Anda di halaman 1dari 1

Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor singa yang digelar Raja Rimba.

Semua haiwan takut


kepadanya.

Singa : Hooooo hooooo….akulah raja rimba. Hutan ini aku yang punya..hooo hooo

Malah semua haiwan akan menurut segala perintahnya. Apabila usia singa itu semakin tua,
perangainya semakin mengada-ngada. Ia menjadi semakin bengis dan bongkak. Banyak
haiwan yang diperintahkan untuk menjaganya.

Setiap haiwan di dalam hutan itu mempunyai tugas masing-masing. Mereka mesti
menyediakan segala keperluan raja rimba itu termasuk makan dan minumannya. Lama-
kelamaan, semua haiwan berasa bosan dan marah kepada singa tua itu. Mereka semua
berpakat untuk menghalau singa tua itu.

Burung : Wahai sang tupai, saya sudah letih untuk mengikut karenah raja rimba. Terlalu banyak
kerja yang disuruhnya.

Tupai : Betul tu sang burung. Semakin berusia, semakin banyak karenahnya.

Pada suatu hari, singa tua itu memanggil semua haiwan berkumpul. Ia mengarahkan semua
haiwan melakukan pelbagai kerja untuknya.

Singa : “Wahai serigala, kamu ditugaskan mencari makanan untuk saya. Pada hari ini saya mahu
makan makanan yang lazat. Kamu mesti mendapatkan makanan yang lebih enak.

Serigala : “Wahai raja rimba, saya tidak mampu menyediakan makanan yang lazat untuk tuan
kerana hari ini saya kurang sihat.

Serigala sengaja memberi alasan kerana ia tidak mahu bekerja untuk singa tua itu lagi.

Singa : “Cis, berani kamu melawan perintah saya! Saya raja di hutan ini. Saya yang berkuasa
dalam kalangan kamu semua. Saya boleh hukum kamu bila-bila masa sahaja

Haiwan-haiwan lain berasa marah mendengar kata-kata singa tua itu. Namun mereka tidak
berani membantah. Tiba-tiba seekor kambing jantan yang besar meluru kearah singa dengan
laju. Ia terus menanduk singa tua itu dengan kuat.

Singa tua itu tidak sempat mengelak. Ia jatuh tersungkur ke tanah. Badannya yang sudah tua itu
terasa sakit. Kaki dan tangannya luka. Apabila melihat singa tua itu tidak mampu melawan,
haiwan-haiwan lain turut menyerang singa tua itu.

Pada keesokan pagi, singa tua meninggalkan hutan itu. Ia berasa malu untuk terus tinggal di
hutan dengan aman dan damai.

Anda mungkin juga menyukai