Anda di halaman 1dari 17

Apakah maksud sifat dua puluh ?

Sifat dua puluh adalah satu konsep ilmu yang ciptaannya sangat ajaib, didalam mentafsir kaedah
mengenal Allah melalui ilmu makrifat.

Sifat 20 dicipta oleh ilham para sufi dan para aulia' terdahulu, bagi tujuan mengajar kita menuju
jalan mengenal Allah. Barang siapa mempelajari sifat 20 dengan bersungguh-sungguh, berserta
faham akan maksud dan makna yang tersirat, InsyaAllah ia akan dapat mengenal Allah swt
dengan nyata dan terang. Banyak cabang ilmu dan banyak kaedah pembelajaran yang telah
didedahkan melalui kitab, melalui pondok, melalui sekolah dan tidak kurang pula melalui guru-
guru agama.

Semua itu bertujuan bagi mencari jalan, mencari cara dan mencari kaedah untuk mengenal Allah.
Diantara banyak-banyak cara dan diantara banyak-banyak kaedah, cara dan kaedah terbaik bagi
mengenal Allah swt adalah dengan mempelajari sifat 20.

Allah tidak akan dapat dikenal melalui mata zahir, ianya dapat dikenal melalui mata hati dengan
mempelajari sifat-sifatnya. Tidak ada jalan, tidak ada cara dan tidak ada kaedah lain untuk
mengenal Allah, melainkan melalui ilmu mengenal sifat-sifatNya. Hanya melalui sifat-sifatNya
sahaja yang membolehkan kita mengenal Allah Ta'ala. Andaikata adanya jalan lain, selain dari
kaedah itu, ternyata ianya adalah dusta yang teramat besar.

ADAKAH ALLAH LAYAK UNTUK DISIFAT-SIFATKAN ?

Sebelum sifat 20 diperjelaskan, suka dingatkan disini bahawa, Allah sebenarnya tidak bersifat
dan Allah sebenarnya tidak boleh disifatkan. Seandainya Allah bersifat bererti Allah itu boleh di
kualiti dan boleh dikuantitikan. Sedangkan Allah tidak berbilang, tidak berkualiti dan tidak
berkuantiti. Maha suci Allah dari sifat berbilang-bilang yang menyerupai sifat makhloknya.
Allah tidak boleh dipersifatkan.

Allah itu sangat tinggi, sangat jauh, lebih tinggi dan lebih jauh dari kedudukanNya. Hingga tidak
sampi akal untuk mengkajiNya. Allah tidak terhad dan Allah tidak terbatas, sedangkan akal kita
amat terhad dan amat terbatas. Allah tidak ada awal, dan tidak ada akhirnya. Tidak mungkin
tercapai oleh akal untuk menjangkaunya.

Mana mungkin Allah bersifat, Allah adalah suatu zat yang bukan Ain ( bukan benda ). Allah
bukan barang, dan Allah bukan sesuatu. Allah adalah perkara yang tidak boleh disifatkan. Sifat
yang disifatkan dan sifat yang dinyatakan itu adalah semata-mata thamsil, semata-mata misalan,
semata-mata usul, semata-mata perumpamaan dan semata-mata sekadar contoh bagi
mempermudahkan faham
APAKAH ASAS SIFAT 20 ?

Sifat 20 berasaskan kepada 4 perkara ;

1). Zat. ( roh )

2). Sifat. ( rupa )

3). Afa'al ( perangai-perbuatan )

4. Asma' ( nama )

APAKAH SIFAT ALLAH YANG 20 ITU ?

1. Ujud = Ada

2. Qidam = sedia

3. Baqa' = kekal

4. Mukholafatuhu lilhawadis = bersalahan dengan yang baharu

5. Qiamuhu binafsih = berdiri sendiri

6. Wahdaniah = esa

7. Qudrat = kuasa

8. Irodat = menghendaki

9. Ilmu = mengetahui

10. Hayat = hidup

11. Sama' = mendengar

12. Basor = melihat

13. Kalam = berkata-kata

14. Qodirun = maha berkuasa

15. Muridun = maha menghendaki

16. Alimun = maha mengetahui

17. Hayyun = maha hidup

18. Sami'un = maha mendengar


19. Basirun = maha melihat

20. Muutakallimun = maha berkata-kata

20 sifat Allah itu terbahagi kepada berapa bahagian ?

20 sifat-sifat Allah terbahagi kepada 4 bahagian.

1. Bahagian sifat Nafsiah

2. Bahagian sifat ma'ani

3. Bahagian sifat ma'nawiah

4. Bahagian sifat salbiah

Bahagian yang empat inilah yang dikatakan menjadi intipati dan isi kepada ilmu mengenal Allah.
4 bahagian inilah nantinya yang akan mengupas dan yang akan menterjemahkan sifat 20. Barang
siapa yang berhajat untuk mengenal Allah, perlu diambil perhatian kepada ke empat-empat
bahagian tersebut.

SIFAT NAFSIAH

Apakah sifat yang terkandung dalam nafsiah ?

Sifat yang terkandung didalam nafsiah itu, hanya satu iaitu sifat wujud. Wujud yang membawa
maksud ada. Adanya Allah itu, meliputi segala yang zahir mahupun yang batin.

Apakah maksud sifat nafsiah (menolak) ?

Sifat nafsiah itu, bermaksud menafikan keujudan yang lain selain Allah. Hanya Allah sahaja
yang ada dan hanya Allah sahaja yang wujud.

Wujudnya Allah itu, adalah ujud yang disertai sekali dengan zat, sifat, afa'al dan asma'Nya. Zat
Allah itu merupakan sifatNya dan sifat Allah itu adalah juga merupakan zatNya. Zat dengan sifat
Allah itu adalah ujud yang terpisah, berpisah, bercerai dan ujud yang tidak berasingan.

Keujudan zat dengan keujudan sifat Allah itu, adalah esa (satu juga pada hakikatnya). Seumpama
sifat ilmu dengan sifat kalam Allah. Apabila sifatnya bersifat mendengar (sama'), bererti zatnya
juga, bersifat berpendengaran (sami'un). Apabila Allah bersifat melihat (basor), bererti zatNya
bersifat berpenglihatan (basirun). Apabila Allah bersifat kuasa (kudrat), bererti zatNya bersifat
kekuasaan (kodirun). Begitulah seterusnya dengan sifat-sifatnya yang lain.
Sifat Allah itu seumpama sifat angin dengan sifat bergoyang (bertiup). Apabila kita melihat
pokok bergoyang, itu menandakan adanya angin. Bergoyangnya pokok, adalah bagi menandakan
bergoyangnya angin. Sifat bergoyang itu sebenarnya bukan sifat pokok, yang bergoyang itu
sebenarnya adalah sifat angin. Walau bagaimana pun sifat angin dan sifat bergoyangnya pokok
itu, adalah satu sifat yang sama. Jika tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Pokok tidak
boleh bergoyang dengan sendiri, jika bukan kerana digoyang dan ditiup oleh angin. Begitulah
juga sifat Allah dengan ZatNya, tidak boleh bercerai.

Begitulah juga kaedahnya kita mentafsir sifat 20. Apabila ianya dirujuk kepada diri. Barulah kita
dapat melihat dan mengenal Allah melaluinya. Seandainya sifat 20 itu, tidak dirujuk kepada diri,
selama itulah kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah. Dalam memahami sifat nafsiah
(nafi) iaitu sifat menafikan, menidakkan, atau sifat menolak. Kita dikehendaki menidakkan sifat-
sifat yang lain selain Allah. Kita dikehendaki menidakkan kewujudan sifat alam dan sifat diri
kita sendiri. Menidakkan sifat diri kita, supaya ianya menjadi tidak ada dan tidak wujud (binasa).
Cara untuk menidakkan sifat diri kita dan untuk mewujudkan sifat Allah itu, adalah dengan cara,
menyerah atau membinasakan diri kepada Allah.

Bilamana sifat telinga telah dipulangkan, ianya akan disambut dengan sifat pendengaran Allah.
Bilamana sifat mata telah binasa, akan disambut dengan sifat penglihatan Allah. Sifat berfikir,
akan disambut dengan ilmu Allah. Selagi sifat mata menjadi sebahagian daripada sifat kita,
sudah pasti kita tidak akan dapat melihat Allah melalui pandangan dan penglihatanNya.

Setelah sifat mata kita itu dipulangkan kepada Allah, akan bertukar menjadi sifat basor Allah,
barulah sifat penglihatan basirun Allah itu, boleh melalui sifat mata kita. Bermaknanya disini
bahawa, sifat mata yang ada pada kita sekarang ini, tidak boleh dan tidak layak menerima
penglihatan Allah melaluinya, melainkan sifat mata makhlok telah binasa dan bertukar kepada
sifat wajah Allah.

Maka kita tidak layak untuk menanggung atau menerima sifat penglihatan Allah yang maha
tinggi. Sifat makhlok tidak layak untuk menanggong sifat Allah, melainkan sifat kita itu ditukar
milik, supaya menjadi milik Allah, setelah melalui proses penyerahan diri (penyerahan tugas dan
penyerahan hak milik) kepada Allah. Apabila sudah menjadi milik Allah, barulah mata kita itu,
dapat melihat melalui penglihatan Allah. Apabila mata kita itu telah menjadi milik Allah, barulah
sifat basirun (penglihatan) Allah itu dapat terpancar melalui mata kita.

Apabila penglihatan Allah sudah menembusi mata kita, dengan sendirinya sifat mata akan
binasa. Mata makhlok akan hangus terbakar, binasa dan lenyap lantaran dipenuhi oleh cahaya
Allah. Cahaya penglihatan Allah itu sendiri, yang membinasakan sifat mata kita. Hanya Allah
sahaja yang dapat menanggung sifat Allah. Sifat mata kita tidak dapat untuk menanggung sifat
penglihatan Allah.

Selagi mata masih bersifat makhlok atau masih menjadi sebahagian dari anggota diri kita, selagi
itulah wajah Allah tidak boleh mengambil tempat. Selagi sifat Allah tidak dapat mengambil
tempat, selagi itulah, kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah melaluinya. Inilah
konsep nafsiah, iaitu konsep menidakkan sifat makhlok supaya dapat menjadikan semuanya
bersifat wajah Allah. Setelah kita berjaya dalam menidakkan, fana' dan leburkan diri kita ke
dalam cahaya Allah, maka jadilah telinga kita itu, merupakan pendengaran Allah, jadilah mata
kita itu, penglihatan Allah dan sebagainya.

Mata kita tidak layak untuk menanggung penglihatan Allah. Begitu juga dengan sifat-sifat yang
lain, ianya merupakan pakaian dan persalinan Allah. Sifat kita selaku makhlok, tidak layak untuk
memakai yang menjadi persalinan Allah. Seandainya kita terpakai persalinan Allah, cepat-
cepatlah bertaubat.

Apabila Allah bersifat basor, Allah juga bersifat basirun. Apabila Allah bersifat qudrat, Allah
juga bersifat Qodirun dan sebagainya. Oleh yang demikian bagi yang telah sampi kepada mskam
(tahap) makrifat, menjadikan yang dilihat itu, adalah juga yang melihat dan yang melihat itu,
adalah juga yang dilihat, yang disembah itu, adalah yang menyembah dan yang menyembah itu,
adalah juga yang disembah. Dengan syarat diri kita telah binasa, mati, lebur, dan karam dalam
zuk cahaya wajah Allah. Walaupun sifat Allah itu banyak, tetapi ia satu dalam zatNya.

Yang menjadikan sifat Allah itu berbilang-bilang adalah dikeranakan khayalan fikiran dan
lemahnya sangkaan akal manusia. Sedangkan pada dasar dan pada hakikatnya, kesemua sifat
Allah itu adaslah satu (esa), tidak berbilang-bilang.

Mempelajari, memahami serta mengetahui sifat nafsiah bertujuan memberi peringatan kepada
kita bahawa, tidak ada yang berbentuk, melainkan yang berbentuk itu adalah bentuk bagi Allah
dan tidak ada yang bersifat, melainkan yang bersifat itu hanya sifat bagi Allah. Tidak ada yang
berupa melainkan yang berupa itu adalah rupa bagi Allah.

Di dalam memahami sifat nafsiah, kita dikehendaki menafikan, mematikan, melenyapkan,


menghilangkan dan membinasakan semua sifat-sifat yang lain selain dari sifat Allah. Di
peringkat pengajian ilmu sifat nafsiah, kita dikehendaki melihat bahawa hanya Allah sahaja yang
ada, ujud, wujud dan maujud. Keujudan makhlok alam pada peringkat ini belum lagi boleh
diletak dalam gambaran fikiran dan belum lagi boleh dibayangkan dalam ciptaan khayalan akal.
Yang ada dan yang ujud pada peringkat sifat nafsiah itu, hanyalah Allah semata-mata.

Sifat nafsiah adalah sifat bagi mengajar kits tentang kewujudan Allah secara mutlak dan secara
"wujudiah". (wujud yang meliputi), meliputi sekslian alam, meliputi sekalian makhlok dan
meliputi sekalian diri kita. Sifat nafsiah dalam wujudiah itu adalah membawa makna keujudan
Allah secara mutlak, secara bersendirian, secara keesaanNya, tanpa adanya lagi yang lain selain
Allah. Seumpama bukan pokok yang bergoyang tetapi yang bergoyang itu adalah angin.
Walaupun kita nampak yang bergoyang itu pokok, didalam kefahaman pengajian ilmu makrifah
yang bergoyang itu bukan lagi pokok, sesungguhnya yang bergoyang itu adalah sifat angin.
Inilah kedudukan sifat nafsiah dalam tafsiran makrifat.
Di dalam kita belajar sifat nafsiah dalam sifat 20 kita jangan lupa untuk menghubungkaitkan
dengan kalimah syahadah. Pelajaran sifat nafsiah dalam sifat 20, bukan sekadar bertujuan untuk
dihafal. Pelajara sifat nafsiah itu selain bertujuan untuk mengenal sifat Allah melalui sifat 20,
ianya juga adalah bertujuan bagi mentafsir kalimah syahdah. Sifat nafsiah itu, adalah satu kaedah
kiasan sahaja. Tujuan sebenar kiasan sifat nafsiah itu, adalah disasarkan kepada tafsiran dan
pemahaman kalimah syahdah.

Sifat nafsiah apabila dikaitkan, diletak atau diterjemahkan pada tafsiran syahadah, ia berada pada
kedudukan kalimah "LAA" (iaitu kalimah nafi). Kalimah nafi adalah kalimah menolak yang lain
selain Allah, membinasakan yang lain selain Allah. Kuwujudan sifat-sifat yang lain itu,
seumpama bayang cahaya. Apabila hilang cahaya maka hilanglah bayang.

Apabila kita dapat memahami dan menghayati pengertian isi ilmu nafsiah dalam sifat 20 dengan
penuh penghayatan, ianya membuatkan ucapan syahdah kita, benar-benar diterima Allah.

Bagaimana cara ucapan syahdah yang penuh makna ! Adapun ucapan syahdah yang penuh
makna itu, adalah dengan melafazkan ungkapan kalimah "Laa" dengan menghilangkan dan
membinasakan sifat-sifat yang lain, selain Allah. Sehingga tidak ada lagi keujudan bulan,
bintang, alam, dunia dan keujudan kehidupan diri, melainkan Allahlah yang ujud, wujud dan
maujud, pada sekalian wajah alam.

Ucapan perkataan "Laa" adalah tahap ucapan yang tidak ada lagi sesiapa. Tidak ada apa-apa
dikiri, dikanan, diatas, dan tidak apa-apa lagi dibawah kita, melainkan semasa melafazkan
kalimah "Laa" kita dikehendaki mengisi keyakinan hati dan mengisi kepercaysan akal, bahawa
tidak ada yang lain lagi pada keujudan alam ini, melainkan sekalian yang ada ini, adalah wajah
Allah (yang meliputi segalanya). Itulah diantara tujuan kita mempelajari sifat nafsiah ( sifat 20 )

APAKAH BENTUK SIFAT NAFSIAH ?

Sifat nafsiah adalah berbentuk "PERKHABARAN", sifat yang hanya ada pada zat Allah dan
tidak memberi bekas kepada alam, sifat nafsiah itu, tidak pula boleh dikualiti dan tidak boleh
dikuantitikan. Adanya Allah adalah ada yang mutlak, ada yang tidak dikeranakan oleh suatu
kerana yang lain.

Sifat nafsiah adalah sifat yang mengkhabarkan kepada kita bahawa Allah itu ada, adanya Allah
itu melalui perkhabaran yang tidak dapat dipegang atau dirasa dengan tangan, tidak dapat
dizahirkan untuk dilihat. Perkhabaran adalah perkara yang tidak boleh disifatkan, tidak boleh
dikualiti atau dikuantitikan. Ia hanya boleh dirasa dan diyakini oleh hati tanpa usul
SIFAT MA'ANI

Apakah maksud sifat ma'ani ?

Pengertian sifat ma'ani adalah membawa maksud "PERGANTUNGAN". Ma'ani adalah sifat
yang menumpang kepada sifat lain, seumpama sifat hidup yang bergantung kepada sifat haiyun,
seumpama sifat basor, yang bergantung kepada sifat basiron dan sebagainya. Sifat ma'ani adalah
sifat yang bergantunh kepada sifat maknawiyah. Tanpa maknawiyah sifat ma'ani tidak berfungsi.
Berfungsinya sifat ma'ani adalah dengan kerana limpahan rahmat dari sifat maknawiyah ( kuasa
Allah ). Sifat ma'ani itu, bergantung dan menumpang sifat maknawitah.

Sifat Apakah Yang Terkandung DI Dalam Ma'ani ?

Ma'ani adalah sifat yang menumpang kepada sifat lain, seumpama sifat hidup yang bergantung
kepada sifat haiyun,

Sifat yang terkandung di dalam sifat ma'ani ada 7 perkara:-

1. Hayat. = hidup

2. Qudrat. = kuasa

3. Irodat. = berkehendak

4. Ilmu =. Mengetahui

5. Sama'. = mendengar

6, basot. = melihat

7. Qalam = berkata-kata

Apakah Bentuk Sifat Ma'ani ?

Bentuk sifat ma'ani itu, adalah sifat yang boleh dilihat dan boleh digambarkan oleh akal. Ianya
juga merupakan sifat yang terzahit (tergambar) pada fikiran dan terbayang pada khayalan.
Seumpama sifat hayat (hidup), ianya terbaayang kepada sifat nyawa, sifat melihat, terbayang
pada sifat mata dan pendengaran, terbayang kepada sifat telinga. Kita boleh bayangkan sifat
ma'ani, melalui pendengaran, penglihatan dan sebagainya.

Sifat ma'ani bukan sahaja terzahir pada khabar tetapi terzahir juga pada kenyataan, ertinya
maujud pada khayalan fikiran dan maujud juga pada kenyataan sebenar. Ujud sifat ma'ani itu,
adalah dikeranakan dengan sesuatu, kerana yang lain. Tanpa kerana sifat yang lain, sifat ma'ani
tidak boleh wujud dan tidak boleh zahir. Wujudnya sifat ma'ani adalah dikeranakan menumpang
sifat maknawiyah.
Bagaimana Menterjemah Sifat Ma'ani Pada Diri Kita ?

Sifat ma'ani Allah Ta'ala yang jelas terzahir pada diri kita ada 7.

1. Hidup

2. Mengetahui

3. Berkuasa

4. Berkehendak

5. Melihat

6. Mendengar

7. Berkata-kata

Ada dengan terang dan jelas menzahir sifat-sifatNya ke atas diri kita. Tujuan dizahirkan sifatNya
supaya dijadikan sebagai pedoman, sebagai panduan dan sebagai iktibar untuk kita mengenal,
melihat dan memandang Allah melaluinya. Allah bukan ain (bukan benda) yang boleh dikenal
melalui bentuk hitam dan putih. Allah menzahirkan sifat-sifatnya ke atas diri kita adalah
bertujuan supaya dijadikan "Tempat memandang sifat-sifatnya" kepada mereka-mereka yang
berpandangan jauh.

Tetapi ramai yang masih tidak memerhatikannya. Sifat hidup, sifat mengetahui, sifat berkuasa ,
sifat berkehendak, sifat melihat dan sifat berkata-kata yang dipakai Allah atas diri kita, adalah
menjadi tanda kebesaranNya atas diri kita supaya kita memerhati dan melihatnya. Sifat-sifat
tersebut bukannya sifat peribadi kita tetapi sifat tersebut sebenarnya adalah hak kepunyaan
mutlak Allah Ta'ala.

Sifat yang kita pakai ini adalah pinjaman semata-mata. Dari itu hendaklah kita sedar dan insaf
akan hal itu. Kesemua sifat-sifat tersebut adalah hak milik Allah dan kepunyaan Allah swt yang
sepatutnya dikembalikan semula kepada tuan yang empunya, sementara hayat masih dikandung
badan. Penzahiran sifat ma'ani (angin) atas makluk (diri kita) adalah sekadar pinjaman yang
berupa pakaian sementara, yang akhirnya dikehendaki kembali semula kepada tuan yang
empunya. Allah tidak boleh diibarat atau dimisalkan dengan sesuatu.

Maha seci Allah dari ibarat dan misal. Segala misalan atau segala perumpamaan yang dinukilkan
itu, hanya sekadar mempermudahkan faham. Sifat ma'ani itu, adalah seumpama bayang-bayang,
manakala Allah Ta'ala itu, adalah seumpama tuan yang empunya bayang.
Firman Allah :-

25.Surah Al-Furqān (Verse 45)

‫ف َر ِبِّكَ ِإلَى ت ََر أَلَم‬ ِّ ِ ‫سا ِكنًا لَ َج َعلَه شَا َء َولَو‬


َ ‫الظل َمد كَي‬ ً ‫دَ ِل‬
َ ‫يل َعلَي ِه الشم‬
َ ‫س َج َعلنَا ثم‬

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu


terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak
bergerak dan tidak berubah)!

Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang
itu;

Maksud hadis:-

"Allah Jadikan Manusia dalam bayangNya"

Maksud bayang itu, adalah merujuk kepada makhlok dan diri kita. Bayang (diri) sebenarnya
tidak mempunyai apa-apa sifat. Bayang hanya sekadar sifat yang menumpang dari yang
empunya bayang. Bergeraknya bayang adalah gerak daripada yang empunya bayang. Berdirinya
bayang adalah dengan berdirinya tuan yang empunya bayang (Allah). Mustahil bayang itu boleh
berdiri dengan sendiri tanpa kuasa dari yang empunya bayang (Allah). Bayang dengan yang
empunya bayang itu, mustahil bersatu dan mustahil bercerai.

Diri kita dengan wajah Allah itu, adalah seumpama ujud bayang dengan yang empunya bayang
atau seumpama bayangan wajah dipermukaan cermin. Sifat ma'ani itu tidak boleh berdiri dengan
sendiri tanpa bergantung dari sifat maknawiah. Hubungan antara sifat ma'ani dengan sifat
maknawiah itu, adalah seumpama hubungan antara bayang dengan yang empunya bayang,
Contohnya seumpama sifat mata dengan penglihatan, sifat telinga dengan pendengaran dan sifat
mulut dengan yang berkata-kata. Walau bagaimana keadaan sekalipun, ianya tetap tidak boleh
bercerai dan juga boleh bercantum. Inilah yang dikatakan hubungan sifat ma'ani dengan sifat
ma'anawiyah itu, bercantum tidak bercerai tiada.

Maksud hadis :-

"Tiada bercerai antara nafi dan isbat, dan siapa-siapa ceraikan antara keduanya maka ora g itu
kafir adanya"

Bayang bukan cahaya tapi tidak lain dari cahaya. Cahaya bukan matahari tapi tidak lain dari
matahari. Begitu jugalah contohnya hubungan antara Allah dengan diri kita. Dari itu marilah kita
sama-sama mengambil faham dan insaf bahawa sifat yang kita miliki ini, sebenarnya hak
kepunyaan Allah, yang harus kita serah kembali kepada yang empunya.

Tujuan mempelajari sifat ma'ani adalah bertujuan supaya kita mengaku bahawa sebenarnya diri
kita ini tidak ada, tidak wujud dan terjadi. Yang wujud, yang ada dan yang terjadi adalah hanya
semata-mata Allah, seumpama sifat bayang, terzahirnya bayang itu, adalah bagi tujuan
menampakkan dan menyatan sifat yang empunya bayang itu sendiri.

Di dalam keghairahan membicarakan soal sifat ma'ani, harus diingat bahawa Allah tidak
bertempat. Allah tidak menjelma keatas jasad. Allah tidak bertempat di dalam atau di luar badan,
Allah tidak bersatu, tidak bercantum dengan badan, Allah bukan kesatuan, Allah bukan
bersyarikat, bukan bercantum dengan jasad kita. Orang-orang yang mengaku bahawa Allah
menjelma di dalam jasad dan tidak kurang pula ada yang mengaku Tuhan dan sebagainya.
Sesungguhnya mereka-mereka itu, adalah tergolong dikalangan mereka-mereka yang sesat dan
sejahil-jahil manusia.

Allah tidak ada dalam diri kita, tetapi kitalah yang ada dalam Allah. Bukan kita mengandungi
Allah, tetapi Allahlah yang mengandungi kita. Bukan kita yang meliputi Allah, tetapi Allahlah
yang meliputi kita. Kesemua sifat yang kita miliki ini adalah milik Allah, sifat yang ada pada diri
kita akan hancur, binasa dan hilang lenyap, sifat yang kekal dan yang abadi itu, hanyalah Allah
swt.

Firman Allah :-

28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)

‫تر َجعونَ َو ِإلَي ِه الحكم لَه َوج َهه ِإل هَا ِلك شَيء كل ه َو ِإل ِإلَهَ َل آخ ََر ِإلَ ًها َللاِ َم َع تَدع َو َل‬

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada

Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa
memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Apa Hubungan Sifat Maani Dengan Roh ?

Sifat ma'ani adalah wajah Allah yang terzahir melalui sifat dan rupa paras roh, melalui sifat
mata, mulut, telinga, dan anggota tubuh seluruhnya. Sebagaimana rupa dan paras roh,
sebegitulah wajah ma'ani Allah, kerana rohlah sifat ma'ani Allah. Untuk melihat sifat ma'ani
Allah lihatlah pada wajah dan sifat rupa paras diri kita sendiri. Hubungan roh dengan sifat ma'ani
itu, seumpama sifat mata pada roh, penglihatan bagi Allah, telinga pada roh, pendengaran bagi
Allah dan begitulah seterusnya.

Apakah Hubungannya Sifat Ma'ani Dengan Kalimah Syahdah?

Tujuan kita mempelajari dan mendalami ilmu ma'ani itu, adalah untuk membawa kepada
pemahaman kalimah syahadah. Tujuan nafsiah membawa pengertian kepada lalimah "Laa"
adalah kslimah bagi menafikan kewujudan sifat makhlok. Manakala sifat ma'ani kalimah "Ila ha"
pula, bermaksud mengadakan atau mengiakan dan mengambil balik segala apa yang kita telah
tolak dalam kalimah "Laa". Jika dalam kalimah "Laa" kita tolak semua sifat makhlok, manakala
dalam kalimak "Ila ha" pula, ianya kita adakan semula. Walaupun sifatnya diadakannya kembali,
ianya adalah sekadar sifat yang menumpang.

Jika dalam kalumah "Laa" kita mengaku bahawa tidak ada lain, selain Allah, manakala dalam
kalimah "Ila ha" pula kita mengaku bahawa Allah telah menzahirkan makhloknya melalui 7
sifatNya, seumpama sifat hidup, kuasa, berkehendak, mengetahui, mendengar, melihat dan sifat
berkata-kata. Walau bagaimana pun 7 sifat tersebut diatas hanya sekadar sifat menumpang.
Seumpama sifat sama' menumpang sifat sami'un, sifat basor menumpang sifat basirun dan
begitulah seterusnya.

Untuk dihubung kaitkan dengan kalimah syahdah, kita hendaklah melihat sifat mata yang kita
miliki, tidak berguna, tanpa penglihatan Allah, telinga kita tidak akan bermakna tanpa
pendengaran Allah, mulut tidak bererti tanpa berkata-kata Allah, hidung tidak berguna tanpa
hidup Allah, akal tidak bererti jika tanpa ilmu Allah, anggota tidak bermakna tanpa kuasa Allah.
Segala-galanya yang ada pada kita bergantung dan menumpang sifat Allah.

Semasa melafazkan kalimah "Ila ha" dalam bersyahadah, kita dikehendaki mengingati diri kita
bahawa sifat yang ada pada diri dan yang kita bawa ini, tidak boleh berdiri sendiri, hanyalah
sekadar sifat yang menumpang dan bergantung kepada sifat Allah. Diri kita tidak memiliki apa-
apa. Kita tidak akan dapat melihat tanpa basirun Allah dan kita tidak akan dapat mendengar
tanpa samiun Allah. Dari kesedaran dan keinsafan itu, membawa hati kita kepada suatu perasaan
kosong, hiba, hina, kerdil, miskin, kecil dan perasaan fakir dihadapan Allah. Inilah tujuan kita
mempelajari sifat ma'ani.

Diri kita ini sesungguhnya yatim piatu yang tidak punya apa-apa. Ibubapa, anak-isteri, kaum-
keluarga, harta benda, hidup mati dan kaya miskin itu, adala hak Allah ta'ala, yang boleh
diambilnya balik pada bila-bila masa. Yang kita miliki ini, adalah semata-mata hak kepunyaan
Allah. Ditangan Allahlah diri kita, segala kekuatan, kecantikan, kekayaan dan kegagahan yang
selama ini kita megah-megahkan itu, sebenarnya adalah milik kepunyaan Allah. Dengan
kefahaman bahawa, sifat diri kita ini, sebenarnya mati dan menumpang. Seumpama sifat mata,
telinga, mulut, tangan, kaki dan seluruh anggota, menumpang wajah kebesaran Allah. Yang
hendahnya dikembalikan semula sifat itu kepada Allah.

Anggaplah diri kita ini, sudah mati, binasa, hilang dan lenyap dalam wajah Allah. Yang kita
miliki ini, semuanya adalah hak Allah Ta'ala belaka. Hendaklah kita serah kembali kepada Allah.
Kembalikan sifat-sifat tersebut kepada Allah. Jadikanlah diri kita ini seumpama fakir, muflis,
hina, mati, binasa dan hilang dalam kekuasaan Allah. Inilah diantara hikmah dan diantara intipati
mempelajari sifat ma'ani dalam sifat 20.

Bagaimana Mengenal Allah Melalui Sifat Ma'ani ?

Peranan sifat ma'ani hanya sekadar menjadi saksi (kesaksian) Sifat ma'ani berperanan sekadar
sifat menumpang. Seumpama basor, hanya menumpang kepada sifat basirun. Telinga
menumpang sifat sama', manakala sama' pula menumpang sifat samiun. Lidah menumpang sifat
kalam, manakala kalam pula menumpang sifat mutakallimun. Sifat ma'ani adalah sifat
menumpang sifat maknawiah (sifat kekuasaan Allahh).

Dari kefahaman itu, dapatlah kita tilik diri sendiri, betapa sifat yang ada pada diri kita ini,
semuanya kepunyaan Allah. Kita ada mata, tatapi Allah yang memiliki sifat penglihatan. Kita
ada telinga tetapi Allah yang memiliki sifat pendengaran. Kita ada mulut tetapi Allah yang
memiliki sifat berkata-kata. Begitulah seterusnya, yang menggambarkan bahawa diri kita ini
adalah kepunyaan Allah.

Sifat ma'ani bertujuan supaya sifat Allah dapat dilihat melalui pancaindera, pada roh dan pada
diri kita sendiri. Allah berilmu manakala diri pula bersifat mengetahui melalui akal. Allah
berkudrat, manakala diri pula bersifat berkuasa melalui pancaindera. Allah berirodat, manakala
diri pula bersifat berkehendak ( dapat berkeinginan melalalui rasa ). Allah bersifat sama'
manakala diri pula bersifat mendengar melalui telinga. Allah bersifat basor manakala diri pula
bersifat melihat melalui mata. Allah bersifat kalam, manakala diri pula bersifat berkata-kata
melalui lidah.

Jangan sekali-kali kita menjadi lupa diri, bahawa semua sifat-sifat yang kita miliki ini, adalah
kepunyaan Allah, diri kita ini, hanya sekadar menumpang sifat Allah. Apabila kita faham sifat
ma'ani, dengan sendirinya membawa diti kita pulang kepangkuan Allah dengan tangan kosong,
dengan menyerahkan segala sifat kepada Allah. Bahawasanya diri kita ini, sebenar nya adalah
kepunyaan dan milik Allah sepenuhnya secara mutlak. Sifat yang kita pakai dan yang ada pada
kita ini, seumpama sifat bayang (menumpang yang empunya bayang).

Setelah kita sedar, bahawa sifat yang kita pakai ini adalah sifat pinjaman dan menumpang sifat
Allah, sebaiknya kembalikanlah semua sifat-sifat itu kepada Allah. Jangan sekali-kali cuba
memakai pakaian Allah, walaupun secara percuma atau secara pinjaman, kerana kita tahu
bahawa pakaian Allah itu, amat tidak layak untuk dipakai oleh kita. Kita tidak layak memakai
pakaian Allah dan kita tidak sajak untuk menerima pijaman Allah. Pakaian Allah itu, Allahlah
pemiliknya, Allahlah yang layak memakainya. Sebenarnya kita ini, tidak punya apa-apa pakaian
atau persalinan. Kita ini adalah ibarat tangan kosong. Yang menjadi milik dan kepunyaan kita
bukan pakaian atau persalinan, yang menjadi milik dan kepunyaan kita yang mutlak, adalah
Allah itu sendiri.

Inilah konsep yang hendak diketengahkan dan yang hendak diterapkan melalui sifat ma'ani.
Konsep serta kefahaman inilah yang benar-benar perlu kita fahami. Cuba fahami dan hayati
betul-betul sifat ma'ani yang tujuh itu, apabila kita telah kasyaf dalam menghayati sifat ma'ani, di
sinilah membawanya lebur dan terbakarnya sifat diri yang palsu dan yang menumpang ini.

Bagi mereka-mereka yang mengenal Allah, apabila dia cuba untuk memakai sifat Allah. maka
hancur terbakarlah anggotanya, lebur musnahlah sifat jasadnya. Mereka tidak sekali-kali berani
memakai sifat pakaian Allah. Pakaian Allah itu ada tujuh iaitu seumpama sifat hidup, ilmu,
kudrat, irodat, samak, basor dan kalam, manakala pakaian kita juga tujuh isitu seumpama

1. Pakaian sifat mati (binasa)

2. Pakaian sifat bodoh dungu

3. Pakaian sifat lemah, lumpuh tidak berupaya.

4. Pakaian sifat tidak berkemahuan, tidak berkehendak

5. Pakaian sifat pekak dan tuli.

6. Pakaian sifat buta

7. Pakaian sifat bisu.

Inilah pakaian dan sifat-sifat yang kita pakai serta pakaian mereka-mereka yang mengenal diri
dan yang mengenal Allah swt. Mereka ini beranggapan dan beriktikat bahawa, diri serta jasad
mereka sudah mati, tidak ada, lebur dan binasa. Mereka tidak lagi berakal tidak lagi mempunyai
kekuatan, tidak lagi berkemahuan, tidak berpendengaran, tidak lagi berpenglihatan dan tidak lagi
bersuara,diri da. Jasad mereka sudah fana', sudah baqo' dan karam dalam wajah Allah swt.

Diri mereka tidak ubah seumpama manyat yang hidup. Mereka tidak memakai pakaian Allah,
mereka tidak meminjam pakaian Allah, mereka tidak mengambil persalinan Allah, mereka tidak
memakai apa-apa yang menjadi haq Allah. Tidak layak bagi mereka untuk menerima apa-apa
yang menjadi milik Allah. Bagi mereka, segala-galanya adalah dari Allah, kepada Allah dan
berserta Allah. Baiklah didalam tidur, dalam jaga, dalam gerak, dalam tutur kata, dalam
penglihatan, pendengaran, berkeinginan Dan sebagainya, semuanya milik Allah

Bukan sifat mata yang mereka pandang, tetapi penglihatan Allah, bukan sifat telinga menjadi
tumpuan, tetapi pendengaran Allah, bukan mulut menjadi keinginan, yang menjadi keinginan
mereka ialah suara (kata-kata) Allah Allah. Yang berkeinginan dan berkehendak itu, adalah
Allah swt. Yang berkuasa dan berilmu itu adalah Allah. Inilah kaedah pegangan iktikad orang
makrifat, dalam menterjemah sifat ma'ani. Yang menjadikan hati kita penuh yakin kepada Allah.

Tujuan sifat ma'ani diketengahkan untuk dipelajari dan difahami, adalah untuk membawa kita
kepada suatu keinsafan diri, bahawa semua yang kita miliki dan yang ada pada diri kita ini,
sebenarnya adalah milik Allah. Setelah kita sedar yang segala-gala sifat itu menjadi milik Allah,
hendaklah kita kembalikannya semula kepada Allah. Seandainya yang menjadi milik Allah itu
telah kita serahkan semula kepada Allah, semasa hayat masih dikandung badan dan semasa
masih berada didalam dunia, apabila kita pulang kerahmatullah kelak (setelah kita mati nanti),
tidak ada apa-apa lagi yang perli ditanya, perlu dihisab dan perlu dipersoalkan oleh Malaikat
Mungkar Dan Nakir.
Perkara yang membuat kita ditanya dan disoal itu, adalah kerana hutang sifat kita semasa di
dunia masih belum dijelaskan, mereka yang belum melangsaikan pinjaman dan yang belum
mengembalikan hak Allah semasa hayat masih ada dan semasa masih hidup didunia, hutang sifat
yang kita pinjam dari Allah, hendaklah dikembalikan semula kepada Allah. Jika ianya
dilangsaikan semasa di dunia, tidaklah ada lagi sial jawab dari Mungkar dan Nakir didalam
kubur.

Apa lagi yang Allah hendak tuntut, apa lagi yang Allah hendak tagih dari kita, jika semuanya
telah dikembalikan dan diserahkan kepadaNya. Hidup dan mati kita telah kita serahkan kepada
Allah, jasad zahir dan batin telah dikembalikan kepada Allah. Apa lagi yang hendak Allah
dakwa!, apa lagi yang hendak Allah tuntut !, yang hendak Allah dakwa dan tuntut itu, bagi
mereka-mereka yang kembali kepangkuannya dengan tidak menjelaskan hutang sifat dan tidak
mengembalikan hakNya. HakNya diambil pakai, diambil guna, tapi tidak pandai untuk
memulangkan dan tidak pula pandai mengembalikannya semula kepada Allah.

Jika semuanya telah dikembalikan kepada yang empunya, nescaya tidak ada lagi, tuntut
menuntut, dakwa-dakwi dan tidak lagi ada soal jawab kubur, malah dipintu surgalah kita
disambut oleh Allah swt.

Inilah tujuan pengajaran sifat ma'ani diperkenalkan. Ini adalah tujuan sifat ma'ani diketengahkan
untuk di ambil tahu oleh sekalian kita. Dengan mempelajari sifat ma'ani, akan membawa kita
tahu untuk membezakan, yang mana hak kita dan yang mana hak Allah swt. Perhatikan sekali
lagi perkara ma'ani dan hendaknya kita hayati dan tilik dengan mata hati yang kasyaf.

Selagi hayat masih dikandung jasad, kita di kehendaki mengembalikan hak kepada yang berhak,
nantinya bila tiba di alam akhirat kelak, kita akan mendapat layanan dan sambutan yang
istimewa dari penguasa langit, lain dari yang lain. Kita akan ditempatkan bersama orang yang
sempurna lagi terpuji. Roh orang-orang sebeginilah di namakan roh mutmainnah, roh yang
diterima Allah. Tempat kita itu, adalah disisi Allah, bukannya disisi tanah yang mengandungi
ulat dan cacing.

Roh sebeginilah yang dikatakan roh yang suci bersih, roh yang sentiasa disertai air sembahyang,
roh yang sentiasa di iringi dengan kalimah syahdah. Inilah roh mereka-mereka yang mati
sebelum mati dan roh mereka-mereka yang mengenal diri semasa didunia. Inilah yang dikatakan
roh yang mengenal tuannya. Tuan yang empunya roh itu, tidak lain dan tidak bukan hanya Allah
swt yang satu lagi esa. Inilah penjelasan dan kupasan tentang kefahaman ilmu mengenal Allah
(makrifat) melalui pelajaran sifat ma'ani dalam sifat 20, yang bukan sahaja setakat tahu makna
tetapi hendaklah dihayati dengan isi disebaliknya.
SIFAT MAKNAWIYAH.

Apakah maksud sifat maknawiyah?

Pengertian sifat maknawiyah itu, membawa maksud sifat kekuasaan Allah, menjadi tempat
pergantungan segala rupa (sifat), nama (asma'), berperangai (fe'el) dan pergantungan segala
berzat (roh) krpadanya. Maknawiyah adalah tempat bergantungnya sifat ma'ani. Contohnya,
bergantungnya sifat mendengar kepada pendengaran Allah, bergantung sifat melihat kepada
penglihatan Allah dan begitulah seterusnya. Seumpama sifat cahaya (ma'ani) yang bergantung
harap kepada sifat matahari (maknawiyah).

Begitu jugalah hubungan di antara sifat maknawiyah dengan sifat ma'ani, sebagaimana sifat
ma'ani, sebegitulah rupanya sifat maknawiyah. Sebagaimana ciptaan, sedemikianlah
penciptanya. Sebagaimana hasil, sedemikianlah acuannya. Sebagaimana yang awal
sedemikianlah akhirnya, semuanya itu, adalah satu dari segi zatnya, cuma berbeza pada
panggilan nama. Sifat Allah dengan hasil nukilannya seumpama bercerai tidak bersatu tiada.
Pencipta (zat) dan ciptaan (sifatnya) adalah satu. Sifat bukan zat tetapi tidak lain dari zat. Sifat
ma'ani dengan sifat maknawiyah, seumpama wajah orang yang menilik, dengan bayangan wajah
di dalam cermin. Sifat maknawiyah bermaksud adalah bagi menggambarkan kekuasaan Allah.
Sifat bagi menggambarkan akan kehebatan kekuasaannya.

Sebagaimana kuasanya Allah itu, sebegitulah besarnya Dia. Walau bagaimana besar dan
kuasanya Allah itu, tidak bermakna tanpa ciptaannya (makluk kejadiannya). Tanpa kejadian
alam dan tanpa penzahiran makhlok, segala kehebatan, kekuasaannya, dan segala kehebatan
kebesaranNya tidak akan dapat diterjemah dan diperzahirkan untuk dilihat makhlukNya.

Kekuasaan Allah di dalam sifat maknawiyah, diterjemah melalui sifat ma'ani, manakala sifat
ma'ani pula, diterjemah melakui pancaindera kita. Kejadian dan penzahiran sifat makhloknya
yang bersifat ma'ani. Allah yang bersifat dengan segala keperkasaan pengetahuanNya, ianya
tidak membawa apa-apa makna, tanpa diterjemahkan melalui diri kita ( sifat makhlok ).

Sifat kepandaian yang ada pada kita itu, sebenarnya ilmu Allah, dengan itu, walau setinggi
manapun darjat kepandaian kita, kita tetap selaku hamba disisi Allah. Oleh itu janganlah kita
bersifat sombong dan angkoh bila berada dan berjalan dibumi Allah. Dengan sifat mata yang
cantik, wajah yang ayu, kuasa yang besar dan kekayaan yang menimbun, jangan pula
menjauhkan dari mengingati Allah. Ingatlah segala sifat yang ada pada kita itu adalah wajah bagi
Allah. Hendaknya kita itu, bersifat rendah diri, pemalu, tidak sombong, murah hati dan bersifat
sopan santun di dalam menzahirkan sifat Allah atas diri kita. Jangan bakhil atau kedekut dengan
harta yang Allah hamburkan melalui kita, rajin-rajinlah bersedekah dan bantu membantu kepada
orang yang memerlukan, samada dalam bentuk wang ringgit, mahupun tenaga dari anggota
zahir. Semua sifat itu, bukannya untuk menggambarkan kebaikan atau kebesaran diri kita, tetapi
bagi menzahirkan sifat kekeasaan Allah Ta'ala.
Maksud diperkenalkan ilmu sifat maknawiyah, adalah bertujuan supaya kita dapat memati,
membinasa, dan mengembalikan sifat anggota jasad. Seumpamanya dengan membinasakan sifat
mata, dengan sendirinya akan membinasakan pula sifat meluhat. Setelah kedua-dua sifat mata
dan sifat melihat (basor) telah dapat dibinasakan (dikembalikan) kepada Allah, dengan
sendirinya sifat basirun Allah (sifat yang memberi pengkihatan) akan dapat kita lihat.

Setelah ketiga-tiga sifat pancaindera, sifat ma'ani dan sifat maknawiyah dapat kita serahkan
semula kepada Allah. Disitulah nantinya, kita akan dapat melihat, bahawa diri kita telah lebur,
disitulah, kita akan dapat menatap dan memandang bahawa, semua yang ada itu, adalah wajah
Allah. Tidak sempurna ilmu maknawiyah jika kita tidak mengembalikan ketiga-tiga sifat
tersebut, jangan pula kita kembalikan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Seandainya dikembalikan sifat penglihatan sedangkan sifat mata tidak dikembalikan, ini tidak
membawa makna dan konsep maknawiyah. Maknawiyah bukan sahaja sifat yang terletak pada
kita, tetapi juga terletak pada sekalian makhlok alam seluruhnya. Termasuklah alam haiwan,
alam bukit bukau, alam jin dan seluruhnya seisi alam.

Sifat Apakah Yang Terkandung Di Dalam Maknawiyah ?

7 Sifat maknawiyah yang terkandung didalam sifat 20

1. Haiyun = Yang hidup

2. Alimun = Yang tahu

3. Muridun = Yang berkehendak

4. Qodirun = Yang berkuasa

5. Samiun = Yang mendengar

6. Basirun = Yang melihat

7. Mutakallimun = Yang berkata-kata.

Apakah Bentuk Sifat Maknawiah ?

Sifat maknawiyah (sifat kekuasaan Allah Ta'ala), hanya ujud pada zat Allah, tidak memberi
bekas kepada alam. Maknawiyah tidak boleh dikualiti atau dikuantiti. Maknawiyah adalah suatu
sifat yang menggambarkan ketinggian, kebesaran dan kekuasaan Allah. Sifat kebesaran Allah itu
tidak boleh diterjemahkan kepada penglihatan. Seumpama Allah bersifat tinggi atau besar
setinggi dan sebesar mana Allah itu, tidak dapat dizahirkan melalui kuantiti penglihatan atau
jangkauan akal. Tujuh sifat maknawiyah adalah tempat bergantung tujuh sifat ma'ani.
Maknawiyah menanggung dan mendukungi sifat ma'ani. Sifat maknawiyah adalah tempat
tumpang dan pergantungan sifat ma'ani.
Apakah Peranan Sifat Maknawiyah ?

Tujuan sifat maknawiyah dijadikan dan diciptakan Allah itu, adalah bertujuan untuk
menzahirkan, mempernampak dan untuk memperlihatkan sifat kekuasaannya atas makhlok.
Hendaknya dengan ciptaan sifat maknawiyah itu, makhlok akan dapat mengenal Allah melalui
tujuh sifat kekuasaanNya.

Rupa alam ini, adalah merupakan bekas, bayang atau wajah Allah. Oleh itu bagi sesiapa yang
berhajat untuk mengenal Allah, maka lihatlah alam dan jangan lupa untuk melihat pula kepada
diri sendiri. Diri kita ini hanya bersifat ma'ani (tetamu) yang menumpang sifat maknawiyah
Allah. Sifat maknawiyah Allah yang ternyata atas diri kita itu, adalah seumpama rumah,
manakala sifat ma'ani pula seumpama tetamu. Diri kita ini, merupakan tetamu yang menumpang
rumah Allah (ma'ani menumpang sifat maknawiyah). Sifat tuan itu hanya ada pada Allah dan
bukan pada diri kita, kita hanya selaku hamba (tetamu).

Oleh itu kita jangan sekali-kali bersifat angkoh. Jangan anggkoh sesama manusia, apa lagi
kepada Allah, kerana semua sifat yang ada pada kita itu adalah sifat menumpang, jadi sedarlah
diri itu sikit. Selaku menumpang, buatlah cara menumpang, jangan pula tinggi kadok dari
junjung. Untuk mengatakan alam ini merupakan Allah, sudah tentu kurang manis pada
pandangan syara' dan tidak layak pada hukum, mana mungkin sifat Allah untuk disamakan
dengan sifat makhlok, tetapi menurut pengajian ilmu makrifat dalam mentafsir sifat 20, telah
mengisyaratkan bahawa, segala sifat yang bersifat itu, sebenarnya adalah sifat bagi Allah, segala
nama yang bernama itu, adalah nama bagi Allah, segala perangai atau gerak geri yang bergerak
itu, adalah gerak Allah dan segala zat yang berzat itu, adalah zat bagi Allah. Menurut kacamata
ilmu makrifat, alam ini sudah binasa, sudah hilang ghaib dalam wajah Allah. Yang ada (yang
wujud) hanyalah Allah. Jikalau pun ada yang bersifat wujud selain dari Allah, itu cuma sekadar
bayangan nama dari hayalan akal.

Sifat Allah itu termasuk segala-galanya, yang batin mahupun yang zahir, termasuk sifat yang
dulu mahupun sifat yang sekarang. Awal itu adalah Allah, maka akhir pun juga adalah Allah.
Tinggal yang lain. Kita akan ditempatkan bersama orang yang sempurna lagi terpuji. Roh orang-
orang sebeginilah di namakan roh mutmainnah, roh yang diterima Allah. Tempat kita itu, adalah
disisi Allah, bukannya disisi tanah yang mengandungi ulat dan cacing.

Roh sebeginilah yang dikatakan roh yang suci bersih, roh yang sentiasa disertai air sembahyang,
roh yang sentiasa di iringi dengan kalimah syahdah. Inilah roh mereka-mereka yang mati
sebelum mati dan roh mereka-mereka yang mengenal diri semasa didunia. Inilah yang dikatakan
roh yang mengenal tuannya. Tuan yang empunya roh itu, tidak lain dan tidak bukan hanya Allah
swt yang satu lagi esa. Inilah penjelasan dan kupasan tentang kefahaman ilmu mengenal Allah
(makrifat) melalui pelajaran sifat ma'ani dalam sifat 20, yang bukan sahaja setakat tahu makna
tetapi hendaklah dihayati dengan isi disebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai