Anda di halaman 1dari 2

Karangan: MENZIARAHI DATUK DAN NENEK

KAMU DI KAMPUNG
Pada hari sabtu yang lalu,saya dan keluarga berancang
untuk menziarahi datuk dan nenek di kampung.Saya
berasa amat seronok kerana sudah lama kami tidak balik ke
kampung.
Setelah berjam-jam menunggu,akhirnya kami pun sampai
ke lokasinya. Saya berasa sangat rindu setelah menengok
pemandangan yang indah.Di kampung itu, atuk dan nenek
ada membela ayam,itik,angsa dan sebagainya.
Atuk membawa kami ke dusun buah-buahannya.Di sana
terdapat pelbagai jenis buah-buahan tempatan sepaerti
oren,pisang,manga dan sebagainya. Buah-buahan atuk
sungguh segar kerana atuk menananya sendiri.Setelah
perut kami sudah kenyang,kami pun pulang ke kampung.
Setelah kami sampai ke kampung,Saya ternampak nenek
sedang memberi ayam,itik dan angsa makan. Teringat pula
saya pada hari yang lepas saya pernah dikejar oleh angsa
oleh kerana saya menyentuh telurnya. Saya pun berlari ke
nenek untuk menolong nenek.
Hari pun sudah gelap,kami pun masuk ke dalam rumah.
Ibu dan nenek sedang membuat makan malam manakala
saya dan atuk pula bermandi-manda bersama-
sama.Makanan pun sudah siap,jadi orang yang pertama
sampai adalah saya dan atuk.Makanan di meja itu
sungguh sedap jadi kami pun makan bersama-sama. Setelah
sudah kenyang, mata pun digosok-gosok oleh saya, itu
masa untuk tidur.
Hari kedua, Saya berasa sedih kerana sudah mahu
pulang.Saya pun berkemas barang lalu bersalam dengan
atuk dan nenek.Tetapi saya masih gembira kerana atuk dan
nenek masih sihat dan kuat.

Anda mungkin juga menyukai