Anda di halaman 1dari 2

Pola Aliran Empirisme

Kaum empiris sudah berpuas hati untuk mengembangkan sebuah sistem pengetahuan yang
mempunyai peluang besar untuk benar meskipun tidak pernah menjamin untuk mencapai kepastian
mutlak. Kaum empiris berpegang teguh dengan berpendapat bahawa pengetahuan manusia dapat
diperolehi melalui pengalaman. Bahkan pengalaman inderawi dianggap sebagai pengadilan yang
tertinggi.

Menurut Hume dalam Aceng Rachmat et al. (2011), terdapat tiga prinsip pertautan idea dalam aliran
empiris iaitu :

1. Prinsip kemiripan iaitu mencari kemiripan di antara apa yang ada di benak kita dengan
kenyataan di luar
2. Prinsip kedekatan misalnya apabila kita memikirkan sebuah rumah, maka berdasarkan prinsip
kedekatan, kita juga berfikir tentang adanya tingkap, pintu, atap dan perabot sesuai dengan
gambaran rumah yang kita perolehi melalui pengalaman inderawi sebelumnya.
3. Prinsip sebab-akibat iaitu jika kita memikirkan luka, kita pasti memikirkan rasa sakit dari
akibatnya.

Gejala-gejala Alamiah menurut anggapan kaum Empiris adalah bersifat konkrit dan dapat dinyatakan
melalui tangkapan pancaindra manusia. Sebagai contoh langit yang mendung diikuti dengan turunnya
hujan. Selain itu juga kita juga melihat adanya ciri-ciri lain seperti adanya kesamaan dan pengulangan
sebagai contoh logam kalau kita panaskan akan memanjang. Hal ini memungkinkan kita untuk
melakukan sesuatu generalisasi dari pelbagai kes yang terjadi. Dengan menggunakan metod induktif
maka pengetahuan yang berlaku secara umum dapat disusun melalui pengamatan terhadap gejala-
gejala fizik yang bersifat individual

Selain itu juga empirisme cenderung untuk menerima teori kebenaran korespondensi atau teori
kesesuaian yang menyatakan bahawa kebenaran adalah kesesuaian atau kesepadanan antara nyata
(idea) tentang kenyataan (reality) atau fakta. Kesesuaian tersebut tidak semestinya diperolehi melalui
pengalaman. mereka menginginkan pengetahuan pengenal bersesuaian dengan kenyataan atau
realiti yang ada di luar

Kelebihan dan Kelemahan Aliran Empirisme

Kelebihan empirisme tertumpu kepada fakta-fakta yang terjadi di lapangan. Aliran ini telah memberi
sumbangan yang besar kepada perkembangan bidang sains dan teknologi pada abad ke-19. Empirisme
juga adalah penyumbang utama kepada kemunculan ilmu pengetahuan moden dan penerapan
metode ilmiah untuk membangunkan peradaban Barat. Selain itu, tradisi empirisme telah
mencetuskan evolusi ilmu pengetahuan sosial dalam konteks perdebatan antara pendekatan ilmu
pengetahuan sosial dan ilmu sains tabii. Natijah daripada perdebatan tersebut, aliran ini telah
mendapat tempat yang istimewa dalam metodologi ilmu pengetahuan sosial.

Sebaliknya, kelemahan aliran empirisme adalah keupayaan empirisme untuk membuat hubungan
antara pelbagai fakta yang diperolehi adalah meragukan. Sebagai contoh, sekiranya kita mengetahui
dua fakta yang nyata seperti tangan kidal dan kepandaian manusia, bagaimana kita boleh pastikan
mengenai kaitan antara dua fakta tersebut? Apakah kaitan antara tangan kidal dan kepandaian
manusia? Oleh itu, ia menujukkan bahawa pentingnya suatu kerangka pemikiran yang memberi latar
belakang mengapa X mempunyai hubungan dengan Y.
Kelemahan aliran empirisme yang kedua adalah empirisme mempunyai kaedah penyusunan
pengetahuan yang tidak meyakinkan dan boleh dipersoalkan. Aliran ini cenderung untuk
mengumpulkan pengetahuan menjadi suatu kumpulan fakta-fakta. Sekumpulan fakta-fakta ini belum
tentu bersifat konsisten dan mungkin terdapat hal-hal yang bersifat kontradiktif. Permasalahan lain
juga timbul kerana kaedah untuk memperolehi pengetahuan dan pancaindera pula sebgai alat yang
menangkapnya. Sekiranya merujuk kepada pancaindera sebagai alat untuk menangkap gejala fizik,
maka seberapa jauh kita dapat mempercayai pancaindera tersebut? Sebagaiman kita kita tahu
bahawa keupayaan pancaindera manusia adalah terbatas. Ringkasnya, pancaindera manusia boleh
melakukan kesalahan. Ini menunjukkan bahawa kaum empiris tidak berupaya memberikan jawapan
yang meyakinkan mengenai hakikat pengalam itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai