Anda di halaman 1dari 9

QKU 3043 – SEMINAR PENDIDIKAN KESIHATAN

Dermatitis Seborea (Seborrheic Dermatitis)

NAMA : MUHAMMAD FARHAN BIN SOLIHAN

NO. MATRIK : D20161073321

PROGRAM : ISMP SAINS SUKAN (SEMESTER 6)


1. Pengenalan

Dermatitis Seborea atau Seborrheic Dermatitis merupakan sejenis penyakit kulit yang

disebabkan oleh kulat. Penyakit ini biasanya terjadi pada kulit berminyak dan sering berlaku

pada muka dada dan punggung. Tambahan pula ia boleh menjangkiti kulit kepala, muka, dan

tubuh menyebabkan kulit merah, bersisik, berkeruping, gatal, dan merah. Penyakit ini

menyebabkan kulit kering dan mengelupas. Ia biasanya menyerang kawasan kulit yang kaya

dengan kelenjar-sebum. Kelenjar sebum atau dalam bahasa inggeris ialah sebaceous gland. Ia

adalah kelenjar yang ada pada kulit yang merembeskan bahan berminyak ataupun berlilin.

Sebagai contoh pada bahagian muka, telinga, kulit kepala dan banyak lagi. Secara umumnya

ia terdapat di seluruh tubuh manusia kecuali tapak kaki dan tangan.

Dermatitis Seborea mempunyai tiga jenis :

 Seborrhea kering boleh dicirikan oleh ketidakfungsi kelenjar sebum, di mana rembesan

sebum berkurangan. Kulit menjadi sangat kering dan tompok putih. Penyakit ini adalah

perkara biasa pada kanak-kanak.

 Seborrhea berminyak pula muncul apabila terlalu banyak sebum dihasilkan. Lebihan

sebum membawa kepada perubahan dalam mikroflora kulit.


 Gabung (campuran) seborrhea - dicirikan oleh kombinasi gejala yang wujud dalam

seborrhea berminyak dan kering. Biasanya, semasa menjalani jenis dermatitis ini,

tanda-tanda seborrhea kering muncul pada kulit kepala, dan gejala seborrhea berminyak

muncul di muka. Seborrhea campuran boleh berlaku dalam bentuk kronik. Rawatan

penyakit ini sepatutnya panjang dan menyokong. Sebagai peraturan, pada musim panas,

manifestasi penyakit menurun, dan pada musim gugur, gejala menjadi akut.

Dermatitis Seborea boleh menjadi teruk dan parah jika seseorang itu mempunyai sistem imun

yang rendah dan tidak menjaga kebersihan diri. Selain itu, penyakit ini bukan sejenis penyakit

yang berjangkit kepada orang lain dan ia tidak mempengaruhi kondisi kesihatan secara umum.

Sebaliknya ia akan menyebabkan ketidakselesaan pesakit untuk melakukan kerja-kerja

seharian dan mempengaruhi penampilan diri seseorang. Seterusnya akan mengurangkan tahap

keyakinan pesakit untuk berhadapan dengan orang. Penyakit ini dihadapi oleh pesakit dalam

masa yang lama dan memerlukan rawatan secara berulang – kali sehingga baik.
1. Rupa Dan Bentuk Dermatitis Seborea
2. Bagaimana Dermatitis Seborea Merebak

Secara klinikalnya, punca penyakit ini masih tidak diketahui secara tepat dan spesifik tetapi

banyak faktor yang telah dikaitkan. Antaranya ialah yis atau kulat yang bernama Malassezia

furfur atau Pityrosporum ovale. Kulat ini selalunya dijumpai pada kulit manusia dan

menyebabkan penyakit kulit seperti Tinea versicolor. Kulat ini juga hidup dalam persekitaran

yang lembab atau kering basah. Akan tetapi pendapat serta pandangan tentang Dermatitis

Seborea berpunca dari kulat masih lagi dalam kajian untuk disahkan

Selain itu, penyakit ini juga dikaitkan dengan sistem yang ada pada tubuh manusia seperti

sistem imun dan sistem saraf. Seseorang yang mempunyai sistem imun yang rendah selalunya

mudah mendapat penyakit seperti ini dan penyakit yang lain. Oleh itu, tindakan berjaga – jaga

boleh diambil jika tanda – tanda awal penyakit ini mula ada pada kulit pesakit. Seterusnya, ia

juga berpunca dari kekurangan nutrisi dari makanan sihat. Nutrisi penting untuk tubuh manusia

dan sistem imun badan meningkat. Tambahan pula sistem imun boleh meningkat dengan

pengambilan makanan tambahan seperti bawang puith, lemon, madu dan banyak lagi.

Psoriasis juga sejenis penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat

dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit

kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain

termasuk kuku. Keradangan dari penyakit psoriasis juga antara punca penyakit Dermatitis

Seborea.

Tambahan pula, cuaca atau musim boleh menjadi punca penyakit Dermatitis Seborea terjadi.

Ini kerana kulat Malassezia furfur hidup dalam keadaan yang lembap. Hal ini menyebabkan

mudah bagi kulat itu merebak ke tubuh manusia. Penyakit ini juga berpunca dari menggunakan

sabun atau syampo yang mempunyai bahan sodium laureth sulphate (SLS). Sisa SLS akan
mengikat kelembapan diatas kulit, dan sifat SLS yang kering akan menyebabkan ia mengeluap

dan memburukkan lagi keadaan

Bagi kanak-kanak atau bayi, pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan

penyakit ini terjadi. Selain berlebihan vitamin A, kekurangan vitamin B6 dan B2 juga boleh

menjadi punca kepada penyakit Dermatitis Seborea ini terjadi pada kanak-kanak

3. Akibat Dermatitis Seborea Kepada Mangsa

Kesan yang ketara pada mangsa ialah kuping putih dan kulit kemerah-merahan akan timbul.

Selepas itu, parut atau kesan pada kulit akan kekal jika dibiarkan. Kuping yang wujud akan

meninggalkan kesan tompok putih jika tidak dirawat secara serius. Kulit yang tidak sekata pada

tubuh manusia akan terjadi semasa penyakit ini terjadi atau selepas penyakit sembuh.

Tambahan pula penyakit Dermatitis Seborea ini sejenis penyakit yang gatal dan mendorong

pesakit untuk menggaru seterusnya menyebabkan luka pada kulit.

Selain itu, ketidakselesaan unutk melakukan kerja seharian. Selain itu, jika ia menjadi semakin

parah, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit mental seperti depresi kerana

keyakinan diri seseorang itu menurun untuk berhadapan dengan masyarakat.

Kesan sampingan kepada keradangan mungkin termasuk kehilangan rambut sementara.

Sekiranya ia berlarutan tanpa dirawat bagi tempoh jangka masa yang lama, kehilangan rambut

kekal mungkin berlaku akibat kerosakan pada folikle rambut.

Jika penyakit ini tidak dirawat dalam jangka masa yang lama, ia akan mengganggu sistem

dalam badan seperti sistem imun dan sistem saraf. Sistem imun akan menurun secara mendadak

yang boleh mengakibatkan pesakit menghidapi pelbagai penyakit. Tambahan sistem saraf juga

akan terganggu dan akan terjadi penyakit kronik seperti Parkinson.


4. Cara Merawat Dermatitis Seborea

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan sabun atau syampo yang mempuyai unsur

arang atau sapuan losyen asid salisilik yang akan membantu membuang lebihan kuping pada

kulit. Selain itu, sapuan cecair 1% terbinafine juga membantu untuk membuang kuping pada

bahagian kepala.

Selain itu, radiasi ultraviolet atau pendedahan kulit pada suhu rendah (Cryotherapy).

Cryotherapy adalah rawatan klinikal yang menggunakan kaedah suhu beku setempat untuk

mematikan saraf yang menyebabkan penyakit ini. Cryotherapy juga digunakan sebagai kaedah

merawat beberapa kawasan kanser (disebut cryosurgery), seperti kanser prostat dan untuk

merawat sel-sel kulit yang tidak normal oleh ahli dermatologi. Oleh itu, rawatan ini akan

merencatkan pertumbuhan Malassezia furfur.

Dari segi pemakanan pula, pesakit perlu mengelakkan makanan yang bergoreng dan pedas.

Makanan bergoreng boleh menyebabkan produksi minyak pada kulit muka dan kepala,

sehingga menyebabkan kulat itu berkembang. Makanan pedas pula sama seperti makanan

bergoreng yang boleh meningkat produksi minyak. Tambahan ia boleh meningkatkan suhu

badan seterusnya meransang peluh pada bahagian kepala.

5. Cara – Cara Mengelak Dari Terkena Dermatitis Seborea

Antara cara-cara yang boleh mengelakkan dari terkena penyakit Dermatitis Seborea adalah

dengan mengelakkan diri dari terkena matahari dalam jangsa masa yang lama. Suhu panas akan

menyebabkan kulit kepala dan muka menjadi kering. Seterusnya akan menyebabkan

pertumbuhan Malassezia furfur.


Sodium laureth sulphate (SLS) merupakan punca kepada penyakit ini. Oleh itu disarankan

unutk menggunakan SLS pada bahagian kulit badan. Selalunya SLS ada pada sabun dan

syampu yang kita gunakan. SLS akan mengikat kelembapan diatas kulit, dan sifat SLS yang

kering akan menyebabkan ia mengeluap dan memburukkan lagi keadaan

Selain itu, elakkan diri dari mengambil makanan yang berunsur pedas dan bergoreng. Makanan

pedas akan meningkatkan suhu badan dann merangsang peluh keluar dari badan. Ini

mengakibatkan pertumbuhan kulat Malassezia furfur merebak dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai