Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan proses penting yang dilalui oleh


kanak-kanak sepanjang tumbesaran mereka. Dua aspek penting yang mempengaruhi
pertumbuhan kanak-kanak adalah amaln pemakanan dan tingkah laku kanak-kanak.
Amalan pemakan yang baik dan tingkah laku yang normal bukan sahaja memberi
impak positif kepada fizikal kanak-kanak, malahan perkembangan kanak-kanak
secara keseluruhan. Menurut Berk (2005), kanak-kanak yang mengalami tumbesaran
dan perkembangan sempurna didapati lebih sihat, yakin dan gembira.

Amalan pemakan merujuk kepada respon kanak-kanak dalam bentuk


penerimaan atau penolakan terhadap makanan (Wardle, Guthrie, Sanderson &
Rapoport, 2001). Scaglioni, Salvioni dan Galimberti (2008) menyatakan bahawa
amalan pemakan kanak-kanak bermula daripad peringkat bayi lagi di mana mereka
menunjukkan kecendurungan terhadap rasa tertentu seperti rasa manis dan masin.

Pengaruh faktor persekitaran boleh dilihat melalui aktiviti yang melibatkan


konteks sosial penting dalam pembentukan amalan pemakan dan tingkah laku kanak-
kanak. Bagi kanak-kanak pendidikan khas, aktiviti makan perlu dibantu oleh individu
yang lebih dewasa khususnya ibu. Menurut Jaffe dan Worobey (2006) serta Costa,
Del Pino dan Friedman (2011), ibu merupakan individu paling hampir dan penting
dalam kehidupan kanak-kanak serta bertanggungjawab dalam aspek pemakanan
mereka. Ludrosky (2005) menekankan bahawa perhubungan antara ibu dan anak
memberi kesan signifikan kepada pembentukan personaliti, sikap dan tingkah laku
anak termasuk yang berkaitan dengan pemakanan.

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menentukan perkaitan antara amalan


pemakan mempengaruhi tingkah laku murid pendidikan khas.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Amalan pemakan dan perkembangan tingkah laku semasa peringkat awal


adalah penting dan kritikal. Hal ini kerana kedua-dua aspek ini mempunyai
kesinambungan sehingga mereka dewasa. Situasi ini dikaitkan dengan tingkah laku
makan kanak-kanak seperti sukar makan, lebih memilih dan cerewet (Savage, Fisher
& Birch, 2007). Menurut Birch dan Fisher (1998), kanak-kanak lebih cenderung

1
mengambil makanan kegemaran yang tinggi gula dan lemak. Kebanyakan kajian
mengenai pemakanan kanak-kanak pendidikan khas menunjukakan mereka lebih
tertarik kepada makanan tidak berkhasiat seperti gula-gula, ais krim, burger dan
kentang goring (Dubois, Farmer, Girard & Peterson. 2007).

Hal ini membimbangkan dan menjadi fokus kajian memandangkan amalan


pemakanan murid pendidikan khas memberi kesan kepada tingkah laku mereka ketika
proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga mengganggu perkembangan kognitif
dan fizikal mereka seperti sukar menumpukan perhatian dan mudah penat kerana
kekurangan tenaga. Manakalan kanak-kanak pendidikan khas yang berlebihan
pemakananya lebih berisiko mendapat diabetes, obes, sakit jantung dan kanser
(WHO, 2011)

Berdasarkan pernyataan masalah di atas, kajian ini cuba menjawab persoalan-


persoalan berikut:

i. Apakah amalan pemakan kanak-kanak pendidikan khas mempengaruhi


tingkah laku mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran
ii. Adakah terdapat perkaitan antara pengetahuan pemakanan dengan tingkah
laku kanak-kanak pendidikan khas.

Kajian ini menghipotesis bahawa amalan pemakan harian akan menunjukan tingkah
laku kanak-kanak yang positif dan mempraktikkan amalan pemakanan yang lebih
seimbang.

1.3 TUJUAN

Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan di


antara amalan pemakan dan tingkah laku murid pendidikan khas. Selain itu, di antara
objektif kajian dalam kajian ini adalah:

i. Memperolehi data mengenai amalan pemakanan murid pendidikan khas


dengan tahap tingkah laku mereka ketika sesi pengajaran berlangsung.
ii. Mengenal pasti amalan pemakanan di sekolah bersesuaian atau tidak dengan
murid pendidikan khas

2
1.4 OBJEKTIF

Objektif Umum

Objektif kajian ini untuk mengenalpasti corak amalan pemakanan dikalangan


murid pendidikan khas mempengaruhi tingkah laku ketika proses pengajaran
berlangsung.

Objektif Khusus

i. Mengenal pasti amalan pemakanan di kalangan murid pendidikan khas


ii. Mengenal pasti tahap pengetahuan murid pendidikan khas terhadap makanan
yang berkhasiat
iii. Untuk mengetahui hubungan tingkah laku ketika proses pengajaran
berdasarkan amalan pemakanan murid pendidikan khas

1.5 SOALAN KAJIAN

Pengkaji merumuskan beberapa persoalan yang perlu dikaji berkenaan


keberkesanan amalan pemakanan yang seimbang terhadap pembentukan tingkah
laku yang positif. Di antara persoalan utama yang akan dikaji adalah seperti berikut:

i. Apakah bentuk amalan pemakanan yang mempengaruhi tingkah laku murid


pendidikan khas?
ii. Apakah kesan-kesan pemakan terhadap tingkah laku murid pendidikan khas?
iii. Adakah kesan-kesan dari pengaruh tingkah laku di sekolah, bersesuaian
dengan amalan pemakanan mereka atau sebaliknya?

1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini memberi tumpuan kepada amalan pemakanan dalam mempengaruhi


tingkah laku murid pendidikan khas ketika proses pengajaran di dalam kelas. Kajian
ini dijalankan hanya ke atas murid-murid pendidikan khas. Responden dipilih terdiri
daripada murid lelaki dan perempuan tanpa mengira kaum.

3
1.7 HIPOTESIS KAJIAN

Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap tingkah laku murid
pendidikan khas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku berdasarkan
amalan pemakanan mereka

Ho 2: tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina pelajar terhadap


pengetahuan terhadap makanan berkhasiat.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini berkepentingan untuk meningkatkan tahap amalan pemakanan yang


berkhasiat dan pengetahuan mereka terhadap makanan yang berkhasiat. Murid
pendidikan khas sepatutnya tahu menilai apa yang harus dimakan untuk keperluan
tubuh mereka. Memberi pengetahuan kepada murid pendidikan khas tentang amalan
pemakanan yang baik. Selain itu, kajian ini juga memberi kesedaran kepada murid
pendidikan khas tentang pentingnya pengetahuan mengenai amalan pemakanan
yang baik.

Seterusnya, menyedarkan tenaga pengajar dan sekolah, tentang pentingnya


mereka dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tentang makanan-
makanan yang berkhasiat serta amalan-amalan permakanan yang sihat yang perlu
diamalkan oleh pelajar. Hal ini kerana, amalan pemakanan yang seimbang membantu
murid pendidikan khas lebih fokus dalam pengajaran dan pembelajaran serta mampu
mengawal tingkah laku mereka.

1.9 DEFINISI OPERASIONAL

Amalan Pemakanan

Konsepsual : Respon kanak-kanak dalam bentuk tingkah laku terhadap makanan,


sama ada menerima atau menolak sesuatu makanan (Strien & Bazeliar, 2007)

Operasional : Skor komponen tingkah laku makan berdasarkan soal-selidik


Children’s Eating Behaviour Questionnaire (CEBQ) oleh Wardle et al. (2001). Dua
komponen terlibat, iaitu tingkah laku amalan pemakanan merujuk kepada perlakuan
kanan-kanak. Tingkah laku penolakan makanan merujuk kepada perlakuan mengelak
atau tidak sukakan makanan oleh kanak-kanak.

4
2.0 TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Alam kanak-kanak ialah tempoh yang paling mencabar dalam perkembangan


manusia. Disebabkan banyaknya perubahan fizikal dan fisiologi yang berlaku,
beberapa isu penting timbul yang mempengaruhi imbangan pemakanan kanak-kanak.
golongan kanak-kanak mempunyai keperluan pemakanan yang lebih dalam pelbagai
bidang. Peringkat kanak-kanak adalah peringkat di mana aktiviti-aktiviti jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial, berada pada taraf yang tertinggi dan disertai oleh
kesedaran tentang perubahan tubuh badan berlaku. Kanak-kanak khas amat
memerlukan amalan pemakanan yang seimbang untuk memastikan tingkah laku
mereka dalam keadaan stabil.

Menurut Zuraini Mat Issa (2006), kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan


berat badan hampir separuh daripada berat badan orang dewasa. Manakala bagi
ketinggian pula, mereka mengalami lebih kurang 20 peratus pertambahan ketinggian
berbanding orang dewasa. Saiz organ-organ mereka juga membesar dua kali ganda
daripada saiz asal. Apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan mencapai peringkat
ini, keperluan tenaga dan zat-zat makanan mereka meningkat dengan cepat. kanak-
kanak lelaki memerlukan 2600 hingga 2580 kalori sehari manakala kanak-kanak
perempuan memerlukan 2100 hingga 2350 kalori tenaga sehari (Aishah Hamzah
2003). kanak-kanak pada peringkat membesar ini, banyak menghabiskan masa
mereka di luar rumah seperti mengerjakan aktiviti sekolah, kerja rumah serta aktiviti
sosial. Oleh itu, mereka memerlukan keperluan kalori yang berlebihan untuk menjaga
keadaan jasmani mereka.

2.2 TEORI DAN MODEL KAJIAN

a) Teori Tingkah Laku


Mengikut pendekatan teori tingkahlaku, setiap rangsangan menimbulkan
tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan
gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan
mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam
pembelajaran asas perkakasan komputer minat murid terhadap tajuk adalah
disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan murid
memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan

5
kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya
adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif.

Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan, iaitu murid akan terus


memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran
adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan
pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya
oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang
digunakan. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan,
tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan
pengetahuan. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa murid akan
mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan
kepadanya. Sebagai contoh, apabila seseorang murid diberikan ganjaran selepas
menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali
rangsangan yang serupa ditemui.

Menurut (Hartley & Davies, 1978) beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang
banyak diterapkan di dunia pendidikan meliputia)

i. Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila murid ikut dengan aktif
didalamnya
ii. Bahan muridan disusun dalam urutan yang logik supaya murid dapat dengan
mudah memmuridinya dan dapat memberikan respon tertentu
iii. Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya murid
dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar
iv. Setiap kali murid memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi
penguatan.

Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkahlaku pelaziman yang yang dikemukakan
oleh Pavlov boleh diaplikasikan, antaranya:

i. Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugasan pembelajaran.


Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan dikalangan murid untuk
memberikan kesan yang lebih terhadap murid disamping menghilangkan
perasaan takut murid sekiranya akviti dijalankan secara individu.

6
ii. Murid boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan antara rangsangan dan
tindakbalas. Ini bermakna tingkahlaku murid boleh dilazimkan untuk gerak
balas yang dingini oleh guru.
iii. Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan.
Murid yang menerima peneguhan positif seperti ‘bagus’ , ‘anda berjaya’
,‘jawapan anda betul’ akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang
terbaik berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian
iv. Pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan mengadakan perbincangan
projek danaktiviti kumpulan di kalangan murid.
v. Motivasi boleh membangkitkan tingkahlaku positif dengan memberikan
ganjaran yangsesuai. Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang
baik, kata-kata perangsang dan sebagainya ketikan murid berjaya memberikan
respon kepada jawapan yang disediakan. Motivasi juga boleh dipertingkatkan
dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan murid

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU

Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli
akademik dan sarjana mengenai tingkah laku kanak-kanak pendidikan khas dalam
pelbagai aspek mengikut pendekatan yang mereka gunakan. Di antara buku dan
kajian tersebut adalah:

i. Lee Lay Wah, Silvianne Bonadei, Lynne Yong, Melissa Chua (2006).
Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
buku ini menerangkan cara-cara untuk menguruskan tingkah laku kanak-
kanak bekeperluan khas. Buku ini juga membantu guru-guru pendidikan
khas mengawal tingkah laku murid bekeperluan khas ketika proses
pengajaran dan pembelajaran.

ii. Jamila K. A. Mohamed (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak


istimewa
Penulis buku ini cuba menjelaskan hak yang perlu diberikan kepada kanak-
kanak istimewa dan mencadangkan beberapa cara untuk menanganinya.
Buku ini juga menekankan bahawa pendidikan perlu diberikan kepada
semua orang termasuk kanak-kanak khas ini.

7
Selain itu, terdapat juga kajian ilmiah yang telah dijalankan, di antaranya Siti
Farhana Binti Md. Yasin (2013), “Perkaitan Antara Pengetahuan Pemakanan, Sikap
Terhadap Berat Badan, Dan Amalan Pemberian Makanan Dengan Tingkah Laku
Makan Dan Berat Badan Anak Prasekolah Di Gombak, Malaysia”. Dalam kajian ini,
pengkaji menekankan aspek pertumbuhan kanak-kanak berdasarkan tingkah laku
makan dan berat badan. Selain itu, terdapat juga kajian lain seperti, Noorsyarzielah
Binti Saleh (2013), “Kesedaran Terhadap Amalan Pemakanan Seimbang
Dalamkalangan Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka: Satu Tinjauan”.

Setelah diteliti melalui kajian-kajian yang lalu, pengkaji mendapati kebanyakan


penulisan memberi tumpuan secara menyeluruh. Walaupun begitu, dalam kajian ini,
pengkaji hanya menggunakan pendekatan yang khusus dan hanya membicarakan
sebahagian daripada aspek pemakanan yang bersesuaian dengan keperluan kajian.

2.4 FOKUS KAJIAN

Memandangkan amalan pemakan merupakan satu perkara yang luas, sudah


tentu pelbagai aspek yang boleh diteliti. Namun demikian, kajian ini hanya terbatas
kepada beberapa perkara sahaja seperti berikut:

i. Kajian ini hanya mengenai pengaruh makanan kepada murid pendidikan khas
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah.
ii. Kajian mengenai keberkesanan amalan pemakanan yang betul terhadap
pembentukan tingkah laku murid pendidikan khas.
iii. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Ianya mewakili
dari murid pendidikan khas sekolah rendah.

8
3.0 METODOLOGI

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian korelasi yang menggunakan pendekatan


kuantitatif. Kajian korelasi bertujuan untuk mengkaji perhubungan atau perkaitan
antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain (Creswell, 2008). Selain
daripada itu, kajian korelasi berupaya mengenalpasti arah dan kekuatan yang wujud
dari perkaitan antara pembolehubah.

3.2 PESERTA DAN LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di sekolah yang mempunyai aliran atau kelas pendidikan
khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah ini dipilih bagi
memastikan latar belakang kanak-kanak dalam kajian ini adalah sama atau
homogeny. Berdasarkan jumlah kanak-kanak pendidikan khas yang tertinggi di
semenanjung Malaysia (Sector Data Pendidikan, KPM, 2011). Negeri Kelantan terpilih
sebagai lokasi kajian. Negeri Kelantan mempunyai beberapa daerah yang sesuai
dijalankan kajian. Melalui kaedah ini, daerah Kota Bharu telah terpilih sebagai lokasi
kajian.

3.3 INSTRUMENT KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang diberikan
kepada responden. Menurut Mohd. Najib (1999), soal selidik merupakan alat ukur
yang biasa digunakan dalam kaedah penyelidikan untuk mendapatkan maklumat
yang tepat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya.

Soal selidik lebih praktikal dan berkesan serta dapat mencapai tujuan kajian
dengan perbelanjaan yang sederhana.

Soal selidik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

Bahagian A

Bahagian A mengandungi 4 pernyataan berkaitan dengan latar belakang


pelajar iaitu jantina, tempat tinggal, pendapatan ibu bapa dan sumber kewangan.

9
Bahagian B

Bahagian B terdiri daripada persoalan kajian yang akan menilai amalan


pemakanan iaitu kekerapan pengambilan makanan oleh kanak-kanak. Pemarkatan
dalam persoalan 1 bagi item 8 sehingga 21 adalah menggunakan skala
pemeringkatan 5 pilihan iaitu dengan meletakkan markah ‘5’ kepada tiap-tiap hari,
markah ‘4’ kepada 4 hingga 6 kali seminggu, markah ‘3’ kepada 1 hingga 3 kali
seminggu, markah ‘2’ kepada sekali sekala dan markah ‘1’ kepada tidak pernah.

Selain itu terdapat juga 3 item iaitu item 22, 23 dan 24 yang menilai kekerapan
pelajar meninggalkan sajian dalam seminggu. Pemarkatan dalam item-item ini adalah
juga menggunakan skala pemeringkatan 5 pilihan iaitu dengan meletakkan markah ‘1’
kepada tidak pernah, markah ‘2’ kepada sekali sekala, markah ‘3’ kepada 1 hingga 3
kali seminggu, markah ‘2’ kepada 2 hingga 6 kali seminggu dan markah ‘5’ kepada
tiap-tiap hari.

Manakala dalam persoalan 3 untuk item 25 menggunakan skala


pemeringkatan 5 pilihan iaitu dengan meletakkan markah ’5’ kepada lebih atau empat
kali sehari, markah ’4’ bagi tiga kali sehari, markah ’3’ bagi dua kali sehari, markah ’2’
bagi sekali sehari dan markah ’1’ untuk sekali sekala.

Bahagian C

Bahagian C adalah soalan-soalan yang akan menilai pengetahuan asas


pelajar-pelajar terhadap makanan berkhasiat. Pelajar diberi tiga pilihan jawapan.
Pelajar perlu memilih jawapan yang sesuai dengan pengetahuan asas pemakanan
pelajar dengan tiga jawapan.

10
3.4 KERANGKA KONSEPETUAL KAJIAN

Murid pendidikan
khas mengalami
masalah • Sebab (pemboleh
mengawal ubah tidak tersandar)
tingkah laku

Respons murid
mengenai
amalan
pemakanan yang
betul

Implikasi murid
untuk mengawal
tingkah laku • Akibat (pemboleh
melalui amalan ubah bersandar)
pemakanan yang
betul

Rajah 1.0 Konsep Rangka Kerja Mengenai Amalan Pemakan Murid Pendidikan Khas
Mempengaruhi Tingkah Laku

3.5 PROSEDURE PENGUMPULAN DATA

Bentuk kaedah penyelidikan dalam kajian ini iaitu penyelidikan kuantitatif.


Penyelidikan kuantitatif adalah data yang diperolehi dalam bentuk angka atau
bilangan dan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu.
Penganalisisan data kuantitatif selalunya dilakukan dengan menggunakan kaedah
statistik. Data-data yang diperolehi di kemukakan dalam bentuk carta dan jadual.
Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan kuantitatif adalah terdiri daripada
borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden-responden yang telah
dipilih.

Dalam usaha mengumpul data yang diperlukan, pengkaji menggabungkan


beberapa metode dengan melakukan dua bentuk penyelidikan utama iaitu Kajian
Perpustakaan (Library Research) dan Kajian Lapangan (Field Research)

11
a) KAJIAN PERPUSTAKAAN
Penyelidikan perpustakaan merupakan satu teknik yang digunakan oleh
seseorang penyelidik bagi mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas
dokumen dan rekod. Ia hampir sama dengan metode dokumentasi. Ia merujuk kepada
proses pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap
dokumen-dokumen yang ada hubungannya dengan masalah-masalah yang diteliti.
Dengan ini metode dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan
studi terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang di teliti.

Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data-data dengan merujuk kepada


dokumen-dokumen yang diperolehi. Setelah itu dibaca, diteliti, dianalisis seterusnya
dirumuskan dan membuat kesimpulan kepada persoalan yang berkaitan dengan
masalah yang dikaji. Metode dokumentasi ini banyak terdapat di dalam bab pertama,
bab kedua, rumusan dan kesimpulan. Penggunaan metode ini memberi fungsi yang
penting bagi menyiapkan disertasi ini.

Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data-data dengan merujuk kepada


dokumen-dokumen yang diperolehi. Setelah itu dibaca, diteliti, dianalisis seterusnya
dirumuskan dan membuat kesimpulan kepada persoalan yang berkaitan dengan
masalah yang dikaji. Metode dokumentasi ini banyak terdapat di dalam bab pertama,
bab kedua, rumusan dan kesimpulan. Penggunaan metode ini memberi fungsi yang
penting bagi menyiapkan disertasi ini.

b) KAJIAN LAPANGAN (FIELD RESEARCH)


Dalam penyelidikan ini, kajian lapangan banyak digunakan bagi melengkapi
data perpustakaan selain membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat-
maklumat yang baru. Ini adalah kerana tidak semua maklumat boleh didapati di
perpustakaan. Dalam konteks ini, apa yang dihadapi adalah area penghayatan dan
pengamalan yang dipanggil pendekatan empirikal.

Sehubungan dengan itu, pengkaji mengunjungi tempat kajian untuk membuat


pengamatan secara langsung dengan lebih jelas mengenai objek penelitian. Ia
bertujuan membuat penyelidikan secara langsung dengan mendatangi responden
atau objek yang menjadi sasaran untuk dikaji serta dibuat perumusan dan kesimpulan
yang diperlukan. Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji memulakan proses kajian
lapangan dengan beberapa prosedur, di antaranya:

12
i. Memohon kebenaran secara lisan dari Guru Besar untuk menjalankan kajian
ini.
ii. Mendapat bantuan dari Penolong Kanan Pendidikan Khas bagi memperolehi
bilangan murid pendidikan khas.
iii. Pengkaji juga memohon kebenaran dan bantuan guru-guru kelas untuk
mengedar borang soal selidik.
Setelah semua permohonan kebenaran diperolehi, pengkaji akan melantik
seorang guru sebagai pembantu untuk mengedarkan borang soal selidik kepada
sampel serta memberi penerangan ringkas mengenai tujuan soal selidik dijalankan.
Pengkaji juga memilih masa yang sesuai. Selepas itu responden diminta
mengembalikan soal selidik kepada guru yang telah dilantik oleh pengkaji dan
diserahkan kepada pengkaji untuk proses analisis.

3.6 PROSEDURE PENGANALISAAN DATA

Perkataan analisis bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu


persoalan. Metode analisis data pula ialah satu cara yang berhasil bagi menyimpul
persoalan-persoalan yang diajukan dalam penelitian. Dalam erti kata yang lain,
setelah data-data dan maklumat ini dianalisis dan diterjemahkan atau dihuraikan
mengikut fahaman pengkaji sebelum membuat kesimpulan.

Dalam menganalisis data, pengkaji secara umumnya menggunakan metode


analisis deskriptif kuantitatif (menilai mutu dan kesahihan). Penggunaan metode ini
dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:

i. Metode Induktif
Perkataan induktif berasal daripada bahasa Latin inducere bermaksud
membawa atau menuju kepada. Pemikiran induktif biasanya menuju daripada
penyataan khusus kepada penyataan umum. Manakala metode induktif pula ialah
pola berfikir yang mencari pembuktian dari hal-hal yang bersifat khusus untuk sampai
kepada dalil yang umum. Oleh itu penggunaan metode ini adalah bagi menghuraikan
data-data yang bersifat khusus kepada kesimpulan yang bersifat umum.

ii. Metode Deduktif


Perkataan deduktif juga berasal daripada bahasa Latin, iaitu deducere yang
membawa erti membawa atau menuju daripada. Perbahasan deduktif biasanya
menuju daripada penyataan umum kepada pernyataan khusus. Metode deduktif

13
bermaksud cara menganalisis data dan melakukan penulisan yang berdasarkan
kepada pola berfikir mencari pembuktian dengan berpandukan kepada dalil yang
umum terhadap hal-hal yang khusus.

iii. Metode Komparatif


Metode komparatif ialah cara membuat kesimpulan dengan melakukan
perbandingan terhadap beberapa data yang diperolehi. Menerusi metode ini, pengkaji
membuat kesimpulan dengan membandingkan data-data yang diperolehi bagi
mendapatkan maklumat yang berkualiti dan tepat.

iv. Metode SPSS


Metode SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) diaplikasi dalam
menganalisis borang soal-selidik yang telah dikembalikan. Setelah data diperolehi dan
diproses dengan menggunakan “Kaedah SPSS” untuk menunjukkan perolehan data.
Kaedah ini adalah satu program komputer yang disusun khas untuk menganalisis data
daripada metode soal-selidik. Dengan kaedah SPSS ini seseorang penyelidik boleh
membuat perkiraan mengenai purata (min), sisihan piawai, varians dan lain-lain bagi
sesuatu pembolehubah.

Apabila data melalui metode soal-selidik telah dikumpulkan dan dikey-in dalam
borang yang disediakan dalam program SPSS, ia akan dianalisis dan dikemukakan
dalam bentuk statistik deskriptif. Menurut Alias Baba, statistik deskriptif digunakan
untuk memperihalkan keadaan data yang terdapat pada sampel kajian. Ianya ialah
proses mengumpul data, membuat rumusan dan menyampaikan rumusan dan bentuk
yang senang difahami oleh kumpulan sasaran. Selain itu, statistik deskriptif bertujuan
memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi
atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat.

Oleh itu statistik deskriptif adalah memperihal keadaan data yang terdapat
pada sampel bermula dari proses pengumpulan sehingga kepada rumusan dengan
cara sistematik dan tepat. Segala data yang diperolehi daripada temubual tidak
berstruktur juga dianalisis secara kualitatif bagi menyokong dan dapat menguatkan
lagi kajian ini.

14

Anda mungkin juga menyukai