Anda di halaman 1dari 28

DISEDIAKAN OLEH : YUSNITA BT RAMLI @ ZAINON

Kejadian 4 musim berlaku disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari. Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam. Peredaran bumi mengelilingi matahari mengambil masa kira-kira 365 hari atau setahun. Peredaran bumi ini menyebabkan kejadian 4 musim.

EKUINOKS MUSIM BUNGA

MATAHARI

SOLSTIS MUSIM PANAS

SOLSTIS MUSIM SEJUK

EKUINOKS MUSIM LURUH

KEJADIAN 4 MUSIM

Negara-negara yang mengalami kejadian 4 musim yang nyata ialah Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, China dan Jepun.

MUSIM BUNGA

Berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada musim panas. Di Hemisfera Utara bermula dari bulan Mac hingga Mei. Di Hemisfera Selatan bermula dari bulan September hingga November. Pada ketika ini, matahari berada tegak di Garisan Khatulistiwa. Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan mengalami siang dan malam yang sama panjang.

MUSIM PANAS

Bermula dari bulan Jun hingga Ogos di Hemisfera Utara. Di Hemisfera Selatan bermula dari bulan Disember hingga Februari. Pada ketika ini, matahari berada tegak di Garisan Sartan ( 23 U ) Hemisfera Utara mengalami siang yang lebih panjang. Hemisfera Selatan mengalami malam yang lebih panjang.

MUSIM LURUH

Berperanan sebagai musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk. Bermula dari bulan September hingga November di Hemisfera Utara. Di Hemisfera Selatan bermula dari bulan Mac hingga Mei. Pada ketika ini, matahari berada tegak di Garisan Khatulistiwa ( 0 ). Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan mengalami siang dan malam yang sama panjang.

MUSIM SEJUK

Bermula dari bulan Disember hingga Februari di Hemisfera Utara. Di Hemisfera Selatan bermula dari bulan Jun hingga Ogos. Pada ketika ini, matahari berada tegak di Garisan Jadi ( 23 U ). Hemisfera Utara mengalami malam yang lebih panjang. Hemisfera Selatan mengalami siang yang lebih panjang.

JENIS-JENIS IKLIM DUNIA


TERBAHAGI KEPADA 3 JENIS ZON IKLIM : ZON PANAS / ZON TROPIKA ZON SEDERHANA PANAS ZON SEJUK ZON SEDERHANA SEJUK

Zon Sejuk Zon Sederhana

Zon panas

Zon Sederhana

ZON PANAS / ZON TROPIKA

Merangkumi kawasan-kawasan 30U hingga 30S yang mengalami iklim yang panas sepanjang tahun. Kedudukan yang berhampiran dengan Khatulistiwa membolehkannya menerima pancaran cahaya matahari sepanjang tahun. Suhunya adalah antara 32C hingga 40 C. Terdapat 4 jenis iklim iaitu : Iklim Khatulistiwa Iklim monsun Tropika Iklim Savana Iklim Gurun Panas

ZON SEDERHANA PANAS


Musim panasnya panas dan kering. Suhunya adalah antara 21C hingga 24C. Musim sejuknya adalah sederhana sejuk dan lembap iaitu sekitar 10 C. Hujan tahunan adalah 600-800 mm. Terdapat 3 jenis iklim iaitu : Iklim Mediterranean Iklim Steppe Iklim Jenis China

ZON SEJUK (IKLIM TUNDRA)

Kawasan ini menganjur dari garis lintang 60 hingga 90 Utara dan Selatan. Contoh kawasan yang mengalami iklim jenis ini ialah Iceland, Antartika, Artik dan Greenland. Musim panasnya pendek (kira-kira 3 bulan). Musim sejuknya panjang (kira-kira 9 bulan). Purata suhu musim panasnya ialah 10C manakala suhu musim sejuknya -45 C . Hujan yang turun kurang daripada 250 mm setahun dan turun dalam bentuk salji.

ZON SEDERHANA SEJUK

Musim panasnya sederhana sejuk iaitu sekitar 18C hingga 21C. Musim sejuknya panjang (kira-kira 9 bulan) dengan suhu sekitar -17 C. Hujan turun pada musim panas dimana hujan tahunan antara 350mm hingga 600mm. Kawasan ini mengalami kejadian 4 musim iaitu musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga. Terdapat 3 jenis iklim iaitu : Iklim Lurentia Iklim Siberia Iklim British

PERUBAHAN IKLIM BUMI

Kegiatan manusia seperti penebangan hutan, industri perkilangan dan pembakaran terbuka menyebabkan berlakunya : Pemanasan global Hujan asid Kesan rumah hijau Pulau haba Penipisan lapisan ozon Jerebu kemarau

PEMANASAN GLOBAL

VIDEO PEMANASAN GLOBAL

PEMANASAN GLOBAL

Keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia seperti : Penebangan hutan Aktiviti perindustrian Pembakaran terbuka Pelepasan asap kenderaan Proses-proses yang menyebabkan pemanasan global: Jerebu Penipisan lapisan ozon Kesan rumah hijau Pulau haba Hujan asid Kemarau

JEREBU
Berlaku apabila terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan pencemar terapung-apung di udara. Boleh mengurangkan jarak penglihatan dan menjejaskan kesihatan seperti sakit mata dan sesak nafas.

KEMARAU
Berlaku akibat penebangan hutan secara berleluasa menyebabkan kawasan tumbuh-tumbuhan berkurang. Mengakibatkan kelembapan yang dilepaskan oleh tumbuhan ke udara semakin berkurang

KESAN RUMAH HIJAU

Fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera. Kesan rumah hijau akan mengakibatkan litupan ais di kutub menjadi cair dan akan meningkatkan aras laut.

PULAU HABA
Fenomena atmosfera dimana kawasan bandar mempunyai suhu lebih tinggi antara 5C - 10C berbanding dengan kawasan sekitarnya. Berlaku disebabkan pelepasan haba yang terlalu banyak tersekat oleh bangunan tinggi pencakar langit menyebabkan pengaliran keluar udara panas terhad. Ketiadaan pokok di kawasan bandar telah mengurangkan penyerapan gas karbon dioksida. Contohnya di pusat bandar Kuala Lumpur, iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman suhunya adalah 32C berbanding kawasan berhampiran iaitu di Taman Tasik Perdana yang hanya mencatatkan suhu 26 C.

PENIPISAN LAPISAN OZON


Lapisan ozon berfungsi untuk melindungi organisma hidup dengan menyerap sinaran ultra ungu matahari yang berlebihan sebelum sampai ke bumi. Penipisan lapisan ozon berlaku disebabkan oleh bahan kloroflorokarbon (CFC) yang terdapat pada penyaman udara, aerosol dan baja nitrat terbebas ke atmosfera.

VIDEO PENIPISAN LAPISAN OZON

HUJAN ASID

Berlaku di kawasan perindustrian contohnya di Petaling Jaya. Kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Gas ini bertindak balas dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah lalu turun sebagai hujan asid. Kesan-kesan hujan asid : Memusnahkan tumbuhan Merosakkan binaan Mencemarkan air Menjejaskan kesihatan manusia

KOMPONEN PEMANTAUAN IKLIM BUMI


1. RANGKAIAN STESEN SEISMIK DI MALAYSIA

Terdapat 14 buah stesen di seluruh negara. Diguna untuk mendapatkan maklumat mengenai gempa bumi yang berlaku di seluruh dunia. Data diterima dalam bentuk gelombang seismik untuk diproses dan dianalisis.

KOMPONEN PEMANTAUAN IKLIM BUMI


2. RANGKAIAN PELAMPUNG TSUNAMI NASIONAL

Dipasang di Laut Andaman dan juga berhampiran Terumbu Layang-layang di Laut Cina Selatan. Dilengkapi alat tsunameter untuk merekodkan tekanan permukaan di dasar laut dan maklumat ketinggian ombak tsunami di lautan.

KOMPONEN PEMANTAUAN IKLIM BUMI


3. RANGKAIAN TOLOK PASANG SURUT

Ditempatkan di beberapa lokasi seperti Pulau Perhentian, Porto Malai Langkawi, Kudat dan Lahad Datu. Berfungsi untuk mengesan ketinggian ombak di kawasan pantai. Data yang diterima akan dipantau untuk menentukan tahap amaran yang perlu dikeluarkan.

KOMPONEN PEMANTAUAN IKLIM BUMI


4. RANGKAIAN KAMERA PANTAI

Merupakan kamera CCTV yang dipasang di 4 lokasi strategik di utara Semenanjung Malaysia. Berfungsi untuk meninjau keadaan laut di lokasi tersebut secara langsung.

Anda mungkin juga menyukai