Rancangan Pengajaran Harian
PPIM
Tajuk : Jamuan dan Pertandingan Sempena Hari Kemerdekaan
Tarikh :29/8/2018
Masa :2.00 petang - 4.00 petang
Tempat :Kelas 2 Perdana
Bil. Murid :2
Tahun :4 & 5
Objektif Pembelajaran : Di akhir pelajaran murid dapat
1. Menyatakan kepentingan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.
Alatan/ABM :Komputer riba, LCD, bendera, pembesar suara, lembaran kertas untuk mewarna, makanan, minuman
Bahagian/Masa Isi Kandungan Aktiviti Catatan
Permulaan Pengenalan 1. Tatacara perjumpaan dilaksanakan. ( Asmaul Husna, Lagu Komputer riba,
Puteri, Ikrar). LCD, bendera,
(10 minit)
pembesar suara.
2. Guru dan murid-murid bersama-sama menyanyikan lagu
Negaraku dan Tanggal 31.
3. Guru memberitahu murid-murid hari ini mereka akan
mengadakan pertandingan mewarna dan jamuan Hari
Kemerdekaan PPIM.
Langkah 1 Pertandingan Mewarna 1. Guru mengedarkan lembaran kertas untuk diwarna oleh Lembaran kertas,
murid-murid. pensel warna
(60 minit)
2. Guru menyediakan pensel warna bagi murid yang tidak
mempunyai pensel warna.
3. Murid-murid diberi masa selama 25 minit untuk mewarna
lembaran tersebut.
4. Guru mengingatkan semua murid untuk menulis nama dan
kelas pada kertas tersebut.
5. Guru mengutip semua kertas tersebut.
Langkah 2 Jamuan 1. Murid-murid menjamu selera dengan makanan-makanan yang Nilai:
disediakan di belakang kelas. bertanggungjawab
(40 minit)
2. Murid-murid diingatkan untuk menjaga kebersihan dan
membuang sampah di tempat yang sepatutnya.
Penutup Kesimpulan 1. Guru bertanya kepada murid-murid adakah aktiviti pada hari
ini menyeronokkan.
(10 minit)
2. Guru menerapkan nilai mencintai negara dan memberitahu
murid-murid besarnya pengorbanan pejuang-pejuang negara
untuk membebaskan negara kita daripada penjajah.
3. Guru memberitahu bahawa pemenang bagi pertandingan
bewarna tersebut akan diumumkan pada perhimpunan hari Isnin
minggu hadapan.