Anda di halaman 1dari 2

guru memainkan peranan untuk melonjakkan kualiti

pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Dalam konteks


merealisasikan hasrat PPPM ini, guru perlu memiliki satu
wawasan yang unggul untuk mentransformasikan pelbagai
aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu
berinovasi supaya mampu meningkatkan keberhasilan sekolah
dan kemenjadian murid.

Oleh demikian, guru perlu melihat keberhasilan diri sendiri


dalam konteks global kerana anak murid yang dididik pada hari
ini adalah kejayaan atau kegagalan modal insan yang akan
dibentuk dalam PPPM nanti. Guru perlu memastikan diri
mereka dilengkapi dengan kemahiran pedagogi bersifat
holistik, meneroka penggunaan model pembelajaran pelbagai
mod yang memanfaatkan teknologi supaya dapat mencungkil
kemahiran berfikir aras tinggi serta mengukuhkan
pembelajaran murid.

Bagi mencapai tahap ini, guru perlu mencabar diri sendiri


untuk memastikan pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran
kritis dan penaakulan serta keupayaan belajar berjaya diasah
oleh guru kepada anak murid sebagai persediaan mereka
untuk menghadapi arus globalisasi.

Guru juga harus berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk


mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan.
Sehubungan itu, Anjakan Transformasi Ketujuh iaitu
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
sekolah harus disambut dengan minda positif oleh guru. Dalam
PPPM, satu penanda aras dikenali sebagai Standard Teknologi
Pendidikan Kebangsaan (NETS) memerlukan semua guru di
bilik darjah mencapai standard iaitu memudah dan mencetus
inspirasi pembelajaran serta kreativiti murid.
Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM )
2013 – 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda utamanya selain
daripada “kemenjadian” murid . Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan
pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras
PPPM .

Anda mungkin juga menyukai