Tucson. . Hlm.80.
8
Ibid. Hlm.84.

3
Pengangkutan darat yang sering digunakan ketika itu iaitu sebelum kenderaan bermotor

diperkenalkan, kereta lembu adalah kenderaan utama untuk mengangkut bijih timah ke pelabuhan.

Manakala penganduh orang digunakan untuk mengangkut penumpang-penumpang. Secara

beransur-ansur juga, pengangkutan darat menggantikan pengangkutan sungai, terutama setelah

sungai tidak lagi mampu menumpang kegiatan perlombongan yang semakin meningkat. Inisiatif

pihak pentadbir dalam pembinaan sistem pengangkutan juga menjadi asas kepada pengenalan

sistem keretapi dalan jalanraya. Memandangkan pengangkutan darat adalah lebih mudah dan

efektif. Ini disebabkan kawasan-kawasan lombong lebih banyak terdapat dikawasan pedalaman.9

Jika diperhatikan jalan-jalan yang dibina semuanya berada dikawasan Larut kerana Larut

pada masa itu Larut merupakan kawasan yang kaya dengan bijih timah sebelum lombong-lombong

lain ditemui. Pembukaan lombong-lombong baru yang lebih kaya dan peningkatan pengeluaran

bijih timah di Larut sendiri amat memerlukan sistem pengangkutan yang dapat mengangkut

muatan-muatan bijih timah yang kian meningkat. Ini disebabkan pengangkutan kereta lembu yang

dimiliki seperti bijih timah. Ini kerana, kereta lembu hanya mengangkut barangan dengan barang-

barang muatan yang terhad. Lagipun, perjalanan mengangkut barangan dengan kereta lembu

adalah lambat dan tidak cekap. Fenomena yang begini tentulah merugikan pengusaha-pengusaha

lombong dan terutamanya pihak pentadbir sendiri yang sememangnya berpegang pada polisi

mahukan keuntungan. Jadi tidak hairanlah pihak kerajaan negeri sendiri yang mengesyorkan agar

perubahan ke arah system pengangkutan moden dilaksanakan. Selaras dengan perkembangan

ekonomi masa itu. 10

9
Ahmad Murad Bin Abdul Manaf. (1974). Analisa jaringan jalanraya dan hubungannya dengan ciri-ciri sosial
ekonomi bagi tiap-tiap daerah di negeri Perak. Latihan Ilmiah UKM. Hlm 14.
10
Tate, D. J. M. (Desmond John Muzaffar). (1980). Sejarah pembentukan Asia Tenggara. Fajar Bakti. Hlm. 226.

4
Keperluan kepada sistem pengangkutan yang lebih sistematk adalah didesak oleh sungai-

sungai tidak dapat memainkan peranannya lagi. Kegiatan kerja-kerja melombong yang berlipat

ganda mengakibatkna banyak tahi-tahi Malaysia bijih timah dibuang kedalam sungai-sungai

negeri Perak. Kawalan pembuangan tahi bijih timah pada masa awal-awal dahulu disia-siakan

sahaja dan tidak memberi kesan. Dalam jangka masa yang pendek saja, sungai-sungai tertimbun

dengan tahi bijih timah dan alur-alurnya menjadi semakin cetek sehingga perjalanan menjadi

semakin bertambah sukar dan merbahaya. Kerosakan jalan sungai berlaku pada peringkat apabila

negeri Perak sedang dibuka dan pembaharuan cara pengangkutan dan perhubungan adaah penting

sekiranya kadar kemajuan dipercepatkan.11

Sudah jelas jalan sungai tidak lagi mampu memberi perkhidmatan kepada lalu lintas yang

semakin bertambah dan cara pengangkutan yang lebih cekap terpaksa dicari. Namun,

pengangkutan landasan dan pembinaan jalan keretapi yang bermula apabila landasan keretapi

pertama disiapkan pada tahun 1885, memulakan peringkat moden perkembangan pengangkutan di

negeri Perak. Situasi ini memang tepat dengan keadaan. Memandangkan keadaan kewangan

kerajaan negeri mampu untuk membiayai kos pembinaan pembinaan lanadasan tersebut.

Pembinaan landasan untuk kegunaan melombong, tetapi sistem ini telah meletakkan corak untuk

kemajuan negeri yang kemudiannya. Yang mana satu jalinan landasan pengangkutan asas yang

elok telah menjadi salah satu daripada faktor utama bagi perladangan getah. Di mana kemudiannya

memperkembangakan sama sistem jalanraya yang lebih baik yang pola pembinaannya adalah

selari dengan sistem landasan keretapi.

11
Ooi Jin Bee. (1968). Bumi, Penduduk dan Ekonomi di Tanah Melayu. Kuala Lumpur. Hlm.379.

5
PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI PERAK (1870-1941)

Negeri Perak yang menjadi tumpuan Kolonel Inggeris semenjak 1874, menjadikan sistem

keretapi memainkan peranan untuk menggantikan sungai dalam mengangkut bijih timah ke

pelabuhan-pelabuhan. Kini sistem keretapi dibina untuk menghubungkan pusat perlombongan

dengan pelabuhan-pelabuhan utama. Yang mana, dengan pengenalan sistem keretapi turut

memajukan pelabuhan-pelabuhan kerana pengeluaran bijih timah dapat dibawa dengan cepat ke

pelabuhan dan kegiatan perdagangan dan import-eksport dapat berjalan dengan lancar. Tidak dapat

dinafikan bahawa asas pembinaan keretapi adalah atas faktor-faktor ekonomi.12

Pada tahun1902, sistem pengangkutan bermotor dinegeri Perak telah menggantikan sistem

kereta lembu. Pengangkutan bermotor kemuadiannya telah menjadi sebagai sistem keretapi dan

ini dibuktikan dengan adanya banyak jalan raya dibina bukan sahaja menghubungkan kawasan-

kawasan ladang getah tetapi menghubungkan kampung-kampung di kawasan pedalaman.

Pembinaan sistem pengangkutan moden telah memperkembangkan sistem ekonomi di Perak.13

Ianya adalah selaras ekonomi Negeri Perak sebagai ekonomi antarabngsa dan ini menggalakkan

sistem “Free Enterpise” yang menyebabkan golongan kapitalis yang mempunyai sebahagian besar

modal untuk berdagang di negeri Perak.

Sistem pengangkutan moden adalah satu pengalaman baru bagi Melayu, terutama diwaktu

sistem tersebut baru diperkenalkan diakhir abad abad yang ke 19. Dimana penglibatan Inggeris

dan kepentingan bijih timah mula menular keselurh dunia. Perak merupakan negeri tumpuan

pentadbir Inggeris memulakan evolusi permodenan system pengangkutan. Kemudian baru

12
Chan Hon Chan. (1965). The Development of British Malaya 1896- 1909. Kuala Lumpur. Hlm 11.
13
Norhayati Binti Omar. (1982- 1983). Perkembangan Sistem Pengangkutan Di negeri Perak 1870an-1941. Jabatan
Sejarah Universiti Malaya. Sumber Arkib Negara Malaysia. Hlm 21.

6
difikirkan negeri-negeri Melayu yang lain. Sistem keretapi mendapat tempat utama dalam

perancangan ekonomi Inggeris. Dimana system keretapi kelak dapat menjadi alat untuk kuasa-

kuasa pusat di London. Dimana disebabkan fakor-faktor bijih timah dan getah system keretapi dan

jalan raya dibina di Malaya yang dibina bukan semata-mata untuk kebajikan rakyat.14

Sistem pengangkutan yang moden juga turut memajukan bandar dan banyak kesan-kesan

ekonomi dan sosial yang muncul bersama majunya kegiatan kearah ekonomi moden ini.

Perkembangan sistem pengangkutan moden di Perak telah mempercepatkan lagi eksploitasi

ekonomi bagi pihak pentadbir British di negeri ini. Ia juga turut memajukan ekonomi bagi pihak

pentadbir British dinegeri Perak juga menimbulkan polarisasi kaum namun keseluruhannya ianya

adalah asas kearah ekonomi moden.15

Sebenarnya pembinaan sistem kereta Negeri Perak tertakluk kepada perancangan kerajaan

pusat di Kuala Lumpur. Maka sebahagian modal untuk pembinaan bukan sahaja didapati dari

Kerajaan Perak. Malah terdapat juga pinjaman dan kerajaan Negeri Selangor dan kerajaan pusat

sendiri. Semasa proses pembinaan landasan keretapi, terdapat tiga peringkat penting yang

menentukan perkembangan sistem tersebut. Peringkat pertama bermula pada 1885 yang

menghubungkan Taiping dan Port Weld. Peringkat kedua pada 1896 antara Ipoh dan Tapah Road

dengan Teluk Anson. Tahap ketiga ialah bermula adalam masa 1904 sehingga 1909 yang

mengadakan perhubungan terus antara Seberang Perai dengan Singapura. Kerja membina landasan

keretapi yang pertama sepanjang 8 batu telah dimulan dikawasan daerah yang kaya dengan hasil

14
W.E.Maxwell. (1974). A History of Perak. Kuala Lumpur : Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Hlm
45.
15
Ibid. Hlm 47.

7
perlombongan di Larut Perak iaitu menghubungkan antara lombong-lombong di Taiping dan

kawasan pantai muara Sungai Larut dengan Port Weld, pada tahun 1885.16

Sebelum pengenalan sistem keretapi di Perak, sungai- sungai memainkan peranan penting

sebagai alat perhubungan dalam negeri. Lama-kelamaan, lorong-lorong kecil dibina untuk

menghubungkan kampung-kampung dan sungai-sungai. Penemuan kawasan bijih timah baru

menyebabkan perpindahan dari kuala- kuala sungai ke kawasan-kawasan pedalaman. Lorong-

lorong kecil diperbaiki untuk kegunaan kereta lembu. Tetapi sungai-sungai dan lrong-lorong

tersebut tidak memuaskan kerana kegunaanya terbatas. Oleh yang demikian, satu sistem

pengangkutan yang lebih cekap dikehendaki untuk memajukan ekonomi negeri Perak. Ekoran dari

kesedaran ini, keretapi diperkenalkan di negeri itu.17

Pembinaan sistem keretaapi di negeri Perak ini juga adalah terikat dengan usaha-usaha

yang difikirkan oleh pentadbiran negeri-negeri Melayu Bersekutu yang berpusat di Kuala Lumpur.

Atas desakan Sir Frank Swettenham Gabenor Jeneral pada masa itu, usaha-usaha intensif

pembinaan landasan keretapi di negeri-negeri Melayu (Perak, Selangor dan Sungai Ujong)

dijalankan serentak.18 Sebenarnya untuk pembinaan keretapi mempunyai objektif yang utama.

Objektif yang pertama adalah untuk menghubungan Negeri Perak dan Selangor dengan system

keretapi. Dengan cara ini, dapat menerokai kawasan-kawasan yang belum diterokai oleh kerajaan.

Disamping dapat membina jalan-jalan raya moden. Objektif yang kedua, pembinaan landasan

keretapi dapat memasuki kawasan gunung-gunung di Negeri Pahang, terutama di Kuala Lipis

16
W.E.Maxwell. (1974). A History of Perak. Kuala Lumpur : Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
Hlm 56.
17
Ibid. Hlm 60.
18
Ibid. Hlm 62.

8
pusat pentadbiran Inggeris di Pahang. Dengan pembinaan landasan ini dapat menghubungkan

kawasan bijih timah di Raub, Tras, Punyon dan banda-bandar lain.19

Perusahaan bijih timah di Perak

Pada pertengahan abad ke-19, perusahaan bijih timah di Perak telah mula bertukar corak

dengan penemuan kawasan bijih timah yang baru, kemasukan modal orang Cina dari negeri-negeri

Selat dan pengenalan cara-cara perlombongan baru. Keadaan ini telah membawa perubahan dalam

pentadbiran dan politik di Perak dan Semenanjung secara keseluruhannya. Keadaan ini juga

merupakan suatu kesempatan yang telah digunakan oleh pihak British bagi menguasai dan

seterusnya menaungi negeri Perak dan Semenanjung. Semasa pemerintahan British di Perak,

perusahaan bijih timah terus berkembang dengan pesat.20

Pertambahan eksport bijih timah membolehkan pentadbiran British menjalankan

rancangan pembinaan jalan keretapi dan berbagai pembangunan lain. Ekploitasi bijih timah

merupakan sebab utama bagi pembinaan jalan raya dan melalui cukai yang dikenakan ke atas bijih

timah, pihak British memperoleh wang untuk pembinaan jalan raya dan melalui cukai yang

dikenakan ke atas bijih timah, pihak British memperoleh wang untuk pembinaan jalan keretapi

pula. Pembinaan jalan keretapi ini adalah bertujuan untuk memudahkan eksportbijih timah dan

mengimport alat-alat perlombongan, jentera, bekalan makanan dan bahan- bahan lain yang

diperlukan dalam kawasan perlombongan.21

Pembangunan sistem keretapi dapat dikesan dan digolongkan ke dalam dua tahap. Tahap

pertama memperlihatkan pengenalan landasan-landasan keretapi jarak dekat, iaitu menghubungi

19
W.E.Maxwell. (1974). A History of Perak. Kuala Lumpur : Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Hlm 63.
20
Ooi Jin Bee. (1968). Bumi, Penduduk dan Ekonomi di Tanah Melayu. Kuala Lumpur. Hlm 13.
21
Ibid. Hlm 15.

9
kawasan-kawasan perlombongan bijih timah di pedalaman dengan pelabuhan-pelabuhan di pantai

barat negeri Perak. Tahap ini juga mencerminkan dasar ekonomi penjajah bercorak memilih, iaitu

memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang memberi banyak hasil sahaja. Tahap kedua

telah dimulakan dengan kerja-kerja pembinaan landasan keretapi yang menghubungkan sistem

keretapi Seberang Perai dan Selangor dengan sistem keretapi Perak. Proses perhubungan utara-

selatan ini telah memperkukuhkan lagi pemerintahan British dan juga membuka negeri Perak

kepada pemodal-pemodal asing. Bagi Semenanjung pula, kerja-kerja pembinaan landasan keretapi

yang menghubungkan bahagian utara dan bahgian selatannya telah memperkukuhkan lagi

pemerintahan British, terutamanya di negeri-negeri pantai barat.22

Keretapi di Perak

Landasan keretapi yang pertama di Perak dibina di kawasan Larut, suatu kawasan yang

kaya dan menguntungkan dari segi hasil utamanya, bijih itmah. Gagasan untuk membina jalan

keretapi di Larut telah dikemukakan pada tahun 1880, apabila kedua-dua pihak pelombong dan

penjajah menyedari bahawa sistem pengangkutan kereta lembu dan sungai-sungai terbatas dan

kurang memuaskan. Residen Perak telah mendapat persetujuan dari kaum Cina untuk

mendapatkan modal bagi pembinaan jalan keretapi dengan mengenakan royalty ke atas eksport

bijih timah. Angka yang dipersetujui ialah $2.00 ke atas cukai eksport yang berjumlah $10.00 bagi

tiap-tiap bahara. Royalti tersebut telah dikenakan pada 1 Mac 1880. Pada bulan April 1880,

pengenaan royalty itu ditunda kerana keadaan dalam perusahaan bijih timah kurang memuaskan.

Royalti tersebut dikenakan semula pada 1 Januari 1881, dengan persetujuan dari tauke-tauke

Cina.23

22
Ooi Jin Bee. (1968). Bumi, Penduduk dan Ekonomi di Tanah Melayu. Kuala Lumpur.. Hlm 16.
23
Adnan Haji Nawang. (1988). Perak Dahulu dan Sekarang. Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm 30.

10
Anggaran negeri Perak bagi tahun 1881 termasuk peruntukan untuk pembinaan jalan

keretapi ukuran meter ialah sejauh 13 km, iaitu dari Teluk Kertang, pelabuhan Larut ke Taiping.24

Tetapi, sebelum jalan ini diukur Jurutera Negeri berpendapat bahawa Kuala Sungai Sepetang lebih

baik berbanding Teluk Kertang. Jadi pangkalan di Sungai Sepetang, yang dinamakan Port Weld,

dipilih untuk menggantikan Teluk Kertang. Jarak di antara Taiping dengan Port Weld ialah 13 km

juga. Pembinaan jalan keretapi bermula pada tahun 1882, tetapi pihak pentadbir menghadapi

masalah kekurangan tenaga buruh India. Kerajaan Ceylon menghantar dua pasukan dari Pioneer

Corps Ceylon untuk membantu kerajaan Perak. Landasan tersebut disiapkan pada 1885 dan dibuka

untuk trafik pada 1 Jun 1885. Kos pembinaannya berjumlah $7,000 setiap 1.6 km. Landasan ini

merupakan landasan yang termahal di Semenanjung. Semua kos pembinaan dibiayai oleh kerajaan

Perak dari pendapatan negeri.25

Keretapi Port Weld-Taiping memudahkan pengangkutan bijih timah dari Taiping ke Port

Weld. Di Port Weld, kapal-kapal wap membawa bijih timah ke pelabuhan Pulau Pinang untuk

dieksport ke Eropah.26 Kemudahan jalan keretapi ini juga menyenangkan import buruh, bekalan

dan jentera-jentera untuk perusahaan bijih timah. Oleh yang demikian, kos pengeluaran bijih timah

juga dapat dikurangkan. Kejayaan landasan tersebut menyebabkan pelombong-pelombong Cina

di kawasan-kawasan lain mendesak kerajaan membina jalan keretapi di kawasan-kawasan yang

dikerjakan oleh mereka. Mereka kemudiannya telah terpaksa mencari kawasan-kawasan

perlombongan baru kerana kebanyakan kawasan di Larut telah dikerjakan. SUatu kawasan yang

menarik perhatian mereka ialah Lembah Sungai Kinta. Ramai Pelombong Cina berhijrah ke sana

untuk membuka lombong-lombong baru. Oleh yang demikian, kerajaan Perak membina pula satu

24
Council Minutes Perak
25
Adnan Haji Nawang. (1988). Perak Dahulu dan Sekarang. Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm 32.
26
Annual Report Perak 1883, hlm 51; Annual Report Perak 1887. Hlm 105.

11
jalan keretapi dari Taiping ke Kemunting pada 1890 dan melanjutkan landasan itu ke Hulu

Sepetang ( yang dahulunya dikenali sebagai Belanda Mabuk ) pada 1892. Tujuan kerajaan Perak

ialah untuk menggalakkan pembukaan Kamunting dan Selama. Jadi peralihan dalam aktiviti

perlombongan dari Taiping ke Ipoh turut menyaksikan peralihan dalam sistem pengangkutan dari

Taiping ke Ipoh.27

Tidak lama kemudian, tauke-tauke Cina di Gopeng meminta kerajaan membina satu jalan

keretapi dari Lembah Sungai Kinta ke Teluk Anson ( Teluk Intan ). Mereka juga bercadang untuk

meminjamkan $15000 kepada kerajaan dengan kadar faedah 5 % setahun.28 Kerja pembinaan

bermula pada awal tahun 1891. Menjelang Mei 1893, Taiping dihubungi dengan Teluk Anson

dan menjelang 1896, sudah terdapat perhubungan terus di antara Ipoh dengan Teluk Anson.

Landasan-landasan keretapi bukan sahaja memudahkan pengangkutan dalam negeri dan

mengurangkan kos pengeluaran bijih timah, tetapi juga merupakan satusumber pendapatan baru

untuk kerajaan negeri Perak.

Selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Residen Jeneral Pertama Frank

Swettenham mencadangkan supaya dibina satu landasan utama dari Utara ke selatan

Semenanjung. Untuk negeri Perak, Frank Swettenham mencadangkan supaya dibina satu jaan

keretapi dari Taiping ke Chemor agar dapat menghubungkan jalan keretapi Kinta dan Larut.

Seterusnya, beliau juga mencadangkan agar membina jalan keretapi dari Taiping ke Kuala Prai di

Seberang Prai untuk menghubungkan sistem keretapi Perak dengan sistem keetapi Seberang Prai.

Akhir sekai, cadangan untuk pembinaan jalan keretapi dari Tapah Road ke Kuala Kubu untuk

menyambungkan sistem keretapi Perak dengan sistem keretapi Selangor. Walaupun pada mulanya

27
Adnan Haji Nawang. (1988). Perak Dahulu dan Sekarang. Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm 35.
28
Annual Report Perak 1893, hlm 11; 1896, hlm 28

12
timbul bantahan terhadap rancangan Swettenham, akhirnya projek beliau diterima oleh Gabenor

di Singapura. Pembinaan sistem keretapi ini bermula pada tahun 1896. Landasan keretapi dari Ipoh

dihubungkan ke Tanjung Rambutan dan Chemor dan dibuka pada 1896.29

Pembinaan landasan keretapi ke Sungai Siput diselesaikan pada 1897 dan seterusnya

disambungkan ke Engkor pada 1898. Pembinaan sistem keretapi juga berlaku di Seberang Prai

dan di Selangor. Pada tahun 1902 sistem keretapi Seberang Prai dihubungkan dengan sistem

keretapi Perak. Kemudian pada tahun 1903, sistem keretapi Perak dihubungkan dengan sistem

keretapi Selnagor. Dengan terlaksananya rangkaian perhubungan ini maka tamatlah tahap kedua

dalam pembangunan sistem keretapi di Perak. Sambungan-sambungan jalan keretapi baru juga

menyebabkan pembukaan lading-ladang baru untuk penanaman getah pada awal kurun ke-20.

Jikalau pada tahap pertama menyaksikan perkembangan pesat dalam perusahaan bijih timah, maka

setelah selesainya tahap kedua, menyaksikan pula pengenalan perusahaan getah di Perak.30

Sumbangan Sistem Keretapi

Sistem keretapi di negeri Perak membolehkan pihak penjajah membuka negeri untuk

pelaburan modal secara besar-besaran oleh pelabur Cina dan pelabur Barat. Mereka

telahmelaburkan modal dalam perusahaan bijih itmah serta penanaman tebu, kopi dan getah.

Dalam sector perlombongan, Perak muncul sebagai pengeluar getah yang penting [ada awal kurun

ke-20. Kedua-dua aktiviti tersebut mengakibatkan kemasukan ramai orang asing dalam ekonomi

dan masyarakat di Perak. Akhirnya ekonomi di Perak tertumpu kepada ekonomi eksport yang

29
Adnan Haji Nawang. (1988). Perak Dahulu dan Sekarang. Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm 36.
30
Ibid. Hlm 37.

13
mementingkan dua bahan utama ini dan seterusnya ekonomi tersebut menjadi terikat kepada

ekonomi dunia.31

Sistem Keretapi Semasa Pendudukan Jepun

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, pentadbirannya telah memberi keutamaan

kepada landasan utama di antara Singapura dan Bangkok. Jalan-jalan keretapi lain tidak

dipentingkan kecuali yang menghubungkan Kuala Lumpur-Port Swettenham (Pelabuhan Klang)

dan Seremabn-Port Dickson sahaja.32 Dengan itu, kerja-kerja alas rel serta rel-rel bagi jalan-jalan

keretapi yang dianggap tidak penting itu dipindahkan untuk kegunaan di tempat-tempat lain. Di

Perak, landasan keretapi Taiping-Port Weld dan Tronoh-Teluk Anson dipindah dan dihantarkan

ke luar negeri Perak untuk digunakan bagi pembinaan jalan keretapi Thai-Burma dan Segenting

Kra. Tetapi tidak lama selepas itu orang Jepun menyedari kesilapan mereka kerana jalan keretapi

Taiping-Port Weld amat penting dalam gerakan mereka. Jadi mereka mengimport rel ringan dari

Jawa dan membina semula landasan tersebut dengan menggunakan kayu bahau sebagai kayu alas

rel. Jadi landasan Port Weld- Taiping dihidupkan semula.33

PEMBINAAN JALANRAYA DI PERAK

Kesan perkembangan pengangkutan keretapi, telah menyebabkan terbentuknya tanah-tanah

baharu untuk kawasan pertanian. Ini memerlukan satu jalinan sistem pengangkutan yang lebih

mudah yang dapat melalui kawasan-kawasan pertanian dengan lebih jauh ke pedalaman terutama

setelah kemasukan getah di negeri Perak. Sistem jalan raya yang baik memainkan peranan yang

utama dalam menghubungkan kawasan ladang-ladang getah dengan stesyen keretapi dan

31
Adnan Haji Nawang. (1988). Perak Dahulu dan Sekarang. Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur.Hlm 38.
32
Ibid. Hlm 38.
33
Ibid. Hlm 39.

14
pelabuhan. Pada permulaan perusahaan perhubungan, pergerakan di darat hanya menggunakan

jalan sungai dan kemudian telah digantikan dengan jalan baru yang mempunyai lebar enam kaki.

Pembaharuan selanjutnya pembinaan jalan untuk kegunaan kereta lembu yang mana ianya dapat

menghubungkan lombong-lombong, bandar-bandar, pusat pentadbiran dan jalan keretapi

terdekat.34

Penguasaan British di Perak, seterusnya pembentukan persekutuan telah membawa kepada

pembangunan yang selari dengan integrasi pembinaan sistem jalanraya. Pembinaan dan

perkembangan jalanraya pada masa itu mempunyai tujuan. Yang pertama, jalanraya berfungsi

untuk membawa bekalan makanan kedua-dua pusat pelabuhan dan jalan-jalan keretapi yang baru

dibina. Kedua, jalanraya dibuka untuk perusahaan tanah pertanian dimana jalinan jalan yang

teratur memberi kemudahan kepada ekonomi yang tertumpu di Malaysia dan ketiga ianya dapat

mendekatkan jarak satu kawasan. Pembinaan jalanraya dicapai hanyalah diawal abad ke-20.

Jalanraya pada peringkat awal dilakukan dikawasan perlombongan iaitu menghubungkan

lombong- lombong dan stesyen keretapi. Ini bertujuan memudahkan proses membawa keluar bijih

timah ke stesyen keretapi disamping membawa bekalan makanan dan keperluan lain ke kawasan

lombong. Ini adalah kerana landasan keretapi tidak dapat disambungkan hingga ke kawasan

lombong disebabkan oleh keadaan geografi yang tidak mengizinkan.35

Pembinaan jalan kereta lembu pertama dan terpenting di Perak telah dilakukan untuk

menghubungkan Marang dengan Taiping. Pada tahun 1875 jalan kereta lembu ini telah diluaskan

dan disambungkan ke Munsing kemudian ke Kerian. Dalam tahun 1896, bila harga kopi di Perak

jatuh, peladang tidak lagi berminat untuk menanam kopi. Mereka kemudiannya beralih kepada

34
Winstedt, Sir Richard Olof. (1934). A History of Perak. Singapore : Malaya Pub House. Hlm 15.
35
Ibid.Hlm 17.

15
penanaman getah dan ini telah meningkatkan kemajuan ekonomi Perak. Sebenarnya sistem

jalanraya yang lebih baik dan teratur adalah akibat dari pengenalan getah. Pembinaan jalanraya

yang mulanya tertumpu kepada ladang getah kemudiannya digabungkan ke kawasan pelabuhan-

pelabuhan dan pusat perdagangan.36

Sistem jalanraya yang bermula di Utara landasan Lembah Kinta hingga ke Tanjung

Rambutan telah di sambungkan ke Sungai Siput37. Jalan raya ini kemudian diusahakan

pembinannya ke Batu Gajah dan Ipoh iaitu kawasan yang kaya dengan bijih timah dan getah

Pembinaan jalanraya ini diuruskan oleh kerajaan negeri sendiri disamping kerjasama antara sebuah

kerajaan negeri dengan kerajaan negeri yang lain contohnya Perak dan Selangor yang

membawajalanraya antara jalan Tapah ke Tanjung Malim sehingga ke Kuala Kubu. Dari Kampar

sistem jalanraya telah disambungkan ke Batu Gajah dan Kuala Lipis di Pahang.38

Sebelum kenderaan bermotor di perkenalkan, sistem jalan raya adalah kurang penting. Ini

adalah kerana cara pengangkutan utama iaitu kereta lembu adalah lambat, mahal dan muatannya

adalah terhad dan ini merugikan pihak kolonial Inggeris memandangkan eksport getah yang kian

bertambah. Ini memerlukan sistem jalanraya yang moden dan cara pengangkutan lama perlu

ditukar. Di dalam proses memajukan sistem jalan raya, jalan kereta lembu yang lama telah dibina

selebar 16 kaki diatas tapak 22 kaki lebar diantara parit, manakala permukaan jalan pula dibatukan.

Tenaga buruh diperlukan untuk pembinaan jalan raya, yang mana kebanyakan buruh ini datang

dari India. Kemudahan untuk mendapatkan batu- batu granit dan batu kapur telah merancakkan

36
Winstedt, Sir Richard Olof. (1934). A History of Perak. Singapore : Malaya Pub House. Hm 34.
37
Lofti Ismail. (1976). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Utusan Melayu, Kuala Lumpur. Hlm 20.
38
Ibid. Hlm 25.

16
proses pembinaan jalan raya. Selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, pembinaan jalan

raya bertambah giat, kira-kira 4000 daripada 6000 batu jalanraya adalah berturap.39

Selepas kemasukan kenderaan bermotor pada tahun 1902, pengangkutan jalan raya amat

penting. Ianya menjadi salah satu pengangkutan darat yang utama dan bersaing hebat dengan

keretapi. Ini adalah kerana ianya lebih senang dan sesuai dengan keadaan tempatan dimana ia dapat

berhubung dengan tempat-tempat terpencil disamping kosnya yang lebih murah. Apabila

kenderaan bermotor banyak digunakan oleh orang ramai, jalan raya mula bertanding dengan jalan

keretapi perlahan-perlahan mengikut arah yang sama dengan keretapi di barat Tanah Melayu.

Kemajuan ekonomi yang lebih maju di negeri Perak dari negeri-negeri lain telah memberi peluang

untuk meneruskan sesuatu yang baru iaitu perkembangan sistem pengangkutan.40 Perkembangan

sistem pengangkutan di Perak dan Malaysia amnya adalah merupakan suatu prestasi yang baik dan

amat penting. Tahun 1940-an, terutama selepas Perang Dunia ke-2 banyak perubahan telah

dilakukan dalam memajukan sistem pengangkutan.

KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP SOSIO

EKONOMI NEGERI PERAK

Didalam menjalankan rangka pembangunan terhadap negeri yang dijajah memperkenalkan

sistem pengangkutan moden adalah menjadi salah satu dari tugas utama pentadbir baru. Jadi

didalam proses perkembangan sistem pengangkutan ia memberi kesan langsung terhadap faktor

sosioekonomi di sesebuah negeri tersebut. Dimana perkembangan sistem pengangkutan moden

telah membawa satu era baru dalam negeri-negeri yang menjalankannya.

39
Ooi Jin Bee. (1968). Bumi, Penduduk dan Ekonomi di Tanah Melayu. Kuala Lumpur. Hlm 41.
40
Ibid. Hlm 45.

17
Sebagai contoh, Negeri Perak, yang mula-mula mengasaskan sistem pengangkutan moden

di Malaya yang mendatangkan kesan secara langsung atau tidak langsung dalam bidang ekonomi

dan sosial dapat dilihat dengan jelas. Pada abad ke19 iaitu peringkat kemajuan perusahaan

perlombongan bijih timah, sumbangan terbesar yang dilakukan oleh pihak British berhubung

dengan hal ini ialah dalam bidang pengangkutan. Yang mana, peruntukan dalam belanjawan negeri

ternyata amat besar, iaitu hampir 50% daripada jumlah perbelanjaan dari tahun 1880an. Manakala

setelah pengenalan industri getah di Malaya, ia berkait pula dengan pembinaan jalan raya. Di mana

kegiatan membina jalan raya begitu memuncak sehingga ia dapat menandingi dengan kegiatan

pembinaan sistem keretapi. Jalan raya telah dibina lebih dari 1,700 batu dengan kos sebanyak

25,000 bagi tiap-tiap satu batu.41

Di sini dapat dilihat dengan jelas dari segi peruntukan perbelanjaan yang disediakan oleh

pihak British menunjukkan bahawa pembinaan sistem infrastruktur moden itu amat penting dalam

sesebuah tanah jajahan. Ia memberi kesan pada kedua belah pihak iaitu pihak pentadbir dan rakyat.

Pihak Brtitish mewujudkan sistem pengangkutan moden iaitu keretapi dan jalan raya adalah untuk

kepentingan ekonomi. Di mana pengenalan sistem pengangkutan moden itu telah membawa

keuntungan yang berlipat ganda dalam mengeksploitasi sumber-sumber bahan mentah di negeri

ini.42 Bijih timah dapat di keluarkan dengan lebih banyak dari proses mengeksport dan mengimport

bahan-bahan ini ke pelabuhan dapat dilakukan dengan lebih cepat. Kesannya dapat dilihat dari

bertambahnya pengeluaran bijih timah setelah sistem keretapi pertama, antara Taiping dan Port

Weld 1885 di perkenalkan. Adanya pembukaan lombong-lombong baru setelah kegiatan

41
Wong Lin Ken. (1964). The Malayan Tin Industry to 1914. Asian Studies by the University of Arizona Press,
Tucson. Hlm 50.
42
Ibid. Hlm 56.

18
perlombongan di Larut menggalakkan yang turut sama membawa kepada sistem perlombongan

yang lebih moden dan cekap. Ia itu pengenalan kepada sistem kapal korek di Lembah Kinta. 43

Di samping itu pengenalan dan perkembangan sistem keretapi telah membawa kepada

pembukaan hutan yang luas. Fenomena ini telah membuka bidang yang luas untuk kegiatan

pertanian. Terutamanya kegiatan perladangan getah yang turut menyumbangkan keuntungan yang

berlipat ganda terhadap negeri ini yang turut meletakkan negeri ini di samping kepentingan bijih

timah sebagai salah sebuah negeri yang termaju ekonominya di Malaysia. Di mana kemajuan

perladangan getah turut memajukan sistem jalan raya terutama setelah sistem kenderaan bermotor

di perkenalkan di Perak 1902. Usaha-usaha ini dapat dilihat dengan memperbaiki,

memperbanyakkan dan memodenkan lagi jalinan sistem pengangkutan di sesebuah kepentingan

di dalam bidang ekonomi yang bertambah. 44

Dengan kegiatan dan perkembangan sistem pengangkutan moden dapat dilihat dari

pertambahan pengeluaran bijih timah yang dikeluarkan di negeri Perak. Pertambahan pengeluaran

bijih timah begitu jelas, terutama setelah sistem keretapi pertama Taiping – Port Weld memainkan

peranannya. Di mana ekoran daripada pertambahan ini lebih banyak sistem landasan keretapi di

bina dan banyak lombong-lombong baru di buka. Pembinaan landasan keretapi yang baru

mewujudkan beberapa pelabuhan baru yang mempunyai kepentingan untuk memasarkan bijih

timah ke kawasan tersebut. Seperti pembinaan landasan keretapi antara Ipoh dan Teluk Anson

adalah untuk memasarkan bijih timah dari Lembah Kinta, yang kini merupakan lembah yang

terkaya dengan bijih timah di dunia. Perkembangan sistem jalan raya telah membawa kesan

ekonomi, di mana ia membawa bersama pengenalan kenderaan bermotor di Perak, yang turut

43
Wong Lin Ken. (1964). The Malayan Tin Industry to 1914. Asian Studies by the University of Arizona Press,
Tucson. Hlm 60.
44
Tate D.J.M. (1980). Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Fajar Bakti. Hlm. 224.

19
membawa pembinaan jalan raya lebih ditumpukan hingga dapat menyaingi perkhidmatan sistem

keretapi. 45

Kegiatan pesat sistem pengangkutan juga telah membawa kepada pertumbuhan bandar-

bandar dan kampung baru yang kemudiannya menjadi bandar-bandar besar dalam pentadbiran

British. Kebanyakkan bandar-bandar wujud disebabkan oleh kemajuan yang pesat dalam

perlombongan bijih timah. Di mana di bandar-bandar seperti ini dilengkapi dengan kemudahan

infrastruktur. Sebagai contoh, perkembangan bandar Taiping, pada suatu ketika ia dijadikan

sebagai ibu negeri Perak dengan tersedianya pusat perkhidmatan sistem keretapi negeri Perak yang

juga menjadi penyambung utama antara perkhidmatan sistem keretapi ke utara dan ke selatan.

Setelah Lembah Kinta dapat menyaingi Lembah Larut, bandar Ipoh pula dibuka. Kemajuan bandar

Ipoh telah menjadikan pusat pentadbiran Negeri Perak dari Taiping. Ipoh kini menjadi bandar

utama di negeri Perak. Di mana semua jabatan kerajaan didirikan di bandar kini.

Penghijrahan kaum-kaum imigran kian bertambah dari tahun ke setahun begitu ketara,

terutama setelah sistem pengangkutan moden di majukan. Terutama kedatangan orang-orang Cina

telah bertambah. Penumpuan mereka dapat dilihat di kawasan-kawasan lombong. Sehingga jumlah

mereka di satu-satu kawasan telah Berjaya menyaingi jumlah penduduk Melayu. Dapat dilihat di

mana dalam jangka 10 tahun, pertambahan penduduk China berlipat kali ganda sekali. Sebagai

contoh dalam tahun 1891, penduduk China di Perak berjumlah 94,000 orang. Manakala, pada

1901, ia telah meningkat kepada 149,000 orang.46 Petempatan penduduk China ini lebih banyak

tertumpu di kawasan lombong di mana mereka memberi sumbangan modal terbesar dalam

kegiatan melombong di Perak. Kedatangan mereka beramai-ramai memang begitu baik kerana

45
Armajit Kaur: Road or rail? Competition in Colonial Malaya 1909-1940. Hlm. 52
46
Lofti Ismail. (1976). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Utusan Melayu, Kuala Lumpur. Hlm 57.

20
telah memberi sumbangan terbesar dalam bidang ekonomi. Di mana peranan mereka telah

membawa ekonomi negeri Perak kepada ekonomi moden.

Tetapi dari segi kesan sosial polarisasi kaum ini tidak begitu mendatangkan kebaikan pada

penduduk tempatan sendiri. Juga ia telah mengubah corak struktur petemptan di negeri Perak.

Kedatangan kaum-kaum China dan kemudian India yang punya tujuan ekonomi semata telah

membelakangkan orang-orang Melayu dalam bidang ini. Kebanyakan saham dalam perusahaan

melombong bijih timah, sebahagian besarnya dimiliki oleh orang-orang China. Orang- orang

Melayu memang sukar untuk merebut peluang didalam bidang ini.47

Kedatangan kaum-kaum imigran ini juga turut menambahkan bilangan penduduk di

Malaya, dimana di negeri-negeri yang punya kepentingan bijih timah, penduduk Chinanya lebih

ramai malah menandingi jumlah orang- orang Melayu di satu-satu kawasan terutama di kawasan

bandar. Penumpuan kawasan petempatan yang tidak seimbang ini telah melahirkan satu corak

yang mengikut selera British iaitu corak “Divide And Rule”. Di mana orang-orang Melayu masih

mengekalkan cara tradisinya, tinggal di tepi-tepi sungai, sebagai petani atau perkembangan

infrastruktur moden. Orang –orang China pula kebanyakkannya tinggal dibandar-bandar besar,

seperti Ipoh dan kawasan lombong. Berperanan sebagai tulang belakang British dalam memajukan

kepentingan ekonomi mereka di negeri ini. Dengan disediakan dengan kemudahan infrastruktur

moden, oleh pihak British. Manakala orang India pula lebih banyak bekerja sebagai buruh di

ladang –ladang getah, pelabuhan dan stesyen keretapi. Mereka lebih dikenali sebagai “kuli” yang

mengekalkan petempatan mereka di kawasan tersebut.48

47
Lofti Ismail. (1976). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Utusan Melayu, Kuala Lumpur. Hlm 40.
48
Ibid. Hlm 43.

21
Perkembangan sistem sosial yang tidak seimbang ini di rasai akibat dari kesan

perkembangan sistem pengangkutan yang kurang memikirkan kebaikan penduduk. Pembinaan

sistem pengangkutan moden pada tahap ini lebih banayak tertumpu di kawasan – kawasan yang

punya kepentingan ekonomi. Ini tidak dapat di elakkan kerana Perak dan Malaya keseluruhannya

di tadbir oleh pihak penjajah. Yang tujuanutamanya adalah untuk kepentingan ekonomi, yang

mahu membolot kekayaan ekonomi di negeri ini. Perkembangan sistem pengangnkutan sistem

pengangkutan moden, di samping turut memodenkan negeri ini dengan mengekalkan sistem

tradisi. Ia telah turut sama membawa sistem ekonomi kepada bercorak moden.49

Di mana sebelumnya sistem ekonomi negeri Perak adalah bercorak tertutup dan dan terikat

dengan cara tradisi. Tapi dengan adanya sistem pengangkutan moden telah mendedahkan sistem

ekonomi kepada corak yang lebih terbuka, kepada yang bercorak lebih komersial, perdagangan

dan berdasarkan sistem kewangan. Ekonomi negeri Perak telah didedahkan pada sistem ekonomi

antarabangsa yang mana pihak- pihak kapitalis memainkan pernaan utama dalam membekalkan

modal dan memiliki sebahagian besar modal dalam sistem ini. Ini terbukti kesan dari kegiatan

pemodenan, dimana kebanyakan ladang- ladang getah dimiliki oleh pemodal-pemodal asing.

Seperti syarikat Dunlop, syarikat Guthrie dan pemodal- pemodal China di kawasan lombong,

memang berleluasa mengaut kekayaan di negeri ini dan Malaya keseluruhan. Jika di lihat

penduduk peribumi memang tidak berpeluang langsung untuk menyertai atau melaburkan modal

dalam bidang ini disebabkan tiada peluang dan tidak berkemampuan.Pendedahan kepada ekonomi

bercorak terbuka dan komersial, juga terikat dengna perkembangan ekonomi antarabangsa,

menyebabkan berlakunya penggantungan ekonomi pada kuasa penjajah. Perak dan Malaya terikat

49
Lofti Ismail. (1976). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Utusan Melayu, Kuala Lumpur. Hlm 47.

22
pada jatuh bangun ekonomi antarabangsa dan pada polisi yang dijalankan oleh British di negeri

ini.50

Di mana negeri ini terpaksa mengeluarkan bahan utama atau mentah iaitu getah dan bijih

timah. Manakala pihak British mengeluarkan bahan-bahan siap. Proses ini selalunya hanya

menguntungkan sebelah pihak saja, dan merugikan pihak lain. Umpamanya dalam zaman

kemelesetan 1930an, Malaya mengalami kejatuhan ekonomi yang begitu teruk sekali.51 Bijih

timahnya mendapat saingan dari negeri- negeri lain. Harga getah jatuh keperingkat yang rendah

sekali. Kejadian ini disebabkan kita hanya menumpukan bahan eksport hanya kepada dua bahan

mentah ini saja. Tidak dapat dinafikan juga, perkembangan sistem pengangkutan moden telah

meletakkan negeri Perak berkembang. Yang mana, sistem pengangkutan bermotor mula di

perkenalkan di negeri ini pada 1902 dengan pelbagai jenis kenderaan bermotor dan seterusnyan

diperkenalkan di negeri-negeri yang lain. Kemajuan perkhidmatan sistem pengangkutan moden di

Perak ini boleh dianggap sebagai modal untuk memajukan sistem perhubuhngan dengan negeri

lain. Yang mana perkembangan sistem pengangkutan telah memajukan ekonomi Malaya.52

50
Lofti Ismail. (1976). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Utusan Melayu, Kuala Lumpur.
51
Norhayati Binti Omar. (1982- 1983). Perkembangan Sistem Pengangkutan Di negeri Perak 1870an-1941. Jabatan
Sejarah Universiti Malaya. Sumber Arkib Negara Malaysia. Hlm 65.
52
Ibid. Hlm 67.

23
PENUTUP

Proses perkembangan sistem pengangkutan tradisi yang menggunakan sungai-sungai, kepada

sistem yang lebih moden merupakan rangka pembangunan yang memberi kepentingan secara

langsung kepada pihak pentadbir. Maka disebabkan oleh faktor kepentingan ini menjadi tugas

utama untuk memodenkan sistem-sistem lama yang ada di negeri- negeri yang dijajah. Di negeri

Perak, perkembangan sistem pengangkutan moden diperkenalkan secara yang lebih sesuai setelah

pihak British campur tangan di negeri ini pada tahun 1874. Negeri Perak merupakan negeri yang

awalnya berada dibawah pentadbiran British secara langsung telah merintis kepada perkembangan

pemodenan di negeri- negeri Melayu. Perkembangan dapat dilihat dalam aspek pengangkutan iaitu

daripada menggunakan pengangkutan sungai kepada jalan keretapi yang moden. Pihak British

campur tangan di Perak adalah disebabkan oleh faktor ekonomi dan poltiknya iaitu kepentingan

perlombongan bijih timah, yang mata diperlukan untuk perkembangan revolusi perindustrian di

Britain 1870.

Pada masa itu negeri Perak merupakan negeri yang terkaya dengan bijih timah,

terutamanya dengan terjumpanya bijih timah di Larut 1848. Pihak pentadbir British ini telah

mengambil inisiatif untuk menambahkan lagi kegiatan perlombongan bijih timah ini dengan

membawa masuk buruh- buruh China ke negeri ini. Kedatangan orang- orang China sebagai

bangsa yang begitu mementingkan kegiatan ekonomi telah turut memberi sumbangan pada

Inggeris. Di mana akaibat kedatangan mereka kegiatan lombong dapat dijalankan dengan lancar.

Bnayak lombong baru telah dibuka dan kedudukan mereka pada mulaya sebagai seorang buruh

upahan, menjadi tauke lombong yang turut menyumbangkan modal dalam membuka lombing-

lombong baru. Pelombong- pelombong China ini jugalah yang turut memainkan peranan bersama

pihak pentadbir dalam memperkenalkan sistem pengangkutan moden di negeri ini.

24
Permintaan terhadap bijih timah yang kian meningkat telah mendesak kepada pembukaan

lombong- lombong baru. Iini disebabkan kawasan Larut tidak dapat menyediakan sebegitu banyak

keperluan bijih timah, lalu kawasan perlombongan di Lembah Kinta pula di buka. Yang di ikuti

oleh pembukaan lombong- lombong di kawasan lain. Kepentingan Lembah Kinta menjadikan ia

kawasan perlombongan yang terpenting di dunia. Pengangkutan melalui sungai ke pelabuhan

adalah lambat. Sedangkan keperluan kepada bijih timah kian meningkat. Begitu juga ekonomi

bercorak perdagangan kian rancak berkembang. Jadi adalah perlu bagi pihak British demi untuk

kepentingan ekonomi memperbaharui sistem yang sedia ada iaitu sistem yang lebih efisyen agar

dapat menjalankan proses dan aktiviti eksport dan import. Maka adalah perlu sistem pengsngkutan

moden menggantikan jalan sungai yang membantutkan aktiviti eksport dan import.

Kemajuan infrastruktur moden yang dibawa oleh pihak colonial adalah satukemestian yang

motif utamanya untuk mendapatkan keuntungan ekonomi. Tetapi secara tidak langsung

perkembangan ini turut membawa kesan sosio-ekonomi juga politik dalam sesebuah negeri

tersebut. Negeri Perak di sebabkan kekayaan bijih timahnya yang bertambah, telah membawa

sistem ekonominya kearah yang bercorakan komersia, dan terbuka kepada jatuhbangun ekonomi

dunia. Yang mana sebahagian besar modal yang menggerakkan kemajuan ekonominya adalah dari

golongan kapitalis. Pertumbuhan bandar-bandar besar akibat dari terbentuknya jalinan sistem

keretapi dan jalan raya. Seperti pertumbuhan bandar Ipoh dan Taiping disebabkan adanya

kemudahan seperti ini dan juga merupakan pusat pengeluaran bijih timah. Yang sebahagian besar

di duduki oleh orang- orang China.Pertumbuhan infrastruktur moden juga telah turut membawa

masuk ramai imigran China dan India. Di mana situasi ini telah menyebabkan berakunya polarisasi

kaum, yang dapat di bayangkan melalui petempatan- petempatan mereka. Di samping itu ekoran

daripada adanya sistem infrastruktur yang lebih baik ini, perhubungan dengan kawasan pedalaman

25
dapat di perbaiki. Dengan ini, pihak pentadbir dapat menyampaikan ideai- idea mereka kepada

rakyat.

Kepentingan dan keperluan bijih timah Larut telah memperkenalkan sistem pengangkutan

keretapi yang pertama di Perak dan yang pertama di Malaya 1885. Landasan yang menghubungkan

antara Taiping di kawasan Larut dengan Port Weld. Pembukaan Lembah Kinta puls telah

menghubungkan antara Ipoh dan Teluk Anson, yang merupakan peringkat kedua proses

pembinaan keretapi di Perak. Peringkat ketiga pula ialah pembinaan yang merentasi dari utara ke

selatan. Iaitu yang melibatkan hampir keseluruhan negeri- negeri Melayu, merentang dari

Seberang Perai ke Singapura. Setelah pelabuhan Port Weld dan Teluk Anson merosot. Pembinaan

sistem landasan keretapi ini adalah atas inisisatif Frank Sweethanham. Perkembangan sistem

sistem keretapi di Perak di dalam tahap 1870-1941 begitu giat. Di mana kebanyakan landasan-

landasan yang dibina kebanyakan di kawasan- kawasan lombong.

Perkembangan sistem keretapi telah membawa kepada perkembangan jalan raya di Perak.

Pembukaan tanah- tanah Hutan di gunakan untuk perladangan getah. Disebabkan keadaan geografi

kawasan perladangan getah tidak sesuai untuk pembinaan landasan keretapi, maka jalan raya di

bina, sistem jalan raya denai digantikan dengan jalan raya yang berturap, setelah getah di majukan.

Sistem jalan raya ini di bina untuk menghubungkan kawasan lading getah dengan stesyen keretapi.

Terutama setelah sistem pengangkutan bermotor 1902, di perkenalkan di Perak, perkhidmatan

jalan raya telah dapat menyaingi sistem keretapi, kerana kosnya rendah.

Sebagai konklusinya, dapatlah dirumuskan bahawa perkembangan sistem pengangkutan di

Perak dan Malaya amnya, merupakan fenomena- fenomena baru. Suatu perubahan yang memakan

masa yang agakpanjang, tetapi telah memperlihatkan susatu perkembangan yang kritikal.

Perkembangan sistem pengangkutan moden ini juga memperlihatkan dan perkembangan-

26
perkembangan selanjutnya. Dengan adanya kemajuan sistem pengangkutan lebih banyak

kemudahan sosial diperkenalkan, seperti adanya pengenalan kepada sistem pelajaran moden,

perkhidmatan sistem kesihatan yang lebih baik. Sistem nilai masyarakat juga turut berubah, iaitu

dari bersifat tradisi kepada bersifat terbuka dan mempunyai nilai- nilai moden.

Tahun- tahun selepas 1941, terutamanya selepas perang dunia kedua banyak perubahan

lagi telah di lakukan. Kegiatan memajukan sistem pengangkutan telah dilaksanakan dengan lebih

teratur dan diselaraskan. Perhubungan antara negeri- negeri telah dimajukan. Kemajuan tertumpu

kepada perkembangan jalanraya yang terbaik di rantau ini. Ekoran dari perkembangan sistem jalan

raya dan keretapi ini juga, telah membawa kepada perkembangan sistem pengangkutan yang lebih

moden di Perak. Iaitu bermulanya perkhidmatan kapal terbang. Disamping turut memajukan

sistem perhubungan lain yang lebih mudah seperti melalui pos dan telegram.

27

Anda mungkin juga menyukai