Anda di halaman 1dari 2

NAMA / NO.

KAD MATRIK EUGENE LOMINUS / M20182002047


PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN BAHASA KADAZANDUSUN
KURSUS GRU60104
TARIKH 23 FEBRUARI 2019

TUGASAN 1
Apakah yang dimaksudkan dengan Epistemologi?

Istilah epistemologi berasal daripada perkataan Yunani episteme iaitu pengetahuan


dan logos bermaksud teori. Secara umumnya epistemologi sering dikaitkan dengan
teori pengetahuan. Epistemologi atau teori pengetahuan adalah berkaitan dengan
ilmu pengetahuan, andaian, dasar-dasar serta pertanggungjawapan atas persoalan
mengenai pengetahuan yang dimiliki oleh setiap manusia.

Menurut Sumantri (1990), epistemologi adalah arah berfikir manusia dalam


menemukan dan memperoleh suatu ilmu pengetahuan dengan kemampuan rasional.
Dalam erti kata lain epistemologi ini adalah adalah satu proses untuk memperoleh
pengetahuan yang menjadi sasaran teori pengetahuan serta berfungsi mengantarkan
tercapainya tujuan. Hal ini kerana sasaran itu merupakan suatu tahap pengantara
yang harus dilalui dalam mencapai tujuan.

Selain itu, epistemologi juga dikaitkan dengam logik iaitu ilmu tentang fikiran.
Walau bagaimanapun, logik ini adalah dua perkara yang berbeza iaitu logik minor dan
logik major. Logik minor adalah satu pembelajaran struktur berfikir manakala logik
major pula adalah berkaitan dengan pengetahuan, kebenaran dan kepastian yang
sama dengan epistemologi.

Epistemology adalah cabang falsafah yang mengupas tentang sumber, struktur,


kaedah dan kesahan pengetahuan (Runes, 1942). Perkara ini menguatkan bahawa
epistemologi adalah ilmu yang berkaitan dengan keaslian, pengertian yang
mendalam, stuktur yang teratur beserta kaedah yang berkesan dalam
memperkukuhkan lagi kesahan ilmu pengetahuan manusia. Secara amnya,
epistemologi dapat didefinisikan sebagai cabang falsafah yang mengkaji sumber,
struktur kaedah dan kesahan pengetahuan.

Sebagai rumusan, epistemologi merupakan salah satu bahagian dalam falsafah


sistematik yang paling sulit. Hal ini kerana pengetahuan adalah sesuatu yang abstrak
dan jarang sekali dijadikan permasalahan ilmiah dalam kehidupan sehari-hari. Oleh
hal yang demikian, setiap individu perlu mengetahui dasar-dasar pengetahuan yang
dapat digunakan untuk mengembangkan potensi diri dalam mengikuti perkembangan
global yang semakin pesat membangun.

RUJUKAN

Jujun S. Suriasumantri. (1990). Ilmu Filsafat. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan.

Mujammil Qomar. (2005). Epistemologi Pendidikan Islam. Jakarta: Erlangga

Runes, Dagobert David. (1942). The Dictionary of Philosophy. New York: Kessinger
Publishing.

Anda mungkin juga menyukai