Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

1.1 Definisi Bimbingan dan Kaunseling


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) “bimbingan” didefinisikan
sebagai perbuatan membimbing, manakala “kaunseling” diertikan sebagai
proses yang teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah
yang dihadapi seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya
menerusi bimbingan dan nasihat.
Chong L.K dalam buku Bimbingan Kaunseling Kanak-kanak, “bimbingan”
dilihat sebagai satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila
masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang
bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya demi kepentingan
masyarakat amnya,dan individu khasnya.
Manakala takrifan bagi “kaunseling” pula ialah melibatkan perbualan
antara dua orang iaitu seorang yang memerlukan bantuan dan seorang lagi yang
memberi bantuan. Melalui perbualan ini, individu yang pertama akan lebih
berupaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, atau lebih memahami
tingkah laku, nilai dan realiti kehidupannya. Dalam erti kata lain, kaunseling ialah
satu proses yang dilalui oleh seseorang pada bila-bila masa sahaja, dan tidak
semestinya semasa mengalami krisis atau perubahan dalam kehidupan seharian.
Menurut Shertzer dan Stone (1968), kaunseling ialah proses interaksi
yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Manakala menurut
Arbuckle (1965), kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri
dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan
kelemahannya, potensi dan keupayaannya. Patterson dan Eisenberg (1983)
menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka diantara
seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan klien pada
akhirnya.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan sebahagian proses daripada
perkhidmatan bimbingan. Di peringkat institut pendidikan, kaunseling merupakan
proses pertemuaan secara bersemuka diantara seorang pengajar yang
memainkan peranan sebagai kaunselor, dengan seorang pelajar sebagai klien
yang menghadapi masalah peribadi atau akademik dengan tujuan membawa
perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah menyelesaikan masalah yang
dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala aspek seperti orientasi, inventori,
penempatan, kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan.

Anda mungkin juga menyukai