Anda di halaman 1dari 25

www.iamchampion.blogspot.

my

1. Rajah menunjukkan keratan rentas batang dikotiledon.

L
Y

(a)(i) Namakan peringkat organisasi bagi Y.


Organ
[1 markah]
(ii) Namakan struktur K, L dan M.
K: Epidermis (Tolak: Epitelium/ gabus)
L: Berkas vaskular (Tolak: Floem/ Xilem)
M: Empulur
[3 markah]
(b) Struktur K adalah lapisan paling luar bagi Y.
Terangkan ciri K.
-Ditutupi oleh kutikel // permukaan berlilin // lapisan kalis air.
- Untuk meminima kehilangan air (melalui penyejatan).
- Melindungi tumbuhan daripada kecederaan (mekanikal).
- Menghalang pencerobohan / jangkitan oleh mikroorganisma.
[3 markah]

(c)(i) Namakan dua tisu yang membentuk struktur L yang terlibat dalam pengangkutan.
Floem dan Xilem

Klon SPM 2016 1


www.iamchampion.blogspot.my

[1 markah]
(ii) Rajah menunjukkan bahagian batang pokok itu yang gelang kulitnya telah
dibuang.

Gelang kulit dibuang

Ramal keadaan pada X dan Y selepas satu bulan.


X: Membengkak (Tolak: kembung)
Y: Mengecut (Tolak: kering/ flasid)
[2 markah]
(iii) Terangkan ramalan anda pada X.
- Floem telah dibuang. (Tolak: kanji/ nutrien)
- Hasil fotosintesis/ gula/ glukosa/ sukrosa/ sebatian organik tidak boleh diangkut ke
bawah/ ke Y/ ke bahagian lain tumbuhan.
- Penggumpulan hasil fotosintesis/ sebatian organik.
[2 markah]
2. Rajah menunjukkan tindak balas enzim B ke atas substrat A.

Proses C
Air
Enzim B
Glukosa Galaktosa
Substrat A

(a)(i) Namakan substrat A dan enzim B.


A: Laktosa
B: Laktase
[2 markah]
(ii) Terangkan proses C.
- Hidrolisis.

Klon SPM 2016 2


www.iamchampion.blogspot.my

- Substrat A/ Laktosa diuraikan oleh molekul air.


- Kepada glukosa dan galaktosa.
- Dimangkinkan oleh enzim B/ laktase.
[3 markah]
(b) Rajah menunjukkan peringkat-peringkat dalam tindak balas enzim B.

Substrat A Kompleks enzim - substrat Hasil

Enzim B
Substrat C

Peringkat I Peringkat II Peringkat III

(i) Terangkan mengapa enzim A hanya bertindak ke atas substrat A seperti yang
ditunjukkan pada peringkat II dalam rajah.
-Enzim mempunyai tapak aktif.
-Sesuai untuk substrat yang spesifik sahaja.
- Enzim tidak berpadu dengan substrat jenis lain.
[2 markah ]
(ii) Hanya sedikit kuantiti enzim A diperlukan dalam tindak balas itu.
Terangkan mengapa.
- Enzim tidak dimusnahkan (oleh tindak balas).
- Enzim dapat digunakan semula. (Tolak: kitar semula/ denaturasi)
[2 markah]

Klon SPM 2016 3


www.iamchampion.blogspot.my

(c) Rajah menunjukkan tindakan molekul X ke atas enzim R.


Substrat A

Enzim B Molekul X

Terangkan bagaimana kehadiran molekul X mempengaruhi tindak balas enzim B


dengan substrat A.
• Kadar tindak balas enzim B menurun / perlahan. (Tolak: ganggu)
• Molekul X ialah perencat.
• (molekul X) bersaing dengan substrat A (untuk tapak aktif)
• Kurang substrat A yang berpadu dengan enzim.
• Kurang hasil yang terbentuk.
[3 markah]
3. Membran plasma adalah penting untuk mengawal pertukaran bahan seperti nutrien
dan air ke dalam dan ke luar sel. Rajah menunjukkan komponen-komponen
membran plasma.

X Y Z
(a)(i) Namakan X dan Y.
X: Fosfolipid. (Tolak: Dwilapisan fosfolipid)
Y: Protein liang.

Klon SPM 2016 4


www.iamchampion.blogspot.my

[2 markah]
(ii) Nyatakan fungsi X dan Y.
X: Untuk membina dwilapisan fosfolipid // membenarkan peresapan air / molekul -
molekul bersaiz kecil / molekul tidak berkutub.
Y: untuk membina membran plasma // membenarkan peresapan ion / Na+/ air.
[2 markah]

(iii) Molekul air boleh meresap merentasi X. Beri alasan anda.


Bersaiz kecil (Tolak: Tidak berkutub (air)
[1 markah]

(b) Nyatakan dua perbezaan proses pengangkutan yang berlaku pada Y dan Z.
Y Z
Terlibat dalam pengangkutan pasif Terlibat dalam pengangkutan (pasif) dan aktif
Pergerakan molekul mengikut kecerunan Pergerakan molekul melawan kecerunan
kepekatan kepekatan
Tidak memerlukan tenaga (Pengangkutan aktif) memerlukan tenaga
Tidak terikat pada tapak aktif Molekul terikat pada tapak aktif
Y tidak berubah bentuk Z berubah bentuk
[2 markah]

(c) Rajah menunjukkan kaedah penyediaan kepingan kentang rangup buatan sendiri.

1. Potong kentang kepada kepingan nipis 2. Rendamkan kepingan kentang ke


dalam larutan garam pekat

Klon SPM 2016 5


www.iamchampion.blogspot.my

3. Bilas beberapa kali dan keringkan 4. Goreng kepingan kentang dalam


kepingan kentang minyak yang panas

Pada pendapat anda, terangkan langkah yang manakah penting untuk menghasilkan
kepingan kentang rangup.

Dipotong secara nipis / Langkah 1


 Untuk meningkatkan luas permukaan
 Meningkatkan kadar air meresap keluar daripada sel.
Direndam ke dalam larutan garam berkepekatan tinggi / Langkah 2
 Larutan garam berkepekatan tinggi adalah hipertonik kepada sel kentang.
 Menyebabkan air meresap keluar daripada sel kentang / tisu.
 Melalui osmosis.
Membilas beberapa kali dan keringkan kepingan kentang/ Langkah 3
 Untuk menyingkirkan air daripada kepingan kentang.
 Melalui penyejatan
 Kepingan kentang tidak melekat bersama
Goreng kepingan kentang dalam minyak panas/ Langkah 4
 Suhu minyak panas adalah tinggi
 Air berubah ke wap (air) / berlaku penyejatan
 (lebih) air disingkirkan

[3 markah]

Klon SPM 2016 6


www.iamchampion.blogspot.my

(d) Seorang suri rumah menggunakan sabut kelapa untuk menanam pokok orkid seperti
ditunjukkan pada rajah.

Orkid

Sabut kelapa

Akar

Mengapakah sabut kelapa digunakan untuk menanam pokok orkid itu?


• Untuk menyerap air // simpanan air
• Orkid mendapat bekalan air
• Sebagai bekas / medium untuk pertumbuhan
• Menyediakan ruang untuk cengkaman akar
• Ini membolehkan orkid/ tumbuhan untuk mendapat sokongan
• Ruang udara sabut kelapa untuk pengudaraan
• Untuk membolehkan akar orkid bernafas.
[2 markah]

Klon SPM 2016 7


www.iamchampion.blogspot.my

4. Rajah menunjukkan dua contoh variasi pada manusia S dan T.

S T

(a) Nyatakan jenis variasi bagi S dan T.


S: Variasi selanjar
T: Variasi tak selanjar
[2 markah]
(b) Rajah menunjukkan kembar seiras semasa zaman kanak- kanak. Rajah
menunjukkan pasangan kembar itu selepas 20 tahun.

Semasa kanak- kanak

Selepas 20 tahun

Klon SPM 2016 8


www.iamchampion.blogspot.my

Berikan dua alasan yang menyebabkan perbezaan tersebut.


Pemakanan / kemalangan / penyakit / gaya hidup / budaya / senaman / pendidikan.
(Tolak: faktor persekitaran)
[2 markah]
(c) Albinisme merupakan satu ketidakaturan genetik. Seorang penghidap albino tidak
boleh menghasilkan enzim untuk penghasilan pigmen kulit, melanin. Melanin ialah
sejenis penyerap cahaya yang berkesan. Ia dapat memudarkan kira- kira 99.9%
sinar UV yang diserap.
(i) Terangkan sebab albinisme.
 Mutasi/ mutasi gen.
 perubahan / pindaan bes nitrogen pada DNA.

 perubahan dalam urutan asid amino untuk sintesis protein.

[2 markah]

(ii) Terangkan langkah yang perlu diambil oleh penghidap albino jika dia mahu
menjalankan aktiviti di luar rumah pada waktu siang.
 Memakai kaca mata hitam.
 Untuk menghalang keamatan cahaya matahari yang tinggi.
 Yang akan merosakkan mata albino (disebabkan ketiadaan melanin)
 Memakai baju berlengan panjang.
 Untuk mengelak keamatan cahaya matahari/ cahaya UV yang tinggi.
 Yang mungkin menyebabkan selaran matahari / kanser kulit terhadap
albino.
[3 markah]

Klon SPM 2016 9


www.iamchampion.blogspot.my

(d) Rajah menunjukkan dua spesies gajah yang berlainan, gajah Asia dan gajah Afrika.

Gajah Asia Gajah Afrika


(i) Nyatakan perbezaan fizikal lain selain daripada saiz badan yang dapat
diperhatikan pada gajah Afrika berbanding gajah Asia.
Gajah Afrika mempunyai telinga yang lebih besar berbanding gajah Asia //

Gajah Afrika mempunyai kulit yang lebih berkedut berbanding kulit gajah

Asia// Gajah Afrika mempunyai saiz gading yang lebih panjang berbanding

saiz gading gajah Asia // Gajah Afrika mempunyai warna kulit yang lebih

gelap berbanding warna kulit gajah Asia. (Tolak: Tekstur/ bulu / tinggi / belalai)

[1 markah]
(ii) Terangkan jawapan anda di 4(d)(i).
Gajah Afrika mempunyai telinga yang lebih besar berbanding gajah Asia;
• Untuk meningkatkan jumlah luas permukaan
• Mengibas telinga // mengandungi lebih banyak kapilari darah
• Membantu menyejukkan badan dengan lebih cepat// membebaskan haba
(secara radiasi)
Gajah Afrika mempunyai kulit yang lebih berkedut berbanding kulit gajah Asia;
 Untuk meningkatkan jumlah luas permukaan
• Untuk membebaskan lebihan haba dalam (persekitaran panas)

Klon SPM 2016 10


www.iamchampion.blogspot.my

Gajah Afrika mempunyai saiz gading yang lebih panjang berbanding saiz gading
gajah Asia;
• Gajah Afrika terdedah kepada bahaya / pemangsa // kurang bekalan
makanan
• Untuk melindungi mereka daripada pemangsa // menggali untuk makanan
Gajah Afrika mempunyai saiz gading yang lebih panjang berbanding saiz gading
gajah Asia;
• Gajah Afrika terdedah kepada bahaya / pemangsa // kurang bekalan
makanan
• Untuk melindungi mereka daripada pemangsa // menggali untuk makanan
Gajah Afrika mempunyai warna kulit yang lebih gelap berbanding warna kulit
gajah Asia.;
• Lebih banyak pigmen melanin
• Untuk melindungi daripada uv/ keamatan cahaya yang tinggi

[2 markah]

5. Pekebun di Kagawa, Jepun telah menghasilkan tembikai berbentuk segi empat. Ini
dilakukan pada peringkat awal perkembangan buah.

Klon SPM 2016 11


www.iamchampion.blogspot.my

(a)(i) Cadangkan bagaimana tembikai berbentuk segi empat dihasilkan?


• Letakkan di dalam bekas segi empat / kotak kaca
• Guna bekas / acuan yang lutsinar
• Untuk membenarkan cahaya sampai ke semua bahagian
• Bekas itu akan memberikan bentuk segi empat kepada buah
[2 markah]
(iii) Berdasarkan rajah, beri dua kebaikan menghasilkan tembikai berbentuk segi
empat.
 Lebih mudah dilonggok / dibungkus
 Lebih mudah diangkut / dihantar
 Boleh memuatkan dalam ruang yang kecil dengan mudah
 Kelihatan menarik
 Pemasaran yang menarik
 Mudah di sediakan / dipotong
[2 markah]
(b) Rajah menunjukkan buah tembikai yang berbeza bentuk dan faktor pewarisan yang
menentukan ciri pada buah tembikai itu.
Tulis istilah genetik yang betul dalam ruang yang disediakan.

Istilah genetik
Genotip Fenotip

Fenotip

Tt Tt Genotip

[2 markah]

Klon SPM 2016 12


www.iamchampion.blogspot.my

(c) Jadual menunjukkan kumpulan darah ABO. Ujian ABO digunakan untuk
menentukan kumpulan darah. Sampel darah dicampurkan dengan antibodi A dan
antibodi B. Jika sel- sel darah bergumpal, ini bermakna sel darah telah bertindak
balas dengan antibodi itu.

Kumpulan darah Serum


Anti- A Anti-B
O

AB

Kekunci:

Tiada penggumpalan

Penggumpalan

Jadual menunjukkan keputusan ujian ABO untuk pesakit- pesakit yang memerlukan
pemindahan darah.
Pesakit Serum Kumpulan darah
Anti-A Anti-B
Daud A

Leman O

Klon SPM 2016 13


www.iamchampion.blogspot.my

(i) Lengkapkan Jadual dengan menulis kumpulan darah untuk Daud dan Leman.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan Jadual. Manakah jenis kumpulan darah penderma yang sesuai
untuk Daud dan Leman bagi pemindahan darah?
Daud: (Penderma kumpulan darah) A / O
Leman: (Penderma kumpulan darah) O
[2 markah]
(iii) Seorang mangsa kemalangan yang mempunyai darah jenis B memerlukan
pemindahan darah semasa kecemasan.
Adakah selamat untuk dia menerima darah jenis O?
Terangkan mengapa.
• Kumpulan darah O ialah penderma universal
• Darah jenis O tidak mempunyai antigen A atau antigen B (pada membran sel
darah merah)
• Tiada antigen untuk melekat pada antibodi / Tiada penggumpalan (Tolak:
pengentalan)
[2 markah]
6 (a) Rajah menunjukkan hujung dua neuron.

Vesikel

Dendrit

(i) Terangkan fungsi struktur X dan struktur Y dalam pemindahan maklumat dari
satu neuron ke neuron yang lain.
[4 markah]

Klon SPM 2016 14


www.iamchampion.blogspot.my

• X ialah mitokondrion
• Menjana / menghasilkan tenaga / ATP
• (Tenaga digunakan) untuk membolehkan vesikel membebaskan neurotransmiter
• (Neurotransmiter dibebaskan ke dalam Y / bonggol sinaps / sinaps
• Y ialah sinaps / bonggol sinaps
• Neurotransmiter membawa maklumat / isyarat dalam bentuk kimia / impuls /
isyarat / tenaga / neurotransmiter meresap ke dendrit yang lain.
• Bahan kimia / neurotransmiter mencetus dendrit untuk menjana impuls baru
• Sinaps membenarkan / memastikan impuls bergerak sehala

(ii) Penyalahgunaan stimulan dan depresan untuk jangka masa yang lama akan
memberi kesan kepada kesihatan seseorang.
Terangkan kesan tersebut.
[6 markah]
• Stimulan adalah dadah / kokain / nikotin / kafein
• Yang boleh meningkatkan penghasilan neurotransmiter di sinaps
• Mempercepatkan penghantaran impuls / aktiviti saraf
• Meningkatkan kadar denyutan jantung / kadar pernafasan / tekanan darah
• Menyebabkan bertenaga / seronok / halusinasi / agresif
• (jangka panjang) penggunaan stimulan boleh menyebabkan masalah peredaran/
tekanan psikologi/ kerosakan sistem saraf / otak / ketagihan.
• Depresan adalah dadah / heroin / morfin / barbiturat / alkohol.
• Yang merencat pembebasan / penghasilan neurotransmiter pada sinaps (dalam
otak).
• Memperlahankan penghantaran impuls / saraf / aktiviti otak
• Ini akan memperlahankan kadar denyutan jantung / kadar pernafasan /
merendahkan tekanan darah.
• Seseorang akan berasa relaks / lega / keseronokan sementara.

Klon SPM 2016 15


www.iamchampion.blogspot.my

• (jangka panjang) penggunaan depresan akan menyebabkan seseorang hilang


tumpuan / koordinasi dan pertimbangan / hilang ingatan/ rosak otak / penyakit
hati / koma / ketagihan.

(b) Rajah menunjukkan aktiviti sekumpulan peminat bola sepak dan pemain bola sepak
di dalam sebuah stadium.

Semasa perlawanan sedang berlangsung, kadar denyutan jantung peminat dan pemain
bola sepak meningkat.
Terangkan hubungan antara kadar denyutan jantung dengan aktiviti peminat dan
pemain bola sepak.
[10 markah]
Pemain bolasepak;
• Pemain perlu berwaspada.
• (pemain) perlukan banyak tenaga (untuk bermain)
• Ototnya perlu banyak oksigen // kekurangan oksigen
• Untuk menjalankan respirasi sel / respirasi aerob // respirasi anaerob untuk
membekalkan tenaga.
• Kepekatan karbon dioksida meningkat (dalam darah)
• pH darah menurun / menjadi berasid
• Dikesan oleh kemoreseptor (dalam medula oblongata) / kemoreseptor periferi /
jasad karotid dan aortid.

Klon SPM 2016 16


www.iamchampion.blogspot.my

• Hantar impuls ke pusat respirasi


• Merangsang otot respirasi / otot interkosta / diafragma untuk mengecut dan
mengendur lebih cepat.
• Kadar pernafasan meningkat.
• (lebih) oksigen akan diambil
• Jantung mengepam lebih cepat
• Untuk mengangkut oksigen // bayar hutang oksigen / oksida asid laktik
Peminat bolasepak;
• Apabila peminat bolasepak rasa seronok.
• Kelenjar adrenal akan dirangsang (oleh sistem saraf).
• (kelenjar adrenal) merembes adrenalina / afinefrina // aras adrenalina meningkat.
• Adrenalina meningkatkan / kadar pernafasan / denyutan jantung / tekanan darah
dan aliran darah ke otot.
• Untuk membekalkan banyak oksigen (melalui darah) ke otot.
• Adrenalina juga (mencetus) peningkatan aras glukosa dalam darah.
• Lebih banyak (oksigen dan) glukosa dihantar ke otot (untuk menghasilkan
tenaga)
• Meningkatkan kadar respirasi sel / banyak tenaga dibebaskan
• Untuk seseorang menghadapi situasi cemas (fight and flight)

7(a) Rajah menunjukkan satu rantai makanan di suatu sawah padi.

Kehilangan tenaga Kehilangan tenaga

Pokok padi Belalang Burung


Terangkan rantai makanan ini
[4 markah]

Klon SPM 2016 17


www.iamchampion.blogspot.my

• Pokok padi merupakan pengeluar / belalang adalah pengguna primer / burung


ialah pengguna sekunder.
• Belalang makan pokok padi / burung makan belalang.
• Pemindahan tenaga berlaku (bila pokok padi dimakan / belalang dimakan) //
belalang mendapat tenaga daripada pokok (padi) / burung mendapat tenaga
daripada belalang.
• (semasa pemindahan tenaga),(90%) tenaga hilang
• Ke persekitaran
• Secara radiasi
• Semasa respirasi / perkumuhan / pertumbuhan
• Saiz organisma meningkat daripada pengguna primer ke pengguna sekunder.
• Saiz populasi berkurang daripada pengguna primer ke pengguna sekunder.

(b) Suatu kajian tentang interaksi antara tumbuhan telah dijalankan oleh seorang
saintis. Dia menggunakan tanaman jagung dan tanaman padi bukit. Rajah 1
menunjukkan kadar pertumbuhan pokok jagung dan padi bukit yang ditanam di dua
plot yang berbeza.

Ketinggian pokok (cm)

Pokok jagung

Padi bukit

Masa (hari)

Rajah 1
Rajah 2 menunjukkan kadar pertumbuhan pokok jagung dan padi bukit yang
ditanam di satu plot yang sama.

Klon SPM 2016 18


www.iamchampion.blogspot.my

Ketinggian pokok (cm)

Pokok jagung

Padi bukit

Masa (hari)
Rajah 2
Pokok-pokok tersebut diberi jumlah nutrien dan jumlah air yang sama.
Terangkan interaksi dalam Rajah 1 dan Rajah 2.
[10 markah]
Rajah 1;
• Persaingan intraspesifik
• Antara spesis yang sama
• Bersaing sesama sendiri
• Untuk nutrien / ruang / air
• Kadar purata pertumbuhan pokok jagung lebih tinggi berbanding pokok padi.
• Persaingan dalam kedua-dua pokok adalah rendah.
• Kedua-dua mendapat cukup nutrien / air / cahaya.
Rajah 2;
• Interspesifik
• Antara spesis yang berbeza // antara padi dan jagung
• Bersaing untuk air/ nutrien/ ruang/ cahaya
• Kadar pertumbuhan jagung lebih tnggi / kadar pertumbuhan pokok padi lebih
rendah
• Menyerap lebih nutrien/ air// jagung lebih beradaptasi dalam persaingan.
• (disebabkan pokok jagung tumbuh lebih tinggi), ia menghalang cahaya matahari
untuk pokok padi
• Kadar fotosintesis berkurang / perlahan
• Kadar pertumbuhan berkurang.

Klon SPM 2016 19


www.iamchampion.blogspot.my

(c) AIDS dan denggi ialah penyakit yang boleh merebak dengan mudah.
Terangkan bagaimana penyakit- penyakit ini memberi kesan terhadap kesihatan
seseorang.
[6 markah]
AIDS;
• Kehadiran HIV
• Dipindahkan melalui sentuhan langsung seperti pemindahan darah / berkongsi
jarum/ aktiviti seksual/ semasa mengandung.
• Menyerang limfosit
• Merosakkan sistem pertahanan badan
• Mudah diserang oleh patogen-patogen lain
• Membawa kepada komplikasi penyakit-penyakit lain.
• Seperti pneumonia/ Kaposi’s sarcoma
Denggi;
• Kehadiran virus denggi.
• Dipindahkan oleh nyamuk Aedes
• Suhu badan berubah-ubah // menggigil kepada demam panas
• Ruam/ platlet rendah
• Sakit kepala yang teruk
• Sakit sendi

Klon SPM 2016 20


www.iamchampion.blogspot.my

8(a) Rajah menunjukkan sistem pengangkutan bagi tumbuhan.

Berdasarkan rajah, huraikan mekanisme pengangkutan air dari tanah ke daun.


[10 markah]
• (Sitoplasma) sel (rambut) akar adalah hipertonik kepada air tanah di
sekelilingnya.
• Air meresap ke dalam sel akar (rambut) melalui osmosis.
• (Sap sel) pada sel korteks (yang bersebelahan) lebih pekat / hipertonik.
• Menyebabkan molekul air meresap ke sel bersebelahan secara osmosis.
• Air memasuki xilem (dari sel korteks) secara osmosis.
• Satu daya tolakan ke atas / tekanan akar (membantu) untuk mengangkut air ke
atas.
• Tindakan kapilari.
• (Tindakan kapilari) adalah disebabkan oleh daya lekitan dan daya lekatan.
• (Membolehkan) air bergerak ke atas di sepanjang salur xilem (yang sempit).

Klon SPM 2016 21


www.iamchampion.blogspot.my

• (Semasa siang hari) air tersejat daripada sel mesofil ke dalam (ruang antara
sel)(dalam daun).
• Kehilangan air (dari sel mesofil) diganti oleh air yang mengalir dari (bahagian
atas) salur xilem (di dalam daun).
• Ini kerana tarikan transpirasi.
• Air mengalir secara berterusan (dari akar ke daun)

(b) Penyakit kardiovaskular adalah salah satu daripada penyebab utama kematian
dalam negara kita. Berikut adalah faktor-faktor yang boleh menyebabkan penyakit
itu:
• Merokok
• Diet yang tidak seimbang
• Gaya hidup yang tidak sihat
Terangkan faktor-faktor yang diberi yang menyumbang kepada penyakit
kardiovaskular.
[10 markah]
Merokok;
• Asap rokok mengandungi nikotina
• Nikotina menyebabkan ketagihan
• Nikotina mengecutkan salur darah
• (Nikotina) meningkatkan tekanan darah
• Menyebabkan pengumpulan plak
• Menyebabkan trombosis / ateriosklerosis
• Asap rokok mengandungi karbon monoksida
• Karbon monoksida bersaing dengan oksigen untuk bergabung dengan
hemoglobin
• Membentuk karboksihemoglobin
• Menyebabkan ketidakcekapan pengangkutan oksigen
• Menyebabkan kesukaran bernafas / kelesuan / strok / serangan jantung.
• Tar

Klon SPM 2016 22


www.iamchampion.blogspot.my

• Membentuk lapisan pada alveolus/ bronkus / bronkiol/ trakea


• Mengurangkan pertukaran gas.
Diet Tidak Seimbang;
• Pengambilan lemak/ lipid/ karbohidrat yang tinggi
• Menyebabkan pengumpulan / pengenapan kolesterol di dalam lumen salur
darah.
• Menyebabkan arteroklerosis / strok / trombosis / embolisme
• Pengambilan garam yang berlebihan (dalam diet)
• Meningkatkan tekanan osmosis darah / tekanan darah/ serangan jantung
Gaya Hidup Yang Tidak Sihat (Secara Fizikal);
• Kurang bersenam / senaman fizikal / gaya hidup yang banyak duduk
• Menyebabkan kegendutan / obesiti
• Menyebabkan stres / tekanan darah tinggi / serangan jantung.

9(a) Rajah menunjukkan suatu lokasi eko-pelancongan yang popular di Malaysia.

Bincangkan kesan aktiviti eko-pelancongan terhadap komuniti dan alam sekitar di


kawasan itu.
[10 markah]

Klon SPM 2016 23


www.iamchampion.blogspot.my

Kesan baik;
• Lebih banyak peluang pekerjaan
• Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
• Mempertingkatkan infrastruktur.
• Menarik pelancong-pelancong
• Generasi muda dapat menghargai biodiversiti
• Untuk mengekalkan ekosistem
Kesan buruk;
• Habitat flora dan fauna telah musnah
• Pencemaran air
• Disebabkan oleh pembuangan domestik/ sampah/ kumbahan
• Aktiviti (anaerob) bakteria meningkat
• Kurang oksigen di dalam air
• Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) meningkat
• Organisma akuatik mati
• Siratan makanan terganggu
• Memberi kesan kepada industri / aktiviti perikanan di kawasan tersebut
• menyebabkan ekosistem tidak seimbang / mengurangkan biodiversiti

(b) Berikut adalah pemyataan yang diberikan oleh pencinta alam sekitar.
“Kita tidak boleh berterusan mencemarkan Bumi tanpa menghadapi akibatnya.
Permintaan terhadap sumber-sumber alam mesti seimbang dengan keperluan untuk
mengekalkan sumber-sumber itu.”

Berdasarkan penyataan di atas, cadangkan bagaimana Program 3R; Mengurangkan,


Menggunakan semula dan Mengitar semula sumber-sumber boleh diamalkan untuk
mewujudkan suatu persekitaran hijau di sekolah anda.
[10 markah]

Klon SPM 2016 24


www.iamchampion.blogspot.my

Mengurangkan;
• (Konsep) gunakan bilangan sumber / bahan yang sedikit / terhad
• Menggalakkan pelajar untuk membawa sendiri kutleri yang boleh diguna semula
untuk digunakan di kantin / kafeteria
• Berkomunikasi melalui telefon / emel/ Whatsapp/ laman web sekolah //
kurangkan penggunaan kertas (surat)
• Mencetak dokumen pada kedua- dua muka
• (menggunakan tenaga secara efisien) dengan menggunakan mentol penjimat
tenaga.
• Memelihara penggunaan air
Menggunakan semula;
• (Konsep) guna semula / berulang kali sebelum menggantikannya.
• Kumpul dan guna semula kertas yang masih lagi kosong pada halaman sebelah
• Derma komputer / peralatan yang tidak diperlukan dan perabot sekolah.
Mengitar semula;
• Tukar bahan buangan (yang tidak boleh disingkir) kepada produk baharu.
• Kitar semula semua bekas minuman yang dikumpulkan di sekolah
• Kitar semula kertas/ majalah / buku
• Beli kertas / bekalan yang diperbuat daripada bahan kitar semula
• Pengkomposan / eko-enzim
• Sisa organik / sisa makanan (dari kantin/ dewan makan)
• Mengurai semula jadi di dalam tong kompos
• Mendidik guru / pelajar / staf tentang bagaimana untuk mengkompos
Poin Tambahan;
(Pendidikan/ Mendidik komuniti sekolah)
• Pelan / kempen / Aktiviti kesedaran semasa majlis tertentu.
• Memastikan ibu bapa sentiasa dimaklumkan tentang 3R
• Dengan melaksanakan Program 3R, boleh mencipta persekitaran mesra eko

Klon SPM 2016 25

Anda mungkin juga menyukai