Anda di halaman 1dari 7

KHUTBAH JUMAAT: PEMIMPIN PILIHAN

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah


dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita
sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan
mendengar seluruh khutbah yang akan disampaikan bukannya tidur dan
bersembang ketika khutbah disampaikan.
Firman Allah s.w.t di dalam Surah Ali Imran ayat 26:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang


mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa
pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah
yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam
kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Sidang Jumaat sekelian,
Sudah sunnatullah di mana setiap yang bernyawa pasti menemui
mati tanpa mengira darjat dan pangkat, usia dan harta. Setiap sesuatu
pertemuan turut ada waktu perpisahnya. Pemimpin pula ada yang datang
dan ada pula yang pergi di mana yang datang dirai dan yang pergi
ditangisi.

Pemimpin ada perbezaan dari banyak sudut keperibadiannya


terutama dari segi sikap dan akhlaknya di mana pemimpin yang amanah
disanjung tinggi dan yang zalim dimaki dan dibenci.Rakyat juga ada
pelbagai ragam dan keadaannya di mana bagi yang bijak sentiasa peka
dengan keadaan negara di mana mereka sedia bangun mengkritik apabila
ada kesilapan pemimpin dan bersedia berkhidmat dalam membangunkan
negara.

Ada pula rakyat hanya sanggup menjadi pak turut sehingga mereka
turut bersekongkol dengan pemimpin yang zalim. Sesebuah negara tidak
mampu membina tamadun yang tinggi jika rakyat terkongkong dan
terpenjara daripada menegur apa yang silap sedangkan pemimpin terus
bermaharajalela melakukan pembaziran dengan duit amanah rakyat.

Pemimpin terdiri daripada beberapa golongan di mana yang


pertama daripada kalangan orang kaya sebelum menjadi pemimpin dan
terus kaya selepas dilantik menjadi pemimpin.Pemimpin jenis ini ada yang
amanah dan ramai juga yang tidak jujur ketika melaksanakan amanah
kepimpinan.
Golongan kedua ialah pemimpin yang miskin sebelum menjadi
pemimpin sebaliknya menjadi orang kaya baru selepas berada di atas
takhta kepimpinan sesebuah negara. Pemimpin jenis ini begitu merbahaya
serta mempunyai bilangan yang ramai pada hari ini di mana pemimpin dari
jenis ini kebanyakannya tidak amanah kerana membina kekayaan hasil
rompakan terhadap harta rakyat jelata.

Pemimpin jenis ketiga pula ialah pemimpin yang kaya sebelum


memimpin dan menjadi miskin selepas dilantik kerana begitu mengambil
berat terhadap kebajikan dan amanah rakyat sehingga kekayaannya turut
disumbangkan kepada rakyat. Pemimpin jenis ini agak kurang jumlahnya
pada hari ini dan begitu sukar dilahirkan pada akhir zaman ini yang
sememangnya penuh dengan pelbagai fitnah dunia.

Jenis pemimpin yang keempat ialah pemimpin yang keadaanya


miskin sebelum dan selepas menjadi pemimpin di mana tidak terdetik di
hatinya untuk membina kekayaan bagi melarikan daripada kemiskinan
yang membelenggunya selama ini sebaliknya dia lebih rela memimpin
dalam keadaan miskin asalkan rakyat terus kaya dan Allah sentiasa redha
dengan kepimpinannya.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Oleh itu fikir dan timbangkanlah kita dengan keadaan pemimpin kita pada
hari ini di manakah kedudukan dan jenis mereka. Jika dia seorang yang
amanah maka berjuanglah bersamanya tetapi jika dia seorang
pengkhianat maka nasihatkannya agar segera bertaubat atau ditarik
daripada tampuk pemerintahan jika terus berdegil.
Pemimpin adalah salah satu golongan yang bakal duduk di bawah
bayangan ‘Arasy pada hari di mana tiada lagi bayangan lain yang mampu
melindungi manusia daripada kepanasan terik mentari di tengah-tengah
padang mahsyar. Kelebihan ini hanya mampu diraih oleh pemimpin yang
adil dan bertaqwa yang mampu memberi khidmat dan menunaikan
amanah kepada rakyat sesuai dengan kedudukan pemimpin itu sendiri
sebagai khadam bagi rakyat bukannya rakyat menjadi hamba abdi kepada
pemimpin.Kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah begitu tinggi sesuai
dengan amanah besar kepemimpinan yang terpaksa dipikul. Sabda Nabi
saw:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang


akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada
naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin)
yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang
hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta
mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana
Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan
tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”,
seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu
menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang
mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (Riwayat
Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Tetapi perlu diingat bahawa daripada 3 orang pemimpin atau hakim


hanya seorang sahaja yang terpilih sebagai orang yang benar-benar layak
untuk merasai nikmat Syurga Allah sedangkan 2 yang lain bakal menghuni
neraka yang begitu berat siksaannya. Sabda Nabi s.a.w:

“Hakim (pemimpin) ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka,


sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang
mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka
ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak
memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan
seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara
manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu
Dawud, At Thawawi)

Oleh itu bagi mereka yang benar-benar memahami tugas berat yang
bakal menimpa pemimpin di mana dalam kehidupan dunia ini terpaksa
memikul betapa beratnya tanggungjawab dan di akhirat pula terpaksa
menjawab segala soalan yang begitu hebat terhadap segala amanah yang
telah dilaksanakan.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,


Jika benar amanah maka beruntunglah dia sebaliknya jika
mengkhianati amanah maka betapa ruginya dia. Melihat kepada besarnya
tanggungjawab sebagai seorang pemimpin di dunia dan akhirat maka bagi
mereka yang begitu memahaminya di mana dia sentiasa lari daripada
dilantik menjadi pemimpin sebaliknya bagi mereka yang jahil tentangnya
serta hanya tahu mengejar takhta demi mengumpul kekayaan dunia maka
dia sentiasa mengejar pangkat dan jawatan yang ada tanpa memikir
tentang pahala dan dosa.

Setelah melihat betapa penting dan besarnya amanah kepimpinan


maka kita mestilah berhati-hati dalam memilih pemimpin kerana kita turut
akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti tentang sebab kita memilih
seseorang itu sebagai pemimpin. Jika kita memilih pemimpin yang soleh
dan adil maka kita akan bahagia dunia dan akhirat sebaliknya apabila
tersilap memilih pemimpin sesat dan zalim maka kita akan tersiksa dunia
dan akhirat di mana di dunia kita akan tertindas dengan kezalimannya
manakala di akhirat pula kita mungkin akan digolongkan bersama
pemimpin zalim kerana terpedaya dengan fatwa palsu mereka semasa di
dunia sehingga kita mengenepikan hukum Allah.

Ingatlah bahawa kepimpinan dan amanah buka semata-mata


amalan dunia tetapi ia akan ditanya di hadapan Allah pada hari akhirat
nanti. Tepuklah dada tanyalah siapakah pemimpin yang benar dan siapa
pula yang salah dari segi agama bukannya mengikut selera nafsu kita

Anda mungkin juga menyukai