Anda di halaman 1dari 17

BBPP1103 PRINCIPLES OF MANAGEMENT

OUM BUSINESS SCHOOL

JANUARI / 2016

BBPP1103

PRINCIPLES OF MANAGEMENT

NO. MATRIKULASI : 830630015614001


NO. KAD PENGNEALAN : 830630015614
NO. TELEFON : 012-6208150
E-MEL : dianesa@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI LEARNING CENTRE


BBPP1103

1.0 Pengenalan
MS Supply Chain Solutions (M) Sdn Bhd (MSCS–M) ditubuhkan pada 1 st April
2015 dimana telah mengambil alih perniagaan dari Sony Supply Chain Solutions
Malaysia (SSCS-M) yang ditubuhkan sejak tahun 17 Ogos 1989 melalui usaha sama
antara syarikat Mitsui -Soko Holdings Co. Ltd dan Sony Corporation. MSCS beroperasi
di Bangi, Penang, Sabah dan Sarawak. MSCS beribu pejabat dialamat Lot 524, Jalan P
10/10, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia. Menjalankan aktiviti
perniagaan dengan menyediakan perundingan dan pengurusan daripada kakitangan yang
pakar, meliputi semua rantaian bekalan pengeluaran untuk jualan, dan juga penyelesaian
untuk memenuhi permintaan logistik, industri pengedaran pengeluar secara besar-besaran
dengan kemudahan dan teknologi yang terkini “state-of-the-art” dan rangkaian sistem
maklumat serta beroperasi dengan kos yang minimum bagi memenuhi keperluan
pelanggan serta menentukan kualiti, ketepatan masa, keselamatan dan kecekapan dalam
perkhidmatan yang disediakan.
MSCS beroperasi dengan menyediakan perkhidmatan "distribution processing"
dimana menyediakan bantuan dalam mengendalikan proses di kilang pelanggan seperti
Sony EMCS yang berada di Bangi dan mengedarkan barang pelanggan secara langsung
“direct vanning” dari kilang ke pelanggan mereka dengan menggunakan medium udara,
laut & darat.
MSCS mengurus pengeluaran barang melalui pegangkutan udara dari setiap
lokasi yang sudah ditetapkan dan menghantar barang diatas kehendak pelanggan. Import
dan eksport dengan menggunakan pegangkutan laut memerlukan ketelitian dan pelbagai
prosedur dimana penghantaran dilakukan dari kilang pembuatan ke pelabuhan Klang.
Kemudian melaksanakan prosedur untuk meninggalkan pelabuhan Klang menggunakan
laluan laut yang tepat bagi penghantaran ke lokasi yang mengimport dan melepasi
pelepasan import dan eksport kastam di pelbagai negara sehingga menurunkan barang
kepada destinasi terakhir. Pengangkutan darat juga disediakan bagi menghubung
pelabuhan ke gudang atau ke lokasi-lokasi yang ditetapkan seperti penghantaran terus
dari kilang pembuatan ke negara mengimport iaitu Singapore, Thailand dan SOMAS
(Sony Malaysia).

2
BBPP1103

MSCS mempunyai perkhidmatan penyimpanan di gudang bagi menyimpan


barang mentah yang telah di import dan juga barang siap yang akan di eksport atas
permintaan pelanggan ke serata dunia. Gudang MSCS yang berada di Bangi dan Shah
Alam mempunyai keluasan mencukupi bagi menampung operasi import dan eksport
untuk pelanggan utama MSCS iaitu Sony EMCS yang mengeluarkan produk televisyen
dan barang mentah untuk menghasilkan televisyen.
MSCS juga mempunyai perkhidmatan depot kontena dimana ia sebagai satu
stesen untuk memeriksa dan membaiki kontena sebelum hantar ke logistik untuk
digunakna. Ia juga tempat untuk melakukan aktiviti “cross dock” bagi barang siap.
Cabaran bagi MSCS-M ialah meningkatkan tahap perkhidmatan dengan
mengunakan sumber dan kos yang paling minumum untuk pelanggan.

2.0 Definisi dan Penerangan Pengurusan dan Pengurus


Menurut Richard L. Draft di dalam bukunya ”Management” menakrifkan
pengurusan sebagai pencapaian matlamat sebuah organisasi dengan cara yang berkesan
dan cekap melalui perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan terhadap
sumber organisasi. Manakala pengurus adalah individu yang menjalankan tugas
pengurusan atau pembuat keputusan di dalam organisasi dan mewakili sebahagian kecil
dari pekerja dalam syaeikat yang besar. Gambarajah 2.1 menunjukkan proses pengurusan
dimana pengurus menggunakan sumber bagi mencapai matlamat organisasi.

3
BBPP1103

Fungsi Pengurusan

Perancangan
Pilih matlamat
dan cara bagi
Sumber mencapainya Perlaksanaan
Manusia Capai matlamat
Pengawalan Pengorganisasian Produk
Keewangan
Memantau Menyerahkan Perkhidmatan
Bahan mentah
aktiviti dan membuat tangungjawan untuk Kecekapan
Teknologi
pembetulan pencapaiyan tugas Keberkesanan
Maklumat

Kepimpinan
Menggunakan pengaruh
untuk memotivasikan
pekerja

Rajah : 2.1 Proses pengurusan


Sumber : Diadaptasi daripada Richard, L. D. (2003). Management (Sixth ed.). South-
Western: Thomson.
Pengurus membuat perancangan dengan menentukan matlamat dan membuat
keputusan mengenai tugas dan penggunaan sumber yang diperlukan. Pengorganisasian
berkenaan memberi serta menentukan tugasan, membahagikan kerja secara berkumpulan
di dalam jabatan dan memperuntukan sumber yang mencukupi untuk melaksanakan tugas
yang diberikan. Kepimpinan menggunakan pengaruh dengan memberi motivasi seperti
memberi panduan, bimbingan dan perangsang kepada pekerja bagi mencapai matlamat
organisasi dan pengawalan mengenai pemantauan atau mengawasi prestasi dalam aktiviti
yang dilaksanakan dan mengambil tindakan pembetulan bagi membaiki kesilapan yang
berlaku.
Proses pengurusan di setiap peringkat organisasi adalah penting kerana saling
berkaitan. Andaikata jika sesebuah organisasi mempunyai perancangan yang teliti dan
baik namun jika tiada pengawalan maka organisasi tersebut tidak akan mencapai
matlamat yang dirancang.

4
BBPP1103

2.1 Kemahiran dan Jenis Pengurusan


Robert L Kartz (1974) telah mengenal pasti tiga kemahiran asas yang diperlukan
untuk mengurus dengan berkesan iaitu teknikal, sumber manusia dan konseptual. Rajah
2.2 menunjukkan kemahiran bagi setiap peringkat pengurusan dimana anak panah
menghala keatas menunjukkan jenis kemahiran yang diperlukan oleh pengurusan atasan
dan anak panah menghala kebawah menunjukkan kemahiran yang diperlukan pengurusan
bawahan.

Pengurusan
Antara Perorangan

Atasan

Teknikal
Konseptual

Pengurusan Pertengahan

Pengurusan Bawahan

Rajah 2.2 Kemahiran dan peringkat pengurusan dalam organisasi


Sumber : Rujukan daripada OUM, Principles of Management, Edisi ke 2, Dec 2013

Kemahiran Konseptual
Merujuk kepada kebolehan untuk merancang, melaksanakan dan mencapai objektif
organisasi
Kemahiran antara perorangan
Keupayaan untuk melakukan kerja dan merangsang pekerja lain untuk bekerja dengan
berkesan sebagai ahli kumpulan.
Kemahiran teknikal
Kemahiran ini merujuk kepada kepakaran yang diperlukan untuk menggunakan peralatan
dan tatacara dalam bidangnya.
Berdasarkan rajah 2.2 pengurus dapat dibezakan berdasarkan peringkat,
kedudukan dalam organisasi.

5
BBPP1103

Pengurus peringkat atasan


Pengurus yang berada hirarki yang tinggi didalam organisasi seperti pengarah urusan
dimana berperanan menetapkan matlamat, menentukan strategi, memantau dan
menganalisis persekitaran dan membuat keputusan yang melibatkan keseluruhan
organisasi
Pengurus peringkat pertengahan
Pengurus yang bertangungjawab menyelaras dan mengawal kerja diperingkat bahagian
bagi mencapai matlamat.
Pengurus peringkat bawahan atau pengurus lini
Seorang pengurus yang bertangungjawab untuk sebuah jabatan yang mengawasi kerja
harian dibahagian spesifik tugas yang telah diberikan oleh pengurusan pertengahan.

2.2 Peranan Pengurus


Mengikut kajian yang dilakukan oleh Henry Mintzberg terdapat tiga peranan utama dan
sepuluh peranan khusus terhadap pengurus. Rajah 2.3 ringkasan bagi 10 peranan
pengurus.

Kategori Peranan Aktiviti


Penyebar Pengawas Mendapatkan dan menerima maklumat, menganalisis dan laporan,
maklumat mengekalkan hubungan peribadi
Penyebar Menyampaikan maklumat kepada orang lain, memberi memo dan
membuat panggilan telefon
Jurucakap Memberikan ucapan atau laporan kepada orang luar
Antara Lambang / melakukan tugas yang rasmi, sosial atau perundangan
perorangan Simbol
Pemimpin Mengarah dan memotivasi, melatih, memimbing dan menasihati
serta berkomunikasi dengan pekerja
Penghubung Mengekalkan hubungandan berinteraksi dengan orang lain
samaada didalam atau diluar organisasi bagi mengumpul maklumat
Pembuat Usahawan Memulakan projek baru, mengesan peluang perniagaan, mengenal
Keputusan pasti bidang perniagaan yang dibangunkan

6
BBPP1103

Penyelesaian Mengambil tindakan pembetulan semasa krisis, menyelesaikan


Masalah konflik sesama pekerja, menyesuaikan diri dengan perubahan luar
Pengagih Memutuskan siapa yang mendapat sumber, jadual, tugas, bajet dan
Sumber menentukan apa yang lebih penting
Perunding Mewakili jabatan semasa berunding dengan kesatuan sekerja,
pembekal, jualan, bajet dan menjaga kepentingan organisasi.

Rajah : 2.3 Peranan Pengurus


Sumber : Rujukan daripada Richard, L. D. (2003). Management (Sixth ed.). South-
Western: Thomson

3.0 Evolusi Teori Pengurusan


Amalan pengurusan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi bagi menerajui
sesebuah organisasi.Cabaran dan permasalahan yang dihadapi menjadikan pihak
pengurus membentuk beberapa perspektif pengurusan bagi mendapat pengurusan yang
baik. Rajah 3.1 menunjukkan kronologi perspektif pengurusan yang diperkenalkan.

Perspektif Kontemporari

Perspektif Pengurusan Kuantitatif


Perspektif Manusia

Perspektif Klasikal

1890 1900 1910 1920 1930 1940 1950 1960 1970 1980 1990 2000

Rajah 3.1: Evolusi Teori Pengurusan


Sumber : Rujukan daripada OUM, Principles of Management, Edisi ke 2, Dec 2013

3.0.1 Perspektif Klasikal


Perkembangan revolusi industri pada pertengahan kurun ke 19 menyebabkan
pengurusan berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti bagi pengeluaran

7
BBPP1103

produk, menguruskan organisasi, memantau dan mengawal pekerja yang ramai. Terdapat
tiga kelas dibawah perspektif ini iaitu pengurusan saintifik, pengurusan birokratik dan
pengurusan tadbir.
Pengurusan Saintifik
Ia menekankan secara saintifik mengkaji perubahan dalam pengurusan sebagai
penyelesaian untuk meningkatkan produktivti tenaga kerja. Frederick Winslow Taylor
(1856-1915) seorang jurutera mekanik dan di kenali sebagai “Bapa Pengurusan Saintifik”
teah mengenal pasti lima prinsip pengurusan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran.
Menilai tugas dengan mengkaji secara saintifik setiap bahagian tugas dalam menentukan
Kaedah kerja. Memilih pekerja yang berkemahiran dalam melaksanakan tugas tertentu.
Melatih dan meningkatkan tahap pekerja supaya mereka mampu melakukan tugas dengan
kaedah yang tepat. Memberi ganjaran untuk pekerja yang memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan oleh organisasi dan tangungjawab dalam pekerjaan digalas oleh pengurus.
Taylor dibantu oleh rakanya Henry Gantt (1861-1919) dalam penyelidikan carta gantt
bagi mengukur perancangan dan penyelesaian pekerjaan bagi setiap peringkat
pengeluaran. Carta gantt diguna pakai sehingga hari ini dalam merancang jadual projek.
Gandingan suami isteri Frank B. Gilbreth (1864-1924) dan Lillian Gilbreth (1878-1972)
memberikan penekanan tentang aspek kebajikan pekerja atas kajianya tentang kelesuan
dan gerakan kerja yang dilakukan.
Pengurusan Birokratik
Max Weber (1864-1920) seorang ahli teori sosial berbangsa Jerman telah
memperkenalkan pengurusan borikratik dimana menekankan pengurusan secara
impersonaliti, rasional melalui unsur-unsur yang jelas dan tangungjawab penyimpan
rekod rasmi dan pemisahan pengurusan dan pemilikan. Max Weber memperkenalkan 6
elemen didalam birokratik iaitu yang pertama perkerja dibahagikan dengan kuasa yang
jelas dan tangungjawab yang telah diberi oleh organisasi.Kedua jawatan atau kedudukan
yang distruktur didalam hierarki pada sesebuah organisasi. Ketiga kenaikan pangkat
berasaskan daripada kelayakan dimana berdasarkan ujian, latihan atau pengalaman.
Kelima merekodkan tindakan dan keputusan organisasi bagi memastikan ia disimpan

8
BBPP1103

dengan baik dan keenam pengurusan dipisahkan dengan pemilik dan pengurus
memastikan peraturan dan prosedur mengikut prosedur tanpa bias.
Pengurusan Pentadbiran
Pelapor bagi teori pentadbiran adalah Henri Fayol (1841-1925) dimana memberi
tumpuan kepada organisasi keseluruhan bukannya individu dan menentukan sempadan
fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan
pengawalan. Fayol juga memperkenalkan 14 prinsip umum pengurusan dan juga
membahagi aktiviti organisani kepada enam bidnag iaitu teknikal, komersial, keewangan,
perakaunan, fungsi pengurus dan pengawalan dimana digunakan sehingga hari ini.
Mary Parker Follett (1868-1933) memberi penekanan mengenai penyertaan pekerja
dan matlamat bersama dikalangan pengurus. Konsep utama Follett adalah agihan kuasa,
memimpin pekerja dan bukan mengarah, dan membenarkan pekerja membuat keputusan
dan memberi pendapat mengikut keadaan.
Chester I. Barnard (1886-1961) memperkenalkan konsep organisasi formal
dimana organisasi bukan sebagai mesin dan perhubungan tidak formal boleh membantu
dalam organisasi sekiranya diurus dengan baik. Barnard juga memperkenalkan teori
penerimaan autoriti yang menyatakan pekerja mempunyai pilihan daripada arahan yang
diberikan oleh pihak pengurusan.

3.0.2 Perspektif Kemanusiaan


Aliran Pemikiran Perilaku atau Perhubungan Manusia wujud kerana para
pengurus sedar kecekapan teknikal tidak seiring dengan keharmonian di tempat kerja.
Wujud keperluan untuk membantu pengurus lebih arif dalam aspek pemahaman gelagat
manusia, sikap pekerja, persekitaran pekerja dan interaksi sosial.
Pergerakan Hubungan Manusia
Elton Mayo (1880-1949) dan rakan-rakannya dari Harvard menjalankan satu
kajian tingkah laku manusia yang terkenal di Kilang Hawthorne Works di Chicago
kepunyaan Syarikat Western Electric. Kesimpulan penyelidikan Hawthorne adalah
manusia akan cenderung meningkatkan usaha mereka apabila diberi perhatian khas atau
layanan yang baik daripada pihak pengurusan. Kajian Hawthorne dijalankan dalam tiga

9
BBPP1103

fasa iaitu Kajian Bilik Ujian (1924-1927) menguji kesan perubahan pencahayaan ke atas
kecekapan pengeluaran pekerja. Kajian Temu duga (1928-1931) kajian ini menunjukkan
bahawa amat sukar untuk mengenal pasti sebab-sebab pekerja tidak berpuas hati dengan
pekerjaannya dan Kajian Pemerhatian pula menunjukkan bahawa para pekerja
memerlukan pengiktirafan sebagai ahli sosial yang mempunyai kehendak, keinginan dan
perasaan.
Pendekatan Sumber Manusia
Pengurusan ini mencadangkan pekerjaan perlu direka untuk memenuhi keperluan
tahap yang lebih tinggi dengan membenarkan pekerja menggunakan potensi mereka
untuk menjalankan tangungjawab yang diberi. Pendekatan ini digabungkan daripada
struktur kerja dan teori motivasi iaitu Abraham Maslow (1908-1970)
Pendekatan Sains Sosial
Merupakan satu teori tentang tingkahlaku manusia berasaskan kaedah saintifik
dan pembelajaran. Ia diadaptasi daripada bidang sosiologi, psikologi, antropologi,
ekonomi dan bidang yang berkaitan dengan tingkahlaku manusia.

3.03 Pendekatan Pengurusan Kuantitatif


Pendekatan ini bermula selepas Perang Dunia Kedua dimana ia diaplikasikan
dalam perang bagi mengendalikan kapal dan bom. Memperkenalkan 3 konsep utama iaitu
pengurusan sains, pengurusan operasi dan pengurusan sistem maklumat.
Pengurusan sains
Dikemukakan bagi mengatasi masalah peperengan dalam pemindahan perlatan
dan manusia dengan pantas dan berkesan.
Pengurusan Operasi
Dikenali sebagai Kajian Operasi (Operations Research-OR) dimana
mengaplikasikan kaedah saintifik untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah
pengurusan.
Pengurusan Sistem Maklumat
Penggunaan teklogi yang tinggi bagi menyediakan maklumat kepada pengurus
dalam membuat keputusan.

10
BBPP1103

3.04 Pendekatan Kontemporari


Didalam pendekatan ini terdapat 2 teori utama iaitu sistem dan kontingensi
Pendekatan Sistem
Organisasi dilihat sebagai satu jaringan sistem dan sub-sistem dimana setiap ia
berkait rapat dan berfungsi untuk mencapai objektif yang sama. Sistem ini mengenal
pasti dan menyelesaikan konflik supaya wujud kesepakatan dalam mencapai matlamat.
Terdapat 5 komponen dalam sistem ini iaitu input, proses transformasi, pengeluaran,
maklumbalas dan persekitaran. Selain itu memperkenalkan idea dalam mempengaruhi
pengurusan seperti sistem terbuka, sistem tertutup, Entropi, Sinergi dan Subsistem.
Pendekatan Kontingensi
Menurut pendekatan ini, prinsip dan konsep pengurusan pelbagai aliran tidak ada
aplikasi umum atau sejagat dalam semua keadaan. Kaedah dan teknik yang mana sangat
berkesan dalam satu isu kemungkinan tidak berkesan dalam kes yang lain Oleh sebab itu,
Pendekatan ini mencadangkan supaya tugas pengurus mengenal pasti teknik yang
digunakan dalam situasi tertentu memberikan sumbangan paling positif ke arah
pencapaian objektif organisasi.

4.0 Teori pengurusan yang diamalkan oleh organisasi dipilih.


Pada pandangan saya Syarikat MS Supply Chain Solution mengamalkan
pendekatan pengurusan klasikal bagi membantu organisasi dalam perancangan,
pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan kawalan sehingga mencapai matlamat
dan objektif yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu syarikat telah menubuhkan satu carta
organisasi bagi menjalani aktiviti pengurusan syarikat dalam pembahagian tugas, kuasa,
tangungjawab, melakukan pemantauan kerja dan sebagainya seperti yang diperkenalkan
oleh Henry Fayol.

11
BBPP1103

Rajah 4.1 Carta Organisasi


Sumber : Rujukan daripada Profil Syarikat MSCS-M

MSCS-M juga membahagikan aktiviti organisasi kepada beberapa bidang yang


khusus seperti saranan Fayol iaitu keewangan, teknikal, pemasaran, perakaunan,
komersial dan perlindungan. MSCS-M mengamalkan 14 prinsip pengurusan yang
diperkenalkan oleh Fayol iaitu pembahagian kerja mengikut pengkhususan kerja dimana
mengambil kakitangan yang pakar dan berpengetahuan dalam bidang yang dikehendaki
penyediaaan dokumen dan prosedur pelepasan kastam, termasuk pengisytiharan dan
pemeriksaan yang berkaitan dengan cukai bagi pihak pelanggan bagi setiap negara.
Autoriti berada ditangan pengurus yang dilantik dan pekerja hanya menerima arahan
daripada seorang ketua dan bidang yang berlainan saling berkaitan dimana aktiviti yang
dijalankan berlainan tetapi mempunyai objektif yang sama.
Pegambilan pekerjaan bagi mengisi kekosongan di syarikat MSCS adalah
mengikut kelayakan akademik, pengalaman, kesesuaian, keadaan fizikal, kesihatan dan
faktor lain yang diperlukan dalam kerja yang dipinta. Pekerja baru dikehendaki menjalani
tempoh percubaan selama tiga bulan dan prestasi pekerja akan dinilai dalam tempoh

12
BBPP1103

tersebut. Sekiranya prestasinya tidak memuaskan pihak syarikat memberi tempoh


percubaan selama 3 bulan atau menawarkan pekerja kejawatan lain atau diberhentikan.
Konsep ini diperkenalkan oleh Taylor dimana pekerja yang dipilih megikut kesesuaian
dan jika pekerja tidak memenuhi piawaian akan disingkirkan.
Pihak syarikat menyediakan jadual waktu pekerja dan waktu rehat selaras dengan
operasi dan ia diperkenalkan oleh Taylor bagi mendisplinkan pekerja dan membantu
mengurangkan keletihan dan kepenatan bekerja. Jadual 4.2 menunjukkan waktu bekerja
dan rehat bagi berlainan operasi.

Bahagian Waktu Bekerja Waktu Rehat Hari Bercuti


Pentadbiran 8.00am~5.30pm 10.00am~10.15am Sabtu dan Ahad
12.00pm~12.30pm
3.00pm~3.15pm
Operasi Waktu Siang 9.15am~9.30am Sabtu dan Ahad
6.15am~6.15pm 11.30pm~12.00pm tetapi mengikut
2.45pm~3.00pm pengubahsuaian
6.15pm~6.15am 9.15pm~9.30pm
syarikat.
11.30pm~12.00am
2.45am~3.00am

Rajah 4.2 Jadual waktu bekerja dan rehat


Sumber : Rujukan daripada Buku Panduan Pekerja MSCS-M

Sistem ganjaran yang diperkenalkan oleh Taylor juga diimplementasi dengan


memberi elaun kedatangan sekiranya mempunyai rekod kedatangan yang memuaskan
dan aidaikata syarikat mempunyai keuntungan bonus akan diberikan kepada pekerja
berdasarkan prestasi pekerja tersebut beserta kenaikan gaji dan pangkat.
Selain itu syarikat memberi faedah kepada pekerja dengan membuat caruman
kepada KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menurut kadar semasa.
Selain itu faedah perubatan disediakan untuk pekerja mendapatkan rawatan sakit luar
daripada doktor panel syarikat atau pekerja memerlukan rawatan pakar perubatan yang

13
BBPP1103

telah dilantik oleh Skim Insuran. Skim Insurans diberi mengikut gred kerja dan ia boleh
diubahsuai mengikut syarikat.Penghargaan syarikat terhadap pekerja dengan memberi
hadiah kepada mereka yang layak dan mengiktirafkan perkhidmatan pekerja mengikut
tempoh perkhidmatan. Syarikat juga memberi bayaran ikhsan bagi mereka yang ditimpa
kecelakaan seperti kematian dan bayaran tahniah mereka yang meraikan perkahwinan
dan kelahiran anak.

5.0 Cadangan teori pengurusan bagi organisasi yang dipilih


Pendekatan pengurusan perlu diubah mengikut peredaran zaman kerana
permintaan, teknologi, sumber dan persekitaran berkembang dengan pesat dan ini
memerlukan perubahan terhadap kaedah untuk mencapai matlamat organisasi.
Pada pandangan saya MSCS-M boleh menambah baik pengurusan yang sediaada
dengan menggunakan pendekatan kontemporari supaya menjadi lebih produktif. Didalam
sistem teori terdapat 5 komponen penting iaitu input, proses transformasi, pengeluaran,
maklumbalas dan persekitaran. Teori sistem menjelaskan mana-mana bahagian organisasi
boleh mempengaruhi aktiviti setiap bahagian yang lain dimana setiap bahagian
berhubung kait dan ini membantu dalam mewujudkan rangka kerja dimana dapat
menjangka akibat yang mungkin akan berlaku. Selain itu ia membantu pengurus
mengekalkan keseimbangan diantara keperluan berbagai bahagian dalam organisasi
dengan keperluan dan matlamat organisai keseluruhanya.
Setiap jabatan di syarikat MSCS-M memerlukan kerjasama dimana kegagalan
setiap bahagian memberi impak kepada jabatan lain. Salah satu perkhidmatan yang
sedang diperluaskan ialah “direct vanning” atau penghantaran terus dari kilang ke
pelanggan dan ini memberi cabaran yang besar terhadap pengurusan. Pengeluaran barang
dari logistik ke pelabuhan klang memerlukan kontena yang berkualiti yang disediakan
oleh bahagian Depot. Pihak logistik akan memenuhi kontena dengan barang seperti yang
dikehendaki oleh pelanggan dan penghantaran akan dilakukan oleh bahagian
pegangkutan iaitu lori bagi menghantar ke pelabuhan Klang. Bahagian perakaunan
memainkan peranan untuk melakukan pembayaran cukai dan yuran kepada kerajaan dan
juga orang tengah yang telah dilantik bagi membenarkan pelayaran barang tersebut.

14
BBPP1103

Disini menunjukkan setiap bahagian menjalankan operasi atau aktiviti yang berbeza
namun matlamat mereka adalah sama. Andaikata bahagian depot gagal memberi kontena
untuk mengisi barang maka logistik akan mengalami limpahan barang dan boleh
menyebabkan operasi pembuatan barang siap terhenti dan sekiranya lori gagal berfungsi
barang tidak dapat dihantar ke pelabuhan dan ini mengakibatkan kerugian besar kepada
MSCS-M. Rajah 5.1 menunjukkan padangan sistem organisasi

Persekitaran

Sistem Organisasi
Input
Output
Sumber Proses Transformasi
Kepuasan pekerja
Keewangan Pengurusan / Pengeluaran
Produk/Perkhidmatan
Maklumat dan teknologi
Keuntungan/Kerugian
Manusia Maklumbalas

Persekitaran
Melalui pendekatan ini seorang pengurus boleh
meramalkan isu yang akan berbangkit dengan melalui
pemerhatian universal dan kes yang sebelumnya dan ini
membolehkan pengurus melaksanakan satu kaedah daripada kes
tersebut berulang. Sebagai contoh jika berlakunya kegagagalan
Maklumat
bagi penyediaan kontena untuk logistik maka pihak logistik
Manusia
dengan meletakkan dalam kontena sementara dan melakukan
kaedah “cross dock” sekiranya kontena dapat dibekalkan. Menggunakan lori daripada
perkhidmatan syarikat yang lain bagi membawa kontena ke pelabuhan Klang sekiranya
lori yang sediaada mengalami kerosakan.
Pengurusan yang bersistematik boleh mencapai objektif atau matlamat organisasi
dengan lebih cekap dimana setiap sub sistem memainkan peranan yang penting dan

15
BBPP1103

membolehkan pengurus membuat keputusan dengan cepat dan tepat atnpa penanguhan
dan mengelak daripada mengalami kerugian.

6.0 Kesimpulan
Organisasi merupakan satu unit sosial yang terdiri daripada pekerja yang bekerja
sama dan saling berkaitan bagi mencapai objektif atau matlamat. Bagi mendapat prestasi
yang baik memerlukan kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber
organisasi dengan menggunakan empat fungsi pengurusan. Pengurusan merupakan satu
unsur yang membolehkan sesebuah negara mencapai perkembangan ekonomi yang baik
jika menggunakan sumber yang ada dengan sebaiknya. Ia juga digunakan sejagat tanpa
terhad hanya untuk menguruskan syarikat tetapi boleh digunakan dalam kehidupan harian
kita. Kegagalan menguruskan sumber yang ada dalam negara atau organisasi objektif
atau matlamat yang dirancang tidak akan dicapai malahan boleh mengakibatkan
kerugian. Bagi menjalankan tugas pengurusan atau pembuat keputusan di dalam
organisasi pengurus bertangungjawab mewakili sebahagian dari pekerja dan
menggunakan kaedah yang paling berkesan dan cekap bagi mencapai objektif atau
matlamat. Pengurus juga sentiasa berurusan dengan ketidakpastian dan kejadian yang
tidak diduga samaada menghadapi masalah yang kecil atau yang lebih besar seperti
kehilangan pelanggan utama. Oleh yang demikian pendekatan pengurusan yang tepat
banyak membantu sesebuah organisasi itu berkembang dengan sihat.

2979 patah perkataan

16
BBPP1103

Rujukan
Profil Syarikat MS Supply Chain Solution (M) Sdn Bhd
Intranet MS Supply Chain Solution (M) Sdn Bhd
Ahmad, S. A., Ramli, A., Nalimi, N., Aziz, A., & Santhi Raghavan. (2013). BBPP1103
Principles of Management (Second ed.). Selangor: Open University Malaysia.
Chuck, W. (2010). Managing Effectively (Four ed.). South Western : Cengage.
Henry, M. (1973). The Nature of Managerial Work. New York: Harper & Row.
Katz, R. L. (1974). Skills of an Effective Administrator. Harvard Business Review.
Richard, L. D. (2003). Management (Sixth ed.). South-Western: Thomson.

17

Anda mungkin juga menyukai