Anda di halaman 1dari 13

Tajuk

Ekosistem Tanah: Biota tanah dan jaringan makanan


Tujuan
Untuk mengenalpasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui dalam dua jenis tanah yang
berbeza.
Hipotesis
Tanah gambut memiliki kepelbagaian makrofauna yang lebih tinggi berbanding tanah kebun.
Pemboleh ubah
(i) Dimanipulasi: Jenis tanah
(ii) Bergerak balas: Bilangan dan jenis makrofauna
(iii) Dimalarkan: Isipadu tanah
Bahan dan Radas
Plastik, sarung tangan, sekop tanah, tanah kebun, tanah gambut, kanta pembesar, forsep,
bikar 50ml, bikar 150ml, corong Tulgren, kain maslin, kaki Retort, neraca tiga palang, kasa
dawai, spatula, mikroskop, mentol, penitis, etanol, kertas turas, piring petri, slaid dan penutup
slaid.
Pengenalan
Ekosistem terdiri daripada komponen biotik dan abiotik yang saling berinteraksi antara
satu sama lain membentuk keseimbangan dinamik (Beckett, 1986). Lebih khusus lagi,
ekosistem terdiri daripada tumbuhan pengeluar, haiwan sebagai pengguna dan faktor-faktor
abiotik yang saling bergantung antara satu dengan yang lain untuk menjana, menyimpan, dan
mengalirkan tenaga, nutrien dan air. Interaksi setiap organisma dalam sesebuah ekosistem
ini memastikan kestabilan ekosistem sentiasa terjaga. Tanah merupakan satu contoh
ekosistem yang mudah untuk dikaji. Melalui kajian tanah, kita dapat mengenalpasti
makrofauna-makrofauna yang terlibat secara langsung dalam pemindahan tenaga dan nutrien
menerusi aras trofik sehingga diserap kembali oleh tumbuhan pengeluar setelah melalui
proses penguraian oleh organisma pengurai (Solomon, Berg, & Martin, 2004). Melalui
penyiasatan ini juga, kita dapat mengenalpasti kepelbagaian biologi yang terkandung dalam
habitat-habitat yang berbeza dengan mengkaji dua sampel tanah yang diperoleh daripada
lokasi yang berbeza.
Makrofauna merupakan organisma yang mempercepatkan kadar pereputan bahan
organik (Solomon, Berg, & Martin, 2004). Organisma-organisma jenis ini memecahkan bahan-
bahan seperti tisu haiwan dan tumbuhan menjadi lebih kecil dan membantu mencampuraduk
bahan organik dengan tanah bagi membantu penyerapan nutrien daripada bahan organik
tersebut oleh tumbuhan.

1
Susunan radas

Mentol

Kaki retort

Corong Tulgren

Piring petri berisi etanol

Foto 1 – Susunan radas untuk mengkaji tanah kebun (kiri) dan tanah gambut (kanan)

Prosedur

1. Satu sampel tanah di bawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas (A Horizon-
melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza dikumpul.
2. Sampel-sampel tanah dimasukkan ke dalam beg plastik, dimaterikan, dan dilabelkan
dengan nama pengkaji dan lokasi kutipan.
3. Jenis-jenis tanaman dan ciri-ciri seperti tahap naungan, kelembapan, pH tanah,
kemampatan tanah, warna tanah dan tekstur tanah direkodkan ke dalam jadual untuk
membandingkan habitat tanah daripada dua lokasi yang dipilih (Jadual 1).
4. Kemudian, di makmal, sampel tanah dan litupan daun daripada lokasi yang sama
dicampurkan.
5. Kedua-dua sampel tanah ditimbang sebanyak 400g dan diperiksa menggunakan
kanta pembesar untuk mengeluarkan dan menghitung makrofauna yang hadir
sebelum dimasukkan ke dalam corong Tulgren secara berasingan dan dibiarkan
selama dua hari.
6. Selepas dua hari, air dialirkan melalui corong Tulgren dan dikumpulkan ke dalam piring
petri berisi alkohol.
7. Sampel daripada piring petri diambil dan diletakkan ke dalam slaid dan diperiksa di
bawah mikroskop.
8. Semua organisma dan makrofauna yang dijumpai dikenalpasti, dikelaskan, dan
dihitung mengikut kumpulan (Jadual 2(i), 2(ii)).
9. Rantaian dan jaringan makanan untuk kedua-dua habitat dibina (Gambar rajah 1,
Gambar rajah 2).

2
Keputusan

Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 – Tanah kebun Lokasi 2 – Tanah gambut


Jenis tanaman Ubi keledek Kelapa sawit
Tahap naungan Rendah Tinggi
Kelembapan/ Kekeringan Sederhana lembap Sangat lembap
Tanah
pH tanah 5 7
Kemampatan tanah Kemampatan tinggi Kemampatan rendah
Tekstur tanah Kasar dan melekit Lembut dan melekit
Warna tanah Kelabu keperangan Hitam
Jadual 1

Makrofauna terbesar Bilangan individu


Tanah kebun (400g) Tanah gambut (400g)
3 19

Cacing tanah (Lumbricina


sp.)
1 0

Semut hitam (Formicidae


sp.)
1 0

Kumbang kura-kura atau


‘ladybird’ (Coccinellidae sp.)

3
0 1

Kumbang badak atau


‘Rhinoceros’ (Dynastes
Hercules)
1 0

Labah-labah (Araneae sp.)


Jadual 2(i)

Foto 2 – Perbandingan antara saiz dan bilangan cacing dalam tanah kebun (kiri) dan tanah
gambut (kanan)

4
Makrofauna terkecil Bilangan individu
Tanah kebun (400g) Tanah gambut (400g)
1 3

Semut kecil
1 1

Kutu tanah (Aphaniptera sp.)


0 1

Ulat / larva
Jadual 2(ii)

5
Berikut merupakan gambar rajah siratan makanan yang terdapat dalam habitat tanah kebun.

Gambar rajah 1

Berikut merupakan gambar rajah siratan makanan yang terdapat dalam habitat tanah gambut.

Gambar rajah 2

6
Perbincangan

Habitat berbeza menampung ekosistem dan kepelbagaian makrofauna yang berbeza.


Melalui penyiasatan ini, dapat diperhatikan bahawa kandungan makrofauna di tanah kebun
dan tanah gambut mempunyai kepelbagaian yang tersendiri. Menurut Gobat, Aragno, &
Matthey (2004), tanah dengan pH neutral, memiliki tahap naungan tinggi, dan ditumbuhi
pelbagai jenis tumbuhan pengeluar cenderung kaya dengan kepelbagaian biologi.
Walaubagaimanapun, daripada penyiasatan ini, didapati bahawa tanah kebun mempunyai
enam jenis makrofauna manakala tanah gambut mempunyai lima jenis makrofauna sahaja
(rujuk Jadual 3). Oleh itu, kepelbagaian biologi di tanah kebun lebih tinggi berbanding tanah
gambut. Hal ini kemungkinan disebabkan oleh kepelbagaian jenis tumbuhan yang banyak
terdapat di tanah kebun berbanding tanah gambut yang hanya ditumbuhi oleh kelapa sawit.
Selain itu, pemasangan radas yang tidak kedap juga boleh menjadi faktor yang membolehkan
makrofauna-makrofauna di tanah gambut yang bersaiz terlalu kecil keluar daripada corong
Tulgren melalui kasa dawai.

Lokasi Tanah Kebun Tanah Gambut


Makrofauna  Cacing tanah (Lumbricina sp.)  Cacing tanah (Lumbricina
terbesar  Semut hitam (Formicidae sp.) sp.)
 Kumbang kura-kura atau  Kumbang badak atau
‘ladybird’ (Coccinellidae sp.) ‘Rhinoceros’ (Dynastes
 Labah-labah (Araneae sp.) Hercules)
Makrofauna  Semut kecil  Semut kecil
terkecil  Kutu tanah (Aphaniptera)  Kutu tanah (Aphaniptera
sp.)
 Ulat / larva
Jadual 3

Parameter-parameter yang digunakan untuk menjelaskan perbezaan kandungan biota


kedua-dua sampel tanah yang dikaji adalah ciri-ciri makrofauna yang terdapat dalam sampel
tersebut. Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah saiz makrofauna dan bilangan makrofauna.
Daripada kedua-dua sampel tanah yang diambil, makrofauna yang memiliki perbezaan yang
ketara adalah cacing tanah.

Parameter cacing tanah Tanah Kebun Tanah Gambut


Saiz Besar dan panjang Halus dan pendek
Bilangan 3 19
Jadual 4

Melalui perbandingan tersebut, dapat disimpulkan bahawa tanah kebun menyediakan


nutrien yang mencukupi untuk menampung tumbesaran cacing tanah. Hal ini kemungkinan
disebabkan oleh kawasan litupan tanah yang kaya dengan luruhan daun-daun dan buah-

7
buahan daripada tumbuhan seperti ubi keledek yang telah reput dan menjadi sumber utama
pemakanan cacing tanah. Bilangan cacing di tanah kebun pula sedikit kerana kawasan tanah
kebun ditumbuhi oleh tanaman-tanaman yang ditanam secara berselerak dan berjarak tidak
terlalu jauh antara satu dengan yang lain. Oleh itu, cacing tanah di dalam habitat tersebut
tidak mengalami persaingan kerana memperoleh nutrien yang mencukupi di seluruh kawasan
tanah. Dalam habitat tanah gambut yang ditumbuhi kelapa sawit pula, bilangan cacing amat
banyak tetapi bersaiz kecil dan halus. Hal ini kemungkinan disebabkan oleh kaedah
penanaman pokok kelapa sawit yang berjarak jauh antara satu sama lain dan dibatasi oleh
tanah yang lapang dan sentiasa dibersihkan. Oleh itu, hanya bahagian bawah pokok kelapa
sawit sahaja yang sesuai untuk menampung keperluan hidup cacing tanah. Maka, cacing
tanah yang membiak di kawasan yang terhad ini mengalami persaingan dari segi nutrien dan
ruang. Hal ini menyebabkan cacing tanah di kawasan tanah gambut hidup dalam bilangan
yang banyak tetapi bersaiz kecil dan pendek.

Makrofauna dalam kedua-dua habitat ini memainkan peranan masing-masing. Pada


asasnya, pengeluar iaitu tumbuh-tumbuhan seperti ubi keledek dan kelapa sawit merupakan
makanan kepada makrofauna herbivor seperti kutu tanah dan kumbang Rhinoceros.
Seterusnya, makrofauna nematoda seperti cacing tanah pula berperanan sebagai pengurai
kepada bahan organik seperti luruhan dedaun dan bangkai organisma lain. Makrofauna
pengurai ini amat penting bagi meneruskan kitar nutrien yang seterusnya dapat diserap dan
digunakan oleh tumbuhan pengeluar. Selain itu, sisa buangan cacing tanah yang berbentuk
‘casting’ juga membantu menggembur tanah bagi memudahkan pertumbuhan akar-akar
tumbuhan dan pergerakan makrofauna lain dalam tanah. Makrofauna lain seperti kumbang
kura-kura atau ‘ladybird’ pula berperanan sebagai pemangsa kepada makrofauna kecil yang
memakan tumbuhan pengeluar seperti kutu dan aphid. Kumbang kura-kura berperanan
penting dalam memastikan bilangan serangga perosak dalam sesuatu habitat terkawal untuk
mengelakkan kepupusan spesies flora.

Kewujudan kepelbagaian makrofauna juga penting untuk membolehkan pengaliran


tenaga berlaku di sepanjang rantai makanan dalam suatu ekosistem. Daripada penyiasatan
ini, rantai makanan yang dibina menunjukkan aliran tenaga bermula daripada fotoautotrof iaitu
pengeluar yang menyerap tenaga cahaya matahari dan menukarkannya kepada bentuk
tenaga adenosina trifosfat (ATP) yang boleh diserap oleh pengguna yang seterusnya dalam
bentuk tenaga kimia. Pertama sekali, tenaga ini dipindahkan ke pengguna primer. Pengguna
primer selalunya adalah makrofauna herbivor yang mendapatkan tenaga melalui pemakanan
tumbuh-tumbuhan pengeluar. Kemudian, aliran tenaga diteruskan lagi sehingga tenaga
dipindahkan kepada pengguna tertier iaitu pemangsa apeks seperti haiwan omnivor atau
karnivor di mana aliran tenaga ini berakhir. Setiap kali perpindahan tenaga daripada satu aras

8
trofik ke aras trofik yang seterusnya, sebanyak 90% tenaga akan hilang (Solomon, Berg, &
Martin, 2004). Sebagai contoh, pengguna primer memperoleh 10% tenaga daripada
pengeluar, manakala pengguna sekunder menerima hanya 1% tenaga dan diikuti dengan
pengguna tertier yang menerima 0.1% tenaga. Oleh itu, organisma yang menduduki aras trofik
paling tinggi menerima jumlah tenaga yang paling sedikit.

Dalam sesebuah habitat yang dinamik, faktor-faktor biota dan abiota amat memberi
kesan terhadap ekosistem dan rantai makanan dalam sesuatu habitat sehingga boleh
menyebabkan organisma pada puncak rantai makanan (pemangsa apeks) mati. Sekiranya
perkara ini terjadi, kesan yang boleh berlaku adalah bilangan individu pengguna sekunder
akan bertambah secara dan menyebabkan piramid rantai makanan menjadi songsang seperti
yang ditunjukkan dalam Gambar rajah 4 di bawah (keluasan trapezium mewakili bilangan
individu bagi setiap kategori).

Gambar rajah 3

Walaubagaimanapun, menurut Gobat, Aragno, & Matthey (2004) keadaan di mana bilangan
pengguna adalah lebih besar berbanding pengeluar bukanlah suatu ekosistem yang normal.
Disebabkan oleh sifat dinamik ekosistem, habitat akan berubah sekali lagi untuk kembali
normal.

Disebabkan oleh kekurangan pengeluar sebagai sumber makanan kepada pengguna


primer, bilangan pengguna primer akan berkurang diikuti dengan bilangan pengguna
sekunder (Gambar rajah 5).

9
Gambar rajah 4

Lama-kelamaan, hal ini memberi peluang kepada pengeluar untuk membiak dan
bertambah banyak semula. Pertambahan semula spesies pengeluar akan menyediakan
sumber makanan mencukupi untuk menampung pertambahan bilangan pengguna primer
serta sekunder. Pertambahan bilangan pengguna sekunder ini pula akan menarik pemangsa
baru untuk memasuki habitat ini disebabkan oleh sumber makanan yang mencukupi.
Akhirnya, piramid rantaian makanan kembali kepada struktur yang normal (Gambar rajah 6).

Gambar rajah 5

10
Masalah yang dihadapi dan jalan penyelesaian

Sepanjang menjalankan penyiasatan ini, kami mendapati bahawa bilangan


makrofauna selain daripada cacing adalah amat sedikit. Pada hari kedua, kami tidak
memperoleh sebarang makrofauna daripada penggunaan corong Tulgren. Hal ini
berkemungkinan disebabkan oleh lubang pada kain maslin yang dipasangkan pada dasar
corong memiliki lubang yang terlalu halus untuk membenarkan makrofauna untuk
menembusinya. Selain itu, kami juga mendapati bahawa permukaan tanah dalam corong
Tulgren tidak menerima tenaga haba yang mencukupi daripada mentol untuk menggalakkan
makrofauna bergerak menuruni corong.

Bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut, kami mengeluarkan kain maslin


daripada corong Tulgren dan mengurangkan jarak antara mentol dan permukaan tanah pada
corong Tulgren. Pada hari yang seterusnya, kami berjaya memperoleh beberapa spesies
makrofauna seperti labah-labah, kutu tanah, dan semut. Seterusnya, saya menggunakan
kaedah pengapungan untuk memisahkan makrofauna daripada mendakan tanah. Melalui
kaedah ini, saya dapat mengenalpasti kehadiran beberapa anggota badan makrofauna
terutamanya serangga seperti kumbang Rhinoceros dan semut hitam. Walaubagaimanapun,
secara keseluruhannya, kehadiran makrofauna yang kami temui amat sedikit dan tidak dapat
mewakili kepadatan populasi spesies tersebut dalam habitat yang sebenar. Oleh itu, kami
mengambil keputusan untuk memilih cacing tanah sebagai makrofauna utama untuk dikaji
ekoran daripada bilangan dan perbezaan saiz yang dapat dibandingbezakan dengan sangat
ketara pada kedua-dua sampel tanah.

Kesimpulan

Tanah kebun memiliki kepelbagaian makrofauna yang lebih banyak berbanding tanah
gambut. Walaubagaimanapun, bilangan makrofauna di tanah gambut mengatasi bilangan
makrofauna yang terdapat dalam tanah kebun. Hal ini dipengaruhi oleh kepelbagaian
tanaman, tahap naungan, kelembapan tanah, pH tanah, kemampatan tanah, dan tekstur
tanah. Makrofauna berbeza memerlukan keadaan hidup yang berbeza untuk meneruskan
kemandirian spesies dalam sesuatu habitat. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
keseimbangan sesuatu ekosistem dipengaruhi oleh interaksi komponen biotik dan abiotik
dalam ekosistem itu sendiri.

11
Rujukan

Beckett, B. S. (1986). Biology: A modern introduction. New York, NY: Oxford University Press,
USA.

Gobat, J., Aragno, M., & Matthey, W. (2004). The living soil: Fundamentals of soil science and
soil biology. Science publishers.

Solomon, E. P., Berg, L., & Martin, D. W. (2004). Biology. Boston, MA: Cengage Learning

Lampiran

Foto 3 – Radas makmal

Foto 4 – Tanah gambut (kiri) dan tanah kebun (kanan)

12
Foto 5 – Proses mencampuraduk tanah dan menimbang tanah

Foto 6 – Proses mengasingkan makrofauna terbesar daripada sampel tanah

Foto 7 – Proses pemasangan corong Tulgren

Foto 8 – Proses mengisi sampel tanah ke dalam corong Tulgren dan pemasangan mentol

13

Anda mungkin juga menyukai