Anda di halaman 1dari 26

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 4: INTEGRITI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 1

TEMA INTEGRITI

TAJUK MEMERANGI RASUAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Pada akhir pengajaran para murid dapat :


OBJEKTIF i. Mentafsir rencana yang bertajuk “Rasuah”
ii. Menjelaskan isi tersurat dan tersirat dalam
petikan

STRATEGI i ) Teknik bacaan : Bacaan CHATT


/ PENDEKATAN ii ) KBAT : membanding beza, mengkategori, menilai
ABAD KE-21 iii ) Nilai : amanah, tanggungjawab
iv ) Strategi P&P: Jigsaw Puzzle

MEDIA i ) petikan rencana


ii) bahan grafik – dapatan kajian

SITUASI Awam

FORMAT TEKS Teks pelbagai

JENIS TEKS Pendedahan

i. mengimbas dan mengenal pasti


PROSES KOGNITIF ii. menganalisis : membanding beza, menilai,
menerangkan
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

AKTIVITI CATATAN
LANGKAH 1

a. Membaca jadual statistik LAMPIRAN 1

b. Stimulus soalan pemahaman : Pengurusan Grafik: Kemahiran


i. Berdasarkan Kajian Persepsi Umum Penyelesaian Masalah
Mengenai Gejala Rasuah di Malaysia
2002 ),adakah anda bersetuju dengan
pola pandangan masyarakat tersebut?

ii. Berdasarkan sampel 7594 Kajian Persepsi


Umum Mengenai Gejala Rasuah di
Malaysia 2002 ), mengapakah masyarakat
berpendapat bahawa sektor swasta lebih
banyak terlibat dalam gejala rasuah
berbanding sektor kerajaan?

iii. Bagaimanakah cara untuk memupuk nilai


kepemimpinan berintegriti tinggi dalam
kalangan generasi muda?
c.

LANGKAH 2
a. Setiap kumpulan diberikan artikel bertajuk Teknik Bacaan CHATT:
‘Rasuah’ dan membaca dengan
menggunakan teknik bacaan CHATT Peta Pemikiran (Peta I-Think)

b. Secara berkumpulan , pelajar melengkapkan PA-21 : Jigsaw Puzzle


punca dan cara mengatasi rasuah dengan (Pembelajaran Koperatif)
menggunakan peta I- Think.

c. Selepas berbincang, murid diminta


membentangkan punca dan cara mengatasi
rasuah dalam bentuk Jigsaw Puzzle

LANGKAH 3 LAMPIRAN 2
a. Secara berkumpulan, pelajar diminta
menghasilkan graf yang sesuai berdasarkan
dapatan kajian ‘Persepsi Umum Mengenai
Gejala Rasuah di Malaysia 2001 – 2002’
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LAMPIRAN 1

DAPATAN KAJIAN
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LAMPIRAN PENGURUSAN GRAFIK : KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

HASIL PENELITIAN ANALISIS ISU KEPUTUSAN KUMPULAN JUSTIFIKASI


KUMPULAN TERHADAP DATA
KAJIAN PERSEPSI UMUM
MENGENAI GEJALA RASUAH
DI MALAYSIA
Berdasarkan Kajian Persepsi
Umum Mengenai Gejala Rasuah
di Malaysia ( 2002 ),adakah anda
bersetuju dengan pola
pandangan masyarakat tersebut?

Berdasarkan sampel 7594 Kajian


Persepsi Umum Mengenai Gejala
Rasuah di Malaysia ( 2002 ),
mengapakah masyarakat
berpendapat bahawa sektor
swasta lebih banyak terlibat
dalam gejala rasuah berbanding
sektor kerajaan?

Bagaimanakah cara untuk


memupuk nilai kepemimpinan
berintegriti tinggi dalam kalangan
generasi muda?
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LAMPIRAN 2

RASUAH
Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini.
Rasuah bermaksud sogokan iaitu pemberian wang oleh orang tertentu kepada pihak lain
untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapatkan sesuatu dengan cara
yang mudah dan cepat tetapi salah mengikut undang-undang negara. Gejala ini
merupakan duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita. Rasuah yang berleluasa
juga mencemarkan integriti dan maruah Malaysia sekali gus menimbulkan kesan negatif.
Masyarakat yang masih mengamalkan rasuah ini harus sedar bahawa undang-undang
negara kita tidak akan memandang enteng kerana perkara ini merupakan amalan yang
buruk dan boleh menggugat keamanan serta ketenteraman masyarakat setempat
mahupun negara.
Gejala rasuah tidak akan berleluasa jika tiada punca yang menjadi pemangkin
budaya itu kerana kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Salah satu punca rasuah
ialah kurangnya didikan agama dan moral. Hal ini demikian kerana, pegangan agama
yang kuat mampu membendung gejala ini dan setiap agama juga melarang penganutnya
melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan keluarga, masyarakat dan negara. Orang
yang tidak mempunyai iman yang kuat senang terpengaruh dengan kebendaan dan
sering mengejar kekayaan. Mereka harus sedar bahawa setiap wang yang dibelanjakan
hasil daripada rasuah merupakan wang haram dan tidak boleh digunakan untuk keperluan
harian anak-anak. Oleh itu, didikan agama amat penting dan merupakan asas untuk
membendung segala masalah sosial seperti rasuah.
Setiap permasalahan yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya kerana di
mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ibu bapa dan guru perlu menanamkan nilai murni
dalam jiwa setiap anak tentang keburukan rasuah. Hal ini demikian kerana, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sendiri perlulah bersikap jujur kepada diri sendiri
dengan menjauhi amalan rasuah kerana jika ibu bapa yang melakukan rasuah cuba untuk
menasihati anak-anaknya untuk tidak melakukan perkara itu, nescaya anak itu tidak akan
mendengar nasihat ibu bapanya. Hal ini disebabkan oleh kegagalan ibu bapa untuk
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Pihak guru juga boleh
berkongsi maklumat terkini tentang gejala rasuah ini kepada pelajar-pelajarnya sebagai
pengetahuan juga sebagai teladan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, kerjasama
daripada pihak ibu bapa dan guru boleh melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai
murni yang baik dan benci akan amalan rasuah.
Tuntasnya, semua pihak tidak kira pangkat atau harta, mestilah bersatu dan
menggembleng tenaga untuk memastikan agar gejala yang berjangkit ini dapat diatasi
kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati. Semoga amalan rasuah ini dapat
dibanteras hingga ke akar umbi. Mereka yang bersalah wajar dikenakan hukuman yang
berat kerana mereka telah menconteng arang kepada negara kita.

Sumber dipetik dan diubah suai daripada petikan Rasuah dalam


http://qairaainaa.blogspot.my/2013/06/rasuah.
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

Nama: Tarikh:
………………….
…………………………………………………………………………………………

Topik:
…………………………………………………………………………………………

Kata Kunci / Istilah Imej / Definisi Definisi

………………………………………………. ……………………………………………….

………………………………………………. ……………………………………………….
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

Idea Utama Idea Sampingan

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 2

TEMA INTEGRITI

TAJUK JENAYAH PECAH AMANAH

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :


i. Mentafsir dan menilai petikan akhbar
ii. Menyenaraikan punca jenayah pecah amanah

STRATEGI / i. Teknik Bacaan : ACID


PENDEKATAN ii. KBAT : Menganalisis, membanding dan menilai
ABAD KE-21 iii. Nilai : Amanah / Jujur
iv. Strategi P&P: Galeri Walk

MEDIA i. Internet – Laman Web


ii. Grafik
iii. Petikan

SITUASI Awam

FORMAT TEKS Pelbagai

JENIS TEKS Pendedahan / Penghujahan

PROSES i. Mengintegrasikan & Menjana inferens


KOGNITIF ii. Mengimbas dan mengenal pasti
iii. Membanding dan menilai
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1  Sedutan berita

a. Murid menonton sedutan berita RTM TV1 https://www.youtube.com/watch?


b. Bersoal jawab tentang pecah amanah v=RCNidV_zMO0
Soalan :
i) Apakah yang anda faham tentang  Sumbang saran
jenayah pecah amanah?
ii) Mengapakah seseorang individu
terlibat dengan jenayah pecah
amanah?

LANGKAH 2  Petikan akhbar


LAMPIRAN 1 DAN 2
a. Membaca petikan akhbar
b. Murid mengenal pasti isi kandungan teks  Teknik Bacaan ACID
c. Murid berbincang untuk mencapai
persetujuan kumpulan tentang kandungan /
isi / poin ACID / BKMT LAMPIRAN 3 :
d. Membuat perkaitan dengan pengetahuan  Peta Pengurusan Grafik ACID /
BKMT

LANGKAH 3

a. Berdasarkan gambar,(perbualan whatapp)  Gambar


murid mengenal pasti punca-punca jenayah LAMPIRAN 4
pecah amanah (aktiviti berkumpulan)
b. Pembentangan hasil kerja  PdP Alaf 21 – Galeri Walk

Lampiran 1

RENCANA : ARKIB :02/02/2007


HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

Menjaga amanah harta kerajaan


Oleh: A. HALIM SIDEK

Minggu lepas kita membaca berita mengenai dua orang bergelar ‘Datuk’ didapati bersalah kerana
melakukan kesalahan jenayah pecah amanah. Kesalahan tersebut melibatkan wang rakyat berjumlah
RM200 juta. Kedua-dua pesalah tersebut adalah bekas pengurus besar kanan agensi kerajaan.
Jenayah pecah amanah atau Criminal Breach of Trust (lazim disebut sebagai CBT)
terkandung dalam Seksyen 405 Kanun Keseksaan. Hukuman bagi kesalahan pecah amanah jenayah
ini pula terkandung dalam Seksyen 406 Kanun Keseksaan iaitu:
Barang siapa melakukan pecah amanah jenayah hendaklah dihukum dengan hukuman
penjara untuk suatu tempoh yang hendaklah tidak kurang dari satu tahun dan tidak
lebih dari sepuluh tahun dan dengan sebatan, dan juga hendaklah dikenakan hukuman
denda.
Bagi mensabitkan kesalahan pecah amanah jenayah ini hendaklah wujud perbuatan
menyelewengkan penggunaan harta (dishonest misappropriation of property) oleh seseorang yang
telah diberi kepercayaan untuk mengawal atau menjaga atau menguruskan atau mentadbir atau
mengendalikan sesuatu harta dan orang itu telah melakukan sebaliknya.Unsur kepercayaan terhadap
seseorang menyebabkan dia diberi amanah ke atas harta tersebut bagi maksud mengawal,
mentadbir atau mengendalikan harta itu menurut hasrat dan harapan pihak orang yang memberikan
amanah tersebut.Lantaran itu jika apa yang diperlakukan oleh orang yang memikul amanah tadi
bertentangan dengan hasrat dan harapan orang yang memberikan amanah itu maka suatu
pemecahan amanah telah berlaku.
Syarat-syarat utama yang diperlukan bagi menjadikan kesalahan ini antaranya mestilah wujud
suatu amanah kepada seseorang mengenai sebarang harta atau kawalan ke atas harta itu, orang
yang diberi amanah itu bertindak curang, serta mengguna atau menukarkan kegunaan harta itu untuk
dirinya sendiri di samping mengguna atau melupus harta itu atau dengan sengaja mengazabkan
mana-mana orang lain dengan bertindak sedemikian sama ada yang bertentangan dengan mana-
mana arahan undang-undang yang menetapkan kaedah bagaimana harta itu patut dilupuskan atau
bertentangan mana-mana kontrak sah yang dibuat mengenai cara pelaksanaan harta itu
Adalah jelas bahawa perbezaan dalam peruntukan ini dengan kesalahan jenayah lain adalah
keperluan wujudnya Amanah yang diletakkan ke atas bahu seseorang itu berdasarkan kepercayaan
orang terhadapnya.Konsep amanah di sini adalah sekadar kewujudan suatu perhubungan di antara
dua pihak iaitu pihak A sebagai pemilik harta dan B sebagai orang yang diberi kepercayaan dan
seterusnya diamanahkan dengan kawalan, pentadbiran atau pengendalian ke atas harta itu.
Penerima amanah pula dikehendaki mengawal atau mentadbirkan harta itu sebagaimana yang
dimaklumkan kepadanya. Oleh yang demikian seseorang tidak boleh dikatakan telah diberi amanah
terhadap sebarang harta jika dia mendapatnya secara tipu muslihat.
Berkaitan dengan ini Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan:
Barang siapa yang telah diberi amanah terhadap sesuatu harta, atau kawalan terhadap
harta, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam atau ejen telah melakukan pecah
amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum penjara bagi tempoh tidak
kurang dari dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dengan hukuman sebatan
dan denda.
Seksyen ini adalah peruntukan khas bagi penjawat awam dan ejen-ejen yang diberi
kepercayaan oleh kerajaan bagi memikul amanah terhadap sesuatu harta kerajaan. Hukuman yang
dikenakan di bawah peruntukan ini adalah lebih berat memandangkan pesalah ialah orang yang
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

disegani menjawat suatu jawatan awam. Termasuk dalam kategori ini adalah semua kakitangan
awam dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Malaysia dan seluruh agensi kerajaan di
bawahnya.
Maka sesiapa sahaja yang mempunyai kawalan mencukupi atau pengaruh terhadap
pengawalan sesuatu harta walaupun tidak secara fizikal, dia tetap boleh dipersalahkan jika suatu
pemecahan amanah telah berlaku terhadap pengurusan harta itu. Lantaran itu kegagalan untuk
memaklumkan kepada pemberi amanah mengenai sesuatu kepincangan terhadap perjalanan urus
niaga sesuatu syarikat yang akhirnya menyebabkan berlakunya kerugian juga adalah kesalahan di
bawah seksyen ini. Bahkan jika A duduk di dalam sebuah jawatankuasa dalam mana-mana agensi
tertentu yang bertanggungjawab meluluskan suatu permohonan pinjaman perumahan bersama
dengan dua orang kena tuduh yang lain dan juga menjadi salah seorang penandatangan cek. Adalah
diputuskan bahawa jawatankuasa itu mempunyai kawalan cukup terhadap harta itu kerana ia
mempunyai kuasa untuk meluluskan pinjaman. Sebarang kepincangan yang berlaku terhadap akaun
harta akan melibatkan A sebagai salah seorang pemecah amanah.
Walaupun seseorang itu mempunyai niat yang sangat murni dan menyalurkan wang beribu
ringgit di bawah kawalannya untuk faedah kebajikan orang fakir miskin tetapi jika hal ini bertentangan
dengan kaedah harta itu telah ditetapkan kaedah pelaksanaan dan pelupusannya maka itu adalah
kesalahan pecah amanah jenayah.

- Penulis adalah pakar Undang-Undang Jenayah, Kriminologi dan Keadilan Jenayah


dan berkhidmat sebagai Profesor Madya di Fakutli Undang-Undang, UiTM

Sumber: Rencana ‘Menjaga Amanah Harta Kerajaan’ dipetik


dan diubah suai daripada pautan berikut:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re
_07.htm

LAMPIRAN 2

Kerani lakukan pecah amanah dipenjara 15 tahun


HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

MIRI: Seorang kerani kewangan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Miri dijatuhi hukuman
penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini petang semalam setelah didapati bersalah atas tiga
tuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang tunai RM41,130.
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud setelah mendapati pihak
pendakwa raya berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh dalam ketiga-tiga kes yang
didakwa ke atasnya. Ketika membacakan keputusannya, Awang Kerisnada berkata tertuduh wajar
dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya serta kakitangan awam lain agar sentiasa
mengamalkan sikap jujur, amanah dan integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada
mereka terutama dalam mengendalikan wang orang awam.
“Sikap tidak jujur yang ditunjukkan tertuduh bukan hanya menjejaskan imej jabatan tempat dia
bertugas tetapi perkhidmatan awam secara keseluruhannya. “Justeru, saya berharap dengan hukuman
yang berat ini dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada kakitangan awam yang lain agar sentiasa
jujur dalam melaksanakan tugas,” tegas beliau.
Suraina Adenan, 33, dari Taman Jelita, Taman Tunku di sini didakwa atas tiga tuduhan
mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua
tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebat dan denda, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan yang
dihadapi. Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh dalam kapasitinya sebagai pembantu tadbir
(kewangan) di pejabat Jabatan Imigresen Bahagian Miri telah diamanahkan untuk mengutip hasil
berjumlah RM14,560 untuk jabatan tersebut didapati telah melakukan pecah amanah jenayah dengan
menggelapkan sejumlah wang berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 20 Mei 2011 di Pejabat Jabatan Imigresen
Bahagian Miri, Tingkat 2 dan 3 Yu Lan Plaza, Jalan Brooke di sini. Manakala dalam tuduhan kedua
dan ketiga, tertuduh sekali lagi telah mengulangi perbuatan sama dengan menggelapkan wang masing-
masing berjumlah RM19,555 dan RM7,015 milik jabatan yang sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh masing-masing pada 26 dan 31 Mei 2011
di pejabat yang sama. Seramai 13 orang saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan
masing-masing dalam perbicaraan kes tersebut untuk menyabitkan tertuduh dengan kesalahan yang
didakwa.
Pada masa sama, pihak pendakwa telah mengemukakan sebanyak 56 barang kes untuk diterima
sebagai bahan bukti. Setelah menimbangkan kesemua aspek, Hakim Awang Kerisnada kemudian
menjatuhkan hukuman penjara masing-masing lima tahun bagi setiap tuduhan yang dihadapinya dan
memerintahkan ketiga-tiga hukuman itu berjalan berasingan berkuat kuasa semalam (14 Mei 2013).
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili dua peguam bela iaitu Arthur Lee dan Firdaus Morshidi
merayu agar hukuman penjara itu ditangguhkan sementara dia memfailkan rayuan di Mahkamah
Tinggi. Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan tertuduh dibebas dengan ikat
jamin RM10,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu rayuannya didengar di
Mahkamah Tinggi kelak.
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

Lampiran 3 : Peta Pengurusan Grafik ACID

B T

KEPUTUSAN KUMPULAN
B

K M
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LAMPIRAN 4
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LAMPIRAN 5
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 3

TEMA INTERGRITI

TAJUK RASUAH

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat


OBJEKTIF
i. Menilai, menaakul dan merumus maklumat.

i. Teknik Bacaan SQ4R


(Meninjau, menyoal, membaca, mencatat,
,menyatakan kembali dan refleksi)
ii. Teknik Bacaan 5W1H
(Siapa,apa,bila,di mana, mengapa, bagaimana)
STRATEGI/
PENDEKATAN ABAD iii. KBAT : Mengaplikasi, menganalisis, menilai,
Ke-21 mencipta

iv. Nilai : Kejujuran, Amanah

v. Strategi P&P: Pembelajaran Kontekstual

i. Sebutan dan Intonasi

i. Audio / Komputer / Internet – Laman Web


MEDIA ii. Grafik
iii. Petikan Akhbar

SITUASI Awam

FORMAT TEKS Teks tidak berurutan (petikan, carta, jadual)

JENIS TEKS Pendedahan /Penghujahan

i. Mengintergrasi & Menjana Inferen


PROSES KOGNITIF ii. Menyokong, mengenal pasti dan menangani
konflik

AKTIVITI CATATAN
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LANGKAH 1
a. Bersoal jawab tentang pengertian rasuah Lampiran 1
secara umum.  Keratan akhbar
b. Sebab-sebab masyarakat terlibat dengan  Sumbang saran
gejala rasuah
c. Menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan yang
cenderung terlibat dengan gejala rasuah.

LANGKAH 2
a. Membaca artikel dan mengenal pasti isi
utama daripada teks/rencana Lampiran 2
b. Bersoal jawab tentang maklumat yang
terdapat dalam artikel Teknik Bacaan SQ4R
c. Menyenaraikan isi utama dan isi sampingan
d. Mengulas maklumat dan menentukan Artikel
kewajaran hujah.

LANGKAH 3 Lampiran 3
a. Mengkaji carta indeks persepsi rasuah Ganjaran diberikan kepada
dalam kalangan negara Asean dengan kumpulan yang dapat
menggunakan teknik bacaan 5W1H. menghasilkan soalan dan
b. Membuat rumusan berdasarkan hasil menjawab soalan KBAT dan
penelitian secara 5W1H berkaitan carta KBAR dengan tepat.
indeks persepsi rasuah dalam kalangan  0 mata bagi soalan dan
negara Asean jawapan KBAR dan KBAT
c. Permainan Bahasa: Setiap kumpulan yang salah dan tidak
mencipta soalan aras KBAR dan KBAT gramatis
berdasarkan bahan carta indeks persepsi  Ganjaran 1 mata bagi soalan
rasuah dalam kalangan negara Asean dan jawapan KBAR yang
d. Ketua kumpulan akan mencabut undian kurang tepat dan kurang
untuk menentukan pihak lawan bagi sesi gramatis
soal jawab.  Ganjaran 2 mata bagi soalan
dan jawapan KBAR yang
tepat dan gramatis
 Ganjaran 3 mata bagi soalan
dan jawapan KBAT yang
kurang tepat dan kurang
gramatis
 Ganjaran 4 mata bagi soalan
dan jawapan KBAT yang
tepat tetapi kurang gramatis
 Ganjaran 5 mata bagi
soalan dan jawapan KBAT
yang tepat dan gramatis

LANGKAH 4  Peta i-Think


HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

a. Berdasarkan dapatan penelitian Indeks  Sumbang saran : Think


Persepsi Rasuah ( Langkah 3 ) , murid – Pair - Share
diberikan peranan sebagai pemimpin pelajar  Gallery Walk
untuk melonjakkan kedudukan Malaysia
dalam senarai penilaian tersebut pada masa
hadapan serta merancang program
pengantarabangsaan memerangi rasuah.
(Think – Pair - Share)
b. Arahan Aktiviti:
Sebagai pemimpin pelajar , anda diminta
untuk mencadangkan langkah-langkah
penambahbaikan kedudukan Malaysia
dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah
Antarabangsa berserta perancangan Projek
Usahasama Pengantarabangsaan
Pendidikan Pemutihan Rasuah Pemimpin-
pemimpin Pelajar Antarabangsa.
c. Pembentangan hasil kerja ( Gallery Walk )
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI
Modul HEBAT Bacaan
Bahasa M
LANGKAH 1 / LAMPIRAN 1

LANGKAH 2 / LAMPIRAN 2
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

ISU RASUAHRasuah dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat


Malaysia kini. Ia dilihat sebagai masalah sosial yang semakin hari semakin parah.
Setiap hari ada sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini. Perkataan
rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu al-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah
digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti
merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam al-Quran sendiri telah mendifinisikan
perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan dilaknat.
Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan
oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi
kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia
tidak akan memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang telah diberikan
kepadanya akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri. Mereka
juga lebih cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan
bagi mengelak daripada perbuatannya di ketahui umum.
Di Malaysia, dari segi undang-undang, segala perkataan yang membawa
maksud kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada
perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan
pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu
perkara. Masalah rasuah di Malaysia sememangnya semakin menjadi-jadi. Banyak
kes-kes dilaporkan yang membabitkan rasuah. International Transparency telah
mendedahkan indeks persepsi rasuah global pada tahun 2009. Mengikut laporan
berkenaan, kedudukan Malaysia adalah ditangga ke 56 berbanding 180 negara. Ini
dapat membuktikan betapa parahnya masalah rasuah di negara kita.

Punca penglibatan
Terdapat pelbagai punca yang membolehkan seseorang cenderung untuk melakukan
jenayah ini. Antaranya adalah disebabkan oleh individu itu sendiri. Maksudnya,
individu yang mempunyai keperibadian yang lemah seperti kurangnya iman dan
bersifat meterialistik. Secara logiknya, seseorang itu sememangnya mengetahui
bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi sanggup
melakukannya dengan seribu satu alasan peribadi.. Sikap mahu hidup mewah, riak,
menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong
berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

Selain itu, rasuah ini disebabkan daripada kelemahan kepimpinan dalam sesebuah
organisasi. Sesebuah organisasi seharusnya mempunyai pemimpin yang tegas, telus
dan adil dalam menjalankankan segala operasi organisasinya. Ini bagi memastikan
organisasi dapat menghindari masalah dalaman yang berpunca dari pucuk pimpinan
itu sendiri. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada
pemantauan, lambat dalam menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan
khususnya gejala rasuah ini

Rasuah juga berpunca daripada sosial dan budaya yang telah diterapkan dalam
masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat majmuk di Malaysia sering
mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena
menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan
sebagainya. Jadi, mereka yang memberi dan menerima rasuah akan merasakan
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

kegiatan mereka adalah sesuatu perkara biasa atau perkara normal di mata
masyarakat.

Di samping itu, arus permodenan yang berlaku kini juga menjadi antara penyebab
utama gejala rasuah ini semakin berleluasa. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak
diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan menyebabkan masyarakat
memandang mudah terhadap masalah rasuah ini. Projek pembangunan bercambah
seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang
terlibat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya.
Contohnya adalah kontraktor- kontraktor sanggup melakukan jenayah rasuah ini bagi
mendapatkan tender sesuatu projek.

Kesan penyalahgunaan rasuah

Rasuah sememangnya akan mendatangkan banyak masalah. Bukan sahaja terhadap


individu yang melakukannya, bahkan kepada masyarakat sekeliling dan lebih parah
apabila mula melibatkan negara kita. Kegiatan rasuah boleh melumpuhkan fungsi
perjalanan sesuatu organisasi. Pentadbiran sesebuah negara juga boleh menjadi
kucar-kacir. Akibatnya , ia boleh menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan
ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Akhirnya boleh
menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Contohnya, di
Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk
kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak dapat dikawal lagi.

Langkah_langkah mengatasi

Melihat kepada akibat daripada amalan rasuah ini, langkah-langkah membanteras


perlu dilakukan dengan tegas dan konsisten. Semua pihak harus bekerjasama bagi
menjayakan langkah pencegahan ini. Antaranya adalah dengan komitment
masyarakat. Masyarakat perlu peka terhadap masalah rasuah yang berlaku di negara
ini. Masyarakat perlu ada jatidiri yang kuat untuk menghindarkan diri dari melakukan
rasuah. Selain itu, Peranan ibubapa dalam didikan agama dan moral tentang
keburukan terhadap perlakuan rasuah perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi supaya gejala rasuah ini tidak wujud dalam generasi akan datang.

Kerajaan juga memperlihatkan kesungguhan untuk membanteras gejala rasuah ini.


Kerajaan telah mewujudkan sebuah badan untuk membanteras masalah rasuah ini
yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bagi
membuat siasatan yang lebih mendalam atau membanteras masalah ini hingga ke
akar umbi. Kerajaan juga telah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan
hukuman bagi sesiapa yang terlibat dalam rasuah ini. Siasatan dan penguatkuasaan
undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan
serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan
negara.
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

Kesimpulan

Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar akan bahaya serangan penyakit sosial yang
telah melanda dunia sejak sekian lama ini. Malah penularan penyakit ini dilihat
semakin menjadi-jadi di negara kita. Tanpa sedar, masalah ini boleh menyebabkan
negara menjadi huru-hara dan timbul banyak masalah. Oleh itu, semua pihak harus
bekerjasama dalam membanteras masalah ini supaya dapat memupuk masyarakat
yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas. Akhirnya, kita dapat membentuk
generasi akan datang yang bebas daripada rasuah
Modul Bahasa Melay
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LANGKAH 3
Mengkaji carta indeks
persepsi rasuah dalam
kalangan Negara ASEAN
dengan menggunakan
teknik bacaan 5W1H
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN

Tajuk : INTEGRITI DAN TANGGUNGJAWAB

Objektif Murid-murid akan dapat merangka dan menulis kertas kerja


berdasarkan format yang disediakan.
Murid-murid dapat menyiapkan kertas kerja dengan penuh
tanggungjawab dan menyiapkan kertas kerja yang ditugaskan

Situasi Anda sebagai pengerusi Kelab Rekreasi dan Peancongan


sekolah. Anda dikehendaki mengadakan lawatan sambil
belajar ke Pulau Langkawi.
Sebagai Pengerusi kelab, anda dikehendaki menguruskan
perjalanan pergi dan balik ke Pulau Langkawi. Peruntukan yang
diberikan leh pihak sekolah adalah sebanyak RM5000.00.
Gunakan peruntukan itu dengan sebijak-bijaknya.
Lakarkan kertas kerja mengikut format yang diberi di bawah ini,
disamping memikirkan kebajikan dan kebaikan program.

Format Kertas 1. Tajuk


Kerja 2. Pengenalan
i. Kisah kepentingan Pulau Langkawi,
ii. Kepentingan Pulau Langkawi,
3. Rasional (Kenapa lawatan itu dibuat)
4. Objektif
5. Tarikh tentatif
6. Ahli Jawatankuasa
i. Pengerusi
ii. Setiausaha
iii. Bendahari
iv. AJK Lawatan
v. AJK Kebajikan
vi. AJK Pengangkutan
vii. AJK Laporan
viii.AJK
7. Tentatif Lawatan
8. Kewangan (pendapatan dan perbelanjaan)
9. Penutup

Aktiviti Murid Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan kumpulan 1,


2, 3 dan 4.
Setiap kumpuan diberi tugasan dengan kad arahan.
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

Aktiviti Kumpuan Arahan:


1 1. Sebagai AJK Lawatan, sediakan beberapa cadangan tempat
untuk dilawati.
2. Cari tentatif tempat dan kosnya (tiket masuk dan
sebagainya).
3. Nyatakan kelebihan tempat yang dilawati.
4. Cari brosur yang berkaitan.

Nilai: kerjasama (Kerjasama dalam kumpulan mencari bahan


melalui internet) dan Sabar (mencari makumat)
Persembahan : Peta minda

Aktiviti Arahan:
Kumpulan 2 1. Sebagai Bendahari, anggarkan pendapatan dan anggaran
perbelanjaan yang bakal digunakan.
Meng gunakan jadual – penulisan akaun pendapatan dan
perbeanjaan

Nilai : kerjasama, dan kejujuran.


Persembahan : Jadual

Aktiviti Arahan:
Kumpulan 3 1. Sebagai pengerusi, senaraikan peraturan untuk keselamatan
para peserta rombongan.
a. Apa yang harus dibawa?
b. Perkara-perkara larangan yang harus dipatuhi.

Nilai: Tanggungjawab, dan ketegasan.


Persembahan: Jadual dan senarai

Aktiviti Sebagai Setiausaha lawatan, lakarkan perjalanan dari sekolah


Kumpulan 4 ke Pulau Langkawi dan balik semula ke sekolah.

Nilai : ketepatan masa


Persembahan: carta alir

Rumusan Ketua kelas mengumpulkan hasil setiap kumpulan dan


memurnikan kertas kerja sehingga menjadi satu kertas kerja
yang lengkap

Anda mungkin juga menyukai