Anda di halaman 1dari 28

PENGENALAN

Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan yang menghalang badan dari

menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman

ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan

dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah

kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawal atur

oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pancreas dimana

kekurangan insulin dan/atau rintangan insulin (insulin resistance) menyebabkan glukosa

tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga,

sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan

menyebabkan diabetes melitus.

Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes

Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil

yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai

paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Lazimnya mereka akan menunjukkan simptom seperti polyphagia, polyuria dan

lethargy. Namun begitu terdapat wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan

sebarang faktor risiko. Doktor akan menjalankan ujian darah Oral Glucose Tolerance

Test (OGTT) untuk mengesan GDM semasa lawatan pertama jika mereka berisiko

tinggi, atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan jika tidak berisiko tinggi. Jika ujian

pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan

antara minggu ke 28 hingga ke 32.

1|Page
Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00

malam sebelumnya.Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan

diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam

250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam

berikutnya. Interpretasi hasil ujian Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa

semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk paras gula dalam

darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan

dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil

2 jam berikutnya.

Fasting plasma glucose (mmol/l) 2 hours post prandial


Normal < 5.1 < 7.8
GDM ≥ 5.1 ≥7.8
Interpretasi hasil ujian

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian OGTT ini tetapi

doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.

PATOFISIOLOGI GDM

2|Page
ETIOLOGI:

Semasa kehamilan terdapat penghasilan hormon iaitu Hormone Pertumbuhan(GH),

Human Placenta Lactogen (HPL), Cortisol, Estrogen dan Progesterone.

Kehadiran hormon-hormon tersebut meningkatkan insulin resistance

Glukos tidak dapat diangkut masuk ke dalam sel dan digunakan sebagai tenaga

Glukos berkumpul di dalam salur darah dan keadaan ini menyebabkan hiperglisemia

Abnormal toleransi glukos yang terjadi semasa kehamilan ini dikenali

Gestational Diabetes Mellitus

Kesan kepada fetus:

Glukos yang berlebihan ini akan memasuki placenta dan merangsang pancreas fetus

untuk menghasilkan lebih banyak insulin

Ia boleh menyebabkan komplikasi macrosomia baby, hypoglycemia, shoulder dystocia,

stillbirth dan placenta abruption

RIWAYAT PESAKIT

3|Page
(Termasuk aduan utama, sejarah penyakit kini, sejarah penyakit lalu, sejarah
keluarga, sejarah sosial dan sebagainya)

Aduan utama:
Pesakit telah di masukkan ke Wad Obstetric & Gynaecology 3B pada 24.12.2018 pada
jam 5.18 petang setelah dirujuk dari klinik kesihatan senawang untuk memulakan
suntikan insulin memandangkan bacaan Blood Sugar Profile (BSP) yang kurang baik.

Sejarah penyakit kini:


Pesakit telah didiagnoskan oleh doktor Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

Sejarah penyakit lalu:


Pesakit tidak mempunyai sejarah penyakit yang lain.

Sejarah keluarga
Ayah pesakit mempunyai sejarah penyakit diabetes mellitus dan ischemic heart
disease.

Sejarah sosial
-Pesakit sudah berkahwin dan mengandungkan anak pertama. (G1P0 @
32week+5days)
-Pesakit merupakan surirumah tangga.
-pesakit menggemari / mengidam makanan dan minuman yang manis seperti: aiskrim,
dan kek.

4|Page
PEMERIKSAAN
(Pemeriksaan Am dan Penemuan Fizikal)

1. Pemeriksaan Am

 Kulit pesakit bersih


 Warna kulit pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda pesakit mengalami
anaemia dan jaundis.

2. Pemeriksaan Fizikal

 Rambut dan kepala : Ada rambut biasa dan tidak mempunyai masalah
kelemumur.
 Muka : Tiada bengkak atau sembab di muka.
 Mata : Konjunktiva dan sclera pesakit berwarna merah. Tiada discaj. Tidak
pucat (anaemia). Sclera tidak kuning (Jaundice).
 Hidung : Bentuk normal dan tiada discaj.
 Mulut : Bibir kering. Tiada pendarahan pada gigi dan gusi. Tiada central
Cynosis pada lidah. Tiada kebengkakan pada kedua-dua tonsil. Tidak berbau
aseton.
 Telinga : Tiada discaj. Tidak menggu
 nakan bantuan pendengaran.
 Leher : Kalenjar tiroid normal. Lymph node tidak bengkak. Tiada sakit atau
kekejangan.
 Tangan : Tiada kemerahan (erythema) pada tapak tangan (Chronic Liver
Disease). Tiada peripheral cyanosis (kebiruan) pada hujung jari. Tiada
contracture. Tiada clubbing pada jari ( Chronic Lung and Liver Disease ).
 Kaki : Tiada edema.Tiada varicose vein. Tiada ulcer, corn, ingowing nails.

Pergerakan : Pesakit boleh bergerak dengan sendiri

5|Page
i. Pemeriksaan Sistem
a. Sistem respiratori
Inspection - Kadar Respirasi adalah 20/min

- Tiada hyperventilation

- Tiada Cheyne Stroke Breathing

- Tiada Kussmaul Breathing (DKA)

- Tiada wheezing, stridor

- Tiada kecacatan pada dada seperti pectus excavatum

- Tiada kecacatan pada spine seperti scoliosis dan Kyphosis

Palpation - Tiada tracheal deviation ( Lungs collapse )

- Tiada kawasan tender.

- Pergerakan dada semasa pernafasan adalah baik.

Percussion -Tiada Increase resonance dan decrease resonance


Auscultation - Normal breath sound.

b. Sistem Kardiovaskular
Inspection - Tiada clubbing pada jari tangan

- Tiada cyanosis ( pereferi dan sentral )

- Tiada parut pembedahan pada dada

Palpation - Radial pulse normal – 85 / min good volume

- Tiada tachycardia

- Tiada bradycardia

Auscultation - S1S2 No Murmurs

6|Page
c. Periferal vascular system
- Denyutan nadi di bahagian kaki adalah normal (popleteal, posterior tibial
dan dorsalis pedis)

- Tiada varicose vein

d. Abdomen
Inspection - Tiada tanda- tanda Chronic Liver Disease seperti Clubbing,

leuconychia, palma erythema, telangiactasis Spider

naevi,jaundice, gynacomastia dan Dupuytren Contracture..

- kulit terdapat striae gravidarum

Auscultation -‘Bowel sound’ adalah normal

e. Sistem Saraf Pusat


Inspection - Pesakit dalam keadaan sedar (concious)

PEMERIKSAAN ANTENATAL

WEIGHT 54.5 kg TENDERNESS Soft, non tender, no contraction and


palpable

HEIGHT 153 cm UTERUS 32 weeks size

BMI 23.2 kg/m NO. OF FETUS Singleton

LMP 7/5/2018 LIE Longitudinal

EDD 13/2/2019 PRESENTATION Cephalic

EFW 2.0 – 2.2 kg LIQUOR Adequate

7|Page
BAHAGIAN 5 : RINGKASAN PENEMUAN YANG PENTING DAN RELEVAN

(sama ada penemuan positif atau negatif)

BAHAGIAN DEPAN

No Jaundice

Tiada Jaundice
Tiada Facial Palsy
Mulut dan bibir pink dan lembap

Tiada Anaemia

Lungs: clear
CVS : DRNM

Bowel sound present


Abdomen : striae gravidarum Abdominal tidak distended,

soft and dullness

Genetalia: Vaginal candidiasis

Tiada Vericose Vein

Pedal oedema

8|Page
BAHAGIAN BELAKANG

Bahagian belakang
bersih
No Central Cyanosis
Dan normal

Muscle ,ton normal,


kekuatan normal

9|Page
PEMERIKSAAN DAN PENYIASATAN

6.1 Suhu Badan : 37 c 6.2 Kadar :Pernafasan :20/min


6.3 Kadar nadi : 100/min 6.4 B/P : 119/79 mmHg
6.5 Berat Badan : 54.5kg 6.6 Tinggi : 153cm

KEPUTUSAN DARAH

Jenis ujian Perkara Keputusan Bacaan


darah (mmol/L) Normal
(mmol/L)
Cholesterol 5.1 <5.2 - 6.2
Trilycerides 1.5 <1.7 – 5.7
Lipid Profile
HDL 1.0 <1.03 – 1.55
LDL 2.1 <2.6 – 4.9

WBC 3.4 4.0 – 11.0


Hb 11.6 13 – 18
FBC
PLT 300 140 – 400

FBS FBS 9.3 4.4 – 8.0


LDH 300 200 – 400
ALT 25 < 40
Cardiac
AST 23 < 40
Enzymes
Creatinie 180 25 – 200

A1c HbA1C 7.1 <6.5%

KEPUTUSAN UJIAN UFEME

UFEME Negative pH : 5.0


Nitrate : Negative
Protein : 1+
Glucose : +
Ketones : Negative
Blood haemo Neg

BLOOD SUGAR PROFILE (BSP)

10 | P a g e
20/12/2018: 6.8 mmol/l / 5.7 mmol/l / 5.2 mmol/l / 4.8 mmol/l

(Deranged)

BAHAGIAN 7 : DIAGNOSIS

7.1. Diagnosis : Gestational Diabetes Mellitus

: Insulin commencement for GDM with deranged BSP

Penyiasatan-penyiasatan yang hendak dilakukan serta rasionalnya.


(X-ray , makmal dan sebagainya)

Ujian yang di lakukan dan rasionalnya


Random Blood Sugar (RBS) Untuk menilai tahap glukosa dalam darah. Paras
glukosa random yang melebihi 8.0 mmol/l yang
menunjukkan pengawalan diabetes yang tidak
memuaskan.
Full Blood Count TRO (To Rule Out) jangkitan kuman. FBC amat
penting untuk menilai berlaku anaemia dan
(FBC)
penyakit berkaitan darah ( hematology ).

Paras WBC yang meningkat menunjukkan


berlakunya jangkitan kuman.
Blood Urea Serum Electrolite Untuk mengesan fungsi buah pinggang.
Peningkatan Urea menunjukan berlakunya
(BUSE)
kerosakan pada buah pinggang. (Renal
Impairement / Renal Failure / Diabetes
Nephropathy)

11 | P a g e
Urin FEME TRO jangkitan pada system genitourinary seperti
UTI kerana pesakit mendapat jangkitan di sekitar
kemaluan terutama pada pesakit wanita.

Mengesan paras gula dalam urine . Biasanya paras


glukos meningkat pada pesakit diabetes.

Menilai kehadiran albumin ( gross


macroalbuminurea ). Albumin dalam urine pada
pesakit diabetes menunjukkan berlaku komplikasi
iaitu nephropathy.

Rawatan dan jagaan kejururawatan

HOSPITAL TUANKU JAAFAR

24/12/2018 @ HARI PERTAMA

Pesakit telah di masukkan ke Wad Obstetric & Gynaecology 3B pada 24.12.2018 pada
jam 5.18 petang setelah dirujuk dari klinik kesihatan senawang untuk memulakan
suntikan insulin memandangkan bacaan Blood Sugar Profile (BSP) yang kurang baik.
Rawatan dan jagaan yang diberikan adalah :-
 Penerimaan pesakit dari Obstetric & Gynaecology Clinic dengan ditemani
oleh suami pesakit.
 Mendaftar pesakit di dalam Buku pendaftaran kemasukan wad 3B dan
melakukan pemeriksaan asas iaitu pengambilan tanda vital.

Suhu badan 37 ’C
Tekanan darah 124/ 80 mmHg
Kadar nadi 90/ minit
Kadar oksigen 100 %
Kadar pernafasan 20/ minit
RBS 8.5 mmol/L

12 | P a g e
Plan Perawatan:
-start s/c insulatard 6unit ON
-rujuk dietition dan farmasi di wad
-beri makanan khas untuk pesakit diabetic
-pantau sekiranya mempunyai tanda tanda hipoglisemia
-monitor Blood Sugar Profile QID di wad

NURSING CARE PLAN:

DIAGNOSA KEJURURAWATAN
Kurang pengetahuan berkaitan dengan penyakit dan komplikasi Gestational Diabetes
Mellitus (GDM)

MATLAMAT
Meningkatkan pengetahuan pesakit berkaitan dengan penyakit supaya komplikasi
kepada fetus dapat dielakkan.

INTERVENSI KEJURURAWATAN
1) Ases tahap pengetahuan pesakit dengan mengemukakan beberapa soalan tentang
GDM dan lihat reaksi pesakit terhadap soalan tersebut.
2) Terangkan kepada pesakit patofisiologi berkaitan dengan penyakit yang dialami
dengan cara yang mudah difahami.
3) Beritahu pesakit tentang faktor risiko yang boleh menyebabkan GDM.
4) Beri penekanan kepada pesakit komplikasi yang akan dialami kepada bayi sekiranya
paras gula tidak dikawal.
5) Beri pamphlet pendidikan kesihatan berkaitan dengan GDM supaya pesakit lebih
faham.
6) Galakkan pesakit untuk bertanya soalan sekiranya tidak faham.

PENILAIAN
Pesakit menyatakan beliau telah paham dan tiada soalan yang ingin diajukan.

13 | P a g e
25/12/2018 @HARI KEDUA
 Pesakit stabil dan tiada tanda hipoglisemia
 Tanda vital diambil

Suhu badan 37 ’C
Tekanan darah 106/65 mmHg
Kadar nadi 97/ minit
Kadar oksigen 99 %
Kadar pernafasan 20/ minit

 Pesakit mengambil sajian diabetik diet yang disediakan di wad.


 Pesakit telah dirujuk kepada farmasi. Teknik suntikan insulin telah diajar dan
pesakit faham.
 Ubatan di berikan mengikut arahan doktor.
INSULIN s/c insulatard 6 unit ON

 Blood sugar profile di periksa QID . Berikut adalah keputusan bacaan glucometer
yang diambil dan suntikan insulin yang telah diberikan
Masa Bacaan glukometer Dos insulin
(mmol/L)
Pre breakfast 6.5 mmol/L -
Post lunch 5.3 mmol/L -
Post dinner 5.4 mmol/L -
Pre bed 5.2 mmol/L -s/c insulatard 6 unit

NURSING CARE PLAN:

DIAGNOSA KEJURURAWATAN

Kurang pengetahuan berkaitan dengan penyimpanan insulin yang betul.

MATLAMAT

14 | P a g e
Pesakit dapat menyimpan insulin di tempat yang betul supaya insulin tidak rosak.

INTERVENSI KEJURURAWATAN

1) Beri penerangan kepada pesakit kepentingan menyimpan insulin di tempat yang


betul supaya keberkesanan insulin dapat dikekalkan.
2) Beritahu pesakit insulin yang telah digunakan boleh disimpan dalam suhu bilik dan
bertahan selama 30 hari.
3) Insulin yang baru perlu disimpan di bahagian tengah peti sejuk yang bersuhu 2-8°.
4) Elak insulin dari terdedah pada cahaya matahari dan haba yang panas kerana akan
menyebabkan keberkesanan insulin terjejas.
5) Sekiranya ingin bercuti, insulin perlulah disimpan di dalam bekas kalis haba dan
berisi pek ais supaya insulin tidak rosak.

PENILAIAN
Penilaian semula pesakit faham dan mampu mengulang kembali seperti yang diajar.

26/12/2018 @ KETIGA

 Pesakit dalam keadaan sedar dan tiada tanda hipoglisemia.


 Tanda vital diambil

Suhu badan 37.0’C


Tekanan darah 120/85 mmHg
Kadar nadi 60/ minit
Kadar oksigen 99 %
Kadar pernafasan 20/ minit

 Ubatan di berikan mengikut arahan doktor.


INSULIN s/c insulatard 6unit ON

 Pesakit mengambil Diabetik diet yang diberikan.


 Blood Sugar Profile di periksa QID . Berikut adalah keputusan bacaan
glucometer yang diambil.

15 | P a g e
Masa Bacaan glukometer (mmol/L) Dos insulin
Pre 5.0 mmol/L -
breakfast
Post lunch 4.6 mmol/L -
Post dinner 4.9 mmol/L -
Pre bed 4.8 mmol/L -s/c insulatard 6 unit

 Pesakit dibenarkan discaj dengan perawatan s/c insulatard 6 unit ON dan


temujanji 2 minggu di klinik kesihatan untuk bacaan BSP.

NURSING CARE PLAN:

DIAGNOSA KEJURURAWATAN

Potensi untuk hypoglisemia berkaitan penyakit yang dialami iaitu Gestational Diabetes
Mellitus dan penggunaan insulin.

MATLAMAT

Mengurangkan risiko pesakit dari mendapat hipoglisemia

INTERVENSI KEJURURAWATAN

1) Terangkan kepada pesakit tanda – tanda hipoglisemia seperti berpeluh, dan


pening supaya tindakan segera dapat diambil.

2) Beritahu pesakit kepentingan mengambil dos insulin yang betul mengikut arahan
doctor bagi memastikan bacaan paras glukos adalah normal dan mengelakkan
hipoglisemia berlaku.

3) Nasihatkan pesakit untuk tidak skip waktu makan, dan galakkan pesakit untuk
makan sedikit tapi kerap mengikut saranan 6 kali sehari bagi mengelakkan
hipoglisemia.

4) Nasihatkan pesakit untuk sentiasa bawa gula – gula atau air kotak di dalam beg
sebagai persediaan awal sekiranya pesakit mengalami simptom hipoglisemia

5) Nasihatkan pesakit untuk makan 30 minit selepas suntik insulin bagi


mengelakkan hipoglisemia

6) Nasihatkan pesakit untuk melakukan smbg sebelum makan, 2 jam selepas


makan dan jam 3 pagi bagi mengelakkan hipoglisemia pada waktu pagi.

16 | P a g e
PENILAIAN SEMULA

Pesakit faham akan tanda-tanda hipoglisemia dan tindakan awal yang perlu diambil
sekiranya ia berlaku. Tiada persoalan yang diajukan.

CADANGAN

 Nasihat pesakit sebelum discaj

Pemakanan
 Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu
yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet
yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan
secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan
terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap
hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam
darah. Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa
trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak
hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori
sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan
hingga proses kelahiran. Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk
mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:

 Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan


makanan berkanji)
 Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti
gandum tulen, dan lain-lain).
 Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging
berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
 Elakkan makanan yang bergoreng.
 Elakkan pengambilan makanan bergula atau gula ringkas.

17 | P a g e
 Kadar penukaran makanan jenis ini kepada glukos terlalu cepat kerana
gula ringkas mempunyai rantaian gula yang pendek dan cepat diserap
daripada usus ke dalam darah sehingga insulin tidak dapat berfungsi
dengan baik.
 Semua jenis gula – seperti gula pasir, gula perang, gula merah.
 Kuih-muih manis – seperti kek, coklat biskut manis.
 Susu pekat manis, cordial jus gula.
 Air tin, kotak, bergas, aiskrim.
 Mengurangkan pengambilan lemak. Hadkan pengambilan makanan yang
kaya dengan kolesterol dan asid lemak tepu seperti :-
 Organ dalaman haiwan
 Makanan laut seperti udang, kerang, sotong
 Kuning telur
 Mentega, keju, susu penuh krim
 Kulit atau lemak ayam, lemak daging
 Minyak kelapa dan santan (Pesakit di galakkan menggunakan minyak
soya, jagung, bunga matahari)

 Mengurangkan pengambilan
 Garam memasak (sodium kloride)
 Bahan perisa (MSG)
 Makanan yang dijeruk
 Makanan yang diproses.
Kepentingan kawal paras glukos dalam darah

a. Pengawalan paras glukos amatlah penting bagi menggelakkan komplikasi


kepada fetus.
b. Pesakit patut menguji sendiri paras glukos dalam darah. Setiap langkah
dalam ujian gula darah hendaklah dipatuhi dengan teliti untuk mendapatkan
keputusan yang tepat

18 | P a g e
c. Pesakit perlu mengubahsuai dos insulin di rumah bergantung kepada paras
glukos.

Kawal Glukos Darah

Secara amnya pesakit akan dapat mengawal glukos darah dengan mengamalkan
gaya hidup sihat di samping mengambil suntikan insulin seperti yang diarahkan
oleh doktor. Pendidikan kepada pesakit untuk mengawal paras glukos darah
meliputi:

 Pendidikan bagaimana aktiviti harian memberi kesan kepada paras glukos


darah
 Cara monitor sendiri glukos darah
 Pesakit juga di galakkan melakukan pemeriksaan sendiri di rumah
untuk
 memudahkan menyelaraskan pengambilan suntikan serta pengawasan
keadaan
 kecemasan Diabetes.Cth. Hypoglisemia, Hyperglisemia

 Diet dan perancangan makanan mengikut keperluan kalori

19 | P a g e
 Pengambilan ubatan Diabetik
 Cadangkan senaman dan aktiviti yang di syorkan bagi pesakit

 Pendidikan berkenaan potensi masalah Diabetik dan komplikasinya

20 | P a g e
 Perubahan di dalam pelan pemakanan pesakit perlu dibuat apabila tahap
glukos dalam darah tidak berada dalam lingkungan yang normal (4-7mmol/l)
 Kawalan glukos yang baik dalam darah boleh melambatkan komplikasi untuk
jangka masa panjang.
 Paras glukos dalam darah dapat dipantau dengan melakukan pemeriksaan
sendiri glukos dalam darah menggunakan glukometer.
 Kekerapan pengukuran glukos darah bergantung kepada paras glukos dalam
darah.
 Diabetes yang tidak terkawal memerlukan pemantauan yang lebih kerap.
 Rekod pemerhatian paras glukos dalam darah dalam buku BSP.
 Rekod pemantauan glukos darah boleh membantu anda untuk merancang
pengubahsuaian dos insulin dengan pengawasan Pegawai Perubatan.
 Sila bawa bersama buku rekod tersebut semasa lawatan susulan ke klinik
untuk ditunjukkan kepada Pegawai Perubatan.
 Bilakah pengukuran tahap glukos dalam darah perlu di buat :-
 Berpuasa
 Sebelum dan 2 jam selepas makan
 Apabila disyaki tahap gula dalam darah rendah atau tinggi
 Mengambil alkohol
 Semasa kurang sihat

21 | P a g e
22 | P a g e
Komplikasi mikrovaskular
a. Kerosakkan mata (Retinopathy)
- Pemeriksaan mata harus dibuat semasa pertama kali hadir ke klinik
untuk booking kehamilan dan selepas 28 minggu sekiranya normal.
Sekiranya tidak normal kes perlulah dirujuk kepada pakar oftamologi.
- Mereka yang berisiko untuk mendapat retinopathy adalah pesakit
yang mengidap penyakit diabetes dalam tempoh yang lama, pesakit
yang mempunyai paras glukos yang tidak terkawal, darah tinggi yang
tidak terkawal dan Diabetes semasa kehamilan.

23 | P a g e
Diabetes retinopathy terbahagi kepada dua
i. Non-proliferative diabetes retinopathy (NPDR)
 Juga digelar Back Ground Retinopathy iaitu retinopathy diabetes pada
peringkat awal di mana berlakunya kebocoran cecair atau sejumlah kecil
darah dan lemak daripada salur darah kecil yang rosak di retina.
Kebanyakan pesakir diabetes lambat-laun akan mendapat NPDR ringan
yang tidak menjejaskan penglihatan kecuali apabila ia melibatkan macula
(macula oedema atau macular ischemia).

ii. Proliferative diabetes retinopathy (PDR)


 Berlaku apabila salur darah kecil di permukaan retina atau saraf optic tumbuh
secara luar biasa (neovascularisation). Menyebabkan salur darah retina tertutup
secara menyeluruh dan bekalan darah kepada retina terjejas.
 Retina bertindak balas dengan penumbuhan salur darah baru untuk
menyalurkan bekalan darah tetapi salur darah tersebut adalah lemah dan tidak
matang menyebabkan ianya mudah pecah. Ini disusuli dengan pembentukan tisu
parut yang boleh membawa kepada komplikasi berikut:-
- Pendarahan vitrous
- Retinal detachment
- Glaukoma dan akhirnya menyebabkan kebutaan kekal.
- Lain-lain keadaan mata yang berkaitan dengan diabetes termasuklah :-
 Kabur sementara – gejala awal diabetes atau semasa paras
glukos tidak terkawal.
 Katarak – lensa mata yang kabur.
 Infeksi mata dan kelopak mata seperti radamg konjunktiva.

b. Kerosakan ginjal (Diabetes Nephropathy)


 Proses kerosakkan ginjal bermula pada nefron iaitu unit asas ginjal sejak
bermulanya penyakit diabetes.
 Paras glukos yang tidak terkawal untuk jangkamasa yang panjang
mengakibatkan kerosakan nefron.

24 | P a g e
 Keadaan ini menjadi semakin teruk oleh tekanan darah yang tidak terkawal.
 Nefron yang rosak membenarkan kebocoran sejenis protien halus iaitu
albumin ke dalam air kencing.
 Kehadiran albumin dalam air kencing di namakan mikroalbuminuria.
 Ia memberi petunjuk awal terhadap perubahan struktur ginjal dan pembuluh
darah pesakit diabetes yang menjurus kepada kegagalan ginjal dan penyakit
vascular yang lain.
 Tempoh Mikroalbuminuria berubah menjadi protinuria nyata (overt
nephropathy) berlangsung selama 5-10 tahun.
 Seterusnya pesakit secara beransur- ansur menuju kepada kegagalan ginjal
(End Stage Renal Disease) dan akhirnya terpaksa bergantung kepada
dialysis atau menjalani pemindahan buah pinggang.
 Penyakit ginjal pengidap diabetes berubah mengikut peringkat-peringkat
tertentu bergantung kepada peringkat mana ia pertama kali dikesan.

Peringkat 1:-
 Hiperfiltrasi
 Normoalbuminuria
 Kadar filtrasi glomerulus meningkat
 Paras creatinine normal

Peringkat 2 :-
 Fasa senyap (terdapat perubahan struktur semasa biopsy tetapi tiada
manifestasi klinikal)
 Normoalbuminuria

Peringkat 3 :-
 Makroalbuminuria
 Paras creatinine normal
 Tekanan darah meningkat

25 | P a g e
Peringkat 4 :-
 Protinuria positive secara dipstick
 Hipertensi
 Paras creatinine mungkin normal
 Peningkatan paras creatinine dengan perkembangan nephropathy

Peringkat 5 :-
 Kegagalan ginjal memerlukan dialysis atau pemindahan ginjal untuk hidup.

RAWATAN SUSULAN
 Pesakit telah diberitahu tentang kepentingan mengenai rawatan susulan.
 Pesakit haruslah datang ke klinik atau hospital mengikut temujanji yang diberi
supaya pemeriksaan rutin seperti pemeriksaan tekanan darah, paras glukos
dalam darah, berat badan dan lain-lain pemeriksaan sentiasa normal dan
mematuhi Glycemic Target.
 Seandainya terdapat gejala-gejala atau komplikasi seperti yang telah
diterangkan, datang ke klinik atau hospital dengan segera.

26 | P a g e
RUMUSAN

Ibu antenatal yang mempunyai GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami
komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan
kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan
Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar. GDM juga boleh mendatangkan masalah
kepada pesakit. Dalam kebanyakan kes, jika bayi besar, pesakit akan mengalami
kerumitan ketika melahirkan bayi dan mungkin perlu menjalani pembedahan
Caesarean. Mereka juga berisiko tinggi untuk mendapat pre eklampsia dan
membahayakan keadaan bayi dan pesakit semasa kehamilan. Mereka juga berisiko
untuk mendapat GDM pada kehamilan akan datang dan diabetes mellitus type 2 dalam
5 hingga 10 tahun selepas kehamilan. Walau bagaimanapun, ini boleh dicegah dengan
melakukan pengubahsuaian gaya hidup sahaja atau dengan penambahan ubat-ubatan
oral atau insulin.

27 | P a g e
RUJUKAN

American Association of Diabetes Education, AADE (2015). Guideline for the Practice of
Diabetes Education. Retrieved from www.diabeteseducator.org. Accesed on 3
Januari 2019,

Hussain, Z., Yusoff, Z. M., & Sulaiman, S. A. (2015). Evaluation of knowledge regarding
gestational diabetes mellitus and its association with glyceamic level. A Malaysian
Study Prim Care Diabetes, 9, 90-184. Retrieved from
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25132140. Accessed on 8 Januari 2019.

Ismail, M. (2012). Diabetes Semasa Hamil. Portal Myhealth Kementerian Kesihatan


Malaysia. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/diabetes-semasa-hamil/.
Accessed on 3 Januari 2019.

Ministry Of Health Malaysia. (2017). Clinical Practice Guidelines (CPG), Managment of


Diabetes in Pregnancy. Retrieved from http://www.moh.gov.my. Accessed on 15
Disember 2018.

28 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai