Anda di halaman 1dari 7

MODUL KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME

KELOMPOK : MATEMATIK

TAJUK : LESSON STUDY

KOD : PPG212

TEMPOH : 2 HARI (12 JAM)

PANEL PENULIS : Dr. Chiew Chin Mon


Pn. Kalaivani a/p Shanmugam

SINOPSIS :
Kursus ini dilaksanakan secara hands-on kepada peserta dengan memberi tumpuan kepada
kemahiran melaksanakan Lesson Study dengan berkesan dan efektif. Peserta didedahkan dan
dibimbing dengan prosedur Lesson Study amalan guru-guru Jepun agar peningkatan
pengetahuan dan kemahiran pengajaran guru dapat ditingkatkan melalui amalan reflektif
kendiri guru. Sesi dimulakan dengan maklumat dan konsep Lesson Study sebagai satu
pendekatan perkembangan profesional guru berasaskan sekolah yang berkesan dan bagaimana
amalan tersebut dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam bilik darjah.

OBJEKTIF :
Pada akhir kursus ini peserta dapat
a. melaksanakan proses dan kitaran Lesson Study di peringkat panitia bersama-sama dengan
rakan guru yang lain di sekolah;
b. secara kolaboratif merancang Rancangan Pengajaran Harian, melaksanakan serta
memerhatikan pengajaran dan membuat refleksi kendiri untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran PdP.

SENARAI RUJUKAN :
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC), Strategi 2: De-Privatization of Practice.

Fernandez, C., & Yoshida, M. (2004). Lesson Study: A Japanese Approach to Improving
Mathematics Teaching and Learning. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
STRATEGI PELAKSANAAN:

SLOT 1 (2 JAM)

PERKARA/ AKTIVITI STRATEGI BAHAN


MASA
Warmer 1. Minta peserta berkongsi Perbincangan Kertas
(15 minit) maklumat tentang pelaksanaan kumpulan
Profesional Learning
Communities (PLC) di sekolah.
2. Minta peserta kaitkan PLC
dengan Lesson Study berdasarkan
kefahaman dan persepsi sendiri.
Bincangkan dalam kumpulan.
3. Pilih beberapa kumpulan untuk
bentangkan hasil perbincangan.

Input tentang 1. Guna powerpoint untuk memberi Kuliah Powerpoint


Lesson Study input tentang Lesson Study Perbincangan tentang Lesson
(90 minit)  Latar belakang dan konsep 2-hala Study;
Lesson Study Video klip
 Permulaan Lesson Study Japanese Lesson
 Kitaran Lesson Study Study
 Kajian mengenai Lesson Study
 Perkembangan Lesson Study di
Malaysia dan negara lain.
2. Untuk lebih memahami Lesson
Study, video Japanese Lesson
Study ditayangkan.
3. Minta peserta fikir dan bincang
bagaimana Lesson Study dapat
dijadikan satu amalan dan budaya
di peringkat sekolah.

Perbincangan 1. Minta peserta berbincang dalam Aktiviti Kertas mahjong;


dan kumpulan mengenai isu dan kolaboratif kertas
pembentangan cabaran jika Lesson Study perlu kumpulan
(15 minit) dilaksanakan.
2. Peserta berkongsi idea
bagaimana Lesson Study boleh
dilaksanakan.
3. Minta peserta bentangkan hasil
perbincangan kumpulan.
SLOT 2 (4 JAM)

PERKARA/ AKTIVITI STRATEGI BAHAN


MASA
Warmer 1. Fasilitator memberi arahan membentuk Aktiviti Kertas
(10 minit) kumpulan kecil berdasarkan kumpulan
subjek/mata pelajaran yang diajar di
sekolah.
2. Setiap kumpulan (5-6 orang guru) perlu
menyediakan satu RPH untuk tempoh
waktu pengajaran selama 40 minit.
Seorang ketua akan dilantik bagi setiap
kumpulan.

Perbincan 1. Perbincangan secara kolaboratif dalam Perbincangan Buku teks,


gan kumpulan dan suasana non-threatening kumpulan sukatan
kumpulan environment. Ketua kumpulan perlu pelajaran,
(230 mewujudkan suasana yang tidak tegang, kertas
minit) yakni selesa dan ahli-ahli kumpulan mahjong,
bebas mengemukakan idea dan bahan bantu
pandangan masing-masing. mengajar
2. Antara aspek-aspek yang perlu dalam
perbincangan Lesson Study adalah
seperti berikut:
 gol / tujuan Lesson Study
 apakah kelemahan pelajar dalam
tajuk berkenaan dan kenapa?
 perkara-perkara yang disebut dalam
sukatan pelajaran
 mengapa pelajar masih tidak
memahaminya?
 apakah PdP yang diamalkan dan
bagaimana PdP dapat ditingkatkan?
 bagaimana menerapkan elemen
KBAT dalam pengajaran
 apakah sumber bahan bantu
mengajar yang boleh digunakan
untuk meningkatkan keberkesanan
pembelajaran murid
 apakah aktiviti yang sesuai dan
dapat melibatkan murid secara aktif
 apakah soalan-soalan yang perlu
ditanya supaya sesuai dengan tahap
pelajar
 Kalau soalan ini ditanya, apakah
jangkaan jawapan daripada pelajar;
adakah soalan senang atau susah
bagi pelajar; bagaimana soalan
boleh diubah supaya dapat
meningkatkan KBAT pelajar.
3. Perbincangan perlu aktif, deep-thinking
dan sentiasa menggalakkan guru berfikir
dan membuat refleksi.
4. Perbincangan seterusnya menjurus
kepada pembinaan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) secara
kolaboratif. Hardcopy RPH perlu
disediakan.
5. Pembinaan bahan bantu mengajar dan
latihan/soalan juga disediakan secara
kolaboratif untuk pelaksanaan PdP.
SLOT 3 (1 JAM)

PERKARA/ AKTIVITI STRATEGI BAHAN


MASA
Sesi 1. Seorang ahli kumpulan akan Pemerhatian RPH; bahan
Pengajaran mengajar RPH yang disediakan pengajaran; bantu mengajar
RPH sambil diperhatikan oleh rakan- Refleksi kendiri yang disediakan
(60 minit) rakan dalam kumpulan. secara mendalam
2. Pengajaran perlu dilaksanakan di
sebuah sekolah yang berdekatan
dimana pihak sekolah telah
memberi izin untuk pelaksanaan
pengajaran tersebut.
3. Selain ahli-ahli kumpulan yang
terlibat dalam penyediaan RPH,
seorang pakar rujuk atau
knowledgable others boleh
dijemput bersama-sama untuk
teaching observation.
4. Pemerhatian pengajaran harus
ditumpukan ke arah peningkatan
pembelajaran murid dan
bagaimana RPH dapat
diubahsuai supaya pengajaran
menjadi lebih berkesan. Ahli-ahli
kumpulan perlu sentiasa
membuat refleksi secara
mendalam bagaimana PdP dapat
ditingkatkan. Fikirkan juga
kenapa RPH yang telah
disediakan masih ada ruang
untuk penambahbaikan.
SLOT 4 (2 JAM)

PERKARA/ AKTIVITI STRATEGI BAHAN


MASA
Sesi Refleksi 1. Sesi refleksi mengenai Perbincangan Rancangan
RPH pengajaran guru dan RPH juga kumpulan secara Pengajaran
(120 minit) perlu dilaksanakan dalam kolaboratif Harian (RPH)
suasana non-threatening
environment.
2. Guru yang mengajar diberi
peluang terlebih dahulu untuk
meluahkan pandangan dan
refleksi mengenai RPH. Apa dan
bahagian mana RPH yang boleh
ditambahbaik.
3. Ketua kumpulan mengawal
perbincangan agar selesa dan
ahli-ahli kumpulan bebas
mengeluarkan idea dan
pandangan bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan
PdP.
4. Knowledgable others juga main
peranan dalam mengemukakan
pandangan dan idea berdasarkan
pengalaman dan kepakaran
beliau.
5. Sesi refleksi tertumpu ke arah
penambahbaikan RPH yang
secara tidak langsung, proses ini
dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran PdP
guru.
6. Penambahbaikan terhadap RPH
jika berkenaan juga dilakukan
agar hasilnya adalah satu RPH
yang berkesan secara
kolaboratif.
SLOT 5 (3 JAM)

PERKARA/ AKTIVITI STRATEGI BAHAN


MASA
Sesi 1. Peserta dibahagikan kepada Perbincangan Kertas mahjong
Perbincangan kumpulan yang lebih besar (8 – kumpulan secara dan marker pen
Pelaksanaan 10 orang). Seorang ketua dilantik kolaboratif
Lesson Study di untuk mengendalikan sesi
sekolah perbincangan.
(120 minit) 2. Perbincangan fokus kepada
perancangan dan bagaimana
Lesson Study dapat dilaksanakan
dengan berkesan di sekolah.
Cabaran yang perlu ditangani
juga merupakan aspek-aspek
utama dalam perbincangan.

Pembentangan 1. Pembentangan dilaksanakan Gallery walk, Kertas mahjong


kumpulan dan secara gallery walk. perbincangan 2- / poster
rumusan 2. Peserta bebas bertanya dan hala
(60 minit) memberi pendapat kepada
pembentang
3. Interaksi 2-hala adalah penting
agar dapat percambahan fikiran
memandangkan cabaran dan
konteks di sekolah yang agak
berbeza antara satu sama lain.
4. Hasil rumusan daripada peserta
membolehkan idea dan
cadangan kepada pihak sekolah
bagaimana Lesson Study dapat
dilaksanakan dengan berkesan
oleh guru-guru di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai