Anda di halaman 1dari 36

PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI

SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2018/2019

YBP226/3 PENULISAN PROMOSI

TAJUK:

BIL. NAMA NO. MATRIK

1. MARYAM BINTI MUSTAFA YAHAYA 133212

2. VELARASAN A/L KANNAN 133275

3. SITI NURAMIRA BINTI ABDULLAH 133264

4. FARAH FARHANAH BINTI HISHAMUDIN 133191

5. NURLINA BINTI ANAS 133239

6. NUR IMAN BINTI RUSLAN 133232

7. JANICCE DIVIYA 137468

8 KANAN A/L KALIMUTHU 137469

9. NURZAFIRAH AIMA BINTI ZULKIFLI 133243

DATIN KAMALIAH BINTI SIARAP


RABU, 5 DISEMBER 2018
PERKARA HALAMAN

1.0 Profil Syarikat


1.1 Beaulicious & Co. 1
1.2 Visi 2
1.3 Misi 2
1.4 Objektif 2
1.5 Backgrounder 3

2.0 Ringkasan Eksekutif 4-6

3.0 Penerangan tentang Syarikat


3.1 Latar Belakang Syarikat 7
3.2 Latar Belakang Produk 7
3.3 Analisis SWOT 8-9

4.0 Analisis Situasi


4.1 Penilaian Pesaing 10
4.2 Segmentasi Pasaran 10-11
4.3 Analisis Konsumer Sedia Ada 11-12

5.0 Objektif dan Strategi IMC


5.1 Objektif Komunikasi 13-14
5.2 Strategi Kempen
5.2.1 Pelan 4P 14-16

6.0 Strategi Kreatif


6.1 Komunikasi Pemasaran Bersepadu
6.1.1 Periklanan
6.1.1.1 Poster 17
6.1.1.2 Iklan Akhbar 18
6.1.1.3 Iklan Majalah 18-19
6.1.1.3 Video 19
6.1.1.3.1 Video Pop-up untuk Media Sosial 20
6.1.1.3.2 Video Iklan Komersial Televisyen 20
6.1.1.4 Radio 21
6.1.1.5 Media Sosial 22-23
6.2 Perhubungan Awam
6.2.1 Pelancaran Kempen “With Hush, you don’t have to Rush” 24
6.2.2 Siaran Akhbar (Press Release) 25-28

7.0 Perancangan Media


7.1 Radio 29
7.2 Televisyen 29-30
7.3 Internet 30
7.3.1 Laman Sesawang 30-31
7.3.2 Media Sosial 31

8.0 Pengukuran dan penilaian


8.1 Pengukuran dan Penilaian Mesej 32
8.2 Pengukuran dan Penilaian Kempen 32

9.0 Kesimpulan 33

Rujukan 34
1.0 PROFIL SYARIKAT

1.1 Beaulicious & Co.

NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT LATAR BELAKANG SYARIKAT


· Tahun Ditubuhkan: 2017
Beaulicious & Co. · ISO 18416 certified
3287, Lorong 109,
Diamond square off, AKTIVITI TERKINI
Jalan Gombak, · Pengeluar dan pembekal kepada
54200, Kuala Lumpur. barangan kosmetik seperti gincu,
pemerah pipi dan pembayang mata.
Telefon: +6 03 – 123 456 89
Faksimili: +6 03 – 123 456 78
Emel: Beaulicious.weebly.com

Contact Person:
Maryam Mustafa Yahaya

CEO:
Velarasan Kannan

JENIS PERNIAGAAN PROFIL SYARIKAT


· Mengeluarkan dan membekal produk
kosmetik yang halal dan selamat · Jumlah Pekerja:300
digunakan.
· Kemudahan:
PRODUK UTAMA Kilang dan makmal di Kawasan
· Beaulicious melakukan Research & Perindustrian
Mak Mandin, Butterworth, Pulau
Development terhadap setiap produk
Pinang.
yang ingin dikeluarkan.
Tiga cawangan pejabat di Kuala
· Beaulicious memilih bahan-bahan Lumpur, Pulau
yang Pinang dan Johor Bahru.
berkualiti tinggi serta berkos rendah.
· Beaulicious memantau dan · Pelanggan Utama:
mengawal selia Pelajar wanita dan wanita yang
sepanjang pengeluaran untuk berkerjaya.
mendapatkan produk yang berkualiti
tinggi yang dinantikan oleh · Pasaran Geografi:
pengguna. Seluruh Malaysia.

· Pasaran Demografi:
Wanita yang dalam lingkungan umur 18-
35 tahun yang sentiasa sibuk dengan
aktiviti harian sehingga tidak
mempunyai masa untuk mendandan
diri.

1
1.2 Visi

Untuk menjadi syarikat nombor satu dalam mengeluarkan produk kosmetik

yang berkos rendah tetapi mempunyai kualiti yang tinggi dengan harga yang

berpatutan.

1.3 Misi

Misi Beaulicious & Co. adalah untuk mengutamakan pengeluaran produk

kosmetik yang halal dan berasaskan bahan organik di Malaysia di samping

penggunaan kos yang rendah namun berkualiti tinggi.

1.4 Objektif

1) Untuk menyediakan produk yang halal, mesra alam dan mudah dibawa ke

mana sahaja oleh pengguna kami.

2) Untuk meningkatkan jualan dan pemasaran semua produk kosmetik kami.

3) Untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada individu yang berminat untuk

menceburi bidang ini.

2
1.5 Backgrounder

BACKGROUNDER

Sejarah Beaulicious:

Pada tahun 2017, Beaulicious & Co. ditubuhkan sebagai syarikat pengeluar

barangan kosmetik yang berasaskan bahan organik dan halal. Syarikat ini

ditubuhkan oleh 9 orang rakan secara bersama. Nama syarikat Beaulicious dicipta

dari perkataan ‘beautiful’ dan ‘delicious’ yang digabungkan.

Produk kosmetik pertama yang dikeluarkan oleh syarikat Beaulicious & Co.

yang diber nama Hush tercipta apabila salah seorang dari Sembilan orang rakan ini

,menggunakan gincunya pada bibir, pipi dan alis mata kerana ingin cepat hadir ke

majlis perkahwinan salah seorang temannya.

Dari situ terhasillah idea untuk membuka syarikat Beaulicious & Co. syarikat

kosmetik yang mengeluarkan produk yang unik dan memudahkan penggunanya.

Selain itu, keunikan produk kosmetik Beaulicious & Co. adalah disebabkan oleh

bahan organik dan halal yang digunakan membuatkan pengguna semakin yakin

akan produk kosmetik Beaulicious & Co. ini.

3
2.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Beaulicious & Co. ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai syarikat pengeluaran

barangan kosmetik yang berasaskan bahan organik dan halal. Syarikat ini ditubuhkan oleh

9 orang rakan secara bersama-sama. Nama syarikat Beaulicious dicipta dari perkataan

‘beautiful’ dan ‘delicious’ yang digabungkan. Syarikat kami terletak di Gombak, Kuala

Lumpur.

Produk

Beaulicous & Co. adalah pengeluar barangan kosmetik seperti gincu, pemerah pipi

dan juga pembayang mata. Pada masa kini, produk kami berada dalam peringkat

pengenalan kerana kami baharu sahaja bertapak dalam industri ini. Pelan masa hadapan

kami antaranya adalah untuk menghasilkan produk kosmetik terbaharu, memperluas lagi

pemasaran produk kami tidak terbatas hanya di dalam negara tetapi juga di luar negara dan

menjadikan jenama produk kami antara yang jenama produk kosmetik yang terkukuh di

Malaysia.

Pasaran

Kami mendefinisikan pasaran kami sebagai pasaran kosmetik halal dan organik.

Jumlah keseluruhan saiz pasaran adalah kira-kira RM154 juta di Malaysia pada masa kini

dan dijangka akan meningkat sebanyak RM 245 juta menjelang 2020. Kami memegang

sebanyak dua peratus dalam pasaran ini dan yakin bahawa kami dapat mencapai lima

peratus menjelang tahun 2020. Antara pengguna utama kami adalah pelajar-pelajar wanita

dan juga wanita yang berkerjaya.

4
Pesaing

Kami bersaing secara langsung dengan beberapa syarikat kosmetik yang lain

antaranya Matteness by SHARA dan P’Pink Collagen Blusher Stick D’Herbs. Produk kami

berbeza dan unik kerana ia adalah produk pelbagai guna. Pengguna boleh menggunakan

produk kami sebagai gincu, pemerah pipi dan juga pembayang mata. Kami mempunyai

kelebihan daya saing kerana kami adalah pengeluar kos rendah. Kami mengeluarkan

produk kami dengan kos yang rendah tetapi dengan kualiti yang tinggi dan mampu

meletakkan harga yang lebih rendah berbanding pesaing-pesaing kami.

Risiko dan Peluang

Beaulicous & Co. adalah pengeluar barangan kosmetik yang baharu sahaja bertapak

dalam industri kosmetik di Malaysia. Pengguna pula kurang yakin dengan kualiti produk

baharu seperti Hush kerana kebanyakan pengguna mempunyai persepsi bahawa produk

kecantikan boleh mengundang pelbagai komplikasi kesihatan kerana mengandungi bahan-

bahan yang terlarang. Selain itu, lambakan jenama kosmetik lain juga adalah satu risiko

yang dihadapi kerana Beaulicious & Co. perlu berinovasi dan kreatif dalam penghasilan

produk pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, Beaulicious & Co. akan cuba mengatasi

risiko-risiko ini untuk menjadi produk kosmetik No. 1 pilihan rakyat Malaysia.

Antara peluang terbesar dalam industri ini adalah kos dan harga rendah yang

ditawarkan, produk yang berbeza dan unik, pelbagai pilihan rona warna dan pengguna

pada masa kini juga semakin bijak, mereka lebih gemar berbelanja dengan syarikat yang

mengeluarkan produk yang berasaskan bahan organik kerana ia lebih selamat berbanding

syarikat yang menggunakan bahan kimia.

5
Kumpulan Pengurusan

Jawatan Orang yang Bertanggungjawab

Ketua Pegawai Eksekutif Velarasan A/L Kannan

Pengarah Komunikasi Korporat Maryam Mustafa Yahaya

Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Farah Farhanah Hishamudin

Pengarah Sumber Manusia Nurzafirah Aima Zulkifli

Pengarah Jualan dan Pemasaran Nurlina Anas

Pengarah IT dan Web Design Kannan Kalimuthu


Janicce Diviya

Pengurus Operasi Nur Iman Ruslan

Operasi

Kami mempunyai kemudahan seperti makmal dan perkilangan untuk melakukan

proses Research and Development yang terletak di Kawasan Perindustrian Mak Mandin,

Butterworth, Pulau Pinang dan juga tiga cawangan pejabat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang

dan Johor Bahru. Jumlah staf kami adalah seramai 300 orang dan produk kami diagihkan

kepada stokis-stokis kami yang sah dan juga boleh didapati di semua drugstore di seluruh

Malaysia.

6
3.0 PENERANGAN TENTANG SYARIKAT

3.1 Latar Belakang Syarikat

Beaulicious & Co. merupakan sebuah syarikat kosmetik di Malaysia yang

mengeluarkan barangan solek yang berasaskan organik dan halal. Beaulicious & Co sangat

mementingkan pengeluaran produk yang berkualiti tinggi kerana kepuasan pelanggan

merupakan satu keutamaan bagi syarikat ini. Pejabat utama Beaulicious & Co terletak di ibu

negara iaitu di Gombak, Kuala Lumpur. Beaulicious & Co ditubuhkan pada tahun 2017 hasil

daripada idea, inovasi dan kerjasama daripada 9 orang rakan yang ingin mencipta nama

dan kejayaan dalam industri kecantikan. Konsep jualan bagi produk Beaulicious & Co

adalah menerusi pembelian over-the-counter yang boleh didapati di pasaraya dan juga

farmasi. Selain itu, Beaulicious & Co juga kini sedang beroperasi secara atas talian bagi

memudahkan pelanggan untuk membeli dan mendapatkan produk keluarannya. Misi utama

bagi syarikat ini adalah berfokus kepada pengeluaran barangan kosmetik yang halal dan

organik dengan kos yang berpatutan dalam pasaran Malaysia. Syarikat Beaulicious & Co

berusaha untuk menginspirasikan pengguna supaya berkeyakinan tinggi dalam penampilan

mereka menerusi penggunaan produk kecantikan keluaran Beaulicious & Co. Syarikat ini

berazam untuk mendapat keuntungan yang meningkat sebanyak 30 peratus berbanding

tahun sebelumnya setelah kini setahun berada dalam pasaran. Walaupun syarikat

Beaulicious & Co baru mengorak langkah dalam industri kecantikan, namun menerusi pelan

komunikasi kerja kreatif yang baik serta pengeluaran produk yang berkualiti tinggi, tidak

mustahil bagi Beaulicious & Co untuk mencipta nama yang besar dan signifikan dalam

pasaran.

3.2 Latar Belakang Produk

Hush merupakan salah sebuah produk kosmetik keluaran Beaulicious & Co

berbentuk stick yang terdiri daripada gincu (lipstick), pemerah pipi (blusher) dan juga

pembayang mata (eye-shadow). Ketiga-tiga produk ini dicantumkan menjadi

sebuah produk yang mudah serta praktikal untuk dipakai. Ia sesuai bagi pelanggan yang

7
baru ingin cuba untuk bersolek dan juga pelanggan yang sibuk bekerja dan tidak

mempunyai masa yang banyak untuk bersolek. Dengan hanya menggunakan satu stick,

pelanggan dapat mengaplikasikannya kepada tiga fungsi yang berbeza dalam asas solekan.

Tambahan lagi, produk Hush adalah bersifat organik dan mesra alam kerana ia diperbuat

daripada ekstrak buah-buahan yang tidak berbahaya kepada pengguna. Ia selari dengan

slogan produk iaitu ‘Flavour Your Style’ yang berusaha untuk meningkatkan keyakinan diri

pelanggan yang menggunakan Hush untuk menyempurnakan penampilan mereka.

3.3 Penilaian SWOT (Produk)

i) Strength

Hush merupakan salah sebuah produk kosmetik keluaran Beaulicious & Co

berbentuk stick yang terdiri daripada gincu, pemerah pipi dan juga pembayang mata

. Ketiga-tiga produk ini dicantumkan menjadi sebuah produk yang mudah serta

praktikal untuk dipakai. Dengan hanya menggunakan satu stick, pelanggan dapat

mengaplikasikannya kepada tiga fungsi yang berbeza dalam asas solekan.

Tambahan lagi, produk Hush adalah bersifat organik dan mesra alam kerana ia

diperbuat daripada ekstrak buah-buahan yang tidak berbahaya kepada pengguna.

Dalam masa yang sama, produk ini juga telah diiktiraf dan mendapat sijil halal dari

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

ii) Weakness

Beaulicous & Co. adalah pengeluar barangan kosmetik yang baharu sahaja

bertapak dalam Industri kosmetik di Malaysia dan pengguna pula kurang yakin

dengan kualiti produk tersebut kerana kebanyakan pengguna mempunyai persepsi

bahawa produk kecantikan boleh mengundang pelbagai komplikasi kesihatan. Pada

masa yang sama juga terdapat liputan berita mengenai penghasilan produk

kosmetik palsu dikeluarkan oleh pengusaha tempatan dan ada juga yang diimport

atau menggunakan bahan terlarang yang diimport dari Thailand, Indonesia, Filipina

8
dan China (Asri, 2017). Oleh itu, kami perlukan jangka masa yang panjang untuk

membina kepercayaan dan keyakinan daripada orang awam terutamanya dalam

kalangan golongan wanita.

iii) Opportunity

Tekstur Hush yang ringan dan tahan lama sesuai dipakai oleh wanita yang

seharian di pejabat, suri rumah sepenuh masa ataupun para pelajar kerana ia

bersifat sangat unik serta pengguna boleh menggunakan produk kami sebagai gincu,

pemerah pipi dan juga pembayang mata. Pelbagai pilihan rona warnanya juga

membuatkan ia menjadi pilihan utama dalam kalangan golongan wanita di Malaysia

yang kesuntukan masa dalam mendandan diri mereka. Tambahan lagi, pengguna

pada masa kini juga semakin bijak, mereka lebih gemar berbelanja dengan syarikat

yang mengeluarkan produk yang berasaskan bahan organik kerana ia lebih selamat

berbanding syarikat yang menggunakan bahan kimia. Kos dan harga rendah yang

ditawarkan juga adalah peluang bagi kami untuk tampil menyerlah berbanding

jenama kosmetik yang lain.

iv) Threat

Kami bersaing secara langsung dengan beberapa syarikat kosmetik yang lain

antaranya Matteness by SHARA dan P’Pink Collagen Blusher Stick D’Herbs yang

mempunyai warna yang mampu bertahan lama dan sesuai untuk semua jenis kulit

(Seronok belanja,2018 ). Hal ini kerana strategi pemasaran dengan gaya baharu dan

unik perlu dilakukan bagi menarik perhatian pelanggan wanita di Malaysia kerana

produk kami baru diperkenalkan dalam pasaran Malaysia.

9
4.0 ANALISIS SITUASI

4.1 Penilaian Pesaing

Terdapat banyak syarikat kosmetik dalam pasaran. Oleh itu, Hush mengalami

persaingan yang agak sengit dalam pasaran alat kosmetik. Antara pesaingnya

termasuklah Matteness by SHARA, P’Pink Collagen Blusher Stick D’Herbs, dan lain-

lain. Jenama-jenama kosmetik yang dinyatakan di atas merupakan jenama yang

terkenal dan telah lama wujud dalam pasaran, oleh itu kebanyakan daripada mereka

mempunyai pelanggan tetap. Selain itu, pengasas syarikat ini juga terdiri daripada

selebriti yang dikenali di Malaysia. Hush pula merupakan buah tangan yang

dihasilkan daripada syarikat yang baru iaitu Beaulicious & Co. dan masih kurang

dikenali.

Namun, melihat pada sudut kelebihan produk Hush ia diciptakan daripada

bahan organik, halal dan selamat digunakan. Hush menjanjikan kepada pengguna

bahawa Hush sungguh berbaloi untuk dimiliki kerana penggunaannya yang mudah

dan pelbagai. Pengguna hanya perlu memastikan Hush sentiasa bersama mereka

agar dapat menggunakannya apabila diperlukan. Saiznya yang kecil semestinya

muat untuk diletakkan didalam beg tangan mahupun di dalam poket. Fungsi Hush

sebagai gincu, pemerah pipi dan pembayang mata menjadikan ia satu produk yang

eksklusif dan berbeza daripada produk sedia ada di pasaran. Harga Hush

semestinya lebih berpatutan dan ia bersifat tahan lama kerana tekstur yang

diformulasikan daripada bahan yang berkualiti tinggi.

4.2 Segmentasi pasaran

Kami akan melancarkan kempen dan mengadakan make up demo untuk

mempromosikan Hush by Beaulicious. Tempat yang dipilih adalah seperti Kuala

Lumpur dan Pulau Pinang. Kempen pelancaran akan diadakan di pusat beli-belah. Di

Pulau Pinang, kempen pelancaran akan diadakan di Watsons, Queensbay Mall,

manakala di Kuala Lumpur, kempen akan diadakan di Watsons, Mid Valley

10
Megamall. Kempen pelancaran akan diadakan pada hujung minggu kerana lebih

ramai orang yang berkunjung ke pusat beli-belah pada hujung minggu. Ia merupakan

satu strategi untuk menarik minat dan perhatian ramai orang. Kami juga akan

menyediakan beberapa orang jurujual yang juga bertindak sebagai konsultan

kecantikan. Tugas mereka adalah untuk menata rias wajah pelanggan dengan Hush

by Beaulicious. Sesi make over secara percuma akan dilakukan kepada pengunjung

yang melawat ke booth Beaulicious. Pelbagai hadiah bakal dibawa pulang oleh

semua pengunjung sempena Make Up Demo ini.

Bukan itu sahaja, produk Hush by Beaulicious juga mensasarkan untuk

meluaskan empayarnya ke seluruh Malaysia dengan melantik agen dalam kalangan

rakyat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa, agama dan jantina. Oleh itu, mereka

dapat menjana pendapatan tambahan disamping berkongsi tentang kebaikan dan

kelebihan menggunakan produk Hush. Sesi latihan dan bimbingan oleh ahli syarikat

Beaulicious disediakan kepada mereka supaya mereka dapat mempelajari cara yang

tepat untuk memenangi hati pelanggan. Ia sememangnya satu produk yang harus

dimiliki oleh setiap wanita yang ingin tampil cantik dan berkeyakinan tanpa perlu

meluangkan masa yang banyak untuk bersolek dengan pelbagai jenis alat solekan.

4.3 Analisis Konsumer Sedia Ada

Analisis pembeli produk Hush ialah mensasarkan khalayak yang menggemari

dan ingin mencuba satu produk kosmetik yang mudah, cantik dan berpatutan.

Khalayak juga dilihat dari segi umur, jantina, bangsa dan pekerjaan. Golongan

berkerjaya dari sektor swasta dan kerajaan, suri rumah turut menjadi tumpuan Hush

by Beaulicious. Dalam masa yang sama, Hush berusaha untuk menarik minat dan

perhatian golongan masyarakat yang lebih muda seperti pelajar universiti. Ini kerana

selain daripada produk Hush mempunyai reka bentuk dan warna yang cantik,

pelbagai pilihan warna yang bergaya ditawarkan kepada pelanggan. Menarik lagi,

pelanggan tidak perlu risau tentang warna dan kualitinya kerana produk ini sesuai

11
untuk mereka yang memiliki tona yang cerah, kuning langsat dan juga gelap. Ia

diformulasikan daripada bahan organik, ekstrak buah-buahan, dan selamat untuk

digunakan ke seluruh muka. Produk ini dihasilkan untuk pengguna

mengaplikasikannya di bahagian bibir, pipi dan juga kelopak mata. Hush semestinya

memudahkan kehidupan seharian pengguna dengan teksturnya yang selesa, dan

kepelbagaian fungsinya yang lengkap untuk melihatkan wajah berseri.

Analisis pembeli yang celik tentang teknologi dan cara hidup yang aktif

sangat digalakkan kerana Hush melakukan jualan atas talian di lawan sesawang

seperti laman web rasmi Hush iaitu http://beaulicious.com.my, laman rasmi

Facebook Hush iaitu https://www.facebook.com/hushbybeaulicious dan laman web

Watsons iaitu http://www.watsons.com.my. Antara kemudahan yang disediakan oleh

Beaulicious adalah perkhidmatan penghantaran stick Hush secara percuma kepada

pembeli yang mempunyai kekangan masa dan tenaga mereka. Dengan itu,

pelanggan akan kekal cantik, bersemangat dan berkeyakinan apabila memiliki Hush

dalam kehidupan mereka.

12
5.0 OBJEKTIF DAN STRATEGI IMC

5.1 Objektif Komunikasi

Beaulicious & Co. merupakan sebuah syarikat kosmetik yang mementingkan

dan membantu wanita dalam penjagaan diri. Seiring dengan permintaan dan

kehendak pasaran dan pengguna yang semakin tinggi pada masa kini dalam bidang

kecantikan. Pihak syarikat akan memastikan produk kosmetik yang dikeluarkan

adalah produk yang berkualiti tinggi serta mampu dimiliki oleh semua golongan

masyarakat. Pihak kami mementingkan pengeluaran produk-produk yang terbaik

untuk dipasarkan kepada pengguna produk Beaulicious & Co. Pihak syarikat juga

akan memastikan pengeluaran produk dikeluarkan dari semasa ke semasa seiring

dengan permintaan.

Oleh itu, pihak kami telah mengeluarkan satu produk terbaru yang bercirikan

tiga dalam satu iaitu Hush. Hush merupakan produk yang boleh digunakan sebagai

gincu, pemerah pipi dan pembayang mata hanya dalam satu produk sahaja. Selepas

melakukan tinjauan dalam kalangan pengguna. Pihak kami mendapati terdapat

wanita yang mengalami masalah dalam kesuntukan masa untuk bersiap. Produk ini

sesuai digunakan bagi wanita yang ingin menjimatkan masa semasa make up dan

wanita yang gemarkan perkara yang cepat dan mudah.

Selain itu, Beaulicious & Co. juga memandang serius isu pekerjaan di negara

ini. Oleh itu, syarikat juga ingin membantu negara dengan membuka peluang

pekerjaan kepada masyarakat di negara ini bagi mereka yang ingin menceburi dalam

bidang kecantikan. Tidak dinafikan ramai anak muda pada masa kini mempunyai

pelbagai idea yang kreatif dan inovatif namun tiada platform bagi mereka untuk

menunjukkan bakat tersebut. Tambahan pula dengan persaingan dalam mencari

pekerjaan. Oleh itu, Beaulicious & Co. mengambil inisiatif dengan membuka peluang

kepada siswazah baharu yang ingin menceburi dalam bidang kecantikan di samping

menjana pendapatan untuk diri mereka.

13
Kami juga akan sentiasa memastikan setiap urusan dengan pelanggan akan

menjadi lebih efisien dan profesional. Antaranya adalah dengan memastikan

pengendalian segala urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan

penggarapan nilai murni di antara pembekal dan para pelanggan. Kami juga akan

membekalkan produk yang berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik

pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.

Beaulicious & Co. akan sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang

berlaku agar mutu produk dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan dapat

menangani masalah tempahan dan pembelian bekalan dengan konsisten agar

penghantaran produk dapat terus disalurkan kepada pelanggan dengan segera. Hal

ini akan memastikan setiap drugstore akan sentiasa mempunyai stok yang

mencukupi dan memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk kosmetik

daripada syarikat ini.

5.2 Strategi Kempen

5.2.1 Pelan 4P

i) Produk (Product)

Mengeluarkan produk baru dikenali sebagai Hush yang memadatkan ketiga-tiga jenis

produk kosmetik iaitu gincu, pemerah pipi dan pembayang mata ke dalam satu

produk yang baharu. Produk Hush ini adalah bersifat pelbagai guna. Dengan adanya

Hush, pengguna dapat menyerlahkan kecantikan mereka dengan lebih mudah dan

pantas. Ianya juga mudah dibawa ke mana-mana sahaja kerana saiznya yang kecil.

Selain itu, produk Hush adalah bersifat mesra alam kerana ianya diperbuat daripada

pelbagai ekstrak buah-buahan seperti ekstrak buah epal dan strawberi yang tidak

akan memberikan keburukan kepada para pengguna. Pembeli boleh memilih

pelbagai perisa yang ditawarkan mengikut cita rasa mereka. Warna hitam dan emas

digunakan sebagai warna untuk pembungkusan produk Hush bagi menarik perhatian

14
pengguna. Kedua-dua warna ini dipilih kerana ia mampu untuk menonjolkan produk

ini tampak lebih mahal dan eksklusif.

ii) Tempat (Place)

Pembeli boleh membeli produk kosmetik Hush di drugstore yang berdekatan seperti

Watsons dan Guardian. Selain itu, produk Hush juga boleh dibeli di kedai kecantikan

dan penjagaan diri iaitu Sephora. Sekiranya pembeli tidak mempunyai masa untuk

pergi ke Watsons,Guardians atau Sephora, pembeli boleh mendapatkan produk ini di

laman web rasmi Beaulicious dan juga di laman web Hermo, iaitu salah satu laman

web industri kecantikan E-dagang yang terkemuka di Malaysia. Pembeli boleh

membuat tempahan dengan memilih produk Hush yang mereka inginkan dan produk

tersebut akan dipos mengikut alamat yang telah diberikan oleh pembeli. Selain itu,

pembeli juga boleh membeli produk kosmetik ini daripada stokis-stokis kami yang

sah dan boleh berhubung dengan mereka secara terus.

iii) Harga (Price)

Harga jualan produk kosmetik Hush akan dijual pada harga RM35. Harga yang

ditawarkan adalah berpatutan dan mampu dibeli oleh golongan wanita yang bekerja

atau pelajar yang menjadi sasaran pelanggan kami. Harga yang ditawarkan adalah

bersesuaian kerana produk kosmetik ini yang asalnya adalah tiga produk telah

digabungkan untuk menjadi satu produk. Harga produk ini adalah mampu milik

kepada para pembeli.

iv) Promosi (Promotion)

Kami akan mempromosikan produk terbaru kami iaitu produk Hush di pelbagai

saluran media iaitu dengan memaparkan poster,iklan televisyen,iklan radio dan

laman web rasmi Hush iaitu http://beaulicious.com.my, laman rasmi Facebook Hush

iaitu https://www.facebook.com/hushbybeaulicious serta laman web Watsons iaitu

15
http://www.watsons.com.my. Selain itu, kami akan mewujudkan satu ‘buzz’ di media

sosial dengan menggunakan hashtag yang tersendiri iaitu #hush

#withHUSHyoudonthavetorush. Selain itu, kami juga akan mengadakan make up

demo untuk mempromosikan Hush by Beaulicious dan tempat yang dipilih adalah

seperti Watsons Mid Valley di Kuala Lumpur dan Watsons Queensbay Mall di Pulau

Pinang. Kami juga akan mengadakan pertandingan di media sosial di mana para

pengguna harus melakukan tutorial video mengenai produk kosmetik Hush. Kami

juga akan memperkenalkan harga pengenalan iaitu RM25 kepada para pembeli

untuk mencubanya terlebih dahulu. Kami juga akan menjemput pelakon terkenal iaitu

Zahirah McWilson untuk menjadi duta produk dalam mempromosikan produk

kosmetik terbaru kami iaitu Hush. Kami berharap dengan adanya duta yang tekenal,

ianya diharapkan dapat menarik perhatian pelanggan untuk membelinya.

16
6.0 STRATEGI KREATIF

6.1 Komunikasi Pemasaran Bersepadu

6.1.1 Periklanan

6.1.1.1 Poster

17
6.1.1.2 Iklan Akhbar

18
6.1.1.2 Iklan Majalah

19
20
6.1.1.3 Video

6.1.1.3.1 Video Pop-up untuk Media Sosial

6.1.1.3.2 Video Iklan Komersial Televisyen

21
6.1.1.4 Radio

Skrip Iklan Radio

Kata Kunci: SFX (Efek bunyi), A (Amira), F (Farah), N (Narrator)

Durasi: 25 saat

SFX: SOUND OF CAR HONKING

A: Oh my god! My boyfriend is here. I’m late and haven’t

put on my make up.

MUSIC: HAPPY AND UPLIFTING BACKGROUND MUSIC

F: Don’t worry, babe. Use Hush and you’re ready to go.

You easily apply your lipstick, eyeshadow, blusher with

only one stick. It’s made from fruit extract and comes

with different flavours and colours.

A: Wow! I have to try this now!

N: Get Hush at your nearest drugstore today! With Hush

you don’t have to rush.

22
6.1.1.4 Media Sosial

i) Instagram

ii) Facebook

23
iii) Laman Sesawang

6.2 Perhubungan Awam

6.2.1 Pelancaran Kempen “With Hush, you don’t have to Rush”

Kempen “With Hush, you don’t have to Rush ” akan dilancarkan pada bulan

Januari di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kempen ini bertujuan untuk menarik

minat orang ramai terhadap produk Hush yang dapat memudahkan orang ramai

kelihatan cantik tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk bersolek. Tempat

yang dipilih untuk menjalankan pelancaran kempen adalah di Watsons, Queensbay

Mall Pulau Pinang dan di Watsons, Mid Valley Megamall. Kesibukan di kedua-dua

kompleks beli-belah ini dijangka mampu meningkatkan jualan dan jenama produk

Hush by Beaulicious.

6.2.2 Siaran Akhbar (Press Release)

Siaran akhbar mengenai pelancaran kempen “With Hush, you don’t have to

Rush” di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang akan diedarkan kepada media-media yang

terpilih. Mesej dan tujuan utama pelancaran kempen ini akan dinyatakan dalam

siaran akhbar.

24
(I) Siaran akhbar tentang pelancaran kempen di Watsons, Mid Valley Kuala Lumpur:

SIARAN AKHBAR

24 November, 2018

UNTUK SIARAN SEGERA

Beaulicious & Co.

3287, Lorong 109,

Diamond square off,

Jalan Gombak,

54200, Kuala Lumpur,

SIARAN MEDIA BERHUBUNG KEMPEN “WITH HUSH, YOU DON’T HAVE TO RUSH”

Beaulicious & Co. Meluaskan Pasaran Produk Hush

Malaysia, Kuala Lumpur, 24 November 2018- Beaulicious ingin berkongsi dalam kalangan

masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama untuk menyerlahkan

kecantikan wajah dengan menggunakan produk Hush yang memudahkan dan menjimatkan

masa untuk bersolek. Oleh itu, satu kempen pelancaran Hush bertema “With Hush, You

Don’t Have To Rush” akan dijalankan.

Kempen pelancaran produk Hush ini akan diadakan pada 16 januari 2019 di Watsons, Mid

Valley, Kuala Lumpur. Khalayak masyarakat digalakkan untuk bersama-sama menyertai

pelancaran kempen ini. Untuk meraikan pelancaran kempen Hush, pelakon terkenal,

Zahirah Mc Wilson akan dijemput untuk melancarkan kempen ini.

Sesi make over oleh konsultan kecantikan Hush secara percuma akan dijalankan selepas

pelancaran kempen. Masyarakat diajak untuk melibatkan diri dalam sesi make over percuma

25
ini. Aktiviti ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan wajah pengunjung serta

menunjukkan betapa mudahnya menggunakan produk Hush.

Selain itu, risalah produk Hush juga akan diedarkan kepada pengunjung pusat membeli-

belah Mid Valley. Pengedaran risalah ini membolehkan pengunjung yang tidak berminat

untuk menyertai sesi make over turut mengetahui mengenai produk Hush by Beaulicious.

Gerai penjualan produk Hush akan diadakan di Mid Valley pada hari tersebut juga. Mesej

utama yang ingin disampaikan melalui pelancaran dan aktiviti yang dijalankan adalah untuk

menyerlahkan kecantikan wajah supaya kelihatan lebih berkeyakinan serta ingin

memudahkan dan menjimatkan masa sesiapa yang ingin kelihatan cantik.

Dikeluarkan oleh:

Beaulicious & Co.

3287, Lorong 109,

Diamond square off,

Jalan Gombak,

54200, Kuala Lumpur.

Tel. : +6010-4451030

Email : Beaulicious.weebly.com

###

26
(II) Siaran akhbar tentang pelancaran kempen di Watsons, Queensbay Mall, Pulau Pinang:

SIARAN AKHBAR

24 November, 2018

UNTUK SIARAN SEGERA

Beaulicious & Co.

3287, Lorong 109,

Diamond square off,

Jalan Gombak,

54200, Kuala Lumpur,

SIARAN MEDIA BERHUBUNG KEMPEN “WITH HUSH, YOU DON’T HAVE TO RUSH”

Beaulicious & Co. Meluaskan Pasaran Produk Hush

Malaysia, Pulau Pinang, 24 November 2018- Beaulicious ingin berkongsi dalam kalangan

masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama untuk menyerlahkan

kecantikan wajah dengan menggunakan produk Hush yang memudahkan dan menjimatkan

masa untuk bersolek. Oleh itu, satu kempen pelancaran Hush bertema “With Hush, You

Don’t Have To Rush” akan dijalankan.

Kempen pelancaran produk Hush ini akan diadakan pada 16 Januari 2019 di Watsons

,Queensbay Mall Pulau Pinang. Khalayak masyarakat digalakkan untuk bersama-sama

menyertai pelancaran kempen ini. Untuk meraikan pelancaran kempen Hush, pelakon

terkenal, Zahirah Mc Wilson akan dijemput untuk melancarkan kempen ini.

Sesi make over oleh konsultan kecantikan Hush secara percuma akan dijalankan selepas

pelancaran kempen. Masyarakat diajak untuk melibatkan diri dalam sesi make over percuma

27
ini. Aktiviti ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan wajah pengunjung serta

menunjukkan betapa mudahnya menggunakan produk Hush.

Selain itu, risalah produk Hush juga akan diedarkan kepada pengunjung pusat membeli-

belah Queensbay Mall. Pengedaran risalah ini membolehkan pengunjung yang tidak

berminat untuk menyertai sesi ‘make over’ turut mengetahui mengenai produk Hush by

Beaulicious.

Gerai penjualan produk Hush akan diadakan di Queensbay Mall pada hari tersebut juga.

Mesej utama yang ingin disampaikan melalui pelancaran dan aktiviti yang dijalankan adalah

untuk menyerlahkan kecantikan wajah supaya kelihatan lebih berkeyakinan serta ingin

memudahkan dan menjimatkan masa sesiapa yang ingin kelihatan cantik.

Dikeluarkan oleh:

Beaulicious & Co.

3287, Lorong 109,

Diamond square off,

Jalan Gombak,

54200, Kuala Lumpur.

Tel. : +6010-4451030

Email : Beaulicious.weebly.com

###

28
7.0 PERANCANGAN MEDIA

7.1 Radio

Menurut Murmann (2013), pengiklan telah menjadikan radio sebagai satu media

yang penting selama berabad-abad. Tambah beliau lagi, mengikut purata hari radio

didengari selama lebih dari tiga jam oleh pendengar dan sejak tahun 90-an lagi masa

mendengar harian tidak berubah walaupun pelbagai media baharu telah wujud pada masa

kini iaitu media sosial. Bagi meningkatkan hasil jualan dan publisiti Hush, penggunaan

media seperti radio adalah sangat membantu. Kebolehcapaian khalayak yang ramai melalui

radio membuatkan mesej yang disampaikan kepada khalayak sasaran menjadi lebih efektif

dan membuatkan mereka mengenali produk yang dipasarkan. Masyarakat di Malaysia

banyak menghabiskan masa mereka di dalam kereta terutama apabila berada di dalam

kesesakan lalu lintas dan menyebabkan mereka terdedah dengan iklan-iklan yang disiarkan

di radio begitu juga apabila mereka sedang beristirehat di rumah mahupun yang sedang

bekerja. Buat masa ini, hanya Radio Suria.fm menjadi pilihan untuk mempromosikan produk

Hush disebabkan kekurangan dana. Mungkin pada masa hadapan, lebih banyak lagi iklan

produk Hush disebarkan ke stesen-stesen radio yang lain. Iklan radio produk Hush hanya

berdurasi 0.21 saat mampu menarik perhatian khalayak yang disasarkan.Kekerapan iklan

untuk disiarkan adalah sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi 8.00 - 8.01 pagi,

12.30 - 12.31 tengahari dan 5.30 - 5.31 petang. Waktu-waktu ini dipilih kerana ia adalah

waktu kemuncak kebanyakan pendengar berada di dalam kereta untuk pergi ke kerja, untuk

keluar makan tengahari dan untuk pulang ke rumah.

7.2 Televisyen

Menurut Budacia (2012), televisyen adalah tunjang utama pengiklanan dan telah

berkembang dengan pantas dalam 50 tahun yang lalu. Ia bukan lagi media paling terkini

untuk publisiti tetapi masih lagi relevan digunakan. Melalui gabungan unik bunyi, cahaya dan

pergerakan, kelebihan kesan yang diperoleh melalui hubungan langsung dengan produk

atau perkhidmatan, juga membolehkan pembentangan beberapa penjelasan yang memujuk.

29
Televisyen pula kami memilih untuk mengiklankan produk kami di stesen televisyen

yang dimiliki oleh Media Prima Berhad iaitu NTV7 dan juga TV9. Iklan produk Hush adalah

berdurasi 26 saat akan disiarkan pada waktu malam seperti pada pukul 8.00, 9.00 10.00

malam. Waktu-waktu ini dipilih kerana pada waktu ini banyak khalayak yang sedang

bersantai di rumah selepas seharian penat bekerja dan itu sahajalah waktu yang ada untuk

menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen.

7.3 Internet

Menurut Nor Hazidah (2015), internet adalah satu jaringan yang besar dan dapat

menghubungkan jaringan-jaringan komputer yang lebih kecil. Jaringan komputer adalah satu

kumpulan komputer yang berhubung antara satu sama lain. Pada alaf digital sekarang,

kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi massa telah membawa perubahan yang

besar dalam budaya hidup semua lapisan masyarakat di persada dunia. Kejayaan ini juga

telah mengubah dan meningkatkan kuasa daya pengkomputeran dalam konteks

penyampaian serta penyebaran maklumat secara global (Marlin,2008). Media sosial

merupakan aplikasi internet yang terbaik untuk digunakan oleh usahawan-usahawan industri

kecil dan sederhana bagi menjalankan aktiviti pemasaran. Media sosial mampu mengecilkan

serta menutup jurang di antara strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang

akan dilaksanakan. Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi media sosial

mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan (Mohd Hafizie&

Norshuhada, 2013).

7.3.1 Laman Sesawang

Bagi laman web, kami akan membuat laman web khas untuk syarikat

Beaulicious & Co. Laman web tersebut akan didekorasi dengan warna-warna yang

ceria disertai oleh gambar-gambar produk kami. Dengan adanya laman web ini,

khalayak dapat mengetahui mengenai sejarah, alamat, dan cara untuk menghubungi

30
pihak dari Beaulicious & Co. jika ada apa-apa persoalan yang ingin ditanyakan

mengenai penggunaan produk.

7.3.2 Media Sosial

Kami akan mempromosikan produk Hush di media sosial dengan

memaparkan poster, iklan televisyen, iklan radio serta video di laman Facebook dan

Instagram. Selain itu, kami akan mewujudkan satu ‘buzz’ di media sosial dengan

menggunakan hashtag yang tersendiri iaitu #hush#withHUSHyoudonthavetorush.

Kami juga akan mengadakan pertandingan di media sosial di mana para

pengguna media sosial diminta untuk melakukan tutorial video mengenai produk

kosmetik Hush. Pada masa yang sama sebagai tanda penghargaan kita juga akan

diberikan diskaun dan hadiah yang menarik kepada mereka yang melakukan tutorial

kecantikan tersebut atas talian Facebook dan Instagram.

Kemudian, kami juga membayar blogger-blogger tempatan yang mempunyai

pengikut yang ramai untuk mengiklankan video–video tersebut dan mempromosikan

produk Hush di blog mereka dan diminta viral dalam Facebook dan Instagram

mereka. Dengan menggunakan taktik ini kemungkinan besar ramai pengikut mereka

dalam media sosial akan tahu mengenai produk tersebut dan cenderung untuk

membeli produk tersebut di tempat yang berhampiran.

31
8.0 PENGUKURAN DAN PENILAIAN

8.1 Pengukuran dan Penilaian Mesej

Kami akan mengukur dan menilai mesej kempen produk Hush melalui tiga aspek

utama iaitu penilaian kesedaran, penerimaan dan tindakan.

Penilaian kesedaran produk Hush dilakukan dengan memberi tumpuan kepada

kandungan mesej serta mengukur pendedahan mesej, kandungan, kebolehbacaan dan

ingatan khalayak terhadap produk tersebut.

Penilaian penerimaan pula dilakukan dengan memberi tumpuan untuk menilai kesan

terhadap minat dan sikap khalayak. Kami juga akan mengukur maklum balas khalayak

dengan menggunakan penanda aras atau kajian dasar.

Selain itu, penilaian tindakan dilakukan dengan memberi tumpuan untuk menilai

kesan terhadap tingkah laku atau pendapat. Kami akan mengukur penyertaan penonton,

menggunakan pemerhatian langsung dan penanda aras kajian. Ini dapat melancarkan

perubahan organisasi atau persekitaran.

8.2 Pengukuran dan Penilaian Kempen

Terdapat beberapa tahap hierarki dalam penilaian kempen yang bermula dengan

taktik mesej, pendedahan (kesan media), kesedaran atau pengetahuan, penerimaan dan

akhirnya tindakan. Dengan mengukur tahap perbualan dan sentimen dalam media sosial,

kami dapat melihat strategi pemasaran mereka berjaya dan mengambil tindakan balas yang

sesuai dalam kes-kes di mana prestasi produk Hush dapat ditingkatkan. Kami membantu

khalayak memahami kesan kempen melalui jumlah perbincangan yang dihasilkan di

platform media sosial. Kami membantu memahami sumber dari mana perbincangan kempen

berlaku, serta tahap pendedahan kempen dalam talian. Kami mengukur sentimen pengguna

mengenai kempen di mana kempen yang baik harus menghasilkan perbualan dalam talian

lebih positif daripada negatif. Penilaian pemimpin pendapat utama pula akan dilakukan

dengan mengenal pasti pemimpin pendapat utama yang memupuk percambahan mesej

kempen kami.

32
9.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, berdasarkan daripada perancangan yang pihak syarikat

hasilkan, Beaulicious & Co. percaya bahawa produk kosmetik yang dikeluarkan oleh syarikat

mampu melangkah jauh dalam pasaran kosmetik ini dan akan bersaing sihat dengan

syarikat kosmetik yang lain yang ada di pasaran luar sana. Dengan membuat pelan yang

rapi dan kesungguhan yang ada pada setiap kakitangan syarikat, maka ia akan membantu

syarikat untuk meluaskan pasaran di antarabangsa pada masa hadapan. Tambahan pula,

Beaulicious & Co. menggalakkan kaum wanita mahupun kaum lelaki pada masa kini untuk

menitikberatkan penampilan diri. Pihak syarikat percaya kecantikan daripada luaran dapat

membantu untuk membina keyakinan dalam diri seseorang. Dengan menggunakan cara

pemasaran yang rapi, pihak syarikat akan berusaha untuk sentiasa mengeluarkan produk

yang terbaik untuk digunakan masyarakat. Dengan itu syarikat dapat berkembang dengan

lebih pesat lagi selaras dengan matlamat syarikat untuk menjadi syarikat kosmetik utama di

negara ini.

33
RUJUKAN

Asri Hussein.(2017, Mac 4).Semuanya sebab perempuan nak cantik.(Metro Online).


Diakses daripada https://www.hmetro.com.my/node/210765

Budacia, A. (2012). Advertising Through Television. Holistic Marketing Management, 2(2).


65-70. Diakses daripada
http://holisticmarketingmanagement.ro/RePEc/hmm/v1i1/6/8.pdf

Marlin.(2008). Penggunaan internet dalam pencarian maklumat di kalangan pelajar-pelajar


Indonesia di Universiti Malaya. Diakses daripada
http://repository.um.edu.my/237/1/Penggunaan%20internet%20dalam%20pencarian
%20ma

Mohd Hafizie Suhaimi & Norshuhada Shiratuddin.(2013).Penggunaan media sosial: elemen


kebolehlihatan usahawan industri kecil sederhana (iks) (3),1511-1520. Diakses
daripada
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_5E1.pdf

Murmann, E. (2013). Radio-a traditional media with new possibilities: A description of why
and how advertisers in Finland should use radio. Diakses daripada
http://urn.fi/URN:NBN:fi:amk-2013061814370

Nor Hazidah Awang.(2005). Penggunaan in internet dalam pengajaran dan pembelajaran di


sek Men.Keb.Damansarajaya. Diakses daripada
http://repository.um.edu.my/219/1/Penggunaan%20Internet%20dalam%20Pengajara
n%20dan%20Pembelajaran.pdf

Seronok Belanja.(2018). Ulasan & harga produk terkini Malaysia. Diakses daripada
https://seronokbelanja.review/ulasan-harga-dherbs-p-pink-collagen-blusher-stick-
free-lipstick-terkini/

34

Anda mungkin juga menyukai