Anda di halaman 1dari 3

ADAB DI DALAM MASJID

1. Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan
maksud beribadah kerana Allah.

2. Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh. Sabda Rasulullah saw
( riwayat Bukhari ), daripada Abi Qatadah r.a :

-‫صلى هللا عليه وسلم‬- ‫ بينما نحن نصلي مع النبي‬:‫فعن أبي قتادة قال‬
‫ استعجلنا‬:‫ (ما شأنكم؟) قالوا‬:‫ فلما صلى قال‬،‫إذ سمع جلبة الرجال‬
‫ (فال تفعلوا؛ إذا أتيتم الصالة فعليكم بالسكينة؛ فما أدركتم‬:‫ قال‬،‫الصالة‬
)‫ وما فاتكم فأتموا‬،‫فصلوا‬
Daripada Abi Qatadah berkata : ketika kami sedang bersolat bersama nabi saw, tiba-
tiba baginda saw mendengar hingar bingar para jemaah lelaki. Setelah selesai solat
baginda saw berkata : Apa yang terjadi kepada kamu semua? Mereka berkata : kami
ingin segera bersolat. Jawab baginda saw : Jangan kamu lakukan. Apabila kamu
dating untuk bersolat maka kamu mestilah bertenang. Mana-mana rakaat yang kamu
perolehi maka tunaikan , apa yang terluput maka sempurnakan

3. Tunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Dari Abu Qatadah bin Rube’ an Ansori
r.a berkata :

- ‫ قال النبي‬:‫ قال‬-‫رضي هللا عنه‬- ‫فعن أبي قتادة بن ربعي األنصاري‬
‫ (إذا دخل أحدكم المسجد فال يجلس حتى يصلي‬:-‫صلى هللا عليه وسلم‬
‫ركعتين) رواه البخاري‬
Sabda rasulullah saw : “Apabila salah seorang antara kamu memasuki masjid maka
janganlah duduk sehingga ia menunaikan solat dua rakaat” – riwayat Bukhari

4. Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding ( sutrah )

‫ سمعت النبي –صلى‬:‫ قال‬-‫فعن أبي سعيد الخدري –رضي هللا عنه‬
‫ (إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس‬:‫ يقول‬-‫هللا عليه وسلم‬
‫فأراد أحد أن يجتاز بين يديه فليدفعه فإن أبى فليقاتله فإنما هو‬
،‫شيطان) رواه البخاري ومسلم‬

Daripada Abi Said al Khudri berkata: Aku mendengar nabi saw bersabda : Apabila
salah seorang kamu menunaikan solat ke arah sesuatu yang menutupinya daripada
manusia, maka jika ada seseorang mahu melintasi hadapannya, hendaklah ia halang.
Jika sekiranya ia tetap melaluinya maka hendaklah diperangi kerana sesunggnya ia
adalah syaitan – riwayat Bukahri dan Muslim
5. Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas
sebab-sebab yang syarie.

‫ فأذن‬،‫ كنا قعودا في المسجد مع أبي هريرة‬:‫فعن أبي الشعثاء قال‬


‫ فأتبعه أبو هريرة بصره حتى‬،‫ فقام رجل من المسجد يمشي‬،‫المؤذن‬
- ‫ "أما هذا فقد عصى أبا القاسم‬:‫ فقال أبو هريرة‬،‫خرج من المسجد‬
‫" رواه مسلم‬-‫صلى هللا عليه وسلم‬
Daripada Abi Sya’sa’ berkata : Kami duduk di dalam masjid bersama Abu Hurairah lalu
muazzin melaungkan azan. Maka berdiri seorang lelaki dan berjalan . Abu hurairah
memandangnya sehinggalah ia keluar. Abu Hurairah berkata : Orang ini telah
mengingkari Abu qasim (gelaran Rasulullah saw ) – riwayat Muslim

6. Elakkan dari melangkah tengkuk para jemaah yang lain ( riwayat Ibn Majah
kitab sahih targhib wat tarhib )

َّ ‫لما جاء في ا لحديث‬


،‫أن رجال جاء يوم الجمعة يتخطى رقاب الناس‬
)‫ (اجلس فقد آذيت‬:‫ فقال له‬،‫ يخطب‬-‫صلى هللا عليه وسلم‬- ‫والنبي‬
Di dalam sebuah hadis menyebutkan ketika baginda saw menyampaikan khutbah ,
diperhatikan seorang lelaki melangkah tengkuk para jemaah lalu baginda bersabda :
Duduk dan jangan kamu menyakiti orang lain riwayat Ibn Majah

7. Elakkan daripada memakan benda – benda yang berbau .

‫علَ ْي ِه‬
َ ‫صلَّى هللا‬َ - ‫ ع َْن النَّبي‬-‫ع ْن ُه َما‬ َ ‫ضى هللا‬
َ ‫ َر‬- ‫ع ْب ِد هللا‬ َ ‫فعن َجابِ ِر ْب ِن‬
:‫ قا َل‬-‫سل َم‬
َ ‫َو‬
)‫ ل ْي ْقعُ ْد في بَيت ِه‬-‫س ِج َدنَا‬ ْ - ‫صالً فَ ْليَ ْعت َ ِزلنا‬
ْ ‫أو لي ْعت َ ِز ْل َم‬ ْ ً ‫( َم ْن أكَل ثُوما‬
َ َ‫أو ب‬
‫رواه البخاري ومسلم‬
Daripada Jabir bin Abdillah r.a daripada nabi saw berkata : Barangsiapa yang
memakan bawang putih atau bawang merah maka hendak ia berpisah dengan kami
atau menjauhi masjid kami agar ia duduk di rumahnya – riwayat Bukhari

8. Elakkan dari memakai pakaian yang mengganggu kekhusukan solat para jemaah
.

9. Jaga kebersihan

‫صلى هللا عليه‬- ‫أخرجه مسلم عن أنس بن مالك أن رسول هللا‬


:‫ قال‬-‫وسلم‬
‫(إن هذه المساجد ال تصلح لشيء من هذا البول وال القذر إنما هي‬
)‫لذكر هللا عز وجل والصالة وقراءة القرآن‬
Daripada Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya
masjid-masjid ini tidak boleh dicurahkan kencing ini atau kotoran. Adapun masjid
adalah tempat mengingati Allah , bersolat dan membaca al Quran – riwayat Muslim

10. Menjauhkan diri daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di


masjid( riwayat at Tirmidzi )

‫ (إذا رأيتم‬:‫ قال‬-‫صلى هللا عليه وسلم‬- ‫فعن أبي هريرة أن رسول هللا‬
‫ وإذا رأيتم‬،‫من يبيع أو يبتاع في المسجد فقولوا ال أربح هللا تجارتك‬
)‫من ينشد فيه ضالة فقولوا ال رد هللا عليك‬
Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Apabila kamu
melihat orang menjual atau membeli di dalam masjid maka katakanlah : Allah tidak
akan memberikan keuntungan kepada perniagaanmu. Dan apabila kamu melihat orang
mencari-cari barang yang hilang lalu katakanlah : Allah tidak akan memulangkan
kepadamu – riwayat at Turmuzi

11. Menjawab azab ketika berkumandang.

12. Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat
keduniaan.

13. Jangan berjual beli ketika berada di dalam ruangan solat.

Anda mungkin juga menyukai