Anda di halaman 1dari 1

NELSON GOODMAN-WHEN IS ART?

Buku-buku dan artikel yang beliau tulis adalah dalam bidang estetika, epistemologi,
falsafah sains, dan falsafah Bahasa. Buku yang ditulis oleh Goodman iaitu ‘Bahasa Seni’ pada
tahun 1968 menjadi kajian penting seni sebagai bentuk komunikasi simbolik.

Goodman menerangkan juga perbezaan antara kenapa ‘When is Art?’ dan bukan ‘What
is Art?’ Konsep kajian Goodman dalam falsafah seni adalah ‘WHEN an object become an
work of ART’ dan bukanlah ‘WHAT makes an object a work of ART’. Goodman
mengklasifikasikan karya sebagai simbol dan representational. Maksudnya, objek adalah
karya seni yang bukan berdasarkan beberapa sifat yang dimilikinya tetapi bagaimana objek
itu digunakan sebagai simbol dan dimana objek itu diletakkanya. Bagi goodmen seni adalah
sesuatu benda atau simbol yang memainkan peranan disatu tempat.

Selain simbol dan objek, Goodman memberi pandangan terhadap non-simbolic objek
iaitu non-representational, klasifikasi non-symbolic iaitu seni tanpa simbol maka karya –
karya yang dihasilkan tidak mempunyai subjek matter contohnya, lukisan abstrak, lukisan
Portrait, lukisan landscape dan sebagainya. Jadi setiap kerja, objek atau karya represntasi
adalah simbol dan seni tanpa simbol dibatasi kepada seni tanpa subjek.

Untuk tujuan menjadikan karya seni, ia mesti berfungsi sebagai simbol dalam beberapa
konteks seni. Seperti yang dibincangkan oleh Goodman lukisan Rambrandt kekal sebagai
karya seni kerana ia kekal sebagai lukisan di muzium malah, ia boleh dijadikan sebagai
representational art digunakan karya tersebut sebagai tutup tingkap yang pecah. Itulah
sebabnya ‘When is Art’ dan bukan ‘What is Art’. Secara kesimpulannya, bagi Goodman setiap
seni boleh digunakan sebagai objek yang berfungsi jika manuasia melayan secara unik.

Anda mungkin juga menyukai