Anda di halaman 1dari 13

Pengenalan

Menurut Tjasyono, Klimatologi berasal dari bahasa Yunani iaitu Klima membawa maksud

tempat, zon, wilayah atau sebagai planet bumi yang berhubungan dengan lintang tempat atau

kemiringan khayal dari bumi dan Logos pula membawa maksud ilmu atau mempelajari. Secara

ringkas, Klimatologi dapat ditakrifkan sebagai ilmu yang membahas mengenai sifat iklim di

suatu tempat, baik iklim di Indonesia mahu pun diseluruh dunia dan hubungannya dengan

akitiviti manusia. Klimatologi juga merupakan cabang dari ilmu atmosfera.

Menurut Ngai Weng Chan, Cuaca merupakan satu pengkajian tentang pola-pola

fenomena cuaca seperti angin, awan, salji, kabus dan ribut pasir. Selain itu, fenomena

bencana alam yang jarang berlaku seperti puting beliung, ribut taufan dan ribut ais.

Umumnya, fenomena cuaca ini berlaku di lapisan troposfera dalam permukaan atmosfera.

Cuaca merupakan satu siri kejadian fenomena alam yang berlaku dalam jangka masa yang

pendek iaitu tidak lebih daripada beberapa hari. Kajian tentang cuaca menunjukkan bahawa

fenomena cuaca berubah dalam ruang atmosfera dengan kerap mengikut masa dan tempat.

Antara elemen utama yang berkaitan dengan kajian tentang cuaca ialah suhu udara, tekanan

udara, kelembapan, awan, pemendakan, jarak penglihatan dan angin.

Konsep iklim merujuk kepada pemanasan global dan merupakan perubahan dalam

jangka masa yang panjang yang merujuk kepada perubahan purata keadaan iklim iaitu

perubahan suhu, kelembapan, angin, dan musim dalam jangka masa yang panjang. Terdapat

beberapa faktor yang dimana telah menyebabkan berlakunya perubahan iklim dan cuaca di

dunia. Antaranya ialah faktor kegiatan manusia.

Musim adalah salah satu pembahagian utama tahun, biasanya berdasarkan bentuk

iklim yang luas. Dalam satu tahun selalunya terbagi menjadi empat musim, iaitu musim bunga,

musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Berbeza di Negara seperti Indonesia, yang mana

mereka hanya mempunyai dua musim, iaitu musim hujan dan kemarau. Hal ini kerana letak

1
geografi Indonesia berada tepat di bagian equator bumi atau tepat di bagian tengah bumi.

Musim juga berubah disebabkan posisi Bumi terhadap matahari. Hal itu disebabkan

kecondongan pada poros bumi

Di negara-negara yang berada di Garisan Khatulistiwa seperti Malaysia, Singapura,

Indonesia, Maldives, Brazil dan negara-negara seangkatannya hanya mengalami dua musim

iaitu musim panas dan musim hujan. Ia sangat berbeza dengan negara-negara di Benua

Eropah, Amerika Utara dan Australia termasuk New Zealand yang mengalami perubahan

empat musim utama iaitu musim panas, musim sejuk, musim bunga dan musim luruh. Jika

dilihat secara ringkasnya, bumi dibahagikan kepada lima garisan utama. Garisan tersebut

ialah Garisan Artik, Garisan Antartik, Garisan Sartan, Garisan Jadi dan Garisan Khatulistiwa.

Garisan Artik dan Sartan terletak di bahagian Hemisfera Utara, manakala Garisan Antartik dan

Garisan Jadi berada di Hemisfera Selatan. Garisan Khatulistiwa pula berada di tengah-tengah

membahagikan planet bumi kepada dua bahagian antara Hemisfera Utara dan Selatan.

Empat Musim di Dunia

Dengan merujuk musim-musim di dunia, ada menerangkan kejadian empat musim di Dunia.

Yang mana musim berlainan di dunia ini dapat mempengaruhi berbagai aktiviti manusia,

sebagai contoh pada Musim Panas. Disebut “Summer” dalam bahasa Inggeris. Musim panas

diperlihatkan sebagai suhu harian yang tinggi dan berpanjangan waktu siangnya pada tahap

yang berbeza-beza. Beberapa buah Negara yang dimana kanak-kanak akan bercuti ketika

musim ini kerana musim ini adalah musim yang jarang berlaku di beberapa Negara seperti

England, Australia, dan beberapa Negara lain. Musim panas juga adalah musim yang

kebanyakkan tumbuhan menghasilkan buah dan sayuran. Disamping itu, dibelahan utara

terjadi antara bulan Mei hingga Julai manakala di selatan antara November hingga Januari.

Musim yang mempengaruhi berbagai aktiviti manusia ini dapat dilihat melalui musim panas

yang lembab di Negara Sri Lanka.

2
Musim sejuk juga mempunyai pengaruh kepada aktiviti manusia. Musim sejuk juga

disebut sebagai “Winter” dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, musim sejuk merupakan salah

satu musim dalam zon iklim sederhana. Disamping itu, musim sejuk juga adalah musim yang

paling singkat waktu siangnya dan suhu paling rendah. Musim sejuk lebih jelas kelihatan di

latitude atau altitud lebih tinggi kerana salji dan ais terbentuk ketika musim ini. Purata suhu

terendah kebanyakannya terjadi pada bulan Januari di Hemisfera Utara manakala di Hemisfera

Selatan pula pada bulan Julai. Jika dilihat secara astronominya, musim sejuk bermula pada

musim sejuk dan berakhir pada ekuinoks musim bunga manakala secara meterologi musim

sejuk bermula dan tamat lebih awal dari tarikh tersebut.

Begitu juga dengan musim Bunga yang dimana mempunyai pengaruh kepada kegiatan

manusia. Musim bunga dinyatakan sebagai ‘Spring” dalam bahasa inggeris dan juga salah

satu musim dari zon sederhana serta merupakan musim peralihan dari musim sejuk ke musim

panas. Dalam waktu musim bunga paksi bumi mereng sedikit ke arah matahari dan

peningkatan garis latitud menyebabkan panjang waktu siang lebih cepat. Salji mula mencair

ketika musim ini, sungai dan jeram juga dipenuhi dengan aliran air dan hujan serta

kebanyakan pokok mula berbunga walaupun masih ada salji. Musim Bunga bermula di Vernal

Ekuinoks iaitu 20 Mac atau 21 Mac di Hemisfera Utara dan 22 September 22 atau 23

September di Hemisfera Selatan dan bertahan sehinggalah Musim Panas pada 21 atau 22 Jun

di Hemisfera Utara manakala 21 atau 22 Disember di Hemisfera Selatan.

Yang keempat ialah Musim Luruh. Musim Luruh juga disebut “autumn” dalam bahasa

Inggeris dan merupakan musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk serta salah satu

daripada empat musim yang dimana zon iklim sederhana. Waktu siang ketika musim ini lebih

singkat dan agak bercuaca dingin. Ketika musim ini juga kebanyakkan daun bergugur,

tumbuhan dituai dan peningkatan kerpasan dibeberapa bahagian Dunia. Secara astronomi,

bermula dengan ekuinoks sekitar 23 September di belahan Utara dan 21 Mac di belahan

Selatan dan berakhir pada solstis musim dingin sekitar 21 Disember di belahan Utara dan 21

3
Jun di belahan Selatan. Manakala secara meteorolgi, bulan Mac, April, dan Mei di belahan

selatan dan bulan September, Oktober dab November di belahan Utara.

Musim Yang Mempengaruhi Aktiviti Manusia.

Musim Panas

Pengaruh aktiviti mereka dalam di kawasan ini sangat luas terutama daripada aktiviti

pertanian. Hal ini disebabkan kerana Sri Lanka selatan terletak di antara 6°-8 °U mengalami

iklim khatulistiwa. Suhu tahunannya lebih tinggi dan hujannya lebat lebih daripada 1900 mm

sepanjang tahun dan sesuai untuk penanaman sawah padi. Aktiviti manusia di Sri Lanka ini

mempengaruhi mereka untuk bercucuk tanam seperti menanam pokok kelapa dipinggir laut,

getah, teh, kelapa dan tembakau. Manakala getah dikawasan kaki bukit beralun begitu juga

dengan teh ditanam dikawasan yang tanah tinggi (sejuk dan lembap). Kawasan barat daya

sri lanka terletak di Zon Basah dan menjadi kwasan pertanian utama.

Gambar 1 : Ekonomi Pertanian. Sumber dari


http://petaniberdasi23.blogspot.com/2017/04/laporan-pengantar-ekonomi-pertanian.html .
Diakses pada 12 November 2018

Selain itu, musim panas juga mempengaruhi aktiviti manusia seperti melakukan

pekerjaan seharian mereka. Kerja harian meliputi berkerja, beriadah, mencuci dan lain-lain

yang mereka kerjakan seharian. Sebagai contoh di Malaysia, apabila datangnya musim panas

mereka akan melakukan aktiviti harian seperti mencuci, menjemur dan lain-lain. Hal ini juga

sangat penting kepada manusia kerana kerja seperti itu adalah perkerjaan yang dimana

4
mereka sering lakukan kerana memerlukan tenaga cahaya matahari untuk mengeringkan

pakaian mereka. Semasa cuaca Panas kebanyakan daripada kita tidak menyedari akan peri

pentingnya untuk mengekalkan kelembapan badan terutama sekali jika mengamalkan gaya

hidup aktif.(Utusan Musim panas ini sangat baik untuk melakukan kerja harian mereka dan

tidak akan tertunda. Disamping itu, mereka bebas mengenakan pakaian yang nipis dan tidak

perlu memakai pakaian yang tebal-tebal seperti di Negara yang selalu mengalami musim

sejuk. Mereka hanya menggunakan pakaian yang sesuai dan tidak menjadi beban kepada

mereka.

Bukan itu sahaja, musim panas juga mempengaruhi kegiatan manusia dari segi

perikanan. Perikanan sesuai dijalankan pada musim panas kerana kehidupan Plankton di

laut sangat subur dan sesuai untuk para nelayan ke laut untuk mengaut hasil. Perikanan

merupakan satu aktiviti yang sangat penting dijalankan sejak dari awal lagi, hal ini disebabkan

kerana manusia sangat memerlukan tenaga Protein untuk dimakan dan bukan setakat itu

perikanan juga sangat wajib untuk menjalankan aktivti jual beli. Disini dapat kita lihat di

Negara Malaysia, yang dimana para nelayan di Negara Malaysia sangat ramai terutama di

Sabah. Hal ini kerana kawasan disitu berdekatan laut yang menjadi sumber pencarian mereka.

Selain menangkap ikan mereka juga melakukan aktiviti seperti menjemur makanan basah

sehingga menjadi ikan kering dan ikan bilis. Hal ini kerana, cuaca yang begitu baik untuk

menjemur dan untuk turun ke laut tidak berombak serta memudahkan kerja mereka.

5
Gambar 2 :Sara hidup nelayan. Sumber dari https://selangorkini.my/2018/05/elaun-

sara-hidup-nelayan-diteruskan/ Diakses pada 12 November 2018.

Di musim panas juga mempunyai banyak aktiviti yang boleh dijalankan, seperti

kegiatan Pelancongan. Pelancongan meliputi banyak aktiviti, seperti untuk berjemur, mandi-

manda dan lain-lain. Seperti di Negara luar iaitu Amsterdam, Amerika Syarikat, Korea, Jepun

dan yang lain-lain, yang dimana apabila berlaku musim sejuk di Negara mereka, secara tidak

langsung mereka akan melancong ke Negara yang mempunyai musim panas seperti di

Malaysia. Sebagai contoh, Pada musim dingin di Amerika Syarikat, penduduk mereka akan

lebih gemar untuk pergi ke tempat yang menerima pancaran matahari, contohnya mereka

bercuti di Florida untuk menikmati matahari terbenam di Pantai Miami yang terletak

berhampiran dengan kawasan Tropika. Selain itu, Negara dari benua amerika juga sekiranya

berlaku musim dingin di Negara mereka, mereka akan datang ke Negara yang menerima

musim panas untuk melakukan aktiviti berjemur di pantai, mandi manda, menyelam dan lain-

lain.

6
Musim Sejuk

Antara pengaruh musim sejuk yang mempengaruhi kegiatan manusia ini ialah Aktiviti

Pembalakan. Seperti mana yang kita ketahui, aktiviti pembalakan sering dijalankan untuk

menjadikan tempat itu sebagai kawasan perumahan baru dan ingin membersihkan kawasan

agar Nampak luas. Musim sejuk juga sesuai dijalankan pembalakan, Pembalakan yang mereka

jalankan ini di musim sejuk kerana getah pokok menjadi beku dan pokok lebih mudah ditebang

dan keadaan tanah yang beku dan licin memudahkan balak diheret ke sungai. Sebagai contoh

musim sejuk di Perisai Kanada yang memudahkan aktiviti pembalakan dijalankan kerana

permukaan yang bersalji dapat memudahkan membawa kayu balak dari hutan ke kawasan

sungai. Semasa mereka melakukan pembalakan itu, mereka tidak perlu risau untuk

mengangkut kayu balak itu ke lori, malahan mereka akan membawa kayu balak itu

berhampiran dengan sungai atau diletakkan ditepi sungai. Seterusnya apabila berlaku musim

panas, fros akan cair dan akan menyebabkan kayu balak yang telah dibiarkan berdekatan

sungai itu akan ditolak ke dalam sungai untuk dihanyutkan ke kilang yang juga berada di

kawasan pinggir sungai. Manakala Pembalakan juga merupakan aktiviti yang sangat penting

di bahagian utara Siberia kerana diliputi hutan conifer yang luas. Jenis-jenis pokok kayu

lembut yang terdapat dalam hutan conifer seperti Larch, pain, fir dan cedar Siberia..

Seterusnya apabila berlaku musim panas, fros akan cair dan akan menyebabkan kayu balak

yang telah dibiarkan berdekatan sungai itu akan ditolak ke dalam sungai untuk dihanyutkan

ke kilang yang juga berada di kawasan pinggir sungai.

7
Gambar 3 : Projek rumah kayu untuk kehidupan sepanjang tahun. Sumber dari

http://www.31416.info/2018/01/projek-rumah-kayu-untuk-kehidupan-sepanjang-tahun/.

Diakses pada 12 November 2018.

Musim sejuk juga bukanlah satu musim yang menjadi penghalang kepada kegiatan

manusia, hal ini kerana di setiap Negara yang mengalami musim sejuk mereka juga

mempunyai kegiatan tersendiri yang sesuai untuk menjalankan aktiviti. Selain aktiviti

Pembalakan, terdapat aktiviti lain yang mereka jalankan, antaranya ialah aktiviti

Pelancongan. Dapat kita melihat melalui Negara Korea yang dimana mereka mengalami

musim Sejuk yang sangat sejuk dan kering. Bulan Januari adalah waktu paling sejuk dan suhu

turun hingga -10°C dan disebabkan banyak salji yang turun di kawasan pergunungan, ada

beberapa penduduk yang sukar untuk melakukan aktiviti harian. Akan tetapi, musim sejuk di

Korea ini juga merupakan salah satu tarikan pelancong di Negara lain, hal ini kerana di korea

bijak mengatur apabila berlaku musim sejuk, dengan cara menyediakan tempat untuk para

pelancong menjalankan aktiviti yang menarik seperti bermain Ski, Gelongsor Salji dan

Snowboard. Tempat utama apabila berlaku musim sejuk ini, ramai pelancong yang akan pergi

ke daerah Gangwon kerana di situ mempunyai salji tebal. Di sana terdapat pelbagai festival

seperti festival salji, festival ais dan lain-lain yang dibuka untuk pengunjung dari Asia Tenggara

dan peminat sukan musim sejuk dari luar Negara.

8
Ini menunjukkan tidak semestinya musim sejuk ini akan menghalang sesebuah Negara

itu untuk menjalankan aktiviti mereka, malah musim-musim yang terdapat disetiap Negara

mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia pada masa kini dan masa

hadapan.

Musim Bunga

Antara aktiviti manusia yang dipengaruhi di musim Bunga ini tidak lain dan tidak bukan

ialah Pelancongan. Musim Bunga juga merupakan salah satu tarikan pelancongan disebabkan

pada musim ini segala tumbuhan akan mula tumbuh dan menarik perhatian para pelancong

untuk melihat kecantikan alam semula jadi. Musim Bunga ini juga hanya berlaku dibeberapa

buah Negara seperti, Jepun, Netherlands, England dan banyak lagi. Hal ini kerana, kawasan

mereka menerima 4 musim. Jika dapat dilihat, musim bunga berlaku daripada musim Panas.

Setelah berakhirnya musim panas di Hemisfera Utara, matahari berada tepat di Garisan

Khatulistiwa disebabkan oleh pergerakan bumi yang kembali beredar tegak pada paksinya.

Pada waktu ini, Hemisfera Utara mengalami musim luruh manakala Hemisfera Selatan akan

mengalami musim bunga.

Pelancongan yang dikatakan disini ialah, Negara seperti Korea, Jepun akan mengambil

peluang ini sebagai salah satu medan mereka untuk menjadikan Negara mereka lebih

terkenal. Hal ini kerana, Negara seperti di Malaysia tidak mempunyai 4 musim, sudah tentu

mereka akan melancong ke Negara luar untuk menikmati pemandangan dan merasai suasana

musim bunga yang dimana suhu tidak panas dan tidak terlampau sejuk.

Selain itu, disebabkan musim bunga yang berlaku pada masa itu, masyarakat di Jepun

mengambil langkah untuk membuka kedai untuk menjual bunga sekaligus memberikan

keuntungan terhadap penduduk yang menanam bunga berhampiran rumah mereka untuk

dijual kepada para pelancong. Perkara ini juga dapat meningkatkan ekonomi para penduduk

9
di Jepun mahupun di Korea kerana mereka bijak dalam mengambil peluang dalam berniaga

dalam musim Bunga.

Musim Luruh

Begitu juga dengan musim luruh, musim ini juga mempengaruhi berbagai aktiviti manusia.

Pada musim luruh, gunung dan laut kelihatan cantik dalam udara yang jelas. Ini musim yang

terbaik untuk berjalan-jalan disekitar Bandar dan pemandangan malam. Daun-daun pokok

pada musim ini akan bertukar menjadi merah dan kekuninagn dari pertengahan Oktober. Pada

musim ini juga, cuaca sangat sejuk dengan cepat pada waktu pagi dan waktu malam.

Kebiasaannya orang yang tinggal di Negara mempunyai musim luruh ini akan mengenakan

pakaian seperti jaket, selendang, dan baju yang berlengan panjang.s Pada bulan November,

mereka akan mengenakan Topi, sarung tangan dan selendang serta baju panas untuk

mengelakkan kesejukkan dan sakit.

Aktiviti yang mereka jalankan pada musim luruh adalah membersihkan kawasan

ataupun gotong-royong yang mana mempunyai guguran daun. Seperti mana yang kita

ketahui proses berlakunya guguran itu tidak semua jenis tumbuhan. Tumbuhan berdaun

jarum seperti pokok Pinus yang tidak berubah warnanya sepanjang tahun dan tidak gugur.

Manakala tumbuhan yang berdaun lebar seperti pokok maple dan oaks berubah warna dan

gugur. Apabila berguguran kerana kering sudah tentu daun itu kelihatan semak di setiap jalan.

Oleh disebabkan itu, penduduk yang berhampiran dengan kawasan daun gugur akan

melakukan aktiviti gotong royong. Perkara ini juga untuk mengelakkan angina meniup lebih

kencang sehingga menyebarkan daun itu ke tempat yang tidak sepatutnya seperti ke sungai.

Sebagai contoh dinegara Jepun yang mana mereka membuat aktiviti gotong royong apabila

berlaku musim luruh di Negara dan mereka juga sangat menjaga kebersihan.

10
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Musim-musim yang terjadi di Negara ini memang mempunyai

masing-masing sebab kerana di benua lain ada yang menerima 4 musim dan ada yang tidak

menerimanya. Sebagai contoh, di Malaysia hanya menerima 2 musim sahaja berbanding di

benua lain. Musim juga banyak memainkan peranan dalam kehidupan di muka bumi ini,

pengaruhnya juga bukan sahaja kepada persekitaran manusia malah kepada persekitaran

flora dan fauna.

Selain itu, kejadian empat musim sememangnya kejadian yang semula jadi dari abad

dulu lagi dan di Negara yang menerima empat musim. Kejadian empat musim boleh berlaku

dalam bulan yang telah dinyatakan seperti dibincangkan di atas. Yang mana musim-musim

yang berlaku juga sangat mempengaruhi kegiatan aktiviti manusia, seperti Pelancongan,

Pertanian, Perikanan, Pembalakan dan Pekerjaan Harian. Musim yang terjadi setiap tahun ini

memang tidak dinafikan lagi memang banyak mempengaruhi manusia lebih-lebih lagi dalam

sumber ekonomi mereka. Manusia haruslah menjaga serta memelihara alam yang semakin

terancam ini. Semua pihak harus bersama-sama berganding bahu untuk menjaga alam bagi

generasi akan datang.

11
Rujukan

Artikel

Mary Easaw-John. Utusan Online.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&s=K

esihatan&pg=kn_04.htm#ixzz5XyhvhR5r . Diakses pada 27 November 2018

Buku

Bayong Tjasyono. 2004. Klimatologi. Bandung : Penerbit ITB.

Khairani Bt. Hj. Alladin @ Jalaludin. 1993. Pengangkutan Darat : Kesannya Terhadap Alam

Sekitar Kajian Kes di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ngai Weng Chan. 1998. Cuaca dan Iklim : Satu Koleksi Nota-Nota Kuliah. Kuala Lumpur :

Universiti Sains Malaysia

Internet

Ilmu Klimatologi : Pengertian, Pembagian, Tujuan, Manfaat, dan Penerapannya. 2017.

https://ilmugeografi.com/ilmu-bumi/iklim/ilmu-klimatologi . Diakses pada 10

November 2018.

Inilah Jenis-jenis Musim yang Ada di Dunia. 2009 https://loop.co.id/articles/inilah-jenis-

jenis-musim-yang-ada-di-dunia . Diakses pada 10 November 2018.

Mieyaz. 2009. Kejadian Musim dan Pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia.

https://www.slideshare.net/mieyaz/kejadian-musim-dan-pengaruhnya-terhadap-

persekitaran-fizikal-dan-manusia . Diakses pada 15 November 2018.

12
Yogi A W. 2017. 4 Musim Di Dunia dan 2 Musim Di Indonesia. https://jagad.id/4-musim-di

dunia-dan-2-musim-di-indonesia/ . Diakses pada 15 November 2018.

13

Anda mungkin juga menyukai