Anda di halaman 1dari 4

Laporan Kajian Kes : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Pendahuluan

Pada tanggal 9 Mei 2018 (Rabu), keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 telah
diumumkan. Suasana Malaysia pada ketika itu sungguh rancak sekali. Semua pihak tidak
kira golongan professional, netizen mahupun golongan awam tidak henti-henti cuba mengulas
dan menyatakan pendapat mereka masing-masing dalam segenap ruang yang ada
berkenaan keputusan ini. Ada yang bersorak gembira, ada yang bersedih ada juga yang risau
dengan keputusan PRU kali ini. Mana tidaknya, setelah 61 tahun Malaysia di bawah
pemerintahan Parti Barisan Nasional (BN), pada akhirnya bertukar pemerintahannya di bawah
Parti Pakatan Harapan. Suatu fenomena yang sangat mendebarkan rakyat Malaysia dan
pemimpinnya.

Susulan daripada pertukaran kerajaan ini, terdapat pelbagai perkara yang berlaku
sehinggalah hari ini. Seakan-akan semuanya tidak stabil dan rakyat mula membanding beza
antara kepimpinan terdahulu dengan kepimpinan yang terkini. Terdapat pelbagai isu-isu yang
menarik untuk dikupas susulan kemenangan Pakatan Harapan pada kali ini, contohnya ialah
isu International Convention on the Elimination of All Forms of Racial (ICERD) yang ingin
ditandatangani oleh kerajaan Malaysia. Walaupun keadaan keharmonian pelbagai kaum di
negara kita adalah terkawal dan tiada penindasan yang berlaku ke atas mana-mana etnik di
Malaysia, kerajaan di bawah PH merangka garis masa tersendiri untuk menandatangani
perjanjian ini. Hal ini secara jelas akan menjejaskan kedudukan bangsa Melayu yang menjadi
tuan di negara ini, kedudukan raja-raja Melayu dan seterusnya menjejaskan kedudukan Islam
itu sendiri. Oleh yang demikian, ramai pihak yang cuba menunjukkan rasa tidak puas hatinya
kepada usaha kerjaan ini melalui pelbagai media.

Dalam pada itu, kita dapat melihat bahawa terdapatnya golongan mahasiswa yang cakna dan
mengambil berat akan hal ehwal politik yang berlaku di negara kita ini. Malahan ada
antaranya cukup hebat dalam menganalisis setiap aspek berkaitan kepimpinan pentadbiran
negara Malaysia sejak dari dahulu hingga sekarang dan sehingga kini dengan gagah
beraninya tampil dalam khalayak ramai untuk menyatakan pendapat mereka masing-masing
dalam pelbagai media yang ada. Oleh yang demikian, dalam penulisan kali ini, penulis
berhasrat untuk melaporkan sebuah kajian kes berkenaan suatu pertubuhan yang diluluskan
oleh ROS iaitu Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) yang sangat sinonim
dengan alam politik di Malaysia.

Sejarah Penubuhan

GAMIS mula ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Yusof Abdullah. Ia bertujuan untuk mejadi salah sebuah
front untuk membawa isu-isu yang berlaku dalam kalangan mahasiswa dan rakyat bagi
menghadapi Pilihan Raya Umum ke-8 pada ketika itu. GAMIS sewaktu itu memperjuangkan
isu-isu kemiskinan bandar dan luar bandar, isu pendidikan tinggi, isu rampasan tanah dan
pelbagai lagi. Melalui GAMIS ini, ratusan mahasiswa Islam berjaya dikumpulkan dan dijadikan
sebuah platform Islamik untuk mendepani isu-isu nasional dan antarabangsa bagi membaw
suara mahasiswa Islam.

GAMIS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan bergerak atas dasar politik,
dakwah dan kebajikan masyarakat dan kini ia dipimpin oleh pemimpin tertingginya iaitu
Muhammad Faizuddin Mohd Zai. Saban tahun, pucuk kepimpinannya akan bertukar dari
semasa ke semasa dan perubuhan ini tidak henti-henti memperjuangkan hak dan kedudukan
Islam dalam pelbagai aspek di peringkat nasional. Walaupun pada awalnya, ia bermula dalam
ruang lingkup yang kecil iaitu Universiti Malaya, namun sehingga sekarang pertubuhan ini
sudahpun dianggotai oleh pelajar-pelajar daripada pelbagai kampus di seluruh negara.

Proses Penubuhan

Aktiviti yang dilakukan.

Terdapat pelbagai perkara yang dilakukan oleh Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia
sehingga hari ini. Secara khususnya kegiatan aktiviti mereka adalah berteraskan kepada tiga
perkara iaitu politk, dakwah dan kebajikan. Dari sudut politik, GAMIS sentiasa menyuarakan
pendapat mereka tentang fenomena politik yang berlaku di Malaysia. Sebagai contohnya dari
sudut rasuah yang berlaku dalam politik di Malaysia, GAMIS tidak akan teragak-agak untuk
membuat suatu kenyataan di media sosial berkenaan kes ini. Hal ini bertujuan untuk
menzahirkan kepada pihak kerajaan bahawa mahasiswa di negara ini sememangnya tidak
menyenangi akan isu-isu rasuah yang berlaku dalam politik negara kita ini sama ada di pihak
kerajaan mahupun pembangkang.

Dalam pada itu, GAMIS juga turut menyuarakan pendapatnya berkenaan pemalsuan sijil
akademik yang berlaku dalam kalangan pemimpin Malaysia Baharu ini. Mereka
mempersoalkan intergriti tahap rendah dalam kalangan pemimpin kita pada kali ini yang
sanggup memalsukan sijil akademiknya demi semata-mata ingin menjadi pemimpin di negara
ini. Memetik hujah dalam laman web rasmi mereka, ada menyatakan bahawa, GAMIS
memandang serius akan keraguan kelayakan akademik yang didedahkan ini. Mereka juga
mendesak agar siasatan secara terperinci dilakukan segera bagi memastikan jawapan
kepada isu ini diselesaikan dengan segera. Hal ini kerana, sekiranya benar perkara ini
berlaku, maka hukuman boleh dijatuhkan kepada individu pemimpin tersebut kerana
kesalahan ini ada dihuraikan dalam Akta 574 Kanun Keseksaan iaitu yang berkaitan dengan
pemalsuan sebarang dokumen. Mereka juga menegaskan bahawa tindakan pemalsuan sijil
akademik ini merupakan sesuatu yang tidak boleh ditolerasi lagi.

Dalam pada itu, GAMIS juga turut terlibat aktif dalam agenda dakwahnya yang tersendiri. Hal
ini boleh dilihat dari sudut aktiviti yang dilakukan. GAMIS turut menjalankan aktiviti street
dakwah, mana mereka turun ke medan masyarakat untuk menyebarkan pelbagai elemen
yang berkaitan keagamaan seperti akidah, ibadah dan bagaimana penjagaan roh sesorang
kaum muslimin yang perlu diamalkan.

Selain aktiviti dakwah yang diamalkan, GAMIS juga turut menyatakan suara mereka sekiranya
ada tangan-tangan yang cuba mewujudkan sebarang isu yang berkaitan bangsa mahupun
agama. Hal ini merujuk kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Contohnya yang berlaku
baru-baru ini ialah berkaitan dengan ICERD sendiri. Mereka merupakan antara pihak yang
turun padang menyuarakan pendapat mereka berkaitan kes ini. Hal ini kerana, ICERD secara
langsung akan menjejaskan kedudukan raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama di negara
ini, kedudukan bangsa Melayu itu sendiri dan seterusnya menggugat kedudukan Islam.
Mereka dilihat sangat sensitif dalam isu ini dan tidak akan teragak-agak dalam menyuarakan
pandangan dan bantahan berkenaan isu tersebut.
Dalam pada itu, GAMIS juga turut menyuarakan bantahan dan sensitiviti berkenaan isu mata
penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW baru-baru ini. Hal ini kerana, perbuatan tersebut
sudah tentu akan menyebabkan hubungan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia ini
menjadi tegang dan mengganggu keharmonian masyarakat di negara bertuah ini. Tambahan
pula, individu yang melakukan penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW dalam akaun
Facebooknya itu, dibebaskan dengan jaminan polis walaupun mencapai 30 laporan polis
dibuat berkenaan isu ini.

Cara persatuan tersebut menjana sumber pendapatan

Berbeza dengan persatuan lain, GAMIS memperoleh sumber pendapatan ataupun kewangan
melalui pelbagai cara. Contohnya melalui perniagaan ataupun apa-apa jualan yang mungkin
boleh dilakukan oleh mereka. Hal ini telahpun sedikit sebanyak menyumbangkan dana
kewangan kepada organisasi mereka. Disamping ekonomi, GAMIS juga memanfaatkan
yuran yang dikutip daripada ahli-ahlinya tersebut. Hal ini sememangnya sedikit sebanyak
telahpun membantu mereka untuk memastikan gerak kerja yang perlu dibuat tercapai dengan
jayanya. Akhir sekali ialah melalui sumbangan alumni ataupun ‘murobbi’ kepada GAMIS itu
sendiri. Hal ini sememangnya telahpun sdikit sebanyak memastikan keberlangsungan
sebarang program yang telah dirancangnya dan berjaya melaksanakannya dengan baik.

Isu-isu dalaman yang dihadapi oleh persatuan

Perbandingan dengan persatuan lain

Analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, Threat)

Anda mungkin juga menyukai