Anda di halaman 1dari 24

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 4: INTEGRITI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 1

TEMA INTEGRITI

TAJUK MEMERANGI RASUAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


OBJEKTIF i. Mentafsir rencana yang bertajuk “Rasuah”
ii. Menjelaskan isi tersurat dan tersirat dalam petikan

STRATEGI/ i. Teknik bacaan: Bacaan CHATT


PENDEKATAN ABAD ii. KBAT: membanding beza, mengkategori, menilai
KE-21 iii. Nilai: amanah, tanggungjawab
iv. Strategi P&P: Komunikasi

MEDIA i. Petikan petikan rencana


ii. Bahan grafik – dapatan kajian

SITUASI Awam

FORMAT TEKS Teks pelbagai

JENIS TEKS Pendedahan

PROSES KOGNITIF i. Mengimbas dan mengenal pasti


ii. Menganalisis: membanding beza, menilai,
menerangkan

67
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

AKTIVITI CATATAN
LANGKAH 1
a. Membaca jadual statistik
LAMPIRAN 1
b. Stimulus soalan pemahaman:
i. Berdasarkan Kajian Persepsi Umum
Mengenai Gejala Rasuah di Malaysia
(2002),adakah anda bersetuju dengan
pola pandangan masyarakat tersebut?

ii. Berdasarkan sampel 7594 Kajian Persepsi


Umum Mengenai Gejala Rasuah di
Malaysia (2002), mengapakah masyarakat
berpendapat bahawa sektor swasta lebih
banyak terlibat dalam gejala rasuah
berbanding sektor kerajaan?
LPG1:
iii. Bagaimanakah cara untuk memupuk nilai
Kemahiran Penyelesaian
kepemimpinan berintegriti tinggi dalam
Masalah
kalangan generasi muda?

LANGKAH 2
LAMPIRAN 2
a. Setiap kumpulan diberikan artikel bertajuk
‘Rasuah’ dan membaca dengan Teknik Bacaan CHATT:
menggunakan teknik bacaan CHATT.
C – Circle ( Bulatkan kata kunci )
H – Highlight ( Serlah atau garisi
idea penting )
A – Asterisk (Tandakan asterik *
pada isi sampingan/
sokongan )
T – Transfer ( Pindahkan
maklumat dalam borang
CHATT )
T – Teacher ( Guru memberikan
rumusan tentang rekod murid
dalam borang CHATT )

LPG 2: Borang CHATT


b. Pindahkan maklumat dalam Borang CHATT.
Panduan guru:
- Murid mesti memikirkan
c. Secara berkumpulan , pelajar melengkapkan peta yang sesuai dan
punca dan cara mengatasi rasuah dengan melakar sendiri.
menggunakan peta i-Think. - Peta i-Think yang sesuai
ialah peta alir (sebab dan
akibat).

68
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LANGKAH 3
a. Secara berkumpulan, pelajar diminta
Lampiran 1
menghasilkan graf yang sesuai berdasarkan
dapatan kajian ‘Persepsi Umum Mengenai
Gejala Rasuah di Malaysia 2001 – 2002’

LAMPIRAN 1

DAPATAN KAJIAN

69
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LPG 1
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

HASIL PENELITIAN
KUMPULAN TERHADAP DATA
KAJIAN PERSEPSI UMUM ANALISIS ISU KEPUTUSAN KUMPULAN JUSTIFIKASI
MENGENAI GEJALA RASUAH
DI MALAYSIA
Berdasarkan Kajian Persepsi
Umum Mengenai Gejala Rasuah
di Malaysia ( 2002 ),adakah anda
bersetuju dengan pola
pandangan masyarakat tersebut?

Berdasarkan sampel 7594 Kajian


Persepsi Umum Mengenai Gejala
Rasuah di Malaysia ( 2002 ),
mengapakah masyarakat
berpendapat bahawa sektor
swasta lebih banyak terlibat dalam
gejala rasuah berbanding sektor
kerajaan?

Bagaimanakah cara untuk


memupuk nilai kepemimpinan
berintegriti tinggi dalam kalangan
generasi muda?

70
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LAMPIRAN 2

RASUAH
Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini.
Rasuah bermaksud sogokan iaitu pemberian wang oleh orang tertentu kepada pihak lain
untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang
mudah dan cepat tetapi salah mengikut undang-undang negara. Gejala ini merupakan duri
dalam daging dalam kalangan masyarakat kita. Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan
integriti dan maruah Malaysia sekali gus menimbulkan kesan negatif. Masyarakat yang masih
mengamalkan rasuah ini harus sedar bahawa undang-undang negara kita tidak akan
memandang enteng kerana perkara ini merupakan amalan yang buruk dan boleh menggugat
keamanan serta ketenteraman masyarakat setempat mahupun negara.
Gejala rasuah tidak akan berleluasa jika tiada punca yang menjadi pemangkin budaya
itu kerana kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Salah satu punca rasuah ialah
kurangnya didikan agama dan moral. Hal ini demikian kerana, pegangan agama yang kuat
mampu membendung gejala ini dan setiap agama juga melarang penganutnya melakukan
sesuatu yang boleh memudaratkan keluarga, masyarakat dan negara. Orang yang tidak
mempunyai iman yang kuat senang terpengaruh dengan kebendaan dan sering mengejar
kekayaan. Mereka harus sedar bahawa setiap wang yang dibelanjakan hasil daripada
rasuah merupakan wang haram dan tidak boleh digunakan untuk keperluan harian anak-
anak. Oleh itu, didikan agama amat penting dan merupakan asas untuk membendung segala
masalah sosial seperti rasuah.
Setiap permasalahan yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya kerana di mana
ada kemahuan di situ ada jalan. Ibu bapa dan guru perlu menanamkan nilai murni dalam jiwa
setiap anak tentang keburukan rasuah. Hal ini demikian kerana, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Ibu bapa sendiri perlulah bersikap jujur kepada diri sendiri dengan menjauhi
amalan rasuah kerana jika ibu bapa yang melakukan rasuah cuba untuk menasihati anak-
anaknya untuk tidak melakukan perkara itu, nescaya anak itu tidak akan mendengar nasihat
ibu bapanya. Hal ini disebabkan oleh kegagalan ibu bapa untuk menunjukkan contoh yang
baik kepada anak-anak mereka. Pihak guru juga boleh berkongsi maklumat terkini tentang
gejala rasuah ini kepada pelajar-pelajarnya sebagai pengetahuan juga sebagai teladan
dalam kehidupan seharian. Dengan itu, kerjasama daripada pihak ibu bapa dan guru boleh
melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan benci akan amalan
rasuah.
Tuntasnya, semua pihak tidak kira pangkat atau harta, mestilah bersatu dan
menggembleng tenaga untuk memastikan agar gejala yang berjangkit ini dapat diatasi
kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati. Semoga amalan rasuah ini dapat dibanteras
hingga ke akar umbi. Mereka yang bersalah wajar dikenakan hukuman yang berat kerana
mereka telah menconteng arang kepada negara kita.

Sumber dipetik dan diubah suai daripada petikan Rasuah dalam


http://qairaainaa.blogspot.my/2013/06/rasuah.
71
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LPG 2: BORANG CHATT

Tarikh: ………………
Nama: ……………………………………………………………………..

Topik: ……………………………………………………………..

Kata Kunci/ Istilah Imej / Definisi Definisi


………………………………………………. ……………………………………………….

………………………………………………. ……………………………………………….

Idea Utama Idea Sampingan

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….

………………………………………………………………………..……………. ………………………………………………………………………..…………….

72
HEBA

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 2

TEMA INTEGRITI

TAJUK JENAYAH PECAH AMANAH

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :


i. Mentafsir dan menilai petikan akhbar.
ii. Menyenaraikan punca jenayah pecah amanah.

i. Teknik Bacaan: ACID


STRATEGI /
ii. KBAT: Menganalisis, membanding dan menilai
PENDEKATAN
iii. Nilai: Amanah/ Jujur
ABAD KE-21
iv. Strategi P&P: Komunikasi

MEDIA i. Internet – Laman Web


ii. Grafik
iii. Petikan

SITUASI Awam

FORMAT TEKS Pelbagai

JENIS TEKS Pendedahan/ Penghujahan

PROSES i. Mengintegrasikan & menjana inferens


KOGNITIF ii. Mengimbas dan mengenal pasti
iii. Membanding dan menilai

67
HEBA

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
Sedutan berita
a. Murid menonton sedutan berita RTM TV1.
https://www.youtube.com/watch?v=RC
NidV_zMO0

b. Bersoal jawab tentang pecah amanah


Soalan:
Sumbang saran
i) Apakah yang anda faham tentang
jenayah pecah amanah?
ii) Mengapakah seseorang individu
terlibat dengan jenayah pecah
amanah?

LANGKAH 2
Lampiran 1
a. Membaca dua petikan akhbar.
Lampiran 2
b. Murid mengenal pasti isi kandungan teks.
c. Murid berbincang untuk mencapai
Teknik Bacaan ACID/ BKMT
persetujuan kumpulan tentang kandungan
dengan menggunakan teknik bacaan ACID.
A = Agree (B: Bersetuju)
C = Confusing (K: Keliru)
I = Interesting (M: Menarik)
D = Disagree (T: Tidak bersetuju)

LPG: Borang ACID/ BKMT

Panduan guru:
d. Membuat perbandingan antara dua petikan
- Murid mesti memikirkan peta
berkenaan. Gunakan peta i-Think yang
yang sesuai dan melakar
sesuai untuk merumuskan dapatan.
sendiri.
e. Bentangkan dapatan.
- Peta i-Think yang sesuai ialah
peta buih berganda
(membanding beza).

LANGKAH 3
Lampiran 3
a. Berdasarkan gambar, (perbualan whatsapp),
murid mengenal pasti punca-punca jenayah
P&P Alaf 21 – Galeri Walk
pecah amanah. Lakukan aktiviti ini secara
berkumpulan.
68
HEBA

b. Pembentangan hasil kerja

Lampiran 1

RENCANA: ARKIB 02/02/2007

MENJAGA AMANAH HARTA KERAJAAN


Oleh: A. HALIM SIDEK

Minggu lepas kita membaca berita mengenai dua orang bergelar ‘Datuk’ didapati bersalah
kerana melakukan kesalahan jenayah pecah amanah. Kesalahan tersebut melibatkan wang
rakyat berjumlah RM200 juta. Kedua-dua pesalah tersebut ialah bekas pengurus besar
kanan agensi kerajaan.
Jenayah pecah amanah atau Criminal Breach of Trust (lazim disebut sebagai CBT)
terkandung dalam Seksyen 405 Kanun Keseksaan. Hukuman bagi kesalahan pecah amanah
jenayah ini pula terkandung dalam Seksyen 406 Kanun Keseksaan iaitu:
Barang siapa melakukan pecah amanah jenayah hendaklah dihukum dengan
hukuman penjara untuk suatu tempoh yang hendaklah tidak kurang dari satu
tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan dengan sebatan, dan juga
hendaklah dikenakan hukuman denda.
Bagi mensabitkan kesalahan pecah amanah jenayah ini, hendaklah wujud perbuatan
menyelewengkan penggunaan harta (dishonest misappropriation of property) oleh seseorang
yang telah diberi kepercayaan untuk mengawal atau menjaga atau menguruskan atau
mentadbir atau mengendalikan sesuatu harta dan orang itu telah melakukan sebaliknya.
Unsur kepercayaan terhadap seseorang menyebabkan dia diberi amanah ke atas harta
tersebut bagi maksud mengawal, mentadbir atau mengendalikan harta itu menurut hasrat
dan harapan pihak orang yang memberikan amanah tersebut. Lantaran itu jika apa yang
diperlakukan oleh orang yang memikul amanah tadi bertentangan dengan hasrat dan
harapan orang yang memberikan amanah itu, maka suatu pemecahan amanah telah berlaku.
Syarat-syarat utama yang diperlukan bagi menjadikan kesalahan ini antaranya mestilah
wujud suatu amanah kepada seseorang mengenai sebarang harta atau kawalan ke atas
harta itu, orang yang diberi amanah itu bertindak curang, serta mengguna atau menukarkan
kegunaan harta itu untuk dirinya sendiri di samping mengguna atau melupus harta itu atau
dengan sengaja mengazabkan mana-mana orang lain dengan bertindak sedemikian sama
ada yang bertentangan dengan mana-mana arahan undang-undang yang menetapkan
kaedah bagaimana harta itu patut dilupuskan atau bertentangan mana-mana kontrak sah
yang dibuat mengenai cara pelaksanaan harta itu
Adalah jelas bahawa perbezaan dalam peruntukan ini dengan kesalahan jenayah lain
adalah keperluan wujudnya amanah yang diletakkan ke atas bahu seseorang itu
berdasarkan kepercayaan orang terhadapnya. Konsep amanah di sini adalah sekadar
kewujudan suatu perhubungan antara dua pihak iaitu pihak A sebagai pemilik harta dan B
sebagai orang yang diberi kepercayaan dan seterusnya diamanahkan dengan kawalan,
pentadbiran atau pengendalian ke atas harta itu. Penerima amanah pula dikehendaki
mengawal atau mentadbirkan harta itu sebagaimana yang dimaklumkan kepadanya. Oleh
69
HEBA

yang demikian seseorang tidak boleh dikatakan telah diberi amanah terhadap sebarang harta
jika dia mendapatnya secara tipu muslihat.

Berkaitan dengan ini, Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan:


Barang siapa yang telah diberi amanah terhadap sesuatu harta, atau kawalan
terhadap harta, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam atau ejen telah
melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum penjara
bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan
dengan hukuman sebatan dan denda.
Seksyen ini adalah peruntukan khas bagi penjawat awam dan ejen-ejen yang diberi
kepercayaan oleh kerajaan bagi memikul amanah terhadap sesuatu harta kerajaan.
Hukuman yang dikenakan di bawah peruntukan ini adalah lebih berat memandangkan
pesalah ialah orang yang disegani menjawat suatu jawatan awam. Termasuk dalam kategori
ini ialah semua kakitangan awam dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Malaysia dan
seluruh agensi kerajaan di bawahnya.
Maka sesiapa sahaja yang mempunyai kawalan mencukupi atau pengaruh terhadap
pengawalan sesuatu harta walaupun tidak secara fizikal, dia tetap boleh dipersalahkan jika
suatu pemecahan amanah telah berlaku terhadap pengurusan harta itu. Lantaran itu,
kegagalan untuk memaklumkan kepada pemberi amanah mengenai sesuatu kepincangan
terhadap perjalanan urus niaga sesuatu syarikat yang akhirnya menyebabkan berlakunya
kerugian juga adalah kesalahan di bawah seksyen ini. Bahkan jika A duduk dalam sebuah
jawatankuasa dalam mana-mana agensi tertentu yang bertanggungjawab meluluskan suatu
permohonan pinjaman perumahan bersama dengan dua orang kena tuduh yang lain dan
juga menjadi salah seorang penandatangan cek. Adalah diputuskan bahawa jawatankuasa
itu mempunyai kawalan cukup terhadap harta itu kerana ia mempunyai kuasa untuk
meluluskan pinjaman. Sebarang kepincangan yang berlaku terhadap akaun harta akan
melibatkan A sebagai salah seorang pemecah amanah.
Walaupun seseorang itu mempunyai niat yang sangat murni dan menyalurkan wang
beribu ringgit di bawah kawalannya untuk faedah kebajikan orang fakir miskin tetapi jika hal
ini bertentangan dengan kaedah harta itu telah ditetapkan kaedah pelaksanaan dan
pelupusannya, maka itu adalah kesalahan pecah amanah jenayah.

- Penulis ialah pakar Undang-Undang Jenayah, Kriminologi dan Keadilan Jenayah


dan berkhidmat sebagai Profesor Madya di Fakutli Undang-Undang, UiTM

Sumber: Rencana ‘Menjaga Amanah Harta Kerajaan’ dipetik


dan diubah suai daripada pautan berikut:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0202
&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

70
HEBA

Lampiran 2

KERANI LAKUKAN PECAH AMANAH DIPENJARA 15 TAHUN

MIRI: Seorang kerani kewangan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Miri dijatuhi
hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini petang semalam setelah didapati
bersalah atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang tunai
RM41,130.00
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud setelah mendapati
pihak pendakwa raya berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh dalam
ketiga-tiga kes yang didakwa ke atasnya. Ketika membacakan keputusannya, Awang
Kerisnada berkata tertuduh wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya
serta kakitangan awam lain agar sentiasa mengamalkan sikap jujur, amanah dan berintegriti
dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka terutama dalam
mengendalikan wang orang awam.
“Sikap tidak jujur yang ditunjukkan tertuduh bukan hanya menjejaskan imej jabatan
tempat dia bertugas tetapi perkhidmatan awam secara keseluruhannya. “Justeru, saya
berharap dengan hukuman yang berat ini dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada
kakitangan awam yang lain agar sentiasa jujur dalam melaksanakan tugas,” tegas beliau.
Suraina Adenan, 33, dari Taman Jelita, Taman Tunku di sini didakwa atas tiga
tuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebat dan denda, jika sabit
kesalahan bagi setiap tuduhan yang dihadapi. Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh dalam
kapasitinya sebagai pembantu tadbir (kewangan) di pejabat Jabatan Imigresen Bahagian Miri
telah diamanahkan untuk mengutip hasil berjumlah RM14,560 untuk jabatan tersebut
didapati telah melakukan pecah amanah jenayah dengan menggelapkan sejumlah wang
berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 20 Mei 2011 di Pejabat Jabatan
Imigresen Bahagian Miri, Tingkat 2 dan 3 Yu Lan Plaza, Jalan Brooke di sini. Manakala
dalam tuduhan kedua dan ketiga, tertuduh sekali lagi telah mengulangi perbuatan sama
dengan menggelapkan wang masing-masing berjumlah RM19,555 dan RM7,015 milik
jabatan yang sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh masing-masing pada 26 dan 31
Mei 2011 di pejabat yang sama. Seramai 13 orang saksi pendakwaan telah dipanggil untuk
memberi keterangan masing-masing dalam perbicaraan kes tersebut untuk menyabitkan
tertuduh dengan kesalahan yang didakwa.
Pada masa sama, pihak pendakwa telah mengemukakan sebanyak 56 barang kes
untuk diterima sebagai bahan bukti. Setelah menimbangkan semua aspek, Hakim Awang
71
HEBA

Kerisnada kemudian menjatuhkan hukuman penjara masing-masing lima tahun bagi setiap
tuduhan yang dihadapinya dan memerintahkan ketiga-tiga hukuman itu berjalan berasingan
berkuat kuasa semalam (14 Mei 2013).
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili dua peguam bela iaitu Arthur Lee dan Firdaus
Morshidi merayu agar hukuman penjara itu ditangguhkan sementara dia memfailkan rayuan
di Mahkamah Tinggi. Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan
tertuduh dibebas dengan ikat jamin RM10,000 berserta dua penjamin tempatan sementara
menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi kelak.

72
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 4: INTEGRITI

LPG: Borang ACID/ BKMT

B T

KEPUTUSAN KUMPULAN

K M73
H

Lampiran 3

PETIKAN PERBUALAN WHATSAPP

74
H

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 3

TEMA INTERGRITI

TAJUK RASUAH

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat


i. Mentafsir maklumat yang dibaca.
OBJEKTIF
ii. Menganalisis maklumat dan menghubungkait
dengan data yang diperoleh untuk membuat
inferens.

i. Teknik Bacaan SQ4R


(Meninjau, menyoal, membaca, mencatat,
menyatakan kembali dan refleksi)
STRATEGI/ ii. Teknik Bacaan 5W1H
PENDEKATAN ABAD (Siapa, apa, bila, di mana, mengapa, bagaimana)
KE-21
iii. KBAT: Mengaplikasi, menganalisis, menilai,
mencipta
iv. Nilai: Kejujuran, Amanah
v. Strategi P&P: Pemikiran kritis

i. Audio / Komputer / Internet – Laman Web


MEDIA ii. Grafik
iii. Petikan Akhbar

SITUASI Awam

FORMAT TEKS Teks tidak berurutan (petikan, carta, jadual)

JENIS TEKS Pendedahan /Penghujahan

i. Mengintergrasi & Menjana Inferen


PROSES KOGNITIF ii. Menyokong, mengenal pasti dan menangani
konflik

75
H

AKTIVITI CATATAN
LANGKAH 1
LAMPIRAN 1
a. Murid membaca Lampiran 1.
Teknik bacaan SQ4R
b. Berbincang tentang bekas pegawai
Jabatan hutan yang menghadapi tuduhan Murid mesti memikirkan peta i-
rasuah. Think yang sesuai untuk
menerangkan perkara ini.
c. Gunakan peta i-Think yang sesuai untuk
membincangkan sebab yang mendorong Panduan guru:
kepada rasuah dan akibatnya. Peta i-Think yang sesuai ialah
peta pelbagai alir (untuk
menerangkan sebab dan
akibat).

LANGKAH 2
LAMPIRAN 2

a. Membaca teks dan menganalisis. Teknik Bacaan 5W1H

Panduan guru:
b. Buat catatan ringkas dalam bentuk peta i- - Murid mesti memikirkan
Think. peta yang sesuai dan
melakar sendiri.
- Peta i-Think yang sesuai
ialah peta alir (sebab dan
akibat: punca/ kesan)

LAMPIRAN 3

Bentangkan dengan
c. Berdasarkan Lampiran 3, kenal pasti menggunakan peta i-Think.
negara yang mengalami masalah rasuah
yang kritikal dan lihat kesannya pada
perkembangan sosial dan ekonomi negara Panduan guru:
berkenaan. Bandingkan dengan negara - Murid mesti memikirkan
yang bebas rasuah. peta yang sesuai dan
melakar sendiri.
- Peta i-Think yang sesuai
ialah peta buih berganda
(membanding beza)

76
H

AKTIVITI CATATAN
LANGKAH 3 LAMPIRAN 3

Ganjaran diberikan kepada


a. Mengkaji carta indeks persepsi rasuah kumpulan yang dapat
dalam kalangan negara Asean dengan menghasilkan soalan dan
menggunakan teknik bacaan 5W1H. menjawab soalan KBAT dan
b. Membuat rumusan berdasarkan hasil KBAR dengan tepat.
penelitian secara 5W1H berkaitan carta  0 mata bagi soalan dan
indeks persepsi rasuah dalam kalangan jawapan KBAR dan KBAT
negara Asean yang salah dan tidak
c. Permainan Bahasa: Setiap kumpulan gramatis
mencipta soalan aras KBAR dan KBAT  Ganjaran 1 mata bagi soalan
berdasarkan bahan carta indeks persepsi dan jawapan KBAR yang
rasuah dalam kalangan negara Asean kurang tepat dan kurang
d. Ketua kumpulan akan mencabut undian gramatis
untuk menentukan pihak lawan bagi sesi  Ganjaran 2 mata bagi soalan
soal jawab. dan jawapan KBAR yang
tepat dan gramatis
 Ganjaran 3 mata bagi soalan
dan jawapan KBAT yang
kurang tepat dan kurang
gramatis
 Ganjaran 4 mata bagi soalan
dan jawapan KBAT yang
tepat tetapi kurang gramatis
 Ganjaran 5 mata bagi soalan
dan jawapan KBAT yang
tepat dan gramatis

LANGKAH 4

a. Berdasarkan Lampiran 3, murid diberikan Think – Pair - Share


peranan sebagai pemimpin pelajar untuk
melonjakkan kedudukan Malaysia dalam
senarai penilaian tersebut pada masa
hadapan serta merancang program
pengantarabangsaan memerangi rasuah.
b. Arahan Aktiviti:
Sebagai pemimpin pelajar , anda diminta
untuk mencadangkan langkah-langkah
penambahbaikan kedudukan Malaysia
dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah
Antarabangsa berserta perancangan Projek
Usahasama Pengantarabangsaan
Pendidikan Pemutihan Rasuah Pemimpin-
pemimpin Pelajar Antarabangsa.
c. Pembentangan hasil kerja Gallery Walk

77
H

LAMPIRAN 1

78
H

LAMPIRAN 2

ISU RASUAH
Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat Malaysia kini.
Rasuah dilihat sebagai masalah sosial yang semakin hari semakin parah. Setiap hari
ada sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini. Perkataan rasuah
berasal daripada perkataan Arab iaitu al-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah
digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti
merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam al-Quran sendiri telah mendifinisikan
perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan dilaknat.
Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan
oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi
kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia
tidak akan memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang telah diberikan
kepadanya akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri. Mereka
juga lebih cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan
bagi mengelak daripada perbuatannya diketahui umum.
Di Malaysia, dari segi undang-undang, segala perkataan yang membawa
maksud kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada
perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan
pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu
perkara. Masalah rasuah di Malaysia sememangnya semakin menjadi-jadi. Banyak
kes-kes dilaporkan yang membabitkan rasuah. International Transparency telah
mendedahkan indeks persepsi rasuah global pada tahun 2009. Mengikut laporan
berkenaan, kedudukan Malaysia adalah di tangga ke 56 berbanding 180 negara. Ini
dapat membuktikan betapa parahnya masalah rasuah di negara kita.

Punca penglibatan
Terdapat pelbagai punca yang membolehkan seseorang cenderung untuk melakukan
jenayah ini. Antaranya adalah disebabkan oleh individu itu sendiri. Maksudnya,
individu yang mempunyai keperibadian yang lemah seperti kurangnya iman dan
bersifat meterialistik. Secara logiknya, seseorang itu sememangnya mengetahui
bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi sanggup
melakukannya dengan seribu satu alasan peribadi. Sikap mahu hidup mewah, riak,
menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong
berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

Selain itu, rasuah ini disebabkan daripada kelemahan kepimpinan dalam sesebuah
organisasi. Sesebuah organisasi seharusnya mempunyai pemimpin yang tegas, telus
dan adil dalam menjalankankan segala operasi organisasinya. Ini bagi memastikan
organisasi dapat menghindari masalah dalaman yang berpunca dari pucuk pimpinan
itu sendiri. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada
pemantauan, lambat dalam menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan
khususnya gejala rasuah ini

79
H

Rasuah juga berpunca daripada sosial dan budaya yang telah diterapkan dalam
masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat majmuk di Malaysia sering
mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena
menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan
sebagainya. Jadi, mereka yang memberi dan menerima rasuah akan merasakan
kegiatan mereka adalah sesuatu perkara biasa atau perkara normal di mata
masyarakat.

Di samping itu, arus permodenan yang berlaku kini juga menjadi antara penyebab
utama gejala rasuah ini semakin berleluasa. Pembangunan sosial ekonomi yang
tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan menyebabkan
masyarakat memandang mudah terhadap masalah rasuah ini. Projek pembangunan
bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat.
Golongan yang terlibat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan
sebanyak-banyaknya. Contohnya adalah kontraktor-kontraktor sanggup melakukan
jenayah rasuah ini bagi mendapatkan tender sesuatu projek.

Kesan penyalahgunaan rasuah

Rasuah sememangnya akan mendatangkan banyak masalah. Bukan sahaja terhadap


individu yang melakukannya, bahkan kepada masyarakat sekeliling dan lebih parah
apabila mula melibatkan negara kita. Kegiatan rasuah boleh melumpuhkan fungsi
perjalanan sesuatu organisasi. Pentadbiran sesebuah negara juga boleh menjadi
kucar-kacir. Akibatnya , rasuah boleh menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan
ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Akhirnya boleh
menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Contohnya, di
Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk
kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak dapat dikawal lagi.

Langkah-langkah mengatasi

Melihat kepada akibat daripada amalan rasuah ini, langkah-langkah membanteras


perlu dilakukan dengan tegas dan konsisten. Semua pihak harus bekerjasama bagi
menjayakan langkah pencegahan ini. Antaranya adalah dengan komitment
masyarakat. Masyarakat perlu peka terhadap masalah rasuah yang berlaku di negara
ini. Masyarakat perlu ada jatidiri yang kuat untuk menghindarkan diri dari melakukan
rasuah. Selain itu, peranan ibu bapa dalam didikan agama dan moral tentang
keburukan terhadap perlakuan rasuah perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi supaya gejala rasuah ini tidak wujud dalam generasi akan datang.

Kerajaan juga memperlihatkan kesungguhan untuk membanteras gejala rasuah ini.


Kerajaan telah mewujudkan sebuah badan untuk membanteras masalah rasuah ini
yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi
membuat siasatan yang lebih mendalam atau membanteras masalah ini hingga ke
akar umbi. Kerajaan juga telah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan

80
H

hukuman bagi sesiapa yang terlibat dalam rasuah ini. Siasatan dan penguatkuasaan
undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan
serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan
negara.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar akan bahaya serangan penyakit sosial yang
telah melanda dunia sejak sekian lama ini. Malah penularan penyakit ini dilihat
semakin menjadi-jadi di negara kita. Tanpa sedar, masalah ini boleh menyebabkan
negara menjadi huru-hara dan timbul banyak masalah. Oleh itu, semua pihak harus
bekerjasama dalam membanteras masalah ini supaya dapat memupuk masyarakat
yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas. Akhirnya, kita dapat membentuk
generasi akan datang yang bebas daripada rasuah

81
H

Lampiran 3

82
H

PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN


Tajuk: INTEGRITI DAN TANGGUNGJAWAB

Objektif Murid-murid akan dapat merangka dan menulis kertas kerja


berdasarkan format yang disediakan.
Murid-murid dapat menyiapkan kertas kerja dengan penuh
tanggungjawab dan menyiapkan kertas kerja yang ditugaskan

Situasi Anda sebagai pengerusi Kelab Rekreasi dan Peancongan


sekolah. Anda dikehendaki mengadakan lawatan sambil
belajar ke Pulau Langkawi.
Sebagai Pengerusi kelab, anda dikehendaki menguruskan
perjalanan pergi dan balik ke Pulau Langkawi. Peruntukan yang
diberikan leh pihak sekolah adalah sebanyak RM5000.00.
Gunakan peruntukan itu dengan sebijak-bijaknya.
Lakarkan kertas kerja mengikut format yang diberi di bawah ini,
disamping memikirkan kebajikan dan kebaikan program.

Format Kertas 1. Tajuk


Kerja 2. Pengenalan
i. Kisah kepentingan Pulau Langkawi
ii. Kepentingan Pulau Langkawi
3. Rasional (Kenapa lawatan itu dibuat)
4. Objektif
5. Tarikh tentatif
6. Ahli Jawatankuasa
i. Pengerusi
ii. Setiausaha
iii. Bendahari
iv. AJK Lawatan
v. AJK Kebajikan
vi. AJK Pengangkutan
vii. AJK Laporan
viii.AJK
7. Tentatif Lawatan
8. Kewangan (pendapatan dan perbelanjaan)
9. Penutup

Aktiviti Murid Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan kumpulan


1, 2, 3 dan 4.
Setiap kumpuan diberi tugasan dengan kad arahan.

83
H

Aktiviti Arahan:
Kumpuan 1 1. Sebagai AJK Lawatan, sediakan beberapa cadangan tempat
untuk dilawati.
2. Cari tentatif tempat dan kosnya (tiket masuk dan
sebagainya).
3. Nyatakan kelebihan tempat yang dilawati.
4. Cari brosur yang berkaitan.

Nilai: kerjasama (Kerjasama dalam kumpulan mencari bahan


melalui internet) dan Sabar (mencari makumat)
Persembahan : Peta minda

Aktiviti Arahan:
Kumpulan 2 1. Sebagai Bendahari, anggarkan pendapatan dan anggaran
perbelanjaan yang bakal digunakan.
Meng gunakan jadual – penulisan akaun pendapatan dan
perbeanjaan

Nilai : kerjasama, dan kejujuran.


Persembahan : Jadual

Aktiviti Arahan:
Kumpulan 3 1. Sebagai pengerusi, senaraikan peraturan untuk keselamatan
para peserta rombongan.
a. Apa yang harus dibawa?
b. Perkara-perkara larangan yang harus dipatuhi.

Nilai: Tanggungjawab, dan ketegasan.


Persembahan: Jadual dan senarai

Aktiviti Sebagai Setiausaha lawatan, lakarkan perjalanan dari sekolah


Kumpulan 4 ke Pulau Langkawi dan balik semula ke sekolah.

Nilai : ketepatan masa


Persembahan: carta alir

Rumusan Ketua kelas mengumpulkan hasil setiap kumpulan dan


memurnikan kertas kerja sehingga menjadi satu kertas kerja
yang lengkap

84

Anda mungkin juga menyukai