Anda di halaman 1dari 2

Soalan 45: Bincangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fatih dalam menawan Kota

Konstantinople daripada Byzantine.

Pendahuluan:

§ Sultan Muhammad al-Fatih atau nama sebenar baginda, Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid
merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung kerana telah memimpin sebanyak 25
kempen peperangan sepanjang pemerintahannya.

§ Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432M di Andrianapolis dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481M ketika berumur 49
tahun. Digelar Muhammad al-Fatih kerana kejayaan baginda membebaskan Kota Konstantinople. Baginda menaiki takhta
seawal usia 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Murad II dan memerintah empayar yang begitu luas selama
hampir 30 tahun, iaitu antara tahun 1451M hingga 1481M.

Isi-isi penting:

1. Meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya.

§ Sepenjang dua tahun pertama selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Konstantinople secara terperinci
setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan kota tersebut.

§ Baginda juga turut mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang
dengan panglima-panglima tenteranya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.

2. Menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih.

§ Angkatan tenteranya disertai para mujahidin seramai 265 000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah. Baginda
mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300
kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Kota Rumeli dibina di tebing sebelah Eropah, iaitu lebih kurang 8 kilometer
jaraknya dari Kota Konstantinople bagi mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.

§ Baginda mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Kota
Konstantinople apabila mereka diserang. Menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota
Konstantinople serta boleh memuatkan ratusan tentera Islam.

3. Menanam semangat jihad terhadap tenteranya.

§ Baginda membawa bersama-sama batalionnya dengan para ulama’ dan pakar motivasi ke medan perang bagi
membakar semangat jihad tenteranya, terutama ketika mereka akan menghampiri dinding kubu Kota Konstantinople.
Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan sehingga tentera Byzantine begitu
gementar melihat kira-kira 265 000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara
takbir yang memecah kesunyian alam.

§ Tentera Islam diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad oleh para ulama’ dan mengingatkan agar tentera Islam
sentiasa bermunajat kepada Allah SWT. Baginda menyampaikan pidato untuk menaikkan kembali semangat jihad para
mujahid Islam yang semakin turun setelah jemu mengepung Kota Konstantinople selama 53 hari.

4. Mengepung Kota Konstantinople.

§ Baginda telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan Kota Konstantinople secara aman
kepadanya, tetapi pemerintah Byzantine enggan. Kota Konstantinople mula telah dikepung dan mula diserang pada 19
April 1453M bersamaan dengan 12 Rabiulakhir 857H bersama tentera Islam seramai 265 000 orang. Kota tersebut dihujani
oleh peluru daripada meriam raksasa selama 48 hari yang berjaya merosakkan sebahagian dinding kota tersebut.

§ Menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Konstantinople serta boleh memuatkan
ratusan tentera Islam digunakan dan berjaya menembusi dinding tengah kubu. Namun, berjaya dimusnahkan oleh tentera
Byzantine.

5. Menggunakan kaedah serangan luar biasa.

§ Angkatan tentera laut Byzantine diperkukuh dengan bantuan lima buah armada yang dihantar oleh Vatican dan
Eropah. Bagi mengatasi kekalutan tersebut, Sultan Muhammad al-Fatih menggunakan satu kaedah luar biasa. Kapal-kapal
perang dibawa melalui jalan darat ke atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn. Kapal-kapal
Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan pertahanan Byzantine menjadi
semakin lemah.

§ Tentera Islam memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik
yang besar serta mengibarkan bendera kerajaan Uthmanniyah. Namun, strategi tersebut berjaya dipatahkan dan
mengakibatkan ramai tentera Islam syahid. Tentera Islam mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Akhirnya,
baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan Kota Konstantinople pada 29 Mei 1453M.

Anda mungkin juga menyukai