Anda di halaman 1dari 127

Abu Abdullah Muhammad ibn Yazid Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, (Jordan: Baitul Afkar Al

Dauliyyah, 2004), h. 219

penyelesaian konflik. Tertuang juga dalam Al-Qur’an Surat an-Nisa’ ayat 114, (QS. An-

nisa’: 114 (Q.S. Al Hujurat: 9-10

BAB I

PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan
Penyelidikan ini mengkaji peranan badan pemberi hidmat nasihat yang dikenali

sebagai Badan Penasihat Perkahwinan, Perselisihan dan Perceraian (BP4). BP4 adalah

pertubuhan semi Kerajaan yang berperanan memberi hidmat nasihat kepada institusi

keluarga, membina masyarakat supaya menjalani hidup dengan harmoni melalui

“program keluarga sakinah” dan membantu Pengadilan Agama dengan menyediakan

pengantara (mediator) dalam proses mediasi dan menyediakan hakam dalam kes shiqaq.

1.2. Latar Belakang Kajian

Di era globalisasi ini, institusi kekeluarga menerima cabaran hebat disebabkan

kehidupan masyarakat yang lebih bersifat kebendaan, selfish, individualis, serta kontrol

sosial sangat lemah sehingga hubungan suami, isteri, anak-anak dan masyarakat menjadi

terancam.1 Data perceraian di Kabupaten Bantul daripada tahun 2009 sehingga tahun

2014 menunjukkan peningkatan setiap tahunnya.

No. Tahun Cerai Talak Cerai Gugat Jumlah


1 2009 330 616 946
2 2010 343 697 1040
3 2011 377 759 1136

1
T.O. Ihromi (1999), Bunga Rampai Sosiologi Keluarga. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia, h. 284-301.

1
4 2012 470 729 1199
5 2013 415 915 1336
6 2014 423 945 1368
Sumber: Pejabat Kementerian Agama Kabupaten/Kota Yogyakarta

Data di atas menunjukkan bahawa institusi keluarga semakin jauh dari tujuan

perkahwinan, iaitu mendapatkan ketenangan, ketenteraman dan kasih sayang. Data di atas

juga menimbulkan gambaran negatif kepada BP4, kerana BP4 yang bertanggungjawab

menangani permasalahan keluarga dan membina keluarga menjadi keluarga sakinah.

BP4 mempunyai dua peranan untama. Pertama, membantu Kementerian Agama

membina masyarakat menjadi keluarga yang sakinah melalui program-program dan

aktiviti kemasyarakatan yang bersesuaian dengan keadaan semasa di masyarakat. Ada

beberpa isu yang akan dikaji mengenai peranan BP4 kepada Kementerian Agama, iaitu

apa sahaja usaha - usaha BP4 untuk membina keluarga menjadi keluarga yang sakinah.

Bagaimanakah pelaksanaan dan praktikalnya di masyarakat. Bagaimanakah BP4

menangani dan menyelesaikan keluarga-keluarga yang bermasalah sehingga

permasaalahan tersebut tidak dipanjangkan kepada Pengadilan Agama.

Kedua membantu Pengadilan Agama menangani kes yang didaftarkan di

Pengadilan Agama. Tugas BP4 adalah menyediakan hakam bagi kes shiqaq yang

dikuatkuasakan oleh Undang-undang Nomor 7 Tahun 1989 yang digubal menjadi

Undang-undang Nomor 3 Tahun 2006 dan digubal lagi menjadi Undang-undang Nomor

50 Tahun 2009 Tentang Peradilan Agama2 dan menyediakan pengantara (mediator)

yang dikuatkuasakan oleh Peraturan Mahkamah Agung (PERMA) Nomor 1 Tahun 2008

Tentang Mediasi.3

Bagi hakam dan mediator pula, penulis akan menganalisis keduanya daripada

2
Undang-undang Nomor 7 Tahun 1989 yang digubal menjadi Undang-undang Nomor 3 Tahun 2006 dan
digubal lagi menjadi Undang-undang Nomor 50 Tahun 2009 Tentang Peradilan Agama. Perubahan Undang-
undang ini berkenaan dengan prosedur dan proses serta kaedah penyelesaian kes di Pengadilan Agama.
3
Peraturan Mahkamah Agung No. 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama.

2
sudut hukum Islam mahupun undang-undang terhadap isu-isu yang dibangkitkan,

antaranya:

Pertama, daripada sudut tugas hakamain dan mediator. Mediator menangani

semua kes yang didaftarkan di Pengadilan Agama, hakam pula hanya menangani kes

shiqaq. Hal ini telah menimbulkan persoalan, bagaimanakah fungsi hakam sekiranya kes

tersebut sudah berjaya ditangani melalui proses kaedah mediasi? Hal ini disebabkan

semua kes harus melalui proses mediasi terlebih dahulu sebelum dibicarakan, sabitan

shiqaq pula hanya dapat diketahui selepas kes dibicarakan, iaitu selepas sidang pertama.

Kedua, daripada sudut kedudukan Undang-undang. Kedudukan hakam secara

hirarki4 undang-undang lebih tinggi daripada mediasi yang dikuatkuasakan oleh PERMA.

Kedudukan ini seharusnya memberi keistimewaan kepada hakam apatah lagi dikuatkan

oleh dalil Al-Qur'an, surah an-Nisa ayat 35. Maka menjadi ibadah memilih hakamain

menjadi pihak ketiga dalam penyelesaian masalah.

Ketiga, daripada sudut prinsip hukum yang dikenali sebagai “peraturan yang

baharu menafikan peraturan yang lama” (lex posterior derogat priori). Adakah prinsip

hukum ini berlaku kepada kaedah hakam dan mediasi? Apabila semua kes ditangani oleh

mediator termasuk kes shiqaq, maka hakam menjadi tidak diperlukan, sebabnya sudah

dimansukh oleh kaedah mediasi.

Dari huraian di atas, penyelidikan ini akan membahas secara menyeluruh dua

peranan BP4 tersebut dan isu-isu yang dibangkitkan, sama ada dari aspek undang-undang

mahupun pelaksanaannya dalam menangani keluarga di Bantul Yogyakarta.

1.3. Permasalahan Kajian

4
Hirarki bermaksud level yang ada dalam Undang-undang daripada level rendah sehingga yang tertinggi dilihat
daripada jawatankuasa yang memperuntukkannya. Undang-undang di Indonesia dikuatkuasakan oleh Dewan
Perwakilan Rakyat (DPR). PERMA pula dikuatkuasakan oleh Mahkamah Agung. DPR lebih tinggi posisi
levelnya daripada Mahkamah Agung dalam pemerintahan Indonesia.

3
Seperti yang telah termaktub dalam latar belakang masalah, maka pengkaji akan

mengemukakan beberapa rumusan permasalahan kajian, iaitu:

1.3.1. Bagaimanakah kaedah hakam dan mediasi dalam perspektif Islam dan

Perundangan di Indonesia?

1.3.2. Bagaimanakah Peranan BP4 kepada Kementerian Agama dan Pengadilan

Agama dalam membina keluarga sakinah dan menangani kes-kes perceraian di

Bantul Yogyakarta Indonesia?

1.3.3. Bagaimanakah kedudukan hakam selepas adanya PERMA Nomor 1 Tahun

2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama?

1.4. Objektif Kajian

1.4.1. Menjelaskan hakam dan mediasi menurut perspektif Islam dan Undang-

undang di Indonesia.

1.4.2. Menganalisis peranan BP4 kepada kementerian Agama dan pengadilan Agama

dalam membina keluarga sakinah dan menangani permasalahan keluarga di

Bantul Yogyakarta, Indonesia.

1.4.3. Menganalisis kedudukan hakam selepas adanya PERMA Nomor 1 Tahun

2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dikuatkuasakan.

1.5. Kepentingan Kajian

1.5.1. Kajian ini untuk melihat usaha Kerajaan Indonesia menangani masalah

perceraian di Bantul melalui peranan BP4 kepada Kementrian Agama Bantul

Yogyakarta Indonesia secara teori mahupun praktikal di masyarakat.

1.5.2. Kajian ini juga ingin melihat Peranan BP4 kepada Pengadilan Agama dalam

menangani kes perceraian di Indonesia melalui kaedah hakam dan mediasi.

4
1.5.3. Kajian ini merupakan satu sumbangan akademik dan khazanah keilmuan

dalam bidang hukum Islam bagi para pecinta ilmu hukum, khususnya kepada

mereka yang ingin mendalami ilmu hukum keluarga Islam Indonesia.

1.6. Definisi Tajuk

1.6.1. Peranan

Peranan berasal dari “peran”. Dalam kamus bahasa Indonesia peran diberi erti

melakukan suatu peranan (satu bidang kerja). Sedangkan peran iaitu sesuatu yang

menjadi bahagian.5 Dengan itu peranan dapat diertikan sebagai sesuatu yang menjadi

bagian dalam sesebuah kerja,6 bererti, peranan adalah sesuatu yang boleh melakukan

satu tindakan atau kuasa yang dilakukan oleh seseorang individu, lembaga (istitusi)

dalam mencapai matlamat yang baik.7

1.6.2. BP4

BP4 adalah singkatan daripada Badan Penasehatan Perkawinan, Perselisihan

dan Perceraian (BP4) iaitu satu pertubuhan yang berada di bawah Kementrian Agama

untuk menangani masalah keluarga Islam, sama ada sebelum berkahwinan, selepas

berkahwin, berlakunya perselisihan, sehinggalah masalah yang boleh membawa

kepada perceraian.8

1.6.3. Kes Perceraian

5
Poerwadarminta (1985), Kamus Umum Bahasa Indonesi. Jakarta: Balai Pustaka, h. 735.

6
Soerjono Soekamto (1985), Sosiologi Suatu Pengantar. Jakarta: Yayasan Penerbit Universitas Indonesia, h.
237.

7
Poerwadarminta (1985), op.cit, h. 735.

8
Tim Penulis BP4 DIY (1998), Anggaran Dasar dan Anggaran Rumahtangga. Yogyakarta: BP4 DIY, h. 4.

5
Merujuk kepada masalah-masalah yang boleh membawa kepada perceraian,

seperti ketidakharmonian, pergaduhan, pertikaian, harta dan anak-anak. Oleh itu, BP4

mempunyai tugas untuk menangani keluarga-keluarga yang mempunyai masalah-

masalah tersebut.

1.7. Skop Kajian

Di Indonesia, lembaga hukum yang bergerak dalam bidang nasihat berkembang

dengan segala bentuk, visi dan misi masing-masing baik yang bersifat NGO ataupun

kerajaan. Pakej nasihat yang ditawarkan oleh segolongan orang yang dinamakan

“Pengacara Hukum (peguam)”,9 “Kuasa Hukum”10 atau “Bantuan Hukum"11 dalam satu

wadah yang dinamakan “Lembaga Bantuan Hukum” dan lainnya yang mempunyai

peranan dalam menyelesaikan pertikaian keluarga di Indonesia.

Oleh itu, skop kajian dalam penyelidikan ini hanya fokus membahas BP4 sahaja

iaitu menelaah peranan BP4 dalam menangani keleuarga yang meliputi tiga persoalan

sebagaimana telah disebutkan dalam permasalahan kajian.

1.8. Kajian Literatur

Penyelidikan ini berhubungkait dengan nasihat dan kaedah manangani masalah.

Para sarjana telah menulis tajuk-tajuk yang berkaitan dengan nasihat dan kaedah

menangani masalah tersebut, sama ada dalam bentuk buku mahupun karya ilmiah.

9
Istilah pengacara hukum atau peguam adalah merujuk kepada praktisi hukum yang mempunyai sartificate yang
diiktiraf untuk menyelesaikan masalah di mahkamah..

10
Istilah kuasa hukum adalah istilah am yang merujuk kepada seseorang yang ditunjuk untuk menyelesaikan
perkara di mahkamah walaupun tidak mempunyai sijil. Hidmat kuasa hukum ini apabila pihak yang berperkara
ada masalah atau keuzuran sehingga tidak boleh atau dianggap tak mampu secara hukum.

11
Istilah ini merujuk kepada satu usaha daripada pihak yang prihatin dengan keadaan keluarga sehingga
menawarkan hidmat dalam menyelesaikan masalah di mahkamah adakalanya tanpa meminta bayaran dan secara
percuama.

6
Tulisan-tulisan yang mendeskripsikan nasihat untuk khalayak umum dan permasalahan

yang sederhana seperti faktor-faktor timbulnya masalah, kaedah menangani masalah,

kaedah yang digunapakai dalam menangani permasalahan yang sepatutnya diperlukan

dalam aspek memberi nasihat khususnya kepada mereka yang terlibat sebagai pemberi

nasihat yang harus menguasai ilmu tersebut, ditulis Hibana S. Rahman 12 dalam bukunya

“Bimbingan & konseling Pola 17” menerangkan pentingnya bimbingan dan mengetahui

kaedah sesuai yang boleh digunapakai dalam menyelesaikan masalah. Pembahasan yang

sama juga ditulis oleh Bimo Walgito13 yang menekankan nasihat kepada para pelajar

sekolah sebagai pengenalan lebih awal tentang sesebuah permasalahan di masyarakat.

Arifin,14 pula menerangkan kepentingan nasihat bagi masyarakat dan memberikan

kaedah-kaedah yang bersesuaian supaya diterima oleh masyarakat.

Tulisan mengenai hakam pula adalah khidmat nasihat yang diberkan kepada

suami isteri yang mempunyai permasalahan serius dan dipanjangkan ke Pengadilan

Agama ditulis oleh Budi Setiawan15 yang menerangkan perbandingan hakam daripada

perspektif imam mazhab dan undang-undang dan menerangkan peranan hakam di

Pengadilan Agama, jenis perkara yang ditangani. Selain itu projek yang ditulis oleh

Hidayati Hunuban16 membahas pandangan hukum sivil dan hukum Islam tentang hakam

dan fungsinya, serta membahas peranan BP4 dalam menyediakan hakam untuk

menyelesaikan isu shiqaq.

12
Hibana S. Rahman (2003), Bimbingan & Konseling Pola 17. Yogyakarta : UCY Press.

13
Bimo Walgito, (1983), Bimbingan Dan Penyuluhan Di Sekolah. Yogyakarta: Yayasan Penerbit Psikologi
UGM.

14
Arifin, M.E.D. (1979), Pokok-Pokok Tentang Bimbingan Dan Penyluhan Agama. Jakarta: Bulan Bintang.

15
Budi Setiawan (2006), “Hakam Menurut Imam Mazhab dan Undang-undang Nomor 7 Tahun 1989 Tentang
Peradilan Agama, Serta Peranannya Dalam Menyelesaikan Sengketa Perceraian, (Studi Kasus Pengadilan
Agama Jakarta Utara).”
16
Hidayati Hanubun (2008), “Kedudukan dan Kewenangan Hakam Dalam Penyelesaian Masalah Syiqaq
Menurut Hukum Positif dan Hukum Islam (Studi Kasus di BP4 Ciputat).”

7
Selain hakam, peranan menangani permasalahan di Pengadilan Agama juga

dilakukan oleh mediator melalui proses mediasi. Buku-buku yang membahas mediasi

pula ditulis oleh Musahadi17 yang menerangkan mediasi sebagai kaedah bagi

menyelesaikan konflik di Indonesia. Susanti Adi Nugroho18 pula menyatakan bahawa

mediasi sebagai alternatif penyelesaian pertikaian. Syahrizal Abbas19 yang menerangkan

mediasi dari sudut hukum Islam, hukum sivil dan hukum adat di Indonesia.20 Takdir

Rahmadi21 pula membahas kemampuan yang harus dimiliki oleh mediator untuk

berunding dan mendapatkan kesepakatan. Menurut John Michael Hoynes, menyatakan

bahwa di dalam mediasi, ada beberapa prinsip yang harus diketehaui oleh mediator

supaya mediator tetap berada keluar dari objek mediasi.22

Proses madiasi mempunyai kesamaan dengan sulh yang digunakan oleh Mahkamah

Syariah Selangor dengan takrif sebagai berikut:

“Majlis perbincangan bersama di antara pihak-pihak yang terlibat didalam suatu

pertikaian, melibatkan satu atau lebih tuntutan di Mahkamah Syariah Selangor dengan

dipengerusikan oleh Pegawai Sulh dan seandainya satu persetujuan secara damai tercapai secara

sukarela antara kedua-dua pihak, ianya akan di rekodkan oleh Hakim sebagai satu perintah

mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan. Sulh hanya boleh dibuat selepas berlakunya

perceraian sahaja atau permohonan poligami.”

17
Musahadi (2007), Mediasi dan Resolusi Konflik di Indonesia, Semarang: Walisongo Mediation Center.
18
Susanti Adi Nugroho (2009), Mediasi Sebagai Alternatif Penyelesaian Sengketa, Jakarta: PT. Telaga Ilmu
Indonesia. Perbincangan ini boleh juga dilihat dalam Gunawan Widjaja (2001), Alternatif Penyelesaian
Sengketa Jakarta: Raja Grafindo Persada. Rachmadi Usman (2003), Pilihan penyelisihan sengketa di Luar
pengadilan. Bandung: PT Citra Aditya Bakti. Bambang Sutiyoso (2008), Hukum Arbitrase dan Alternatif
Penyelesaian Sengketa. Yogyakarta: Gama Media. Khotibul Umam (2010), Penyelesaian Sengketa diluar
Pengadilan. Yogyakarta: Pustaka Yustisia. Munir Fuady (2000), Arbitrase Nasional (Alternatif Penyelesaian
Sengketa Bisnis). Bandung: Citra Aditya Bakti.
19
Syahrizal Abbas, Mediasi Dalam Perspektif Hukum Syariah, Hukum Adat dan Hukum Nasional, Jakarta :
Kencana, 2011, hlm. 2.
20
Perbincangan ini juga boleh dilihat dalam Muhammad Saifullah (2009), Mediasi Dalam Tinjauan Hukum
Islam dan Hukum Positif di Indonesia. Semarang: Walisongo Press.
21
Takdir Rahmadi (2010), Mediasi Penyelesaian Sengketa Melalui Pendekatan Mufakat. Jakarta: Raja
Grafindo.
22
John Michael Hoynes et al (2004), Mediation: Positive Conflict Management. New York: SUNY Press.

8
Buku-buku yang membahaskan tentang sulh diantaranya ditulis oleh Raihanah Hj.

Azahari yang membahas konsep sulh dalam Islam23 dan praktikalnya dalam kekeluargaan

Islam,24 dan lebih jauh menghuraikan sulh dalam perundangan Islam. Sheikh Ghazali bin

Haji Abdul Rahman (2000),25 Sulh Dalam Perundangan Islam, dalam Jurnal Undang-

undang IKIM, Vol. 4 No.2 juga ada membahaskan tentang sulh dalam perundangan Islam

dan beliau membandingkannya dengan konsep hakam.26

Sementara mediasi yang ditakrifkan oleh MMC (Malaysian Mediation Centre)

dinyatakan seperti berikut:

“It’s a voluntary process in which an impartial third party known as mediator,

assists parties involved in a dispute to resolve their differences in an amicable

manner.”

MMC secara ringkasnya telah dilancarkan oleh Majlis Peguam Malaysia pada 6

November 1999 yang bertujuan untuk mempromosikan mediasi sebagai kaedah alternatif

penyelesaian kes dan menyediakan prasarana yang sesuai untuk pelaksanaan mediasi.

Perancangan untuk melaksanakan mediasi telahpun wujud sejak Jawatankuasa

Penyelesaian Pertikaian Secara Alternatif (ADR) dilantik pada tahun 1995.

Adapun tulisan yang membahas mengenai mediasi di Malaysia juga banyak ditulis

oleh para sarjana diantaranya;

23
Raihanah Azhari (2005), Konsep Sulh dalam Islam. Penyelesaian Konflik Keluarga di Mahkamah Syariah:
Peranan Sulh dan Keberkesanannya. (Kertas Kerja Seminar Isu-isu Mahkamah Syariah VII di Kulliyyah
Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Gombak.
24
Raihanah (2008), Sulh Dalam Kes Kekeluargaan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

25
Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman (2000), Sulh Dalam Perundangan Islam, dalam Jurnal Undang-
undang IKIM, Vol. 4 No.2

26
Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman (1998), “Sulh dan Hakam dalam Undang-undang Keluarga
Islam”,,Undang-undang Islam dan Wanita di negara-negara ASEAN. Kuala Lumpur: IKIM.

9
Salleh Buang,27 memberikan kursus mediasi di Mahkamah Syariah selangor Darul

Ehsan, Nora Abdul Hak (2008),28 juga menerangkan mediasi keluarga; sifat dan dan

prosesnya. Seterusnya Syed Khalid Rashid (2002),29 menghuraikan resolusi penyelesaian

alternatif melalui mahkamah tidak formal atau dikenali sebagai mediasi. Nordin Kardi

dan Mohamed Fadzil Che Din30 yang membahas mengenai Eika Kaunseling dan juga kod

etika yang ditetapkan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).31

Secara praktikalnya, ada dibahaskan oleh Abu Bakar bin Haji Mohd Daud

(2003),32 Tulisan yang sama juga dibahaskan oleh Atras Mohamad Zin (2005),33 dan

beliau menekankan bahawa pentingnya penyelesaian konflik melalui sulh.34

Ilmu psikologi juga sangat diperlukan dalam memahami orang lain sehingga

memudahkan untuk memberi nasihat yang bermanfaat. Oleh itu, pentingnya mengetahui

ilmu psikologi dalam memberikan kaunseling kepada orang lain. Singgih D. Gunarsa35

menerangkan konsep kaunseling dan terapi psikologi dalam menyelesaikan masalah yang

berkaitan dengan dalaman seseorang dan bagaimana menyelesaikannya melalui

27
Salleh Buang (2002), Mediasi Keluarga; Sifat Dan Dan Prosesnya (Kertas Kerja Kursus Mediasi Mahkamah
Syariah Selangor Darul Ehsan di hotel Quality, Shah Alam, 22-24 2002)

28
Nora Abdul Hak (2008) “Familiy Mediation: Its Characteristics and Process”. The Malayan Law Journal
Articles. Jil. 4, Asia: Lexis Nexis, 2008.

29
Syed Khalid Rashid (2002). Alternative Dispute Resolution: the Emerging New Trend of Informal Justice
(Kertas Kerja Tenth Inaugral Lecture di International Islamic University Malaysia, 8 Oktober 2002).
30
Nordin Kardi et al (2000), Etika Kaunseling. Modul Pembelajaran Jarak Jauh, ideal. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
31
Persatuan Kaunseling Malaysia, http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/polisihr/kodetika/kodetika.html, 10
Juni 2015.
32
Abu Bakar bin Haji Mohd Daud (2003), Sulh: Perlaksanaan dan Isu, Pengalaman di Mahkamah Syariah
Selangor, (Kertas Kerja Kursus di Institut Latihan Islam Malaysia).
33
Atras Mohamad Zin (2005), Amalan dan Permasalahan Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, (Kertas
Kerja Seminar Isu-isu Syariah VII, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).
34
Atras Mohamad Zin (2005), Penyelesaian Konflik Keluarga Di Mahkamah Syariah: Peranan Sulh Dan
Keberkesanannya. (Kertas Kerja di Seminar Isu-isu Mahkamah Syariah, Gombak: Kulliyyah Undang-undang
Ahmad Ibrahim, UIAM).

35
Singgih D. Gunarsa (1996), Konseling dan Psikoterapi. Jakarta : Gunung Mulia

10
kaunseling dan psikoterapi. Juga buku yang ditulis olehAinur Rahim Faqih36 dalam

“Bimbingan dan Konseling dalam Islam” yang menerangkan bahawa bimbingan itu

semata-mata tidak kepada orang Islam yang memerlukan sahaja tetapi juga kepada orang

yang bukan Islam bahkan seorang yang mampu menyelesaikan permasalahan dengan baik

mereka juga dikatakan berjaya dalam dakwah sebagaimana yang diterangkan dalam buku

yang ditulis oleh H.M Arifin.37

Kemudian buku yang ditulis Siti Zulaikha Md Nor,38 yang menerangkan

kaunseling menurut perspektif Islam, sebagai perbandingan juga dirujuk karya Rizal Abu

Bakar yang juga menghuraikan kaunseling daripada sudut Islam,39 juga tulisan Mizan

Adiliah, Wan Mohd Fazrul Azdi & Hanit Osman dengan tajuk yang sama dan mengenai

kaunseling dalam Islam,40 Ishamuddin Ismail,41 pula membahas kaunseling kontemporari.

Seterusnya tulisan Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip,42 yang membahas

kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang konselor dalam menangani permasalahan.

Mohd Salleh Lebar,43 Juga membahas mengenai bimbingan oleh para guru kepada para

36
Ainur Rahim Faqih (2001) Bimbingan Dan Konseling Dalam Islam. Yogyakarta: UII Press.

37
H.M Arifin (2000), Psikologi Dakwah. Jakarta: PT. Bumi Aksara.

38
Siti Zulaikha Md Nor (2002), Kaunseling Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
39
Rizal Abu Bakar (2009), Kaunseling daripada Perspektif Islam. Apa, Mengapa dan Bagaimana.
40
Mizan Adiliah, Wan Mohd Fazrul Azdi & Hanit Osman (2006), Kaunseling dalam Islam. Nilai: Kolej
Universiti Islam Malaysia.
41
Ishamuddin Ismail (1996), Persepsi Kaunseling Kontemporari. Kuala Lumpur: Pusat Ilmu Jelatek.
42
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip et al (2009), Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur:
PTS Professional.
43
Mohd Salleh Lebar (1993), Bimbingan dan Kaunseling: Tugas Guru dan Kemahiran Asas. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.

11
pelajarnya. Noor Arifah Bujang,44 mengkaitkan kaunseling dengan akhlak. Othman

Mohamed,45 Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan Dalam Kaunseling.

Bermakna nasihat sememangnya diperlukan untuk membina keluarga yang baik

sebagaimana yang dikemukan oleh Tohari Musnamar,46dalam bukunya “ Dasar-Dasar

Konseptual Bimbingan dan Konseling Islami” iaitu pentingnya ketenangan (sakinah)

untuk mendapatkan keluarga yang ideal iaitu menjadi khalifah-khalifah di bumi, yang

bertaqwa kepada Allah. Dewa Ketut Sukardi,47 menambahkan bahawa dalam interaksi,

nasihat dan pemberi nasihat terdapat satu aturan yang disebut kod etik dan untuk menjadi

pemberi nasihat mesti memiliki ilmu dan kemahiran yang bagus serta keperibadian yang

baik.

Seterusnya buku Pedoman Konseling Perkawinan48 memaparkan pedoman bagi

konselor Badan Penasihatan, Pembinaan dan Pelestarian Perkawinan (BP4). Terutama,

bagi mereka yang bertugas di BP4 tingkat kecamatan. Tak ketinggalan, ada juga turut

disebutkan mengenai kaedah dan teknik kaunseling perkahwinan.

Kedua, ditinjau secara praktikal iaitu, buku yang ditulis BP449 yang bertajuk

Petunjuk Pelaksanaan Penasihatan Dan Konsultasi Perkawinan. Menerangkan satu

kaedah dan menunjukkan teknik yang berkesan dalam pelaksanaan nasihat yang

44
Noor Arifah Bujang (T.t.h.), Akhlak Islam Dalam Kaunseling.
45
Othman Mohamed (2005), Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan Dalam Kaunseling. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

46
Tohari Musnamar (1992), Dasar-Dasar Konseptual Bimbingan dan Konseling Islami. Yogyakarta: UII Press.

47
Dewa Ketut Sukardi (1985), Pengantar Teori (Suatu uraian Ringkas). Jakarta: Ghalian Indah.

48
Tim Penulis Depag (2004), Pedoman Konseling Perkawin. Jakarta:Departemen Agama RI.

49
Tim Penulis BP4 Pusat (1987), Petunjuk Pelaksanaan Penasihatan Dan Konsultasi Perkawinan. Jakarta: BP4

Pusat.

12
bermanfat bagi BP4 seluruh Indonesia. Usaha BP4 ini diteruskan oleh Departemen

Agama. RI.yang kemudian mengeluarkan modul50 sebagai pemudah cara dalam

memberikan nasihat kepada masyarakat yang hendak melakukan perkahwinan. Selain itu

modul,51Modul Keluarga Bahagia Sejahtera, yang menerangkan tentang

mengembangkan masyarakat yang sejahtera bermula daripada keluarga yang bahagia.

Buku Pedoman Pembinaan Keluarga Sakinah juga memberi gambaran dan beberapa

informasi tentang pembinaan keluarga sakinah bagi pasangan calon pengantin dan menjelaskan

secara teknikal pembinaan keluarga sakinah dalam pengurusan rumahtangga.52Buku Pintar

Keluarga Muslim53 juga memberikan bimbingan kepada calon keluarga muslim untuk dipelajari

10 hari sebelum akad nikah berlangsung. Maka, keluarga sakinah dapat diterapkan dan menjadi

panduan dalam keluarga sehingga terciptanya rumahtangga yang bahagia sejahtera lahir dan batin,

serta memperoleh keselamatan hidup di dunia dan di akhirat nanti.Hasil daripada keluarga

bahagia dan sejahtera inilah kelak akan mewujudkan masyarakat yang rukun, damai serta makmur

dari segimaterial dan spiritual.

Keluarga bahagia adalah keluarga yang boleh menjalankan peranan dan

tanggungjawab dengan baik dan saling memahami antara sesama keluarga agar boleh

mengelakkan daripada berlakunya pertikaian sebagaimana ditulis oleh Kamal Mukhtar.54

Selain itu ada pula buku yang menerangkan konsep keluarga dalam ilmu sosiologi yang

50
Tim Penulis Depag (2001), Modul TOT Kursus Calon Pengantin, Project Peningkatan Kehidupan Keluarga
Sakinah. Jakarta: Departemen Agama RI.

51
Tim Penulis Depag, (1990/1991), Modul Keluarga Bahagia Sejahtera, Project Peningkatan Peranan Wanita.
Jakarta: Departemen Agama RI.

52
Tim Penulis BP4 Semarang (1997), Pedoman Pembinaan Keluarga Sakinah. Semarang: BP4 Semarang.

53
Tim Penulis BP4 (2001), Buku Pintar Keluarga Muslim Semarang: BP4 Semarang.

54
Kamal Mukhtar (1993), Asas-asas Hukum Islam Tentang Perkawinanan, c. 3. Jakarta: Bulan Bintang.

13
ditulis T.O. Ihromi55dan buku yang ditulis oleh Prof. Dr. Khoiruddin Nasution56yang

menerangkan tentang konsep hubungan suami isteri dalam keluarga. Seterusnya tentang

perbandingan hukum keluarga Islam di beberapa Negara yang ditulis oleh Taher

Mahmood.57

Adapun kitab turast yang membahas tentang keluarga antaranya, iaitu As-Sayyid

Sabiq,58 An-Nawawi59 Wahbah Zuhaili,60 Abu al Ainain Fatah.

Muhammad,61Abdurrahaman al-Zaziry62 secara khas membahas tentang konsep-konsep

yang berhubungkait dengan penyelidikan ini iaitu permasalahan mengenai perselisihan

keluarga dan cara menanganinya melalui hakamain. Selain buku-buku turats yang

membahas tentang hakamain dan pelaksanaannya, buku yang membahas tentang mediasi

juga menjadi fokus dalam penyelidikan ini. Untuk mengetahui mediasi secara

menyeluruh terdapat beberapa buku yang menerangkan mengenainya, iaitu seperti:

Laurence Boulle63 menerangkan tentang pengertian mediasi, prinsip-prinsip dan

proses penyelesaiannya secara praktikal di mahkamah. Seterusnya Syahrizal

55
T.O. Ihromi (1999), Bunga Rampai Sosiologi Keluarga. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

56
Khoiruddin Nasution (2004), Tentang Relasi Suami dan Istri (Hukum Perkawinan I).

57
Taher Mahmood (1987), Personal Law in Islamic Countries. New Delhi: Academy of Law and Religion.

58
As-Sayyid Sabiq (1983), Fiqh as-Sunnah, j.2, Beirut: Dar al-Fikr.

59
An-Nawawi (1995), Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, j. 18 Beirut: Dar al-Fikr.

60
Wahbah Zuhaili (t.t.), Al-fiqh al-Islâmi Wa Adillatuhu, j, 11. Damaskus: Dâr Fikr al-Mu asir.

61
Abu al Ainain Fatah Muhammad (1976), Al-Qadha wa al-Itsbat fi al-Fiqh al-Islami. Kairo: Dar al-Fikr.

62
Abdurrahaman al-Zaziry (1976), Al-fiqh ‘ala Mazhabib al-Arba’ah. Mesir: Dar al-Nadhah al-‘Arabiyah.

63
Laurence Boulle (1996), Mediation: Principle, Process, Practice. Sydney: Butterworths.

14
Abbas,64 menerangkan bagaimanakah mediasi menurut perspektif hukum syari'ah, hukum

adat dan hukum Nasional. Gatot Sumarsono65 menerangkan mediasi dan arbitrase

perbezaan dan pelaksaannya.Bukuyang ditulis olehShaleh Ghanim 66Jika Suami Isteri

Berselisih Bagaimana Mengatasinya? yang menerangkan cadangan-cadangan dalam

menyelesaikan pertikaian yang berlaku antara suami isteri.

Kemudian beberapa buku yang menerangkan kaedah penyelesaian pertikaian

melalui negosisasi dan mediasi seperti yang ditulis oleh Gary Goopaster 67dan buku yang

ditulis oleh J. Folberg dan A. Taylor68tentang kaedah penyelesaian konflik tanpa melalui

mahkamah.Dan Edi As’adi69 menerangkan mengenai mediasi dan pelaksanaanya di

mahkamah di Indonesia.

Walaupun demikian, usaha BP4 menangani permasalahan tidak semudah

membalik telapak tangan kerana BP4 terpaksa menempuhi banyak cabaran demi

memperjuangkan keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. Hal ini kerana, banyak

masalah baru dan halangan yang boleh menghalang tujuan BP4 tersebut, kajian kritis

yang ditulis oleh A Miftah Baidlowi dalam Jurnal Penyelidikan70 menjelaskan beberapa

64
Syahrizal Abbas (2009), Mediasi dalam Perspektif Hukum Syari’ah, Hukum Adat dan Hukum Nasional.
Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

65
Gatot Sumarsono (2006), Arbitrase dan Mediasi di Indonesia. Jakarta: PT Raja Gramedia Pustaka Utama.

66
Shaleh Ghanim (998), Jika Suami Isteri Berselisih Bagaimana Mengatasinya?, c.1. Jakarta: Gema Insani
Press.

67
Gary Goopaster (1993), Negosiasi dan Mediasi: Sebuah Pedoman Negosiasi dan Penyelesaian Sengketa
Melalui Negosiasi. Jakarta: ELIPS Project.

68
J. Folberg dan A. Taylor (1984), Mediation: A Comprehensive Guide to Resolving Conflict without
Litigation. Cambridge: Cambridge University Press.

69
Edi As’adi (2012), Hukum Acara Perdata Dalam Perspektif Mediasi (ADR)) di Indonesia. Yogyakarta: Graha
Ilmu.

70
A Miftah Baidlowi (1994), Peranan BP4 dalam Mengendalikan Perceraian di Kabupaten Sleman Yogyakarta,
Jurnal Penyelidikan, Bil.. 8, September-Disember, 1994.

15
faktor yang mempengaruhi BP4 dalam mengurangkan jumlah angka perceraian yang

masih rendah, di antaranya;

Pertama, disebabkan oleh kekurangan kewangan. Kedua, kerana BP4 belum

diurus secara sepenuhnya oleh pengurus, disamping kekurangan konsultan yang dimiliki,

samaada secara kuantiti mahupun secara kualiti. Ketiga adalah kerana pihak yang bertikai

yang datang ke BP4 juga belum memiliki kesedaran untuk membincangkan permasalahan

keluarga mereka secara terbuka dan mencari jalan penyelesaian bersama disebabkan

mereka telah memiliki motif yang kuat untuk bercerai kerana beranggapan masalah yang

mereka hadapi sudah terlalu berat.

Tulisan yang membincangkan tentang peranan BP4 sebagai ejen negara untuk

mengurangkan kes perceraian dengan segala kaedahnya baik secara teori dan praktikal sudah

banyak dibincang dan dibahaskan tetapi tulisan tentang kedudukan hakam selepas adanya

Peraturan Mahkamah Agung Nomor I Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dan

pentingnya hakamain khususnya dalam masalah shiqaq menurut penulis belum ada yang menulis

secara ilmiah dalam bentuk tesis. Oleh itu, tulisan ini membahas peranan BP4 melalui program-

program secara umum dan juga menekankan pentingnya program atau kaedah hakam dan

mengembangkannya dalam menangani pertikaian suami isteri.

1.9. Kerangka Teori

1.9.1. Peranan

Istilah peranan adalah sama dengan kedudukan iaitu, kedudukan suatu tempat

atau posisi seseorang dalam suatu kumpulan sosial.71 Antara satu sama lain tak boleh

dipisahkan antara keduanya. Jadi, peranan (role) merupakan aspek dinamis

kedudukan (status). Apabila seseorang melakukan hak dan kewajibannya sesuai

71
Soerjono Soekamto (1985), Sosiologi Suatu Pengantar. Jakarta: Yayasan Penerbit Universitas Indonesia, h.
237.

16
72
dengan kedudukannya, maka di menjalankan suatu peranan. Peranan dapat pula

diertikan sebagai perilaku individu yang penting bagi struktur sosial masyarakat. 73

Sedangkan menurut Gross dan Mc. Eachcom mendefinisikan peranan sebagai

harapan-harapan yang diberikan kepada individu yang menempati kedudukan sosial

tertentu.74Adapun unsur-unsur peranan ada tiga:

Pertama, peranan ideal, iaitu: peran yang diharapkan oleh masyarakat terhadap

status tertentu. Peranan ideal merumuskan hak dan kewajiban yang terkait dalam

status tertentu misalnya, peranan ideal ayah atau ibu terhadap anak-anaknya. Kedua,

Peranan yang dianggap oleh diri sendiri, iaitu dalam situasi tertentu seseorang

individu harus melaksanakan peranan khas, misalnya seorang ayah yang mempunyai

anak remaja menganggap bahawa anaknya itu harus berperanan sebagai kakak atau

abang. Ketiga, Peranan yang harus dikerjakan, iaitu Peranan yang harus dilaksanakan

oleh individu, seperti peranan seorang guru terhadap anak didiknya supaya boleh

berdisiplin.75

Oleh itu, dalam konteks peranan BP4 menangani kes perceraian di Indonesia,

iaitu peranan yang pertama iaitu, peranan yang harus dilaksanakan kerana BP4

sebagai pihak ketiga yang berperanan menangani permasalahan perceraian melalui

program-program yang berkesan. Selain itu, BP4 juga berperanan membantu

72
Ibid., h. 165.

73
Masdar Helmi (1973), Dakwah Dalam Alam Pembangunan I. Semarang: Toha Putra, h. 26.

74
Ada dua harapan yang ada dalam peranan, iaitu: pertama, harapan-harapan dari masyarakat terhadap
pemegang peran atau kewajiban-kewajiban dari pemegang peranan. Kedua, harapan-harapan yang dimiliki si
pemegang peran terhadap masyarakat atau terhadap orang-orang yang berhubungan dengannya dalam
menjalankan peranan atau kewajiban-kewajibannya.
75
Soerjono Soekamto (1982), Memperkenalkan Sosiologi. Jakarta: CV Rajawali, h. 35.

17
Pengadilan Agama dalam menyelesaikan pertikaian antara suami isteri di Pengadilan

Agama melalui hakam atau di luar pengadilan melalui mediasi.

1.9.2. Nasihat

Adalah penting bagi seorang penasihat mengetahui ilmu dan kaedah yang

berkaitan dengan nasihat sebelum memberikan nasihat kepada orang lain. Adapun

nasihat bermaksud memberi pelajaran baik. Di dalam bahasa Arab, kata “nasihat”

berasal dari kata kerja “Nashaha” bererti “khalasha”, iaitu murni serta bersih dari

segala kotoran, juga bisa berarti “Khaatha”, iaitu menjahit. Mustafa ‘Abdul Rahman

menukil ucapan Imam Khaththabi rahimahullah, “Nasihat itu adalah suatu kata untuk

menerangkan satu pengertian, iaitu keinginan kebaikan bagi yang dinasihati.76

Arti kata ‫الدين‬dalam hadis Nabi “‫“الدين النصيحة‬77 adalah bahawa nasihat itu

merupakan yang utama dari agama. Nasihat ialah perhatian hati terhadap yang

dinasihati, siapa pun dia dan nasihat tersebut hukumnya ada dua, yang pertama

wajib78 dan yang kedua sunnah.79

76
Mustafa ‘Abdul Rahman (2008), Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya), Shah Alam: Dewan Pustaka, h.
156-157. Dikatakan bahawa “nashaha” diambil dari “nashahtu al-'asla”, apabila saya menyaring madu agar
terpisah dari lilinnya sehingga menjadi murni dan bersih, mereka mengumpamakan pemilihan kata-kata agar tak
berbuat kesalahan dengan penyaringan madu agar tak bercampur dengan lilinnya.

Dan dikatakan kata “nasihat” berasal dari “nashaha ar-rajulu tsaubahu” (orang itu menjahit
pakaiannya), apabila dia menjahitnya, maka mereka mengumpamakan perbuatan penasihat yang selalu
menginginkan kebaikan orang yang dinasihatinya dengan jalan memperbaiki pakaiannya yang koyak.
77
Muslim, Shahih Muslim, 2/116.
78
Mengambil berat dan menumpukan segala perhatian kepada segala perintah Allah. Mereka ini dinamakan
sebagai orang yang berbuat kebajikan “‫”المحسنون‬. Adakalanya perintah Allah itu mereka tidak boleh ikuti, akan
tetapi niat hati tetap wajib ada untuk mengerjakan perintah Allah itu sebgaimana yang sebutkan dalam al Quran:
Tiada dosa (lantaran tak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, atas orang-orang yang sakit dan atas
orang-orang yang tak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada
Allah dan RasulNya (cinta kepada Allah dan RasulNya). Tidak ada jalan sedikit pun untuk menyalahkan orang-
orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Kemudian, seorang hamba itu bersungguh menjauhi segala larangan Allah dan membenci kepada
perbuatan maksiat dan tidak redha melihat orang melakukan kemaksiatan.
79
Sedangkan nasihat yang sunnah iaitu mendahulukan dan mengutamakan pekerjaan dan urusan yang dicintai
Allah daripada perkerjaannya sendiri meskipun ia cinta pada pekerjaannya itu. Artinya berjuang sekuat tenaga
untuk lebih mengutamakan Allah dari setiap yang ia cintai dalam hati dan seluruh anggota badan sampai-
sampai dari dirinya sendiri, lebih-lebih lagi dari orang lain.

18
Syaikh Muhammad Hayat As-Sindi rahimahullah berkata: kata “ ‫"نصحوا‬

‫هلل‬dalam surah at Taubah ayat 91 ialah seorang hamba menjadikan dirinya ikhlas

kepada Allah dan meyakini bahawa Dia adalah Ilah yang Esa, bersih dari noda syirik,

tanpa tandingan, dan permisalan, serta apa-apa yang tak pantas bagiNya. 80 Imam Al-

Khaththabi rahimahullah berkata: “Hakikat kata 'lillah” yang bermaksud “kerana

Allah' "‫ "نصحوا هلل‬sesungguhnya kembali kepada hamba itu sendiri dalam ikhlasnya

kepada diri sendiri, karena Allah Ta'ala tak perlu akan nasihatnya.“81

Adapun kata yang mempunyai erti yang sama dengan nasihat iaitu kata

“saran” yang diertikan dengan pendapat, pertimbangan, usul, cita-cita yang

dikemukakan untuk dipertimbangkan dan difikirkan.82

Selain itu nasihat juga boleh dimaknai sebagai kaunseling83 yang bermaksud

bimbingan. Hibana S Rahaman, dalam bukunya Bimbingan & konseling Pola 17

menulis: Bimbingan adalah proses bantuan yang diberikan kepada seseorang atau

kumpulan melalui kaedah-kaedah nasihat atau kaunseling guna mengatasi suatu

masalah agar ia mampu memahami diri, menyesuaikan diri dan mengembangakan diri

sehingga mencapai kehidupan yang berjaya dan bahagia84tanpa memandang

agamanya.85 Adapun bimbingan kaunseleing keluarga pada dasarnya merupakan

80
Imam Nawawi & Ibnu Rajab dalam Fariq Bin Gasim Anuz (1999), Fikih Nasehat, cet. 1. Jakarta: Pustaka
Azzam, h. 57.
81
Ibid. h. 59.

82
Depdikbud (1997), Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka, h. 684..
83
BP4 adalah salah satu badan hukum yang bersifat sebagai juru damai/pemberi nasihat hukum, kaunseling,
pembinaan, bimbingan kepada keluarga Islam di Indonesia.
84
Hibana (2003), Bimbingan & Konseling Pola17. Yogyakarta: UCY Press h. 5.

85
Ainur Rahim Faqih (2001), op.cit, h. 46.

19
penerapan bimbingan situasi khas kepada masalah-masalah yang berhubungan dengan

situasi keluarga dan penyelenggaraanya melibatkan anggota keluarga.86

Kemudian antara istilah lain yang berkaitan dengan nasihat iaitu pembinaan.

Pembinaan di sini adalah usaha, tindakan dan segala kegiatan yang dilakukan untuk
87
memperoleh hasil yang lebih baik Pembinaan berasal dari kata bina yang bererti

membina, menbangun, mendirikan. Sedangkan pembinaan dalam konteks

pembentukan keluarga sakiah bererti usaha yang dilakukan dengan sedar dan

terencana, teratur, terhadap seseorang atau sekumpulan orang yang bersesuaian

dengan situasi dan kondisi individu atau kelompok yang dihadapi serta

bertanggungjawab untuk mewujudkan keluarga yang sakinah mawaddah warahmah.

Oleh itu, sekiranya boleh membuat suatu keadaan yang aman, selamat,

harmoni, maka hal ini boleh mengurangi. Dengan demikian pembinaan merupakan

suatu usaha perbaikan atas suatu masalah yang dipandang kurang baik menjadi lebih

baik, dan untuk mengembangkan keperibadian supaya boleh mencapai suatu matlamat

yang lebih baik dari keadaan sebelumnya.88

1.9.3. Mediasi

Mediasi adalah suatu kaedah yang menggunapakai orang ketiga dalam

menyelesaikan permasalahan pertikaian dan pihak ketiga itu haruslah bersifat neutral.

Mediator adalah orang yang menyelesaikan pertikaian tersebut. Berjaya atau tidaknya

86
Latipun (2001), Psikologi Konseling. Malang : UMM Press, h. 174-175.

87
Tim Penyusun Kamus Pusat Pembinaan Dan Pengembagan Bahasa (1990), Kamus Besar Bahasa Indonesia,
Jakarta: Bali Pustaka, h. 117.
88
Hardjana A. Mangun (1986), Pembinaan Arti dan Metodenya. Yogyakarta: Kanisiaus

20
mediasi bergantung kepada mediator yang menangani masalah pertikaian. Oleh itu,

mediator diharapkan boleh berperanan setidak-tidaknya dalam lima perkara, iaitu:

1. Membina kembali kontak diantara para pihak bertikai

2. Menyediakan suatu forum neutral supaya pihak-pihak bertikai boleh

bertemu secara face to face.

3. Memberikan keselesaan dengan tidak memihak dan berat sebelah serta

menyokong negosiasi

4. Sebagai fasilitator dalam pertukaran informasi daripada para pihak

bertikai dengan kaedah berstruktur dan baik

5. Membantu pihak- pihak bertikai menyelidik kepentingan dan tujuan

mereka serta kemungkinan tercapainya kesepakatan yang bersifat praktikal,

diterima secara baik dan bermanfaat bagi mereka dan anak-anak mereka.89

Selain itu mediator harus mempunyai kepakaran dalam bidang komunikasi,

diantaranya;

1. Bahasa

Bahasa sebagai salah satu alat interaksi sosial dapat juga dipandang menjadi

salah satu aspek dari interaksi sosial itu.

1. Peranan dan tanggapan (Role -Perception)

Setiap manusia mempunyai sifat dan karakter yang berbeza-beza. Untuk itulah

seorang kominikator (juru cakap) harus mampu melihat manusia dengan berbagai

karakternya tersebut., kerana kita sendiri dapat merasa, berfikir dan berbuat

89
Robert S. Kapplan et al (2004), Strategy Maps: Converting Intangible Assets into Tangible Outcomes,
Massachussetts: Harvard Business School Publishing Corporation, h. 9-10.

21
sebagaimana yang dibuat, dirasakan dan difikirkan oleh orang lain. Oleh itu, hanya

melalui interaksi sosial kita boleh memahami dan menginterpretasi orang lain dan

mudah melaksanakan peranan.90

2. Kecakapan Mendengar secara Efektif (Efective Listening Skilss)

Kemahiran mendengar adalah alat komunikasi yang digunapakai tidak hanya

untuk memahami maksud pihak-pihak yang bertikai, tetapi juga untuk memberi

jaminan bahawa intervensi dan respons yang berlaku akan benar-benar

menfasilitasi proses mediasi. Mendengar itu boleh dilakukan secara aktif dan

pasif. Mendengar aktif bermakna seorang mediator mendengar apa yang dikatakan

oleh pihak-pihak bertikai dengan reaksi yang menunjukkan penghargaan

pentingnya apa yang dikatakan mereka, tujuannya iaitu;

a. menunjukkan kepada para pihak yang bertikai bahawa mediator tidak hanya

mendengarkan mereka, tetapi juga memahami makna di balik apa yang mereka

katakan.

b. Simpati terhadap perasaaan para pihak bertikai.

c. Mengenalpastidanmengurangkan kesalahfahaman diantara pihak-pihak.

d. Membuat catatan secara kemas dari apa yang dikatakan oleh pihak-pihak

bertikai untuk menyelesaikan masalah yang dinegosiasikan oleh mereka secara

memuaskan.

e. Mencari peluang pemahaman timbal balik.

Sebaliknya, mendengar pasif bermaksud mendengarkan dan memberi respons

secara diam iaitu dengan isyarat seperti kontak mata, mengangguk, bersandar

kedepan, relaks, fokus, kemas.

90
H.M Arifin (2000), Psikologi Dakwah. Jakarta: PT. Bumi Aksara, h. 71-72.

22
Tujuan mendengar secara pasif, iaitu;

a. Menyokongpihak-pihak bertikai untuk terus bercakap.

b. Menyokongpihak-pihak bertikai untuk mengakhiri pernyataan-pernyataan

mereka khususnya ketika mereka bercakapragu-ragu.

c. Menyampaikan kepada pihak-pihak bertikai bahawa dengan diam, mediator

bukan tidak fokus dan profesional.

d. Menganalisis hasil yang dikatakan satu pihak kepada pihak yang lain.

3. Kemahiran Bertanya (Questioning Skills).91

Teknik bertanya adalah suatu teknik yang digunapakai untuk bertanya,

menjelaskan, membenarkan, memahami apa yang dibicarakan pihak-pihak yang

berteligkah untuk mencapai sasaran-sasaran berikut:

a. Menjelaskanapa yang dikatakan oleh para pihak bertikai.

b. Menyokong pihak-pihak bertikai untuk memberikan maklumat yang relevan

kepada pihak lain.

c. Menggali idea-ideacemerlang supaya pihak-pihak bertikai memikirkan keadaan

masa akan datang.

d. Mengenal pasti perasaan dan emosi mereka.

Menurut Herbert C. Kelman dalam Jalaluddin Rahmat bahawa pengaruh

komunikasi kita pada orang lain terletak ada tiga hal:

1. Internalisasi

Internalisasi terjadi bila orang menerima pengaruh karena perilaku

yang diberi itu sesuai dengan sistem nilai yang dimilikinya. Kita menerima

91
Mek Wok Mahmud op.cit., h. 6-9.

23
idea, pikiran, atau perintah tersebut dan yakin akan berguna untuk

memecahkan masalah, menunjukkan arah, atau dituntut oleh sistem nilai kita.

2. Indentifikasi

Identifikasi berlaku apabila individu mengambil perilaku yang berasal

dari orang atau kelompok lain, kerana itu berkaitan dengan hubungan yang

mendefinisikan diri secara memuaskan (satisfying self-defening relationship)

dengan orang atau kelompok itu. Hubungan yang mendefinisikan diri ertinya

memperjelas konsep diri. Dalam identifikasi, individu mendefinisikan

peranannya sesuai dengan peranan orang lain. Oleh itu, seseorang dituntut

mempunyai daya tarik supaya boleh diterima orang lain dalam berkomunikasi.

3. Kepatuhan

Kepatuhan berlaku bila individu menerima pengaruh dari orang atau

kelompok lain kerana berharap memperoleh reaksi yang menyenangkan dari

orang atau kelompok tersebut. Ia ingin memperoleh ganjaran atau menghindari

hukuman dari pihak yang mempengaruhi. Dalam kepatuhan, orang menerima

perintah yang disuruh bukan kerana mempercayainya, tetapi kerana perbuatan

tersebut boleh membantunya untuk menghasilkan effect sosial yang

memuaskan. Oleh itu kekuasaan aspek yang paling penting dalam komunikasi

ini.92

1.9.4. Kaedah Dan Teknik Nasihat dan Kaunseling

Menurut Singgih D. Gunarsa bahawa kaedah dan teknik konseling, iaitu;

92
Drs. Jalaluddin Rahmat (2005), Psikologi Komunikasi. Bandung: PT Remaja Rosdakarya, h. 256-257.

24
a. Kaedah langsung (kaedah komunikasi langsung) iaitu kaedah dimana

pembimbing melakukan komunikasi langsung (betemu muka dengan orang

yang dibimbingya).

b. Kaedah tidak langsung (kaedah komunikasi tidak langsung) iaitu kaedah

bimbingan atau kaunseling yang dilakukan melalui media komunikasi. Hal

ini boleh ditujukan kepada individu atau kelompok melaui papan

bimbingan, paper, majalah, brosur, radio, tv.93

Selain itu, ada lagi kaedah kaunseling elektik iaitu kaedah yang

menggunapakai pelbagai konsep dan teori, ertinya kaunselor boleh menggunakan satu

kaedah secara langsung atau tidak langsung atau teori yang lain yang boleh

digunapakai dalam menyelesaikan permasalahan.94

Sedanglanpendekatan bimbingan kaunseling keluarga terbahagi kepada tiga,

iaitu: Pertama, pendekatan sistem keluarga (Murray Browen): anggota keluarga itu

bermasalah dan tidak berfungsi (disfunctining family). Keadaan ini berlaku kerana

anggota keluarga tidak boleh melaksanakan peranannya dan harapan dalam keluarga.

Oleh itu memberi motivasi kepada ahli keluarga tersebut supaya boleh melaksanakan

peranannya dan harapan keluarga tersebut. Kedua, pendekatan conjoint (Satir):

permasalahan bertumpu kepada harga diri dan komunikasi. Keadaan ini berlaku

sekiranya tidak ada komunikasi yang pada hakikatnya komunikasi itu penting bagi

kesihatan mental. Oleh itu menghidupkan kembali suasana komunikasi yang sihat

dalam keluarga. Ketiga, pendekatan struktural (Minuchin) : beranggapan bahawa

masalah keluarga sering berlaku kerana struktur keluarga dan pola transaksi yang

93
Singgih D. Gunarsa (1996), Konseling dan Psikoterapi. Jakarta: Gunung Mulia, h. 129-131.
94
Latipun (2001), op. cit, h. 135-137.

25
dibina tidak tepat. Oleh itu, perlu memperbaiki struktur keluarga dan pola hubungan

yang baru yang lebih sesuai.95

Penyelidikan ini membahas betapa pentingnya untuk mengedepankan

pentingnya nasihat, meminta nasihat dan memberi nasihatyang melibatkan kerja sama

antara semua pihak, iaitu antara masyarakat dan BP4 dan antara BP4 dan Pengadilan

Agama sebagai subjek yang terlibat dalam menciptakan keharmonian keluarga dan

mendapatkan tujuan yang diimpikan, iaitu memiliki sebuah keluarga yang sakinah

mawaddah wa rahmah dengan pendekatan teori agama, psikologi dan perundangan

yang berlaku di Indonseia sehingga boleh mengurangkan perceraian.

1.10. Kaedah Penyelidikan

1.10.1. Jenis Penyelidikan

Penyelidikan ini adalah penyelidikan kepustakaan (library research) dimana

dalam teknik pengumpulan datanya melalui kesusasteraan iaitu pencarian bahan

pustaka yang ada hubungkait dengan teori-teori dan konsep, prinsip-prinsip

syariah96serta kaedah penasihatan dan konsultan serta ilmu-ilmu berkaitan yang

diperlukan oleh BP4 dalam menangani kes perceraian.

Penyelidikan ini juga melalui kaedah penyelidikan lapangan (field research)

iaitu berkaitan tentang latar belakang keadaan sekarang dan juga interaksi sosial

antara individu, kumpulan, organisasi dan masyarakat97 dalam menjaga kesempurnaan

sebuah keluarga dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa perceraian

dan pentingnya peranan BP4 dalam menjaga keharmonian keluarga tersebut.

95
Ibid, h. 179-80

96
Ibid. h. 5.
97
Soerjono Soekanto et al (2001), Penelitian Hukum Normatif (Suatu Tinjauan Singkat). Jakarta: Rajawali
Press, h. 13-14.

26
Penyelidikan ini juga melibatkan penyelidikan kajian kes kerana dalam

penyelidikan ini ada menyebutkan beberapa kes yang tangani oleh BP4 melalui

hakam dan mediasi di Pengadilan Agama Bantul.

1.10.2. Sifat Penyelidikan

Penyelidikan ini bersifat deskriptif analitis kualitatif,98 iaitu memberikan

gambaran dan penjelasan secara objektif kepada data yang dikaji yang diperolehi

daripada lapangan menurut kualiti dan kebenarannya, kemudian dihubungkan dengan

teori-teori, asas-asas, dan kaedah-kaedah hukum yang diperoleh dari kajian

kepustakaan sehingga memperolehi jawapan atas permasalahan yang telah

dirumuskan.99

Penyelidikan ini juga bersifat hukum sosiologi atau empiris iaitu melakukan

penyelidikan untuk mendapatkan data primer dan menemukan kebenaran di lapangan

mengenai peranan BP4 Bantul Yogyakarta Indonesia dalam menangani kes-kes

perceraian, kemudian melakukan pengujian dan penilaian secara menyeluruh

terhadap fakta-fakta yang didapati.

1.10.3. Pendekatan Penyelidikan

Pendekatan yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah:

1.10.3. (a). Pendekatan Normatif Yuridis.100

98
Johnny Ibrahim (2007), Teori, Metode dan Penelitian Hukum Normatif. Malang: Bayumedia Publising, h.
300.
99
Winarno Surahmad, Pengantar Penelitian Ilmiah, Bandung: Tarsito, h. 139. Lihat juga Sutrisno Hadi (1994),
Metodologi Research. Yogyakarta: Andi Offset, h. 40.
100
Mengenai istilah penyelidikan hukum normatif, tidak terdapat keseragaman diantara para ahli hukum.
Diantara pendapat beberapa ahli hukum dimaksud, yakni : Soerjono Soekanto & Sri Mamudji, menyebutkan
dengan istilah MetodPenyelidikan Hukum Normatif Atau MetodPenyelidikan Hukum Kepustakaan.Soerjono
Soekanto & Sri Mamudji (2001), Penelitian Hukum Normatif (Suatu Tinjauan Singkat), Jakarta : Rajawali Pers,
h. 13-14.; Soetandyo Wignjosoebroto, menyebutkan dengan istilah MetodPenyelidikan Hukum Doktrinal

27
Yang dimaksud dengan pendekatan Normatif Yuridis dalam

penyelidikan ini iaitu dengan menganalisis masalah melihat pada nash (al-

Quran) dan hadis dan kitab-kitab klasik yang mu’tabarah dan yang membahas

permasalahan yang dikaji dan lebih bersifat kepustakaan.

1.10.3. (b). Pendekatan Perundangan (Statute Approach).

Pendekatan perundangan (statute approach) adalah suatu pendekatan

yang dilakukan terhadap berbagai aturan hukum yang berkaitan dengan

Peranan BP4, hakam, mediasi dan kaedah serta mekanisme kerjanya di dalam

masyarakat:

1.10.3.(c) Pendekatan Konsep (Conceptual Approach)

Pendekatan konsep (conceptual approach) digunakan untuk

memahami konsep-konsep tentang: nasihat, peranan, dan istilah lain yang ada

hubungkaitnya dalam penyelidikan ini.

1.10.3. (d) Pendekatan Psikologi dan Kaunseling.

Psikologi digunakan dalam menerangkan faktor-faktor yang boleh

menyebabkan berlakunya masalah dalam keluarga, menerangkan motif dalam

melakukan satu perkara sehingga menjadi masalah yang besar. Kemudian

sejauhmanakah masalah itu perlu kepada penyelesaian. Maka, penyelidikan ini

(Soetandyo Wignjosoebroto (2002), Hukum, Paradigma Metode dan Dinamika Masalahnya, Editor : Ifdhal
Kasim et.al., Jakarta : Elsam dan Huma, h. 147; Sunaryati Hartono, menyebutkan dengan istilah Metod
Penyelidikan Hukum Normatif. C.F.G. Sunaryati Hartono (1994), Penelitian Hukum Di Indonesia Pada Akhir
Abad Ke-20, Bandung :Alumni, h. 139; dan Ronny Hanitjo Soemitro (Almarhum), menyebutkan dengan istilah
MetodPenyelidikan Hukum Yang Normatif Atau MetodPenyelidikan Hukum Yang Doktrinal, Ronny Hanitijo
Soemitro (1994), Metodologi Penelitian Hukum dan Jurimetri, cet. 5. Jakarta : Ghalia Indonesia, h. 10.

28
melihat peranan BP4 dalam menangani kes-kes perceraian dari aspek

psikologi dan kaunseling.

1.10.4. Tempat Penyelidikan

Penyelidikan ini dilakukan di Bantul – Yogyakarta

Alasan memilih Bantul sebagai tempat penyelidikan adalah seperti berikut:

Pertama, penyelidikan memerlukan data yang bersifat teori dan praktikal di

lapangan. Menurut pengkaji, untuk mendapatkan data-data secara teori boleh

mengunjungi Yogyakarta sebagai kota pelajar dan terdapat beberapa universiti yang

baik dan perpustakaan yang lengkap.

Kedua, penyelidikan melibatkan kos yang besar, khususnya penyelidikan

lapangan. Pengkaji memilih Yogyakarta sebagai tempat penyelidikan disebabkan

kehidupan di kota tersebut adalah sederhana berbanding kota-kota lainnya. Selain itu,

Yogyakarta adalah bandar yang tidak terlalu besar sehingga mudah untuk sampai ke

tempat penyelidikan. Kemudian kos sara hidup yang murah.

Ketiga, pengkaji pernah belajar di Yogyakarta dan duduk di Bantul selama

enam tahun, daripada tahun 2002 sehingga 2008. Jadi pengalaman enam tahun di

29
Yogyakarta dan berinteraksi dengan masyarakat Bantul boleh membantu dalam

membuat penyelidikan yang baik.

Keempat, kehidupan masyarakat Bantul yang unik, ramah, tenteram, tenang

sehingga menjadi tumpuan pelajar dari pelbagai wilayah di Indonesia untuk menimba

ilmu di Yogyakarta, bahkan dalam mana-mana kampung yang dimasuki akan ada

papan nama yang bertuliskan "Jogja Berhati Nyaman."

Apabila ada pernyataan kes perceraian di Bantul setiap tahun meningkat.

Maka pengkaji tertarik untuk mengkaji lebih jauh tentang faktor-faktor perceraian dan

adakah institusi khusus yang menangani permasalahan itu dan bagaimanakah

menangani permasalahan tersebut.

1.10.5. Kaedah Pengumpulan Data

Untuk mengumpulkan data pengkaji menggunakan tiga kaedah, iaitu; kajian

kepustakaan, dokumen, dan temubual (interview).101

1.10.5.(a) Kaedah Kajian Kepustakaan

Kaedah penyelidikan melalui kepustakaan terbahagi kepada tiga, iaitu

data primer (primary data), data sekunder (secondary data) dan data

penyokong data primer dan sekunder.

1. Data Primer.

Dataprimer iaitu data yang diambil daripada bahan-bahan hukum yang

mengikat diperoleh daripada kajian kepustakaan,102 seperti:

101
Ronny Hanitijo Soemitro (1994), op.cit. h. 51.

30
1. Menelaah ayat-ayat Al-Qur’an yang berhubungkait dengan

penyelidikan ini

2. Menelaah hadis Nabi yang berhubungkait dengan penyelidikan ini

3. Menelaah pemikiran para ahli hukum Islam dalam kitab-kitab yang

mu’tabarah.

4. Undang-undang Dasar 1946

5. Undang-undang Nomor 1 Tahun 1974 Tentang Perkawinan.

6. Peraturan Pemerintah R.I. Nomor 9 Tahun 1975 Tentang

Pelaksanaan Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1974

7. Undang-Undang Nomor 7 Tahun 1989 Tentang Peradilan Agama

8. Undang – Undang Nomor 3 Tahun 2006 Tentang Perubahan Atas

Undang-Undang Nomor 7 Tahun 1989 kemudian diubah lagi

menjadi Undang – Undang Nomor 50 Tahun 2009

9. Kompilasi Hukum Islam (KHI).

10. Peraturan Pemerintah Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di

Pengadilan

11. Undang-undang HIR(Herziene Inlandsch Reglement) dan RBg

Rechtsreglement voor de Buitengewesten

12. Buku Hasil Keputusan Mesyuarat BP4

2. Data Sekunder

Yang dimaksud dengan data sekunder ialah data yang berkaitrapat

dengan data primer untuk membantu menganalisis dan memahami data

primer103, data sekunder juga merupakan data yang diperoleh dari

perpustakaan yang merupakan hasil penyelidikan orang lain yang sudah


102
Soerjono Soekanto (1986), Pengantar Peneltian Hukum. Yogyakarta:Universitas Indonesia (UI) Press.h.12
103
Ronny Hanitijo Soemitro (1994), Metodologi Penelitian Hukum dan Jurimetri. Jakarta: Ghalia Indonesia.
c.5. h. 59-60.

31
tersedia dalam bentuk buku-buku atau dokumen, baik yang telah

disediakan di perpustakaan, atau milik peribadi.104seperti: buku-buku, hasil

penyelidikan, jurnal ilmiah, artikel ilmiah, dan makalah hasil seminar,

kamus-kamus seperti kamus bahasa Indonesia, Inggeris, dan Arab, serta

kamus-kamus keilmuan seperti kamus istilah hukum. Untuk lebih

memperkaya data, maka pengkaji juga mengambil data daripada internet

berupa tulisan-tulisan atau artikel daripada bloggers.105

1.10.5. (b) Kaedah Dokumentasi

Pengkaji juga mendapatkan data daripada hasil tulisan peribadi,

keputusan mesyuarat dan lain-lain yang tersimpan baik di suatu tempat yang

disebut sebagai dokumen.106 Pengkaji juga telah pergi ke BP4 Bantul

Indonesia untuk melihat sendiri dokumen-dokumen yang berhubungkait

dengan penyelidikan ini, samada dalam bentuk catatan, transkrip, buku, surat

khabar, majalah, hasil mesyuarat, agenda, dan lain-lain yang ada

hubungkaitnya dengan penyelidikan ini.

Untuk mendapatkan data melalui dokumentasi dan data lapangan,

pengkaji pergi ke BP4 Bantul Yogyakarta dua kali bagi mendapatkan beberapa

buku, hasil-hasil mesyuarat, buku catatan dan juga tentang pemberian nasihat

serta kaedah pemberian nasihat yang digunakan.

1.10.5. (c) Kaedah Temubual

104
Hilman Hadikusuma (1995), Metode Pembuatan Kertas Kerja atau Skripsi Ilmu Hukum. Bandung: Mandar
Maju, h. 65
105
Ibid.
106
Suharsimi Arikunto (2000), Metode Research II. Yogyakarta: Andi Offset, h. 236

32
Kaedah ini digunakan untuk memastikan sesuatu dokumen itu adalah

sah. Temubual adalah satu kaedah untuk mendapatkan data melalui dua pihak

iaitu orang yang menemubual (interviewer) dan juga pihak yang ditemubual

(interviewee). 107 Kaedah ini digunapakai oleh pengkaji untuk mengetahui hal-

hal dari responden secara lebih mendalam walaupun jumlah respondennya

adalah sedikit/kecil.108

Teknik temubual yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah melalui

teknik temubual tidak terarah (non-directive interview)109 atau tidak

berstruktur (free flowing interview)110 iaitu dengan mengadakan komunikasi

langsung kepada informan untuk mencari jawapan atas penjelasan peranan

BP4 Bantul Indonesia atau dilakukan secara (Informal conversational

interview) iaitu temubual secara tidak formal kepada individu yang

ditemubual dengan cara ilmiah.111

Dalam hal ini pengkaji telah menemubual:

1. Ketua kementerian Agama Bantul Yogyakarta Indonesia

2. Ketua BP4 Bantul Indonesia

3. Kaki tangan BP4 yang terlibat dalam mekanisme kerja BP4 di Bantul

Indonesia.

Antara Nama- nama individu yang ditemubual ialah :-

1. H. Zainal Abidin

2. Suryadi R, SH

107
Johnson, B. & Larry Christensen (2000), Educational Research, Quantitative and Qualitative Approaches.
USA. Allyn and Bacon.h. 140.
108
Sugiyono (2009), Metode Penelitian Pendidikan, Pendekatan Kuantitatif, Kualitatif, dan R&D. Bandung. h.
194.
109
Cirinya yang utama adalah bahawa seluruh wawancara tidak didasarkan pada daftar pertanyaan yang telah
disusun lebih dahulu. Penemubual tidak memberikan pengarahan yang tajam, tetapi diserahkan pada yang
ditemubual untuk memberikan penjelasan menurut kemahuannya sendiri dalam Ronny Hanitijo Soemitro,
Metodologi Penelitian Hukum dan Jurimetri, op.cit. h. 12.
110
Ibid. h. 196-8.
111
Patton dalam Johnson & Christensen (2000), op.cit, h. 105.

33
3. Wahib Jamil

4. Sidik Pramono

5. KUA Imogiri (Rohwan, S.Ag)

6. KUA Banguntapan (M. Taufik, S. Ag. M. A.)

7. Tokoh masyarakat (H. Zamroni As, B.A)

8. KUA Pandak (Drs. H Imam Mawardi, M. Si)

9. KUA Bantul (Drs. H. Jiriban, SH. CN)

10. Tokoh masyarakat (Drs. H. A. Zuhdi Muhdlor, MH.)

11. Kasubbid Peningkatan Partisipasi Perempuan Dan Pengurus

Gender pada BKK, PP dan KB.

Selama penyelidikan, temubual sudah dilaksanakan dua kali tetapi

sekali untuk proses penyelidikan dan yang kedua proses temubual. Selama

proses temubual pengkaji berkunjung ke BP4 setiap hari, tetapi data hasil

temubual berdasarkan temu janji dengan bidang- masing-masing yang ada di

BP4, iaitu bidang hakam dan mediasi yang tidak boleh di lakukan setiap hari.

1.10.6. Metode Analisis Data

Analisis data ialah suatu kaedah yang digunapakai untuk menganalisis, dan

mempelajari data-data yang telah terkumpul sehingga boleh dibuat satu kesimpulan

yang nyata tentang permasalahan yang diselidik.112

Miles dan Huberman113menyatakan bahawa terdapat tiga jenis kegiatan

analisis data kualitatif, iaitu:

1. 10.6.1 Reduksi Data (Pengurangan Data)

Data yang diperolehi di lapangan adalah terlalu banyak, disebabkan itu

pengkaji perlu menulisnya secara teliti dan terperinci, merangkumi, memilih


112
Suharsimi Arikunto (1993), Prosedur Penelitian, Suatu Pendekatan Praktek. Jakarta: Rinneka Cipta, h. 126.
113
Miles, M.B. dan Huberman, A.M. 1992. Analisis Data Kualitatif: Buku Sumber Tentang MetodeMetode
Baru. UI Press. Jakarta.

34
hal-hal yang penting dan membuang yang tidak diperlukan dengan

menggunakan alat bantu laptop untuk membuat klasifikasi dan kategori dalam

bentuk huruf besar, huruf kecil, angka, manakala data yang tidak penting akan

dibuang.

1.10.6.2. Model Data (Data Display)

Selepas data dikurangkan, pengkaji akan membentuk data secara

ringkas, data tersebut akan saling berhubungkait antara kategori dan lebih

bersifat naratif. Fenomena masyarakat sentiasa berubah dan dinamik, jadi

pengkaji harus sentiasa menguji apa sahaja yang telah ditemukan di lapangan

adakah akan berubah secara terus menerus sehingga menjadi tetap atau tidak

berubah langsung sehingga akhirnya boleh ditulis menjadi tesis.

1.10.6.3. Penarikan Kesimpulan

Penarikan kesimpulan dan kesahan data selepas disokong oleh bukti-

bukti yang sah dan tetap semasa pengkaji pergi semula ke lapangan untuk

mengumpulkan data, maka kesimpulan yang dikemukakan merupakan

kesimpulan yang kredibel (dapat dipercaya).

Kesimpulan dibuat dengan menggunakan kaedah deduktif iaitu satu

proses penyelesaian hal-hal umum kepada hal yang lebih khusus yang sudah

terbukti kebenarannya dan kesimpulan itu ditujukan kepada sesuatu yang

bersifat lebih khusus.114 Pengkaji bermula daripada teori kemudian melihat

data lalu menguji kesahannya dan melihat kesesuaiannya dengan teori yang

telah digunapakai dalam penyelidikan ini.

1.11. Sistematik Penulisan

114
Sedarmayanti & Syarifudin Hidayat (2002), Metodologi Penelitian. Bandung: CV. Mandar Maju. h. 23.
Lihat juga Sudarto (1996), Metode Penelitian Filsafat. Jakarta: Raja Grafindo Persada, h. 42.

35
Untuk mempermudahkan pembahasan dan penyusunan, tesis ini ditulis dalam

lima bab dan disusun secara terperincisepertimana berikut:

Bab I menerangkan pendahuluan yang mengandungi pengenalan kajian,

latarbelakang yang mendeskripsikan punca permasalahan sehingga menjadi

permasalahan yang perlu diselidik, kemudian merumuskan permasalahan seperti yang

telah dibahaskan pada latar belakang masalah, seterusnya menerangkan tujuan

daripada penyelidikan ini, juga menerangkan mengenai kepentingan kajian yang

diselidik, dan juga menerangkan definisi tajuk yang di selidik, dan untuk membatasi

kajian ini ditulis batasan kajian pada skop kajian, seterusnya menelaah kajian yang

pernah ditulis oleh pengkaji ataupun penulis yang dirangkumkan dalam kajian lepas,

seterusnya untuk menerangkan terori-teori untuk dijadikan alat analisis dalam kajian

ini, dilanjutkan dengan kaedah penyelidikan daripada penerangan jenis penyelidikan,

cara mendapatkan data dan menganalisis data tersebut dan akhirnya untuk

memudahkan dalam menyusun penyelidikan dan lebih bersistem maka dibuat satu

sistematik penulisan.

Pada bab II akan membahas hakam daripada sudut hukum Islam dan sudut

undang-undang di Indonesia yang termaktub dalam beberapa pasal iaitu;

a. Undang-undang Nomor 1 Tahun 1974 Tentang Perkawinan Pasal 39 ayat 1

b. Peraturan Pemerintah Nomor 9 Tahun 1975 Pasal 30-32.

c. Undang-undang Nomor 7 Tahun 1989 Tentang Pengadilan Agama Pasal

65dan 82

d. d. Kompilasi Hukum Islam Pasal 115, Pasal 131 (ayat 2), Pasal 143,Pasal

144

Kemudian membahaskan mengenai mediasi daripada sudut perundangan di

Indonesia yang terbahagi kepada;

36
a. Undang-undang HIR (Herziene Inlandsch Reglement) pasal 130 dan RBg

Rechtsreglement voor de Buitengewesten Pasal 154 RBg.= Pasal 31 Rv.

b. Surat Edaran Mahkamah Agung Nomor 1 tahun 2002 Tentang

Pemberdayaan Pengadilan Tingkat Pertama Menerapkan Lembaga Damai

c. Peraturan Mahkamah Agung Nomor 2 tahun 2003

d. Peraturan Mahkamah Agung Nomor 1 Tahun 2008

Seterusnya disebutkan juga syarat-syarat menjadi mediator, kepentingan dan

tugas mediator, model dan prinsip mediasi, kelebihan mediasi, persamaan dan

perbezaan hakam dan mediasi.

Pada bab III pula akan menerangkan peranan BP4, sejarah penubuhan BP4,

kemudian menerangkan peranan BP4 dalam memembina keluarga sakinah dan

menangani yang bertikai di masyarakat Bantul iaitu dengan membuat program-

program yang baik dan memberikan maklumat seawal mungkin kepada masyarakat

untuk membina keluarga sakinah dan menghindari permasalahan dalam keluarga

yang terbahagi kepada beberapa maklumat iaitu;

a. Program offline ; isu-isu yang diberi perhatian adalah seperti isu persediaan

diri menempuh kehidupan berumahtangga, persediaan keilmuan, persediaan secara

fizikal dan mental, cekap membuat agenda, mengenal personaliti pasangan, adaptasi

keluarga, membina sikap saling percaya, bermesyuarat, mengurus permasalahan

ekonomi keluarga, dan juga mengenai persediaan dengan kehadiran cahaya mata.

b. Program hotline; isu-isu yang sentiasa dipersoalkan, ialah isu mengenai

pihak ketiga, romantisme dalam rumahtangga, kepemimpinan, keadilan, membina

teamwork (kerja sama), dan juga isu kesabaran.

c. Membina remaja soleh dan solehah dengan cara mengadakan perbincangan

di sekolah-sekolah dan di dewan BP4.

37
d. Membina kampung keluarga sakinah dan diadakan penilaian setiap tahun

untuk memilih pemenang.

e. Perbaikan para ahli BP4, membentuk korps penasihat perkahwinan BP4 di

semua tingkatan (Kabupaten, Kota Madya dan Kecamatan). Menyelenggarakan

penataran bagi anggota korps penasihat perkahwinan BP4.

f. Program bantuan hakamain (praktikal di Pengadilan Agama dengan tujuh

kes permasalahan keluarga yang serius), menerangkan faktor-faktor perceraian,

kaedah hakam secara praktikal, proses penetapan hakamain, pemberian nasihat dan

kaedahnya serta hasil akhir di Pengadilan Agama.

g. Pelaksanaan mediasi dan hakam dalam menangani kes di Pengadilan

Agama, menerangkan proses pelantikan, pelaksanaan, tahapan-tahapan, mediasi dan

hakam dan melihat hasil akhir mediasi dan hakam yang dilaksanakan di Pengadilan

Agama.

Bab IV adalah menganalisis data-data yang sudah dibahas dalam bab

sebelumnya yang berkenaan dengan peranan BP4 dalam membina keluarga sakinah

dan menangani masalah perceraian di Bantul Indonesia serta faktor-faktor penyokong

dan penghalang dalam menyelesaikan pertikaian keluarga di Bantul Yogyakarta.

Analisis yang pertama tentang peranan BP4 kepada Kementerian Agama.

Kedua peranan BP4 kepada Pengadilan Agama melalui mediasi dan hakam dalam

menangani pertikaian. Ketiga kedudukan hakam setelah berlakunya PERMA Nomor

1 Tahun 2008 Tentang Prosedur Mediasi di Pengadilan Agama.

Bab V Bab penutup iaitu kesimpulan disamping saranan-saranan yang bersifat

membina.

38
BAB II
GAMBARAN UMUM TENTANG HAKAM DAN MEDIASI DALAM PERSPEKTIF
ISLAM DAN UNDANG-UNDANG DI INDONESIA
2.1. Pentakrifan Hakam dan Mediasi

2.1.1. Definisi Hakam

Hakam menurut bahasa diertikan sebagai “yang mencegah” iaitu orang yang

mencegah kezaliman.115 Perkataan yang mempunyai erti sama dengannya ialah tahkim

yang diertikan “menjadikan seseorang sebagai pencegah suatu pertikaian”116, atau

“bersandarnya dua orang yang bertikai kepada seseorang yang mereka redhai

keputusannya untuk menyelesaikan pertikaian”.117

Menurut Ar-Ragib al-Isfahani, “mengutus hakam” pada ayat 34 surah an-Nisa

menunjukkan bahawa hakam itu dipilih oleh hakim dan bekerja menurut arahan hakim

dalam menyelesaikan perkara.118 Sedang Deeb al-Khudhrami menerangkan hakam

dengan “an arbitrator appointed by a judge to settle a disputes” (seorang wasit yang

diangkat atau ditunjuk oleh hakim untuk meyelesaikan suatu pertengkaran).119

Pandangan Abu Hayyan pula, hakam adalah orang yang pakar untuk mengadili di antara

manusia dan bertanggungjawab untuk mendamaikannya.120 Pendapat yang sama juga

ditulis oleh al-Qasimi yang mentakrifkan hakam ialah seorang lelaki yang soleh untuk

mengadili dan mendamaikan serta mencegah kezaliman dari suatu kezaliman.121 Adapun

al-Alusi menerangkan hakam sebagai seorang lelaki yang adil dan arif, baik strategi dan

115
Ibnu Faris (1994), Al-Mu’jam al-Maqayis fi al-Lughah, c. 1. Beirut: Dar al-Fikr, h. 277.
116
Lewis Ma’ruf (t.t.), Al-Munjid al Lughah wa al-A’lam. Beirut: Dar al-Masyriq, h. 146.
117
Abu al Ainain Fatah Muhammad (1976), Al-Qada wa al-Ithbat fi al-Fiqhi al-Islami. Kairo: Dar al-Fikr, h.
84.
118
Ar-Ragib al-Isfahani (t.t.), Mu’jam Mufradati Alfaiz al-Qur’an, Beirut: Dar al-Fikr, h. 126.
Deeb al-Khudhrami (1995), A Dictionary of Islamic Terms, c. 1. Beirut: al-Yamamah, h. 103. Attabik Ali
119

(1998), Kamus Kontemporer Arab-Indonesia, c. 3. Yogyakarta: Yayasan Ali Maksum, h. 786, mengartikan
hakam dengan wasit, penengah dan hakim.
120
Abu Hayyan al-Andalusi, Tafsir Bahr al-Muhit, j. 3, h. 253.
121
Al-Qasimi, Mahasin at-Ta’wil, j.3, h. 35.

39
pandangannya dalam menghasilkan suatu maslahah.122 Berbeza dengan pendapat Al-

Wahidi yang menerangkan hakam bererti hakim yang mencegah seseorang daripada

berbuat zalim.123

2.1.2. Definisi Mediasi

Mediasi berasal dari bahasa latin “mediare” yang bererti “berada di tengah”.

Makna ini merujuk kepada peranan yang diberikan mediator dalam menyelesaikan

antara pihak pertikaian. Berada di tengah juga bererti mediator harus neutral dan tidak

memihak kepada mana-mana pihak dalam menyelesaikan pertikaian. Mediator harus

menjaga kepentingan pihak-pihak yang bertikai dengan adil sehingga boleh

dipercayai oleh pihak yang bertikai.124 Mediator adalah orang tengah, pengantara,

pendamai antara kedua belah pihak yang bertikai. Mediator seseorang yang bertindak

sebagai perantara untuk menyampaikan pesan kepada seseorang atau satu

kumpulan.125

Dalam kamus Collins English Dictionary and Thesaurus, mediasi diertikan

sebagai usaha menangani antara dua pihak yang bertikai untuk menghasilkan

kesepakatan (agreement). 126 Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, kata mediasi

diertikan sebagai proses penglibatan orang ketiga dalam menyelesaikan satu

perselisihan atau sebagai seorang penasihat.127

122
Al-Alusi, Ruhu al-Ma’ani, j. 5, h. 39
123
Al-Wahidi (1995), Al-Wasitu fi Tafsir al-Qur’an al- Majid, c. 1. Beirut: Dar al-Kutubi al-‘Ilmiyyati, j. 2, h. 47
124
Pius A Partanto dan M. Dahlan Al Barry (1994), Kamus Ilmiah Populer. Surabaya: Penerbit Arkola, h. 486.

125
Alex MA. (2005), Kamus Ilmiah Popular Kontemporer. Surabaya: Karya Harapan, h. 397.

126
Lorna Gilmour (2007), Collins English Dictionary and Thesaurus, Penny Hand dan Cormac McKeown
(eds.), c.3. Great Britain: Harper Collins Publishers, h. 510.
127
Tim Penyusun Kamus Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa (1988), Kamus Besar Bahasa Indonesia.
Jakarta: Depdikbud, h. 569,

40
Menurut Laurence Boulle, mediation is a decision making process in which

the parties are assisted by a mediator, the mediator attempt to improve the process of

decision making and to assist the parties the reach an out come to which of them can

assen. 128

Mediasi adalah proses pembuatan sebuah keputusan pada sekumpulan orang

yang dibantu oleh seorang mediator. Mediator menghadiri dan mengikuti proses

pembuatan keputusan dan membantu mereka mencapai outcome yang mereka

perlukan.

Menurut Garry Goopaster, mediasi sebagai proses negosiasi pemecahan

masalah di mana pihak luar yang tidak memihak (imparsial) bekerjasama dengan

pihak-pihak yang bertikai untuk membantu mereka memperoleh kesepakatan

perjanjian yang memuaskan.129

Menurut John W. Head dalam Gatot Sumarsono mediasi adalah satu prosedur

yang melibatkan orang tengah sebagai penghubung untuk menyambung

berkomunikasi antara pihak-pihak yang bertikai sehingga pandangan mereka yang

berbeza atas pertikaian tersebut boleh difahami dan boleh didamaikan, akan tetapi

128
Laurence Boulle (1996), Mediation: Principle, Process, Practice .Sydney: Butterworths, h. 1
129
Gary Goopaster (1993), Negosiasi dan Mediasi: Sebuah Pedoman Negosiasi dan Penyelesaian Sengketa
Melalui Negosiasi. Jakarta: ELIPS Project, h. 201. Lihat juga J. Folberg dan A. Taylor (1984), Mediation: A
Comprehensive Guide to Resolving Conflict without Litigation. Cambridge: Cambridge University Press, h. 7.
Menurut J. Folberg dan A. Taylor, mediation is the process by which the participant, together with the
assistance of a neutral persons, systematically isolate dispute in order to develop options, consider alternative,
and reach consencual settlement that will accommodate their needs. (Mediasi adalah sebuah proses dimana
pihak yang bertikai bersama dengan seorang penolong yang neutral (mediator) secara sistematik menghilangkan
pertikaian dengan mengembangkan pilihan-pilihan, menimbang alternatf dan mencapai penyelesaian yang akan
mengakomodasi keperluan-keperluan mereka). Lihat juga Huala Adolf (2004), Hukum Penyelesaian Sengketa
Internasional. c. 1. Jakarta: Sinar Grafika, h. 120. Menurut Huala Adolf, mediasi adalah proses yang melibatkan
pihak ketiga (mediator) yang bersifat nueutral lagi independen dalam satu pertikaian. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan hubungan langsuang antara pihak yang berkenaan. Mediator boleh negara, individu, organisasi
internasional dan lain-lain.

41
tanggungjawab tercapainya perdamaian tetap berada di tangan pihak-pihak yang

bertikai sendiri.130

Menurut Gunawan Widjaya, mediasi adalah proses penyelesaian pertikaian

alternatif oleh seorang mediator yang bersifat pasif dan sedikitpun tidak diberikan

kuasa untuk memberikan satu idea, apatah lagi untuk memustuskan perselisihan yang

berlaku.131 Mediasi adalah salah satu alternatif penyelesaian sengketa di luar

pengadilan dengan menggunakan jasa seorang mediator atau orang tengah, sama

seperti konsiliasi.132

Berdasarkan gambaran takrifan di atas, boleh difahami bahawa aspek-aspek

mediasi adalah proses negosiasi dan tawar menawar untuk mendapatkan kedamaian

yang bersifat emic,133 yang berasal dari kesepakatan para pihak yang bertikai, bukan

mediator.

Hal ini bersesuaian dengan apa yang dikatakan olehAssist. Prof. Dr. Mek Wok

Mahmud dan Assoc. Prof. Dr. Sayed Iskandar Shah Haneef menguraikan sebagai

berikut:

“Mediation literally denotes the idea of ''assisted negotiation" negotiation may


be thought of as "communication for agreement. " hence, mediation is "assisted
communications for agreement. In the legal parlance, it signifies a proses in which the
parties for a dispute, with the assistance of a dispute resolution practitioner (mediator)
identify the disputed issues, develop options, consider alternatives and endeavours to
reach an agrement.134

130
Gatot Sumarsono (2006), Arbitrase dan Mediasi di Indonesia. Jakarta: PT Raja Gramedia Pustaka Utama, h.
31-32.
131
Gunawan Widjaya (2001), Seri Hukum Bisnis: Alternatif Penyelesaian Sengketa. C.1. Jakarta: Raja Grafindo
Persada, h. 2.
132
Tim penyusun ( 1997), Kamus Ekonomi FLIPS. Jakarta: Flips Project, h. 111.

Emic berarti cara pandang daripada dalam diri sendiri (insider’s perspective) sebagai antonim dari etic, cara
133

pandang orang lain (outsider’s perspective)


134
Mek Wok Mahmud et al. (2008), “Mediation in Resolving Marital Conflicts: An Appraisal of Classical
Fiqh and Contemporary Application” (Kertas Kerja Seminar Asia Pasific Mediation Forum Conference di
International Islamic University Malaysia, 16-18 Juni 2008), h. 2.

42
Daripada kenyataan di atas mediasi bemaksud satu idea tentang negosiasi yang

dibantu atau boleh disebut sebagai sebuah komunikasi untuk mencapai kesepakatan.

Dalam bahasa hukum, mediasi bermaksud suatu proses dimana pihak-pihak yang

bertikai, dengan bantuan seorang praktisi penyelesaian pertikaian (mediator),

mengidentifikasi issue pertikaian, mengembangkan pilihan-pilihan,

mempertimbangkan alternatif-alternatif untuk mencapai kesepakatan.

Dengan demikian, gambaran utamanya adalah bahawa seorang mediator tidak

mempunyai peranan menasihati terhadap isi atau hasil negosiasi. Mediasi berbeza

dengan seorang konsiliator yang dapat menyarankan suatu jalan penyelesaian.

Berbeza pula dengan arbitrase karena arbitrator mempunyai kesamaan dengan hakim

yang akhirnya akan membuat keputusan.

Dalam Peraturan Mahkamah Agung Nomor 1 Tahun 2008, pengertian mediasi

disebutkan pada Pasal 1 butir 6, iaitu: ”Mediasi adalah penyelesaian sengketa melalui

proses perundingan para pihak dengan dibantu oleh mediator”. Di sini disebutkan

kata mediator, yang harus mencari ”berbagai kemungkinan penyelesaian sengketa”

yang diterima para pihak. Pengertian mediator, disebutkan dalam Pasal 1 butir 5,

yaitu: ”Mediator adalah pihak yang bersifat netral dan tidak memihak, yang

berfungsi membantu para pihak dalam mencari berbagai kemungkinan penyelesaian

sengketa”. Pihak-pihak yang bertikai akan mengambil keputusan sendiri atas dasar

negosiasi dengan pihak lawannya, kerana tugas mediator mencari cadangan-cadangan

yang menguntungkan semua pihak.

Dari takrifan tersebut, mediator dianggap sebagai ”kenderaan” bagi pihak-

pihak yang bertikai untuk berkomunikasi. Mediator tidak akan ikut campur dalam

menghasilkan keputusan. Oleh sebab itu dapat dikatakan bahawa keputusan yang

43
dihasilkan melalui mediasi akan tetap dan menyenangkan pihak-pihak yang telah

mengakhiri pertikaian.135

2.2. Hakam dan Mediasi dalam Perspektif Hukum Islam

Dalam mengatasi konflik, agama Islam jelas menyediakan beberapa mekanisme

pengurusan konflik antara pihak yang bertikai, iaitu melalui dua kategori;

Pertama, melalui perbicaraan di mahkamah yang diketuai oleh hakim (qadi) atau

melalui proses adjudikasi. Dalam hal ini, hakim dituntut menyelesaikan masalah dengan

cara mengemukakan alat bukti daripada para pihak yang bertikai untuk menuntut atau

mempertahankan haknya di hadapan mahkamah. Siapapun yang mempunyai alat bukti yang

kukuh, dialah yang berhak memenangi kes tersebut.136 Oleh itu, Al-Quran memberikan

perhatian secara khusus kepada para hakim dalam menegakkan keadilan, kerana boleh jadi

Hakim salah memutuskan perkara ataupun para saksi memberikan kesaksian palsu atau

menyembunyikan perkara yang sebenar di mahkamah.137 Nabi Saw menyatakan;

“Daripada Ummu Salamah, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


sesungguhnya saya seorang manusia seperti kamu semua dan kamu semua mengadukan
segala permasalahan kepadaku. Mungkin salah seorang daripada kalian lebih baik dalam
menjelaskan hujjahnya daripada yang lain. Maka saya akan memutuskannya sesuai dengan

135
Jadi, secara ringkas boleh digambarkan bahawa mediasi merupakan suatu proses penyelesaian pihak-pihak
yang bertikai untuk mencapai penyelesaian yang memuaskan melalui pihak ketiga yang neutral
(mediator).Mediasi juga alternatif penyelesaian pertikaian atau biasa dikenal dengan istilah ”mekanisme
alternatif penyelesaian sengketa” yang merupakan terjemahan dari ”alternative dispute resolution” yang ada
pertama kali di Amerika Serikat. Mediasi lahir dilatarbelakangi oleh lambatnya proses penyelesaian sengketa di
mahkamah, oleh karena itu mediasi muncul sebagai jawaban atas ketidakpuasan yang berkembang pada sistem
mahkamah yang bermuara pada persoalan waktu, kos dan kemampuannya dalam menangani kes-kes yang
kompleks.
136
Perintah berlaku adil termaktub dalam al-Quran ayat, sedangkan tentang kesaksian palsu termaktub dalam
ayat 224 surah al-baqarah, Nabi Saw. menyatakan bahawa memberi saksi palsu adalah dosa besar selain
syirik dan durhaka kepada ibu bapa.
137
Imam Adzahabiy dalam kitabnya Al-Kabair (dosa besar) menyebutkan bahawa pelaku kesaksian yang
menipu setidaknya telah melakukan empat dosa besar sekaligus; Pertama, berbohong dan mereka-reka cerita
atas nama Allah Swt. Kedua, berbuat kezaliman terhadap orang yang dia bersaksi atasnya.Ketiga berbuat
kezaliman terhadap orang yang diberikan persaksiannya, kerana dengan kesaksian yang palsu ia telah
menghalalkan harta, maruah atau jiwa dalam penderitaan bahkan kematian. Keempat, menghalalkan apa yang
diharamkan Allah Swt. baik harta, darah dan maruah orang lain.

44
keterangan yang saya dengar. Oleh itu, siapa sahaja yang aku menangkan dengan
mengalahkan yang benar, itu sama ertinya saya memberikan cebisan api neraka”138
(HR. Imam Muslim)
Daripada keterangan hadis Nabi di atas, maka dapat disimpulkan bahawa hakim

memutuskan suatu perkara sesuai dengan apa yang dilihat, didengar dan pembuktian yang

kuat dari seseorang yang pandai bercakap sehingga dapat mempengaruhi keputusan seorang

hakim dalam mengambil keputusan. Sekiranya ada bukti-bukti palsu dalam pembuktian alat

bukti, maka boleh mengakibatkan tidak puas hati bagi mereka yang bertikai sehingga

mereka tidak mendapatkan keadilan yang diharapkan.139

Kedua, melalui perdamaian (sulh).140 Daripada sulh inilah kemudian konsep seperti

hakam, fasilitasi, negosiasi, mediasi, arbitrase dan lain-lain. Terdapat dalil-dalil yang jelas

dalam al-Quran, al-Sunnah dan pendapat fuqaha’ yang menyeru dan menggalakkan sulh

untuk menjadi pengantara bagi pihak-pihak yang bertikai. Al-Quran dalam Surah An-Nisa

ayat 128 menyatakan bahawa jika seorang perempuan bimbang suaminya melakukan

nusyuz atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka untuk membuat

perdamaian supaya tidak berlaku perceraian.141 Demikian pula dalam Surah al-Hujurat ayat

138
Imam Muslim (1997), Sahih Muslim, Selangor: Klang Book Centre, hadis nombor 3231.

139
Oleh itu, seorang hakim, dalam praktikalnya harus mengamalkan nilai-nilai hadis di atas, iaitu; Pertama,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah manusia biasa, tidak mengetahui perkara apa yang ada di hati
manusia kecuali ada wahyu yang datang menerangkan sesuatu perkara yang mustahak Kedua, qadhi
memutuskan perkara di antara dua orang yang bertikai dengan melihat bukti-bukti dan qarinah (sesuatu yang
bisa menguatkan dugaan) Ketiga, wajib bagi seorang hakim untuk tidak memutuskan suatu perkara, kecuali
setelah mendengar dari dua belah pihak. Keempat, apabila seorang qadhi salah dalam memutuskan suatu
perkara, setelah bersungguh-sungguh mencaritau dan tabayyun, dia tidak berdosa, kerana seorang qadhi
memutuskan suatu perkara berdasarkan bukti-bukti dan qarinah yang ditunjukkan kepadanya Kelima, kesalahan
seorang qadhi tidak berarti bisa mengubah sesuatu yang halal menjadi haram, dan yang haram menjadi halal.
Kenam, siapa sahaja yang dimenangkan atas suatu perkara, padahal dia tau dia menzhalimi saudaramya, maka
tidak boleh baginya mengambil hak tersebut, kerana seolah-olah mengambil potongan dari api eraka. Ketujuh,
hakim/qadhi sentiasa mengingatkan kepada orang yang bertikai supaya bertaqwa kepada Allah

140
Sulh menurut bahasa diertikan sebagai “penematan sesuatu pertikaian”. Lihat Al-Bajuri, Ibrahim, Hashiyah
bajuri al-Haramain, Vol.1, h. 271.Manakala menurut istilah syara’ pula adalah “suatu aqad yang dengannya
tamat sesuatu pertikaian”. Lihat al-Khateeb al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, j. 2, h.177.
141
Abdullah Basmeih (2001), Mushaf Malaysia Rasm Uthmani, Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada
Pengertian Al-Quran, Muhammad Noor Haji Ibrahim (eds.), Darul Fikir, Kuala Lumpur, h.

45
9 menyatakan hendaklah mendamaikan orang-orang beriman jika berlaku peperangan

diantara mereka. “

Kemudian ada hadis yang berbunyi;

“Sulh, hukumnya adalah harus di antara orang Islam melainkan menjadi haram jia
ianya mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan apa yang diharamkan dan
sebenarnya orang islam itu terikat dengan janjinya kecuali dalam perkara yang
mengharamkan apa yang telah dihalalkan dan sebaliknya”.142
(Hadis Riwayat al-Tamizi)

Nabi Muhammad Saw sendiri sudah menjadi mediator sejak zaman jahiliyah lagi.

Salah satu kes yang masih dikenang dalam masalah mediator adalah isu perletakan hajar

aswad. Kes lainnya ialah ketika dalam perjanjian hudaibiyah Rasulullah SAW. mampu

mengajak orang-orang Quraisy duduk dalam meja perundingan sehingga berlaku satu

keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang bertikai. Masih banyak kes-kes

yang boleh diselesaikan melalui mediator sebagai pengantara dalam menyelesaikan

pertikaian.

Saidina Umar r.a. pernah berkata: “Suruhlah mereka yang bertelingkahan supaya

duduk semeja agar mereka berunding. Jika hakim yang memutuskannya, mereka akan

saling benci-membenci”.143

2.3. Hakam dan Mediasi dalam Perspektif Undang-undang

2.3.1. Peruntukan Hakam dalam Undang-Undang

Peruntukan hakam dinyatakan dalam beberapa Undang-undang dan Kompilasi

Hukum Islam, iaitu; Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1974,144 ayat 1 yang berbunyi:

142
Al-Sana’ani, (2001), Subul al-Salam. j. 3. Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyyah, h. 59.
143
Mustafa al-Khin (1998), Al-Fiqh al- Manhajiy, j. 3. Damshik: Dar al-Qalam, h. 150.
144
Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1974 Tentang Perkawinan Pasal 39 ayat 1.

46
Perceraian hanya dapat dilakukan di depan Sidang Pengadilan setelah Pengadilan yang

bersangkutan berusaha dan tidak berhasil mendamaikan kedua belah pihak. Peraturan

Pemerintah Nomor 9 Tahun 1975, pasal 31 ayat 1 yang berbunyi: Hakim yang

memeriksa gugatan perceraian berusaha mendamaikan kedua pihak.145 Dan ayat 2 yang

berbunyi: Selama perkara belum diputuskan, usaha mendamaikan dapat dilakukan pada

setiap sidang pemeriksaan. Pasal 32 ayat 1 yang berbunyi : Apabila tercapai

perdamaian, maka tidak dapat diajukan gugatan perceraian baru berdasarkan alasan

atau alasan-alasan yang ada sebelum perdamaian dan telah diketahui oleh penggugat

pada waktu dicapainya perdamaian. Pasal 33 ayat yang berbunyi: Apabila tidak dapat

dicapai perdamaian, pemeriksaan gugatan perceraian dilakukan dalam sidang tertutup.

Undang-Undang Nomor 7 Tahun 1989 pasal 65 yang berbunyi: Perceraian

hanya dapat dilakukan di depan sidang Pengadilan setelah Pengadilan yang

bersangkutan berusaha dan tidak berhasil mendamaikan kedua belah pihak.146 Pasal 82

ayat 1 yang berbunyi: Pada sidang pertama pemeriksaan gugatan perceraian, Hakim

berusaha mendamaikan kedua pihak. Ayat 2 berbunyi: Dalam sidang perdamaian

tersebut, suami isteri harus datang secara pribadi, kecuali apabila salah satu pihak

bertempat kediaman di luar negeri, dan tidak dapat datang menghadap secara pribadi

dapat diwakili oleh kuasanya yang secara khusus dikuasakan untuk itu. Ayat 3 pula

berbunyi: Apabila kedua pihak bertempat kediaman di luar negeri, maka penggugat

pada sidang perdamaian tersebut harus menghadap secara pribadi.ayat 4 yang

berbunyi: Selama perkara belum diputuskan, usaha mendamaikan dapat dilakukan pada

setiap sidang pemeriksaan. Pasal 83 ayat 1 yang berbunyi: Apabila tercapai

perdamaian, maka tidak dapat diajukan gugatan perceraian baru berdasarkan alasan

145
Peraturan Pemerinta Nomor 9 Tahun 1975 Tentang Pelaksanaan Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1974
Tentang Perkawinan Pasal 30-32.
146
Undang-Undang Nomor 7 Tahun 1989 Tentang Pengadilan Agama Pasal 65 dan 82.

47
yang ada dan telah diketahui oleh penggugat sebelum perdamaian tercapai. bunyi

undang-undang ini mempunyai kesamaan dengan Kompilasi Hukum Islam.147

2.3.2. Peruntukan Mediasi Dalam Undang-undang

Sedangkan peruntukan mediator tidak dinyatakan dalam Undang-undang, akan

tetapi berasaskan keputusan Mahkamah Agung Nomor 1 Tahun 2008. Secara hirarki

perundangan, kedudukan Keputusan Mahkamah Agung adalah di bawah undang-

undang. Praktikal Mediasi sudah berlaku sejak zaman Penjajahan Belanda yang dikenali

sebagai istilah dading yang diatur dalam pasal 130 HIR148/Pasal 154 RBg149 yang

berbunyi: (1) Jika pada hari yang ditentukan para pihak datang menghadap, maka

Pengadilan Negeri dengan perantara Ketua berusaha mendamaikannya; (2) Jika dapat

dicapai perdamaian, maka didalam sidang itu juga dibuatkan suatu akta dan para pihak

dihukum untuk menaati perdamaian yang telah dibuat, dan akta itu mempunyai kekuatan

serta dilaksanakan seperti suatu surat keputusan biasa; (3) Terhadap keputusan yang

demikian tidak dapat diajukan banding; (4) Bila dalam usaha untuk mendamaikan para

147
Pasal 115 yang berbunyi: Perceraian hanya dapat dilakukan di depan sidang Pengadilan Agama setelah
Pengadilan Agama tersebut berusaha dan tidak berhasil mendamaikan kedua belah pihak. Pasal 131 ayat 2
yang berbunyi: Setelah Pengadilan Agama tidak berhasil menashati kedua belah pihak dan ternyata cukup
alasan untuk menjatuhkan talak serta yang bersangkutan tidak mungkin lagi hidup rukun dalam rumahtangga,
pengadilan Agama menjatuhkan keputusannya tentang izin bagi suami untuk mengikrarkan talak. Pasal 143
ayat 1 yang berbunyi: Dalam pemeriksaan gugatan perceraian Hakim berusaha mendamaikan kedua belah
pihak. Ayat 2 yang berbunyi: Selama perkara belum diputuskan usaha mendamaikan dapat dilakukan pada
setiap sidang pemeriksaan. Pasal 144 yang berbunyi: Apabila terjadi pedamaian, maka tidak dapat diajukan
gugatan perceraian baru berdasarkan alasan atau alasan-alasan yang ada sebelum perdamaian dan telah
diketahui oleh penggugat pada waktu dicapainya perdamaian. (Kompilasi Hukum Islam adalah buku ringkasan
tentang hukum Islam yang diambil daripada pelbagai kitab yang mu’tabarah).

148
HIR merupakan singkatan dari Herziene Inlandsch Reglement (Reglemen Indonesia Baru) merupakan salah
satu sumber hukum acara perdata bagi daerah Pulau Jawa dan Madura peninggalan kolonial Hindia Belanda
yang masih berlaku dinegara Indonesia sehingga kini. HIR berasal dari Inlansch Reglement (IR) atau Reglement
Bumiputera. IR pertama kali diundangkan 5 April 1848 (Staatblad 1984: No. 16) yang diperbaharui dengan
(Staatblad 1941 No. 44) merupakan hasil rancangan JHR. Mr. HL. Wichers, President hooggerechtshof (Ketua
Pengadilan Tinggi di Indonesia pada zaman Hindia Belanda) di Batavia.
149
RBg adalah singkatan dari Rechtsreglement voor de Buitengewesten (Reglement untuk daerah seberang),
merupakan Hukum Acara Perdata bagi daerah-daerah luar pulau Jawa dan Madura.

48
pihak diperlukan campur tangan seorang juru bahasa, maka digunakan ketentuan yang

diatur dalam pasal berikut.

Berdasarkan bunyi pasal 130 di atas, amalan mediasi hanya berlaku di

Pengadilan Negeri (Mahkamah Sivil), dan berbeza dengan mediasi sebagaimana yang

berkembang sekarang. Maka untuk menambahbaik mediasi, kerajaan Indonesia

membuat Surat Edaran Mahkamah Agung (SEMA) Nomor 1 Tahun 2002 Tentang

Pemberdayaan Pengadilan Tingkat Pertama Menerapkan Lembaga Damai.

SEMA Nomor 1 Tahun 2002 merupakan hasil Mesyuarat Kerja Nasional I

Mahkamah Agung yang dilaksanakan di Yogyakarta pada tarikh 24-27 September 2001.

Surat edaran ini menekankan penambahbaikan mahkamah tingkat pertama dalam

melaksanakan usaha damai (lembaga dading) sebagaimana yang telah ditetapkan dalam

pasal 130 HIR/pasal 154 RBg dan pasal-pasal lainnya dalam hukum acara yang berlaku

di Indonesia, khususnya pasal 132 HIR/pasal 154 RBg. Hasil Mesyuarat Kerja Nasional

ini pada dasarnya merupakan jawapan kepada masalah yang dimesyuaratkan pada sidang

Tahunan Majelis Perwakilan Rakyat (MPR) Tahun 2000, agar Mahkamah Agung

mencari jalan penyelesaian untuk menangani kes-kes yang tertangguh di mahkamah.

Isi SEMA Nomor 1 tahun 2002 ini berbunyi;

(1) Upaya perdamaian hendaklah dilakukan dengan sungguh-sungguh dan

optimal, tidak sekedar formalitas,

(2) Melibatkan hakim yang ditunjuk dan dapat bertindak sebagai fasilitator dan

atau mediator, tetapi bukan hakim majlis

(3) Untuk pelaksanaan tugas sebagai fasilitator maupun mediator kepada hakim

yang bersangkutan diberikan waktu paling lama 3 (tiga) bulan, dan dapat

49
diperpanjang apabila terdapat alasan untuk itu dengan persetujuan ketua PN, dan

waktu tersebut tidak termasuk waktu penyelesaian perkara sebagaimana

dimaksud dalam SEMA Nomor 6 tahun 1992,

(4) Persetujuan perdamaian dibuat dalam bentuk akte perdamaian (dading), dan

para pihak dihukum untuk mentaati apa yang telah disepakati,

(5) Apabila mediasi gagal, hakim yang bersangkutan harus melaporkan kepada

ketua PN/ketua majlis dan pemeriksaan perkara dilanjutkan oleh majlis hakim

dengan tidak menutup peluang bagi para pihak untukberdamai selama proses

pemeriksaan berlangsung

(6) Keberhasilan penyelesaian perkara melalui perdamaian, dapat dijadikan

bahan penilaian (reward) bagi hakim yang menjadi fasilitator/mediator.

Setahun selepas itu, Mahkamah Agung Indonesia membuat keputusan tetap,

iaitu Peraturan Mahkamah Agung (PERMA) Nomor 2 Tahun 2003 Tentang Prosedur

Mediasi di Pengadilan. PERMA ini mengatur tentang Prosedur Mediasi di Pengadilan

yang merangkumi pra mediasi, proses mediasi, tempat dan biaya mediasi. Sebanyak

17 pasal yang dibuat dalam PERMA ini hanya mengatur pelaksanaan mediasi di

dalam mahkamah sahaja.

Maka pada tahun 2008. Mahkamah Agung membuat peraturan baru iaitu

PERMA Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Prosedur Mediasi di Pengadilan yang

mengandungi 27 pasal. PERMA 2008 memberikan pengaturan yang lebih

komprehensif, lebih lengkap, dan lebih terperinci menerangkan proses mediasi di

pengadilan, dan berlaku di dalam dan di luar mahkamah, samada Pengadilan Agama

mahupun Pengadilan Negeri sebagaimana pasal 2 yang berbunyi:

(1) Peraturan mahkamah agung ini hanya berlaku untuk mediasi terkait dengan

proses berperkara di pengadilan

50
(2) Setiap hakim, mediator dan para pihak wajib mengikuti prosedur

penyelesaian pertikaian melalui mediasi yang diatur dalam peraturan ini.

(3) Tidak menempuh proses mediasi berdasarkan Peraturan ini merupakan

pelanggaran terhadap ketentuan pasal 130 HIR dan atau pasal 154 RBg yang

mengakibatkan putusan batal demi hukum.

(4) Hakim dalam pertimbangan putusan perkara wajib menyebutkan bahwa

perkara yang bersangkutan telah diupayakan perdamaiannya melalui mediasi

dengan menyebutkan nama mediator untuk perkara yang bersangkutan.

Huraian di atas menunjukkan bahawa mediasi mengalami beberapa kali

perubahan sehinggalah kepada tahun 2008. Menurut A. Hamid Sarong,150 bahawa

penyelesaian pertikaian melalui mediasi di mahkamah bukan berarti membangun

sistem mahkamah baru. Lembaga mediasi diperlukan untuk: Pertama, mempercepat

proses penyelesaian pertikaian. Hal ini disebabkan proses kes yang mengambil masa

enam hingga tujuh bulan untuk diselesaikan. Sekiranya berlaku penggantungan kes

atau jika berlaku banding dan kasasi maka masa yang diperlukan menjadi lama.

Kedua, menjimatkan kewangan. Hal ini kerana wang untuk penyelesaian kes secara

rasmi ditambah lagi dengan pembayaran kepada peguam yang menguruskan kes

mereka. Dengan itu, asas dan slogan mahkamah yang cepat dan biaya ringan boleh

terapkan seluruhnya. Ketiga, mediasi adalah pilihan bagi mereka yang menghendaki

keselesaan bagi pihak yang bertikai, sekiranya boleh mencapai perdamaian, maka

akan memudahkan urusan seterusnya.

A. Hamid Sarong (2007), “Arbitrase dan Mediasi Tantangan Kurikulum Fakultas Syari’ah” (Kertas Kerja
150

Seminar Pertemuan Dekan Fakulti Syariah Seluruh Indonesia di Yogyakarta, 16-18 Maret 2007), h. 14-15.

51
2.4.Syarat-Syarat Hakam dan Mediasi

2.4.1. Syarat-syarat Hakam

Ahli fekah telah membahaskan secara terperinci kelayakan menjadi hakam,151 tetapi

kelayakan secarang undang-undang dan amalan di Indonesia, iaitu:

1.Hakam terdiri daripada kalangan kerabat daripada pihak suami dan pihak isteri yang

pada pendapat Pengadilan agama mempunyai kelayakan mengikut hokum syara’.

2. Pengadilan boleh melantik selain kalangan kerabat yang mempunyai kelayakan

mengikut hokum syara’.152

151
Syeikh Jalaluddin al-Mahally menerangkan syarat-syarat untuk menjadi hakam adalah sebagai berikut:

‫ويشترطفيهماالحريةوالعدالةواالهتداءالىماهوالمقصودمنبعتهما‬
Artinya: “Disyaratkan kedua hakam itu merdeka, adalah (jujur) serta punya pengetahuan tentang tugas-
tugas yang dibebankan kepadanya”.

Menurut Wahbah az-Zuhaily, bagi dua orang hakam itu mempunyai kriteria sebagai berikut: hakamain
harus merdeka, seorang yang beragama Islam, orang yang adil, mukallaf, faqih yangmengetahui hukum hakam,
alim (ahli dalam mendamaikan). Hakam itu diutamakan diambil dari keluarga lelaki dan perempuan (suami-
isteri) namun jika tidak, boleh diambil dari luar keluarga mereka, yang penting mereka mampu menjadi juru
damai kedua pasangan itu. Lihat Al-Mawardi, op.cit, j.7, h. 249. Dasar pihak keluarga menjadi hakam adalah
pihak keluarga lebih mengetahui hal keadaan rumahtangga serta peribadi masing-masing suami isteri sehingga
mengutus seorang hakam dari kedua belah pihak keluarga lebih diutamakan untuk mendamaikan pertikaian
yang berlaku diantara keduanya sehingga peluang suami isteri untuk menyampaikan masalah mereka tanpa
banyak halangan. Alasan hakam diambil daripada keluarga juga disebabkan mereka lebih dekat kepada suami
isteri yang bertikai dan hakamain itu diyakini mengetahui keadaan perselisihan itu. Lihat Ahmad Mustafa Al-
Maragi (1974), Tafsir Al-Maraghi, Mesir: Mustafa Al-Babi Al-Halabi, j.5, h. 47. Wahbah az-Zuhaili
menyatakan bahawa akan lebih bijak bila hakam berasal dari pihak keluarga masing-masing suami isteri, namun
pihak luar juga boleh melibatkan pihak luar boleh diangkat sebagai hakam: “Jika keduanya tidak berasal dari
keluarga kedua suami isteri, Hakim boleh memilih dua orang lelaki yang bukan keluarga suami isteri. Sebaiknya
kedua-dua mereka berasal dari tetangga suami isteri, yang mengetahui betul keadaan suami isteri, serta memiliki
kemampuan untuk mendamaikan keduanya”. Lihat Wahbah Al-Zuhaili op.cit, h. 828.
152
Dalam praktikalnya, dua orang Hakam yang diambil juga mestilah tidak mempunyai subjektif atau pilih
kasih. Hal ini bermaksud hakam mesti mempunyai itikad baik dan telus untuk tidak saling menyalahkan mana-
mana pihak serta boleh dipercayai untuk menjaga amanah atau maklumat yang bersifat rahasia dalam
rumahtangga suami isteri yang bertikai.

52
2.4.2. Syarat-syarat Mediator

Secara teori, menurut PERMA Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Prosedur Mediasi

di Pengadilan153 adalah sebagai berikut;

(a) Mediator harus memiliki sertifikat mediator

(b) Hakim pengadilan dapat diangkat sebagai mediator jika tidak ada mediator

yang bersertifikat, advokat, akademisi hukum dan profesi bukan hukum

yang bersertifikat mediator.

Secara praktikal, persyaratan bagi seorang mediator dapat dilihat dari dua sisi,

yaitu sisi kemampuan seorang mediator dalam menjalankan misinya,154 dan berkaitan

dengan formality,155 iaitu;

2.5. Tanggungjawab Hakam dan Mediator

2.5.1. Tanggungjawab Hakam

Tugas dan kerja utama hakam yang diamalkan di Indonesia adalah menyelidik

sebab musabab munculnya pertikaian dan perselisihan dan sedaya upaya memberi

153
PERMA Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Prosedur Mediasi Di Pengadilan Pasal 8.
154
Pertama, kemampuan membina kepercayaan para pihak yang bertikai. Mediator menerangkan bahwa dia
tidak mempunyai kepentingan apapun terhadap penyelesaian pertikaian. Ianya semata-mata ingin
menunjukkan simpati bahawa pertikaian yang tidak diselesaikan akan membawa kesan negatif, sama ada kepada
individu mahupun masyarakat. Kedua, kemampuan menunjukkan sifat empati. Mediator meyakinkan mereka
bahawa setiap pertikaian yang dihadapi akan ada cara penyelesaiannya dan terus menyokong pihak yang
bertikai bagi mencari cadangan yang terbaik demi menyelesaikan masalah rumahtangga mereka. Ketiga,
kemampuan untuk tidak menghakimi. Mediator memberikan reaksi positif terhadap apa jua kenyataan dan
cadangan pihak yang bertikai selama proses mediasi, walaupun ia sendiri tidak bersetuju, ertinya tidak boleh
membangkang atau mengatakan cadangan atau kenyataan itu tidak tepat agar mereka merasa dihargai dan selesa
dalam proses mediasi. Keempat, kemampuan berkomunikasi dengan baik. Bercakap jelas dan teratur serta
mudah dipahami oleh pihak yang bertikai. Kelima, kemampuan mengakrabkan hubungan antara pihak yang
bertikai. Kemahiran ini boleh didapati melalui pengalaman dalam menangani kes-kes di mahkamah atau hasil
dari pergaulan sosial di masyarakat.
155
Pertama, disetujui oleh kedua belah pihak. Kedua, tidak mempunyai hubungan keluarga dengan salah satu
pihak yang bertikai. Ketiga, tidak mempunyai hubungan kerja dengan salah satu pihak yang bertikai. Keempat,
tidak mempunyai kepentingan kewangan atau kepentingan lain terhadap kesepakatan para pihak. Kelima, tidak
mempunyai kepentingan terhadap proses perundingan mahupun hasilnya. Gatot Soemartono (2006), Arbitrase
dan Mediasi di Indonesia, PT. Gramedia Pustaka Utama, h. 133-134,

53
nasihat, mendamaikan dan mencarikan jalan penyelesaian terbaik bagi suami isteri

yang bertikai supaya rumahtangga itu kembali harmoni, damai, aman dan tenteram

seperti sebelumnya,156 sekiranya tidak berlaku kedamaian, maka tugas hakam

melaporkan hasil perundingan yang gagal itu ke Pengadilan Agama.

2.5.2. Tanggungjawab Mediator

Mediator mempunyai beberapa tanggung jawab dalam melaksanakan

mediasi,157 iaitu:

1. Mengawasi proses mediasi. Mediator berkuasa mengawal proses

mediasi sejak awal sehingga akhir. Ia memfasilitasi pertemuan pihak-pihak

yang bertikai. Membantu melakukan negosiasi, bercakap tentang cadangan-

cadangan untuk mewujudkan kesepakatan dan membantu menawarkan

sejumlah jalan penyelesaian untuk menyelesaikan pertikaian.

2. Mempertahankan perbincangan dan idea yang baik dalam negosiasi.

Mediator berkuasa menjaga dan mempertahankan perbincangan dan idea yang

baik supaya terus dikembangkan dalam negosiasi, dimana para pihak

diberikan kesempatan melakukan pembicaraan dan tawar menawar dalam

menyelesaikan pertikaian.

3. Mengakhiri mediasi sekiranya tidak berkesan lagi. Dalam proses

mediasi para pihak selalu merasa sukar berbincang secara terbuka. Ketika

mediator melihat para pihak tidak mungkin lagi diajak kompromi dalam

negosiasi, maka mediator berkuasa menghentikan proses mediasi. Mediator

156
Beberapa penjelasan berbagai ulama tafsir dalam hal ini seperti Ibnul ‘Arabi, Ahkam al-Qur’an, Jil.1, h. 542.,
Ar-Razi, Mafatih al-Ghaib, Jil.10, h. 96, Al-Jashshas, Ahkam al-Qur’an, Jil.2, h. 269., Rasyid Ridha, Tafsir al-
Manar, Jil.5, h. 77., Al-Maraghi, Tafsir al-Maraghi, Jil.5, h. 29., Al-Qasimi, Mahasin at-Ta’wil, Jil.3, h. 135.,
At-Tabari, Jami’ al-Bayan, Jil.5, h. 100, as-Suyuthi, Ad-Dur al-Mansur, Jil.2, h. 525.
157
Hal ini berdasarkan PERMA Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pangadilan Agama yang terdapat
dalam Pasal 14 ayat 1 dan 2 mengenai wewenang mediator, sedangkan tentang tugas mediator terdapat dalam
Pasal 15 ayat 1-4. Pasal 17 ayat 1 dan 3, dan Pasal 18 ayat 1.

54
dapat menghentikan proses mediasi sementara waktu atau untuk selamanya

(mediasi gagal).

4. Melakukan siasatan kepada konflik. Tugas pertama mediator adalah

mencari tahu penyebab timbulnya konflik atau pertikaian. Mediator boleh

memulakannya daripada peringkat sebelum bermediasai lagi supaya dapat

mengetahui bentuk-bentuk pertikaian, latar belakang penyebabnya dan akibat

dari pertikaian tersebut. Berdasarkan siasatan tersebut, mediator dapat

menyusun langkah negosiasi, mencari penyelesaian alternatif, menyediakan

pilihan yang mungkin ditawarkan kepada kedua belah pihak dalam

menyelesaikan pertikaian tersebut.

5. Mengenalpasti masalah serta kepentingan dan keperluan yang utama

semua pihak. Dalam proses mediasi, pihak-pihak yang bertikai diberikan ke-

sempatan untuk menyampaikan permasalahan mereka secara terbuka sehingga

antara satu dan lainya dapat mendengar secara langsung.

6. Menyusun agenda. Menyusun agenda harus diberitahukan oleh

mediator kepada semua pihak. Dalam agenda mediasi memuat sejumlah hal

antara lain, waktu mediasi, durasi waktu tiap perjumpaan, tempat mediasi,

para pihak yang hadir dan lain-lain yang dianggap perlu oleh kedua belah

pihak.

7. Menyusun dan merangkai ulang tuntutan para pihak bertikai. Hal ini

perlu diketahui oleh mediator, sebab posisi pihak yang bertikai dalam mediasi,

bukan berada pada sikap tetap dengan tuntutannya, mediator mengubah

pandangan individu masing-masing pihak menjadi pandangan yang mewakili

semua pihak.

55
2.6. Persamaan dan Perbezaan Hakam Dan Mediator

2.6.1. Persamaan

1. Peranan antara hakam dan mediator sama-sama mendamaikan pihak-pihak

yang bertikai,

2. hakam dan mediator menuntut kemampuan individu, kepakaran dalam

menyelesaikan pertikaian atau konflik,

3. Terintegrasi di Pengadilan Agama. Hakam diangkat dalam proses persi-

dangan setelah mendengar keterangan saksi-saksi, mediasi dilakukan sebelum

perkara diperiksa di persidangan,

4. Hakam dan mediator boleh dilaksanakan dalam kes perceraian yang

kompleks (harta bersama, anak, dll). Tanggungjawab hakam mendamaikan

pihak-pihak yang bertikai, sementara untuk membantu bargaining position

dalam hal materi adalah bahagian mediator.

2.6.2. Perbezaan

1. Dalam hal kuasa, pengagihan tugas. Lembaga hakam hanya berkuasa untuk

mendamaikan dan membantu menyelesaikan masalah shiqaq, sedangkan

proses mediator berkuasa untuk mendamaikan semua perkara.

2. Adapun persyaratannya, hakam sebaiknya adalah daripada kedua belah

pihak keluarga antara suami isteri yang bertikai atau orang luar yang

mengetahui perihal rumahtangga suami isteri, muslim, 'alim. Mediator harus

mempunyai sartifikat/sijil kelayakan sebagai mediator seperti hakim dan orang

yang mempunyai kepakaran di bidang penyelesaian pertikaian, professional.

56
3. Kemudian, dalam perkara yang biasa, sekiranya hendak menggunapakai

mediasi harus memasukkan unsur-unsur hakam, sebaliknya jika

menggunapakai hakam, maka proses hakam tersebut harus dipandang sebagai

bahagian daripada mediasi.158

4. Hakam bersumber daripada Al-quran, Hadis, Undang-undang, sedangkan

mediasi berasumber daripada PERMA Nomor 1 Tahun 2008.

5. Prosedur hakam dihadirkan oleh hakim semasa proses pembuktian saksi

dalam prosiding pertama dan keputusan bertangguh, manakala prosedur

mediator pula sebelum pemeriksaan Pengadilan Agama.

158
Sugiri Permana, Mediasi Dan Hakam Dalam Tinjauan Hukum Acara Peradilan Agama, http://badilag.net/.
25 Juli 2014.

57
BAB III

PERANAN BADAN PENASIHATAN PERKAHWINAN PERSELISIHAN DAN


PERCERAIAN (BP4) MENANGANI PERMASALAHAN KELUARGA DI BANTUL,
YOGYAKARTA, INDONESIA

3.1 Sejarah Pertubuhan BP4 Bantul Yogyakarta

Sejarah BP4 (Badan Penasihatan Perkawinan, Perselisihan dan Perceraian) bermula

daripada mesyuarat Komite Nasional Indonesia Pusat (KNIP) yang diadakan pada tarikh 24-

26 November 1945 di Jakarta yang dihadiri Presiden, Wakil Presiden, para menteri dan ahli

jemputan dari seluruh wilayah Indonesia.159

KH. Abu Dardiri, KH. Saleh Su’adi dan M. Sukoso Wiryo Saputro adalah ahli

jemputan Komite Nasional Indonesia dari daerah Banyumas memberi cadangan dan buah

fikiran yang bernas, iaitu di dalam sebuah Negara yang merdeka sepatutnya ada kementerian

khusus yang hanya mengatur tentang hal ehwal keagamaan. Cadangan mereka diterima baik

oleh ahli mesyuarat yang hadir. Pada tarikh 3 Januari 1946, iaitu sebulan selepas mesyuarat

diadakan, Kementerian Agama ditubuhkan secara rasmi berasaskan kepada Ketetapan

Pemerintah Nomor : 1/SD/1946 di Yogyakarta, dan Menteri Agama yang pertama yang

dilantik ialah K.H. Rosyidi, BA.160

Tugas utama kementerian agama telah dijelaskan oleh Menteri Agama yang pertama

Bapak K.H.Muahammad Rosyidi sebagai berikut:

”Pemerintah Republik Indonesia menubuhkan kementerian Agama bertujuan untuk


memenuhi kewajiban pemerintah terhadap pelaksanaan UUD 1945 pasal 29 yang
menyatakan: Negara menjamin kemerdekaan tiap penduduk untuk memeluk agama masing-
masing dan untuk beribadat menurut agamanya dan kepercayaannya itu”161

159
Sururuddin, Peranan BP4 dalam Menurunkan Angka Perceraian, http://.Wordpress.com/2010/09/19/ /,. 20
Juli 2013.
160
Kemudian Keputusan Menteri Agama Nomor 9 tahun 1952 yang membenarkan membuat organisasi-
organisasi daerah sendiri yang dikenal dengan nomenklatur iaitu satu jawatan yang mengurusi urusan agama,
pendidikan agama, dan penerangan agama dan Biro Peradilan Agama. Ketua Jawatan Agama Kab.Bantul
dijabat oleh KH. Juwaini, dan jawatan Penerangan Agama dijabat oleh KH. Matori Al Huda. Sidik Pramono,
ketua BP4 kab. Bantul, Temubual pada 20 September 2013.
161
Undang-Undang Dasar Tahun 1945 pasal 29.

58
Adapun tanggungjawab Kementerian Agama adalah melaksanakan pengawasan dan

pencatatan Nikah, Talak dan Rujuk yang dilakukan menurut agama Islam, belum ada kaedah

yang digunapakai untuk menangani, menjaga, membina dan melindungi pernikahan yang

telah dilaksanakan oleh masyarakat.162 Hal itu menyebabkan setiap keluarga harus menjaga

kerharmonian keluarga masing-masing.

Satu kaji selidik telah dibuat untuk menilai kualiti keluarga pada tahun1950-1954.

Hasil daripada penyelidikan yang dibuat menunjukkan bahawa pernikahan yang telah

dilaksanakan pada tahun tersebut hampir 60% bercerai. Kenyataan ini membuatkan pihak

Kementerian Agama dan para tokoh masyarakat berpendapat bahawa perlu ditubuhkan satu

lembaga yang berperanan memberikan nasihat dan boleh memberikan penyelesaian terhadap

kes-kes yang berlaku di dalam keluarga. Hal ini dibuktikan dengan wujudnya beberapa

lembaga nasihat perkahwinan di beberapa kota besar di pulau Jawa, seperti di Jakarta,

Bandung dan Yogyakarta yang akhirnya dikenali sebagai Badan Penasehat Perkawinan dan

Penyelesaian Perceraian (BP4) yang bersifat lokal. Kemudian, pada tarikh 3 Januari 1961, di

Konperensi Jabatan Kementerian Agama ke VII di Cipayung telah merasmikan bahawa BP4

adalah bersifat nasional.163

Kemudian, pada tahun 1961, Menteri Agama menetapkan bahawa BP4 sebagai satu

badan persendiriran yang bergerak dalam bidang penasihatan perkahwinan, talak dan rujuk

dan sebagai ejen untuk mengurangkan angka perceraian yang berlaku di Indonesia.

162
Di Bantul, sebelum adanya Kementerian Agama, hal ihwal Islam dikenali sebagai Penghulu Lurah Naib
yang telah melaksanakan tugas-tugas pelayanan kepada masyarakat, terutamanya permasalahan perkahwinan
dan perceraian. KH. Abdullah Suyuti sebagai Penghulu Lurah Naib Bantul yang pertama. Penghulu Lurah Naib
Bantul ini asal kepada Departemen Agama, (sekarang Kementerian Agama). Selepas Penghulu Lurah Naib
menjadi Kementerian Agama, maka tugasnya, selain melayani pernikahan dan perceraian, juga mengurus hal
ihwal imam dan khotib Jumat yang bertugas di masjid. Hasil temubual pada hari Jumat 20 September 2013 di
Bantul Yogyakarta.
163
Pengumuman pada tahun 1961 hanya merasmikan, kerana BP4 sudah rasmi secara nasional setahun
sebelumnya iaitu pada tahun 1960 dan sudah mendapatkan ketetapan dan aturan sendiri dalam memperbaiki
kualitas perkahwinan, mencegah perceraian yang semena-mena serta mewujudkan rumahtangga yang bahagia
menurut ajaran Islam.

59
Keputusan Menteri Agama tersebut kemudian diperkuatkan lagi dengan Keputusan Menteri

Agama Nomor 30 Tahun 1977 Tentang Penegasan Pengakuan BP4 pusat, dan dengan

Keputusan Menteri Agama tersebut, BP4 diubah menjadi Badan Penasehatan Perkawinan,

Perselisihan dan Perceraian (BP4).164

Daripada huraian di atas, boleh difahami bahawa penubuhan BP4 daripada tahun 1946

sehingga 1974 hanya untuk membantu Kementerian Agama. Pada tahap ini, BP4 mempunyai

tiga peranan. Pertama, mengurus perkahwinan, cerai, talak dan rujuk. Kedua, menyediakan

hakam yang masih sederhana yang lebih bersifat sebagai rundingcara (kauseling), iaitu belum

sampai ke tahap Pengadilan Agama untuk memberi nasihat kepada keluarga yang

memerlukan nasihat dan bersifat pasif. Ketiga membuat aktiviti kemasyarakatan yang

dikenali sebagai program keluarga sakinah.

Bilamana undang-undang Nomor 1 Tahun 1974 disahkan, dan pelaksanaannya

berdasarkan Keputusan Pemerintah Tahun 1975, maka peranan BP4 berkembang kepada

wilayah Pengadilan Agama. Hal ini disebabkan konsep hakam telah menjadi Undang-undang,

maka peranan hakam yang tadinya sederhana bertukar menjadi sistematik dan kompleks di

Pengadilan Agama. Oleh itu, BP4 harus menyediakan hakam sekiranya Pengadilan Agama

memerlukan khidmat hakam daripada BP4.

Kemudian, bilamana Peraturan Mahkamah Agung Nomor 1 Tahun 2008 menetapkan

wajib menggunapakai mediasi di semua mahkamah, baik Pengadilan Umum (Mahkamah

sivil), mahupun Pengadilan Agama, maka BP4 mengambil mediasi sebagai kaedah

menangani perceraian di Kabupaten Bantul.

Maka, sebagai kesimpulan bahawa BP4 memiliki dua peranan penting. Pertama,

membantu Kementerian Agama melalui tiga kategori; (a) Sebagai Ejen penasihat pernikahan,

164
BP4, Anggaran Dasar Dan Anggaran Rumah Tangga Badan Penasehatan, Pembinaan Dan Pelestarian
Perkawinan, (Hasil Keputusan Musyawarah Nasional Badan Penasihatan, Pembinaan Dan Pelestarian
Perkawinan ( BP4) ke XIV Tahun 2009 Nomor 26/2-P/BP4/VII/2009)

60
cerai, talak dan rujuk. (b) Menyediakan khidmat nasihat keluarga atau sebagai rundingcara

(kauseling), iaitu bagi kes-kes yang belum sampai ke tahap Pengadilan Agama. (c) Membuat

aktiviti kemasyarakatan yang dikenali sebagai program pembinaan keluarga sakinah.

Adapun peranannya yang kedua, iaitu membantu Pengadilan Agama melalui dua

kategori; (a) Hakam sekiranya berlaku kes shiqaq. (b) Mediasi sekiranya diperlukan pihak

yang bertikai di Pengadilan Agama.

3.2. Peranan BP4 Kepada Kementerian Agama

Peranan BP4 Bantul pada tahap ini adalah menangani masalah keluarga yang

mempunyai masalah yang sederhana dan tidak sampai ke tahap pertikaian yang akan

membawa perceraian. Bahkan BP4 menangani mereka dengan memberikan maklumat-

maklumat penting dan membuatkan beberapa aktiviti kemasyarakatan dengan harapan boleh

membentuk keluarga sakinah dan menghindari perceraian.

3.2.1. Pembantu Pencatat Perkahwinan

Sebelum adanya undang-undang yang mengatur tentang perkahwinan,

masyarakat Indonesia mempunyai kefahaman bahawa perkahwinan telah dianggap

sah apabila syarat dan rukunnya sudah mencukupi, tanpa perlu didaftarkan, apatah

lagi membuat surat nikah yang dikenali sebagai akta nikah.165

Sejak Undang-undang Nomor 1 Tahun 1974 dikuatkuasakan, Kementerian

Agama telah mengambil peranan secara langsung dan aktif untuk melaksanakan

pendaftaran perkahwinan. Bagi mereka yang berada di Bandar, pendaftar

perkahwinan adalah pegawai kerajaan, sedangkan di kawasan desa dan kampung

dikenali sebagai Pembantu Pegawai Pencatat Nikah, Talak, dan Rujuk yang disingkat

menjadi P3NTR.166

165
Zainuddin Ali (2006), Hukum Perdata Islam Indonesi. Jakarta: Sinar Grafika, h. 27.
166
Idris Ramulyo (1985), Beberapa Masalah Tentang Hukum Acara Perdata Peradilan Agama dan Hukum
Perkawinan Islam. Jakarta: IND-HILL, CO., h. 162.

61
Tujuan pendaftaran perkahwinan adalah untuk melindungi keluarga daripada

perlakuan yang tidak bertanggungjawab. Mereka yang berkahwin dengan sah dan

diiktiraf oleh undang-undang, berhak meminta perlindungan daripada Pengadilan

Agama atau menuntut apa-apa hak yang berkaitan. Tetapi bagi mereka yang

berkahwin tanpa mengikuti prosedur undang-undang yang sebenar akan mengalami

kesukaran ketika berlaku pertikaian, kerana pertikaian mereka tidak boleh dibawa ke

Pengadilan Agama. Selain itu, mereka juga akan mengalami kesukaran akan

kesusahan untuk mendapatkan hak-hak yang lain, seperti, hak memperolehi harta-

harta, hak sebagai penjaga anak apabila berlaku perceraian.

3.2.2. Menyediakan Kaunselor Sebagai Perundingcara

Dalam hal ini, BP4 menyediakan layanan khidmat nasihat yang bersifat

runding cara (kaunseling) sekiranya ada keluarga yang bermasalah mengadukan

permasalahan rumahtangga mereka kepada BP4. Masalah yang ditangani adalah

masalah sederhana, yang tidak sampai kepada pertikaian berterusan sehingga boleh

menyebabkan kes terebut dipanjangkan keperingkat Pengadilan Agama.

Di Malaysia, peranan kaunseling / rundingcara adalah sebagai tempat pertama

pasangan suami isteri mendapatkan bantuan bagi memperbaiki hubungan

rumahtangga mereka sebelum kes dibawa ke Mahkamah jika tiada penyelesaian

dalam rumahtangga mereka. Pelaksanaan rundingcara ditadbir oleh Bahagian

Perundangan Keluarga JAIS untuk menyelesaikan apa-apa kemusykilan dalam soal

keagamaan sebagai maklumat awal, sebelum kes difailkan di Mahkamah jika

diperlukan kemudiannya.

62
167
Menurut Jamilah binti Saad, khidmat rundingcara yang diberi meliputi

empat jenis rundingcara iaitu rundingcara pernikahan,168 rundingcara perceraian,169

penerangan atau penjelasan Undang-undang170 dan khidmat nasihat umum.

Maka, peranan sulh yang dijalankan melalui proses rundingcara ini adalah

untuk mencari suatu penyelesaian terbaik hubungan suami isteri kembali rukun damai

atau jika tiada penyelesaian, pihak suami dan isteri tersebut akan membubarkan

perkahwinan mereka mengikut adab sebagai mana yang dituntut oleh syarak,

termasuklah penyelesaian dalam isu-isu yang melibatkan hak dan tanggungjawab

yang akan lahir dari perceraian tersebut. Ataupun bagi isu-isu yang lain, pihak-pihak

yang bertikai dapat memahami hak dan tanggungjawab mereka dan bagaimana hak

dan tanggungjawab tersebut sepatutnya dilaksanakan.

3.2.3. Membuat Program Pembinaan Keluarga Sakinah

Demi mengurangkan jumlah perceraian, BP4 menjalankan usaha dengan

melaksanakan program pembinaan keluarga sakinah yang merangkumi lima kategori,

iaitu; (a) Memberikan maklumat yang bersifat luar talian (off line). (b) Memberikan

maklumat secara talian (hot line). (c) Memberikan maklumat keluarga sakinah kepada

remaja. (d) Memberikan maklumat keluarga sakinah kepada orang dewasa. (e)

Membuat kampung binaan keluarga sakinah. (f) Memberikan kursus kepada ahli BP4.

3.2.3. a. Maklumat Yang Bersifat Luar Talian (Off Line)

Usaha yang dilakukan oleh BP4 dalam mengurangkan perceraian di

Bantul dengan menggunapakai kaedah pemberian maklumat tentang keluarga

167
Jamilah binti Saad, “Rundingcara di Jabatan Agama Islam Selangor”, Kertas Kerja pada Seminar Undang-
undang Kekeluargaan Islam Selangor, pada 26hb. September, 2002 di Kelab Shah Alam, Shah Alam, hlm. 4-7.
168
Meliputi isu wali enggan, bawah umur, wali ghaib, muallafah, wali hakim, poligami dan anak tak Meliputi
isu-isu penjelasan tentang Undang-undang Keluarga Islam Selangor, memberi nasihat undang-undang yang
dikuatkuasakan di Negeri Selangor sah taraf.
169
Meliputi isu-isu faraq, ta’liq, khulu’, fasakh, setuju secara baik, mohon pengesahan cerai, selepas perceraian
170
Berkisar kepada masalah rumahtangga seperti orang ketiga, isteri nusyuz, tidak bertanggungjawab,
ditinggalkan suami dan lain-lain.

63
sakinah seperti persediaan sebelum berkahwin, semasa alam perkahwinan, hak

dan kewajipan suami dan isteri dalam rumahtangga adalah melalui penulisan

buku-buku disamping bekerjasama dengan BP4 pusat dan Kementerian

Agama. Antara buku yang dihasilkan adalah seperti; Buku Pintar Keluarga

Muslim, (2001) yang diterbitkan BP4 Semarang. Panduan Menuju Keluarga

Sakinah. (2012). Bidang Urusan Agama Islam Yogyakarta, Pedoman

Konseling Perkahwinan, (2004). Departemen Agama RI Jakarta, Modul TOT

Kursus Calon Pengantin, (2001). Departemen Agama RI. Modul Keluarga

Bahagia Sejahtera, (1991). Departemen Agama RI, Petunjuk Pelaksanaan

Penasehatan Dan Konsultasi Perkahwinan, (1987). BP4 Pusat, Jakarta: BP4

Pusat.171

Kaedah pemberian maklumat keluarga sakinah ini ditujukan kepada

masyarakat yang belum berkahwin dan kepada mereka yang sudah berkahwin.

Menurut penyelidik, kaedah ini sangat diperlukan oleh setiap orang yang

hendak berumahtangga. Buku-buku itu juga yang digunakan oleh BP4 dalam

pelbagai seminar untuk menerangakan keluarga sakinah. Kepentingan kaedah

ini pula, memberi tahu kepada masyarakat pentingnya ilmu dalam setiap aspek

kehidupan. Kepentingan menuntut ilmu ini juga disuruh oleh Muaz bin Jabal

r.a;

"Belajarlah ilmu, kerana belajar itu hasanat (kebaikan), dan mencari


ilmu ibadah, dan mengingatinya sama dengan tasbih, dan menyelidikinya
sama dengan jihad, dan mengajar kepada yang tidak mengetahui itu sedekah,
dan memberikan kepada yang berhak itu taqarrub (mendekatkan diri kepada
Allah), sebab ilmu itu jalan untuk mencapai tingkat-tingkat di syurga, dan ia
yang menjinakan (menghibur) di waktu sendirian, dan kawan dalam
pengasingan, dan kawan dalam kesepian, dan penunjuk jalan kesenangan,
dan penolong menghadapi kesukaran, dan menghadapi musuh, Allah

171
Buku buku yang diterbitkan BP4 dan Kementerian Agama.

64
meninggikan darjat beberapa kaum dengan ilmu itu sehingga dijadikannya
pimpinan yang dapat diikuti jejak mereka, dan ditiru perbuatan mereka.
Malaikat suka berkawan dengan mereka, dan mengusap-usap mereka dengan
sayapnya dan didoakan oleh semua benda yang basah mahupun kering, dan
ikan-ikan di laut, dan semua serangga, dan binatang-binatang buas di darat
dan laut, dan semua ternak. Sebab ilmu itu dapat menghidupkan hati dari
kebodohan, dan peleita dari kegelapan, dan kekuatan dari segala kelemahan,
dan alat untuk mencapai darjat yang tinggi di dunia dan akhirat. Dan
memperhatikan ilmu itu menyamai puasa, sedang mengingat-ingat menyamai
bangun malam dan dengan ilmu tersambung hubungan kerabat, dan dikenal
halal dari haram, dan ilmu penuntun amal, sedang amal tetap menjadi
pengikutnya dan ilmu diberikan Allah kepada orang-orang yang akan
bahagia, dan diharamkan dari orang-orang yang celaka dan rugi."172

Selain itu, kaedah ini memberikan persediaan yang baik bagi mereka

yang hendak berkahwin, sama ada daripada segi fizikal mahupun secara

mental, kerana apabila seseorang sudah berkahwin bermaksud ia telah

berpindah daripada kebiasaan kehidupan bersama orang tua, saudara mara,

kawan-kawan kepada fasa baharu dalam kehidupan dan akan memulai

kebiasaan-kebiasaan baharu yang lebih mencabar baik secara fizikal dan

mental, khususnya bagi isteri. Kesibukan antara suami isteri menyebabkan

mereka harus bijak mengatur jadual aktiviti, mengatur ekonomi, membina

sikap saling percaya antara satu sama lain dan bersama-sama mendidik anak-

anak mereka dengan baik. Berkenaan dengan perkara ini, telah diriwayatkan

bahawa Asma' binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya sewaktu

perkahwinan anaknya, Asma' berkata;

"Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau
dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke suatu tempat
dan rumah yang belum engkau kenal dan engkau mesti berkawan dengan
seorang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai
tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu, jadilah engkau sebagai
lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu. Jadilah dirimu
pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau
menghimpunkan untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan
ia meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau jauh daripaanya, nanti ia
akan melupakan dirimu. Tetapi kalau ia mendekatimu, dekatilah ia sekiranya
172
Imam Al-Ghazali (2013), Mutiara Ihya 'Ulumuddin. Selangor. Illusion Network, h, 656.

65
ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya,
pendengarannya matanya dan lai-lain. Janganlah suamimu itu mencium
sesuatu daripada dirimu melainkan yang halal, jangan pula ia mendengar
melaikan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah daripada
dirimu".173

Menurut penyelidik, kata-kata dan nasihat Sayyidah Asma' di atas

sangat menarik. Beliau telah mengajarkan tentang adab-adab bagi seorang

perempuan yang baru berkahwin tentang kaedah menghadapi kehidupan

selepas berkahwin dan menjalaninya dengan indah.174

3.2.3.b. Maklumat Yang bersifat Dalam Talian (Hot Line)

BP4 menyediakan khidmat dalam talian. Talian ini khusus kepada

masyarakat yang sangat sangat sibuk dan boleh menghubungi pejabat pada

jam kerja iaitu, daripada pukul 07.30 AM-15.00 PM, pada hari Isnin hingga

Jumat. Tujuan program ini untuk memudahkan masyarakat menyelesaikan

permasalahan rumahtangga dan untuk mengatasi masalah-masalah yang akan

berlaku. Kes-kes yang selalu dibangkitkan ialah;175

Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada
isterinya, dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteri ku.”
[1621] Sahih Ibnu Majah Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin
yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik
kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” [1162] Hasan Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

173
Ibid., h. 335-336.
174
Menerima seorang menjadi pasangan hidup bererti menerima seluruh keluarganya, masyarakat dan kebiasaan
baik kampung pasangan. Pada peringkat awal untuk menjalin pergaulan dan keakraban dirasai amat sukar, tetapi
apabila ada keinginan belajar, masalah itu boleh diatasi. Hal ini menunjukan bahawa hakikat perkahwinan
bukan semata-mata antara seorang lelaki, lebih dari itu, iaitu membina keakraban antara sesama keluarga dan
masyarakat persekitaran dimana suami isteri itu bermukim.

175
Sidik Pramono, Ketua BP4 Bantul Yogyakarta. Temubual pada 20 September 2013.

66
Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Dunia ialah kesenangan. Sebaik-baik
kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah.” [1410] Sahih Muslim

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ajarilah wanita itu dengan cara sebaik-
baiknya kerana sesungguhnya perempuan itu dijadikan (seumpama) dari tulang rusuk. Dan
tulang rusuk paling bengkok ialah yang di atas sekali. Jika engkau memaksa meluruskannya,
nescaya (patah) dan jika engkau biarkan saja, sentiasa ia akan bengkok. Sebab itu, nasihatilah
perempuan itu dengan cara yang sebaik-baiknya.” [1467] Sahih Bukhari dan Sahih Muslim [1411
hingga 1413]

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Dari Muawiyah Al-Qusyairi r.a : Saya mendatangi Rasulullah saw, aku bertanya, ‘Nasihat apa
yang akan engkau katakan (yang harus kami lakukan) terhadap isteri-isteri kami?’ Rasulullah
saw menjawab, “Berilah mereka makan dari apa-apa yang kalian makan, dan berilah mereka
pakaian dari apa yang kalian pakai. Janganlah kalian memukul mereka dan jangan pula
mencaci mereka.” [2144] Sahih Abu Daud

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Dari Muawiyah Al-Qusyairi r.a : (Lanjutan dari hadis di atas).... “Janganlah kalian memukul
mereka (isteri) dan jangan pula mencaci mereka.” [2144] Sahih Abu Daud Dari Aisyah r.ha, ia
berkata : Rasulullah saw tidak pernah memukul seorang pun dari pembantu beliau dan tidak
juga isteri dan Beliau tidak pernah memukul apa pun dengan tangan Beliau. [1627] Sahih Ibnu
Majah

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Dari Aswad r.a, katanya : Saya bertanya kepada Aisyah r.anha, apa yang dilakukan Nabi saw
dalam rumahtangganya. Ia berkata, “Beliau (Nabi saw) selalu mengerjakan urusan
rumahtangga. Kalau masuk waktu solat, beliau pergi bersolat.” [1707] Sahih Bukhari

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Di dalam hadis ‘Aisyah lainnya yang dikeluarkan oleh Ahmad
dan Ibnu Sa’ad serta dishahihkan oleh Ibnu Hibban, Aisyah berkata, “Beliau (Nabi ‫صلى هللا عليه‬
‫ )وسلم‬yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan
oleh kaum wanita di rumah mereka.” [Fathul Baari, jilid 13, hal.70] Sekarang, Alhamdulillah,
kitab yang disebutkan itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, dan , buku
yang kami tawarkan ini adalah hasilnya.

Judul : Fathul Bari , Syarah Shahih al Bukhari, 19 Jilid.

67
Penyusun : Ibnu Hajar al Asqalani

Tahqiq dan Ta’liq : Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Penerbit : Pustaka Imam Asy Syafi’i

1. Kehadiran Pihak Ketiga

Keluarga mempunyai "wilayah kuasa" tersendiri yang tidak boleh

diganggu oleh pihak lain yang boleh menyebabkan pengaruh negatif dalam

kehidupan rumahtangga apabila tidak sehaluan. Pihak ketiga yang dimaksud

ialah satu rumah dengan mertua, adik atau ipar ataupun orang lain, boleh

mengurangi keharmonian rumahtangga, tambahan pula ada lelaki atau

perempuan asing yang cuba masuk dalam kehidupan rumahtangga pasangan

suami isteri. “Lelaki atau perempuan asing kerap menjadi punca

persengketaan rumahtangga. Cara kehidupan bebas, salah guna maklumat dan

teknologi menjadi faktor berlaku kecurangan”.176

2. Romantisme

Menurut Sidik Pramono ada sesetengah suami atau isteri berasa bosan

dengan keluarga, hal ini berpunca daripada kesibukan-kesibukan yang dialami

keluarga menyebabkan masa bersama keluarga menjadi terbatas sehingga

menyebabkan perhatian kepada keluarga menjadi sesuatu yang susah.177

Perhatian sangat perlu terutamanya bagi mereka yang sudah lama berkahwin

176
Ibid.

177
Ibid.

68
samada dalam bentuk kata-kata dan kiasan, supaya pasangan suami isteri

sentiasa merasa yakin dengan hubungan mereka dan bagi seorang suami,

ianya sangat dituntut untuk melakukan hal yang baik, seperti sabda Nabi Saw.

Daripada Ibnu Abbas R.a : “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik

kepada isterinya, dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara

kalian kepada isteriku.”178 Dari Abu Hurairah R.a : Rasulullah Saw bersabda:

“Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling

baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada

isterinya.”179

Bagi perempuan baik pula, mereka mendapat sebutan sebaik-baik

perhiasan, sebagaimana yang termaktub dalam hadis; “Dunia ialah

kesenangan. Sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang

solehah.”180

Hadis-hadis di atas menggalakkan suami isteri supaya saling menjadi

yang terbaik antara satu sama lain, sentiasa menjaga hubungan, perasaan dan

emosi sehingga boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab keluarga

dengan cemerlang dan akhirnya dapat melihirkan generasi yang beriman dan

bertakwa kepada Allah.181

178
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani (2003), Shahih Sunan At-Tarmidzi. Jakarta: Pustaka Azzam, hadis nombor
1621
179
Ibid. Hadis nombor 1162

180
Al-Imam Muslim (1997), Sahih Muslim. Selangor: Klang Book Centre, hadis nombor 1410.

181
Hal ini bersesuaian dengan Surah Ar-Rum, ayat 21 yang menyatakan tujuan perkahwinan itu ialah untuk
mendapatkan ketenangan, kasih sayang di dalam satu perhubungan sesama manusia. Adapun hikmahnya ialah
untuk menyelamatkannya daripada perbuatan maksiat dan perzinaan serta boleh melhirkan generasi yang
beriman kepada Allah Swt.

69
Membina komunikasi yang baik juga merupakan bentuk romantis dan

jika keluarga yang tanpa komunikasi yang indah samalah seperti meletak satu

bom yang bila-bila masa boleh meletup.

3. Kepimpinan

Masalah kepimpinan merupakan perkara penting sebagaimana

termaktub di dalam firman Allah Surah An-Nisa, ayat 34 mneyatakan bahawa

kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. Dalam konteks kekeluargaan,

semua ahli keluarga adalah pemimpin, dan seorang suami telah dibekalkan

dengan sikap dan jiwa kepimpinan, khususnya kepada isteri, anak-anak dan

kepada ahli keluarga untuk membina generasi yang cemerlang. Hal ini

diterangkan dalam hadis:

Dari Abu Hurairah R.a : Rasulullah Saw bersabda:

“Ajarilah wanita itu dengan cara sebaik-baiknya kerana


sesungguhnya perempuan itu dijadikan (seumpama) dari tulang rusuk. Dan
tulang rusuk paling bengkok ialah yang di atas sekali. Jika engkau memaksa
meluruskannya, nescaya (patah) dan jika engkau biarkan saja, sentiasa ia
akan bengkok. Sebab itu, nasihatilah perempuan itu dengan cara yang sebaik-
baiknya.”182

Hadis di atas mengajarkan kepada kaum lelaki supaya pandai dalam

mendidik isteri dalam pergaulan yang sihat dan islami. Sekiranya seorang

isteri bersikap dan bertingkahlaku keluar daripada ajaran islam, maka sudah

menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menegur dengan cara yang

hikmah dan bahasa yang baik.

4. Adil

182
Achmad Sunarto dkk (1993), Tarjamah Shahih Bukhari, c.1. Semarang: CV Asy Syifa`, hadis nombor 1467
dan Al-Imam Muslim (1997), op.cit, hadis nombor 1411 hingga 1413

70
Keadilan juga termasuk perkara yang sentiasa menjadi masalah dalam

rumahtangga dan boleh menjadi punca kepada keluarga pertikaian dan

pergaduhan antara suami isteri. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam

Abi Daud nombor 2144, Rasulullah menasihatkan bahawa seorang suami

untuk memberikan makanan dari apa yang suami makan, memberi pakaian

dari apa yang suami pakai. Hal ini bermaksud suami perlu memberi makanan

yang baik dan menyediakan pakaian yang sopan dan islami. Apabila berlaku

kritikan daripada pihak isteri, samada dari segi makan dan pakaian, suami

hendaklah menerima dengan lapang dada dan tidak perlu membesarkan

masalah sehingga boleh menyebabkan berlakunya pertikaian.

5. Membina kerja berkumpulan (team work) dalam keluarga

Dalam sesetengah keluarga, ada suami isteri yang sibuk bekerja, dan

ada pula yang hanya memberi tugas kepada isteri untuk menjadi suri rumah

sepenuh masa di rumah. Suami adakalanya perlu bekerjasama dalam

mengerjakan kerja-kerja rumah, samada kerja kecil seperti menyapu rumah

hingga pekerjaan besar iaitu membesarkan dan mendidik anak dengan telus

ikhlas dan tanpa kekerasan.

Dalam sejarah, Nabi saw membantu kerja-kerja rumah dan membantu

isterinya seperti memotong daging, menyapu rumah malah membantu

khadamnya melakukan kerja. Rasulullah saw menjahit pakaiannya, menampal

kasutnya dan seperti lelaki lain juga yang membantu kerja isterinya.

Sunah Rasulullah ini sudah jarang diaplikasikan dalam kehidupan

keluarga kerana kebanyakan mereka menyerahkan kerja kepada pembantu

71
rumah atau isteri yang mempunyai tanggungjawab mengerjakan kerja rumah

bersendirian, bahkan bukanlah perkara pelik sekiranya ada suami yang tidak

bekerja dan hanya berpangku tangan di rumah seperti yang dikatakan Sidik;

“Ada sesetengah keluarga mengharapkan isteri mencari wang, sementara

suami duduk rumah.”183

6. Sabar

Tekanan hidup boleh membawa kepada tekanan rumahtangga

sekiranya mempunyai kemahuan yang tidak selari dengan kemampuan.

Apatah lagi pendapatan yang sedikit, dibandingkan dengan keperluan yang

sangat banyak. Hal ini boleh menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga.

Pendidikan dan ilmu pengetahuan boleh menjadikan seseorang sabar

dalam menghadapi cabaran hidup dan lebih arif dalam mencari jalan

penyelesaian kepada setiap permasalahan yang berlaku. Seperti yang

dikatakan Sidik;

“Keluarga yang ada pendidikan tinggi boleh menerima tekanan dan

bersabar sehingga menemukan jalan penyelesaian (solve problem) yang

bernas. Sebaliknya ada keluarga yang panik dan bergaduh kerana keadaan

kewangan yang kurang mencukupi.184

183
Sidik Pramono, Ketua BP4 Bantul Yogyakarta. Temubual pada 30 September 2013

184
Ibid.

72
3.2.3. c. Pengenalan Maklumat Perkahwinan Kepada Remaja

Pelaksanaan pemberian maklumat ini adalah kerjasama antara BP4

dengan Jabatan Urusan Agama Islam (URAIS) di Kementerian Agama untuk

mengunjungi pihak-pihak sekolah yang ada di Bantul, samada dalam bentuk

seminar ataupun dialog interaktif.

Sebagai contoh, pada tarikh 23 Oktober 2012, BP4 dan Jabatan URAIS

telah mengadakan seminar bagi para pelajar sekolah, yang diikuti oleh kurang

lebih 50 peserta dari perwakilan Sekolah Menengah Umum (SMU), Sekolah

Menengah Kejuruan (SMK) dan Madrasah Aliah (MA) se Kab. Bantul.185

Bagaimanapun mencegah lebih baik daripada mengubati, bermaksud

sebelum menjadi masalah yang besar, maka harus dicegah seawal mungkin.

Begitu juga dengan keluarga yang sakinah, melihat kepada data dan fakta

bahwa perkahwinan anak yang berusia muda dan belum cukup ilmu, maka

akan menyebabkan timbul banyak masalah kelak.186

Suryadi menyatakan bahawa penting bagi para remaja untuk

mengetahui tentang kesihatan kandungan, kerana dengan demikian akan

terbentuk kesedaran dalam diri mereka untuk menghindari prilaku seks di luar

nikah, terutama seks bebas. Dan juga dapat menghindari terjadinya pernikahan

usia belia yang sudah menjadi fenomena luar biasa di tengah masyarakat

Indonesia.187

Wahib Jamil, menyatakan bahawa setiap manusia yang hidup di dunia

ini sudah ditentukan pasangan hidupnya (jodohnya) oleh Allah SWT, akan

185
Ibid.

186
Zainal, Staff Kementerian Agama Bantul Yogyakarta. Temubual pada 25 September 2013.

187
Suryadi, Staff Kementerian Agama Bantul Yogyakarta. Temubual pada 22 September 2013.

73
tetapi dalam faktanya masih banyak remaja yang masih risau apabila belum

mendapat pasangan. Padahal, faktanya kehamilan anak luar nikah atau

pernikahan usia belia ini berpunca daripada aktiviti “berpacaran” yang

dilakukan oleh para remaja tanpa kawalan.188 Oleh itu, BP4 harus berperanan

menumbuhkan kesedaran remaja kepada pentingnya menjaga nilai-nilai suci

dan tujuan pernikahan itu sendiri.

Ketua Kementerian Agama Kabupaten Bantul, Abdul Madjid, menyeru

kepada seluruh anggota, pengurus dan konselor BP4 Kab. Bantul tahun 2010

sehingga 2015 untuk mengambil peranan aktif dalam melayani, membimbing

dan membina masyarakat untuk mewujudkan kehidupan keluarga yang

sakinah mawadah warahmah. Sebab keluarga adalah komuniti kecil dalam

masyarakat, jika sesebuah keluargaa baik akhlaknya, maka insha Allah akan

terbentuk masyarakat yang baik juga, begitu juga sebaliknya, jika sesebuah

keluarga buruk akhlaknya, maka buruk juga masyarakatnya.

Bagi menangani permasalahan keluarga sakinah ini, mestilah

dimulakan dengan pembinaan pra-nikah kepada remaja, kerana mereka

generasi masa hadapan. Baik buruknya suatu bangsa ada dalam genggaman

tangan mereka. Oleh itu, untuk menciptakan masyarakat yang baik tentunya

dimulai dengan membangun rumahtangga yang baik.189

3.2.3.d. Pengenalan Hukum Keluarga Kepada Masyarakat

Bagi masyarakat awam pula, pemberian maklumat dilakukan dengan

cara menjemput perwakilan kampung untuk menghadiri tazkirah yang

diadakan di dewan BP4. Maklumat-maklumat keluarga sakinah yang

188
Wahib Jamil, Staff Kementerian Agama Bantul Yogyakarta. Temubual pada tarikh 23 September 2013.

189
Abdul Madjid, Ketua Kementerian Agama Bantul Yogyakarta. Temubual pada tarikh 23 September 2013

74
diberikan berkenaan dengan perkara-perkara pernikahan, talak, cerai, dan

rujuk. Mencegah terjadinya perceraian (cerai talak atau cerai gugat) sewenang-

wenang, poligami yang tidak bertanggungjawab, perkahwinan di bawah umur

dan perkahwinan di bawah tangan (perkahwinan yang tidak mengikuti

undang-undang). Meningkatkan penghayatan dan pengamalan ajaran Islam

demi mencapai keluarga (rumahtangga) yang sihat, bahagia dan sejahtera.

Menyelenggarakan pendidikan kerumahtanggaan.190

3.2.3.e. Pembinaan Kampung Keluarga Sakinah

Pembinaan ini lebih bersifat menangani permasalahan secara

berkumpulan dan secara berterusan sebagai suatu usaha yang sepatutnya

dilakukan demi menjaga keharmonian keluarga dan masyarakat.

Pembinaan kampung sakinah ini dikenali sebagai Desa Binaan

Keluarga Sakinah (DBKS) yang telah bermula semenjak tahun 1993 melalui

Instruksi Gubernur DIY Nomor: 10/INSTR/1993 tentang pelaksanaan

program DBKS di seluruh wilayah Yogyakarta. Ada tiga kampung yang

dipilih sebagai desa binaan, iaitu Srimartani Trirenggo, Argomulyo yang

berada di wilayah kabupaten Bantul.191

Adapun tujuan pembinaan kampung sakinah ini ialah untuk

memberikan kesedaran akan kepentingan keluarga yang sakinah. Untuk

menambahkan lagi semangat keluarga sakinah ini, maka kampung-kampung

yang terpilih diawasi setiap bulan dan akan dipertandingkan pada setiap

190
Aktiviti kemasyarakatan ini dilaksanakan secara rutin dan bekerja sama dengan Kementerian Agama.
191
Kampung yang terpilih harus berusaha dan bersaing dengan kampung-kampung lainnya untuk menjayakan
dan memenangi keluarga sakinah.

75
tahunnya, sama ada di peringkat zon, daerah di Kabupaten Bantul sehingga ke

peringkat Provinsi dan Nasional.192

Hal ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui hasil kerja BP4 yang

telah di laksanakan di masyarakat, iaitu memilih keluarga yang paling baik

dalam membina keluarga mereka dan menetapkan sebagai pemenang untuk

keluarga sakinah pada tahun itu. Tujuan pertandingan ini adalah untuk

memberikan rangsangan (stimulan) kepada keluarga yang lain supaya hidup

bahagia dan sejahtera

Pemenang Keluarga Sakinah Teladan Tingkat Propinsi Tahun 2012

dimenangi oleh Bapak

No. Nama Keluarga Kedudukan

1 Drs. K.H. Sayid Ashari Juara I


2 Prof. Dr. H. Ahmad Mursyidi, M.Sc. Apt. Juara II
3 Drs. H. Marmo Sukijo Juara III
4 H. Ali Bahroji Harapan I
5 HR.Sardjono, BA Harapan II

3.2.3.f. Program Penambahbaikan Para Ahli.

Kejayaan BP4 mengurangkan perceraian bergantung kepada kejayaan ahli-

ahlinya yang bijak dan berilmu. Oleh itu, BP4 memberi peluang kepada setiap ahlinya

mengikuti pelbagai seminar, kursus-kursus dan pelatihan. BP4 menjemput para pakar

daripada pensyarah, hakim, peguam untuk berkongsi pengalaman dalam menangani

segala bentuk pertikaian. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada

ahli BP4 untuk menambah ilmu dan wawasan dalam menyelesaikan permasalahan

yang sentiasa mereka hadapi.

192
Sidik Pramono, Ketua BP4 Bantul Yogyakarta. Temubual pada 20 September 2013.

76
Selain menambahbaik ahli, BP4 juga menyelerasakan membentuk penasihat

perkahwinan (kaunselor) samada di Bandar sehinggalah di kampong. Melatih dan

mengawasi kerja kaunselor yang telah dibentuk. Bekerjasama dengan lembaga dan

organisasi yang mempunyai visi dan misi membina keluarga sakinah.

3.3. Peranan BP4 Kepada Pengadilan Agama

Pada tahap ini, BP4 Bantul sudah berperanan menangani kes-kes keluarga yang

sudah sampai ke tahap serius sehingga didaftarkan di Pengadilan Agama. Dalam hal ini,

BP4 harus bersedia menyediakan mediator dan hakam untuk membantu Pengadilan

Agama menyelesaikan pertikaian antara suami isteri sekiranya dipilih menangani kes

tersebut.

Berdasarkan data yang terdapat di Pejabat Kementerian Agama Bantul bahawa

jumlah kes yang diterima di mahkamah semakin meningkat. Antara yang menjadi

penyebab pertikaian dalam keluarga di Bantul mempunyai persamaan dengan beberapa

penyelidikan yang telah diterbitkan, antaranya Ali Akbar,193 iaitu; a) Faktor akhlak. Yang

dimaksudkan dengan kerosakan akhlak disini ialah apabila salah seorang atau kedua-

duanya menyimpang daripada moral Islam seperti berzina dan berjudi. b) Faktor

ekonomi, iaitu ekonomi rumahtangga kurang mencukupi. Kekurangan sumber nafkah

keluarga dan kesibukan suami isteri dalam mencari nafkah sehingga menjadikan

kehidupan rumahtangga tidak terurus. c) Faktor biologi iaitu adanya halangan salah

seorang daripada suami atau isteri dalam hal biologi yang boleh menimbulkan

ketidakharmonian rumahtangga antaranya: Suami atau isteri tidak dapat menjalankan

fungsinya, belum atau tidak mempunyai keturunan, perbezaan umur yang terlalu jauh,

latar belakng pendidikan yang tak setaraf, salah laku seks seperti homoseks, lesbian,

193
Ali Akbar (1987), Dasar-dasar Konseptual Penangan Masalah Bimbingan dan Konseling Islami Dalam
Bidang Pernikahan. Yogyakarta: Universitas Islam Indonesia, h. 10-12

77
hiperseks, frigid. d) Faktor Pihak Ketiga, adanya campur tangan orang lain terhadap

kehidupan rumahtangga seseorang sehingga berlaku ketidakharmonian rumahtangga,

iaitu: faktor cemburu diantara kedua belah pihak, campur tangan mertua atau saudara

terhadap urusan rumahtangga, masalah saudara ipar yang ikut duduk sekali dalam rumah

tanggga, masalah pembantu rumahtangga seperti isteri mencurigai suami berbuat perkara

tidak bermoral dengan pembantunya atau sebaliknya, masalah poligami. e) Faktor Salah

faham, hal ini berlaku sekiranya perkahwian antara suku yang berbeza sehingga

mengakibatkan perbezaan sikap kerana perbezaan adat istiadat diantara mereka dan

perbezaan cara dalam mendidik anak. f) Faktor Politik, hal ini berlaku sekiranya berbeza

minat politik antara suami isteri, seperti dalam masalah pemilihan raya yang

menimbulkan ketegangan dalam rumahtanggga tersebut.

Selain itu, menurut Buku Pintar BP4194 ada juga beberapa masalah dalaman

keluarga seperti: a) Menceritakan kepada suami atau isteri hal-hal perasaan atau

mengingati kenangan lama seperti kekasih terdahulu. b) Mengungkit kekurangan keluarga

suami atau isteri. c) Suka mencela kekurangan suami atu isteri. d) Memuji lelaki atau

perempuan lain. e) Kurang faham terhadap hal-hal yang tidak disenangi suami atau isteri.

3.3.1. Pelaksanaan Mediasi

3.3.1.a. Kes Didaftarkan

Sesebuah perceraian hanya sah apabila sudah mendapat keputusan

daripada Pengadilan Agama dan sudah melalui proses mediasi. Keputusan hakim

tanpa melalui mediasi boleh terbatal dan dianggap melakukan pelanggaran

hukum. Oleh itu, setiap kes perceraian harus melalui Pengadilan Agama dan

mengikuti proses mediasi. Pernyataan ini bersesuaian dengan Peraturan

194
BP4 (2003), Buku Pintar Keluarga Muslim, Semarang: BP4 Jawa Tengah, h. 27

78
Mahkamah Agung (PERMA) Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di

Pengadilan Agama dalam pasal 2195, iaitu;

(1) Peraturan Mahkamah Agung ini hanya berlaku untuk mediasi terkait dengan
proses berperkara di pengadilan
(2) Setiap hakim, mediator dan para pihak wajib mengikuti prosedur
penyelesaian sengketa melalui mediasi yang diatur dalam peraturan ini
(3) Tidak ditempuhnya prosedur mediasi berdasarkan peraturan ini merupakan
pelanggaran terhadap ketentuan pasal 30 HIR dan atau pasal 54 RBg yang
mengakibatkan putusan batal demi hukum.
(4) Hakim dalam pertimbangan putusan perkara wajib menyebutkan bahwa
perkara yang bersangkutan telah diupayakan perdamaian melalui mediasi
dengan menyebutkan nama mediator untuk perkara yang bersangkutan.

3.3.1.b. Pemilihan Mediator

Pemilihan mediator diberikan kepada pihak yang bertikai untuk mencari siapa

yang sesuai untuk dijadikan mediator mereka. Antara pilihan yang diberikan ialah; (a)

Mediator harus memiliki sertifikat mediator (b) Hakim pengadilan dapat diangkat

sebagai mediator jika tidak ada mediator yang bersertifikat, advokat,196 akademisi

hukum dan profesi bukan hukum yang bersertifikat mediator. Sedangkan jangka masa

pemilihan mediator adalah sebagai berikut:

1. Setelah para pihak hadir pada hari sidang pertama, hakim mewajibkan para pihak
pada hari itu juga atau paling lama 2 (dua) hari kerja berikutnya untuk berunding
guna memilih mediator termasuk biaya yang mungkin timbul akibat pilihan
penggunaan mediator bukan hakim.
2. Para pihak segera menyampaikan mediator pilihan mereka kepada ketua majelis
hakim.
3. Ketua majelis hakim segera memberitahu mediator terpilih untuk melaksanakan
tugas.
4. Jika setelah jangka waktu maksimal sebagaimana dimaksud terpenuhi, para pihak
tidak dapat bersepakat memilih mediator yang dikehendaki, maka para pihak
wajib menyampaikan kegagalan mereka memilih mediator kepada ketua majelis
hakim.

195
Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dalam pasal 2 .
196
Peraturan Mahkamah Agung Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Prosedur Mediasi Di Pengadilan Pasal 8 Ayat
(1).

79
5. Setelah menerima pemberitahuan para pihak tentang kegagalan memilih mediator,
ketua majelis hakim segera menunjuk hakim bukan pemeriksa pokok perkara yang
bersertifikat pada pengadilan yang sama untuk menjalankan fungsi mediator.
6. Jika pada Pengadilan yang sama tidak terdapat hakim bukan pemeriksa perkara
yang bersertifikat, maka hakim pemeriksa pokok perkara dengan atau tanpa
sertifikat yang ditunjuk oleh Ketua Majelis Hakim wajib menjalankan fungsi
mediator.197

Daripada PERMA di atas, jangka masa yang diberi untuk memilih mediator

adalah dua hari, untuk membuat perundingan melantik mediator, termasuklah kos

yang mungkin timbul akibat perlantikan mediator bukan hakim tersebut. Dalam masa

dua hari, sama ada berjaya atau gagal mendapatkan mediator pihak-pihak bertikai

wajib menyampaikan pilihan merka kepada majlis hakim. Apabila pihak bertikai

berjaya mendapatkan mediator. Maka majlis hakim akan memberitahu tugas mediator

seterusnya. Tetapi jika pihak bertikai gagal mendapatkan mediator, maka majlis

hakim segera melantik hakim bukan pemeriksa kes yang bersijil di Pengadilan

Agama yang sama untuk menjalankan fungsi sebagai mediator. Jika tidak didapati

hakim bukan pemeriksa kes yang bersijil, maka Ketua Majelis Hakim akan melantik

hakim pemeriksa kes wajib menjalankan fungsi sebagai mediator.

3.3.1.c. Jangka Masa penyelesaian Mediasi

Apabila pihak bertikai sudah melantik mediator. Selepas lima hari kerja,

hakim mengarahkan mediator untuk melaksanakan mediasi dalam jangka masa

sehingga empat puluh hari. Sekiranya memerlukan penambahan masa, maka mediasi

boleh diteruskan sehingga empat belas hari, bahkan mediasi boleh dilakukan melalui

jarak jauh. Hal ini bersesuaian dengan PERMA Nomor 1 Tahun 2008 iaitu;

1. Dalam waktu paling lama 5 (lima) hari kerja setelah para pihak
menunjuk mediator yang disepakati, masing-masing pihak dapat
menyerahkan resume perkara kepada satu sama lain dan kepada
mediator.

197
Peraturan Mahkamah Agung Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Prosedur Mediasi Di Pengadilan Pasal 11.

80
2. Dalam waktu paling lama 5 (lima) hari kerja setelah para pihak gagal
memilih mediator, masing-masing pihak dapat menyerahkan resume
perkara kepada hakim mediator yang ditunjuk.
3. Proses mediasi berlangsung paling lama 40 (empat puluh) hari kerja
sejak mediator dipilih oleh para pihak atau ditunjuk oleh ketua majelis
hakim.
4. Atas dasar kesepakatan para pihak, jangka waktu mediasi dapat
diperpanjang paling lama 14 (empat belas) hari kerja sejak berakhir masa
40 (empat puluh) hari.
5. Jangka waktu proses mediasi tidak termasuk jangka waktu pemeriksaan
perkara.
6. Jika diperlukan dan atas dasar kesepakatan para pihak, mediasi dapat
dilakukan secara jarak jauh dengan menggunakan alat komunikasi.198

3.3.1.d. Kehadiran

Proses mediasi boleh dilakukan di dewan khusus Pengadilan Agama atau di

tempat lain berdasarkan kesepakatan pihak yang bertikai. Hakim akan menjelaskan

prosedur mediasi dan memberikan fail-fail yang diperlukan dalam proses mediasi

seperti kelengkapan surat gugatan, surat kuasa, surat panggilan para pihak.199

Umumnya mediasi dilakukan sebanyak 2 kali. Mediasi perlu dihadiri oleh pihak yang

bertikai, jika salah satu pihak bertikai tidak menghalang proses mediasi. Hal ini

berdasarkan PERMA No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama, iaitu;

(1) Pada hari sidang yang telah ditentukan yang dihadiri keduabelah pihak, hakim
mewajibkan para pihak untuk menempuh mediasi.
(2) Ketidakhadiran pihak turut tergugat tidak menghalangi pelaksanaan mediasi
(3) Hakim, melalui kuasa hukum atau langsung kepada para pihak, mendoroong
para pihak untuk berperan langsung atau aktif dalam proses mediasi
(4) Kuasa hukum para pihak berkewajiban untuk mendorong para pihak sendiri
berperan langsung atau aktif dalam proses mediasi
(5) Hakim wajib menunda proses persidangan perkara untuk memberikan
kesempatan kepada para pihak menempuh proses mediasi.

198
Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dalam Pasal 13.
199
Zamroni , Staff BP4 bidang mediasi. Temubual pada 20 September 2013. Menurut beliau pelaksanaan
mediasi melalui dua tahap, pertama adalah tahap pra mediasi iaitu persediaan proses mediasi yang bermula
daripada hakim wajib menangguhkan persidangan untuk memberi peluang kepada pihak bertikai melantik
mediator. Tahap kedua iaitu proses mediasi itu sendiri dimulai dengan kewajipan pihak bertikai menyerahkan
fotostate dokumen yang berkaitan dengan identiti, termasuk dokumen keterangan kes serta bukti-bukti yang
menyokong proses mediasi. Selepas itu, mediator wajib menentukan jadual perjumpaan dengan para pihak
bertikai.

81
(6) Hakim wajib menjelaskan prosedur mediasi sebagaimana diatur dalam
peraturan ini kepada para pihak yang bersengketa.200

3.3.1.e Mediasi Berjaya

Mediasi yang dijalankan itu mempunyai dua kemungkinan samada berjaya

ataupun gagal, sekiranya mediasi berjaya, maka mediator membuat kenyataan secara

tertulis perkara-perkara yang telah disepakati dan dikuatkuasakan dalam bentuk sijil,

sebagaimana yang termaktub dalam pasal 17;

1. Jika mediasi menghasilkan kesepakatan perdamaian, para pihak dengan


bantuan mediator wajib merumuskan secara tertulis kesepakatan yang dicapai
dan ditandatangani oleh para pihak dan mediator.
2. Jika dalam proses mediasi para pihak diwakili oleh kuasa hukum, para pihak
wajib menyatakan secara tertulis persetujuan atas kesepakatan yang dicapai.
3. Sebelum para pihak menandatangani kesepakatan, mediator memeriksa materi
kesepakatan perdamaian untuk menghindari ada kesepakatan yang
bertentangan dengan hukum atau yang tidak dapat dilaksanakan atau yang
memuat iktikad tidak baik.
4. Para pihak wajib menghadap kembali kepada hakim pada hari sidang yang
telah ditentukan untuk memberitahukan kesepakatan perdamaian.
5. Para pihak dapat mengajukan kesepakatan perdamaian kepada hakim untuk
dikuatkan dalam bentuk akta perdamaian.
6. Jika para pihak tidak menghendaki kesepakatan perdamaian dikuatkan dalam
bentuk akta perdamaian, kesepakatan perdamaian harus memuat klausula
pencabutan gugatan dan atau klausula yang menyatakan perkara telah
selesai.201

Pihak yang bertikai dikehendaki memberitahu perdamaian tersebut di

Pengadilan Agama. Majelis hakim akan memberi akta perdamaian atau jika pihak

bertikai tidak menghendaki perdamaian tersebut, maka mereka harus membuat

klausula pencabutan kes di Pengadilan Agama atau membuat klausula yang

menyatakan kes tersebut sudah selesai.

3.3.1.f. Mediasi Gagal

200
Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dalam pasal 7.

201
Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dalam Pasal 17.

82
Apabila kes yang ditangani menemui kegagalan, mediator harus menyatakan

mediasi tersebut gagal sebagaimana termaktub dalam pasal 13, iaitu:

1. Mediator berkewajiban menyatakan mediasi telah gagal jika salah satu


pihak atau para pihak atau kuasa hukumnya telah dua kali berturut-turut
tidak menghadiri pertemuan mediasi sesuai jadwal pertemuan mediasi
yang telah disepakati atau telah dua kali berturut-turut tidak menghadiri
pertemuan mediasi tanpa alasan setelah dipanggil secara patut.
2. Jika setelah proses mediasi berjalan, mediator memahami bahwa dalam
sengketa yang sedang dimediasi melibatkan aset atau harta kekayaan
atau kepentingan yang nyata-nyata berkaitan dengan pihak lain yang
tidak disebutkan dalam surat gugatan sehingga pihak lain yang
berkepentingan tidak dapat menjadi salah satu pihak dalam proses
mediasi, mediator dapat menyampaikan kepada para pihak dan hakim
pemeriksa bahwa perkara yang bersangkutan tidak layak untuk dimediasi
dengan alasan para pihak tidak lengkap.202

Pernyataan gagal ini ditentukan selepas mediator berusaha dengan

bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya menurut aturan yang telah

ditetapkan sebagaimana pasal 15, iaitu;

1. Mediator wajib mempersiapkan usulan jadwal pertemuan mediasi


kepada para pihak untuk dibahas dan disepakati.
2. Mediator wajib mendorong para pihak untuk secara langsung berperan
dalam proses mediasi.
3. Apabila dianggap perlu, mediator dapat melakukan kaukus.
4. Mediator wajib mendorong para pihak untuk menelusuri dan menggali
kepentingan mereka dan mencari berbagai pilihan penyelesaian yang
terbaik bagi para pihak.203

Bahkan sekiranya kes tersebut memerlukan pakar yang boleh menyelesaikan

pertikaian yang berlaku, maka pihak bertikai dan kuasa hukumnya boleh meminta

nasihat pakar, sebagaimana pasal 16, iaitu;

1. Atas persetujuan para pihak atau kuasa hukum, mediator dapat


mengundang seorang atau lebih ahli dalam bidang tertentu untuk
memberikan penjelasan atau pertimbangan yang dapat membantu
menyelesaikan perbedaan pendapat di antara para pihak.

202
Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dalam Pasal 14..
203
Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dalam Pasal 15.

83
2. Para pihak harus lebih dahulu mencapai kesepakatan tentang
kekuatan mengikat atau tidak mengikat dari penjelasan dan atau
penilaian seorang ahli
3. Semua biaya untuk kepentingan seorang ahli atau lebih dalam
proses mediasi ditanggung oleh pihak yang bertikai berdasarkan
kesepakatan.204

Proses mediasi dijalankan menurut masa yang sudah ditetapkan. Apabila

mediasi tidak berhasil, maka tugas mediator seterusnya ialah mengembalikan kes

tersebut kepada Pengadilan Agama. Hal ini boleh dirujuk dalam pasal 18 PERMA No

1 Tahun 2008 iaitu;

1. Jika setelah batas waktu maksimal 40 (empat puluh) hari kerja, para pihak
tidak mampu menghasilkan kesepakatan atau kerana sebab-sebab yang
terkandung dalam Pasal 15 Perma No 1 Tahun 2008, mediator wajib
menyatakan secara tertulis bahwa proses mediasi telah gagal dan
memberitahukan kegagalan kepada hakim.
2. Segera setelah menerima pemberitahuan tersebut, hakim melanjutkan
pemeriksaan perkara sesuai ketentuan hukum acara yang berlaku.
3. Pada tiap tahapan pemeriksaan perkara, hakim pemeriksa perkara tetap
berwenang untuk mendorong atau mengusahakan perdamaian hingga sebelum
pengucapan putusan.
4. Upaya perdamaian sebagaimana dimaksud berlangsung paling lama 14 (empat
belas) hari kerja sejak hari para pihak menyampaikan keinginan berdamai
kepada hakim pemeriksa perkara yang bersangkutan.205

3.3.1.g. Peringkat Mediasi

Bagi para mediator, ada beberapa peringkat dalam melaksanakan mediasi,

iaitu: tahap pengenalan, tahap pemberian peraturan mediasi, tahap mengenal pasti

permasalahan, tahap mencari cadangan, tahap analisa masalah, tahap merancang

kesepakatan.

1. Tahap pengenalan

Pada tahap ini, mediator memperkenalkan diri dan memberi salam

pembuka kepada pihak yang bertikai. Kemudian, mediator

204
Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dalam Pasal 16.
205
Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dalam Pasal 18.

84
menjelaskan peranannya. kepada pihak bertikai bahawa dirinya bukan

berperanan sebagai seorang hakim, tidak memihak atau memutuskan

siapa yang salah dan siapa yang benar. Mediator juga menjelaskan

kepada pihak bertikai bahawa penglibatan dan kehadirannya dalam

proses mediasi bersifat sukarela dan tidak ada paksaan. Seterusnya,

mediator akan bertanya kepada mereka apakah ingin meneruskan

proses mediasi ini.

Menurut Rohwan,206 tahap pengenalan adalah tahap penting

sebelum meneruskan ke tahap seterusnya. Tahap pengenalan juga

bentuk nyata dari PERMA Nomor 1 Tahun 2008 pasal 13 tentang

Pedoman Perilaku Mediator, yang berbunyi:

(1) Mediator wajib memelihara dan mempertahankan


ketidakberpihakannya, baik dalam wujud kata, sikap, dan tingkah laku
terhadap para pihak yang terlibat sengketa.
(2) Mediator dilarang memengaruhi atau mengarahkan para
pihak untuk menghasilkan syarat-syarat atau klausula-klausula
penyelesaian sebuah sengketa yang dapat memberikan keuntungan
pribadi bagi mediator.
(3) Dalam menjalankan fungsinya, mediator harus beriktikad
baik, tidak berpihak, dan tidak mempunyai kepentingan pribadi serta
tidak mengorbankan kepentingan para pihak.207

2. Tahap Peraturan Mediasi

Apabila pada peringkat pengenalan, mediator berhasil membuat

pihak bertikai merasa percaya dan puas hati dengannya, maka,

mediator akan menerangkan peraturan dalam proses mediasi,

antaranya;

Pertama, mediator hendaklah memaklumkan kepada pihak-

pihak yang sedang bertikai bahawa tugasnya hanya membantu

206
Rohwan , staff BP4 Bantul bidang mediasi . Temubual pada 24 September 2013.
207
Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dalam Pasal 3
Pedoman.

85
mencapai kesepakatan penyelesaian konflik yang memuaskan kedua

belah pihak. Kedua, memberitahu kepada kedua belah pihak yang

sedang bertikai bahawa mereka mempunyai kesempatan yang sama

untuk bercakap. Ketiga, memberitahu pihak yang bertikai bahawa ia

akan membantu mengembangkan beberapa pilihan, jika perlu mediator

akan mengadakan pertemuan khusus dengan pihak yang bertikai untuk

merencanakan apa yang akan dilakukan seterusnya atau secara

bersendirian. Keempat, menjelaskan kepada pihak yang bertikai

bahawa pihak mediator akan menjaga semua maklumat yang telah

diberikan oleh pihak-pihak yang sedang bertikai dan akan

menghapuskan semua catatan tersebut pada akhir mediasi.208 Kelima,

bertanya, sekiranya mereka mempunyai persoalan tentang peraturan

mediasi.209

Peraturan semasa proses mediasi perlu difahami pihak bertikai

supaya tidak berlaku salah faham antara pihak yang bertikai.210

Permasalahan yang sering berlaku apabila ada sesetengah pihak yang

208
Meskipun demikian, ada pengecualian terhadap maklumat tersebut dan tidak boleh menjadi rahsia, misalnya
semua pembicaraan yang menyangkut masalah kekerasan terhadap anak, bahan terlarang atau dadah,
pelanggaran atau ancaman yang membahayakan masa depan semua pihak, akan disimpan untuk menjadi bukti
sekiranya berlaku perkara yang tidak baik kepada keluarga atau bekas keluarga sekiranya mereka bercerai.
209
M. Taufik, Staff BP4 Bantul bidang mediasi. Temubual pada 21 Spetember 2013.
210
Rohwan, Staff BP4 Bantul Yogyakarta. Temubual pada 24 September 2013. Antara peraturan proses mediasi
adalah Pertama, menanyakan kepada kedua belah pihak, mana yang ingin memulai berbicara terlebih dahulu
atau pilih salah satu dari mereka untuk mengawali berbicara atau bercerita. Kedua, menggunakan keterampilan
mendengarkan secara aktif untuk menunjukkan bahawa mediator benar-benar memahami apa yang diceritakan
oleh masing-masing pihak yang sedang bertikai. Keterampilan mendengarkan secara aktif juga dapat membantu
pihak yang sedang bertikai untuk mendengar dan memahami dengan baik apa yang diceritakan masing-masing
pihak. Ketiga, memberlakukan aturan dasar kepada disputans seperti tidak boleh memotong pembicaraan atau
memanggil nama lawannya. Keempat, mengubah bahasa negatif menjadi bahasa yang neutral dan pasif. Kelima,
mengajukan soalan terbuka untuk memperoleh maklumat yang lebih lengkap mengenai fakta dan mengenai
bagaimana perasaan orang tersebut. Keenam, merangkum cerita dengan menggunkan gaya bahasa yang neutral
dan positif. Merangkum cerita menunjukkan bahwa mediator telah mendengarkan cerita dan memberikan
perhatian penuh kepada masing-masing pihak yang sedang pertikai. Hal ini dapat membantu memastikan bahwa
mediator telah memahami secara benar apa yang diceritakan oleh masing-masing pihak. Ketujuh, mediator
memutuskan apakah perlu mengadakan diskusi atau tidak sebelum beralih ke permasalahan inti. Dalam
pertemuan tersebut dapat memulai mengeanalpasti permasalahan dan keperluan serta memutuskan untuk
melanjutkan ke proses selanjutnya.

86
tidak mahu bercakap, atau ada yang sentiasa bercakap dan tidak mahu

berhenti. Oleh itu peraturan yang mengikat mereka boleh menjadikan

semua pihak menjadi selesa dalam mengembangkan cadangan dan

pilihan-pilihan penyelesaian masalah. Hal ini bersesuaian dengan

PERMA Nomor 1 Tahun 2008 yang berbunyi; “Mediator wajib

mendorong para pihak untuk meneliti dan menggali kepentingan

mereka dan mencari pelbagai pilihan penyelesaian yang terbaik bagi

para pihak.”211

3. Tahap Mengenal Pasti Permasalahan

Dalam tahap ini, mediator harus melihat fail kes atau membaca

resume kes untuk mengetahui permasalahan pihak yang bertikai secara

terperinci. Hal inilah yang dilakukan Taufik212 dalam menjalankan mediasi.

Perkara ini juga bersesuaian dengan pasal 13 PERMA Nomor1 Tahun 2008.213

4. Tahap Mencari Cadangan

Pihak bertikai membincangkan cadangan-cadangan yang baik bagi

menyelesaikan pertikaian dengan mengambil pelbagai pendekatan yang

211
Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dalam Pasal 15 ayat 4.
212
Taufik, Staff Bp4 Bantul Yogyakarta. Temubual 21 September 2013
213
Dalam proses menganalisis konflik, ada beberapa upaya yang boleh dilaksanakan; Pertama, menganalisis
konflik yang terjadi dengan mengfokuskan pada permasalahan-permasalahan umum yang sama-sama dimiliki
oleh kedua belah pihak dan keperluan-keperluan khusus yang menjadi dasar permasalahan tersebut. Kedua,
berkonsultasi dengan co-mediator, bila ada, untuk menetapkan 2 atau 3 masalah umum yang dapat disepakati
oleh kedua pihak yang bertikai. Ketiga, mengawali langkah ini dengan menanyakan kepada masing-masing
pihak apakah permasalahan ini penting bagi mereka. Mediator membahas masalah tersebut satu per satu, dan
menuliskan permasalahan tersebut pada chart paper, tentunya hanya jika sudah memperoleh persetujuan dari
kedua pihak. Keempat, setelah selesai mengklarifikasi permasalahan, mediator menanyakan kepada masing-
masing pihak apa kebutuhan khusus mereka yang terkait dengan tiap-tiap masalah tersebut. Mediator kemudian
menuliskan keperluan tersebut pada chart paper setelah mendapatkan persetujuan dari masing-masing pihak
yang menyatakan keperluan tersebut. Mediator boleh mengubah (reframe) keperluann tersebut kalau perlu.
Kelima, mediator memastikan bahwa ia benar-benar telah menemukan kebutuhan dasar dari masing-masing
pihak yang bertikai sebelum beralih ke tahap penyelesaian masalah. Mediator harus menemui masing-masing
pihak tersebut dalam sesi yang berbeda bila perlu untuk lebih jauh menggali permasalahan dan kebutuhan
lainnya.

87
bersesuaian seperti pendekatan agama,214 hukum (udang-undang)215 ataupun

psikologi216 untuk mendapatkan cadangan terbaik sehingga boleh berlaku

perdamaian.

5. Menganalisis Permasalahan

Pada peringkat ini, mediator melakukan penilaian cadangan-cadangan

yang telah disenaraikan dan adakah sesuai untuk dijadikan kesepakatan,

analisis yang dibuat, iaitu; melihat kembali daftar cadangan yang dicadang

oleh pihak yang bertikai, memastikan apakah tiap-tiap pihak telah mendapat

peluang untuk ikut serta dalam memberi cadangan, memastikan cadangan

yang terbaik dan benar-benar memenuhi keperluan pihak yang bertikai.

Selepas menilai cadangan-cadangan tersebut, mediator menetapkan beberapa

cadangan yang terbaik dari kesemua cadangan yang diberi oleh pihak yang

bertikai dan mengembangkan cadangan tersebut dengan cara memberi soalan-

soalan yang berhubungkait dengan sikap pihak bertikai pada saat keadaan

tertentu, seperti ketika melakukan kesilapan, siapakah lebih dahulu meminta

maaf? Bagaimanakah cara melakukannya dan bagaimanakah reaksi yang

dimintai maaf darinya?

Akhir sekali, mediator memeriksa kembali keyakinan mereka terhadap

cadangan yang telah dianalisis yang akhirnya nanti akan menjadi kesepakatan

214
Mengenai upaya agama seperti yang dibuat oleh Rohwan iaitu, beliau memberi nasihat dengan metod
membandingkan rumahtangga pihak yang bertikai dengan rumahtangga yang harmoni daripada keluarga mereka
yang terdekat atau keluarga lain yang mereka dukurniakan kebahagiaan oleh Allah SWT. Selain itu beliau juga
menerangkan bahawa dalam perceraian hal yang paling berat adalah masalah anak. Kerana akibat perceraian
secara psikologi anak-anak akan mendapat tekanan sehingga mempengaruhi kehidupan seharian mereka, baik
pendidikan, akhlak. Rohwan, Staff BP4 Bantul Yogyakarta, bidang mediasi. Temubual pada 24 September
2013.
215
Mengenai upaya Undang-undang iaitu menerangkan undang-undang keluarga tentang hak dan kewajipan
suami isteri dan akibat hukum apabila memilih perceraian dan lain-lain.
216
Mengenai upaya psikologi iaitu dengan mengingatkan kepada pihak yang bertikai tentang masa lalu yang
romantik dan harus memikirkan kesan dan keadaan anak-anak apabila mereka tetap memilih bercerai.

88
bersama dengan cara memberi soalan-soalan kepada pihak bertikai seperti,

bolehkah melaksanakan apa yang telah disepakati bersama? Adakah cadangan

ini berjaya dilaksanakan dengan baik? Apakah yang akan dilakukan sekiranya

pertikaian akan berlaku lagi?

6. Tahap Merancang Kesepakatan.

Tahap akhir ialah membuat kesepakatan terhadap cadangan yang sudah

dianalisis. Mediator memastikan bahawa perjanjian kesepakatan tersebut harus

secara bertulis supaya menjadi lebih rasmi dan ada tuntutan untuk

dilaksanakan. Sebelum ditandatangani oleh pihak bertikai, mereka harus

membaca kembali cadangan yang disepakati bersama tersebut di hadapan

medator. Selepas membaca perjanjian tersebut, pihak yang bertikai harus

menandatangani perjanjian tersebut. Sebelum pihak yang berdamai

meninggalkan majlis mediasi, mediator harus memberi ucapan tahniah kepada

pihak yang bertikai kerana telah menjayakan mediasi tersebut.

Apabila berlaku kesepakatan, maka mediator segera mengambil

tindakan pantas untuk kebaikan bersama antara kedua pihak.217 Ertinya

kesepakatan yang berlaku diantara pihak yang bertikai itu ada dua, iaitu

kesepakatan kembali menjadi suami isteri dan membina rumahtangga semula

atau kesepakatan kepada perkara-perkara selepas perceraian seperti kedudukan

anak dan lain-lain.

Penyataan ini bersesuaian dengan bapak Taufik, bahawa keberhasilan

mediasi bukan hanya salah satu pihak menarik kembali permohonan cerai,

tetapi bolah juga pihak-pihak yang bertikai mencapai kesepakatan tertentu dan

membawa kebaikan kepada semua pihak. Namun, seperti yang telah

217
Zamroni, Staff BP4 Bantul Yogyakarta, bidang mediasi. Temubual pada 20 September 2013.

89
dijelaskan di atas, apabila mediator melakukan mediasi di luar petitum

gugatan (perkara yang dipertikaikan), maka mediator dianggap telah

melanggar pasal 3 ayat (3) yang salah satunya mengandungi pernyataan

bahawa mediator harus bersifat neutral.

Proses mediasi lebih mudah sekiranya ada kuasa hukum (peguam)

yang mendampingi pihak bertikai. Hal ini sesuai dengan Pedoman Perilaku

Mediator, yang berbunyi: Jika dalam proses mediasi para pihak diwakili oleh

kuasa hukum, para pihak wajib menyatakan secara tertulis persetujuan atas

kesepakatan yang dicapai.218

Daripada keterangan di atas, menurut penyelidik mediator telah

melaksanakan proses mediasi dengan baik dan mengikut ketetapan undang-

undang yang sedia ada. Daripada tahap pengenalan mediator bersikap tenang

ketika berhadapan dengan pihak bertikai sambil memperhatikan perbualan dan

perbincangan antara mereka berdua.

Pihak mediator juga memperhatikan kepada pihak yang bertikai

(disputans), dan mediator tidak menunjukkan sikap acuh tak acuh, serta

memberi reaksi dengan bahasa badan seperti meletakkan tangan ke dagu dan

lain-lain dan ini disebut Open Stance.219 Kemudian, ketika sedang bercakap

dengan pihak yang bertikai (disputans), mediator membongkokkan badannya

(Lean forward) ke arah mereka, supaya memberi gambaran bahawa mediator

memberikan perhatian dan fokus.

Pihak mediator juga membuat eye contact iaitu saling melihat ketika

berhadapan dengan pihak yang bertikai sebagai isyarat bahasa badan untuk

218
Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Agama dalam Pasal 17 ayat 2.

219
M. Mukhsin Jamil, dkk, Op….cit., h. 113

90
menunjukkan perhatian kepada perbicaraan pihak yang bertikai. Selain itu,

mediator menjalankan tugasnya dengan tenang dan tidak tergopoh-gapah

sehingga boleh berkomunikasi dengan baik dan berkesan bagi para pihak yang

bertikai.220

Seterusnya menurut penyelidik, dalam identifikasi masalah, pihak

mediator sudah melakukan tugasnya dengan baik, ertinya mediator sudah

memeriksa permasalahan yang menjadi penyebab konflik dalam menangani

perkara iaitu dengan membaca dan menyoal kebenaran surat permohonan

cerai yang menjadi masalah dan alasan mereka hendak bercerai. Selepas itu

mediator mencari keperluan-keperluan yang dikehendaki oleh pihak yang

bertikai.

Apabila permasalahan masing-masing sudah diketahui, maka

mediator mengajak mereka mencari cadangan yang boleh diterima dan

dipersetujui oleh pihak-pihak yang bertikai. Pihak mediator mengembangkan

cadangan-cadangan tadi sehingga menghasilkan keperluan dan kepentingan

sehingga akhirnya mendapat kesepakatan dan persetujuan damai sama ada

menggugurkan kembali permohonan cerai atau sekiranya setuju bercerai,

maka mereka bersetuju menerima perkara-perkara yang akan berlaku akibat

perceraian. Sekiranya menemui kegagalan mediasi, mediator hanya membuat

laporan yang menyatakan mediasi telah gagal dan mengembalikan kes tersebut

kepada Pengadilan Agama sepenuhnya.221

3.3.2. Pelaksanaan Hakam

220
Ibid.

221
Hal ini bersesuaian dengan Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan
Agama dalam Pasal 18.

91
Pelaksanaan hakam di mahkamah berdasarkan Peraturan Menteri Agama

Nomor 3 Tahun 1975 Pasal 28 ayat (3) yang menerangkan bahawa :

“Pengadilan Agama dalam berusaha mendamaikan kedua belah pihak


dapat meminta bantuan kepada Badan Penasehat Perkahwinan, Perselisihan dan
Perceraian (BP4) agar menasihati kedua suami isteri tersebut untuk hidup makmur
lagi dalam rumahtangga”.222

Maksud peraturan di atas adalah, jika dalam sidang pertama, majlis hakim

mendapati pertikaian berterusan, maka hakim boleh meminta hakam yang ada di

BP4 menangani permasalahan tersebut.

Kemudian pemilihan hakam juga berlaku apabila dalam borang fail

perceraian menyatakan shiqaq sebagai alasan perceraian, maka hakim boleh

menetapkan hakam sejak awal tanpa menunggu sidang pertama. Hal ini

berdasarkan kepada Pasal 76 Undang-undang Nomor 50 tahun 2009 tentang

Perubahan Kedua Undang-undang Nomor 7 Tahun 1989 tentang Peradilan Agama

beserta penjelasannya menyatakan bahawa;

“Bila gugatan perceraian didasarkan atas alasan shiqaq, yaitu perselisihan


yang tajam dan terus menerus antara suami isteri, maka selain harus mendengar
keterangan saksi, juga harus mengangkat hakamain untuk mendamaikan suami
isteri tersebut.”223

Jika dilihat daripada huraian di atas, maka pemilihan hakam berdasarkan

keputusan hakim yang berpuas hati adanya shiqaq pada sidang pertama, iaitu

222
Peraturan Menteri Agama No. 3 Tahun 1975 Tentang Pelaksanaan Undang-Undang No. 1 Tahun 1974
Tentang Perkahwinan.
223
Awalnya Pada pasal 76 ayat (1) Undang-undang No. 7 Tahun 1989; “Apabila gugatan percerain didasarkan
atas alasan shiqaq, maka untuk mendapatkan putusan perceraian harus didengar keterangan saksi-saksi yang
berasal dari kalangan keluarga atau orang–orang yang dekat dengan suami isteri.”
Ayat ini tidak menunjuk hakam dalam kes shiqaq yang berlaku dianatara suami isteri kecuali hakim
mendapati mereka memang bertikai dan memerlukan hakam dalam menyelesaikan perkara tersebut. Hal ini
dapat dilihat pada ayat 2 pasal 76 Undang-undang N0.7 Tahun 1989, iaitu;
“Pengadilan setelah mendengar keterangan saksi tentang sifat persengketaan antara suami istri dapat
mengangkat seorang atau lebih dari keluarga masing-masing pihak ataupun orang lain untuk menjadi hakam.”
Sedangkan dalam penjelasan Pasal 76 Undang – Undang Nomor 3 Tahun 2006 Tentang Perubahan
Atas Undang-Undang Nomor 7 Tahun 1989 Tentang peradilan Agama yaitu :
“Hakam adalah orang yang ditetapkan Pengadilan dari pihak keluarga suami atau pihak keluarga istri
atau pihak lain untuk mencari upaya penyelesaian perselisihan terhadap shiqaq.”
Dan akhirnya berubah menjadi Undang-undang No. 50 tahun 2009 Tentang Perubahan Kedua Undang-
Undang No. 7 Tahun 1989 tentang Peradilan Agama beserta penjelasannya.

92
selepas proses pembuktian, majlis hakim mendengar keterangan saksi atau orang

yang terdekat dengan suami isteri pada sidang pertama,224 atau shiqaq menjadi

alasan perceraian yang ditulis pada borang pendaftaran. Penyelesaian peretikian

melalui kaedah hakam mempunyai beberapa beberapa tahapan, iaitu

3.3.2.a. Sabitan Shiqaq

Sebelum mediasi digunapakai sebagai kaedah menangani kes

perceraian di Pengadilan Agama, hakim hanya memilih hakam untuk

menangani kes perceraian di Pengadilan Agama. Apabila mediasi

digunapakai, maka setiap kes yang masuk ke Pengadilan Agama harus melalui

proses mediasi terlebih dahulu. Jika kes tersebut boleh diselesaikan melalui

mediasi, maka hakam sudah tidak diperlukan lagi. Tetapi kes tersebut tidak

boleh ditangani melalui mediasi, maka hakim mempunyai beberapa pilihan,

khususnya jika kes tersebut adalah kes shiqaq, hakim boleh memilih hakam

untuk menangani suami isteri.

3.3. 2.b. Pemilihan Hakam

Pemilihan hakam boleh dilakukan oleh suami isteri yang bertikai dan

hakim berpuas hati dengannya atau hakim akan meminta bantuan daripada

BP4 yang memang sudah menjadi tugasnya untuk mendamaikan suami isteri

yang bertikai. Selepas proses sidang pertama dan hakim berpuas hati bahawa

antara suami isteri berlaku shiqaq.

Pada tahap ini, hakamain yang sudah terpilih harus menyediakan alat

komunikasi seperti, perakam suara atau alat lain yang boleh merakam

perbualan semasa proses seterusnya dilaksanakan. Kemudian hakamin

hendaklah sentiasa fokus menjalankan proses perdamaian sehingga akan

224
M. Yahya Harahap (1997) Undang-Undang Nomor 7 Tahun 1989, Kedudukan, Kewenangan Dan Acara
Peradilan Agama, Jakarta: Pustaka Karini, , h,. 69.

93
memudahkannya untuk membuat laporan yang akan diserahkan kepada

hakim.225

3.3.2.c. Mengenal Pasti Permasalahan

Menurut Jiriban, untuk memulai proses penyelesaian antara pihak-yang

bertikai, dia akan mengenal pasti faktor-faktor dalaman atau luaran daripada

pihak yang bertikai, seperti; memahami siapa sebenarnya orang yang akan

diberi nasihat, memahami apa sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh

orang yang hendak diberi nasihat. Kaedah yang digunakan dalam proses

mengenal pasti permasalahan tersebut adalah dengan cara menemubual

pasangan suami isteri.

3.3.2. d. Pemberian Nasihat

Pemberian nasihat memang perkara yang mudah, tetapi sekiranya tidak

menggunakan kaedah yang baik akan menjadikannya sukar.226 Walaupun

secara teori, hakam yang ditunjuk adalah dua orang, tetapi secara praktikalnya,

boleh juga dilaksanakan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai

latar belakang profesi atau dua orang hakam tersebut meminta nasihat

mereka.227

Ada beberapa kaedah pemberian nasihat yang biasa digunakan oleh BP4

dalam menasihati suami isteri yang bertikai, iaitu;

a. Kaedah Pemberian Maklumat

225
Departemen Agama RI. (1990), Modul Keluarga Bahagia Sejahtera. Jakarta: Project Peningkatan Peranan
Wanita, h. 214-217.
226
Menurut Jiriban dalam pemberian nasihat paling tidak mengikuti kaedah-kaedah yang digunapakai oleh
Departemen Agama. RI., Modul Keluarga Bahagia Sejahtera, Jakarta: Proyek Peningkatan Peranan Wanita.
Jibiran, Staff BP4 Bantul, Yogyakarta, bidang Hakam. Temubual pada 27 September 2013.
227
Departemen Agama, RI. (2001), Modul TOT Kursus Calon Pengantin, Jakarta: Departemen Agama RI Ditjen
Bimas Islam Dan Penyelenggaraaan Haji Project Peningkatan Kehidupan Keluarga Sakinah, h. 16.

94
Memberi maklumat kepada pihak bertikai. Menurut bapak Jiriban,

pemberian nasihat yang disampaikan kepada pihak yang bertikai

adalah berkenaan dengan konsep keluarga dalam Islam dan

bagaimanakah menjaga dan menyelesaikan masalah secara baik

menurut undang-undang Islam.

b. Kaedah pemberian cadangan

Pemberian nasihat dengan cara mempengaruhi orang yang

diberi nasihat supaya boleh membuat seperti orang lain buat.

Meyakinkan mereka bahawa mereka boleh hidup seperti keluarga

lain, yang bahagia dan harmoni. Pada praktikalnya, hakamain

memberikan contoh-contoh keluarga yang sakinah.

c. Kaedah Penjelasan Masalah

Kaedah ini sudah mengarah kepada penyelesaian permasalahan

dan lebih bersifat mengajak berfikir. Ia membawa maksud bahawa

juru damai hanya menjelaskan duduk perkara masalah dan

memberikan jalan penyelesaiannya. Pemberian nasihat ini bertujuan

mengajak pihak bertikai supaya memikirkan akibat dari sebuah

masalah (perceraian) sekiranya tetap dilakukan. Akibat yang

dimaksud ialah seperti kedudukan anak, harta, warisan dan lain-lain.

d. Kaedah Mesyuarat

Pemberian nasihat bagi kes keluarga yang mempunyai masalah

kompleks sehingga memerlukan beberapa pakar untuk menanganinya

seperti sebuah penyelidikan. Hasil penyelidikan beberapa pakar tersebut

95
dibawa dalam mesyuarat akhir untuk menentukan penyelesaian masalah.

Mesyuarat ini boleh dilaksanakan secara berterusan sehingga

menghadirkan pihak bertikai dalam mesyuarat seterusnya.228

Menurut Zuhdi Muhdlor, sebagaimana undang-undang yang berlaku

bahawa tugas hakam hanya terbatas untuk mencari cara menyelesaikan

perselisihan dan pertikaian dan hakam tidak mempunyai kekuatan hukum untuk

menetapkan keputusan cerai antara suami isteri. Hakam mempunyai kewajipan

melaporkan kepada mahkamah sejauh mana usaha yang telah dilakukannya, dan

apa hasil yang telah diperolehi selama hakam menjalankan tugas sebagai juru

damai.

3.4. Senarai Kes

Di bawah ini adalah keterangan pelaksanaan mediasi di Kabupaten Bantul

Yogyakarta. Penyelesaian mediasi adalah sama dengan kes yang ditangani hakamain iaitu,

tujuh kes yang meminta bantuan mediator daripada BP4 Kabupaten Bantul Yogyakarta untuk

diselesaikan permasalahan mereka yang bertikai;

No. Rujukan Kes Rekomendasi Kes

1 Rek.01/BP4/2012 Rumahtangga tidak harmoni

2 Rek.02/BP4/2012 Perselisihan terus menerus

3 Rek.03/BP4/2012 Suami menjalin hubungan dengan wanita lain

4 Rek.04/BP4/2013 Tiada persefahaman

5 Rek.05/BP4/2013 Sudah berpisah rumah

6 Rek.06/BP4/2013 Suami meninggalkan isteri

7 Rek.07/BP4/2013 Suami berkahwin lagi (poligami)

Sumber diambil daripada BP4 Kementrian Bantul Yogyakarta.

228
Zuhdi Muhdlor, Staff BP4 Bantul, Yogyakarta, bidang Hakam. Temubual pada 25 September 2013.

96
3.5. Hasil Mediasi dan Hakam

Mediasi/Hakamain

No. Kes Masalah Kedatangan Berjaya

Hadir Tidak hadir /Gagal

(1) (2) (3) (4) (5) (6)

1 Kes Rumahtangga tidak harmoni 1x - Gagal

pertama

2 Kes kedua Perselisihan terus menerus 1x - Gagal

3 Kes ketiga Suami menjalin hubungan 1x - Gagal

dengan wanita lain

4 Kes Tiada persefahaman 1x - Gagal

keempat

5 Kes kelima Sudah berpisah rumah 1x - Gagal

6 Kes Suami meninggalkan isteri 1x - Gagal

keenam

7 Kes Suami berkahwin lagi 1x - Gagal

97
ketujuh

Dalam keterangan di atas semua kes yang serius gagal ditangani oleh BP4 disebabkan

ketidakhadiran pihak yang bertikai pada pertemuan kedua sebagai batas minimum proses

mediasi untuk menentukan kepentingan dan keperluan pihak-pihak yang bertikai. Menurut

penyelidik, perlu diadakan perbincangan pra-mediasi untuk mengetahui kesediaan pihak-

pihak yang bertikai untuk mediasi, dan memberitahu kepada mereka bahawa mediasi tidak

akan terjadi apabila hanya melibatkan satu pihak sahaja. Jika hanya seorang yang hadir, maka

bagaimana mediator boleh membantu para pihak bertikai untuk menyelesaikan masalah? Ini

pasti tidak akan menghasilkan kedamaian dan kesepakatan yang merupakan win win solution.

Tentang kehadiran pihak yang bertikai, ini termaktub dalam Peraturan Mahkamah

Agung RI Nomor 01 Tahun 2008 Pasal 7 Ayat (1) dan (2) menyebutkan: “(1) Pada hari

sidang yang telah ditentukan yang dihadiri kedua belah pihak, hakim mewajibkan kedua para

pihak menempuh mediasi. Pada Pasal 7 Ayat (1) sudah terang bahawa mediasi perlu dihadiri

oleh kedua pihak yang bertikai. Dengan itu, hakim dapat mewajibkan mediasi kepada para

pihak jika kedua belah pihak hadir saat persidangan. Mafhum al-mukhalafah daripada pasal 7

ayat (1) adalah jika salah satu pihak tidak hadir, maka hakim tidak dapat mewajibkan

mediasi.

Menurut penyelidik, sekiranya pihak-pihak yang bertikai tidak melakukan mediasi,

tidak boleh dikatakan melanggar Pasal 130 HIR/154 RBg sebagaimana Pasal 2 Ayat (3).

Kerana ketiadaan mediasi dalam kes ini bukan atas kehendak hakim yang memeriksa perkara

tersebut, tetapi disebabkan salah seorang daripada pihak yang bertikai tidak mahu

mempertahankan hak-haknya. Walaupun begitu, secara praktikalnya, hakim tetap berusaha

mendamaikan dan menasihati pihak yang hadir. Hakim hanya memberithu bahawa mediasi

98
tidak boleh dilaksanakan kerana salah seorang tidak pernah hadir pada hari sidang yang telah

ditentukan.

Ketidakhadiran pihak yang bertikai menurut penyelidik disebabkan beberapa

kemungkinan. Pertama suami atau isteri mencari alternatif lain dalam menangani

permasalahan selain daripada pihak BP4. Kedua pihak bertikai membiarkan permasalahan

mereka tanpa berusaha untuk menyelesaikan kes mereka. Ketiga menyerahkan sepenuhnya

kepada mahkamah dan mendapat keputusan perceraian kerana sekiranya kes pertikaian yang

tidak boleh ditangani akan kembali ke mahkamah dan mengikuti prosedur yang berlaku.

Pada hakikatnya pelaksanaan mediasi adalah untuk memudahkan hakim dalam

menyelesaikan kes-kes di mahkamah sehingga tidak berlaku penangguhan. Sekiranya dalam

mediasi telah menemukan kesepakatan, maka hakim hanya memutuskan perkara tersebut

menurut hasil mediasi yang telah dilakukan. Akan tetapi, masalah akan timbul sekiranya

salah seorang pihak yang bertikai tidak hadir dalam proses mediasi. Hal ini, kerana pada

jadual sidang yang sepatutnya hakim berperanan memutuskan perkara dengan pertimbangan

hasil mediasi, harus menangguhkan terlebih dahulu kerana pihak yang bertikai belum atau

tidak menemukan kesepakatan dalam mediasi.

Ertinya, apabila kes tersebut ditangguhkan, maka secara tidak langsung telah

menjadikan mediasi sebagai sebahagian dari hukum acara (kes yang dibicarakan di

mahkamah). Padahal kita tahu bahawa mediasi adalah sebuah alternatif penyelesaian

pertikaian di luar mahkamah dan mekanisme-nya adalah berbeza dengan proses yang ada di

mahkamah sebagaimana Pasal 19 yang mengisyaratkan perbezaan mediasi dengan litigasi

(kes yang dibicarakan di mahkamah).

3.6. Kedudukan Hakam Setelah Berlakunya PERMA Nombor 1 Tahun 2008

99
Daripada huraian di atas, ada beberapa persoalan yang muncul akibat kesamaan

peranan hakam dan mediasi dalam menyelesaikan pertikaian di Pengadilan Agama, iaitu

bagaimanakah kedudukan hakam setelah adanya PERMA Nomor 1 Tahun 2008? Kerana

apabila sebuah kes berjaya ditangani melalui proses mediasi, termasuk kes shiqaq, maka

hakam sudah tidak berfungsi. Untuk menjawab permasalahan ini, iaitu dengan melihat

daripada sudut teori dan praktikalnya.

3.6.1 Secara Teori

3.6.1.a. Hirarki Undang-Undang

Hirarki Undang-undang ialah mengenai kedudukan dan kekuatan suatu

undang-undang yang berlaku. Hakam ditetapkan oleh Undang-undang Nomor 7

Tahun 1989, kemudian digubal dengan Undang-undang Nomor 3 Tahun 2006 tentang

Peradilan Agama, dan digubal lagi menjadi Undang-undang Nomor 50 Tahun 2009

Tentang perubahan Undang-undang Nomor 7 Tahun 1989 Peradilan Agama. Adapun

mediasi ditetapkan melalui PERMA Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Prosedur Mediasi

di Pengadilan.

Untuk melihat kekuatan dua hukum di atas, maka harus melihat susunan

hirarki peraturan perundangan yang berlaku di Indonesia, iaitu melalui Undang-

undang Nomor 10 Tahun 2004 yang menerangkan bahawa susunan peraturan

perundangan dimulai dari:

a. UUD 1945 (Undang-Undang Dasar 1945)

b. UU/Perpu (Undang-Undang )

c. PP (Peraturan Pemerintah)

d. Perpres (Peraturan Presiden/Keputusan Presiden)

100
e. Perda (Peraturan Daerah).229

Demikian juga di dalam Fasal 2 TAP MPR NO.III/MPR/2000 disebutkan

bahawa susunan peraturan perundangan adalah dimulai dari;

a. UUD1945 (dan perubahannya),

b. Ketetapan (TAP) MPR (Ketetapan Majelis Permusyawaratan Rakyat)

c. Undang-undang,

d. Perpu (Peraturan Pusat),

e. Peraturan Pemerintah

f. Keppres (Keputusan Presiden)

g. Perda (Peraturan Daerah).230

Meskipun dalam Undang-undang Nomor 10 Tahun 2004 maupun TAP MPR

No.III/MPR/2000 tersebut tidak disebutkan tentang PERMA, akan tetapi kalau dilihat

dari institusi yang membuatnya adalah Mahkamah Agung yang merupakan badan

yudikatif yang mempunyai kedudukan sama dengan Presiden yang kedudukannya

sebagai badan eksekutif, ertinya kedudukan PERMA dapat disamakan dengan

Peraturan Presiden (PERPRES) atau Keputusan Presiden (Keppres), sedangkan

PERPRES atau KEPPRES masih di bawah Peraturan Pemerintah mahupun Undang-

undang.

Menurut Undang-undang Nomor 10 Tahun 2004 Pasal 4 yang berbunyi:

(1) Sesuai dengan tata urutan peraturanperundangan ini, maka setiap aturan
hukum yang lebih rendah tidak boleh bertentangan dengan aturan hukum
yang lebih tinggi.

229
Undang-undang Nomor 10 Tahun 2004 Tentang Pembentukan Peraturan Perundang-Undangan, iaitu pada
Pasal 7 ayat 1.

230
TAP MPR NO.III/MPR/2000Pasal 2.

101
(2) Peraturan atau Keputusan Mahkamah Agung, Badan Pemeriksa Kewangan,
Menteri, Bank Indonesia, Badan, lembaga, atau Komisi yang setingkat yang
dibentuk oleh Pemerintah tidak boleh bertentangan dengan ketentuan yang
terkandung dalam tata urutan peraturan perundangan ini.231
Oleh itu, kedudukan Undang-undang lebih tinggi daripada PERMA, ertinya

hakam yang diitiraf melalui Undang-undang tidak boleh digantikan denga mediasi

yang diitiraf melalui Peraturan Mahkamah Agung, baik mengenai kedudukan

mahupun tugasannya.

3.6.1.b. Prinsip Hukum

Maksud prinsip hukum disini, ialahperaturan yang baharu mengenepikan

peraturan yang lama (lex posterior derogat priori). Tetapi prinsip hukum ini berlaku

hanya kepada peraturan-peraturan yang setaraf kedudukannya dalam hirarki

perundangan. Ertinya PERMA Nomor 1 Tahun 2008 tidak boleh mengecualikan

Undang-undang Nomor 3 Tahun 2006 yang kemudian diubah menjadi Undang-

undang Nomor 50 Tahun 2009. Bahkan boleh berlaku perkara sebaliknya, iaitu

prinsip peraturan yang sama taraf atau lebih tinggi boleh menafikan peraturan yang

setaraf atau yang lebih rendah. Ertinya Undang-undang Nomor 3 Tahun 2006 yang

diubah menjadi Undang-undang Nomor 50 Tahun 2009 tersebut boleh menafikan

Perma Nomor 1 Tahun 2008.

3.6.1.c. Kandungan Undang-Undang

Undang-undang Nomor 7 Tahun 1989 yang digubal dengan Undang-undang

Nomor 3 Tahun 2006 dan digubal lagi menjadi Undang-undang Nomor 50 Tahun

2009, iaitu pada Pasal 54 menerangakan;

231
Undang-undang No.10 Tahun 2004 tentang Pembentukan Peraturan Perundang-Undangan Pasal 4..

102
"Hukum Acara yang berlaku pada Pengadilan dalam lingkungan Peradilan

Agama adalah Hukum Acara Perdata yang berlaku pada Pengadilan dalam lingkungan

Peradilan Umum, kecuali yang telah diatur secara khusus dalam Undang-undang

ini.232

Daripada Pasal 54 ini, boleh difahami tentang perkara shiqaq dan kaedah

penyelesaiannya atau bentuk kaedah perdamaiannya sudah diatur secara khusus di

dalam Undang-undang Peradilan Agama dalam pasal 76 ayat 1 dan 2. Ertinya

mahkamah sivil boleh menggunapakai Undang-undang Nomor 7 Tahun 1989 yang

digubal dengan Undang-Undang Nomor 3 Tahun 2006 dan digubal lagi menjadi

Undang-undang Nomor 50 Tahun 2009 dalam menyelesaikan perkara yang berkaitan

dengan pertikaian, kerana tidak ada yang mengkhususkan Undang-undang tersebut

hanya di Pengadilan Agama sahaja.

Daripada keterangan di atas, dapat disimpulkan bahawa walaupun semua

perkara termasuk perkara shiqaq harus melalui mediasi, tetapi sekiranya kes yang di

failkan di Pengadilan Agama benar-benar berlaku shiqaq, maka hakam turut sama

menangani kes tersebut.

Adapun Peraturan mahkamah pada Pasal 2 ayat 3 disebutkan bahwa “Tidak


menempuh prosedur mediasi berdasarkan peraturan ini merupakan pelanggaran
terhadap ketentuan Pasal 130 HIR dan atau Pasal 154 R.Bg yang mengakibatkan
putusan batal demi hukum.”

Pasal ini tidak boleh diaplikasikan kepada kes shiqaq, sebabnya ialah kes

shiqaq akan memerlukan hakam itu sendiri sebagai tuntutan hukum Islam dan secara

undang-undang yang harus dipatuhi.233

232
Undang-undang Nomor 3 Tahun 2006 Perubahan Atas Undang-undang Nomor 7 Tahun 1989 jo. Undang-
undang Nomor 50 Tahun 2009 Tentang Peradilan Agama.

233
Perkara penyelesaian shiqaq melalui hakam telah terang dinyatakan di dalam Al-Qur’an dan telahpun
diimplementasikan sejak zaman Nabi Muhammad Saw. Pembahasannya secara detail juga telah dikaji oleh

103
3.6.2. Secara Praktikal

Adapun secara praktikal ialah dengan melihat kes-kes yang didaftarkan atau

berdasarkan hasil siding pertama, iaitu selepas kes melalui mediasi atau mediasi dan

hakam saling bekerja sama menangani kes disebabkan kes terebut bersifat kompleks.

3.6.2.a. Kes di daftarkan dengan alasan shiqaq

Kes yang didaftarkan dengan alasan shiqaq ada dua kemungkinan, sama ada

shiqaq benar-benar berlaku atau tidak ada shiqaq dalam kes tersebut. Untuk

mengetahui adanya shiqaq atau pun tidak ialah selapas sidang pertama di Pengadilan

Agama, maka sekiranya hakim berpuas hati bahawa kes tersebut berlaku shiqaq dan

memerlukan hakam. Maka hakam boleh berperanan dalam menangani kes tersebut.

Dalam hal ini proses mediasi telah dilaksanakan sebelum kes dibicarakan., kerana

fuqaha dan sarjana muslim. Begitu juga dengan amalan hakam di Indonesia secara undang-undang, iaitu;
Shiqaq menjadi salah satu alasan untuk suami isteri bercerai yang ditulis dalam borang pendaftaran di
Pengadilan Agama yang termaktub dalam Pasal 39 huruf f Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1974,
a. Huruf f pada Pasal 19 Peraturan Pemerintah Nomor 9 Tahun 1975 Tentang Pelaksanaan Undang-
undang Nomor 1 Tahun 1974 Perceraian dapat terjadi kerana alasan:
1. Salah satu pihak berbuat zina atau menjadi pemabok, pemadat, penjudi, dan lain sebagainya yang
sukar disembuhkan.
2. Salah satu pihak meninggalkan pihak lain selama 2 (dua) tahun berturut-turut tanpa izin pihak lain
dan tanpa alasan yang sah atau kerana hal lain di luar kemampuannya.
3. Salah satu pihak mendapat hukuman penjara 5 (lima) tahun atau hukuman yang lebih berat setelah
perkahwinan berlangsung.
4. Salah satu pihak melakukan kekejaman atau penganiayaan berat yang membahayakan pihak lain.
5. Salah satu pihak mendapat cacat badan atau penyakit dengan akibat tidak dapat menjalankan
kewajibannya sebagai suami/isteri.
6. Antara suami dan isteri terus-menerus terjadi perselisihan dan pertengkaran dan tidak ada harapan
akan hidup rukun lagi dalam rumahtangga.
b. KHI Pasal 116 huruf f,
“Antara suami dan istri terus menerus terjadi perselisihan dan pertengkaran dan tidak harapan akan
hidup rukun lagi dalam rumahtangga."

104
setiap kes yang didaftarkan di Pengadilan Agama harus melalui proses mediasi sama

ada kes biasa atau kes yang ada pandanya shiqaq.

3.6.2.b. Sabitan Shiqaq Selepas Sidang Pertama

Pada awalnya, kes tersebut tidak didaftarkan sebagai kes shiqaq, tetapi selepas

melaui proses mediasi tidak berjaya dan apabla dibicarakan terdapat shiqaq dan hakim

berpuas hati adanya shiqaq dan memerlukan hakam untuk menyelesaikan kes, maka

hakam ditunjuk untuk menangani kes tersebut.

3.6.2.c. Kes Yang kompleks

Bagi kes yang besar yang melibatkan pembubaran perkahwinan, pembahagian

harta, kedudukan anak boleh mengunapkai kedua dua kaedah mediasi dan hakam.

BAB IV

ANALISIS TERHADAP PERANAN BADAN PENASIHATAN PERKAHWINAN


PERSELISIHAN DAN PERCERAIAN (BP4) DALAM MENANGANI KES
PERCERAIAN DI BANTUL YOGYAKARTA
4.1. Peranan BP4 Kepada Masyarakat

4.1.1. Kewujudan dan Kepentingan BP4

Di era informasi dan teknologi ini, permasalahan yang dihadapi oleh suami isteri

semakin banyak dan mencabar sehingga menyukarkan mereka untuk membina keluarga

sakinah. Walaupun ramai keluarga yang sentiasa hidup dalam kebahagiaan, keberkatan

dan masih lagi hidup dalam semangat keislaman yang kental, tetapi ramai pula keluarga

yang mempunyai permasalahan dan memerlukan bantuan untuk menyelesaikan

permasalahan yang dihadapi. Menurut penulis ada beberapa faktor pentingnya kewujudan

BP4 di dalam masyarakat, antaranya;


105
Pertama, kehidupan manusia yang semakin kompleks disebabkan arus informasi

dan teknologi yang berkembang sehingga mempengaruhi kehidupan remaja yang pada

akhirnya akan berkeluarga. Kedua, keinginan yang kuat untuk mengejar harta benda,

sehingga tidak berpeluang mempelajari ilmu, khususnya tentang rumahtangga yang

akhirnya mengabaikan, nilai-nilai agama dalam kehidupan berumah tangga tersebut.

Ketiga, walaupun ramai yang memilih pendidikan yang berasaskan agama, tetapi lebih

ramai yang memilih pendidikan yang kurang asas agamanya atau ada subjek agama tetapi

secara am sahaja.

Oleh itu, kewujudan BP4 yang berperanan sebagai fasilitator untuk membentuk

keluarga yang sakinah sangat diperlukan, tambahan pula BP4 adalah ejen kerajaan yang

berfungsi untuk menangani masalah keluarga, kerana sekiranya permasalahan di dalam

institusi keluarga tidak ditangani, maka bagaimana keharmonian institusi masyarakat

dalam sesebuah Negara akan tercapai, hal tersebut demi membentuk sesebuah Negara

yang aman, damai dan harmoni.

4.1.2. BP4 Sebagai Pusat Dakwah Keluarga

Menurut penulisi, peranan BP4 sama seperti berdakwah iaitu, mengajak manusia

kepada kebaikan dan meninggalkan segala keburukan supaya hidup harmoni, tenang dan

penuh kasih sayang secara bersama-sama. Peranan BP4 juga diketegorikan sebagai usaha

bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan. Selain itu, BP4 boleh dianggap sebagai

murabbi atau sebagai pendidik kepada keluarga dan masyarakat supaya boleh menjadi

keluarga yang baik dan boleh dicontohi oleh generasi seterusnya.

Mengenai pentingnya pendidikan di rumah dan keluarga, Aisjah Dachlan

menyatakan:

“Pendidikan yang pertama dan utama ialah keluarga dan rumahtangga, pendidikan
didasari tindakan kebaikan dan diikuti dengan tingkah laku orang tua bagaimana
hubungan keduanya (suami istri) baik atau tidak, sehingga dapat mencerminkan suasana

106
rumahtangga itu damai atau tidak, tanpa didasari kondisi seperti itu akan berdampak
kepada jiwa anak dari pada pendidikan yang ada di rumahtangga.”234

4.1.3. BP4 Sebagai Badan Yang Mengawasi Masyarakat

Peranan BP4 di dalam masyarakat juga untuk melindungi keluarga daripada

perkara yang menyalahi undang-undang, seperti mengawal suami-suami yang hendak

berpoligami yang tidak mengikut undang-undang, pernikahan di bawah umur, pernikahan

yang tidak direkodkan (dicatat).235 Oleh itu, BP4 berperanan memberitahu masyarakat

berkenaan dengan undang-undang dan hukuman yang dilaksanankan di Indonesia

terhadap kesalahan yang melibatkan rumah tangga. Apabila masyarakat sudah

mengetahui undang-undang dan hukuman tersebut, maka secara tidak langsung BP4

boleh membendung dan mengawasi masyarakat daripada masalah rumahtangga tersebut.

Hal ini bersesuaian dengan kaedah fekah:

َ ‫ب ْال َم‬
ِ‫صا ِلح‬ ِ ‫دَ ْر ُء ْال َمفَا ِس ِد ُمقَدَّم َعلَى َج ْل‬

“Menolak kerosakan (kemudharatan) didahulukan daripada mendatangkan kebaikan”

4.1.4. Faktor Penyokong dan Penghalang BP4

4.1.4.a. Faktor Penyokong

Pertama, BP4 Kabupaten Bantul sebagai institusi semi rasmi kerajaan dan

mempunyai peranan kepada Kementerian Agama dan Pengadilan Agama. Oleh itu,

untuk melaksanakan semua aktiviti dan program, BP4 tidak mengalamai masalah

234
Aisjah Dachlan (1996), Membina Rumahtangga Bahagia dan Peranan Agama Islam dalam Rumah Tangga.

Jakarta: Jamunu, h. 129.

235
BP4 (2005), Hasil Munas BP4 XIII/2004 dan Pemilihan Keluarga Sakinah Teladan Tingkat Nasional.
Jakarta: BP4, h. 11.

107
kewangan, kerana semua kos telah ditaja oleh kerajaan, bahkan BP4 boleh

mendapatkan dana dan sumbangan daripada masyarakat.

Kedua, BP4 Bantul mendapatkan sokongan atau bantuan daripada pelbagai

lapisan masyarakat seperti ulama dan tokoh masyarakat. Secara amnya, masyarakat

Kabupaten Bantul memberikan respon yang terhadap positif terhadap program-

program yang dibuat oleh BP4 untuk mengajak masyarakat hidup dalam keadaan

harmoni, memahami tanggungjawab antara suami isteri dalam institusi kekeluargaan

dan menjalankan kehidupan berlandaskan agama.

Menurut penulis, melalui dua faktor di atas, sudah pasti memudahkan BP4

untuk berperanan menyebarkan kebaikan dan dakwah agama sehingga peratusan kes

perceraian dapat dikurangkan dan permasalahan keluarga dapat diselesaikan dengan

baik. Dengan adanya nasihat yang berhikmah dan ada nilai-nilai agama agar institusi

keluarga dan masyarakat boleh mengamalkan ajaran agama Islam sehingga boleh

membentuk sikap dan akhlak yang baik. Kemudian pendidikan agama kepada

sesebuah keluarga juga akan membuka mata keluarga dan masyarakat tentang perkara

yang boleh membawa kebahagiaan itu bukan semata-mata dengan adanya rumah,

pakaian, makanan, kesihatan atau melancong sahaja tetapi lebih dari itu, agama Islam

adalah jalan menuju kebahagian dan keselamatan di dunia dan di akhirat sebagai

tujuan setelah mengharungi kehidupan dunia.

Husain Ali menyatakan, bahawa agama mendatangkan keharmonian dalam

keluarga. Apabila seseorang beriman dengan dasar Tauhid dan Ma’ad (iman kepada

Kebangkitan), kehidupannya dan segala gerak-gerinya diikuti oleh kesucian niat.

Hidupnya memiliki tujuan yang baik dan cita-citanya seiring dengan ajaran-ajaran

agama sehingga boleh menjamin kesejahteraan jasmani dan rohani.236

236
Husain Ali Turkamani (1992), Bimbingan Keluarga dan Wanita Islam. Jakarta: Pustaka Hidayah, h. 11.

108
4.1.4.b. Faktor Penghalang

Adapun faktor penghalang BP4 Bantul, iaitu;

Pertama, BP4 harus mempertingkatkan kerjasama dengan Kementerian

Agama untuk menambah aktiviti kemasyarakatan, khususnya di kampung-kampung

yang jauh daripada Bandar supaya mereka mengetahui maklumat berhubung dengan

keluarga yang sakinah, undang-undang keluarga Islam. Selain itu, BP4 juga harus

meningkatkan kerjasama yang baik dengan Pengadilan Agama melalui peranannya

untuk menyediakan hakam dan mediator yang baik sehingga boleh berjaya menangani

keluarga yang bertikai.

Kedua, BP4 dituntut untuk memperbaiki kualiti keilmuan ahli-ahli BP4 dalam

bidang dakwah, lebih-lebih lagi dalam hakam, dan mediasi yang berhubung dengan

undang-undang keluarga Islam. Mengadakan latihan dan kursus supaya menjadi

seorang pakar dalam menangani kes yang dihadapi.

4.2. Peranan BP4 Kepada Kementerian Agama

Tiga peranan utama BP4 kepada Kementerian Agama iaitu sebagai pembantu

Pencatat perkahwinan, menyediakan khidmat nasihat keluarga dan membuat program

sakinah bertujuan untuk membina kehidupan yang lebih baik dan Islami. Perintah Allah

yang bersifat teori dilaksanakan dalam kehidupan seharian dan akhirnya boleh membantu

keluarga mencapai kehidupan sakinah, mawaddah dan rahmat dalam perkahwinan

sebagai tujuan perkahwinan. Perkahwinan yang mendapat ketenangan dan ketenteraman

pada jiwa adalah perkahwinan yang saling melindungi antara suami dan isteri serta penuh

kasih sayang.237

BP4 sebagai fasilitator untuk memberikan penerangan dan aktiviti kepada

masyarakat supaya masyarakat memahami tujuan perkahwinan sehingga mereka


237
Muhammad Asmawim (2004), Nikah Dalam Perbincangan dan Perdebatan, cet. 1. Yogyakarta: Darusslam,
h. 19.

109
melahirkan keluarga sakinah, mawaddah, dan rahmat. Allah S.w.t menetapkan

perkahwinan kepada manusia untuk tujuan baik dan hikmah yang boleh dirasai oleh

mereka yang berkahwin samada daripada segi agama, biologis, sosiologis, psikologi dan

lainya.

Dari segi agama, bahawa perkahwinan merupakan sebahagian daripada syari’at

Islam. Dengan adanya perkahwinan, nilai-nilai agama akan sentiasa terpelihara. Dengan

melaksanakan perkahwinan pula bererti telah melakukan pengabdian diri kepada Allah.238

Apabila manusia mengikuti hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.w.t., maka

keturunan mereka diharapkan boleh menjadi khalifah yang amanah dalam memakmurkan

bumi Allah S.w.t..

Daripada segi biologis, Allah menciptakan manusia daripada jantina lelaki dan

perempuan, antara keduanya mempunyai perasaan suka dan tertarik sehingga boleh

membawa kepada hubungan yang lebih akrab. Hal ini menunjukkan bahawa hubungan

yang dekat dan hasrat seks adalah salah satu keperluan yang tidak dapat dipertikaikan

untuk menjamin keturunan secara berterusan di bumi Allah.

Menurut Yusuf Qardhowi, nafsu syahwat bersifat liar, maka Islam memberikan

jalan penyelesaian terbaik dan batasan-batasan sehingga boleh mendidik nafsu syahwat ke

jalan yang Allah redhai tanpa mengekang dan menghilangkan nafsu tersebut. Oleh itu,

untuk menyalurkan keperluan tersebut secara teratur, Islam telah mensyari’atkan aturan

perkahwinan sebagai suatu jalan penyelesaiannya,239sehingga suami akan menemukan

suatu ketenangan fikiran dan menyihatkannya serta dapat menimbulkan perbaikan akhlak.

Dengan adanya syari’at perkahwinan, akan terbina hubungan yang kekal sehinggalah

kematian atau perceraian yang memisahkan keduanya.

238
Muhammad Idris Ramulyo (1999), Hukum Perkawinan Islam. Jakarta: Bumi Aksara, h. 19.

239
Yusuf Qordhowi (2005), Halal dan Haram dalam Islam. Achmad Sunarto (terj.), Surabaya: Karya Utama, h.
171-172

110
Daripada segi sosiologis, perkahwinan melahirkan hubungan-hubungan manusia

secara kompleks dan luas, hal ini bermaksud daripada suami dan isteri itu akan lahir

keturunan yang saling cinta-mencintai, menghibur, memimpin, menolong, memahami,

mendidik, dan membentuk moral anggota keluarganya. Dalam konteks ini, menurut

Isma’il Raji al-Faruqi, Allah telah mesyari'atkan manusia untuk berkahwin dan hidup

bersama. Pada hakikatnya dalam perkahwianan itu terdapat unsur moral yang menjadi

ibadah dan sebagai pengabdian diri kepada Allah SWT.240

Oleh itu, untuk membangun masyarakat yang baik tidak mungkin dapat tercapai

tanpa adanya institusi keluarga yang baik pula. Masyarakat tidak akan wujud jika tidak

ada institusi rumahtangga, masyarakat besar terdiri dari kelompok masyarakat kecil dan

masyarakat yang kecil itu adalah institusi rumahtangga, baik atau buruknya sesebuah

masyarakat yang besar bergantung kepada baik atau buruknya masyarakat yang kecil itu,

dan mundur atau majunya sesebuah masyarakat yang besar pun bergantung kepada

mundur atau majunya sesebuah masyarakat yang kecil. Jadi kebahagiaan masyarakat

yang besar berpunca daripada keselamatan dan kebahagiaan masyarakat yang kecil .241 .

Daripada segi psikologi, seorang isteri akan mendapatkan seseorang yang akan

melindunginya dari segala aspek dan bagi suami pula mendapatkan seorang pendamping

yang solehah. Seorang Isteri akan merasa tenang dengan nafkah yang diberikan suami

kepadanya dan anak-anaknya, sedangkan suami akan tenang disebabkan harta dan anak-

anaknya terpelihara dengan baik sehingga kehidupan yang sukar di luar rumah hilang

seketika bilamana ia kembali ke rumahnya yang ia rasakan ibarat syurga. 242 Perasaan

sakinah ini akan wujud dianatara satu sama lain dan seterusnya akan menjadikan mereka

saling memahami dan saling percaya, mengadakan perbincangan atau mesyuarat dalam

240
Isma’il Raji Al-Faruqi (1995), Tauhid., Rahman Astuti (terj.), cet. 2. Bandung: Pustaka Pelajar, h. 138-139.
241
Aijah Dachlan (1996), op.cit, h.17.
242
Ibid., h. 53.

111
mengambil keputusan dan bekerjasama menyelamatkan rumahtangga mereka. Selain itu,

perkahwinan dapat menenangkan jiwa, menimbulkan ghirah kerja dan tanggungjawab,

keberanian, rajin dan kesabaran,243 saling menolong di antara keduanya dan menjaga

kehormatan (seksual) masing-masing.244

Khairudin Nasution menulis dalam bukunya yang bertajuk Hukum Perkawinan I:

Dilengkapi Perbandingan UU Muslim Kontemporer bahawa tujuan perkahwinan antara

lain; pertama, memperoleh kehidupan yang sakinah, mawadah warahmah (ketenangan

cinta dan kasih sayang). Kedua, reproduksi (regeneration). Ketiga, keperluan biologis.

Keempat, menjaga kehormatan. Kelima sebagai ibadah dan mengikuti sunah rasul.245

Sementara itu Muhammad Yunus menjelaskan hikmah perkahwinan dengan

bertolak dari kenyataan bahawa Allah menciptakan manusia sebagai khalifah atau

penguasa di muka bumi dan dinyatakan bahawa Allah menciptakan manusia berpasang-

pasangan iaitu lelaki dan perempuan.246 Beliau memberikan empat hikmah perkahwinan

iaitu:

Pertama, perkahwinan akan menghasilkan ikatan kekeluargaan, dan memperkuat

hubungan kemasyarakatan. Kedua, perkahwinan akan memelihara diri seseorang dari

jerat perzinaan. Hal ini kerana jika ada isteri disamping suami, suami tidak akan mungkin

berbuat zina, demikian pula sebaliknya. Ketiga, melalui perkahwinan dapat memelihara

keturunan, sehingga akan melahirkan keturunan-keturunan yang sah, yang akan menjadi

masyarakat yang baik akhlak. Keempat, perkahwinan akan menuntut suami dan isteri

sedar tentang kewajipan dan tanggungjawab sebagai suami isteri dalam keluarga.

243
Ibid., h. 56.

244
Syaikh Kamil Muhammad ‘Uwaidah (1998), Fiqih Wanita Edisi Lengka. M.Abdul Ghoffar EM (terj.), cet.
21. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar, h. 379.
245
Khoirudin Nasution (), Hukum Perkawinan I: Dilengkapi Perbandingan UU Muslim Kontemporer, h. 37-54.
246
Muhammad Yunus (1956), Hukum Perkawinan menurut madzhab Syafi’i, Hanafi, Malaiki, dan Hambali,
cet. 1. Jakarta; Hadakarya Agung, h. 54.

112
Untuk mewujudkan keluarga-keluarga yang sakinah secara nyata adalah susah,

oleh itu, BP4 dan Kementerian Agama bersama-sama berperanan untuk membuat

program-program sebagai proses mendidik, ertinya memberi ilmu pengetahuan dan

wawasan tentang kehidupan masa hadapan yang akan mereka hadapi. Memberi gambaran

bahawa perkahwinan bukan hanya hendak mengesahkan hubungan seksual antara lelaki

dan perempuan, tetapi lebih daripada itu, iaitu bagaimanakah menjalani hidup dengan

pelbagai tugas dan tanggungjawab dan tetap berada di jalan yang diredhai Allah dan

mendapat kebahagiaan dan kesempurnaan sebagai manusia.

Pendidikan keluarga yang diberikan ialah cara-cara menjaga hubungan baik dalam

keluarga seperti saling percaya-mempercayai kepada pasangan dan bertanggungjawab

atas tugas masing-masing, saling melengkapi, menerima kenyataan, sentiasa

bermesyuarat, suka memaafkan dan sebagainya. Selain itu, perlu menjauhi perkara-

perkara yang boleh membawa kepada pertikaian seperti judi, pergaulan tanpa batas,

curang, rasa cemburu yang berlebihan, rasa dendam, membuka rahsia peribadi keluarga,

kurang menjaga kehormatan, mengungkit kekurangan suami atau isteri dan memuja orang

lain.

Selain itu, menurut penulis, BP4 juga telah membuat program yang bersifat

kemasyarakatan. Adanya satu program “ Kampung Binaan Keluarga Sakinah” adalah

untuk memberikan kesempatan masyarakat mengembangkan konsep keluarga sakinah.

Program ini mendidik masyarakat untuk mengamalkan sendiri ajaran Islam dalam

membentuk keluarga yang sakinah dan harmoni, keluarga yang ada fungsi yang baik

dalam menjalankan tugas masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab. Bapa

bertanggungjawab kepada keluarganya, ibu bertanggungjawab menjaga anak dan harta

dengan baik dan anak bertanggungjawab untuk sentiasa baik kepada ibu bapa tanpa ada

perasaan dengki dan curiga antara satu sama lain.

113
4.3. Peranan BP4 Kepada Pengadilan Agama

4.3.1. Menyediakan Mediator

Mediasi adalah sangat diperlukan, tetapi penerangan kepada masyarakat harus

dimaksimumkan agar mereka memahami konsep mediasi yang sebenarnya. Apabila

setiap kes berjaya ditangani melalui mediasi, hal ini akan membantu Pengadilan Agama

untuk menyelesaikan kes-kes yang difailkan di Pengadilan Agama.

Mengamalkan mediasi bererti menyokong Undang-undang Negara sebagaimana

yang telah ditetapkan dalam Undang-undang Nomor 30 Tahun 1999 tentang Arbitrase

Dan Alternatif Penyelesaian Sengketa,247dan secara khususnya mematuhi PERMA

Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Prosedur Mediasi di Pengadilan Pasal 4 yang menyebutkan

bahawa Semua sengketa perdata (muamalah) yang diajukan ke Pengadilan Tingkat

Pertama wajib terlebih dahulu dicari jalan penyelesaiannya melalui perdamaian dengan

bantuan mediator dan pada Pasal 2 ayat 3 yang menyatakan bahawa Tidak menempuh

prosedur mediasi berdasarkan aturan ini merupakan pelanggaran terhadap ketentuan

Pasal 130 HIR dan atau Pasal 154 R.Bg yang mengakibatkan pembatalan keputusan

demi hokum,248 maka mahu atau tidak mahu, langkah ini harus ditempuh.

Oleh itu, mediator yang menjalankan peranan untuk mendamaikan pertikaian

dituntut agar professional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, kerana ianya

tugas daripada Negara melalui Undang-undang.249 Selain itu mediasi tidak bercanggah

dengan hukum Islam. Hal ini berasaskan kepada dua analisis, iaitu tujuan yang baik untuk

Undang-undang ini menerangkan bahawa segala bentuk sengketa perdata (muamalah), selain perkara yang
247

diselesaikan melalui prosedur Pengadilan Niaga, Pengadilan Hubungan Industrial, Badan Penyelesaian Sengketa
Konsumen, dan Komisi Pengawas Persaingan Usaha, maka harus melaui mediasi sebelum proses sidang di
mahkamah termasuklah permasalahan pertikaian suami istri dalam bentuk shiqaq .

248
Undang-Undang Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan Pasal 3 dan 4.

249
Bapak Rohwan, bidang mediasi, BP4. Temubual 20 September 2013.

114
mendamaikan pihak-pihak yang bertikai dan cara pemilihan, prosedur dan praktikalnya

tidak bercanggah dengan hukum Islam. Demi mengurangkan perceraian di Bantul, maka

BP4 harus menyediakan mediator yang baik dan professional supaya boleh membantu

Pengadilan Agama menyelesaikan kes-kes yang didaftarkan.

Dalam konteks Negara Malaysia, “mediasi” adalah merujuk kepada amalan

mediasi yang dibuat selain dari Mahkamah Syariah sebagai kaedah alternatif penyelesaian

kes. Hal ini dikeranakan mediasi dilaksanakan oleh Malaysian Mediation Centre (MMC).

Adapun mediasi yang digunapakai dalam menyelesaikan pertikaian di Mahkamah

Syariah dalam terma yang lain yang dikenali sebagai ‘Sulh’ atau ‘Majlis Sulh’. Sulh

bererti keputusan atau hasil dari suatu perdamaian atau persetujuan oleh pihak-pihak yang

bertikai hasil dari proses mediasi. Majlis Sulh pula adalah suatu proses perundingan

terpimpin yang dijalankan sesuai dengan peraturan yang diperuntukkan oleh hukum

syara’ dan undang-undang bagi tercapainya sulh. Jadi, pentakrifan sulh dan majlis sulh

adalah suatu kaedah penyelesaian secara damai dan redha meredhai di mana pihak-pihak

betikai terhadap sesuatu tuntutan atau permohonan menghadiri satu proses perbincangan

di dalam suatu majlis perundingan yang dipimpin secara rasmi, yang diatur oleh pegawai

Mahkmah.

Kaedah sulh yang dilaksanakan adalah dalam pelbagai bentuk, bergantung kepada

tunutan atau permohonan yang dibawa oleh pihak bertikai sama ada memilih rundingcara

atau kaunseling rumahtangga, hakam dan jawatan kuasa pendamai dalam isu shiqaq atau

perbalahan dalam masalah rumah tangga dan majlis sulh atau mediasi.

4.3.2. Faktor Kejayaan dan Kegagalan Mediasi

4.3.2.a. Faktor Kejayaan Mediasi

115
Pelaksanaan mediasi di Pengadilan Agama adalah untuk melihat peluang dan

kemungkinan adanya ishlah (perdamaian) diantara suami isteri supaya perceraian

tidak berlaku. Ada beberapa faktor yang membantu kejayaan mediasi, antaranya;

Pertama, niat baik pihak-pihak yang bertikai. Prinsip iktikad baik ini dapat

menjadi kayu ukur bagi pihak-pihak yang bersengketa untuk meneruskan atau tidak

meneruskan untuk mendapatkan perdamaian melalui jalan mediasi di Pengadilan.250

Kedua, masalah yang menjadi penyebab pertikaian diantara pihak-pihak yang

bertikai. Pada hakikatnya, seorang mediator tidak mengetahui samada kes yang

ditangani mempunyai permasalahan yang besar atau kecil. Oleh itu mediator hanya

mengikut aturan undang-undang yang berlaku untuk menangani kes pertikaian.251

Ketiga, mediator yang professional, iaitu yang menguasai teknik pengurusan

mediasi, kemahiran berunding, kemahiran menfasilitasi perundingan dan kemahiran

berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi mencakupi beberapa kemahiran, iaitu

mahir dalam komunikasi verbal, mendengar secara efektif, membuat resume,

kemampuan bertanya dan membuat kesimpulan.252

Mediator yang baik adalah seseorang yang mempunyai kemampuan dan sikap

yang baik dalam menjalankan proses mediasi serta boleh dipercayai. Banyak nilai

positif yang boleh diambil selain daripada penyelesaian pertikaian, seperti

menghormati orang lain, kejujuran, keadilan, interaksi, penglibatan individu,

kesepakatan dan pengendalian pihak-pihak yang bertikai sendiri. Nilai-nilai ini adalah

lawan kepada sistem nilai yang berlaku dalam penyelesaian perkara secara litigasi

dimana kes dikendalikan oleh peguam, dan peraturan-peraturan yang bersifat

otoritatif.

250
Rachmadi Usman (2012), Mediasi Di Pengadilan Dalam Teori dan Praktek. Jakarta: Sinar Grafika, h. 157.
251
Ibid. 117.
252
Dwi Rezki Sri Astarini (2013), Mediasi Pengadilan (Salah Satu Bentuk Penyelesaian Sengketa Berdasarkan
Asas Peradilan Cepat, Sederhana, Biaya Ringan), Bandung: Alumni, h. 133.

116
Keempat: Pihak ketiga yang membantu mediator. Pihak ketiga ini boleh

daripada keluarga kedua pihak bertikai atau orang lain yang pakar dalam hukum

keluarga, komunikasi dan undang-undang dan lainnya.

Kejayaan mediasi selalu dikaitkan dengan kejayaan mediasi di Australia.

Beberapa pertubuhan mediasi di Australia seperti Family Court of Australia,

Magistrate Court of Victoria dan Neighbourhood Community Justice of Victoria,

Lembaga lain seperti Dispute Settlement Centre of Victoria, Roundtable Dispute

Management of Victoria Legal Aid, dan Australian Human Rights Commission di

Sydney, dan khususnya Community Justice Center (CJC) di negara bagian New South

Wales, keberhasilan mediasi mencapai kadar 80%.253 Adapun faktor kejayaan mediasi

di Australia adalah sebagai berikut; Pertama, pelayanan mediasi adalah percuma.254

Kedua, kos yang diselesaikan melalui perbicaraan adalah mahal.255 Ketiga,

keterlibatan kerajaan secara total.256 Keempat, budaya masyarakat dan penegak

hukum yang patuh.257

4.3.2.b. Faktor Kegagalan Mediasi

Ada beberapa analisis tentang penyebab kurangnya hasil mediasi yang

dilakukan di Pengadilan Agama, diantaranya;

253
http://www.badilag.net/seputar-ditjen-badilag/seputar-ditjen-badilag/kenapa-mediasi-begitu-sukses-di-
australia
254
Semua institusi mediasi ini ditaja oleh kerajaan. Oleh itu, memberikan peluang kepada masyarakat
menjadikan mediasi dan juga konsiliasi sebagai alternatif penyelesaian pertikaian yang menguntungkan.

255
Masyarakat pastinya akan memilih mediasi yang percuma dengan dan hasil sesuai dengan harapan mereka,
daripada menunggu putusan mahkamah dan belum tentu memenangi kes, apatah lagi bila menggunakan jasa
peguam, sudah pasti memerlukan kos dan waktu yang lama.

256
Kerajaan Australia samada eksekutif, legislatif dan yudikatif menyokong penuh usaha menangani keluarga
sehingga muncul banyak pertubuhan penyelesaian alternatif yang bersifat publik mahupun swasta sehingga
dikenali masyarakat.

257
Kerajaan Australia mempunyai aturan hokum yang jelas, penegak hokum yang baik dan kuat dan mempunyai
masayrakat yang patuh kepada hukum, hal ini akah memberi kesan positif kepada kejayaan mediasi.

117
Pertama, tiada semangat untuk hidup bersama dalam perkahwinan. Menurut

Wahyu Widiana menyebutkan situasi dan kondisi permasalahan rumahtangga yang

sangat teruk menjadi penyebab kegagalan mediasi di Pengadilan Agama. 258 Keadaan

rumahtangga yang teruk ialah apabila suami dan isteri mempunyai haluan masing-

masing atau dalam bahasa psikologi disebut sebagai re-entry,259ertinya tahap dimana

suami dan isteri sudah tidak ada ketegangan rumahtangga lagi dan sudah berfikir ke

arah pasca perceraian iaitu bagaimana menjalani hidup tanpa ada hubungan

perkahwinan, ertinya mereka sudah memandang perkahwinan adalah masa lalu yang

tidak boleh dikembalikan seperti sediakala.

Dalam temubual bersama Rohwan bahawa pihak yang bertikai menganggap

perceraian adalah masalah hati yang sudah hambar disebabkan permasalahan sudah

sampai pada tahap klimaks sehingga mediasi sudah tidak berguna lagi dan akhirnya

niat pergi ke Pengadilan Agama untuk bercerai, bukan untuk mencari jalan

penyelesaian yang terbaik untuk berdamai.260

Kedua, Penyebab lain adalah tingginya kes tanpa kehadiran salah satu pihak

yang bertikai dan alasannya takut diceraikan, ada pula yang diwakili oleh peguam.

Sedangkan mediasi boleh berlaku sekiranganya kedatangan pihak-pihak yang

bertikai, oleh itu tidak mungkin mengadakan mediasi hanya kedatangan satu pihak

sahaja.261

258
Wahyu Widiana, op.cit., h, 1.
259
Diane Neumann, www.divorcemed.com, The Psychological Stages of Divorce, 20 Juli 2014.
260
Rohwan, bidang mediasi BP4. Temubual pada 20 September 2013. Pihak yang bertikai melaksanakan
mediasi hanya sekali sahaja disebabkan niat mereka sudah hendak bercerai. Ketika membaca surat gugatan,
isteri bahkan tidak meminta apa-apa hak dan nafkah kepada suami, baik harta ataupun penjagaan anak agar
proses perceraian menjadi cepat. Oleh itu pihak yang bertikai sudah tidak boleh bekerja sama atau mengikuti
mediasi semata-mata untuk mengikuti prosedur perceraian di mahkamah bukan ada i'tikad baik untuk berdamai
atau hendak mendapatkan hak-haknya.
261
Zamroni, bidang mediasi BP4. Temubual pada 20 September 2013. Biasanya para pihak tidak hadir dalam
pertemuan pertama mediasi atau sekiranya hadir tetapi belum ada kesepakatan dalam mediasi dan akan
diteruskan untuk pertemuan yang kedua, namun salah satu atau kedua-duanya tidak hadir sehingga pihak yang
bertikai tidak menemukan kesepakatan dan dinyatakan gagal dalam mediasi. Menurut beliau mediasi yang

118
Ketiga, kefahaman yang salah di dalam kalangan masyarakat terhadap

Pengadilan Agama. Undang-undang Nomor 3 tahun 2006 Tentang Peradilan Agama

pasal 49 menyatakan “Kepentingan Pengadilan Agama sebagai lembaga instansi

resmi kerajaan pemberi keputusan perceraian.” Pasal ini menyatakan bahawa

Pengadilan Agama sebagai pembuat keputusan perceraian. Jadi pihak-pihak bertikai

datang ke Pengadilan Agama sebenarnya hanya untuk mendapatkan surat yang

menyatakan mereka rasmi sudah bercerai. Hal ini menjadi gambaran dalam

masyarakat bahawa Pengadilan Agama adalah satu institusi yang tidak lebih dari

sekadar pemberi keputusan perceraian. Kefahaman masyarakat ini akan memberi

kesan kepada mediasi dan pihak yang bertikai.262

Keempat, masa mediasi yang terlalu sedikit, iaitu 15-40 hari sahaja

dibandingkan permasalahan yang mereka hadapi. Padahal tujuan adanya mediasi

adalah sebagai salah satu cara untuk mengurangkan perkara yang diproses di

Pengadilan Agama, ertinya Pengadilan Agama hanya memberi keputusan, sebab

pihak yang bertikai telah mengadakan perbincangan dan telah mendapatkan

kesepakatan daripada cadangan-cadangan selama proses mediasi sebelumnya.

4.4. Menyediakan Hakam

diwakili oleh peguam dianggap gagal. Adapun Peraturan Mahkamah Agung No 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi
di Pengadilan pasal 14 ayat (1) menyatakan " Mediator berkewajiban menyatakan mediasi telah gagal jika
salah satu pihak atau parapihak atau kuasa hukumnya telah dua kali berturut-turut tidak menghadiri pertemuan
mediasi sesuai jadwal pertemuan mediasi yang telah disepakati atau telah dua kali berturut-turuttidak
menghadiri pertemuan mediasi tanpa alasan setelah dipanggil secara patut" memang mengiktiraf peguam
boleh mewakili mediasi tetapi mediasi tanpa kehadiran pihak yang bertikai kurang sempurna dan menyelahi
defenisi, prinsip dan konsep mediasi itu sendiri.
262
Zamroni, bidamg mediasi BP4. Temubual pada 20 September 2013. image ini menyebar di masyarakat
secara meluas, tetapi hanya sedikit seminar atau pertemuan diadakan untuk menerangkan fungsi dan kerja serta
prosedur mahkamah Syariah bagi masyarakat. Seharusnya image itu harus diubah kepada image bahawa
Pengadilan Agama adalah tempat untuk berdamai sebelum berpikir untuk bercerai.Hal ini logic, kerana sebelum
mereka bercerai terlebih dahulu melalui mediasi untuk mendapatkan perdamaian.

119
Pelaksanaan hakam di Pengadilan Agama bergantung kepada sabitan shiqaq oleh

hakim yang memeriksa pada sidang pertama. Dalam praktikalnya, pemilihan hakam dikaitkan

dengan sabitan shiqaq di Pengadilan Agama, antaranya;

Pertama, syiqaq sebagai alasan perceraian. Shiqaq dianggap sebagai alasan cerai dan

ditulis pada borang semasa pendaftaran kes di Pengadilan Agama. Apabila selepas sidang

pertama, hakim benar-benar berpuas hati adanya shiqaq, maka hakim akan meminta pihak-

pihak yang bertikai mencari hakam daripada keluarga atau meminta bantuan kepada BP4 atau

hakim sendiri yang mengarahkan pihak yang bertikai untuk meminta bantuan daripada BP4

kerana hakim mendapati perdamaian dirasai lebih mudah dicapai melalui hakam, dan

pemilihan hakam jenis ini menjadi wajib263.

Kedua, ada unsur darar (perkara yang membahayakan). Samada suami atau isteri

yang melakukan nusyuz (derhaka), mereka sama-sama mempunyai peluang untuk

mendaftarkan perkara tersebut di Pengadilan Agama. Walaupun tidak menuliskan shiqaq

pada borang pendaftaran, tetapi selepas sidang pertama, terdapatnya unsur nusyuz yang

membawa kepada pensabitan shiqaq, maka hakim akan mensabitkan berlakunya shiqaq

bahkan sudah sampai ke tahap membahayakan. Perkara ini akan menyukarkan hakim yang

mendengar kes tersebut, kerana hakim tidak mengetahui siapakah yang memulakan nusyuz

tersebut. Oleh itu hakim akan meminta bantuan hakam menangani permasalahan tersebut

untuk mencari bukti yang kukuh sebelum hakim boleh membuat keputusan.

Dalam Majallah al-Ahwal asy-Syakhsiyyah tahun 1956 pasal 25 ada menulis perkara

ini, sebab berlaku di negara Tunisia dan Maroko;

263
Merliansyah (2008), “Pengangkatan Hakam Dalam Perkara Perceraian Sebagai Upaya Perdamaian Di
Pengadilan Agama Kelas 1 A Palembang” (Kertas Projek, Fakulti Hukum, Universitas Diponegoro Semarang),
h. 69.

120
“Jika satu pihak atau kedua-dua pihak mengemukakan darar berlaku di rumah tangga
mereka, tetapi tidak terbukti adanya darar serta hakim berasa sukar menetapkan darar kepada
pihak yang bertelingkah tersebut, maka hakim boleh meminta bantuan hakamain. Hakamain
boleh mendamaikan atau memberikan keterangan kepada hakim bahawa rumah tangga
mereka tidak boleh bersatu kembali.” 264
Ketiga, sikap pihak bertikai. Walaupun pihak bertikai tidak menjadikan shiqaq

sebagai alasan perceraian, tetapi dalam sidang pertama, hakim mendapati bahawa salah satu

pihak bertikai tidak mahu bercerai, tetapi pihak yang satu lagi ingin bercerai. Dalam hal ini

hakim akan meminta bantuan hakam menangani kes tersebut.

Keempat, hakamain min jihat al-hakim. Hakamain min jihat alhakim bermaksud,

dalam perkara shiqaq, Majlis Hakim menetapkan hakam bersama-sama dengan pihak

keluarga yang bertikai untuk menangani isu shiqaq suami isteri.265

Di Malaysia, sebelum pihak betikai mengunapakai kaedah kaedah hakam, pihak

bertikai terlebih dahulu melalui proses sulh melalui Jawatan Kuasa Pendamai. Hal ini

berdasarkan subseksyen 47(5) EUKIS84 yang difahami bahawa, setelah Mahkamah

berpuashati berlakunya syiqaq antara suami isteri (plaintif dan defendan) setelah kes difailkan

di Mahkamah, sedangkan salah satu pihak (defendan) tidak bersetuju dengan permohonan

cerai oleh pihak yang satu lagi (plaintif), atau Mahkamah berpuashati bahawa suatu

perdamaian boleh dicapai, maka Mahkamah boleh melantik suatu jawatankuasa pendamai.

Jawatankuasa ini akan dikendalikan dengan dipengerusikan oleh seorang Pegawai Agama

dengan kehadiran wakil-wakil yang dilantik oleh pihak-pihak dalam tempoh yang ditetapkan

oleh Mahkamah.

Setelah selesai usaha perdamaian oleh jawatankuasa ini dalam tempoh yang

ditetapkan, maka satu laporan akan diserahkan semula kepada Mahkamah. Laporan

264
Taher Mahmood (1987), Personal Law in Islamic Countries. New Delhi: Academy of Law and Religion, h.
110.
265
Insyafli, Integrasi Antara Mediasi dan Hakamain min Jihatil Hakim, http://ptapadang.go.id. 07 April 2014.

121
berkenaan akan menyatakan, sama ada usaha mendamaikan suami isteri tersebut berjaya atau

sebaliknya. Jika suami isteri tersebut berjaya didamaikan, kes akan ditutup. Tetapi jika suami

isteri tersebut gagal didamaikan, maka Mahkamah akan menasihatkan suami untuk

melafazkan cerai. Seandainya suami enggan melafazkan maka kes akan dirujuk kepada

hakam di bawah Seksyen 48 EUKIS84.

Jika suami tersebut melafazkan cerai, Mahkamah akan merujuk kepada apa-apa

cadangan tentang penyelesaian hak-hak selepas perceraian seperti yang disyorkan. Jika ada

syor dan pihak-pihak tersebut bersetuju, maka ianya akan direkod dan diperintahkan

mengikut tindakan di bawah Seksyen seksyen 88-91 EKPMSS91. Di peringkat inilah fungsi

sulh mengikut Seksyen 87 Enakmen Kanun Prosedur Mal Mahkamah Syariah Selangor

Tahun 1991 (EKMPSS91)266 berlaku.

Walau bagaimanapun, di peringkat pelaksanaan, jarang terdapat kes yang telah ada

syor sebagaimana peruntukan subseksyen 47(14) EUKIS84 berkaitan penyelesaian hak-hak

selepas perceraian di dalam jawatankuasa pendamai tersebut dipersetujui oleh pihak-pihak

setelah suami melafazkan cerai.

Seksyen 48 EUKIS84 memberikan peruntukan bahawa, hakam merupakan kaedah

sulh khusus berkaitan perdamaian atau pembubaran perkahwinan semata-mata, tanpa

menyentuh soal sulh dalam isu-isu yang lain. Dalam hal ini, sekiranya Mahkamah

berpuashati bahawa syiqaq sentiasa berlaku, Mahkamah boleh melantik hakam dari pihak

isteri dan suami dengan melihat kepada keutamaan perwakilan di samping memberikan

arahan-arahan kepada hakam. Jika hakam yang mewakili satu pihak berbeza pendapat dengan

hakam satu pihak lagi atau Mahkamah tidak berpuashati dengan pelaksanaan hakam tersebut,

Mahkamah berhak memecat hakam tersebut dan melantik hakam lain. Hakam juga hendaklah

266
EKMPSS91 telah digantikan dengan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
No.4/2003 yang berkuasa mulai 1 September 2003.

122
berusaha mendapatkan kuasa penuh (kuasa untuk membuat keputusan dari pihak suami dan

isteri dan wakalah untuk melafazkan talaq dari pihak suami). Jika hakam berpendapat suami

isteri itu patut bercerai tetapi gagal mendapatkan kuasa penuh (wakalah untuk melafazkan

talaq dari pihak suami) atau sebab-sebab yang lain, maka Mahkamah hendaklah melantik

hakam lain dengan memberikan kepada mereka kuasa memerintahkan perceraian. Jika

perintah perceraian disempurnakan maka rekod perceraian dilaksanakan sebagaimana proses

biasa mengikut undang-undang.

4.4.1. Faktor Kejayaan Dan Kegagalan Hakam

4.4.1. a. Faktor Kejayaan Hakam

Memilih hakam untuk menyelesaikan pertikaian menjadi ibadah, kerana ianya

melaksanakan perintah Allah yang termaktub dalam surah An-Nisa' ayat 35 yang

menerangkan tentang kaedah menangani suami isteri yang bertikai, iaitu dengan

memilih hakam sebagai juru damai.

Kejayaan dalam melaksanakan perdamaian melalui hakam apabila ada

beberapa syarat, antaranya: Pertama, Hakam adalah orang yang berilmu dan

memahami kaedah menangani pertikaian. Selain mempunyai ilmu hukum Islam,

seorang hakam juga dituntut untuk menguasai ilmu psikologi dan komunikasi untuk

memudahkan proses perdamaian. Kedua, niat baik dan sikap positif pihak yang

bertikai, iaitu kedua-dua pihak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan pertikaian,

memberi dan menerima serta bersedia berunding secara ikhlas dan terbuka, tanpa

emosi serta mempunyai kesedaran bahawa perdamaian adalah untuk kepentingan dan

kebaikan di masa hadapan.

123
4.4.1.b. Faktor Kegagalan Hakam

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi kegagalan dalam menangani pihak

bertikai melalui prosedur hakam, antaranya. Pertama, Hakam tidak memiliki ilmu dan

pengalaman yang cukup. Kegagalan mendamaikan pihak yang bertikai akan memberi

kesan negatif bahkan berakhirnya sesebuah institusi rumahtangga. Hakam mempunyai

peranan penting dalam proses perdamaian oleh itu, seorang hakam harus kreatif dan

aktif dalam melihat punca permasalahan dalam rumahtangga, seperti siapa yang

memulakan nusyuz terlebih dahulu, kerana hal ini penting untuk mengatasi

permasalahan seterusnya, kerana apabila kes tersebut disidangkan. Kedua, niat dan

sikap yang tidak baik. Pihak yang memulai pertikaian akan susah menghadiri proses

perdamaian. Hal ini akan menyukarkan hakam untuk mendamaikan mereka. Selain

itu, pihak yang tidak menginginkan perceraian akan menjadi ekstrem dan tidak mahu

menerima segala keputusan yang dibuat dan akan melawan dengan pelbagai cara.

Ertinya segala kemahuannya secara psikis sudah tidak rasional dan cenderung kepada

emosi tanpa ada keikhlasan hati.

Kelima, mediasi sepatutnya dikembangkan kepada hal-hal kehidupan selepas

perceraian sekiranya tidak boleh hidup bersama, seperti masalah-masalah

perancangan pengasuhan anak (parenting plan), pembahagian harta bersama,

pembiayaan hidup, dan lainnya supaya tidak memperkecilkan erti mediasi di

Pengadilan Agama kerana mereka menganggap sekiranya pihak yang bertikai tidak

mempunyai peluang hidup bersama dalam ikatan perkahwinan, mereka masih ada

peluang untuk berbincang mengenai membina hubungan tanpa ada ikatan

perkahwinan selepas perceraian sehingga memberikan kesan yang baik kepada anak-

anak.

124
125
BAB V

PENUTUP

5.1. Kesimpulan

Peranan BP4 adalah menangani keluarga yang matlamatnya untuk mencapai sakinah

mawaddah wa rahmah sehingga boleh mengkurangkan perceraian sangat diperlukan dalam

masyarakat. Oleh itu, BP4 perlu menambaihbaik dan mengembangkan usaha dan idea. Hal

ini dikeranakan perubahan zaman yang sentiasa mempengaruhi perasaan manusia sama ada

secara fizik mahupun psikologi serta persekitaran. Peranan BP4 kepada Kementerian Agama

Bantul dalam membantu mewujudkan keluarga sakinah sentiasa berjalan dengan baik, tetapi

BP4 juga dituntut untuk mencari idea-idea bernas dalam menangani keluarga sehingga

bilamana keluarga sakinah terbena, maka jumlah perceraian semakin berkurangan.

Peranannya BP4 kepada Pengadilan Agama Bantul pula berjalan sesuai dengan

peraturan hukum yang telah berlaku. Walaupun tidak ada kewajiban pihak bertikai memilih

hakam dan mediator daripada BP4, tetapi sekiranya dipilih atau diminta oleh Pengadilan

Agama, maka BP4 harus menyediakan hakam dan mediator yang professional. Kedudukan

hakam pula, selepas adanya PERMA Nomor 1 Tahun 2008 Tentang Mediasi di Pengadilan

Agama adalah disesuaikan dengan kes yang difailkan, sama ada unsur shiqaq atau tidak,

ertinya walaupun mediasi wajib dilaksanakan bagi semua kes yang didaftarkan, tetapi

sekiranya ada kes shiqaq, maka hakam berperanan menangani kes tersebut dan khususnya

dalam dalam kes terkumpul (akumulasi) boleh diterapkan kedua-duanya sekali kaedah

tersebut.

126
5.2. Cadangan

1. Studi tentang BP4 diharapkan boleh berterusan memandangkan masyarakat sentiasa

berubah samada pemikiran dan persekitaran yang boleh mempengaruhi kehidupan keluarga.

2. BP4 dituntut boleh menyelesaikan segala permasalahan keluarga dan khususnya

permasalahan rumahtanggga seawal mungkin sebelum ianya menjadi permasalahan serius

dan boleh menjadi punca perceraian. Oleh itu, sentiasa mengadakan kursus-kursus,

workshop, lebih daripada itu membuat penyelidikan.

127

Anda mungkin juga menyukai