Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Kita sentiasa menggunakan dan mendengar perkataan Ekonomi dalam kehidupan


seharian kita. Apakah yang dimaksudkan dengan Ekonomi? Ekonomi merupakan suatu
sains sosial dimana ia merangkupi spectrum luas dalam kehidupan manusia dari segi
perumahan, agama, kesihatan, pendidikan, pertahanan, pengangkutan dan lain-lain. Ia
mempunyai aspek-aspek yang boleh dibincangkan melalui sudut pandangan ekonomi.
Menjelang akhir abad ke lapan belas Ahli ekonomi inggeris yang terkenal ataupun lebih
mesra digelar sebagai Bapa Ekonomi, Adam Smith katakan dalam bukunya 'Science of
Wealth' bahawa Ekonomi adalah merupakan sains yang meneliti sifat dan penyebab
kekayaan negara". Pendek kata, kehidupan individu dan masyarakat dipengaruhi oleh
teori yang dipanggil ekonomi. Sejak sistem bermasyarakat bermula, untuk memuaskan
kehendak manusia, mereka telah beinteraksi antara satu sama lain. Selain daripada itu,
mereka juga telah berinteraksi dengan alam sekitar untuk memperolehi keperluan penting
dalam kehidupan seharian mereka iaitu sumber alam semulajadi.Oleh itu, ekonomi
didefinisikan sebagai kajian bagaimana manusia atau individu menggunakan sumber
yang terhad untuk memenuhi kenhendak mereka yang tiada batasanya. Sumber yang
terhad atau kekurangan sumber menjadi soalan asas yang tunggak kepada bidang
ekonomi.

Sistem ekonomi pula merupakan kaedah atau cara sesuatu Negara mengurus tadbir
ekonominya. Untuk menentukan sistem ekonomi yang patut diamalakan oleh sesebuah
Negara, masyarakatnya harus menjawab tiga persoalan asas ekonomi seperti apakah yang
patut di hasilkan, untuk siapa ia dihasilkan dan bagaimana ia patut dihasilkan. Selepas
menjawab soalan-soalan tersebut, dapatlah kerajaan Negara membuat keputusan untuk
memilih sistem ekonomi yang patut diamalkannya. Terdapat empat jenis sistem ekonomi
yang diamalkan oleh kebanyakkan negara di dunia (Washoe County School 2013).
Walaupun ada sesetengah negara yang tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana sistem
ekonomi tersebut, tetapi kita masih boleh mengkategorikan negara tersebut melalui
mengenalpasti cirri-ciri utama ekonomi mereka. Rajah 1.1 menunjukkan keempat-empat
sistem ekonomi tersebut.

1
Sistem Ekonomi
(Masyarakat)

Sistem Pasaran Sistem


Sistem Tradisional Sistem Ekonomi
Bebas/Sistem Peracancangan
/ Sara Diri Campuran
Harga Berpusat

Rajah 1.1 Sistem ekonomi.

1.1 Sistem Tradisonal / Sistem Sara Diri


Sistem ini merupakan sistem ekonomi yang paling tua dan terpengaruh. Ciri-ciri sistem
ini dimiliki oleh kebanyakkan tamadun dunia yang terawal. Kebanyakkan persoalan asas
ekonomi boleh dijawab oleh sistem ini. Sebagai contoh, masyarakat negeri Kedah masih
lagi melakukan aktiviti menanam padi sebagai sumber utama pendapatan walaupun
terdapat sektor lain yang jauh lebih maju dan berdaya saing. Walaupun harga getah tidak
stabil, masyarakat masih lagi menanam semula getah. Ini adalah kerana ia berkait rapat
dengan tradisi masyarakat yang tersebut dan bukannya mengikut permintaan pasaran.
Dengan ini tanpa kita sedari sistem tradisional masih lagi menjawab persoalan asas
ekonomi sesebuah masyarakat.

1.1 Sistem Pasaran Bebas / Sistem Harga


Didalam sistem ini pula, semua keputusan dibuat berdasarkan kepada kehendak pasaran.
Perkara seperti tanah, buruh, perkhidmatan, masa dan barangan mempunyai nilai dan
harga pasaran tersendiri. Di dalam sistem ini, ketiga-tiga persoalan asas ekonomi dijawab
melalui mekanisme pasaran. Walaupun tiada sebarang organisasi yang mengawal
keputusan yang dibuat di dalam sistem ini, ia berfungsi dengan teratur.

1.3 Sistem Perancangan Berpusat


Sistem perancangan berpusat merupakan suatu sistem dimana hampir segala aktiviti
ekonomi dan social dikawal oleh badan perancangan pusat yang dilantik oleh kerajaan

2
negara tersebut. Boleh dikatakan bahawa kesemua persoalan asas ekonomi di jawab dan
dikawal oleh kerajaan melalui badan perancangan pusat tersebut.
1.4 Sistem Ekonomi Campuran
Adalah difahamkan bahawa sistem ini diamalkan oleh kebanyakkan negara di dunia
sekarang. Walau bagaimanapun tahap campuran hanya dapat dapat dinilai dengan
mengetahui sejauh mana kerajaan campur tangan dalam sistem ini. Kerajaan bertindak
untuk campur tangan dalam sistem ini adalah untuk menampung kelemahan sistem
pasaran bebas. Cukai dikutip dan diberi subsidi dengan arahan dan peraturan yang
dikeluarkan oleh kerajaan. Produk atau servis yang kurang mendapat sambutan pengeluar
seperti pengangkutan, elektrik dan air diarah oleh kerajaan untuk dihasilkan. Selain
daripada itu, peranan yang penting juga dimainkan olek kerajaan untuk menjana
pertumbuhan ekonomi serta menstabilkan ekonomi.

Tujuan tugasan ini adalah untuk mengenalpasti sistem ekonomi yang diamalkan di negara
Malaysia dan Korea Utara dan juga untuk memberikan cadangan yang boleh membantu
memperbaiki ekonomi negara-negara tersebut.

1.5 Sistem ekonomi Malaysia

Sebelum campurtangan British pada tahun 1874 masyarakat di Tanah Melayu


mengamalkan system ekonomi sara diri dimana mereka telah bercucuk tanam,
menangkap ikan, berburu, menternak binatang-binatang ternakan, mengutip hasil hutanan
dan pertukangan untuk menyara diri dan keluarga mereka sahaja. Mereka hanya menjual
barangan yang berlebihan dan/atau bertukar barangan yang dimiliki oleh mereka antara
satu sama lain sekiranya mereka memrlukan barangan keperluan yang lain yang tidak
dihasilkan oleh mereka.

Pada abad ke 19 sistem ekonomi kemersial telah mula bertapak apabila British telah
menjajah Tanah Melayu. Aktiviti ekonomi itu telah dipergiatkan dengan kehadiran
mereka apabila mereka telah memaksa rakyat unuk mendapatkan tunai untuk membayar
cukai. Ini adalah kerana, rakyat yang gagal untuk menjelaskan cukai akan dikenakan

3
hukuman.Untuk mendapatkan tunai, rakyat telah mula menjalankan kegiatan ekonomi
komersial seperti perdagangan dan perlombongan.

Sebenarnya ekonomi Malaysia telah bertukar menjadi ekonomi pasaran yang terikat
kepada system ekonomi kapitalis antarabangsa akibat penjajahan British. Ia juga telah
menguntungkan sebilangan kecil pengusaha tempatan dan para pelabur swasta asing yang
berurusan dengan Malaysia. Dengan itu berkembangnya kegiatan kapitalis moden hasil
dari pengeksportan dan pengeluaran getah, kelapa sawit dan bijih timah. Oleh kerana
ekonomi telah bertumbuh dengan pesat, Malaysia telah bertukar dari system kapitalis
kepada system ekonomi campuran akhirnya.

Menurut Lets Learn Website (Vinish, 2011) berkata bahawa ada tiga kelebihan utama
dalam pengamalan ekonomi campuran. Pertamanya Negara tersebut akan mengamalkan
kedua-dua strategi system ekonomi socialis dan kapitalis dimana kerajaan dan swasta
akan menentukan kegiatan. Kedua, dimana system ini akan mengimbangi pertunbuhan
ekonomi dengan mengurangkan ketidaksamaan dan ketiga pula masyarakat mempunyai
kebebasan untuk menjalankan sutu perniagaan dan mengaut keuntungan.

1.6 Sistem Ekonomi Kore Utara

Pada tahu 1945 selepas perang dunia kedua, pendudukan Jepun di Korea telah berakhir
berikutan dengan kekalahannya. Selepas itu, Negara Korea telah dibahagikan di selarian
ke-38 atas dasar satu susunan Bangsa-Bangsa Amerika untuk ditadbir oleh Kesatuan
Soviet di sebelah Utara dan Amerika Syarikat di sebelah selatan. Kim Il-Sung telah
dipilih sebagai pemimpin pertama pada tahun yang sama. Penubuhan Republik Rakyat
Berkuasa Awam Soviet telah secara rasminya dimulakan pada tahun 1948. Dibawah
naungan Kim Il-Sung, Korea Utara telah jadi Negara komunis dimana semua tindak
tanduk kerajaan Negara di kawal dan dirancang oleh pemerintahnya. Oleh itu, kita boleh
katakana system ekonomi yang di amalkan oleh Negara Korea Utara adalah system
ekonomi Perancangan Berpusat.

4
2.0 Ciri- ciri system ekonomi campuran yang diamalkan oleh Malaysia

Antara Ciri ciri system ekonomi campuran yang diamalkan oleh Negara Malaysia adalah
seperti berikut:-

i) Kegiatan ekonomi ditentukan oleh pihak kerajaan dan swasta.


Barangan yang gagal disediakan oleh mekanisma harga akan disediakan oleh pihak
kerajaan bertujuan untuk meningkatkan taraf kebajikan rakyat. Manakala barangan yang
diperlukan oleh masyarakat pula dihasilkan pihak swasta bagi memperbanyakkan
keuntungan. Contohnya Syarikat UMW Toyota adlah sebuah syarikat swasta yang
menjual kenderaan di Malaysia secara meluas. Ia telah berkerjasama dengan Permodalan
Nasional Berhad (PNB) sebagai rakan kongsi.

ii) Pilihan
Samaada pihak pengeluar atau pihak pembeli bebas membuat pilihan. Untuk
memaksimumkan kepuasan, pihak pengguna akan membuat keputusan ekonomi asas.
Manakala, untuk memaksimumkan keuntungan, pihak penjual pula akan membuat
keputusan ekonomi asas. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pihak sama ada pihak
swasta atau pun pihak individu bebas menggunakan factor pengeluaran yang dipunyai
oleh mereka. Di samping itu, pengawalan di pasaran pula akan dikawal oleh pihak
kerajaan untuk memastikan bahawa barangan yang dikeluarkan oleh pihak swasta hanya
memanfaatkan pengguna.

iii) Kerajaan memantau dan mengawal kegiatan ekonomi


Kerajaan akan memantau dan mengawal segala kegiatan ekonomi dengan mengadakan
undang-undang dan peraturan untuk memastikan supaya kesan luaran yang negative
berunsur menjatuhkan system ekonomi Negara tdak didatangkan oleh kegiatan ekonomi
yang dijalankan. Undang-undang tersebut juga akan membantu kerajaan untuk
memastikan bahawa system ekonomi berjalan dengan berkesan dan lancer. Contohnya
adalah Akta Syarikat 1965, Akta Galakan Pelaburan 1968. Akta Pekerja 1968 dan Akta
Buruh 1968.

5
iv) Keputusan Ekonomi.
Memandangkan sumber ekonomi dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta, pihak keraajan
dan mekanisma harga akan menentukan semua keputusan ekonomi. Keputusan yang
dibuat oleh pihak kerajaan akan dipastikan menguntungkan dan meningkatkan kebajikan
masyarakat. Manakala pihak swasta pula akan membuat keputusan yang bertujuan untuk
memaksimumkan keuntungan. Semua syarikat bebas untuk bersaing, menentukan jumlah
produk yang dilekuarkan, cara-cara pengeluaran dibuat dan sasaran bagi produk yang
dikeluarkan dengan syarat ia patut mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pihak
kerajaan. Kerajaan hanya akan bertindak untuk mengeluarkan barangan yang tidak
dikeluarkan oleh pihak swasta dan jikalau mekanisma harga mengalami kelemahan.

Seperti yang kita ketahui, Malaysia merupakan salah satu Negara yang paling banyak
memberikan subsidi untuk meembantu masyarakatnya menikmati barangan ataupun
perkhidmatan yang ditawarkan dengan menurunkan atau menstabilkan harga berbanding
harga pasaran. Kerajaan kita memberikan subsidi untuk minyak petrol dan gula.

3.0 Ciri-ciri ekonomi Perancangan Berpusat yang diamalkan oleh Korea Utara

Ekonomi Korea Utara adalah terdiri daripada tiga jenis iaitu ekonomi rasmi, ekonomi
tentera dan ekonomi swasta. Antara Ciri ciri system ekonomi berpusat yang diamalkan
oleh Negara Korea Utara adalah seperti berikut:-

i) Ekonomi rasmi
Ekonomi rasmi merujuk kepada kesemua kegiatan ekonomi yang dilakukan dibawah
peracncangan berpusat dimana semua kegiatan ekonomi dikawal oleh kerajaan. Ia terdiri
daripada perusahaan negeri dan sumber pertanian. Cara pengeluaran dimiliki oleh
kerajaan dan melalu system catuanya, ia mengedarkan sunber untuk pengeluaran dan
penggunaan. Di Kore Utara segala pilihan social untuk pengeluaran ditetapkan oleh
badan pemerintah hanya selepas kesemua pengiraan nilai pengeluaran dibuat. Ekonomi
Korea Utara difahami telah memberi penekanan yang besar terhadap ekuiti dan social dan

6
kebajikan sama seperti ekonomi sosialis lain yang telah dilakukan. Sama seperti ekonomi
yang perancangan berpusat yang lain, Korea Utara menguruskan ekonominya melalui
belanjawan kerajaan dan kerajaan pula menggunakan sebahagian besar pendapatan
nasional Korea Utara. Contohnya, di Negara Korea Utara Bank Pusat memainkan
peranan yang penting di mana negeri menggnakan bank pusat sebagi satu instrument
yang penting untuk merealisasikan perancanganya. Bank pusat menyediakan dana dari
belanjawan nasional yang mana diperlukan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan yang
dijalankan oleh ajensi kerajaan dan perusahaan negeri. Ini termasuk dana untuk
pembinaan, penyelenggaraan dan operasi.

ii) Ekonomi Tentera


Dikenali sebagai ekonomi kedua Korea Utara diamana is diuruskan oleh kerajaan secara
asingan daripada ekonomi lain. Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Ekonomi
Kedua pada awal 1970 untuk menguruskan pengeluaran barangan ketenteraan.
Jawatankuasa Ekonomi Kedua berhak untuk mengambil keputusan secara bebas untuk
pengeluaran dan pengedaran serta is juga mempunyai keutamaan yang tinggi dalam
membuat peruntukkan bahan dan sumber yang diperlukan. Angkatan tentera Korea Utara
mengoperasikan system pembuatan senjata yang berbahaya secara sendiri dimana ia
memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negaranya. Pembuatan pertahan
dibahagi kepada dua bahagian. Iaitu satu bahagian akan bertanggungjawab untuk
membuat senjata dan barangan teknikal seperti senjata, meriam, peluru, kereta kebal,
kapal perang dan pesawat perang. Dan satu lagi bahagian pula membuat keperluan
tentera seperti pakaian seragam, kasut, pakaian dan makanan (Suh C. 2002, 28-36).
Untuk memenuhi permintaan ini, ekonomi tentera menjalankan perladangan,
perlombongan dan banknya sendiri berserta dengan kilangnya. Tenaga manuasia yang
diperlukan untuk melakukan aktiviti-aktiviti tentera diperlukan dengan banyak dan
dianggarkan sebanyak lebih daripada 1 million dimana mereka berkerja di dalam lading
dan kilang yang dimiliki oleh angkatan tentera.

ii) Ekonomi Swasta

7
Ekonomi swasta di Korea Utara berjalan di luar rancangan negeri dan beroperasi
mengikut mekanisma pasaran. Di Negara ini sama seperti Negara yang mengamalkan
system ekonomi sosialis yang lain, pencarian untuk membuat keuntungan swasta oleh
pasaran tidak rasmi telah wujud untuk beberapa tahun dulu. Pasaran tidak rasmi
dikembangkan daripada pasar milik petani-petani yang boleh menjual hasil kutipan
pertanian mereka kepada pembeli. Dikatakan bahawa dahulu kala pasar ini hanya dibuka
sekali dalam sepuluh hari di kawasan luar Bandar, tetapi telah maju dan dibuka setiap
hari sekarang (Chun 1999, 179). Pasar petani ini bukan sahaja menjual barangan
pertanian malahan ia juga menjual barangan perindustrian. Kerajaan Negara Korea Utara
telah menerima pasar ini pada bulan Mac 2003 dan telah menukarkan namanya daripada
Pasar Petani (Nong-min Si-jang) kepada pasar (Si-jang).

Beberapa faktor telah menyebabkan pasar ini berkembang dengan pesat (Chun 1999,
178-180). Faktor pertamanya adalah kekurangan makanan yang teruk telah mendorong
orang ramai ke pasar kerana negar tidak dapat menyediakan bekalan makanan yang
diperlukan. Kejatuhan system pengedaran awam mengakibatkan kerajaan terpaksa
menerima kemajuan pasar. Kebanyakkan warga Korea Utara telah bersyukur dan
berterima kasih dengan adanya pasar ini. Kedua, Warga Negara tersebut telah belajar
kemahiran pasaran yang asas dari penjaja-penjaja dari Negara Cina, dan perdagangan
merentas sempadan telah jadi saluran penting untuk pembelajaran dan pemindahan
barang. Ketiga merupakan kerajaan Kore Utara telah membenarkan rakyatnya untuk
libatkan diri dalam pengeluaran barangan pengguna. Para pekerja dan petani telah
dianjurkan ke dalam unit kerja tambahan yang dikenali sebagai “ Pergerakan Pengeluaran
Barangan Pengguna Ogos 3” pada 1984 dari arahan oleh Kim Jong-Il. Mereka akan
menghasilkan barangan pengguna di luar perancangan Negara dengan menggunakan apa
sahaja bahan yang ada. Sumber kini mengalir ke pasaran dari beberapa sumber yang lain
(Yoon and Babson 2002, 76) seperti surplus pertanian melebihi pembelian negeri yang
dhasilkan oleh koperasi dan isi rumah, ‘barangan bocor’ dari bantuan makanan seberang
laut, komoditi dari perdagangan merentas sempadan dengan Negara Cina, barangan yang
dilucutkan, dilanun dan diselamatkan daripada perusahaan negeri, komoditi yang

8
dialihkan dari system pengedaran awam, baangan dari perusahaan keluarga kecilan, dan
perkhidmatan yang ditawar di pasar.

4.0 Cadangan untuk mengatasi masalah ekonomi dalam Sistem ekonomi Malaysia

Malaysia mengamalkan system ekonomi campuran dimana kerajaan dan swasta akan
berkerjasama untuk maniktarafkan system ekonomi dengan baik. Memandangkan
kebajikan masyarakat adalah sangat penting di dalam system ekonomi campuran,
kerajaan telah memutuskan bahawa sumber adalah lebih penting dalam penghasilan
barangan berbanding dengan penghasilan barangan atau perkhidmatan. Oleh sebab itu,
kerugian sumber akan berlaku didalam proses pengeluaran barangan yang berlebihan.
Keadaan ini hanya akan berlaku sekiranya barangan yang dihasilkan tidak dapat dijual.
Satu lagi kekurangan adalah berkaitan dengan isu birokrasi dan isu pilih kasih. Dengan
adanya kedua-dua isu utama ini di dalam organisasi terutamanya di sector swasta, ia
adalah susah untuk sector swasta mengikutnya. Contohnya adalah syarikat menghasilkan
kenderaan.

Kerana permintan masyarakat kebajikan pembuat akan membut kenderaan walaupun tida
permintaan.Sekiranya tiada isu birokrasi, kemungkinan sector swasta boleh merancang
pembuatan kenderaan bergantung kepada permintaan pasaran. Satu lagi penilaian
terhadap prestasi Sistem Ekonomi Capuran Malaysia yangh boleh dirujuk adalah
keluaran dalam Negara kasar (KDNK). Pada tahun 1983 Polisi Penswastaan telah
diperkenalkan dan memperkembangkan ekonomi Negara. Tujuan polisi ini adalah
perbadankan konsep ekonomi di antara awam dan swasta. Pada masa yang sama
perbadanan ini telah mempercepatkan perkembangan ekonomi dan meningkatkan
jangkaan warga bumiputera terhadap sector swasta. Kadar ekonomi berkembang dari
tahun 1970 dimana polisi-polisi diperkenalkan dan terus meningkat melalui tahun 1980
selepas Dasar Pandang ke Timur diperkenalkan. Tetapi pada 1983 dasar penswastaan
telah diperkenalkan dan ekonomi telah mulah jatuh dua tahun berturut-turut.

9
Kebebanan rakyat meningkat akibat dasar penswastaan dengan kos sara hidup yang
meningkat. Rakyat perlu membayar kos yang tinggi sebagai tanggungan untuk membeli
atau menggunakan barangan atau perkhidmatan yang dimonopoli oleh sector swasta.
Disamping itu, harga bayaran Tol lubuhraya pun sering meningkat dan akibatkan
kerugian oleh rakyat. Subsidi pula dibayar oleh kerajaan menggunakan wang keraajan. Ia
mengakibatkan deficit menigkat yang mana ianya akan meningkatkan hutang Negara
juga.

Oleh itu, kerajaan negara patut kendali keadaan ini dengan lebih arif. Dimana ia patut
pertimbangkan dasar penswastaan, kurangkan pengambilan warga asing untuk mengisi
sector swasta malahan gantikan dengan warganegara Malaysia dan mengurangkan
pengangguran. Disamping itu, kerajaan Malaysia patut pertimbangkan isu subsidi,
dimana ia patut dirasionalisasikan agar ianya digunakan untuk perkara yang penting
seperti melangsaikan hutang Negara dan untuk pelajaran sekali.

Korea Utara pula mengamalkan system ekonomi perancangan berpusat dimana kerajaan
sahaja yang boleh mengawal dan menentukan kesemua aktiviti ekonomi dan social
negara. Krjaan Korea Utara patut melonggarkan polisi mereka yang agak tertutup untuk
Negara luar dengan membenarkan Negara luar untuk berdagang dan menjalankan import
dan eksport. Selain daripada itu, kebanyakkan tenaga, sumber dan wang kerajaan
digunakan untuk tenteranya sahaja. Ia patut diubah dan gunakan ketiga-tiga sumber yang
tersebut diatas untuk menaiktarafkan system ekonomi negaranya itu. Ia bukan sahaja
akan membantu negaranya maju malahan ianya juga membantu rakyatnya untuk
menikmati kehidupan mereka sepergi masyarakat lain di dunia ini.

5.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, kita dapat simpulkan bahawa kesemua system ekonomi yang
diamalkan ada kebaikkan dan keburukkanya. Adalah sangat penting untuk sesebuah
Negara itu memastikan untuk menggunakan sumber yang terhad di negaranya itu untuk
memuaskan keperluan masyarakatnya yang tida batasannya dengan memilih sisem

10
ekonomi yang bepatutan dan relevan dengan permintaan Negara. Ini adalah demi
kesejahteraan dan kemakmuran Negara itu sendiri.

11

Anda mungkin juga menyukai