Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI AMALI PENGURUSAN ACARA

1.0 PENGENALAN
Pada 12 April 2018 (khamis) yang lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan
Melayu dan Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Durian Daun telah menjalankan
Kejohanan Olahraga Tahunan Gabungan Kali ke 2 bagi Tahun 2018.

Berikut merupakan butir terperinci mengenai saya berkaitan penglibatan sepanjang


menghadapi KOT.

Nama : Aien Farha Binti Mohd Khosaini

Unit : Pendidikan Khas 2 Jun 2016

Tugas : a) menyediakan buku pertandingan mini KOT


b) peserta acara lontar peluru (mini KOT)
c) peserta acara merejam lembing (KOT)
d) juruacara mini KOT dan KOT
e) menyediakan teks juruacara untuk majlis perasmian dan penutupan KOT
f) terlibat dalam team jawatankuasa urusetia majlis

MPU3071 | KOKURIKULUM (OLAHRAGA) AIEN FARHA BINTI MOHD KHOSAINI 1


2.0 ANALISIS SWOT
2.1 KEKUATAN (STRENGHTS)
Berdasarkan pemerhatian dan dapatan saya sepanjang bertugas untuk
KOT ini, kekuatan yang saya rasa ianya ada pada saya ialah pertama dari segi
kepengacaraan. Saya telah ditugaskan dan dilantik oleh ketua untuk menjadi
pengacara bagi Mini KOT dan KOT bersama pasangan saya iaitu Allea Syaza
dari unit PK 1. Saya beranggapan bahawa saya mempunyai bakat dalam
mengacara dan saya mempunyai kekuatan sebagai pengacara untuk KOT. Jujur
saya katakan bahawa menjadi pengacara untuk majlis-majlis rasmi yang formal
adalah tidak sama dengan pengacara untuk Kejohanan Olahraga.

2.2 KELEMAHAN (WEAKNESSES)


Walaupun saya mempunyai kekuatan dalam mengacara majlis, namun
saya juga mempunyai beberapa kelemahan seperti dalam menggunakan ‘excel’
dalam membina buku pertandingan Mini Kot. Saya terpaksa menghabiskan
banyak masa untuk memahami ‘excel’ walaupun rakan kumpulan sudi
membantu saya menyiapkan namun saya tetap berusaha melakukannya
walaupun lambat sehingga siap buku pertandingan Mini KOT.

2.3 PELUANG (OPPORTUNITIES)


Saya mendapati bahawa saya mempunyai peluang yang baik dalam
bidang kepengacaraan. Ini adalah kerana, saya bukan sahaja mampu menjadi
pengacara namun saya mendapati bahawa saya juga boleh menyediakan teks-
teks pengacara majlis Saya bercadang untuk mengambil kelas pengacaraan dan
kemudian mengambil sijil pengacara majlis yang membolehkan saya
mengenakan caj setiap kali dijemput sebagai pengacara majlis.

2.4 ANCAMAN (THREATS)


Saya menghadapi cabaran dari segi cabaran melakukan kerja secara
berkumpulan. Bagi saya,bekerja secara berkumpulan ini memerlukan sikap
tangungjawab individu yang tinggi untuk berusaha sendiri melaksanakan
tanggungjawab yang sudah diamanahkan tanpa disuruh. Kedua pula ialah saya
menghadapi ancaman dari diri saya sendiri iaitu saya seorang yang panik

MPU3071 | KOKURIKULUM (OLAHRAGA) AIEN FARHA BINTI MOHD KHOSAINI 2


apabila menghadapi situasi baru yang mengejut. Sebagai contohnya ketika saya
dikehendaki bersedia bila-bila masa sahaja untuk menunggu kehadiran tetamu
kehormat. Ini adalah kerana saya merupakn pengacara majlis pada ketika itu
dan saya perlu mengumumkan kehadiran beliau ke majlis.

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN


Bagi melancarkan lagi KOT, bagi pendapat saya terdapat beberapa cadangan
penambahbaikkan iaitu pertama ialah dari segi bekerja secara berkumpulan. Kita
sebagai salah seorang individu dalam kumpulan itu perlu bertindak awal supaya tiada
lagi masalah kerja saat akhir (last minute). Kita juga boleh menubuhkan kumpulan
‘whatsapp‘ sementara bagi mengetahui setiap gerak kerja kumpulan walaupun ianya
hanya sekecil kerja.
Bagi saya yang kedua ialah dari segi pengurusan majlis ketika menunggu
kehadiran tetamu kehormat, sebagi pengacara majlis, kita boleh menyediakan pelbagai
teks pengacara majlis mengikut kesesuaian agar majlis dapat dikelola dengan baik dan
lancar.

4.0 LAMPIRAN

Gambar 1: ketika mengacara untuk Mini KOT

Gambar 2: ditugaskan sebagai jawatankuasa urusetia majlis bahagian pengacara

MPU3071 | KOKURIKULUM (OLAHRAGA) AIEN FARHA BINTI MOHD KHOSAINI 3


Gambar 3: sesi bergambar dengan semua pelajar semester 4 selepas KOT

Gambar 4: saya ketika selesai mengendali bahagia pengacara majlis

MPU3071 | KOKURIKULUM (OLAHRAGA) AIEN FARHA BINTI MOHD KHOSAINI 4

Anda mungkin juga menyukai