Anda di halaman 1dari 2

PENGARUH DAN DOMINASI GOLONGAN KELING DALAM ISTANA MENYEBABKAN KEJATUHAN

MELAKA PADA 1511. BINCANGKAN.

Sejarah kejatuhan kerajaan melayu Melaka merupakan sebuah kisah sejarah yang masih diperkatakan

sehingga ke hari ini dan terdapat banyak tafsiran sejarah Melaka ini sama ada ia merupakan sejarah

yang tulen atau mitos sahaja. Namun berdasarkan sumber hikayat Sulalatus salatin dan sumber yang

lain seperti hikayat Hang Tuah menunjukkan sejarah melayu ini sememangnya wujud. Kewujudan

sejarah kesultanan melayu Melaka ini merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji serta bagaimana

pengaruh dan dominasi pengaruh Keling dalam istana Melaka menyebabkan kejatuhan Melaka

bersama faktor lain.

Pengaruh dan dominasi Keling dalam istana Melaka sememangnya diakui kerana pengaruh golongan

ini sememangnya kuat dan mempengaruhi sultan dalam membuat keputusan. Apabila disebut Keling

ia merupakan sebuah gelaran yang mulia kepada Tamil-Muslim kerana golongan ini terdiri daripada

putera raja dan saudagar-saudagar dari benua keling. Namun kejatuhan kerajaan melayu Melaka

bukan disebabkan faktor pengaruh golongan keling sahaja tetapi juga dikaitkan dengan faktor lain

seperti pembelotan saudagar-saudagar, kelemahan ekonomi, gejala rasuah, kelemahan sultan, gejala

fitnah dan serangan portugis dari luar.

Namun begitu, saya berpendapat faktor dominan yang menyebabkan kejatuhan Melaka adalah

disebabkan pengaruh dan dominasi golongan keling dalam istana dan faktor yang lain hanya

mengukuhkan lagi faktor kejatuhan Melaka. Pengaruh Golongan keling ini seharusnya dikaji dengan

lebih teliti kerana kedudukan mereka sehingga ke hari ini masih utuh dan mempunyai kedudukan

yang tersendiri.

Oleh hal yang demikian, saya akan cuba mengkaji faktor kejatuhan kerajaan melayu Melaka ini

dengan pengaruh dan dominasi golongan keling sebagai faktor utama serta faktor-faktor lain yang

turut memainkan peranan penting dalam menyebabkan kejatuhan kerajaan melayu Melaka tanggal

1511.
Pengaruh dan Dominasi golongan Keling

Pengaruh dan dominasi golongan keling dalam istana Melaka merupakan faktor utama kejatuhan

kerajaan melayu Melaka. Pengaruh dan Dominasi keling dalam istana bermula apabila putera benua

Keling iaitu Mani Purindam tiba ke Melaka dan ketibaannya begitu menggembirakan sultan Melaka

ketika itu iaitu Sultan Muhammad Shah.

Anda mungkin juga menyukai