Anda di halaman 1dari 3

SESALAN

Jam di dinding menunjukkan pukul 8 malam. Hakim masih berdiri kaku di hadapan
ayahnya. Dia tak pasti apakah hukuman yang bakal diterima nanti. Matanya tertunduk
kaku melihat wajah ayah yang seperti singa lapar mahu membahamnya. Emak di suatu
sudut ruang tamu sedang berborak dengan kakaknya yang baru pulang dari Korea.
Kakaknya, Azzah baru sahaja menamatkan pengajian sarjana kejuruteraan dari
Universiti of Soul, Korea. Abang sulungya, Syamil, pula seorang penyelidik di sebuah
ipta penyelidikan dalam negara. Untuk menjadi seperti mereka adalah suatu cabaran
yang besar buat jejaka tinggi lampai itu.
“ Sekarang kau bagitahu ayah, kenapa keputusan PMR kau merosot sangat?”, gertak
ayah penuh tegas dengan nada suara agak tinggi.
“ Mana Hakim tau ayah..bukannya Hakim tak…”, jawab Hakim. Belum sempat dia
meneruskan kata-kata, penampar hinggap di pipinya. Pap! Bunyi penampar kuat dari
tangan kanan ayah.
“ Anak jenis apa kau ni! Kau nak jadi apa?! Abang kakak kau semua berjaya!”, jerkah
ayah di hadapan muka Hakim. Sememangnya ayah mahu keluarga itu terus disanjung
atas pencapaian akademik anak-anak. Tidak kira apa sekalipun, anak-anaknya mesti
cemerlang dalam setiap peperiksaan. Itulah perkara yang selalu diterapkan oleh ayah
sejak mereka semua kecil.
“ Itu lah bang. Manjakan sangat budak tu. Itulah jadinya”, balas emak seolah ingin
menambah api kemarahan ayah.Berdesing telinga ayah mendengar kata-kata perli
daripada emak kerana dia pula menjadi mangsa kegagalan anak bongsu mereka.
“ Salah aku ke ? Aku penat berhabis duit hantar dia pergi ke tuisyen. Tapi kau tengok la
sendiri sikap dia. Malas belajar “, jawab ayah memandang muka emak dengan wajah
merah padam.Ayah yang belum reda perasaan marahnya bingkas menuju ke arah
Hakim.
“ Anak tak guna! Mari sini kau!”, jerit ayah ke arah Hakim lalu merentap rambut Hakim
dengan kuat. Berderap jatuh tubuh kurus Hakim ke atas lantai seperti nangka busuk.
Mulut Hakim terkumat-kamit menahan sakit pedih di badannya. Hakim menahan
kesakitan rambutnya direntap. Malah, sesekali tubuhnya diseret dan dicampak seperti
seekor kucing lagak gayanya. Terpelanting si anak malang itu di dinding.
“ Ayah jangan ayah! Tolong jangan buat Hakim macam tu”, pinta Azzah penuh
linangan air mata. Hatinya dihimpit sayu dan gerun melihat kelakuan baran ayah itu.
Panas juga hati kecil Hakim apabila menerima pukulan-pukulan daripada ayah.
Bukannya dia tidak pernah menyumbang kejayaan dalam keluarga “elit” itu. Pencapaian
semasa sekolah rendahnya sangat cemerlang dan tidak pernah jatuh daripada
kedudukan no.1 dalam kelas. Malah, keputusan 5A dalam UPSRnya menjadi tiket
baginya memasuki Sekolah Tunku Abdul Rahman di Ipoh.
“ Semua orang pernah jatuh ayah! Sapa je tak penah jatuh ! Abang pernah jatuh. Kak
Azah pun pernah juga gagal dulu”, Hakim mula meninggikan suara kerana hilang sabar
dengan perlakuan ayah itu.
Tindakan ayah agak melampau kerana membelasahnya sedemikian rupa hanya kerana
keputusan 2A sahaja dalam PMR. Tidak seperti keluarga lain yang hanya tersenyum
redha dengan apapun keputusan anak-anak. Kali ini ayah benar-benar seperti orang
gila yang dirasuk. Leher Hakim dicekak dan kepala Hakim dihentak kuat ke arah
dinding berkali-kali.
“ Kau nak mati macam ni kan?”, jerkah ayah ke arah Hakim. Hakim tidak melawan
kerana dia tahu padah yang bakal diterima jika melawan. Kepalanya pening berpinar
akibat dihentak di dinding berkali-kali. Di satu sudut ruang tamu, emak hanya
tersenyum manakala Azzah menangis teresak-esak melihat keadaan adik bongsunya
itu didera sedemikian rupa. Dipandang wajah kakaknya dari jauh penuh lemah. Mata
yang kian layu dan desah nafas yang tidak teratur pernafasannya. Nafasnya semakin
lama semakin cungap
“ AYAH!”, jerit Azzah penuh kuat apabila melihat kepala Hakim sudah mengalir darah.
Pap! Pandangan Hakim bertukar hitam. Gelap.
***************
“Dah berjaya anak kita sorang tu kan bang”, puji emak sambil menyudukan makanan ke
mulutnya. Harapan emak supanya anak “ kebanggaannya” akan menghabiskan
pengajian di negara Eropah timur itu nanti. Ayah meneruskan meratah ayam goreng
KFC seperti tidak endah dengan kata-kata emak. Mereka mengambil keputusan untuk
menikmati hidangan di restoran sekitar kawasan KLIA sementara menanti flight KLIA-
Paris akan berlepas nanti. Jam di tangan ayah sudah menunjukkan pukul 10.55 pagi.
“ Jom keluar tengok flight Hakim. Tinggal 5 minit je lagi. Risau tak sempat pula”, ajak
ayah ingin segera bergegas ke pintu keluar.
“ Abang. Cuba abang baca surat anak kita kasi tu. Amboi! Belum sampai Paris lagi
sudah kirimkan surat”, kata Emak memuncungkan bibir ke arah poket seluar ayah.
Ayah membuka perlahan lembaran surat itu. Ditatapnya bait-bait kata dalam surat dan
disambut dengan setiap butiran kata di bibirnya. Emak mendengar setiap kata-kata itu
dengan penuh teliti.
“ Ke hadapan ayahanda dan bonda tercinta. Hakim sangat berterima kasih pada mak
dan ayah sebab menjaga Hakim dari kecik sampai besar termasuk duit mak ayah
laburkan untuk menghantar Hakim pergi ke kelas tambahan. Tapi usaha macam mana
pun Hakim tetap tak boleh lawan kepandaian abang dan akak. Sebagai anak yang
pemalas, Hakim minta maaf sebab Hakim gagal dalam PMR haritu sampai malu mak
ayah nak keluar rumah kan? Hihihi . Sorry k? Kesan benjol yang ayah tempeleng tu
melekat sampai sekarang. Sebulan Hakim duduk dalam ICU. Sebulan jugalah Hakim
duduk dengan nurse comel dalam hospital dan karang surat ni. Mak ayah pun busy
sampai takda masa nak lawat Hakim. Tapi takpe, Hakim sikitpun tak berdendam sebab
Hakim tahu ayah marah sebab ayah sayangkan Hakim . Setiap kali duduk sorang atas
katil hospital, Hakim teringat lagu yang ayah selalu nyanyikan kat Hakim masa kecil.
Comel sangat ayah nyanyi . Hahaha. Kalau ayah ingat lagu dia macam ni :-
Kapal terbang, kapal terbang,
Tersangkut, tersangkut,
Masuk dalam lubang, Masuk dalam lubang,
Meletup, Meletup.
BAM! BAM! BAM! Gema letupan kuat bertalu-talu menggegar kawasan pintu
pelepasan. Seperti gempa bumi bunyinya. Suasana di dalam ruang bangunan KLIA
menjadi hiruk-pikuk dengan suara jeritan orang ramai. Ayah dan emak bergegas ke
pintu keluar untuk melihat tragedi tergempar itu. Asap kelabu berkepul-kepul keluar dari
badan kapal terbang berwarna biru putih. Ranap. Hancur. Musnah. Badan kapal
terbang tersebut hangus dijilat api bersama para penumpang lain. Kebanyakan ahli
keluarga dan sahabat handai yang melihat kejadian itu terkedu, terdiam dan tergamam.
Tiada kata yang keluar dari mulut mereka. Semua tertanya-tanya keadaan yang
sebenarnya berlaku. “ Tuan puan semua ! Perhatian! Tuan puan semua diminta bawa
bertenang seketika! Pasukan keselamatan KLIA akan bergerak ke tempat kejadian”,
ucap ketua pengawal KLIA kepada orang ramai. Setengah ahli keluarga penumpang
sudah menjerit meratap kesedihan. Terdapat juga sekumpulan ahli pasukan
keselamatan KLIA bersama pasukan polis imigresen gegas berlari ke kawasan nahas.
“ MasyaAllah!”. Mak mengucap panjang. Ayah panik. Diam seribu bahasa. “ Anak
kita…”, ayah bersuara lemah memandang emak. Terkadang menitik air mata seorang
ayah dari kelopak matanya. Terbayang wajah ceria dan senyuman Hakim dalam
ingatan ayah. Anak bongsu yang selalu rajin menghulur bantuan apabila diperlukan.
Anak itu juga yang selalu memberinya ubat semasa dia tidak berdaya untuk berjalan
semasa demam. Tidak pernah merungut seperti anaknya yang lain. Tetapi, anak itulah
yang selalu menjadi mangsa tempat melepaskan amarahnya. Entah mana silapnya
anak itu. Air mata ayah tidak berhenti-henti mengalir deras sambil bibirnya menyebut, “
Hakim…”

Anda mungkin juga menyukai