Anda di halaman 1dari 15

Bab 1: Sekolah sebagai Institusi Sosial

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bab ini, anda akan dapat:


1. Menjelaskan maksud sosiologi pendidikan;
2. Menjelaskan kepentingan persekolahan;
3. Menjelaskan ciri-ciri organisasi persekolahan;
4. Membezakan antara perspektif-perspektif fungsionalis, konflik antara
perspektif-perspektif ini serta perspektif interaksionalis mengenai
persekolahan.

Kata kunci: sosiologi pendidikan, persekolahan, sekolah, sistem sosial, nilai-nilai


moral, budaya persekolahan, matlamat, birokrasi, fungsionalis, konflik,
interaksionalis simbolik, penglabelan.

Pengenalan

Bab ini akan memperkenalkan aspek-aspek sosiologi pendidikan, termasuk kepentingan


persekolahan kepada masyarakat dan proses pendidikan di sekolah.

1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan sosiologi pendidikan?

Kita perlu memahami maksud pendidikan sebelum kita dapat memahami maksud sosiologi
pendidikan. Setiap individu mempunyai perspektif sendiri mengenai maksud sebenar
pendidikan. Contohnya, kanak-kanak pada umur persekolahan mungkin berpendapat bahawa
pendidikan merujuk kepada proses mendapat maklumat yang begitu menarik sekali manakala
individu yang tidak begitu meminatinya mungkin akan berpendapat bahawa pendidikan ialah
suatu yang rumit dan membosankan. Pelajar-pelajar universiti pula mungkin berpendapat
bahawa pendidikan merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan mereka yang akan
dapat menyumbang kepada masa depan yang cerah. Golongan ibu bapa pula mungkin
berpendapat bahawa pendidikan penting kerana akan mempengaruhi keupayaan anak-anak
mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik kelak. Golongan yang bekerja di suasana
kependidikan (misalnya guru atau pentadbir) mungkin berpendapat bahawa pendidikan
membuka pintu kepada pembangunan kerjaya. Sehubungan dengan itu, jelas sekali bahawa
pendidikan menyentuh kehidupan semua lapisan masyarakat.

Aspek sosiologi pendidikan pula dapat dilihat dari segi konteks kehidupan setiap anggota
masyarakat dan impak konteks-konteks ini ke atas kehidupan mereka. Para ahli sosiologi
perlu meneliti faktor-faktor sosial seperti lokasi sosial, tempat tinggal, usia, tahap pendidikan,
pekerjaan, tahap pendapatan, gender dan kumpulan etnik untuk memahami impak pendidikan
dengan sepenuhnya. Misalnya, sejauh manakah ibu bapa mempengaruhi anak-anak mereka
dari segi cita-cita mereka dan masa depan mereka? Adakah gender kita memainkan peranan
penting dalam persepsi kita mengenai dunia, cara kita berkomunikasi, serta persepsi diri kita
sendiri? Dalam erti kata lain, kehidupan kita sebagai manusia dipengaruhi oleh berbagai
faktor, baik dari pengaruh dalaman dan luaran. Pengalaman kita, pendidikan kita, serta
interaksi kita dengan orang lain mempengaruhi pemikiran kita dan pandangan kita mengenai
dunia dan kehidupan.
Dengan menggabungkan bidang sosiologi dan bidang pendidikan, kita akan dapat memahami
apa yang berlaku apabila anggota-anggota masyarakat berada dalam konteks pendidikan.
Dalam erti kata lain, kita akan menganalisa para pelajar, guru, pentadbir, ibu bapa serta
anggota masyarakat lain dalam konteks isi rumah, sekolah dan komuniti. Selain itu, kita akan
turut membincangkan interaksi yang wujud antara mereka serta pengaruh sesama mereka
dalam kehidupan seharian.

Ketika anda mendalami subjek ini, anda akan memahami bagaimana kumpulan-kumpulan
sosial dalam masyarakat mempengaruhi pemikiran dan cita-cita anda. Anda juga akan
memahami bahawa pandangan anda mengenai dunia ini sebenarnya dipengaruhi oleh
pengalaman anda.

Aktiviti 1.1

Apakah kefahaman anda mengenai sosiologi pendidikan?

1.2 Kepentingan Persekolahan kepada Masyarakat

(Sumber gambar: Kosmo! Online)

Secara umumnya, dapat dikatakan bahawa masyarakat memiliki kehendak dan jangkaan
tertentu ke atas sistem persekolahan. Setelah seorang kanak-kanak mula menghadiri sekolah,
ibu bapanya serte komuniti awam akan menngharapkan bahawa sekolah akan memberi
kanak-kanak tersebut didikan dan bimbingan yang lengkap dari segi kognitif, emosi dan
sosial. Masyarakat juga berharap bahawa sekolah akan dapat melengkapkan kanak-kanak
tersebut supaya dapat mencapai masa depan yang cemerlang. Selain itu, masyarakat juga
berharap bahawa sekolah akan menyumbang kepada perkembangan modal insan yang
berguna. Penekanan yang diberikan kepada sistem persekolahan dicerminkan oleh masa yang
dihabiskan di sekolah, iaitu sekurang-kurangnya enam jam sehari buat lima hari seminggu. Di
Malaysia, seorang kanak-kanak akan memulakan zaman persekolahan (iaitu sekolah rendah)
apabila dia memasuki Darjah Satu pada umur tujuh tahun. Persekolahan peringkat rendah
berakhir dengan pada Darjah Satu. Kanak-kanak tersebut akan seterusnya melanjutkan
pelajaran ke peringkat sekolah menengah (terdiri daripada Tingkatan Satu sehingga
Tingkatan Lima). Secara keseluruhannya, seorang kanak-kanak dijangka akan menghabiskan
sekurang-kurangkan 11 tahun di sekolah. Golongan yang berpeluang melanjutkan pelajaran
ke peringkat tinggi pula akan menambah 3 – 5 tahun untuk menimba ilmu di kolej atau
universiti.

Sepanjang zaman persekolahan mereka, kanak-kanak melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti
persekolahan dan diberi kerja rumah yang memakan sebahagian besar daripada masa mereka.
Dengan ini, dapat dikatakan bahawa persekolahan sememangnya merupakan sebahagian
besar daripada kehidupan kanak-kanak dan turut merupakan institusi sosial yang penting.

Di samping masa yang dihabiskan di sekolah, sebuah lagi aspek persekolahan yang penting
adalah kos yang diperlukan untuk membiayai yuran persekolahan serta aspek-aspek lain yang
berkaitan dengan persekolahan. Golongan ibu bapa biasanya sudah memperuntukkan
sebahagian daripada gaji mereka untuk memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat
pengalaman persekolahan yang terbaik. Wang ini akan digunakan untuk membiayai bahan
bacaan, pengangkutan yang membolehkan kanak-kanak tersebut berulang-alik ke sekolah,
makanan, baju seragam, dan sebagainya. Di samping itu, kerajaan turut menyediakan
peruntukan bagi tujuan pendidikan, contohnya membina sekolah, menyediakan infrastruktur
pendidikan yang sesuai dan sebagainya. Di negara-negara maju, peruntukan pendidikan yang
disediakan oleh kerajaan sememangnya agak tinggi. Negara-negara berpendapatan tinggi
seperti Amerika Syarikat, Kanada, negara-negara Skandinavia, Jerman dan Jepun begitu
mementingkan sistem persekolahan dan pendidikan mereka kerana ia dilihat sebagai suatu
pelaburan ke arah membangunkan lagi ekonomi dan masyarakat negara mereka. Kini,
negara-negara yang kian membangun seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina
sudah mula memperuntukkan sebahagian besar daripada bajet negara mereka ke arah
mendidik generasi mudanya. Dengan meningkatkan pendedahan kepada pendidikan, diharap
bahawa masyarakat secara umumnya dapat mengubah pemikiran dan perlakuan mereka demi
membanteras gejala sosial seperti menagih dadah, meminum arak serta kemiskinan tegar.

Aktiviti 1.2

Adakah anda berpendapat bahawa persekolahan penting?


Jelaskan.

1.3 Ciri-Ciri Organisasi Persekolahan

Pada pukul 8 pagi pada hari Isnin, anda melangkah masuk sebuah kawasan persekolahan.
Anda melihat kanak-kanak yang memakai baju seragam bergegas ke arah sekolah tersebut.
Setibanya anda di bangunan sekolah tersebut, anda mendengar suara kanak-kanak dan
melihat murid-murid tersebut bergegas ke bilik darjah mereka. Tiba-tiba loceng berbunyi dan
semua murid-murid tersebut senyap menandakan berlangsungnya waktu persekolahan.
Dengan itu, para guru memasuki bilik
darjah masing-masing untuk memulai
pengajaran mereka dan murid-murid
tersebut menyedari bahawa kelas
mereka hanya akan berakhir pada
waktu tengah hari. Senario ini akan
berulang pada setiap hari
persekolahan. Setiap murid menyedari
dan memperakui sistem persekolahan
ini dan akan memastikan bahawa
mereka tiba di sekolah pada waktu
yang tepat, memakai baju seragam
yang sepatutnya, membawa bahan
pembelajaran yang sepatutnya dan
bersedia untuk mata pelajaran pada
hari tersebut. Ini merupakan
sebahagian daripada jangkaan ke atas seorang pelajar.

Setiap sekolah memiliki budaya yang tersendiri tetapi secara lazimnya setiap sekolah perlu
mematuhi struktur organisasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Misalnya, di
Malaysia, Kementerian Pendidikan menetapkan saiz sekolah berdasarkan bilangan pelajar
yang didaftar dalam suatu daerah dan turut menentukan sama ada sekolah tersebut merupakan
sekolah gred A atau gred B. Setiap sekolah awam memiliki dan mematuhi struktur organisasi
(Rajah 1), baik sekolah gred A atau gred B, atau sekolah di bandar atau di luar bandar.

1.3.1. Sekolah sebagai Sistem Sosial

Sistem persekolahan terdiri


daripada berbagai subsistem
atau bahagian (Rajah 1) dan
bertujuan untuk mencapai
misi dan visi sekolah
tersebut. Dengan itu, setiap
satu daripada bahagian ini
perlu berinteraksi dan saling
bantu-membantu bagi
memastikan setiap urusan di
sekolah tersebut dapat
berjalan dengan lancar.

Berdasarkan kefahaman ini,


sekolah bertanggungjawab
untuk membentuk peribadi
dan nilai-nilai para pelajar
melalui kurikulum formal
dan tidak formal. Kurikulum
ini kemudiannya diterapkan
di kalangan pelajar melalui
proses sosialisasi. Dengan
itu, dapat dikatakan bahawa
sekolah memainkan peranan sekunder dalam proses mensosialisasi kanak-kanak selepas
golongan ibu bapa.

Rajah 1: Struktur Organisasi di Sekolah Rendah

Sumber gambar: ukkskbt1.blogspot.com

Proses sosialisasi di sekolah melibatkan penerapan nilai-nilai dan perlakuan tertentu. Dalam
erti kata lain, proses ini melibatkan usaha yang gigih dari pihak para guru demi membentuk
keperibadian kanak-kanak tersebut, menerap nilai-nilai murni dan mendidik mereka
mengenai budaya suatu masyarakat. Seorang guru akan menganggap seorang murid
“berperlakuan baik” sekiranya ia mematuhi kod perlakuan yang ditetapkan, “baik” sekiranya
ia memperlihatkan nilai-nilai moral dan “dapat menyesuaikan diri dengan baik” sekiranya ia
dapat mematuhi budaya persekolahan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kod perlakuan?


Apabila seorang murid memasuki bilik darjah, ia perlu bersiap sedia untuk belajar dengan
tekun. Apabila mata pelajaran tersebut bermula, ia perlu tekun kepada pengajaran yang
disampaikan oleh guru tersebut. Sekiranya murid tersebut mengalami masalah dalam
memahami mata pelajaran tersebut, ia perlu bertanya guru untuk mendapat penjelasan lanjut.
Namun demikian, untuk berbuat demikian, pelajar tersebut perlu mengetahui prosedur untuk
bertanya soalan ketika kelas masih berlangsung: iaitu mengangkat tangan untuk menunjukkan
bahawa ia ingin bertanya soalan. Ini merupakan contoh perlakuan betul dalam bilik darjah.
Sekiranya para pelajar tidak mematuhi dengan kod perlakuan ini, guru tersebut perlu
menggunakan pengaruhnya untuk mensosialisasi pelajar-pelajar tersebut demi membolehkan
mereka mematuhi kod etika dalam bilik darjah.

Bagaimana dengan nilai-nilai moral pula?


Dalam aktiviti persekolah seharian, para murid akan diberi kerja rumah dan menduduki ujian
dan peperiksaan. Kesemua daripada tugas ini perlu dijalankan oleh setiap pelajar. Namun
demikian, kita menyedari bahawa sesetengah pelajar tidak ingin atau tidak mampu
menyiapkan kerja ruman mereka. Sebaliknya, mereka ke sekolah dengan tujuan untuk meniru
kerja rumah rakan sekelas mereka. Sehubungan dengan itu, sesetengah pelajar mungkin akan
cuba meniru atau semasa ujian atau peperikasaan. Dengan ini, tenaga pengajar dan
pentadbiran sekolah tersebut mungkin perlu menjelaskan kepentingan nilai-nilai murni
seperti kejujuran, ketekunan dan disiplin kepada pelajar-pelajar sedemikian.

Apakah yang dimaksudkan dengan budaya persekolahan?

Sumber gambar: Unit Pengurusan


Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan
Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu

Setiap sekolah memiliki


suasana dan persekitarannya
yang tersendiri kerana
bangunan, para pelajar dan
para guru yang masing-
masingnya berbeza. Budaya
persekolahan juga merupakan
sebahagian daripada suasana persekolahan. Setiap sekolah memiliki nilai-nilai, norma-norma,
kepercayaan, etika dan prosedurnya yang tersendiri. Mengapakah budaya persekolahan
diperlukan? Sebab utama budaya persekolahan diperlukan adalah untuk memupuk perasaan
kesetiaan kepada sekolah tersebut. Misalnya, menubuhkan pasukan sorak akan dapat
meningkatkan semangat dan jati diri pasukan sekolah tersebut ketika menghadapi sekolah
lain dalam acara kesukanan. Pasukan tersebut akan disokong oleh pasukan sorak yang
mewakili sekolah tersebut dan ini akan meningkatkan perasaan kesetiaan serta mencipta
budaya persekolahan yang tersendir. Sekolah-sekolah lain mungkin memiliki budaya
persekolahan yang tersendiri (iaitu lagu, pakaian atau aktiviti tertentu) yang akan diwarisi
oleh pelajar-pelajar yang akan datang. Budaya ini mungkin timbul dari komuniti dan lokasi di
mana bertempatnya sekolah tersebut. Misalnya, sekiranya komuniti di persekitaran sekolah
tersebut berpendapatan tinggi, besar kemungkinan bahawa para murid di sekolah tersebut
akan memiliki perlakuan, gaya hidup dan lenggok bahasa yang mencerminkan latar belakang
kehidupan masyarakat yang berpendapatan tinggi. Para pengajar juga memiliki budaya
mereka yang tersendiri yang mencerminkan gaya hidup golongan dewasa. Sesetengah guru
mungkin menjauhkan diri daripada para murid; sikap dan perlakuan mereka mencerminkan
tanggapan mereka mengenai peranan seorang guru.

Aktiviti 1.3

Terangkan beberapa ciri-ciri persekolahan.

1.3.2 Matlamat-Matlamat Sistem Persekolahan

Setiap sekolah memiliki misi dan visi atau matlamat tersendiri dan setiap anggota komuniti
sekolah tersebut akan berusaha ke arah mencapai matlamat ini. Bagaimanakah matlamat-
matlamat ini ditentukan? Siapakah yang menentukannya? Matlamat-matlamat rasmi ini
mempunyai tujuan yang tersendiri. Setelah matlamat-matlamat ini dirasmikan, ia akan
berfungsi sebagai garis panduan bagi golongan pengajar dan pentadbir dalam menjalankan
tugas mereka. Perasmian matlamat-matlamat ini juga akan memastikan penerimaannya serta
kepentingannya dalam sistem sekolah tersebut. Setiap masyarakat memiliki matlamat tertentu
dan matlamat-matlamat ini seringkali diterapkan di dalam sistem pendidikan. Lazimnya,
matlamat-matlamat ini telah diiktiraf oleh kerahaan sebagai sebahagian daripada kurikulum
sekolah. Menurut ahli teori fungsional, matlamat-matlamat sebegini akan menentukan hala
tuju sekolah tersebut dalam mencapai objektif mereka dan membantu setiap warga sekolah
tersebut menjalankan tugas masing-masing dengan lancar. Matlamat-matlamat akan berubah
mengikut aliran masa. Misalnya, pada abad 1950an dan 1960an, matlamat kebanyakan lebih
menitikberatkan nilai-nilai moral demi kesepaduan masyarakat (Durkheim, 1961). Kini,
golongan pendidik lebih menitikberatkan aspek kurikulum, struktur dan hasil pembelajaran
(Jackson, Boostrom & Hansen, 1993).

Matlamat-matlamat yang ditentukan oleh kerajaan melalui kurikulum sekolah kemudiannya


dipanjangkan kepada pihak sekolah untuk dilaksanakan. Secara umumnya, setiap sekolah
perlu “mengembangkan ilmu, minat, ideal, perlakuan dan kebolehan setiap murid supaya
dapat menempatkan dirinya dalam masyarakat dan seterusnya membentuk masyarakat serta
dirinya sendiri ke arah matlamat yang lebih mulia” (Ballantine, m/s. 136). Dengan itu, setiap
sekolah perlu menetapkan program yang akan ditawarkan supaya dapat mencerminkan
matlamat yang ingin dicapai. Program-program ini akan bertumpu kepada kandungan
kurikulum, kaedah pengajaran dan penyampaian serta struktur persekolahan. Matlamat yang
ditetapkan oleh sekolah tersebut tidak akan dapat dicapai sekiranya matlamat tenaga pengajar
dan pentadbir sendiri tidak selaras dengan matlamat umum sekolah.

Contohnya, sekiranya suatu sekolah menetapkan kecemerlangan akademik sebagai


matlamatnya tetapi para guru dan pentadbirnya lebih menekankan motif peribadi misalnya
menaikkan pangkat dan sebagainya, maka akan timbul halangan dalam mencapai matlamat
yang ditetapkan. Selain itu, para pelajar memiliki matlamat sendiri ketika menghadiri
sekolah. Adakah anda berpendapat bahawa matlamat peribadi mereka selaras dengan
matlamat sekolah? Sehubungan dengan itu, golongan ibu bapa juga telah menetapkan
matlamat yang perlu dicapai oleh anak-anak mereka. Adakah matlamat yang ditetapkan
mereka sejajar dengan matlamat sekolah? Oleh hal yang demikian, semua pihak yang terlibat
perlu mengetahui dan memahami matlamat yang ditetapkan oleh sekolah dan bekerjasama ke
arah mencapaiya sambil memastikan bahawa murid menjadi tumpuan utama. Matlamat-
matlamat ini mencerminkan fungsi atau objektif pendidikan terhadap masyarakat dan akan
membantu anak-anak kita menjadi anggota masyarakat yang berguna.

1.3.3 Sekolah sebagai Sistem Birokrasi


Katakan anda telah mengajar di suatu sekolah buat beberapa tahun. Penyelia anda
mengganggap bahawa anda merupakan seorang guru yang rajin dan prihatin. Anda dapat
mengawal murid-murid anda dengan baik dan anda dapat mengatur bahan pengajaran anda
dengan bijak supaya para murid tidak bosan. Kesemua tugas ini dilaksanakan berdasarkan
matlamat yang ditentukan oleh sekolah tersebut. Namun demikian, anda merupakan pihak
yang menentukan cara ia dibentang kepada para pelajar tersebut. Proses ini dikenali sebagai
birokrasi.

Apakah yang dimaksudkan dengan birokrasi?


Menurut Weber, suatu organisasi yang berkembang memerlukan prosedur yang telah
diseragamkan dalam melaksanakan fungsi seharian supaya tugas-tugas rasmi dapat
dijalankan secara berterusan dan bukannya berdasarkan keperluan semasa pihak para
pentadbir. Struktur organisasi ini perlu memiliki fungsi dan peraturan yang jelas, tugas-tugas
yang memerlukan kaedah dan kriteria tertentu, serta perlu menyatakan pihak yang akan
melaksanakan fungsi-fungsi tersebut.

Struktur organisasi ini berbentuk piramid, dengan pihak atasan menyelia pihak bawahan.
Setiap anggota bertanggung jawab ke atas tugas yang dilaksanakan (Rajah 2). Weber
menerangkan bahawa kriteria merupakan ciri-ciri utama suatu birokrasi.

 Setiap anggota atau pegawai dilantik kepada jawatan yang dipegang berdasarkan
kontrak;
 Pelantikan mereka berdasarkan kelayakan mereka;
 Mereka perlu melaksanakan tugas mereka berlandaskan prosedur dan peraturan yang
ditetapkan oleh organisasi tersebut;
 Kesetiaan mereka terhadap organisasi tersebut adalah berdasarkan kesempurnaan
pelaksanaan tugas rasmi mereka;
 Urusan dan tugas pentadiran merupakan kerja sepenuh waktu mereka;
 Mereka dibayar gaji dan berpeluang untuk menaikkan pangkat.
Adakah birokrasi diperlukan?
Menurut Weber, birokrasi dilihat sebagai penambahbaikan pemikiran awal mengenai
pentadbiran sosial. Ia merupakan jawapan kepada masalah persekitaran pentadbiran yang
tidak teratur dan bersifat terlalu peribadi. Dengan wujudnya sistem birokrasi, akan wujud
peluang yang adil dan setara di setiap lapisan masyarakat. Kebanyakan daripada dasar
pentadbiran yang digubal di luar organisasi mungkin bersifat politik; ini berlaku kerana
sesetengah pihak akan mempergunakan peraturan bagi kepentingan peribadi. Dengan
wujudnya keputusan birokrasi yang ditentukan di mesyuarat antara anggota-aggota
organisasi, peraturan dan prosedur akan dapat ditentukan dengan sewajarnya. Pelantikan staf
baru akan dilakukan berdasarkan kelayakan pendidikan yang sewajarnya dan kebolehan
mereka akan menjadi asas kepada pelantikan mereka dan bukannya berdasarkan kronisme
atau “kabel” mereka. Dengan itu, birokrasi akan membolehkan setiap tugas dan proses dalam
organisasi tersebut berjalan dengan lancar.

Birokrasi di Sekolah

Bayangkan anda seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah dengan pengambilan
murid seramai 50 orang. Anda telah ditugaskan untuk mengajar semua murid Darjah Empat.
Para guru akan masih dapat menjalankan interaksi bersemuka selagi bilangan murid dalam
sebuah kelas masih kecil. Namun demikian, sekolah yang lebih besar serta organisasi seperti
hospital, universiti, kilang dan institusi lain yang memiliki tenaga pekerja yang ramai
cenderung menjalankan operasi yang lebih rumit. Organisasi sebegini akan dapat
menyeragamkan tugas sehariannya serta menetapkan peraturan dan prosedur formal dalam
pentadbirannya. Dalam erti kata lain, organisasi tersebut perlu berubah menjadi struktur yang
berunsur birokratik berserta dengan hierarki dan jawatan yang berdasarkan pembahagian
fungsi dan bidang kuasa yang tertentu.

Sekolah-sekolah di Malaysia dikendalikan berdaarkan struktur birokratik. Di bahagian atas


sekali terletak Kementerian Pendidikan yang terdiri daripada berbagai jabatan. Setiap jabatan
ini ditugas untuk menjaga aspek tertentu dalam sistem pendidikan negara. Di bawahnya
terletak jabatan pendidikan negeri yang bertanggungjawab menyelia pengendalian sekolah di
setiap negeri. Ini pula diikuti oleh jabatan pendidikan daerah yang bertanggungjawab
memantau operasi sekolah di setiap daerah. Di bawah sekali ialah sekolah yang mempunyai
hierarkinya yang tersendiri untuk menyelia aktiviti sehariannya.

Kesemua daripada prosedur yang berkaitan dengan kurikulum sekolah dan ko-kurikulum,
termasuklah jumlah hari pembelajaran, buku teks, prosedur peperiksaan kebangsaan serta
tarikh-tarikh peperiksaan, persatuan serta sukan yang dapat dikendalikan di sekolah
ditentukan di tahap Kementerian. Sehubungan dengan itu, prosedur yang berkaitan dengan
pelantikan guru, kenaikan pangkat, tangga gaji dan sebagainya turut ditetapkan oleh
Kementerian. Prosedur-prosedur ini kemudian disalurkan ke bahagian-bahagian lain untuk
dilaksanakan.

Dengan wujudnya struktur yang tersusun sebegini, sekolah-sekolah dapat diseragamkan


secara fizikal dan sosial. Misalnya, setiap sekolah memulakan waktu persekolahan pada
pukul 7:40 pagi dan diikuti dengan berbagai mata pelajaran, waktu rehat, dan kemudiannya
menyambung pelajaran sehingga tamat pada lebih kurang 2:00 petang. Selepas tamatnya
waktu sekolah, para pelajar dapat mengambil bahagian dalam berbagai aktiviti ko-kurikulum.
Berdasarkan struktur ini, perlakuan para murid akan dikawal oleh kod perlakuan
persekolahan, contohnya tidak bercakap apabila guru sedang mengajar, mengangkat tangan
untuk bertanya soalan, tidak berlari-lari di koridor dan tidak lewat menghadiri kelas.

Aktiviti 1.4

Apakah kefahaman anda mengenai birokrasi setakat ini?

1.4 Perspektif Sosial mengenai Persekolahan

Para ahli sosiologi memiliki sudut pandangan yang berbeza mengenai peranan persekolahan
dalam masyarakat semasa. Sudut pandangan ini dapat dibahagikan mengikut tiga teori
pendidikan iaitu fungsional, konflik dan interaksi. Setiap sudut pandangan ini dapat
memberikan gambaran yang mendalam terhadap peranan sekolah dan pendidikan.

1.4.1 Sudut Pandangan Teori Fungsionalis

Penyokong-penyokong Teori Fungsionalis berpendapat bahawa sekolah merupakan medium


untuk menyalurkan pendidikan kepada masyarakat. Pendidikan dianggap sebagai salah satu
komponen terpenting dalam masyarakat. Mengikut Teori Fungsionalis yang dipertengahkan
oleh Emile Durkheim, pendidikan merupakan kaedah untuk memupuk kesepaduan dan
kestabilan masyarakat. iaitu melalui proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di
sekolah.

supaya mereka menyedari bahawa keperluan orang lain patut diutamakan dan bukannya
keperluan atau kepentingan sendiri. Oleh sebab itu, sekolah-sekolah bertanggungjawab untuk
mengajar mereka nilai-nilai ini. Menurut ahli sosiologi Amitai Etzioni (1999:258-259), “Kita
perly mengajar mereka nilai-nilai ini [...], termasuklah menjaga maruah orang lain, serta
bahawa nilai toleransi patut dimurnikan dan bahawa diskriminasi sememangnya suatu
perbuatan yang amat keji. Kita perlu mendidik mereka bahawa penyelesaian konflik secara
aman lebih superior berbanding dengan keganasan, bahawa [...] bercakap benar
sememangnya lebih superior dari aspek moral berbanding dengan bercakap bohong, bahawa
kerajaan demokratik lebih superior dari segi moral berbanding dengan totalitarianisme dan
autoritarianisme, bahawa kita tidak patut makan gaji dan perlu berusaha demi gaji yang
diterima, bahawa sikap berjimat cermat demi masa depan negara lebih baik berbanding
dengan membelanjakannya dengan rakus dan mengharapkan orang lain untuk menjaga kita
ketika uzur kelak.”

Etzioni mempercayai bahawa nilai-nilai yang “dikongsi” merupakan salah satu daripada
nilai-nilai yang perlu diajar di sekolah, iaitu dari peringkat tadika sehingga peringkat
universiti. Bagaimanakah “nilai-nilai yang dikongsi” ini dapat disebarkan melalui sekolah?

1. Sosialisasi: Para pelajar diajar mengenai peranan mereka serta berbagai mata pelajaran
akademik, dari peringkat tadika sehingga peringkat universiti. Pada peringkat tadika, para
guru perlu mendidik kanak-kanak mengenai perlakuan dan tingkah laku yang sesuai dan yang
diterima oleh masyarakat. Pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, kanak-
kanak diajar mengenai mata pelajaran tertentu mengikut tahap kemahiran dan berdasarkan
pengalaman pembelajaran lampau mereka, bersesuaian dengan tahap usia mereka. Pada
peringkat universiti pula, mereka akan didedahkan kepada bahan pembelajaran dan
pengalaman baru.

2. Sistem penyaluran budaya: Sekolah-sekolah bertanggungjawab untuk menyalurkan norma-


norma budaya dan nilai-nilai masyarakat tersebut ke generasi akan datang. Dengan berbuat
demikian, nilai-nilai, kepercayaan dan perlakuan yang diterima oleh masyarakat akan
disebarkan supaya kanak-kanak ini dapat menjadi ahli masyarakat yang berguna.

Rajah 2: Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia


(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia)
Berdasarkan sudut pandangan ini, kanak-kanak perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni
3. Penempatan sosial: Sekolah-sekolah bertanggungjawab untuk melatih tenaga kerja masa
hadapan dan mengenal pasti calon yang terbaik untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu
dalam masyarakat. Para pelajar diajar mengenai mata pelajaran tertentu di peringkat sekolah
dan kemudiannya mendapat tempat di kolej-kolej dan universiti-universiti berdasarkan
prestasi mereka dalam mata pelajaran-mata pelajaran tersebut. Individu yang memiliki
kelayakan tertentu dan dapat menepati keperluan semasa akan disalurkan ke pasaran
pekerjaan.

4. Arus perubahan dan inovasi: Sekolah-sekolah bertanggungjawab untuk menangani


perubahan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat. Melalui teknologi baru dan bidang
pengajian yang baru ditemui, sekolah-sekolah perlu mencipta mata pelajaran baru manakala
universiti-universiti pula perlu mencipta program-program baru supaya dapat memenuhi
keperluan masyarakat. Contohnya, memperkenalkan pendidikan seks di peringkat sekolah
mungkin akan dapat mengurangkan masalah-masalah sosial seperti kehamilan di kalangan
golongan remaja di sekolah. Fakulti-fakulti perubatan di universiti juga perlu mengemaskini
peralatan dan teknologi yang ditawarkan dan menggunakan hasil penemuan baru dalam
bidang perubatan.

1.4.2 Sudut pandangan konflik

Ahli-ahli teori konflik mempercayai bahawa persekolahan akan membawa kepada


ketaksamaan dari segi kelas sosial, perkauman dan gender di kalangan para pelajar. Mereka
mempercayai bahawa ketaksamaan ini wujud kerana sikap sesetengah pihak dalam
masyarakat yang ingin mengekalkan kepentingan mereka tanpa mengambil kira keperluan
pihak lain (Ballantine, 2001). Mereka berpendapat bahawa mendapat peluang pendidikan
yang berkualiti mempunyai perhubungan rapat kepada taraf sosial seseorang. Seorang ahli
sosiologi berbangsa Perancis yang bernama Pierre Bourdieu menjelaskan bahawa kanak-
kanak membawa modal budaya (cultural capital) tersendiri apabila ke sekolah. Modal
budaya terdiri daripada perlakuan dan tingkah laku dalam bidang seperti pendidikan, kod
pakaian, etika, ilmu pengetahuan mengenai perkara tertentu (muzik, kesenian, sastera) serta
budaya golongan yang sebaya dengan mereka yang diterima umum oleh masyarakat. Nilai-
nilai ini berbeza mengikuy taraf sosial keluarga kanak-kanak tersebut. Ibu bapa dari kelas
pertengahan dan kelas atasan lebih mengutamakan modal budaya berbanding dengan ibu
bapa dari kelas pekerja atau golongan berpendapatan rendah.

Modal budaya merupakan komponen penting dalam menuntut ilmu dan didapati bahawa
kanak-kanak yang memiliki modal budaya yang kurang lebih cenderung gagal di sekolah.
Contohnya, ujian yang telah diseragamkan bertujuan membahagikan para pelajar mengikut
kebolehan atau keupayaan meeka dan bukannya berdasarkan kepintaran atau bakat mereka.
Di samping itu, para pelajar yang cemerlang dari segi akademik biasanya akan lebih dihargai
oleh sistem pendidikan. Sistem pendidikan mengakui bahawa nilai-nilai ini merupakan nilai-
nilai yang diterima dan diperakui oleh masyarakat. Dengan itu, nilai-nilai yang dipegang oleh
golongan atasan akan disalurkan kepada para pelajar.

Bagaimanakah ketaksamaan disalurkan ke sistem persekolahan?


Sistem pengesanan digunakan di sekolah-sekolah rendah dan menengah untuk
membahagikan pelajar mengikut prestasi akademik mereka. Adakah perlu untuk kita
membezakan para pelajar mengikut kebolehan akademik mereka? Sebenarnya, sistem ini
lebih memudahkan sekolah kerana para pelajar diajar mengikut kebolehan yang dikongsi
bersama. Dengan itu, murid-murid akan dibahagikan mengikut aliran, iaitu golongan yang
berkebolehan tinggi, biasa dan rendah. Sebuah kajian mengenai kesan sistem pengesanan
menunjukkan bahawa ia berpotensi mendatangkan kesan ke atas pencapaian akademik dan
pilihan kerjaya para pelajar (Oakes, 1985). Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar
yang berada di aliran berkebolehan rendah melaporkan bahawa mereka telah didedahkan
kepada sistem ini buat bertahun lamanya dan bahawa sistem ini telah mengurangkan harapan
mereka dari segi kerjaya dan pendidikan. Walaupun matlamat asal sistem pengesanan ini
adalah untuk membolehkan para pelajar mendapat kemahiran dan kebolehan tertentu,
didapati bahawa matlamat ini tidak tercapai. Pihak lain pula mendapati bahawa sistem
pengesanan ini telah menempatkan pelajar-pelajar yang berprestasi rendah melalui program
sebegini telah melemahkan keupayaan mereka untuk bertanding dengan para pelajar yang
berprestasi tinggi dari segi akademik (Miller, 1995). Kesimpulannya, sistem pengesanan
sebegini tidak membantu para pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dan
sebaliknya mungkin menyebabkan mereka meninggalkan sekolah lebih awal daripada yang
sepatutnya atau memudaratkan lagi kemungkinan mereka melanjutkan pelajaran ke kolej atau
universiti.

1.4.3 Sudut pandangan interaksi simbolik

Pada bahagian sebelum ini, kita telah mempelajari bahawa Teori Fungsionalis lebih
menekankan fungsi pendidikan manakala Teori Konflik lebih berfokus kepada perhubungan
antara pendidikan dan ketidakseimbangan sosial. Namun demikian, Teori Interaksi Simbolik
pula berpusat kepada corak komunikasi dalam bilik darjah serta kesan amalan pendidikan ke
atas cita-cita dan keperibadian para pelajar.

(a) Melabel
Apakah yang dimaksudkan dengan melabel?
Pernahkah anda dipanggil gemuk, malas, hodoh atau perkara-perkara buruk lain pada waktu
sekolah? Perbuatan sebegini dikenali sebagai melabel dan ia merupakan proses di mana
sekelompok individu memanggil seorang individu lain dengan menggunakan suatu ciri-ciri
atau suatu perlakuan (contohnya kemalasan). Penyokong Teori Interaksi Simbolik
berpendapat bahawa aktiviti melabel ini dilakukan oleh seseorang yang memiliki kuasa dan
status yang lebih tinggi berbanding dengan individu yang dilabel. Di arena persekolahan,
melabel berlaku antara berbagai pihak ke atas pihak yang lain. Misalnya, para guru
cenderung melabel para pelajar berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian, peperiksaan dan
sebagainya, iaitu “berpencapaian tinggi” atau “berpencapaian rendah”. Pada pendapat anda,
apakah perasaan seorang pelajar yang dilabel? Apabila si guru sentiasa melabel seorang
pelajar sebagai “malas” dan berbuat demikian berulang kali, aktiviti melabel ini mungkin
meninggalkan kesan ke atas keperibadian si pelajar dan menyebabkan pelajar tersebut
mempercayai bahawa label yang diberikannya adalah suatu hakikat yang benar.

Namun demikian, proses melabel ini mungkin mendatangkan kesan yang berbeza ke atas
pelajar yang berprestasi tinggi. Contohnya, sekiranya seorang student dilabel “berbakat” oleh
gurunya (Ballantine, 2001), iaitu bahawa ia lebih bagus berbanding dengan rakan sekelasnya,
ia mungkin akan menyebabkan prestasinya meningkat kerana ia akan mempercayai label
yang telah diberikannya itu. Aktiviti melabel dilakukan oleh berbagai pihak di serata dunia.
Para pelajar dilabel melalui pencapaian mereka ketika peperiksaan dan para guru melabel
mereka berdasarkan perlakuan, pencapaian akademik dan tingkah laku mereka dalam bilik
darjah.
Aktiviti 1.5

Jelaskan perbezaan antara tiga sudut pandangan (teori) yang


telah anda pelajari mengenai persekolahan dan tingkah laku
dalam bilik darjah.

Kesimpulan

Bab ini telah memperkenalkan anda kepada konsep-konsep asas dalam bidang sosiologi dan
pendidikan. Anda telah mempelajari mengenai perkara-perkara berikut:

1. Sosiologi pendidikan berfokus kepada:


 Sistem persekolahan dan peraturan persekolahan tertentu
 Sekolah dianggap sebagai suatu sistem sosial yang bertanggung jawab untuk
membentuk tingkah laku dan nilai-nilai yang dipegang oleh kanak-kanak melalui
kurikulum formal atau tidak formal
 Sekolah menetapkan matlamat-matlamat tertentu ke atas para pelajarnya dan
matlamat ini direka berdasarkan jangkaan suatu komuniti mengenai perkara-perkara
yang sepatutnya diajar di sekolah
 Para ahli sosiologi memilik pendapat yang berbeza mengenai peranan persekolahan.
Perbezaan ini dapat dijelaskan melalui teori-teori fungsionalis, konflik dan interaksi
simbolik.

Self-Check

1. Setakat ini, apakah kefahaman anda mengenai sosiologi pendidikan?


2. Terangkan beberapa peraturan yang berkaitan dengan persekolahan.
3. Terangkan dengan ringkas beberapa ciri-ciri struktur organisasi sekolah.
4. Apakah peranan-peranan sekolah?
5. Bagainmanakah matlamat-matlamat suatu sekolah ditetapkan?
6. Adakah birokrasi seharusnya menjadi sebahagian daripada sistem
persekolahan? Terangkan.
7. Terangkan sudut pandangan fungsionalis mengenai pendidikan.
8. Bagaimanakah sekolah menerapkan nilai-nilai ke dalam pelajar-
pelajarnya?
9. Terangkan sudut pandangan konflik mengenai pendidikan.
10. Terangkan sudut pandangan interaksi simbolik mengenai pendidikan.
11. Apakah kebaikan dan keburukan dalam melabel pelajar?
Mengenal pasti sudut pandangan sosiologi mengenai pendidikan

Baca pernyataan-pernyataan berikut dan kenal pasti sudut pandangan sosiologi bagi setiap
pernyataan dengan menulis F (fungsionalis). K (konflik) atau IS (interaksi simbolik) dalam
tempat kosong yang diberikan.

1. Sistem pendidikan direka supaya kita dapat memastikan bahawa para pelajar bersedia
untuk memenuhi peranan mereka dalam masyarakat. [ ]
2. Kita perlu menekankan interaksi sosial antara guru dan para pelajar supaya dapat
memahami situasi bilik darjah. [ ]
3. Ketidakseimbangan wujud dalam sistem pendidikan untuk membolehkan pihak-pihak
tertentu mempertahankan kepentingan mereka. [ ]
4. Apabila seorang guru melabel para pelajarnya berdasarkan pencapaian akademik mereka,
ia sebenarnya sedang membantu golongan yang berpencapaian tinggi supaya dapat
meningkatkan prestasi mereka. [ ]
5. Fungsi utama persekolahan adalah untuk menerapkan nilai-nilai dan tingkah laku yang
diterima umum oleh masyarakat. [ ]

Jawapan
1. F
2. SI
3. C
4. SI
5. F

Soalan Berstruktur
1. Apakah fungsi-fungsi utama pendidikan dari segi individu dan masyarakat?
2. Apakah sudut pandangan penyokong Teori Fungsionalis mengenai peranan persekolahan?
3. Adakah sudut pandangan ahli Teori Fungsionalis berbeza daripada sudut pandangan ahli
Teori Konflik? Jelaskan.
4. Apakah sumbangan ahli Teori Interaksionis terhadap pendidikan?
5. Bagaimanakah nilai-nilai dan tingkah laku yang telah anda pelajari daripada ibu bapa anda
dicerminkan dalam kepercayaan anda mengenai pendidikan?

Rujukan
Ballantine, J.H. (2001). The sociology of education: A systematic analysis. New Jersey:
Prentice Hall. p. 136
Durkheim, E. (1961). Education and sociology. Glencoe, Ill.: Free Press.
Jackson, P.W., Boostrom, R.E.,& Hansen, D.T. (1993). The moral life of schools. San
Francisco: Jossey-Bass.
Miller, L. Scott. (1995). An American imperative: Accelerating Minority educational
advancement. New Haven, CT: Yale University Press.
Oakes, J. (1985). Keeping track: How high schools structure inequality. New Haven, CT:
Yale University.

Anda mungkin juga menyukai